Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Anda dijamin mendapat kejayaan jika anda berusaha!

8/25/2011

0 Comments

 
Picture

Picture
Lailatul Qadar?

Sudah bertahun cikgu A-D mencari cara untuk mengkajinya dan kemungkinan kali ini ada beberapa petunjuk dan pernomboran dikaitkan dengan petunjuk-petunjuk yang ada dalam Surah Al-Qadar. Jika menurut satu kitab yang dikatakan ditulis oleh Imam Ghazali, jika puasa pertama ramadan jatuh pada hari isnin, maka Lailatul Qadar adalah tanggal 21hb.


Tahun 2011 ini puasa jatuh hari isnin dan apabila dikira tarikh 21 Ogos 2011 memang nampak begitu menarik iaitu kitaran 6 dan banyak angka 6 serta beberapa pola penting lain. Kebetulan pada 20 - 21hb cuaca (di kawasan Meru) memang sejuk, dingin dan nyaman. Tak dapat dipastikan... mudah-mudahan kita dapat tunggu pula Ramadan tahun depan 2012 untuk kaji lagi. Setakat ini kajian masih diteruskan kerana kekurangan data (testimoni dsbnya).


Picture
Lanjutan Kaedah Terbaru Petak Motif Hayat.

Dalam satu sesi konsultansi seorang wanita dalam usia 50an masih mencari-cari bisnes/ kerjaya yang menguntungkan kerana masih belum ada kehidupan yang stabil. Sebelum ini beliau adalah usahawan dalam bidang kontraktor tetapi disebabkan oleh pelbagai masalah (kebetulan graf hayat menurun untuk tempoh tersebut) jadi beliau menjadi guru sementara di sebuah pusat tuisyen. Memang dalam keturunan beliau ramai yang menjadi guru, tetapi beliau tidak ada pola angka dalam dunia pendidikan. Namun, apabila dilihat Petak Motif beliau untuk umur 50 - 60 tahun (yang tertera), rupanya ada pola dunia pendidkan 462, padanlah beliau kini mengajar. Menariknya, rumah yang beliau baru pindah memang berdepan sekolah!

Jadi, kaedah terbaru Petak Motif Hayat ini dapat menjelaskan bahawa terdapatnya unsur "time-activation" atau sesuatu fenomena boleh berlaku pada tahap usia tertentu. Jika seseorang itu "kehilangan" potensi, maka boleh gunakan potensi yang ada pada usia semasa. Ini membolehkan kita mencari jalan keluar dan jalan alternatif tiap kali kita berhadapan dengan masalah atau konflik.


Picture
Untung di dalam kitaran tahun 2 dan banyak angka 6!

KEUNTUNGAN sebelum cukai ..PETRONAS melonjak hampir 45 peratus kepada RM30.9 bilion pada suku pertama berakhir 30 Jun 2011 berbanding RM21.4 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Dari Wikipedia:

PETRONAS, short for Petroliam Nasional Berhad, is a Malaysian oil and gas company that was founded on August 17, 1974. Wholly owned by the Government of Malaysia, the corporation is vested with the entire oil and gas resources in Malaysia and is entrusted with the responsibility of developing and adding value to these resources. Petronas is ranked among Fortune Global 500's largest corporations in the world. Fortune ranks Petronas as the 95th largest company in the world in 2008 and 80th largest in 2009. It also ranks Petronas as the 13th most profitable company in the world and the most profitable in Asia.


Lanjutan dari kaedah terbaru Petak dan Graf Motif Hayat

Pada tahun 1998, cikgu A-D kerugian puluhan ribu dalam satu perniagaan dan daripada situ bermulalah Vacuum Star iaitu hidup susah selama 5 tahun yang sememangnya ada pada tempoh usia tersebut. Daripada graf hayat tahunan cikgu A-D, memang pada tahun 1999 berlakunya Vacuum Star, tetapi tidak pula menunjukkan ianya bermula dari tahun sebelumnya 1998. Kini menggunakan kaedah Petak Motif Hayat, barulah dapat jawapannya iaitu pada tahun 1998 adalah tahun kitaran 7 (kehilangan) untuk cikgu A-D, padanlah kerugian menyebabkan Vacuum, tetapi selama ini pengiraan pernomboran biasa tidak dapat menjawabnya. Oleh yang demikian, kaedah terbaru Petak Motif Hayat dapat digunakan untuk menjelaskan lebih mendalam turun naik kehidupan kita berbanding sekadar menggunakan kitaran tahunan biasa sahaja.

Picture
Kitaran Tahun 6 Kekayaan... dan banyak angka 6!

"Re-branding" adalah satu daripada cara untuk meningkatkan prestasi syarikat. Bergabung pada satu tarikh yang baik dapat membantu syarikat yang bergabung itu mendapat keuntungan lebih baik.

SIME Darby Berhad (Sime Darby) memperlihatkan prestasi kewangan luar biasa yang diterjemahkan menerusi catatan keuntungan bersih sebanyak RM3.7 bilion bagi tahun kewangan di bawah semakan semula 2010/2011 berakhir 30 Jun 2011, meningkat 404 peratus berbanding tahun lalu
.

Daripada Wikipedia:

In January 2007, the three Malaysian giants (Sime Darby, Guthrie and Golden Hope) merged into the vehicle entity named Synergy Drive and on 27 November 2007, Synergy Drive was renamed Sime Darby Berhad. The merged entity of three Malaysian corporations is a diversified Malaysian multinational with a workforce of 104,300 employees. Its core businesses are plantations, property, motor, heavy equipment and energy & utilities which are expected to benefit from continued population growth and economic development within the Asia Pacific region and the global economy. Sime Darby's non-core business units such as healthcare, insurance, and home products are grouped under its Allied Products and Services division (APS). Subsidiaries under APS include Sime Darby Medical Centre Subang Jaya (formerly known as Subang Jaya Medical Centre) (healthcare), Sime Alexander Forbes (insurance), and Dunlopillo Malaysia Sdn Bhd (home products). It also has a controlling share in the supermarket chain Tesco in Malaysia. Sime Darby is a multinational company, with more than 60 percent of the group’s revenue coming from abroad. As a result of the merger, Sime Darby became one of the world’s leading listed oil palm plantation groups. Sime Darby Berhad also has a significant presence in downstream palm oil activities. The merger also made Sime Darby a leading developer of residential and commercial communities. Furthermore it holds Caterpillar rights in 12 countries worldwide and distributorship and dealership of well known motor brands such as BMW

Picture
Jika nak pilih tarikh daftar syarikat, eloklah daftar pada tarikh bagus yang sebegini!

Untuk bisnes anda, dapatkan penjelasan lebih mendalam dari kursus Pola 696 Potensi Bisnes Berkesan atau bersama sesi konsultansi dengan cikgu A-D bagi membantu bisnes anda lebih berkesan.



Picture
Shakila Beauty
www.shakilabeauty.com

Pada 31 Julai lalu, dalam satu sesi konsultansi di pejabat cikgu A-D di Meru, Klang dihadiri oleh pengasas produk kecantikan  Shakila, satu pengalaman menarik kerana dapat bertemu dengan seorang individu usahawan yang cemerlang berpengalaman 20 tahun dalam dunia kecantikan yang mana membangunkan syarikat tanpa pinjaman dan kini memiliki pelbagai produk kecantikan.

Pengalaman cikgu A-D pernah bertemu dengan beberapa orang  pengasas / stokis negeri produk kecantikan yang lain. Semua pengalaman perniagaan ini dapatlah dikongsi bersama untuk kejayaan semua.

Dalam sesi konsultansi tersebut adalah seperti biasa untuk mengkaji dan mendapatkan potensi perniagaan yang lebih berkesan. Banyak perkara dibincangkan tentang situasi dan strategi perniagaan serta menjawab pelbagai persoalan perihal perjalanan syarikat adalah untuk membantu beliau meningkatkan lagi perniagaannya. Satu perkara yang cikgu A-D sangat ingat ialah kedudukan stor menyimpan produk di pejabatnya adalah di sektor 8 menggunakan kaedah Arah Kejayaan Dalam Pejabat, padanlah ada tekanan di situ, jadi cikgu A-D telah cadangkan beberapa kaedah penyelesaian untuk memastikan perniagaan beliau lancar dan lebih berjaya.

Pihak Shakila merancang untuk membuka akademi kecantikan dan juga mencari pengedar baru, jika anda berminat untuk mendalami potensi anda dalam dunia kecantikan, hubungilah pihak Shakila iaitu Encik Mohd Nor (019 2727908).

Nantikan sesi konsultansi "Klinik Bergerak" yang dirancang diadakan di beberapa bandar utama nanti seperti Miri, Kota Kinabalu, Ipoh, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Johor Bahru, Seremban dan sebagainya. Anda juga boleh tempah sesi konsultansi peribadi dengan cikgu A-D.


PENEMUAN TERBARU 2011! PETAK MOTIF HAYAT
Pertama seumpamanya dan satu-satunya di dunia - ciptaan cikgu A-D.

Sudah lama cikgu A-D menyimpan hasrat dan membuat kajian mencari alternatif untuk menggantikan kaedah graf hayat kerana kaedah graf hayat bukannya pernomboran dan ianya adalah milik orang lain, lagipun agak sukar untuk menggunakannya untuk kebanyakkan ramai orang. Selepas ini, graf hayat akan menjadi satu kaedah eksklusif.

Kini, pada hari ini 25 Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadan pada sebelah petang sekitar jam 6 petang, maka muncullah satu kaedah terbaru yang digelar PETAK MOTIF HAYAT yang menggunakan pernomboran sepenuhnya untuk lakaran usia dan dikatakan dapat menggantikan kaedah graf hayat.

Petak Motif Hayat ini menggunakan konsep 6 Petak Tarikh lahir iaitu;
bermula dengan Petak Statik yang menceritakan setiap peringkat umur.
Petak Pembayang - menceritakan fenomena pada umur 0 - 10 tahun.
Petak Statik             - menceritakan fenomena pada umur 10 - 20 tahun.
Petak Pendua        - umur 20 - 30 tahun.
Petak Pentiga        - umur 30 - 40 tahun.
Petak Perempat    - umur 40 - 50 tahun.
Petak Perlima        - umur 50 - 60 tahun.
Dan di setiap petak tersebut akan dipecahkan lagi kepada dua bahagian. Malah kajian sedang dilakukan untuk mendalaminya sehingga mampu dapat buat bulanan, harian dan jam pula! Untuk mengetahuinya, maka elok pelajarinya nanti.

Kaedah Petak Motif Hayat ini nampaknya memberi kebaikan dan masuk akal (make sense) kerana ianya menceritakan perjalanan hidup kita dengan lebih sistematik dan mendalam. Teknik yang sedia ada seperti Petak Statik dan Dinamik Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam adalah umpama "luaran" manakala kaedah terbaru Petak Motif Hayat umpama "dalaman". Kini barulah kita memahami bagaimana terdapatnya "parallel universe" atau kehidupan selari yang terjadi kepada diri kita.

Kaedah Petak Motif Hayat umpama "running platform" yang berlaku di belakang kehidupan kita manakala Kaedah Petak Statik adalah "running mode" yang berlaku di hadapan kita. Contoh mudah ialah seperti komputer kita ini adalah menggunakan Windows 7 sebagai "running platform" manakala Microsoft Office 2010 dan software-software lain adalah "running mode". Barulah kita dapat memahami bagaimana "perisian" ciptaan Yang Maha Kuasa tentang modus sebenar perjalanan hidup kita ini dan dapatlah kita memahami perjalanan hidup kita ini. Dengan kaedah Petak Motif Hayat ini memudahkan kita menyusun strategi hidup yang lebih jauh ke depan dengan lebih berkesan. 

Kaedah terbaru ini Petak Motif Hayat ini patut dipelajari, terutamanya kepada individu yang telah pelajari asas-asas pernomboran. Kali ini kita akan membahagikan Kaedah Pernomboran kepada 3 jenis tahap seperti berikut;
Tahap 1 - Asas - menceritakan berkisar Petak Statik dan Arah Statik.
Tahap 2 - Pertengahan - menceritakan berkisar Petak Dinamik (6 jenis petak) dan kitarannya termasuk bulanan, harian dan jam.
Tahap 3 - Tinggi - menceritakan berkisar Petak Motif Hayat.

Menariknya, kaedah pernomboran versi cikgu A-D ini bukan lagi hanya satu petak atau satu rajah segitiga seperti yang diperkenalkan 6 tahun lalu, tetapi kini lebih mendalam hingga 6 petak dan seterusnya kepada lakaran kepada setiap usia, tahun, bulanan malah harian. Ini adalah kaedah pernomboran atau numerologi yang paling advance di dunia, pertama seumpamanya, maka anda sepatutnya berbangga dapat memiliki ilmu pengetahuan yang sejauh ini.

Kelas Petak Motif Hayat akan dibuka tidak lama lagi, namun ada syarat kemasukan iaitu hanya untuk mereka yang telah pelajari tahap asas hinggalah ke Petak Dinamik sebelumnya barulah dibenarkan masuk kelas ini, adalah kerana Petak Motif Hayat memerlukan asas yang kuat dan tidak boleh terus belajar begitu sahaja. Yuran kelas ini akan diletakkan tinggi sedikit kerana kaedah ini lebih advance dan lanjutan kepada asas. Tiada paksaan untuk masuk ke kelas tinggi ini tetapi kalau tak belajar macam rasa rugi pula kerana tahap asas menceritakan luaran manakala Petak Motif Hayat menceritakan dalaman kehidupan kita. 

Insyallah, perisian untuk Petak Motif Hayat ini akan dibangunkan nanti untuk memudahkan buat lakaran dan buat masa ini pembelajaran adalah secara manual dahulu.

Barulah kita memahami kenapa walaupun sesuatu kitaran itu berlaku secara berulang untuk tempoh 10 tahun, tetapi pengalaman di dalamnya adalah berbeza adalah kerana "running platform" sudah bertukar. Contohnya, Petak Tahunan anda untuk tahun 2011 adalah sama untuk tahun 2002 atau 2020, tetapi pengalaman untuk setiap tahun itu ada perbezaannya apabila menggunakan Kaedah Petak Motif Hayat.

Ini adalah satu penemuan yang sangat menarik dan sudah sangat jauh ke hadapan. Kepada peminat dan pengamal kaedah pernomboran ini adalah satu ilmu baru untuk anda - benarlah kata orang yang cikgu A-D ini ada saja penemuan terbaru dan itulah yang terbaik kerana sentiasa ada peningkatan berterusan (continuous improvement) sesuai dengan tugasan cikgu A-D yang sentiasa membantu organisasi dan individu untuk membuat peningkatan berterusan.

Kepada anda yang mungkin baru nak mengenali kaedah ini, anda masih boleh mempelajarinya dari asas dan dapatlah anda lihat bahawa mempelajari teknik tarikh lahir ini sudah 10 km jauhnya ke depan, berbanding teknik-teknik tarikh lahir yang ada di luar sana mungkin sejauh 2 km sahaja, maka kaedah pernomboran versi cikgu A-D adalah lebih mendalam.

Makin mendalaminya memang makin memeningkan tetapi sangat bagus kerana anda seumpama dapat melihat lebih mendalam perjalanan hidup anda. Umpama seorang jurutera perisian komputer (computer software engineer) yang dapat membaca kod-kod HTML, Javascript, C++ dsbnya untuk sesuatu perisian komputer dan mudahlah beliau dapat menambahbaiki perisian itu kerana tahu kod-kodnya, begitulah dengan individu yang pelajari Kaedah Pernomboran tahap tinggi sehingga Petak Motif Hayat dapat mengetahui kod-kod perjalanan hidup dengan lebih mendalam dan dapat mencari peluang untuk memperbaiki hidup dengan lebih berkesan.

Kursus Graf Hayat akan mula dimansuhkan secara perlahan-lahan dan ianya akan menjadi kaedah eksklusif manakala Kaedah Petak Motif Hayat akan mula diperkenalkan. Oleh yang demikian, kepada yang masih mempunyai minat mempelajari kaedah Graf Hayat dapatlah kiranya cepat-cepat belajar sebelum ianya menjadi koleksi "muzium". Kita akan cuba fokuskan sepenuhnya kepada Pernomboran semata-mata. 

Mempelajari kaedah Pernomboran adalah satu kaedah ikhtiar untuk kita memahami  hidup kita ini - siapa diri kita dsbnya dan memahami bagaimana perjalanan kita supaya kita dapat melalui turun naik hidup ini dengan lebih bermakna daripada yang sekarang ini main ikut je apa nak jadi jadilah dan hidup kita sering diarahkan oleh orang lain, kini tiba masanya untuk kita kuasai diri kita dan menjadi insan yang lebih bermakna untuk hidup di dunia ini. Hidup ini adalah untuk difahami dan hidup ini adalah untuk dinikmati. Fahamilah tentang hidup anda barulah anda dapat mencapai tahap kekayaan dan ketenangan yang baik dan berkesan.

Menggunakan kaedah pernomboran bukan untuk menilik nasib kerana manusia diberi pengetahuan untuk membuat perubahan kepada kehidupannya, maka adalah salah jika anda menggunakan pernomboran untuk menilik nasib kerana nasib anda boleh berubah tidak lagi mengikut nombor-nombor yang sepatutnya, itupun apabila anda memahaminya dan mengetahui cara menguasainya.

