Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Mula Kejayaan Akhir Kekayaan

5/28/2017

0 Comments

 
Picture
Picture
Perkara sebegini yang diluar logik sebelum ini.. tetapi sains dapat mewujudkan... metafizik (iaitu sesuatu perkara yang di luar logik) jadi saintifik... memang begitu hala tujuannya... kita membuat kajian berterusan untuk menjelaskan fenomena yang ada di alam ini, bermula dari satu konsep tak logik (metafizik) tetapi dikaji untuk saintifik.

Fenomena peanut butter jadi berlian, buat masa ini di rumah kita adalah metafizik (atau mengarut pada segelintir orang), mana mungkin peanut butter yang kita beli kat kedai runcit sapu kat roti boleh jadi berlian, tetapi itu tidak mustahil bukan? Begitulah banyak perkara metafizik yang kita gunakan sebagai ikhtiar...ikhtiar buat energi pasir emas, ikhtiar bisnes ikut petak arah dll adalah metafizik (luar logik) pada kita tak logik energi metafizik boleh bawa rezeki dsbnya... tetapi dengan izin Nya, peanut butter boleh jadi sesuatu yang bernilai tinggi - berlian.

Picture
Bercerita tentang tak logik di akal tentang gas hidrogen jadi besi atau butter kacang jadi berlian, ini pengalaman sendiri yang dilalui pada April lepas. Bagaimana buah anggur yang lembut menjadi keras seperti batu dan bagaimana gula bertukar menjadi serbuk pyrite dalam masa 10 minit? Boleh saja kita kata magik atau unsur mistik tetapi samalah juga kita boleh kata fenomena peanut butter jadi berlian itu adalah mistik atau magik. Yang penting adalah perihal ENERGI, sama ada energi yang digunakan untuk tukarkan gas hidrogen jadi besi atau cecair butter kacang jadi solid berlian mahupun fenomena anggur jadi batu sebegini memerlukan ENERGI dan sudah tentunya dengan izin Nya jua.

Fenomena ini dibuat di satu tempat di Pahang... jom, Visit Pahang Year 2017, negeri kelahiran Dato Eddy.

Sebagai individu yang berminat mengkaji fenomena alam untuk dijadikan panduan ikhtiar... kalau batu boleh jadi duit (maksudnya, batu permata atau batu kerikil pun ada nilai  untuk buat lebuhraya), apakah kita mampu gunakan energi untuk ikthiar rezeki, kesihatan, kebahagiaan dsbnya.

Picture
Picture
Picture
Mungkin ada yang bertanya.. energi metafizik, kaedah arah, kaedah pola potensi, aura 38, ikhtiar energi bagaimana kesannya... setakat ini mulai tahun ini, beberapa projek sedang dalam perbincangan/ progress ... walaupun belum tahu hasilnya, yang penting energi yang baik mendekatkan kita kepada laluan rezeki, kita berada di laluan berbeza daripada sebelumnya. Yang penting ikhtiar yang kita usahakan beserta dengan ikhtiar mencari redha Nya menjadikan kita berbeza lebih baik daripada sebelumnya.

Antara salah satu doa dalam ikhtiar energi adalah tentang mendapatkan pembiayaan (funder/ funding) dan syukur, Tuhan berikan satu ruang untuk diusahakan.  Lihat bagaimana Tuhan berikan kita peluang jika kita ikhtiar... Jadi, bila bersama2 Dato Eddy berikhtiar menggunakan kaedah pernomboran atau ikhtiar energi, adalah sama2 kita progress secara bersama dengan rezeki masing2 untuk ditingkatkan.

Walaupun tidak dilahirkan dengan pola statik 769, 38, 69 atau 72 dsbnya tetapi itu bukan bermakna kita tidak boleh berhenti ikhtiar... Orang seperti kita dahulunya angan-angan berurusan projek beratus bilion... boleh saja, kita tak layak dan tiada masa untuk jadi menteri jadi kita ikhtiarkan energi kekayaan cara lain.  

Bagi mereka yang jauh atau belum pernah berada dalam laluan sebegini mungkin ini angan kosong, maka ikhtiarkanlah sesuatu. Jika dilahirkan dan bekerja makan gaji dan tiada kelayakan untuk deal projek berbilion, itu tidak bermakna anda tak boleh buat... ikthiarkan... cari jalan, berdoa, tambah ilmu dsbnya... yang penting majukan diri ke depan buat perubahan walaupun setapak demi setapak.

Program bulan Jun 2017 - daftar sebelum 4 Jun. Kebetulan program bulan Jun ini mengandungi keberkatan bulan Ramadan dan juga Syawal maka marilah kita sama-sama ikthiarkan energi yang baik2 bagi menjana kekuatan dalaman bagi meneruskan perjalanan kehidupan/ perniagaan dengan baik.

Berpuasa di dalam bulan Ramadan itu sendiri adalah membina energi yang baik2 untuk diri kita tetapi tujuan sebenar berpuasa adalah lebih kepada pahala akhirat, displin dalam agama dan kesihatan. Jadi, ikhtiar energi yang dilakukan di sini adalah untuk tambahan energi yang khusus kepada energi rezeki, kekayaan dan kewangan. Jadi, dengan gabungan sebegini sebagai ikthiar tambahan.
Picture

Picture
​The joint venture way to business success
BY TAN THIAM HOCK