Testimoni Teknik Pola 38

Sekali lagi saya dapat menjawab soalan untuk pola 38 dengan tepat untuk Soalan 1. .. Sekarang agak mudah saya gunakan "Power 38" ni, walaubagaimana pun pada certain perkara yang dah  RASA "tak boleh" ia jadi "tak boleh". Pada perkara yang memang kira2 "tak boleh" ikut undang2 ke atau ramai orang kata "tak boleh" jika saya rasa perkara tu boleh atau saya nak juga saya akan positive kan minda  dan concentrate, perkara yang mustahil tadi dah  jadi sebaliknya pulak. Perkara begini berlaku dah banyak kali. Alhamdulillah, power 38 ni kita gunakanlah sebaik2nya dan ianya amat berkesan lebih2 lagi bila terlintas fikiran negative cepat2 kita ubahkan ke positive. Terima kasih en A D atas ilmu yang diberi.

Pengalaman Cikgu A-D pada 24 Ogos lalu - pola 38:
Pada hari tersebut cikgu A-D mahu buat urusan di bank dan pada tengahari di kawasan bank di Setia Alam nampaknya penuh dengan kereta melebihi biasa mungkin kerana ramai yang mengejar untuk cuti raya ini, sampaikan banyak kereta double parking kerana penuh. Mudah sahaja, cikgu A-D menggunakan teknik pola 38 mengharapkan ada satu ruang parkir dan memang sampai di depan bank ada satu ruang memang kosong tak seorang pun nak parkir kat situ padahal banyak kereta lain macam menunggu double parking.

Pada sebelah malamnya pula, cikgu A-D agak terlewat ke surau untuk solat terawih jadi pertama kali solat isyak di saf paling belakang. Selalunya cikgu A-D solat di saf paling depan sebelah kanan surau berdepan satu tiang. Jadi, cikgu A-D menggunakan teknik pola 38 untuk dapatkan juga tempat cikgu A-D yang biasa. Memang untuk sesi solat seterusnya cikgu A-D dapat bergerak dari saf paling belakang dan sampai juga di saf paling depan betul-betul tempat favourite biasa cikgu A-D!

Bila kira pernomboran, padanlah hari 24 Ogos adalah hari bagus untuk cikgu A-D praktikkan pola 38.

Semua orang pada pola 38 tahun depan, persoalannya adakah anda tahu bagaimana nak menggunakannya? Jika anda tiada pengetahuan menggunakannya secara positif, pola 38 sebenarnya membawa kepada kemusnahan, kesengsaraan dan penyakit, jadi kita ikhtiarkanlah untuk membaikinya menjadi pola yang positif dan power! Jom, pola 38!
 

Petua Doa untuk Kebahagian Suami Isteri:

Daripada satu amalan sebuah kitab - bacalah ayat ke-21 daripada Surah Ar-Rum sebanyak 99 kali untuk 3 hari berturut-turut dan dihembuskan kepada makanan yang manis dan lazat yang dihidangkan dan dimakan oleh kedua-dua suami-isteri. Mudah-mudahan dapt mencipta keharmonian

Terjemahan Surah Ar-Rum ayat 21: "dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."

Petua Doa dari amalan/ ciptaan cikgu A-D:

Untuk "mengetahui" sama ada pasangan atau ahli keluarga anda ada berbuat sesuatu yang tidak baik seperti curang, mencuri dan sebagainya, maka bacalah ayat dari Surah Yasin ayat 65 dan hembuskan kepada individu itu di mana-mana bahagian badan, kalau boleh di umbun kepala (dahi). Mudah-mudahan jika individu ada berbuat sesuatu secara sembunyi akan terbongkarlah untuk anda.

Terjemahan Surah Yasin ayat 65: pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.

Memahami Vaccum Star + Virtuous Star yang ada pada satu waktu yang sama:

Dalam graf hayat cikgu A-D, pada bulan Ogos 2011 terdapat kedua-dua Virtuous Star dan Vaccum Star, iaitu dengan kata lain, bulan Ogos ini banyak duit masuk, syukur memang banyak masuk walaupun tak buat kursus/ bisnes besar seperti bulan lain tetapi ada pula Vacuum Star iaitu duit keluar memang pun untuk persiapan raya. Tetapi dengan cara positif apabila memahami kaedah ini, dapatlah cikgu A-D menyimpan melebihi RM5,000. Dengan kata lain, walau orang lain mengadu duit dah kering untuk raya ini tetapi untuk hal cikgu A-D makin banyak menyimpan pula. Iaitu, jika anda memahami perjalanan hidup anda maka anda tidak mengikut rentak alam sebaliknya anda menguasai hidup anda dengan lebih baik.

0 Comments

Kejayaan terbentang luas di hadapan anda!

8/22/2011

0 Comments

 
Picture

LATIHAN TEKNIK POLA 38

Jika anda mengikuti cikgu A-D di blogspot tidak lama dahulu pernah cikgu A-D perkenalkan beberapa teknik untuk mengasah kemahiran dalam membina "tenaga dalaman" (pola 38). Menariknya, ada orang boleh menjawab soalan yang diberikan dengan betul walau secara logiknya tidak masuk akal, contohnya, bagaimana seseorang boleh tahu / meneka dengan tepat apa huruf yang cikgu A-D bayangkan. Kali ini, teknik mengasah kemahiran Pola 38 didedahkan lagi di sini.

Jika anda adalah peserta kursus Pola 38 yang lalu, silalah guna teknik Pola 38 yang telah anda pelajari untuk dapatkan jawapannya, manakala mereka yang belum mengetahui teknik Pola 38, cubalah untuk menjawab soalan di bawah ini. Jika anda punyai pola 38 (termasuk juga pola 459) di dalam Petak Tarikh Lahir Statik anda, tentunya anda boleh lakukan! Jawapan soalan ini berada di side bar sebelah kanan bawah sekali di bawah gambar angka 38 (skrol ke bawah). Apa kena-mengena teknik Pola 38 ini dalam hidup kita? Sebenarnya, ramai individu yang berjaya dan terkenal memiliki angka pola 38 dan mungkin anda memilikinya tetapi belum tahu menggunakannya dan ini masanya untuk meningkatkan keupayaan anda. Juga, teknik pola 38 sebagai satu ikhtiar membantu kita dalam pelbagai urusan seperti dalam menghadapi masalah atau mengenalpasti sesuatu fenomena lebih awal untuk kebaikan.

Latihan ini ada kaitan dengan Prinsip ke-5 dalam Pola 38 iaitu "Mengetahui tanpa Membaca" dan tahap ini adalah agak tinggi dan belum dibuat di dalam mana-mana kelas... semoga berjaya! Nantikan kelas Teknik Pola 38 bakal di anjurkan.

Soalan 1:
Semasa cikgu A-D mengemaskini laman ini, cikgu A-D ada memegang 3 buah buku. Yang mana satukah tajuk buku yang cikgu A-D pilih dan membaca satu perenggan di dalamnya? Pilih 1 jawapan sahaja.
A.  Secrets of Intellegent Investing
B.  Outrageous Business Growth
C.  Profitbrand
D. The Power of Time

Soalan 2:
Cuba anda duduk diam dan bayangkan sejenak... apakah gambaran kasar tentang satu perenggan yang cikgu A-D baca di dalam buku itu tadi? Mengenai perkara apa tu? Mampukah anda dapat "merasai"nya atau mengetahuinya... apa kata kuncinya yang dapat anda "lihat", tentang perkara apa? ... agak-agak mukasurat berapa perenggan tersebut berada?

Lihat jawapan di sebelah side bar sebelah kanan skrin anda skrol ke bawah hingga ke gambar angka 38. Hantarkan maklumbalas anda sama ada dapat betul atau tidak ke qmas304@streamyx.com


Picture
B17 Apricot Makanan untuk pesakit kanser

Hubungi Puan Normaliza
016 3659762
Tg Malim, Perak

www.rawatkanser.com

Pesakit/ berminat sebagai ejen/ stokis.


Picture
Tahap Keserasian
4 Komponen Asas Keserasian
(ciptaan cikgu A-D sendiri)













Apakah tahap keserasian anda dengan pasangan boleh jadi seperti graf sebegini iaitu pada tahap 0%? Semenjak kaedah ini diperkenalkan, ianya lebih mudah untuk mengenalpasti tahap keserasian dan mengenalpasti mana satu masalah yang menyebabkan sukarnya jadi serasi dan tentunya bagaimana untuk tingkatkan keserasian. Setakat ini cikgu A-D telah bertemu dengan 3 kes yang mana tahap keserasiannya adalah 100%! Padanlah ada seorang daripadanya merasa pelik kenapalah beliau dan pasangannya itu sangat serasi walaupun jarak usia berbeza. Ada juga yang merasa pelik kenapa beliau dan pasangan boleh ngam tapi kenapa asyik gaduh sahaja dan sebagainya. Memang mudah menggunakan kaedah ini sebagai panduan.

Anda mahu berapa tahap keserasian anda? Hadirlah Workshop Keserasian atau Seminar Jodoh & Perkahwinan dan Perceraian atau sesi konsultansi bersama cikgu A-D untuk ketahui konsep 4 asas keserasian.

Atau dapatkan graf seperti di atas yang dihantar secara email kepada anda untuk anda dan pasangan. Bank in RM10 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan emailkan maklumat berikut ke qmas304@streamyx.com iaitu maklumat bank-in, tarikh lahir anda dan tarikh lahir pasangan (nyatakan yang mana satu lelaki atau wanita). Graf ini boleh dibuat untuk anda dengan rakan, ahli keluarga ataupun dengan bos anda! (setiap satu graf adalah RM10 sekeping).


Picture
Dapatkan maklumat waktu berdoa untuk dapatkan dan bina network yang lebih besar - Pola 7 dan Pola 72. Sesuai untuk individu dalam industri sales atau marketing seperti MLM, insuran malah untuk ahli politik juga atau para artis atau sesiapa yang mahu ada ramai network!

Picture
Jika hari raya jatuh pada 30 Ogos memang bermakna doa tersebut. Juga dapatkan juga maklumat waktu berdoa pada 16 September, kebetulan memang hari kebesaran iaitu Hari Malaysia serta sambutan kemerdekaan dan hari berkat Jumaat!

Untuk mendapatkan maklumat 2 waktu berdoa tersebut, sila bank in RM20 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan selepas bank in sila emailkan ke qmas304@streamyx.com beritahu maklumat bank in dan 2 waktu berdoa tersebut akan diemailkan kepada anda.

Untuk semua (sama ada saudara seIslam atau rakan/ pelanggan bukan beragama Islam juga), jangan lupa untuk berdoa pada 29 Ogos jam 11.30 malam - 12.30 malam (Semenanjung dan Singapura, manakala untuk Sabah, Sarawak dan Brunei bermula 11 malam) untuk kejayaan dan kekayaan. 

Mohon email maklumbalas hasil dari usaha doa anda.


Perihal Angka 38

Tahukah anda pada 2 September 1998,  Bank Negara Malaysia telah menetapkan pertukaran matawang US Dollar ke Malaysia Ringgit adalah 1USD = RM3.80 

Semenjak dari situlah, ekonomi Malaysia menjadi lebih baik selepas melalui zaman kegawatan pada 1997-1998.

Apakah anda ada pola 38 dalam tarikh lahir anda? Bagaimana untuk mengamalkan teknik pola 38? Nantikan kursus Pola 38
.

Di dalam filem "Fearless" lakonan Jet Li ada satu adegan yang menunjukkan beliau seorang sifu yang memenangi pertandingan sebanyak 38 kali manakala lawan beliau pula telah menjelajah ke 38 buah daerah untuk memantapkan seni pertahanannya.

Pihak Streamyx pernah menawarkan pakej RM38 iaitu berserta dengan netbook 1Malaysia. Tentunya DiGi ada menawarkan pakej broadband pada RM38 sebulan. Tentu anda perasan iklan TV Nestle Coco Crunch untuk animasi bolakeranjang yang mana keputusan perlawanan adalah seri 38-38 sebelum pemain diwakili Coco Crunch menang di saat akhir.

Semalam sementara menunggu solat Isyak di surau, cikgu A-D menyelak laman Al-Quran di dalam IPod untuk surah 38 dan cikgu A-D terperasan ketika itu adalah jam 8.38 malam. Kebetulan?
Picture
Kemalangan lori dan motosikal (lihat di bawah tayar lori itu) pada Sabtu baru ini (20-8-2011 iaitu jumlah 5 iaitu halangan)... Angka 38.

Picture
Motorsikal yang berada di bawah lori. Gambar penunggang motosikal yang maut digilis tayar lori tak dapatlah disiarkan disini. Plet 1700 iaitu jumlah 8 - tekanan? Bertemu angka 38 di hari 5 halangan?


Dapatkan majalah Mingguan Wanita untuk edisi Aidilfitri. Cikgu A-D selalunya berada di mukasurat 54 (iaitu angka 54 biasanya berkaitan dengan pemulihan) tapi kali ini cikgu A-D berada di mukasurat 72! Kan angka 72 angka "tarikan orang ramai"...rezeki angka tu, kebetulan?

Maklumbalas peserta / pelanggan:

Ok tk ad ... nak kongsi dgn ad pasal star dan arah ni...betul betul membantu tk byk ad... jasamu dikenang

Salam ramadhan! Alhamdulillah berkt nsht a. Edy dl utk suami sy mbntu kami bsabr spjg thn 2010. Skrg keje dia lbh stabl.

.Tq cikgu ad, yang 573 dan 624 tu...pelanggan saya kebetulan memang di kalangan warga pendidikan dan berjawatan tinggi

Cikgu A-D ada menerima panggilan telefon tadi daripada seorang pelanggan konsultansi yang kami bertemu bulan lalu di KL Sentral yang memberi maklumbalas tentang peranan arah ke tempat kerja dan arah di dalam bilik tidur/ di tempat kerja yang dicadangkan oleh cikgu A-D lalu telah dapat membantu beliau untuk lebih tenang dan yakin dalam kehidupan. Semasa bertemu di sesi konsultansi memang jelas beliau dalam keadaan tertekan dengan kerjaya, rumahtangga, kewangan dan sebagainya. Dengan mengamalkan teknik-teknik mudah, murah dan praktikal, kini kehidupan beliau lebih baik dan bersemangat positif. Malah, beliau telah tempah sesi dengan cikgu A-D di bulan Disember nanti untuk follow-up berterusan serta nak tahu strategi 2012. Kadang kala ubah tempat tidur pun dapat membantu!  

Picture

0 Comments

Mengejar Kejayaan Dengan Pantas!

8/14/2011

0 Comments

 
Picture

Picture
Going Hi-Tech! Digital. Mobile Technology.

Kini, cikgu A-D memiliki IPod Touch dan ditemani dengan tablet PC Iconiatab Acer, maka kemudahan teknologi mudahalih (portable technology) memudahkan tugasan cikgu A-D. Kalau dulu terpaksa usung beg galas komputer yang besar dan tebal dengan buku-buku untuk sesi konsultansi di luar pejabat, tapi kini hanya beg sandang kecil sahaja sudah memuatkan banyak bahan dalam bentuk digital. 


Satu hari nanti kalau ada dana dan kepakaran nak juga buat apps untuk kaedah pernomboran dan graf muat dalam IPod/ IPhone je. Setakat ini Excel boleh dibuka dalam IPod atau IPhonemenggunakan apps DocsToGo atau Quickoffice cuma software-software Pernomboran dalam bentuk Excel perlu dibetulkan untuk serasi dengan  


Picture








Hari ini 18 Ogos ada hampir 4 kali cikgu A-D berselisih dengan kereta peronda polis di jalan raya di beberapa tempat berbeza. Apabila di periksa pola harian, padanlah ada pola 995, dah agak, memang pola tu ada hari tu.

Picture
Pada 4hb Ogos lalu, cikgu A-D mengalami sakit gigi yang agak teruk. Bahagian tu dah seminggu lebih sakit tapi disebabkan sibuk maka tak sempat nak ke klinik. Jadi, pada 4hb tu, mata prestasi jatuh 1 iaitu hari yang teruk dan memang pun teruk, maka terpaksa ke klinik gigi (tu ada pola 459!).



Kaedah di atas dipanggil Teknik Graf Prestasi Harian (ciptaan cikgu A-D) dan Pola Harian.
Dengan kaedah ini dapatlah kita merancang atau mengunjurkan sesuatu peristiwa yang  akan berlaku pada sesuatu hari di masa depan atau menjelaskan sesuatu yang telah berlaku pada sesuatu hari. Kedua-dua ini dikira daripada tarikh lahir!

Ada seorang pelajar cikgu A-D yang menggunakan kaedah ini bagi tujuan perubatan iaitu beliau dapat memberi khidmat nasihat kepada pesakit-pesakitnya tentang apa masalah yang berlaku pada sesuatu hari. Macam biasa, kalau ada penyakit, maka beliaulah yang supply ubatnya!


Boleh buang sial?

KUALA LUMPUR: Itu pilihan diberi seorang bomoh yang kononnya pakar membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri pelanggannya yang semuanya wanita. Hasil tipu dayanya, bomoh mendakwa kerabat diraja dan berpura-pura warak itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila 10 pelanggan wanitanya memilih ‘kaedah rawatan’ kedua iaitu menyerahkan barang kemas

Perkara sebeginilah yang merosakkan nama kaedah permulihan alternatif dan metafizik, kesannya individu atau pengamal seperti kami di sini dipandang serong. Walau bagaimanapun, sebenarnya, untuk anda belajar dengan seseorang atau dapatkan rawatan untuk perihal alternatif atau metafizik, pastikan dahulu periksa latarbelakang institusi atau individu pemulih/ kakitangan itu, tentunya dapatkan rujukan daripada ramai orang dan boleh juga dari internet. Temubual/selidik dengan individu pemulih untuk pastikan bahawa beliau adalah orang yang sesuai untuk tujuan pemulihan atau pembelajaran anda.

Untuk makluman, setakat kajian cikgu A-D selama 7 tahun ini belum menemui satu ubat ajaib untuk boleh buang sial seseorang, jadi jika ada yang mengaku sebegitu mohon dapat temukan dengan cikgu A-D untuk cikgu A-D mengkajinya. Mengurangkan bahang "sial" tu bolehlah tapi secara sementara, tetapi sebenarnya "sial" itu memang dah ada pada semua orang cuma tunggu masa nak terjadi. Contohnya, sial dari Vacuum Star, Blocking Star, Kitaran Tahun 8 dan sebagainya.

Dari kajian cikgu A-D, jika anda pelajari teknik pola 38 dan beberapa teknik tenaga dalaman, termasuk aktiviti ibadah kerohanian iaitu apabila anda mampu tingkatkan tenaga dalaman anda, apa yang dikata sebagai sial itu menjadi tiada, kalau ada pun ianya hanya tempias sikit je.

Anda perlu ada kesedaran tentang kehidupan, tahu strategi mengatasi masalah dan ada ilmu pengetahuan serta kekuatan mengatasinya. Itulah yang diperjuangkan di dalam Kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik versi Cikgu A-D.

Sayang, jutaan ringgit itu telah dihabiskan kepada individu yang tidak bertanggungjawab kerana ramai yang mencari jawapan di tempat yang salah. Kalau dana tersebut disalurkan kepada cikgu A-D bolehlah cikgu A-D luaskan lagi perjuangan ini ke seluruh negara.

Hari ini cikgu A-D bersama seseorang dalam sesi konsultansi bagi membincangkan masalah rumahtangga dan kehidupannya, seolah "sial", tapi rupanya ada kesan dari Blocking Star, Wealth AF, Spouse AF, Children A-F dan sebagainya yang menyebabkan hidup dan rumahtangga tunggang langgang termasuk pelaburan atau perniagaannya. Jadi apabila menggunakan kaedah pernomboran dan graf dinamik ini baru kita tahu di mana puncanya dan bagaimana strategi yang sesuai untuk mengatasinya.. dan anda sememangnya perlulah buat tindakan pembetulan kerana masalah itu ada pada anda atau pasangan anda... jadi tak perlu cikgu A-D peras ugut atau minta bayaran sampai puluhan ribu!

Hidup ini memang ada beberapa bentuk "sial" atau masalah / konflik, SEMUA orang pasti melaluinya, yang penting adalah bagaimana menghadapinya, persiapan, persediaan, langkah-langkah pemulihan dan sebagainya, maka dengan itu sial itu tiada lagi dalam hidup anda dan pasangan anda.

Jika nak tahu tentang hidup yang "sial" bolehlah bertanya sdra Noredie, sekitar tahun 2007-2008 hidup malang dengan duit tak ada, rumah nak dilelong, kereta nak ditarik dan 6 bulan ikat perut makan roti canai 2 keping setiap hari... tapi setelah pelajari 2 sesi kaedah pernomboran dan graf dinamik tak sampai RM500 (kali pertama datang pinjam duit kawan katanya), kini pendapatan 6 angka sebulan, walaupun dalam graf gaung iaitu dari segi teorinya masih "sial" lagi, tapi boleh dibuat perubahan. Jom pelajari kaedah pernomboran dan graf dinamik di sini lebih mendalam.

Picture

Picture
Arah memainkan peranan dalam kehidupan

Ini adalah satu contoh kes kajian tentang arah. Arah mata angin ini adalah milik seorang kenamaan.






Dari sebuah negeri di utara negara ke KL (tenggara) adalah arah tekanan, pada mulanya tekanan adalah positif untuk beliau memikul tanggungjawab besar sehingga di tampuk pentadbiran negara tetapi kini beliau berada dalam suasana tertekan saban waktu. Jadi, secara gambaran, adalah beliau alami tekanan untuk melalui kehidupan dan mencapai matlamat apabila berada di lokasi tenggara dari tempat kelahirannya seperti di WP Putrajaya. Tetapi arah ke barat laut balik semula  ke tempat kelahirannya pula adalah bagus, malah walaupun menetap di KL tetapi boleh mampu menang serta mendapat banyak sokongan daripada rakan-rakan di negeri utara itu dan di timur laut (Kelantan/ Terengganu).

Perihal arah yang sama juga berlaku kepada individu ternama pelakon Arnold yang mana dari negara kelahiran Austria ke USA adalah barat daya adalah angka 8 tekanan. Memang tekanan boleh melonjakkan kepada kejayaan besar dalam dunia filem dan pentadbiran negeri tetapi di hujung rancangannya pula terdapat tekanan besar yang mana kini beliau berdepan dengan skandal masalah rumahtangga.

Adakah anda pergi ke arah yang betul? Periksa arah dari tempat lahir anda ke tempat sekarang juga. Mahu tahu tentang perihal arah? Tentunya hadir kursus atau workshop Potensi 9 Arah Mata Angin bersama cikgu A-D atau dapatkan penjelasan di dalam sesi konsultansi.


    Kajian Kejayaan


"I believe it is our fate to be here, it is our destiny... the very meaning of our lives. This is a war and we are soldiers, what if tomorrow the war could be over, isn't that  worth fighting for? Isn't that  worth dying for?"

Sarawak dan Sabah - we are on the way!

Cikgu A-D and the Team sedang merancang untuk ke Kuching, Miri, Kota Kinabalu bermula Januari 2012 - buat masa ini adalah sesi Klinik Bergerak Konsultansi/ Belajar Secara Peribadi akan dijalankan dahulu. Nantikan pengumuman.

Tahukah anda jarak penerbangan dari KL ke Miri adalah 853 batu - pola 38 tu!

Manakala bandar-bandar lain juga dalam perancangan seperti Kuala Terengganu, Kota Bahru, Alor Setar dan tentunya Melaka, Seremban, Kuantan, Temerloh dsbnya.

Picture
Hidup telah ditakdirkan - kenali,  fahami dan susunkan hidup ini sewajarnya.

Inilah graf seorang selebriti ternama. Lihat pada usia muda sudah banyak "star" kekayaan padanlah  menang pelbagai anugerah. Setakat ini belum ada lagi selebriti yang ada susunan star sebegini. Kalau adapun yang lebih kurang sama ialah bilionair Justin Bieber.

Walaupun ada ramai selebriti yang usia yang sama tapi tidak juga dapat mengecapi kejayaan di usia muda kerana tempoh masa mereka untuk kaya berjaya memang berbeza mungkin di usia sangat tua dan disusun cara berbeza.

Menariknya, dalam graf hayat ini ada menceritakan bahawa beliau sukar mendapat anak memang sehingga kini masih belum dapat anak! Maka, gunakan kaedah ini bukan untuk menilik tetapi untuk membuat iktiar dan strategi pembetulan, peningkatan dan pencegahan. Menarik juga dalam petak / rajah segitiga tarikh lahir selebriti ini tiada pola 573 iaitu bergaul dengan orang kenamaan, tetapi menggunakan kaedah petak pendua memang ada pola 573! Maka gunakanlah kaedah pernomboran dan graf dinamik yang lebih menyeluruh dibawah bimbingan cikgu A-D.

Mari fahami isi kehidupan dan turun naik kehidupan anda supaya dengan itu anda dapat menyusun hidup dan melalui hidup dengan lebih positif dan seterusnya dapat menikmati hidup dengan lebih baik. Hadirlah kursus atau tempah sesi konsultansi peribadi untuk mendapatkan pandangan berbeza tentang perjalanan sebenar hidup anda.


Picture













Ramalan atau unjuran, terutamanya yang menggunakan data dan kajian, adalah satu keperluan dalam hidup kita untuk kita jalani kehidupan atau menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan. Hidup dan bisnes anda akan menjadi lebih berkesan dengan ramalan.. tapi bukannya ramalan mistik tetapi menggunakan kaedah dari Forecasting & Strategic Planning seperti ANOVA, Regression, Weibull dsbnya.

Kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik yang menggunakan parameter tarikh lahir, jam lahir termasuk apa jua angka pada seseorang adalah satu cara unik, mudah dan praktikal untuk semua orang awam untuk membuat unjuran (forecast) tentang kehidupan dan bisnes.


Genetik adalah pelan takdir kehidupan kita

Cikgu A-D adalah lulusan Molecular dan Genetic Biology dari Syracuse University, New York, USA (1995) memang mendalami perihal genetik. Kini barulah kita memahami bagaimana kod-kod pola dalam tarikh lahir atau graf hayat itu ada kena mengena dengan keturunan - semuanya adalah kerana genetik yang diwariskan. Anda mewarisi kebaikan dan keburukan dari keturunan, maka menjadi tugas anda untuk memastikan yang baik diteruskan dan yang buruk ditinggalkan.

Satu hari nanti kita tidak perlu lagi menggunakan kaedah tarikh lahir atau graf hayat untuk menyusun hidup kita apabila teknologi DNA, pemetaan genome, kejuruteraan genetik dan seumpamanya dapat dibangunkan dalam suasana yang mudah di pasaran. Buat masa ini kita gunakan dulu kaedah tarikh lahir dan graf hayat yang dihubungkan dengan kelakuan, potensi dan prestasi. Mudah-mudahan di masa depan kita dapat analisa seluruh perjalanan hidup kita berdasarkan DNA sahaja. Ada satu kajian mendapati telomeres pada kromosom DNA manusia dapat digunakan untuk menentukan jangka hayat manusia, bermakna DNA kita ini mengandungi banyak kod-kod yang lain yang memerlukan kajian lebih mendalam. Mungkin kod kekayaan ada disitu juga!

Dibawah ini adalah keratan dua artikel yang membentangkan hasil kajian bahawa genetik kita memainkan peranan dalam perjalanan hidup kita. Jika anda hidup selalu susah, maka jangan salahkan Tuhan atau orang lain, tetapi betulkan genetik anda! Tapi genetik tidak dapat dibetulkan sesuka hati tetapi dibuat ikhtiar pembetulan seperti berfikir dan bertindak positif, mendapatkan ilmu pengetahuan dsbnya.

Dalam beberapa agama seperti Kristian dan Buddha menekan perihal keturunan dengan jelas. Untuk fahaman Kristian, setiap orang dilahirkan berdosa dan perlu disucikan semenjak lahir manakala di dalam fahaman Buddha menyatakan tentang perihal karma kelahiran seseorang iaitu jika berkelakuan jahat dalam hidup maka akan dilahirkan semula sebagai binatang buas. Tetapi untuk Islam tidak pula ditekan perihal keturunan dengan begitu ketara mungkin untuk memastikan bahawa manusia benar-benar faham bahawa bukannya mitos yang menjadi sandaran dalam perihal takdir tetapi sains kehidupan iaitu peranan genetik warisan menjadikan seseorang itu berkelakuan atau melalui pengalaman yang dilaluinya. Daripada kajian cikgu A-D mendapati banyak sejarah kehidupan dalam keturunan boleh berulang dalam kehidupan kita - teknik petak Pembayang dan Statik serta Pendua dan Pentiga adalah satu-satunya teknik di dunia gubahan cikgu A-D sendiri yang dapat menjelaskan bagaimana peranan keturunan mempengaruhi perjalanan kehidupan kita.

Terdapat banyak ikhtiar digunakan yang mendakwa dapat 'mengubah' DNA kita seperti kaedah bunyian, haruman malah diet makanan. Setakat ini, itulah yang termampu ada, jadi ikhtiar perlu dilakukan. Mungkin di masa depan nanti ada ubat yang boleh terus betulkan DNA kita untuk jadi orang hebat sentiasa.

Feeling Lonely? Blame Your Genes!
According to a recent study reported on CNN, part of the reason you may be feeling lonely this holiday season could be due to your family--but not because they left you high and dry at the holidays or because they ditched you for other relatives. It could because of the genes you have and they don't.

Study: Genes Influence Who Your Friends Are
You may have more in common with your friends than a shared sense of humor or a penchant for the same bar. A new study finds that friends often resemble each other at the level of their genomes – though certain genes may influence people to bond with others who aren't like them
.


Kajian tentang hari
Jika dulu ilmu memilih hari dikatakan ilmu kuno tua, tapi kajian moden mendapati setiap hari itu ada peranannya,.. padanlah malam jumaat sibuk semacam je...
Picture

Picture
Usahawan perlu pastikan back-up secukupnya untuk masa sukar yang akan mendatang.

Lanjutan kisah dibawah tentang perlunya seseorang usahawan atau organisasi untuk memiliki simpanan wang secukupnya, di sini adalah contoh perihal kitaran tahunan untuk sebuah organisasi.

Picture
Walaupun perniagaan untuk organisasi ini masih sama tetapi suasana bisnes pada tahun tertentu bersesuaian dengan kitaran tahun  organisasi akan menyebabkan prestasi perniagaan naik turun. Ramai usahawan yang kegagalan  tercari-cari bisnes sesuai,  tetapi kadang kala teknik betulkan pemantauan prestasi bisnes juga memainkan peranan..


Picture
Sudut arah kekayaan dalam bilik

Foto terbaru sudut kekayaan cikgu A-D dalam bilik. Foto yang sama ada di bawah tapi kali ini berbeza kerana ada 'pendatang' baru di situ. Baru-baru ini anak cikgu A-D serahkan hampir RM100 duit syiling dan not RM1 hasil simpanannya, jadi sudut kekayaan dah bertambah! Begitu juga, pagi tadi cikgu A-D sempat ke BSN membeli sijil premium RM2000, hasil simpanan duit tak sampai sebulan menggunakan teknik kekayaan. Yang penting, ialah wujudkan sudut kekayaan anda untuk beranakkan duit!


Maklumbalas:

Baru-baru ini sdra Noredie (Parit Raja, Batu Pahat) ada menelefon cikgu A-D. Sesekali beliau ada telefon untuk berbincang perihal fasiliti tempat latihan beliau di Taman Universiti yang selalu cikgu A-D gunakan untuk tujuan kursus, kali ini beliau bertanyakan strategi tahun 2012 nanti. Sdra Noredie berada di dalam graf gaung dan pernah merasai betapa peritnya hidup dalam gaung sekitar tahun 2007-2008 lalu, tapi semenjak tahun 2009 setelah menghadiri beberapa kelas cikgu A-D dan menghadiri 2 kali majlis berdoa kekayaan di Shah Alam dan Putrajaya, beliau kini berpendapatan 6 angka sebulan dan tidak lagi hidup dalam gaung walaupun hakikatnya grafnya masih gaung! Ini bermakna walaupun anda mengadu hidup susah dan sukar kaya, sebenarnya ada cara untuk mengatasinya - kenalah bertanya sdra Noredie dan tentunya cikgu A-D.

Menariknya, walaupun beliau kini telah berjaya keluar dari situasi gaung tetapi beliau masih sedar hakikatnya yang beliau masih dalam gaung, oleh itu walaupun pendapatan beliau adalah  6 angka sebulan tetapi bukan semua dibelanjakan sewenangnya. Beliau sentiasa buat beberapa jenis simpanan dan beberapa jenis pelaburan kerana beliau sentiasa beringat bahawa dalam gaung tentu ada cabaran lain yang datang. Inilah kebaikan mempelajari kaedah pernomboran dan graf dinamik kerana anda sentiasa positif untuk menghadapi perjalanan hidup.

Oleh yang demikian, memang benarlah kata pakar-pakar kewangan bahawa setiap usahawan (malahan setiap orang!) perlu ada simpanan kecemasan. Ada yang menyarankan 3 bulan dan ada yang menyarankan 6 bulan simpanan. Dengan kata lain, katakanlah anda tidak dapat bekerja atas sesuatu sebab, maka anda masih boleh hidup untuk 3-6 bulan dengan simpanan anda itu. Sebenarnya, sama ada anda bekerja sendiri sebagai usahawan atau bekerja makan gaji, pastikanlah anda punyai wang simpanan kecemasan. Pastikan juga anda punyai insuran kemalangan atau kesihatan yang cukup. Kepada mereka yang makan gaji, mungkin tidak risau sangat sekadar cuti sakit seminggu akibat kemalangan maka gaji masih jalan, tapi untuk usahawan kalau sehari tak buat bisnes/ sale, memang parah rasanya!

Contohnya, jika anda adalah seorang usahawan MLM, katakan dengan insentif dan bonus anda setakat ini mencecah RM50 ribu sebulan, maka anda perlu buat simpanan kecemasan sebanyak RM600 ribu (iaitu untuk 12 bulan). Ini adalah kerana dalam kehidupan ini, terdapatnya beberapa fenomena mencabar seperti Kitaran Tahun 7, Vaccum Star Bulanan dan Vacuum Star Tahunan dan sebagainya yang boleh menyebabkan anda kehilangan buat sementara punca pendapatan kerana anda perlu melalui tempoh sukar tersebut. Jadi, persediaan untuk sebulan atau setahun atau 10 tahun diperlukan!

Selama 7 tahun ini, cikgu A-D telah didatangi oleh ratusan usahawan yang mengadu gagal dalam bisnes yang sebenarnya mereka sedang melalui tempoh sukar seperti Vaccum Star tahunan atau graf gaung. Mereka bertanya apa bisnes yang sesuai padahal bisnes memang dah sesuai cuma mereka belum tahu cara memantau pretasi (seperti teknik Graf Prestasi Bulanan). Ada seorang usahawan menyatakan beliau selalunya perolehi RM60 ribu sebulan dari perniagaan restoran tapi kini hanya beberapa ribu sahaja tak cukup nak bayar gaji pekerja dan sebagainya. Bila diperiksa padanlah terkena fenomena kitaran tahun 7 dan tiada simpanan dibuat sebelumnya di kitaran tahun 6 untuk mengatasinya fenomena ini sementara tempoh ujian kejatuhan.

Oleh yang demikian, pastikan anda punyai wang simpanan untuk menampung kos semasa anda melalui tempoh ujian. Seperti yang cikgu A-D buat, setiap satu barang perlu ada wang simpanan, contohnya, untuk mesin basuh telah diperuntukkan RM300 untuk standby jika rosak nanti, untuk 3 notebook diperuntukkan RM300 setiap satu untuk tampung jika ada kerosakan nanti, untuk 2 buah kereta diperuntukkan RM1000 setiap satu untuk tampung jika perlu servis dan seumpamanya. Tapi, untuk anda, besar periuknya maka perlu besarlah simpanannya! Dengan cara ini, anda dapat kekalkan kekayaan anda.

Untuk teknik-teknik kekayaan lain ada dalam kursus Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan - Money Loves Me! 


Ibu sebagai penjana tenaga

Berikut adalah satu artikel menyatakan satu kajian beberapa universiti luar negara tentang pentingnya peranan ibu dalam membentuk keturunan yang baik-baik. Sebelum ini cikgu A-D pernah berpesan daripada kajian cikgu A-D mendapati bahawa pola angka tarikh lahir anak-anak dipengaruhi oleh ibu bapa, terutamanya apabila semasa tempoh ibu mengandung. Satu daripadanya cuba lihat graf hayat anak anda. Jika graf hayat anak anda itu adalah berterusan rendah dan menjunam dibawah hijau, biasanya terdapatnya ibu-ibu yang mengandung dalam keadaan tertekan akibat masalah kewangan, rumahtangga dan sebagainya. Dalam hal ini, anaklah yang terkena tekanan itu dan apabila dia membesar beliau pula memberi tekanan kepada ibu bapanya pula! Jadi betapa pentingnya untuk kaum ibu, termasuklah si bapa pastikan suasana positif dalam hidup berpasangan - cubalah sedaya upaya yang mampu dengan tukarkan diri anda kepada yang positif. Hidup ini untuk dinikmati dengan sebaiknya, jadi tak perlulah nak gaduh sana sini, sampai anak membesar pula gaduh- gaduh dengan kita ibu bapa pula.

Happiness May Be Inherited
Many parents fret about ensuring their childrens' happiness, but those worries could be too late if happiness is mainly inherited, as a researcher now suggests. Epigenetics research has shown how life experiences and a person's environment can impact gene expression and change the traits that parents pass on to their kids. That provides some indirect support for this latest hypothesis. "It is well known, of course, that parental behavior affects children, and that the genes that a child gets from its parents help shape that child's character." said Dr. Alberto Halabe Bucay of Research Center Halabe and Darwich in Mexico. "My paper suggests a way that the parent's psychology before conception can actually affect the child's genes."


Surprising Truth About Heredity and Moms
Every baby gets half his or her genes from Mom and half from Dad. But it is primarily mothers who shape how many of those genes are first expressed. Genes pack the code of life, determining much about who we are and how our bodies work. But how genes express themselves — what they actually do or don't do in each individual — affects everything from looks to agility to whether one gets a deadly disease. And a mother's influence can begin long before she is pregnant — or even fertile. Studies are starting to associate mothers' early childhood nutrition, toxin exposure and other experiences to the well-being of future offspring.

Picture
Foto cikgu A-D ketika di seminar anjuran Universiti Putra Malaysia untuk para kaunselor seramai lebih kurang 60 orang daripada beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Diperkenalkan 6 jenis petak tarikh lahir gubahan cikgu A-D yang sangat boleh membantu para kaunselor untuk menjalankan tugas kaunseling dengan lebih mudah.


Menariknya, salah seorang datuk saudara jauh cikgu A-D adalah Dato' Dr Hj Fadzilah Hj Kamsah adalah dari UPM dahulu. Pengalaman menarik bersama UPM untuk tahun 2011 ini seperti yang cikgu A-D berpesan dari tahun lepas lagi iaitu tahun 2011 adalah tahun dunia pendidikan.  



Picture






















Teknik "Download" Energi dari Sumber Alam - Teknik Pola 38

Satu daripada teknik pola 38 adalah mengambil sumber tenaga dari alam semulajadi iaitu daripada matahari dan secara saintifik diakui bahawa cahaya matahari memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia. Di atas ini adalah satu artikel daripada kajian universiti bahawa sumber matahari membantu kesihatan manusia. Kini untuk lelaki jua! Hmm, padanlah sejak mengamalkan teknik download tu dengan isteri lain macam je.. tak sabar nak bertemu matahari setiap hari ni! Nak tahu cara berkesan untuk download dari sumber matahari, datanglah ke kursus Pola 38.

Kursus Teknik Pola 38 Bahagian 1, 2 dan 3 ada ditawarkan adalah untuk membantu kita menggunakan sumber tenaga alam serta tenaga dalaman semulajadi untuk meningkatkan kekuatan kita menghadapi pelbagai cabaran hidup dengan baik. Mahukah anda sentiasa positif dan mendapat apa yang anda inginkan walaupun dalam situasi yang tertekan?

2 hari lepas ini cikgu A-D balik ke kampung isteri di Tg Karang. Untuk ke bazar Ramadan di Tg Karang memang sesak di sebelah petang dan sesak di pagi Ahad untuk ke pasar besar. Dengan teknik pola 38, cikgu A-D mahukan ada parking di depan bazar atau pasar dan hasilnya memang kebetulan tepat-tepat cikgu A-D sampai di situ dan ada ruang parking, bukan sekali buat macam tu, tapi 2-3 kali dah bukan kebetulan lagi kot! Jika anda ada teknik pola 38, anda boleh mengatasi konflik hidup seperti blocking star, vacuum star dan sebagainya - minta dan anda dapat!  


Maklumbalas peserta kursus Pola 696 Potensi Bisnes Menguntungkan:

assalamualaikum cikgu, apa khabar? Semoga sihat selalu... pernah ikuti kelas cikgu pola 696 diparitraja batu pahat pada 6hb ... Apa yang cikgu ajar hari tu saya dah practik kan. Memang banyak perubahan berlaku ... Selepas seminggu je saya dapat buat promosi di uhtm dan alhamdulilah sales tinggi berbanding dgn peniaga lain. Lepas tu saya dpt customer baru bekas cikgu. Selepas tu kolej komuniti .. mahukan kami suplies produk untuk kegunaan student. ... saya amalkan memang menakjubkan .bukan saya sahaja yang terima faedahnya orang disekeliling saya juga terima faedahnya.

Ulasan cikgu A-D: Dengan mengenali potensi seperti arah kejayaan, jenis pasaran dsbnya adalah membantu anda untuk lebih mudah mendapat keuntungan dalam bisnes. Ramai orang mahu berbisnes tetapi menemui kegagalan. Pada cikgu A-D, anda bukan gagal dalam bisnes, belum anda gagal mengetahui teknik potensi sebenar untuk anda berjaya mengatasi kegagalan itu. Maka, jom pelajari kaedah pernomboran yang lebih relevan dengan bisnes anda dan pastikan anda tidak lagi gagal tetapi terus menerus berjaya.  

0 Comments

Di celah kepayahan ada kejayaan!

8/8/2011

0 Comments

 
Picture

Pemilihan Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957

SEBELUM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim (gambar di atas), Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.

Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).

Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.... Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.

Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.

Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.

Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.

Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkait dengan sejarah negara, ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukannya suatu kuasa kosmik yang luar biasa. Maksud di sini ialah peristiwa falak menjadi titik-tolak bagi meraikan hari yang bersejarah secara kesederhanaan di mana kita boleh jadikannya sebagai satu iktibar bahawa perjalanan alam ini telah diatur sedemikian rupa oleh Allah Ta'ala dan mempunyai erti yang amat besar bagi orang-orang yang mahu merenunginya. Dalam disiplin ukur tanah, sesuatu ukuran lot sempadan tanah adalah diukur dan diikat dengan posisi kedudukan matahari bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat bahkan juga arah kiblat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa peristiwa falak tidak sahaja `mengikat' sesuatu hari yang diraikan itu, bahkan ia turut sama mengikat kedudukan kita di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain ialah "darinya juga kita akan dikembalikan". Kita tidak dapat lari ke mana-mana di alam ini kerana kita sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang. Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu.

Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Sumber : Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004


Ulasan cikgu A-D:
Terdapat pelbagai kemungkinan tarikh dipilih hanya empunya dan Yang Maha Kuasa mengetahui rasional pemilihan, mungkin ada kaitan dengan pemilihan planet Kejora seperti berikut;
Venus – Planet Kejora - berkaitan cinta, keindahan dan kesuburan
Mudah-mudahan negara Malaysia kita ini adalah sebuah negara yang aman dan membangun selama-lamanya.

Dalam kaedah pernomboran dan graf dinamik, pemilihan tarikh biasanya dibuat dengan gabungan 2 kaedah iaitu pernomboran hari dan seterusnya graf hari tersebut. Pernomboran adalah  fenomena harian manakala graf memang berkaitan dengan astronomi/ falak. Contohnya, untuk memilih tarikh dan waktu berdoa kekayaan, maka dikira dahulu tarikh yang ada potensi kekayaan dan seterusnya melihat pula jam yang ada potensi kekayaan, barulah dipilih tarikh dan waktu berkenaan.

Dalam kaedah pernomboran dan graf dinamik, pengiraan dan graf hayat untuk negara Malaysia adalah 31 Ogos 1957 jam 9.30 pagi. Banyak perkara boleh menjadi perhatian daripada graf hayat negara seperti kod Wealth Great General (duit sukar disimpan) iaitu apabila ditambah dengan status kewangan 3 dan sudahlah tiada angka 6 langsung serta juga Kod Weatlh Great Pioneer (suka berbelanja), maka amatlah perlu negara mempunyai pengurusan kewangan yang kukuh berterusan, di samping bertanggungjawab untuk menjadi sebuah negara yang prihatin rakyat dan berkebajikan yang sentiasa membantu dan menyumbang kepada rakyat, tetapi bukanlah sekadar memberi begitu sahaja sewenang-wenangnya atau subsidi semata-mata kerana ada potensi besar untuk negara ini jatuh muflis atau sekurangnya sentiasa tiada berduit, jadi mari sama-samalah kita rakyat biasa mahupun pihak kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan memantapkan ekonomi dan kewangan negara. Walau bagaimanapun, dari sudut positif, adalah bagus untuk perbelanjaan kerap berlaku di dalam negara sebagai satu pemangkin pembangunan ekonomi, tapi perlulah berhemah.

Menariknya, Main Structure untuk Malaysia ialah Great Pioneer iatu seorang pejuang dan aktif dan tidak suka dikongkong kerana kebebasan (kemerdekaan) adalah matlamat utamanya.

Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara ke 54
“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”


Berpuasa - penjana tenaga dalaman.

Teknik pola 38 menganjurkan untuk berpuasa, selari dengan kehendak pelbagai agama yang ada pelbagai cara, temasuk juga Islam, kerana dengan berpuasa, dapatlah "ditarik" keluar tenaga dalaman yang terkandung dalam badan kita dengan lebih berkesan. Kalau kita seharian kenyang macam ular melingkar kekenyangan selepas membaham seekor anak kambing, manalah tenaga dalaman tu nak keluar tersangkut kat dalam perut je! Jadi, dalam tempoh berpuasa Ramadan ini dan juga di hari-hari berpuasa yang lain, berpuasa membantu anda dalam teknik pola 38 malahan apa jua teknik tenaga dalaman yang lain. 

Jangan lupa untuk kejar dan dapatkan malam Lailatul Qadar - malam yang lebih baik dari seribu bulan (1000/ 12 = 83.333, kebetulan pola 38?).

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Setakat ini daripada pengiraan pernomboran versi cikgu A-D, pada tahun ini 2011 dijangka Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan hingga fajar 28 Ramadan iaitu malam ahad 27 Ogos - tengah orang sibuk nak balik kampung dan persiapan akhir raya.

Belum dapat disahkan lagi, tapi cubalah, jika memang ada berlaku pada malam tersebut atau pada malam-malam yang lain, sila  hantar maklumbalas anda tentang peristiwa tersebut ke qmas304@streamyx.com untuk kami buat kajian. Tapi  janganlah malam 27 baru nak buat! Perlu konsisten dari hari 1 lagi dan ditingkatkan pada terakhir 10 malam.

Serta jangan lupa berdoa kekayaan pada malam 29 Ogos 2011 nanti.

KAEDAH TERBARU KEPADA PEMAIN FOREX - GRAF HAYAT TAHUNAN & BULANAN

Dengan pengenalan teknik Graf Hayat Tahunan dan Bulanan, maka anda kini perlu masukkan teknik itu di dalam strategi perniagaan atau pelaburan anda. Memang pun graf hayat digunakan dalam memeriksa "timing" yang sesuai untuk berniaga atau melabur.

Untuk pemain forex, selain daripada menggunakan software Graf Prestasi Harian dan Prestasi Jam untuk lihat turun naik hari dan jam untung anda, lihatlah juga sama ada anda terkena Vacuum Star tahun itu atau bulan itu juga. Jka berlaku tempoh Vacuum Star pada tahun atau bulan tertentu, anda perlu pastikan strategi yang lebih rendah risikonya untuk mengelakkan kerugian seumpamanya. Buat masa ini, di dapati tempoh usia/ tahun/ bulan yang ada Great Financier adalah sangat bagus untuk perihal berkaitan pelaburan dan kewangan.

Juga, dicadangkan untuk pemain forex (dan apa jua profesion) menggunakan teknik Arah Kejayaan dalam Bilik untuk meletak notebook/ laptop anda semasa bermain forex.

Mudah-mudahan teknik-teknik ini dapat membantu. 

Kepada mereka yang berminat dalam industri pelaburan seperti memiliki pola 336 atau 663 atau 636 malah kod zon Wealth adalah Great Strategist, tetapi belum pelajari teknik pernomboran dan graf dinamik dalam aplikasi forex/ pelaburan, kursus Pola 336 Potensi Pelaburan Menguntungkan ada ditawarkan. Sebenarnya, untuk kena masa sesuai melabur perlu ikut panduan "8+7" dalam potensi pelaburan seperti arah sesuai, kitaran sesuai dsbnya. Teknik-teknik itulah yang membantu cikgu A-D bermain bursa saham pada tahun 2009 untung setiap kali masuk bursa saham, apabila syarat "8+7" dapat dipenuhi dengan baik . Gabungkan pengajian anda dalam forex/ pelaburan dengan teknik

Yuran konsultansi RM1000 setiap sesi

Baru-baru ini cikgu A-D ditawarkan oleh seseorang untuk bertemu dengan seorang pakar berkaitan metafizik bagi memantapkan lagi keupayaan diri. Sesi ditawarkan berharga RM1000, tak jadilah cikgu A-D nak teruskan tangguh dulu. Sebenarnya, di pasaran luar, sesi konsultansi berkaitan metafizik, kewangan dan dsbnya biasanya RM400 hingga ada mencecah RM2,000. Setakat ini cikgu A-D masih mampu untuk jalankan sesi dan kursus cikgu pada harga rendah bertujuan untuk membantu lebih ramai terutamanya yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan khidmat kaedah ini supaya menjadi lebih kaya berjaya, jadi sementara harga tersebut masih boleh dipertahankan, sila ambil peluang untuk datang belajar kaedah pernomboran ini.

Kaedah MLM - MONEY LOVES ME - duit datang bergolek mencari anda!
dipelopori oleh cikgu A-D bermula 2012 nanti.

Nantikan satu program baru "Money Loves Me" yang menggunakan gabungan teknik-teknik pernomboran untuk membantu anda menjana kekayaan dan mengukuhkan kewangan anda. Anda mungkin dilahirkan dengan takdir untuk menjadi miskin tetapi anda diberi peluang untuk boleh hidup dan meninggalkan dunia ini dengan kekayaan - ada cara untuk tingkatkan keupayaan hidup anda! 

Picture

Soaljawab:
Soalan:...saya telah pelajari cara pengiraan tarikh lahir daripada beberapa orang lain sebelum ini dan juga telah khatam beberapa buah buku berkaitannya, apakah saya patut belajar dengan encik lagi?
Jawapan: Kaedah versi saya berbeza daripada segi aspek pendekatan dan strategi. Tambahkanlah ilmu yang telah anda ada di sini dengan pelajari beberapa teknik tambahan lagi seperti pengiraan harian dan jam serta 6 jenis petak dan sebagainya.


11% pelajar Kelantan ada masalah mental - pakar 09/08/2011 4:21pm

KOTA BHARU 9 Ogos - Antara 10 dan 11 peratus remaja khususnya pelajar di Kelantan menghadapi masalah mental dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini.

Ketua Jabatan Psikiatri HUSM Prof. Madya Dr. Mohd. Jamil Yaacob berkata, mereka ini, yang termasuk murid sekolah rendah, adalah antara lebih 700 pesakit yang menerima rawatan setiap bulan di klinik psikiatri hospital itu termasuk kes berulang.

"Ini adalah fenomena baru dalam masyarakat kesan tekanan hidup dalam kekeluargaan dan pelajaran di dunia yang semakin mencabar sekarang,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah HUSM Datuk Dr. Zaidun Kamari.

Mohd. Jamil berkata, kebanyakan pelajar yang menghadapi masalah mental itu adalah disebabkan faktor keturunan, masalah keluarga di rumah dan persekitaran sekolah.

Katanya, peningkatan jumlah pelajar yang menerima rawatan itu berikutan kesedaran orang ramai terhadap peranan dan tugas yang dimainkan oleh klinik psikiatri dalam menyelesaikan pelajar yang menghadapi masalah itu.

"Sebelum ini, ramai ibu bapa enggan datang ke klinik psikiatri kerana tidak sanggup menerima tanggapan negatif masyarakat yang menganggap mereka datang ke klinik berkenaan sebagai penghidap penyakit jiwa,” katanya. - Bernama

Bagaimanakah caranya untuk menjadikan rumah anda "Rumahku Syurgaku" untuk membantu membangunkan anak-anak yang lebih produktif? Bagaimana memperkasakan pelajar bermula dari rumah lagi? Teknik pernomboran seperti Petak Statik Pembayang dan 4 jenis Petak, Arah Kejayaan Di Tempat Tidur seumpamanya adalah beberapa teknik yang mudah digunakan untuk membantu anak-anak boleh berjaya dalam hidup mereka.

Kenali 3 peranan anak-anak cikgu A-D di sekolah - yang sulung adalah seorang pengawas, yang tengah adalah PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) dan yang bongsu adalah PRS juga. Mereka bertiga telah menamatkan kelas renang, serta menghadiri kelas asas piano serta setakat ini mereka adalah talipinggang hijau Taekwando. Bagaimanakah cara dan teknik untuk perkasakan anak anda atau pelajar? 

Picture
Harga Emas Naik Lagi

Seperti yang cikgu A-D berpesan dari tahun lepas bahawa tahun 2011 ini adalah tahun pola 336 pelaburan dan satu daripada pelaburan adalah emas.

Kebanyakkan emas yang ditawarkan adalah murah kerana ianya gred 916. Dapatkan gred lebih tinggi 996 untuk lebih besar keuntungan. Lagipun dah banyak kes skim pelaburan emas yang kurang baik di luar sana. 

Untuk membeli emas atau hadir sesi pelajari bagaimana untuk dapatkan keuntungan daripada emas sila hubungi ini dan beritahu anda tahu perihal ini daripada laman blog cikgu A-D untuk dapatkan diskaun sehingga 5% daripada harga pasaran;
Telefon/SMS: Puan Zuhaida 016 206 3496
Email: zuha80@yahoo.com.my

Puan Zuhaida baru sahaja membeli IPad daripada keuntungan jualbeli emas, yang penting beliau berbelanja dengan cara berhemah sebegini kerana emas itu masih ada dalam simpanan dan boleh dijana untung lagi. Kaedah berbelanja beginilah yang membantu sesiapa saja dalam Vacuum Star mahupun Virtuous Star dsbnya untuk lebih berjaya dan kaya!

NEW YORK (AP) -- Gold prices are pushing to new heights as investors digest the possible consequences of the lowered U.S. credit rating and Europe's debt crisis... Gold's price has more than doubled since the recession began in late 2007. Its climb accelerated this summer.


Maklumbalas pengguna kaedah: Sebelum ni saya pernah datang di sesi konsultansi secara peribadi ... Sepanjang sesi konsultansi tempoh hari saya rasakan masa tidak mencukupi dan banyak persoalan yang ingin ditanya. Tetapi penjelasan daripada cikgu tempoh hari sudah cukup bagi saya memahami bahawa kehidupan ni ada masa susah dan senang. Mengapa kita harus jalani hidup ini dengan penuh redha

JANGAN TENUNG NASIB LAGI - CERIA DAN POSITIF SELALU!

Di dalam Islam, umat Islam ditegah untuk "tenung nasib" dan satu daripada tenung nasib ialah mengenangkan kesusahan dan kesulitan dan hidup - nasib malang/ buruk yang ada sekarang, tentunya mengeluh tentang nasib buruk itu dan ada kalanya menyalahkan takdir. Daripada tindakan merenung nasib itu kemudian menggunakan kaedah "mengira nasib" seperti bintang, nombor, kristal dan sebagainya untuk membantu merenung nasib dengan mendalam untuk tahu bila boleh jadi kaya dan bahagia sebagai cara untuk tahu bila nasib boleh berubah (tapi tak buat apa-apa pun selepas itu cuma lebih banyak merenung dan mengeluh).  Daripada situlah timbulnya perspektif negatif untuk kaedah kajian seperti angka, bentuk muka, tapak tangan dsbnya dan kerana itulah agama Islam menegah umatnya menggunakan nombor, muka, tapak tangan, dsbnya dalam perihal nasib. Yang menjadi masalahnya di sini adalah individu yang menyalahgunakan kaedah itu serta individu yang ambil kesempatan daripada masalah orang untuk keuntungan.

Untuk itu, dalam kaedah pernomboran dan graf dinamik versi cikgu A-D, peminat dan pengguna kaedah ini ditegah untuk "merenung nasib". Apabila anda menjadi pengguna kaedah pernomboran, dah tak sempat nak termenung lagi dah, sebab asyik bergerak kepada positif kejayaan. Jangan sesekali berjumpa cikgu A-D atau menggunakan kaedah cikgu A-D dalam pemikiran negatif tentang nasib malang seperti menyalahkan tuhan, salahkan orang itu ini, nak tanya bila hidup sengsara boleh habis, bila hidup nak jadi senang, kenapa nasib tak sama dengan orang lain, kenapa orang lain lebih bertuah dan anda malang je dan seumpamanya negatif sebegitu.

Kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik versi cikgu A-D adalah untuk MEMAHAMI KETETAPAN HIDUP yang ada turun naik. Kami tidak akan bercakap seperti hari sekian cara sekian suwey atau malang maka anda anda jadi malang nasibnya, sebaliknya kami mengatakan bagaimana untuk menjadikan/ menguruskan hari yang berpotensi konflik (seperti banyak angka 8) menjadi positif.  Apabila anda berjumpa cikgu A-D atau hadir ke kursus cikgu A-D atau menggunakan kaedah cikgu A-D selalulah bertanya; bagaimana caranya 4P? Pembetulan, Peningkatan, Pencegahan atau Penambahbaikian. Anda mesti dalam keadaan senyum dan ceria dalam menggunakan kaedah pernomboran dan graf kerana anda perlu tahu bagaimana mengatasi konflik seperti Vacuum Star/ Kitaran tahun 7 dan tahu tingkatkan potensi seperti Awarding Star/Kitaran tahun 6.

Terdapat ceramah atau tazkirah berunsur Islamik yang ada sedikit elemen tenung nasib yang membuatkan peserta mengimbaukan balik kisah lalu, menyesalinya dan menangisinya bertujuan membawa peserta kembali kepada-Nya dengan cara psikologi terbalik. Kaedah muhasabah seperti ini adalah baik dari aspek tujuannya tapi kurang sesuai dalam pendekatannya kerana orang awam telah dibuka negatif dirinya dan adalah sukar untuk kita yakinkan mereka bahawa strategi hidup adalah perlu bukan sekadar termenung dan berdoa sahaja (doa mesti dengan usaha / strategi yang betul! Juga tawakal mesti setelah berusaha/ strategi).
 
Oleh itu, pastikan dalam kursus apa pun, sama ada cikgu A-D atau apa jua majlis ilmu, anda datang dengan positif dan kembali dengan positif. Jangan tenung keburukan nasib anda... nasib anda SEBELUM ini selalu buruk kerana anda belum tahu cara untuk jadikannya baik.. nasib hidup anda SELEPAS ini adalah lebih baik kerana anda sudah  tahu cara untuk jadikannya baik.

Kadang kala cikgu A-D sengaja tidak mengambil perhatian kepada isu kepada individu yang terlalu tekankan isu berunsur tenung nasib seperti bercerita panjang lebar berhujah  tentang nasib buruk hidupnya salahkan itu ini dan tidak bertanya pun cara untuk mengatasinya atau tiada inisiatif untuk buat perubahan dalam hidup. Cikgu A-D faham mereka ini perlukan seseorang untuk mendengar luahannya tetapi cikgu A-D tidak boleh gunakan kaedah cikgu A-D untuk mengubah nasib begitu sahaja jika individu itu masih bertenung nasib. Kaedah cikgu A-D adalah untuk memahami turun naik dalam hidup dan cara / strategi untuk turun naik itu.

SEMUA ORANG PASTI MELALUI VACUUM STAR, SEMUA ORANG PASTI MELALUI VIRTUOUS STAR, JADI SETIAP ORANG PASTI AKAN LALUI UJIAN, CABARAN jadi perlulah  REDHA DAN POSITIF DAN BERTINDAK POSITIF.  Jadi di sini bukan persoalan kenapa hidup anda malang atau susah dan kemudian merenung nasib dan berhenti berusaha kerana takut akan nasib malang. Sebenarnya anda kena lalui hidup anda dengan positif  dan yang penting ialah bagaimana untuk melalui setiap hari dengan strategi mengatasi konflik dan meningkatkan potensi.


Tahun 2012 ada peluang Untung untuk Jiwa Kacau.

Walaupun terdapat pelbagai perkara yang sedang dan akan menjadikan kita jiwa kacau 2012 tetapi sebenarnya ada peluang keuntungan di situ untuk mereka yang tahu ambil kesempatan iaitu yang akan pelajarinya dalam "Seminar Melalui Tahun 2012 Tahun Jiwa Kacau dengan Berkesan & Menguntungkan".

Cuba baca artikel ini, walaupun suasana ekonomi makin resah untuk masuk 2012 nanti, tetapi ada peluang kejayaan. kebetulan tahun 2011 adalah tahun pelaburan (pola 336), maka ini satu peluang untuk kejayaan dalam pelaburan.

NEW YORK (AP) -- Not since the financial crisis in 2008 has the Dow Jones industrial average fallen so far, so quickly. Yet for professional investors on Wall Street, the fears that have buckled financial markets over the last week are creating opportunities. Some are buying U.S. stocks at levels they consider a steal. Some are looking at municipal bonds that can weather the current turmoil and will likely pay handsome yields.

Bukannya sengaja nak ambil kesempatan, tapi ada dibuka ruang kesempatan yang positif maka kita ambillah keuntungan! Tapi bagaimana, apa cara berkesan mengikut potensi diri? Seminar Melalui Tahun 2012 nanti ye


Picture
Sudut Kekayaan Menjana Kekayaan

Foto satu sudut atas meja di bilik cikgu A-D yang diletakkan bekas simpan wang dan dompet dan di bahagian bawah meja tersebut ada peti besi yang mengandungi wang, emas dan akaun bank serta sijil SP. Di sudut kekayaan menggunakan kaedah arah kekayaan (versi Cikgu A-D) letakkan bahan untuk menyimpan wang. 

Jika anda telah belajar kaedah "mangkuk emas" oleh Millionaire Mindpower, maka letakkan mangkuk emas di tempat kekayaan. Cuba lihat di foto itu ada satu bekas plastik di tengah tu, kebetulan bulan puasa ini bekas itu makin penuh. Bekas itu adalah wang belanja harian untuk anak-anak dalam not RM1 dalam bulan puasa ini pecah duit-duit besar di bazar Ramadan untuk dapatkan RM1. Yang bekas plastik itu diletakkan beberapa bahan untuk "energi" kekayaan (dapatkan tips lebih lanjut dalam kursus Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan - Duit Sayangkan Aku/ Money Loves Me). Bekas-bekas yang lain itu adalah bekas duit syiling. Kan sedap mata memandang tengok duit dan kadang tu saje je goncang-goncang bekas duit syiling untuk dengar merdunya duit-duit syiling... 


Picture

GRAF HAYAT IBU BAPA DIBANDING ANAK-ANAK: TEKNIK KEIBUBAPAAN BERKESAN

Cuba lihat graf hayat anda, isteri anda dan bandingkan dengan anak-anak anda. Cuba perhati yang mana satu anak memiliki kod sama dengan anda dan yang mana satu anak memiliki kod yang sama dengan pasangan anda. Secara teorinya, anak yang memiliki kod yang sama dengan anda, maka andalah mentornya dan andalah yang perlu bimbing baik/ buruk kepada anak itu.

Contohnya, di dapati 2 anak cikgu A-D memiliki kod Wealth yang sama iaitu Great Marshal, manakala seorang lagi sama dengan ibunya. Oleh yang demikian, untuk anak yang sama potensi dengan cikgu A-D, eloklah cikgu A-D dedahkan bagaimana untuk dapatkan potensi yang sama nanti, manakala untuk anak yang potensi sama dengan isteri, eloklah cikgu A-D menggunakan pengalaman hidup isteri sebagai satu cara untuk cikgu A-D bimbing anak itu... kan mudah nak jadi ibu bapa macam ni! Memang kaedah pernomboran dan graf dinamik sangat menarik dan berguna.

Daripada segi saintifiknya, anak-anak adalah warisan genetik ibu bapanya, jadi bukan sahaja anak mewarisi penyakit dari ibu bapanya tetapi juga perangai, pengalaman, kelakuan dan sebagainya. Jadi, untuk menjadi ibu bapa yang berkesan adalah untuk mengkaji pengalaman hidup kita sebagai yang dewasa dan membimbing baik/buruk kepada anak-anak. Lebih memudahkan menggunakan graf hayat sebagai satu panduan sebab bukan setiap anak ikut kita sahaja kerana ada anak yang mewarisi kelakuan dan pengalaman pasangan.

0 Comments

Kejayaan adalah untuk yang berusaha!

8/5/2011

0 Comments

 
Picture

Perhatian: Kepada semua peminat numerologi / kaedah pernomboran, sila jangan gunakan lagi rajah segitiga (bentuk piramid terbalik) terutamanya dalam bentuk khalayak umum kerana sudah ada satu syarikat di Malaysia yang telah patenkan rajah segitiga  itu sebagai hakmilik mereka kerana mereka menggunakan rajah segitiga dalam organisasi mereka sejak dulu lagi.

Gunakan petak versi Cikgu A-D untuk sesi tertutup sahaja, tetapi anda tidak dibenarkan untuk gunakan petak itu di khalayak umum (iaitu buat latihan terbuka untuk orang awam atau di internet) tanpa kebenaran cikgu A-D kerana petak itu sudah digunakan oleh cikgu A-D dalam pelbagai artikel dan buku sejak dulu lagi.

Ataupun anda buatlah kiraan dalam bentuk lain (bentuk bulat ke, bentuk segi lima ke dan sebagainya) untuk tidak menciplak cikgu A-D. Sebelum ini ada satu pihak menggunakan/ ciplak bulat-bulat nota-nota cikgu A-D yang mereka ajar kepada umum tanpa meminta kebenaran cikgu A-D walaupun cikgu A-D telah menegahnya di dalam nota. Akhirnya, pihak tersebut mendapat reaksi negatif daripada orang ramai dan beri kesan negatif tentang kaedah sebenar kaedah pernomboran. Cikgu A-D jugalah yang kena membetulkan situasi ini semula.

Memang ramai yang berminat untuk menjadi pelatih (trainer) atau konsultan dalam pernomboran. Nampak senang je cikgu A-D buat tapi hakikatnya nak bawanya bukan mudah kerana anda perlu banyak latihan secara formal dan informal termasuklah latihan metafizik kerana menguruskan masalah dan berhadapan dengan orang awam bukan mudah. Oleh itu, sekali lagi cikgu A-D pesan, gunakan ilmu yang anda pelajari untuk kegunaan anda dan ahli keluarga atau rakan-rakan terdekat secara tertutup secara asas. Jika perlukan penjelasan lebih mendalam elok rujukkannya terus kepada cikgu A-D.  

Picture
Nombor siri di kotak meter elektrik

Baru perasan tentang nombor siri di satu tempat yang selama ini kita tak perasan iaitu di kotak meter elektrik. Cuba tengok nombor siri di situ, contoh di foto ini dan kemudian untuk rumah anda. Nombor siri meter ini juga ada kaitan tentang perihal diri anda juga! Contohnya, kebetulan nombor siri di sini ada petunjuk tentang pola 786, iaitu kami suami isteri memang anak sulung.


    Kajiselidik Perihal Angka 6 Kewangan


Picture
Buku Perihal Kristal

Untuk pengamal atau peminat kaedah metafizik berkaitan kritstal, buku ini saya dapati sangat bagus untuk rujukan terutama kepada mereka yang baru berminat dalam dunia kristal sebagai alternatif pemulihan
.

Dapatkan di kedai buku seperti MPH.


Terbaru: Bahang jiwa kacau 2012 dah mai. Rusuhan di UK!
jangan jadikan negara kita jiwa kacau juga!

Perhatian: artikel-artikel yang dipaparkan di sini bukan bertujuan untuk menimbulkan keresahan kepada rakyat. Ini adalah sebentuk kesedaran mungkin ada yang tidak dapat mengikuti perkembangan semasa dunia luar dengan baik sebab sibuk buat kuih raya tu. Walaupun 2012 dijangka bermasalah, tetapi dengan teknik, taktik dan strategi yang betul, masih boleh dicari peluang kekayaan daripada sini (Seminar Strategi Melalui Tahun 2012 Dengan Berkesan oleh cikgu A-D). Seperti yang cikgu A-D beritahu sebelum ini, 2012 umpama tahun perubahan dan proses "pembersihan" yang membuang mereka yang lemah tetapi yang kuat serta berilmu akan naik menggantikannya, semoga kita pelajar kaedah pernomboran boleh bangkit dalam kekayaan dan kebahagian bermula 2012 ini! Yang tak belajar tu akan tertinggal dan dibersihkan. 

"LONDON (AP) — The gritty north London neighborhood of Tottenham exploded in anger Saturday night after a young man was shot to death by police..."It's really bad," said local resident David Akinsanya, 46. "There are two police cars on fire. I'm feeling unsafe."...Sirens could be heard across the city as authorities rushed reinforcements to the scene. In Tottenham shop windows were smashed as residents looted the stores, pushing shopping carts full of stolen goods down the street...Miles from the tourist hotspots of central London, Tottenham is one of the most deprived areas in all of England, with nearly half of all children living in poverty, according to campaigners"

2012 jiwa kacau - marah dan masalah ekonomi... dah dipesan dah sebelum ni, jadi mari kita cepat bertindak untuk kenali potensi, bina strategi tingkatkan prestsi, majukan produktiviti di bulan mulia ini dan bersempena merdeka raya.

Berita selanjut dari Yemen;

SANAA (Reuters) - Yemen's president Ali Abdullah Saleh will leave hospital soon, a government source said on Saturday, as clashes between his loyalists and opponents flared in the capital he left when protests against his rule turned into open warfare. The fate of Saleh, forced to seek treatment in Saudi Arabia for injuries suffered in a bomb attack in his palace in June, has thrown the Arab world's poorest country into a political crisis threatening to tip into civil war.

Dah berulang-ulang kali disebut perihal ekonomi, ekonomi, ekonomi di mana-mana artikel... jiwa kacau betul! Kalau begitu organisasi Baitulmal dan Pusat Zakat serta Jabatan Kebajikan malahan seluruh agensi kerajaan dan rakyat Malaysia perlu tingkatkan suasana ekonomi terutamanya di komuniti atau lokasi/ zon yang bermasalah ekonomi.

Berita seterusnya lagi dari US;

WASHINGTON (Reuters) - The U.S. Postal Service posted a net loss of $3.1 billion in its third quarter and warned again it would default on payments to the federal government if Congress did not step in.... "We are experiencing a severe cash crisis and are unable to continue to maintain the aggressive prepayment schedule," Joseph Corbett, the agency's chief financial officer, said in a statement.

Juga dari Eropah;

At the start of Europe's debt crisis 21 months ago, Italy was rarely grouped with the weaker members of the single currency zone, such as Greece, Ireland and Portugal. Many in the markets thought Spain, with its 20 percent unemployment rate, was vulnerable. But the emergence of Italy as a potential victim over the past few weeks has highlighted just how vulnerable the eurozone is and how insufficient its anti-crisis measures are. ...It's only been two weeks since eurozone leaders agreed to expand the powers of its euro440 billion ($623 billion) rescue fund that helped bail out Greece, Ireland and Portugal. The fund will be able to buy governments bonds and bail out banks, but the new powers will not be in place until parliaments approve the changes in September....Analysts also warn that the fund is currently not big enough to rescue Italy, whose debt amounts to 120 percent of economic output, around double that of Spain. Only Greece has a bigger proportion to service in the eurozone...Markets have put increasing pressure on Italy because of its chronically weak growth and a general lack of confidence...to push through politically difficult measures to make the economy more productive.


Perihal Kisah Pola 38

Seorang pengguna menceritakan bagaimana beliau berhadapan dengan masalah kereta jadi perlukan sebuah teksi padahal kawasan itu bukanlah laluan teksi sangat. Jadi menggunakan teknik pola 38, walaupun rasa kelakar, dengan tak semena-mena ada teksi lalu!

Seorang pengguna menceritakan beliau mahu membeli satu produk tapi diberitahu oleh penjual untuk beliau datang semula tapi datang lebih awal beratur seawal jam 8 pagi sebab produk itu menjadi rebutan ramai. Tanpa pedulikan kata penjual, beliau datang jam 11 pagi dengan yakin bahawa masih ada giliran untuknya. Memang betul ada giliran yang terakhir untuknya walau datang lewat!

Seorang pengguna menceritakan beliau walaupun dalam graf gaung tetapi sejak kenali potensi diri pernomboran beliau kini lebih positif dalam hidup dan mengamalkan 6 perkara yang mana kini hidup beliau lebih bahagia, tenang dan lebih mewah;
1.  Memaafkan semua orang.
2.  Memastikan berfikir positif
3.  Mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga.
4.  Sentiasa dalam keadaan ceria dan aktif.
5.  Redha dan terima ujian dengan positif.
6.  Sentiasa berkata-kata yang positif kepada diri sendiri dan orang lain.

Kisah Graf Hayat Bulanan.

Isteri cikgu A-D menang Sijil Premium (RM100 je) pada Jun 2009, apabila dibaca daripada graf hayat bulan Jun 2009, padanlah ada Virtuous Star dan kod lain. Bulan ni cikgu A-D rasa lain macam hepi, padanlah dalam bulan Ogos 2011 ada Happy Star, hepi sebab rezeki banyak bulan ini, padanlah dalam bulan Ogos 2011 ada Virtuous Star, tapi walau hepi namun dah seminggu lebih sakit gigi, padanlah dalam bulan Ogos 2011 ada Ailing Star. Bila tengok balik Ogos 2011 ada Vacuum Star, padanlah baru seminggu dah keluar duit banyak tapi benda positif lah seperti beli kamera digital baru (hilang), jadi kena beringat lah ni tak nak beli sangat apa-apa bulan Ogos ini sebab kena bajet untuk raya!

Membaca graf hayat bulanan malah harian memang unik dan kadang kala kelakar pun ada! Ianya benar-benar terjadi, bermaksud hidup kita ini memang dah ditakdirkan, yang penting kita memahaminya lebih awal untuk persediaan dan cuba ikhtiar mengatasi yang negatif supaya kurangkan kesannya dan cuba melaluinya dengan positif! Anda sudah belajar teknik Gragf Hayat Tahunan, Bulanan, Harian?

Picture
Graf Pretasi negara Malaysia adalah sangat rendah (jatuh mata 1 berbanding mata 2 pada Febuari lalu yang mana Febuari lalu negara kehilangan lebih kurang RM50 juta, jadi kalau jatuh mata 1 lagilah) kebetulan berbanding Febuari walaupun mata jatuh 2 tapi masih ada angka 6, tapi bulan September ini dahlah jatuh mata 1 ditambah tiada angka 6 langsung!  

Jadi jangan dok sibuk hepi nak raye je, silap-silap masuk September kita beraye dengan tangisan jiwa kacau! Dan sejak akhir-akhirnya ini memang dah ada yang akan beraye tangisan jiwa kacau ekonomi.

Apakah tindakan anda? Persedian anda? Teknik Pernomboran dan Graf Dinamik - Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan!



Jiwa Kacau Ekonomi - makin terasa bahangnya!

Kini, negara Israel pun berdemonstrasi juga - setengah juta orang berdemonstrasi kerana mahukan pembaharuan ekonomi (economic reform). Negara kita berdemonstrasi kerana agenda yang sebenarnya boleh dibuat dalam bentuk yang lebih produktif seperti sidang panel dll. 

Negara-negara lain USA, Greek, Mesir, kini Israel sibuk pasal masalah ekonomi, apakah kita tak pedulikan perihal ekonomi negara, tanahair tempat kita berlindung nak biarkan negara kita ini menagih sedekah daripada orang luar padahal kita boleh bersatu mempertahankan ekonomi kita .. mari bangunkan ekonomi negara bersama, tak perlu berkumpul untuk berdemonstrasi lagi tapi berkumpul mengadakan workshop, latihan, seminar, pameran tentang kewangan, ekonomi dan pelaburan. Sibuk berperang mulut dengan polis pasal sapa salah di perhimpuan lalu tak ada gunanya, esok lusa negara-negara lain tumbang ekonomi dah tak mampu beli produk keluaran kita, kita pula yang jatuh terduduk terlopong tertiarap bila eksport negara tak leh keluar dan kontena-kontena tersangkut di pelabuhan. Bila produk  tersangkut di pelabuhan, industri tak leh jalan production akibatnya gaji dipotong dan orang diberhentikan kerja dan rakyat  Malaysia berjiwa kacau.. salah siapa? Masa tu salah sendiri la! Atau anda memang suka makan rumput cicah kicap kot sebab tak mahu pedulikan pasal ekonomi negara? ... Tahun 2012 tahun jiwa kacau ekonomi.. ayuh bersama berjuang pertahankan ekonomi diri, keluarga, bangsa dan negara!  INGAT, NEGARA MALAYSIA TIADA ANGKA 6 LANGSUNG DALAM PETAK TARIKH LAHIRNYA berbanding negara jiran Indonesia yang banyak angka 6 kekayaan. Jadi, negara kita adalah calon terbaik untuk jatuh muflis jika kita tak buat apa-apa!

Yang Berhormat Perdana Menteri kita kini adalah individu pola 336 iaitu pola ekonomi dan pelaburan, memang pun beliau lulusan Industrial Economics di London dulu. Jadi, tahun 2011 ini tahun pola 336, maka mari kita sama-sama bangunkan pelaburan negara tidak mengira fahaman politik atau bangsa. Ingat, arah kekayaan negara Malaysia adalah ke Barat Laut iaitu Eropah, Timur Tengah, kalau mereka jatuh, kita dah tak ada lagi sumber kekayaan! Jangan jadikan negara kita yang aman ini juga terpaksa berdemonstrasi pasal ekonomi pula. Banyak lagi perkara produktif yang kita boleh lakukan lebih awal lebih berkesan - jom 1Malaysia, Malaysia boleh! Syukurlah kita nampak kerajaan ada berbuat pelbagai program pembangunan ekonomi tapi masih belum cukup kerana memerlukan sokongan daripada setiap kita jua.

"..A quarter-million Israelis marched on Saturday for lower living costs in an escalating protest that has catapulted the economy onto the political agenda and put pressure on Prime Minister Benjamin Netanyahu... a greater turnout than at marches on the two previous weekends....In a "Peace Index" poll conducted by two Israeli academics, around half of respondents said wage disparities..."

Kepada peserta kursus/ pelanggan daripada negara lain seperti  Brunei, Singapura, Indonesia dan sebagainya mesti juga bangunkan dan pertahankan ekonomi negara anda kerana ASEAN memerlukan satu sama lain.

Global leaders on Saturday arranged a round of emergency calls to discuss the twin debt crises in Europe and the United States that are causing turmoil in financial markets. The European Central Bank's policy-setting council will hold a rare Sunday conference call to talk about the euro zone problems, ECB sources said. Markets are anxiously looking for the central bank to start buying Italian and Spanish debt on Monday to stabilize prices, a move that has split the ECB governing council. But more pressure on the bonds of the two countries after last week's steep sell-off could undermine an already damaged European banking system and lock Italy, the world's eighth largest economy, out of the market. Worsening the outlook was the Standard and Poor's downgrade of the U.S. sovereign credit rating late on Friday on concerns about its budget deficits and growing debt burden.
While not totally unexpected, the loss of top-tier AAA status by the world's economic superpower drew fierce criticism from China, a huge holder of U.S. debt, and promised more anxiety for global financial markets. French President Nicolas Sarkozy, who heads the G20 group of the world's leading economies, will discuss the financial situation in light of the U.S. downgrade with British Prime Minister David Cameron on Saturday evening, his office said. Finance ministers and central bankers of the G7 group of major industrialized nations will confer by telephone on Saturday or Sunday, a senior European diplomatic source said.


Tahap Metafizik Yang Lebih Tinggi

Mempelajari kaedah metafizik iaitu pengajian perihal sesuatu fenomena yang diluar rangka fizikal yang nyata / alam ghaib adalah sebentuk pengajian yang menarik di dalam meningkatkan kesedaran diri; pengajian seperti kaedah pernomboran, reiki, feng shui dan sebagainya. Namun, ramai orang belajar perihal metafizik itu ini tanpa kesudahan tiada hala tujuan menyebabkan wang habis begitu sahaja dan tidak praktikkan ilmu yang dipelajari menyebabkan hidup masih lagi tercari-cari; kerana masih tersangkut di tahap 1 belum ada mentor atau cara untuk meningkatkan dirinya.

Sebenarnya apabila anda belajar metafizik, anda perlu pastikan anda cukup ilmu dan persediaan untuk melonjak "naik" ke tahap metafizik yang lebih tinggi. Contohnya, pada mulanya anda kenalah belajar kaedah pernomboran kira itu ini sampai pening nak beli kasut pun kena kira nombor apa, tapi apabila anda berada di tahap 3 ke atas, anda tidak perlu mengira itu ini lagi kerana pada tahap itu dunia "tunduk" kepada anda dan laluan hidup anda adalah berkesan sahaja walaupun ada star macam mana pun. Selama ini cikgu A-D menumpukan Tahap 1 untuk khalayak umum, sebenarnya sudah ada beberapa individu yang telah dilatih "naik darjat" untuk berada di Tahap 2 dan 3.

Berikut adalah gambaran umum tentang tahap Metafizik untuk memberikan gambaran kepada anda bagaimana untuk meningkatkan tahap metafizik anda. Bukannya wajib untuk anda naik tahap, tapi kalau dapat naik tahap lebih mudah membantu hidup anda. Kadang kala ada orang perlu mendalami banyak tahap 1 atau ada orang cuma perlukan sikit sahaja tahap 1 untuk sampai ke tahap 2 dan seterusnya. Untuk itu, anda perlu "diuji" sama ada oleh mentor atau atau daripada pengalaman hidup untuk melihat sama ada anda sudah boleh naik tahap atau masih perlu lagi bekalan untuk naik ke tahap seterusnya.

Tahap 1 - tahap orang biasa iaitu orang kebanyakkan di dunia ini yang "melanggar dinding" sana sini tercari-cari potensi dan akhirnya bertemu potensi seterusnya membuat perubahan-perubahan kecil sewajarnya.

Tahap 2 - tahap untuk individu yang tahu potensi diri dan boleh memulihkan diri sendiri untuk membina kejayaan. Individu Pola 38 tahap 1 dan 2.

Tahap 3 - tahap untuk individu tahap 2 dan boleh memulihkan orang lain secara tertentu. Dalam tahap ini, sebenarnya tidak lagi memerlukan pernomboran atau graf hayat malah apa jua metafizik lain seperti feng shui dsbnya untuk menjalani kehidupan kerana ianya sudah terbina dalam hidup. Sangat perlu positif untuk berada di tahap ini.
Individu Pola 38 tahap 3. 

Tahap 4 - tahap untuk individu tahap 3 dan mendapat ilmu-ilmu secara petunjuk, banyak "hijab" terbuka, mampu mentransformasikan masyarakat dengan ilmunya. Tetapi, untuk orang biasa tahap ini agak sukar dikawal menyebabkan ramai orang jadi "gila isim" atau terjebak ajaran sesat, melainkan ada mentor yang betul.

Tahap 5 - tahap untuk individu yang tahap 4 tetapi adalah pemimpin memegang kuasa atau pangkat, biasanya para ulama atau mahaguru.

Tahap 6 - tahap para sahabat Nabi atau individu yang berilmu tinggi, memulihkan dan berjuang untuk agama dan bangsa seperti dalam sejarah Islam adalah Khalifah Abu Bakar As-siddiq.

Tahap 7 - tahap para Nabi dan Rasul atau individu yang tinggi tahap kerohaniannya termasuk pengasas-pengasas agama utama. Orang biasa tidak dapat lagi melintasi tahap ini di akhir zaman ini.
 
Tahap 8 - tahap para Malaikat yang selalu beribadah, tak perlu makan dan sebagainya.

Tahap 9 - tahap ini hanya 1 sahaja iaitu Yang Maha Esa berhak berada di sini.

Walau kita tidak lagi mampu melepasi tahap 7 dan sampai ke tahap 9 tetapi secara teorinya manusia itu diberikan laluan untuk "bergabung tenaga" merasai tempias tahap yang tinggi (tapi bukan bermakna telah sampai ke tahap itu, hanya cuma "hubungan" secara luaran sahaja). Contohnya, anda dilatih di tahap 8 dalam bulan puasa atau rasa ehsan kepada-Nya adalah latihan di tahap 9.

Tak mengapa, ini dah cerita "tinggi" sangat untuk difahami, cuma bagi gambaran sahaja untuk pengetahuan anda, yang penting anda perlu tinggalkan tahap 1 dan naik ke tahap 2 dan dapat tahap 3 pun sudah sekurangnya mencukupi untuk berjaya di dunia ini dan akhirat nanti. Ada syarat-syarat yang perlu diperiksa oleh mentor anda untuk menentukan anda sudah naik tahap atau memerlukan beberapa bahan tambahan untuk naik tahap.


Cadangan jadual kursus akan datang
Maklumat lanjut akan diberitahu nanti. Jika anda ada cadangan untuk tajuk lain atau di buat di bandar berdekatan anda, sila emailkan ke qmas304@streamyx.com.  Buat masa ini belum ada "port" dan yuran rendah yang sesuai untuk dibuat kursus di tempat lain seperti Kota Bharu, Kuching atau Kota Kinabalu. Mudah-mudahan ada permintaan yang ramai berbaloi kos untuk caj yuran rendah.

25 September - banyak pola 7 dan 6.
Majlis Berdoa Kekayaan dan Networking
Program Tukar Duit Siri Nombor Cantik kepunyaan cikgu A-D
Akan cuba di susun di sebelah malam, jika ada.

1 Oktober:
Muar, Johor
Worksyop "Memilih Bisnes atau Kerjaya Berkesan", 9 pagi - 1 petang (RM100 seorang)
Worksyop "Strategi Melalui Tahun 2012", 2 petang - 6 petang (RM100 seorang)

2 Oktober:
Batu Pahat, Johor (Taman Universiti, Parit Raja)
Worksyop "Memilih Bisnes atau Kerjaya Berkesan", 9 pagi - 1 petang (RM100 seorang)
Worksyop "Strategi Melalui Tahun 2012", 2 petang - 6 petang (RM100 seorang)

8 Oktober:
Meru, Klang
Worksyop "Strategi Melalui Tahun 2012", 2.30 petang - 6.30 petang (RM100 seorang)

9 Oktober:
Meru, Klang:
Kursus "Teknik Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan" (RM100). DISKAUN JARIAH!!
10 pagi - 5 petang

22 Oktober:
Meru, Klang
Workshop RM50 "Kenali Potensi Diri dari 6 Petak Tarikh Lahir (Statik hingga ke Perlima)
2.30 petang - 6.00 petang.

23 Oktober
Meru, Klang
Sesi Klinik Bergerak Konsultansi Peribadi

29 Oktober:
Bukit Jambul, Pulau Pinang
Worksyop "Memilih Bisnes atau Kerjaya Berkesan", 9 pagi - 1 petang (RM100 seorang)
Worksyop "Strategi Melalui Tahun 2012", 2 petang - 6 petang (RM100 seorang)

30 Oktober:
Teknik Pola 38 Bahagian 1 (RM183 seorang)
10 pagi - 5 petang

03 Disember
Meru, Klang
Workshop RM50 "Teknik Keserasian Jodoh & Perkahwinan secara Pernomboran"
2.30 petang - 6.00 petang

04 Disember
Meru, Klang
Sesi Klinik Bergerak Konsultansi Peribadi

17 Disember - memang kebetulan hari pola 83!
Meru, Klang
Workshop RM83 "Ulangkaji & Teknik Terbaru Pola 38"
2.30 petang - 6.00 petang

18 Disember
Kuantan? Ipoh?
Worksyop "Memilih Bisnes atau Kerjaya Berkesan", 9 pagi - 1 petang (RM100 seorang)
Worksyop "Strategi Melalui Tahun 2012", 2 petang - 6 petang (RM100 seorang)

Picture
Masalah ekonomi di USA

."..President Obama deserves some of the blame. Several months ago, he struck a deal with Congress to make the fiscal situation worse -- extending the Bush tax cuts for two more years and enacting a temporary cut in the payroll tax...".




Itulah keratan satu artikel di Yahoo! setelah agensi S&P merendahkan gred kewangan negara USA dari AAA kepada AA+, satu tindakan kontroversi semenjak tahun 1917 lagi! Seperti yang cikgu A-D dah berpesan sebelum ini, tahun depan ni 2012 tahun jiwa kacau besar kemungkinan daripada masalah ekonomi, nah, tadi berita perihal ini dah diterbitkan.

Lihat foto di atas, itulah graf hayat Obama. Tahukah anda bahawa beliau sekarang ini walaupun ada star cantik seperti Ministerial dan Eminent Star (patut pun jadi Presiden), sebenarnya beliau juga ada Vacuum Star! Menyebabkan USA kena Vacuum dah! Kebetulan daripada graf hayat beliau tahun 2011 ini ada Blocking Star iaitu masalah halangan dalam pentadbirannya dan ada juga Terminating Star, memang orang tak mengundi dia semula lagi dah untuk Presdien bagi pilihanraya akhir tahun 2011 ni. Tahun 2012 pula beliau ada Blaming Star, tu kena dimarahkanlah tu - cuba baca artikel atas semula tentang "blame". Ini bukan cikgu A-D yang saja-saja tulis, tetapi daripada artikel orang US sendiri!

Hidup ini telah ditentukan dan ditakdirkan. Menggunakan kaedah pernomboran dan graf dinamik adalah untuk memahami takdir dan berikhtiar untuk membetulkan mana yang boleh diperbetulkan dan meningkatkan potensi mana yang belum terserlah dengan baik. Kalau Presiden Amerika sendiri ada Vacuum Star boleh terkesan satu negara USA malah satu dunia ini, bagaimana pula dengan anda? Bila nak kena Vacuum Star tu? Setiap orang ada 4 kali Vacuum Star Dekad dan puluhan Vacuum Star Tahunan dan bulanan dalam hidupnya. Dah bersedia? Dah belajar kaedah graf hayat?

Jika anda pelajari kaedah graf hayat (tahap 1, 2 dan 3 hingga anda boleh baca graf untuk tahunan, bulanan dan harian pun!) anda mampu bersedia dan ada cara-cara penyelesaiannya... mungkin Obama kena jumpa cikgu A-D ni untuk selamatkan USA...

Kena selamatkan juga USA, ianya terkesan ke seluruh dunia. Kini di Eropah pun ada beberapa negara mengalami masalah ekonomi jua... mudah-mudahan tahun 2012 menjadi tahun yang lebih baik untuk semua. 


Masalah kewangan - lakukan perubahan! Potensi Kekayaan dan Kewangan.

Baru-baru ini  di Selangor berlakunya satu kes kontroversi melibatkan jabatan agama negeri. Cikgu A-D bukan nak komen perihal itu tetapi yang ingin cikgu A-D tekankan di sini adalah pengakuan kejadian tersebut seperti berikut sebagai kesedaran semua dipaparkan di sini dalam perihal masalah kewangan hingga sanggup buat sesuatu di luar diri  "...yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib... yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian."

Tidak dinafikan semua orang melalui zaman kesempitan wang seumpamanya, terutama sekali dalam tempoh Vacuum Star. Kalau dulu Cikgu A-D yang tiada pengetahuan tentang kaedah pernomboran pun boleh goyah iman apabila diuji dengan masalah kewangan Vacuum Star sewaktu masa muda dulu, apatah lagi ramai individu di sana yang memerlukan panduan dan bimbingan. Ramai orang sedang dan akan menghadapi masalah kewangan dan ramai daripada mereka bukannya boleh masuk dalam golongan yang kerajaan boleh bantu kerana ada syarat-syarat tertentu. Kini, setelah memahami potensi diri kenapa masalah kewangan boleh berlaku dan cara mengatasinya, anda boleh atasinya dengan baik. Kita risau satu hari nanti jika ada rakyat negara kita ini sanggup gadaikan negara kita sendiri dek masalah kewangan!

Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan adalah satu daripada modul yang boleh dipelajari untuk anda persiapkan diri atau perbetulkan diri anda dalam masalah kewangan. Kursus ini cuma RM200 seorang  sahaja untuk modul sehari, siap makan tengahari dan nota, tetapi padat dengan ilmu strategi dan teknik (pernah ada yang komen kelas cikgu A-D ni murah sangat tak padan dengan ilmu yang sangat berharga, tapi itu adalah jariah cikgu A-D, tapi tak leh lah berjariah sangat). Tetapi cikgu A-D faham, orang yang sudah tak berduit macam mana nak hadir dek yuran walaupun rendah. Oleh itu, jika ada individu atau organisasi yang prihatin dapatlah memberi bantuan untuk mereka dengan menaja mereka ini. Cikgu A-D juga sesekali ada buat kursus percuma tapi tak bolehlah selalu kerana cikgu A-D juga perlu dana untuk membayar sewa dan sebagainya.

Untuk membantu tidak semestinya beri duit semata-mata tetapi memberi peralatan dan kemahiran, umpama kata motivasi berikan seseorang mata kail untuk memancing seumur hidup daripada beri ikan untuk makan sehari sahaja. Jika ada pihak yang sudi menaja individu untuk masuk kursus tersebut atau ada organisasi yang mahu menganjurkan kursus tersebut di tempat anda atau jika ada yang ingin pelajari teknik potensi kewangan dan kekayaan, sila hubungi qmas304@streamyx.com jom kita sama-sama bina masyarakat yang berduit dan kaya.

Jadi, tak payah nak gadaikan diri, harta, maruah, agama, bangsa dan negara anda kerana alasan tak berduit atau alasan sukar kaya atau alasan kesempitan wang. Mari sini kami transformasikan anda menjadi kaya! Berapa kaya yang anda nak? Telah ramai pelajar bimbingan kami yang telah memiliki kebebasan kewangan! Kini giliran anda pula, kalau dulu sdara Nor Edie makan roti canai dua keping sehari ikat perut kini Crown Manager ada wisma jutaan ringgit walaupun graf gaung, anda boleh melakukannya!... emm bila nak bertindak tu? Masih menunggu ye... oh nak tunggu Vacuum Star datang dulu rupanya ye.. bersedialah anda sebelum anda "disediakan"...


Picture
Inilah beg mini BONIA hadiah pemberian Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad (MMP) kepada cikgu A-D awal Januari 2011 lalu. Dalam masa 7 bulan, beg tersebut dapat kumpul dan tersimpan RM10 ribu ringgit! Menggunakan teknik nombor siri duit cantik dan beberapa lagi teknik kekayaan seperti ILM (I Love Money! oleh MMP) dan MLM (Money Loves Me! oleh cikgu A-D). 


 
Antara teknik menarik ialah menyimpan wang di tempat "energi" kekayaan seperti arah kekayaan dan teknik beg di atas ialah simpanan energi kekayaan. Kalau anda terima beg atau bekas yang pernah tersimpan duit banyak walau macam mana lusuh pun pemberian dari Dato Dr Ibrahim Ahmad MMP atau Dato Dr Roslizam atau orang-orang kaya lain, gunakan untuk simpan duit anda di situ kerana di situlah aura "energi" kekayaan pernah tersimpan. Beg BONIA yang Dato Dr  Ibrahim MMP bagi ini tak bolehlah dibagi :) menjadi pantang dan disayangi jadi bini ke-2 dah... kalau nak dompet-dompet lama cikgu A-D nanti bolehlah dibagi.. 

Duit itu terkumpul sikit-sikit bukannya sekali masuk banyak. Kadang tu masuk RM1 je, kadang tu 3-4 hari tak masuk duit langsung, kadang tu masuk RM300 pun ada. Sikit-sikit lama-lama jadi Gunung Kinabalu. Cikgu A-D bukannya ada bisnes besar tapi boleh ada cara menjana simpanan sebegini jadi orang makan gaji pun boleh buat macam ini. Ada caranya dalam teknik metafizik ini untuk anda kaya dan berjaya.

Jangan biarkan diri anda atau ahli keluarga anda terpaksa gadaikan harta, diri, maruah, agama dan negara dek kesempitan duit! Ada cara yang lebih produktif maka gunakanlah pendekatan produktif ini dahulu.

Daripada RM10 ribu tunai yang terkumpul dalam 7 bulan tu, maka cikgu A-D beranakkan beberapa strategi kewangan seperti berikut;
RM4,000 tunai ditukarkan menjadi Sijil Premium BSN (mana tahu boleh menang hadiah utama sebab ni tengah star cantik ni!). Kalau tak menang pun, duit ini adalah back-up untuk perihal lain.
RM3,000 diikat RM1,000 segulung satu dan diberi tugasan untuk "back-up" jika berlaku masalah pada 2 buah kereta, 1 buah motor dan masalah peralatan dapur seperti peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya (Jika anda ada Estima, tak cukup banyak tu kena back-up lebih).
RM3,000 lagi diikat dalam segulung untuk back-up untuk anak-anak sekolah dan lain-lain kecemasan.
masih ada berbaki lagi sikit-sikit, tapi diteruskan untuk bina back-up untuk lain-lain bahan dan buat pelaburan serta membeli emas, dan tentunya jangan lupa bayar zakat!

Yang penting sekali ialah ada back-up duit untuk segala sesuatu, malah perlu ada back-up duit untuk TV LCD 40 inci yang baru anda beli tu! Ramai daripada kita termasuk cikgu A-D sebelum ini pandai membeli tapi tak perasan bahawa setiap barangan terutamanya peralatan mekanikal atau elektronik akan minta anda baikinya tak lama lagi! Jadi bersedialah dengan dana untuk membaikinya. Bila terkena satu hari nanti Vacuum Star bulanan atau Tahunan yang mana ketika itulah TV rosak, kereta rosak, peti sejuk rosak dan segalanya pun rosak, bila tak ada back-up maka bermulalah jiwa rosak masalah kewangan Vacuum Star yang tak habis-habis sampailah kita tergadaikan diri. Mulakan back-up anda dari sekarang!

Tahun 2012 terutamanya, tahun jiwa kacau berkemungkinan bermula dari masalah ekonomi dunia! Dah bersedia back-up?



Maklumbalas pelanggan (dari sesi Konsultansi Klinik Bergerak);

syukur alhamdulillah.. sbelum dtg sy brasa amat segan utk btemu cikgu krn mmbygkn 'abislaa cikgu mest leh tau/leh baca pasal diri aku'.. tp akhirnya sy berserah saja kerana berasakn perlu mengetahui apa jalan/masalah/potensi dll pd dri sy.. jika sy x telus tentulah sukar utk pihak cikgu membantu mmberi pendpt @ membri jln penyelesaian.. ptmuan pertama itu amat positif krn sy lebih tau dn smpai kini masih lagi mengenal diri dn cuba menjg diri dn sifat2 sy yg negatif.. sy berlalu kluar dr opis cikgu dgn blapang dada.. berasa tenang dn hepi! wpon byk juga poin2 negatif spt soal kewangan sy yg mmbahayakn.. tekanan dn tggjwb yg besar.. tp bla sudh dibincangkn wpon bukan sepenuhnya.. sy terima diri dn hidup ini seadanya.. fokus kpd perkara2 yg lebih penting.. lebih waspada ttg soal kewangan sy.. dn mrancang utk perubahan kerjaya wpon skang sy meneruskn bisnes famili ...apa yg dilaporkn cikgu kebanyaknnya boleh diiyakan.. tinggal shj sy yg perlu beringat dan mencr jln penyelesaian

Ulasan cikgu A-D: individu ini pertama kali menggunakan kaedah ini, mudah-mudahan perkongsian ilmu yang dibawakan di sini membantu masyarakat mengenali potensi diri yang selama ini belum terbongkar dengan baik. Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan saya di sini. Kepada mereka yang memerlukan sesi kenali potensi diri secara personal/ peribadi, nantikan sesi Klinik Bergerak Konsultansi yang akan dianjurkan lagi di Meru, JB, Ipoh, Kuantan dan sebagainya, atau jika anda mahu menempah sesi di lain waktu sila email ke qmas304@streamyx.com (sesi biasanya sebelah malam sahaja di Klang/Shah Alam/KL dan kadang kala ada sesi pada Sabtu pagi atau Ahad terpilih).


Picture
Maklumbalas pemilik dan pembaca buku:

Buku cgu ni bagus sungguh dan saya lbh knal diri saya dan suami, ... tapi saya x cukup nmbor dlm petak, so mmg betul dia sentiasa memberi ... dan dia mmg lost klu saya xde, sy pula over sensitive ... buku ni beri saya persepsi yg berbeza dan lebih open ... saya rasa saya perlu lbh feminine dan kna tunjuk saya care n sayang



Ulasan cikgu A-D: mudah-mudahan perkongsian ilmu yang cuba ditampilkan di dalam buku ini dapat membantu masyarakat mengenali lebih mendalam erti perkahwinan yang berkesan. Cikgu A-D sudah berumahtangga hampir 19 tahun dan bahan-bahan dalam buku ini banyak membantu dalam mengenali cara diri sendiri dan pasangan kita dalam erti perhubungan yang harmonis. Dapakan buku ini, kebetulan setebal 383 mukasurat, cuma RM19.90 di kedai buku, pejabat Alaf21 di Shah Alam atau boleh ditempah di sini (email ke qmas304@streamyx.com)

.
0 Comments

Bergerak Ke Depan Menuju Kejayaan

8/1/2011

0 Comments

 
Picture

Picture
Foto cikgu A-D di bawah menara World Trade Center, New York, USA pada sekitar awal tahun 1994. Kini kedua-dua menara tersebut sudah tiada hanya tinggal kenangan dan foto ini memang satu kenangan berkekalan. Sangat menarik kerana tragedi ini berlaku pada 11 September iaitu sama dengan tarikh kelahiran cikgu A-D pada 11 September juga.




Picture
Foto cikgu A-D di atas satu jambatan di sebuah pulau di Pulau Batam awal tahun 2011. Selepas mengadakan kursus asas pernomboran di sana. Di sana terdapat 5 - 6 batang jambatan menghubungkan beberapa pulau.


Picture
Foto cikgu A-D berada di Tiger Hill, Suzhou, China dalam 2 tahun lalu.


Picture
Tarikh Penubuhan Telekom Malaysia adalah "petak cermin". Organisasi sebegini bolehlah memiliki petak cermin "api" sebegini, lagipun telekomunikasi adalah elemen api. Tidak sewenang-wenangnya boleh pilih tarikh berpetak cermin semata-mata tanpa ketahui tujuan dan keupayaan bisnes! Terdapat banyak bisnes lingkup dan perkahwinan lingkup dek memilih tarikh berpetak cermin begitu sahaja!

Dalam kaedah pernomboran, petak cermin adalah dari lapisan atas pertama lagi hingga ke bawah, bukan sekadar sama di hujung kiri dan hujung kanan.


Picture

Picture
Foto Sesi Taklimat Oleh Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad (Millionaire Mindpower) di pejabat cikgu A-D pada lewat tahun 2009 lalu atas jemputan cikgu A-D untuk memperkenalkan kursus MMP.

Pejabat cikgu A-D merupakan satu tempat perkongsian ilmu yang menarik. Dato' Dr Roslizam, seorang pakar kewangan dan usahawan  juga menggunakan fasiliti pejabat ini tujuan kursus "Unveil the 26 Billionaire Legends" dan "Fast Track to Kaya Bertuhan" beliau. Insyallah, jika ada kesempatan lagi, tetamu-tetamu lain akan dicari dan diundang untuk berkongsi ilmu dengan anda semua. 


29 OGOS 2011 - jangan lupa untuk terus beribadah di bulan puasa ini dengan penuh ikhlas dan bersungguh untuk kejayaan dunia dan akhirat. Apabila tiba malam raya 29 Ogos, setelah mengumpul energi-energi ketuhanan selama berpuasa itu maka berdoalah untuk kekayaan dan kejayaan. Antara jam 11.30 malam - 12.30 malam (untuk Sabah, Sarawak dan Brunei dan lain-lain negara adalah 11.00 malam - 12.00 malam). Malam raya adalah waktu dikatakan para malaikat berdoa kepada Yang Maha Kuasa untuk kebaikan hamba-Nya. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk mendapatkan ruang dan peluang doa kejayaan ini.

Setiap pagi dalam sekitar jam 8.30 pagi cikgu A-D menyedekahkan 1 Al-fatihah kepada semua pelajar dan pelanggan kaedah pernomboran yang pernah bersama cikgu A-D supaya mereka mendapat kekuatan dalaman untuk terus berjaya dalam hidup, maka setiap pagi anda mesti positif mudah-mudahan mendapat kekuatan yang lebih untuk kejayaan anda.

Picture








Foto Cikgu A-D bersama penulis tamu / kolumnis Mingguan Wanita dan Penasihat Eksekutif Editorial di Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Mingguan Wanita pada 30 March lalu di Subang Jaya.

Tak sangka dulu cikgu A-D cuma seorang pembaca MW membaca ruangan mereka tetapi kini sebaris dengan penulis-penulis hebat yang lain.

Dapatkan Mingguan Wanita Edisi Aidilfitri setebal 352 mukasurat pada harga RM11.90 sahaja padat dengan fesyen dan resepi.


Picture

TERBARU: SUMPAHAN KETURUNAN?

Dalam 6 tahun kajian Cikgu A-D mendapati sesuatu pattern / pola yang agak unik. Terdapatnya satu fenomena dikenali "sumpahan keturunan" yang berlaku pada seseorang daripada generasi keturunan sebelumnya menyebabkan seseorang itu tidak dapat menikmati hidup yang baik. Satu kes terbaru yang mana di dalam satu keluarga semua ahli keluarganya bercerai, malah di dalam keturunannya juga banyak kes masalah perkahwinan. Apabila dikaji lebih mendalam rupanya pernah terjadi satu kes di dalam keturunan yang moyang pernah bergaduh dengan ibu bapanya dan kahwin lari menyebabkan ibu bapa moyang marah dan menyatakan dia tidak dapat hidup bahagia selamanya. Setakat ini belum dapat difahami fenomena ini dan penjelasannya dari segi sains. Menariknya daripada kaedah Petak Pendua & Pentiga (ciptaan cikgu A-D) mendapati pola nombor yang konsisten iaitu 191 iaitu "berjauhan" atau berselisihan. 

Mungkin ini adalah satu faktor yang memberatkan kehidupan anda oleh "tenaga keturunan". Oleh yang demikian, dicadangkan untuk anda meninjau lebih jauh hingga ke sejarah moyang anda untuk ketahui perihal yang menyumbang kepada hidup anda, samada baik ataupun buruk. Jika sesuatu rantaian keturunan untuk perkara yang buruk, tentulah kita ikhtiar untuk memecahkannya daripada ianya berterusan ke generasi anak cucu cicit kita seterusnya. 

Dulu pernah cikgu A-D bertemu seorang rakan berbangsa Cina yang memakai kain pembalut luka di lengan kirinya. Seingat cikgu A-D beliau ini sihat sebelumnya jadi bertanyakan apa yang terjadi. Beliau mengatakan ayah beliau cedera terkena objek tajam di tempat kerja di lengan kirinya dan ayahnya memakai kain pembalut luka di situ, jadi sebagai seorang anak, beliau juga perlu memakainya mengikut tradisi orang Cina. Tidak pasti kenapa dan mengapa, mungkinkah ini sebagai satu tanda hormat simpati kepada orang tua atau apakah kerana untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang dari ayah kepada anak?

Mungkin itu yang dikatakan sebagai sumpahan keturunan dan perlu kita ikhtiar untuk mengkaji dan memecahkan rantaiannya?  Apakah anda tahu jika terdapatnya sesuatu "sumpahan" dalam keturunan anda? Kongsikan pengalaman anda dengan maklumbalas di qmas304@streamyx.com

Perihal 38

Jika anda di bandar Klang atau di Meru dan nampak kereta putih plat nombor BEN3883, itulah dia kereta jenazah untuk Fairy Park, satu tempat pengebumian terbesar di Klang berada di Meru, tidak jauh dari pejabat cikgu A-D! Dalam mitos tamadun Mesir purba, angka 38 dikaitkan dengan kematian. Kalau begitu gayanya, pola 38 usah main-main!

Petang tadi cikgu A-D ada ruang masa sikit selepas tulis artikel untuk Mingguan Wanita. Jadi, masa tersebut cikgu A-D buka inbox mesej untuk SMS yang berpuluh-puluh belum dijawab di handphone dan cuba menjawab seberapa banyak yang boleh. Terlintas satu mesej lama dari nombor 01X-XX83380 seorang klien lama yang kini dalam situasi kritikal ICU sebab berada dalam graf gaung dan Vacuum Star juga untuk kedua-dua suami isteri dan beliau ada pola 38. Jadi, cikgu A-D sengaja hantar mesej SMS memberitahunya tentang waktu berdoa pada 29 Ogos nanti dan arah yang baik untuk beliau gunakan di dalam bilik untuk membantu beliau dalam kehidupan. Berikut adalah jawapan SMS daripada beliau selepas itu; "Time kasih Ad...mesg u dtg bila sy pohon doa tuk legakn keresahan sy skrg". Apakah satu kebetulan mesej SMS yang cikgu A-D hantar tu adalah untuk menjawab doa beliau sebelum itu? Pola 38!

Picture
Foto pemandangan di depan pejabat cikgu A-D no 69B atas BSN di Pekan Meru, Klang.

Jika anda sampai di Pekan Meru, Klang maka pejabat cikgu A-D berada di tingkat atas sekali atas bank BSN Pekan Meru (bukan BSN di Setia Alam berhampiran).

Cuba anda perhatikan foto ini betul-betul.
Di sebelah mana kiri atau kanan adalah pejabat cikgu A-D?

Seperti yang cikgu A-D beritahu tadi kan atas BSN, jadi di sebelah kanan lah. Anda tahukan alamat pejabat cikgu A-D adalah 69B, maka no 69 paling bawah adalah bank BSN manakala 69A pula pusat penghantaran wang ke luar negara biasanya pekerja asing. Jadi sederet tu tentang urusan kewangan dan kekayaan. Kebetulan juga ketiga-tiga tingkat adalah deret berwarna biru! BSN biru, 69A langsir biru dan langsir 69B pejabat cikgu A-D juga biru.

Bagaimana pula deret sebelah kiri. Kebetulan kedua-tingkat menggunakan papan tanda merah? Kebetulan pula... itulah deret no 67. Yang di tingkat bawah adalah restoran yang telah bertukar 3 pemilik dan akhirnya tutup terus. Manakala 67A ialah pusat pinjaman duit. Kan cikgu A-D selalu pesan elakkan banyak sangat simpan angka 67 atau hati-hati dalam mengamalkan sistem 67! Inilah buktinya, bukan sebarang cakap je!

Apakah anda ada pola 67? Kalau anda lahir tahun 1960, 1969, 1978, 1987 atau lahir 6, 15, 24 Julai dah memang confirm anda memiliki pola 67 seumur hidup anda. Yang lain tu kena periksa juga petak dengan lebih mendalam (gunakan teknik Petak Perlima iaitu kenali potensi dari 6 Petak ciptaan cikgu A-D berbanding 1 rajah segitiga atau 1 petak lahir sahaja).

Tahukah anda?
Satu kumpulan sangat hebat dalam organisasi MLM terkenal Ad4bucks dikenali sebagai sixtyninerz iaitu "69". Dan ketua kumpulan tersebut adalah Jutawan muda sdra Zulfaisal yang mana beliau dan leader-leader pernah belajar teknik pernomboran dengan cikgu A-D - pernah konsultansi peribadi bersama cikgu A-D serta berkursus di Janda Baik.


Tahukah Anda?
Dari Muawiyah bin Qurrah, dari Anas r.a. diriwayatkan secara marfu' kepada Nabi SAW, baginda bersabda, "barang siapa berbekam pada hari Selasa tanggal 17, Allah akan mengeluarkan penyakitnya selama setahun".

Nah, ini jelas menunjukkan terdapatnya kaedah memilih hari dan tarikh di dalam Islam. Begitu juga terdapat kaedah sedemikian dalam tamadun lain seperti China, Jepun, India, Indonesia dan sebagainya. Kaedah Pernomboran pula Teknik Graf Prestasi Bulanan, Harian dan Jam (ciptaan cikgu A-D sendiri)  juga menggunakan konsep memilih hari dan jam, malah arah untuk hari dan jam tersebut, terutamanya dalam sales dan business jua malah untuk apa jua kegunaan anda. Dapatkan perisian otomatik mengira potensi dan konflik bagi bulanan, harian malah jam (email ke qmas304@streamyx.com).


Tahun 2012 (Pola 38) Tahun Jiwa Kacau - Masalah Ekonomi
Hari ini 1 Ogos di berita TV3 memaparkan dua kes pemberhentian pekerja. Di KL, seramai 380 orang diberi notis cuti tanpa gaji hingga tarikh belum diputuskan. Di USA pula, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan USD1 Trillion bagi menampung ekonomi. Kini sudah nampak tanda-tanda penurunan prestasi ekonomi yang menjejaskan industri dan perniagaan yang berpotensi menjadikan ramai orang yang masuk ke tahun 2012 dengan fenomena Vacuum, Blocking dan seumpamanya menjadi jiwa kacau!

Apakah persediaan anda untuk menghadapi dan melalui tahun 2012 tahun jiwa kacau dengan baik malah mampu mengaut untung daripada fenomena sebegitu (pola 786)? Tentunya hadir Seminar "Strategi Menghadapi dan Melalui Tahun 2012 Tahun Jiwa Kacau dengan Berkesan". Jika tahun lepas cikgu A-D berpesan tahun 2011 tahun pendidikan yang mana sememangnya banyak perihal pendidikan berlaku tahun 2011, maka apakah anda akan abaikan pesanan cikgu A-D untuk menghadapi tahun 2012?

Kebetulan, tahun 2012 adalah pola 786 untuk perihal kepimpinan, maka elok untuk buat pemilihan pemimpin baru (pilihanraya?) atau sebenarnya apa jua yang membolehkan anda menjadi seorang pemimpin!

Gempar: Cikgu A-D curi duit! Angkara Vaccum Star Dekad
Kisahnya benar cuma tajuk gimik je...itulah yang pernah berlaku kepada diri cikgu A-D sebelum menemui kaedah pernomboran ini.

Masa itu umur masih muda lagi... kerja pertama di PJ memang dapat pendapatan lumayan (kebetulan ada virtuous star) tapi oleh kerana masa kerja terlalu panjang, maka berpindah ke kerja kedua yang mana separuh pendapatan hilang (tapi tak fikir panjang masa tu ikut perasaan je). Tapi penat terpaksa berkejar sana sini maka pindah ke kerja 3 dan mula ceburi dunia saham, masa itu dikenali saham kopi. Memang dah masa Vaccum Star Dekad, habis RM20 ribu yang dilaburkan itupun duit isteri yang dipinjam bank. Semua ini bermulalah masalah kewangan teruk (Vacuum Star Dekad). Ada peluang beli rumah tapi terpaksa keluarkan duit berhabis dalam RM20 ribu juga tapi akhirnya terbengkalai (www.desakerayongindah.blogspot.com). Hutang makin banyak dan masa itu masuk pelbagai MLM tapi gagal. Akhirnya terpaksa cucuk kad kredit setiap bulan ambil cash advance dalam RM2 ribu - RM3 ribu sebulan...hutang makin bertambah dan akhirnya sering berfikir untuk Tuhan cabutkan je nyawa, tiap kali singgah Masjid Negeri Shah Alam akan solat dan lepas tu berbaring di sana dengan harapan Tuhan cabut nyawa dalam masjid ok juga! Tapi 10 -15 minit kemudian masih boleh bangun hidup lagi rupanya!

Walaupun cuba ada ikhtiar untuk simpankan duit dalam beberapa sampul untuk anak, rumah, kereta dsbya pun tak berkesan. Duit ASB, simpanan BSN dan sebagainya semuanya jadi kosong! Satu hari, cikgu A-D terdesak, jadi buka almari tempat simpan duit-duit tu dan kebas kesemuanya! Aduhai, jadi pencuri pulak...tapi masalah Vaccum masih tak selesai sehinggalah dipertemukan dengan kaedah pernomboran ketika itu sangat asas taklah sama seperti sekarang yang sangat advanced digubah semula oleh cikgu A-D...

Kini Vaccum star dah tak ada, almari tempat simpan duit diganti dengan peti besi mengandungi hampir RM20 ribu (kini dalam bentuk sijil SSP dll). Hutang isteri RM20 ribu pun dah dibayar dengan cash dan hutang kad kredit hampir RM50 ribu kini tinggal balance sikit itupun sebab masih gunakan untuk beberapa perkara kecil.... begitulah peritnya hidup dalam Vacuum Star Dekad (10 tahun)! Lebih-lebih lagi jika tiada ilmu kaedah pernomboran untuk membantu kita menghadapinya dengan baik.

Diburu polis

Bukannya cikgu A-D yang diburu polis, tetapi terdapat beberapa kes yang ditemui cikgu A-D yang individu dalam Vaccum Star menjadi buruan polis akibat masalah kewangan terperangkap pula dalam masalah jenayah. Vaccum Star Dekad memang fenomena taufan dasyhat dalam hidup seseorang. Kalau anda dapat lalui tempoh Vacuum Star Dekad dengan senyuman dan kekayaan, kita tabik spring sama lu! Tentunya, individu yang pelajari dan bersedia awal dapat melalui tempoh Vacuum Star Dekad dengan senyuman dan kekayaan... jangan ikut cara orang lain sebegitu sahaja, jangan jadikan hidup anda dikuasai orang lain sebegitu sahaja, yang penting jangan sukarela jadi hamba orang lain.. anda adalah diri anda yang bebas, KUASAILAH DIRI ANDA dengan positif!

0 Comments

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.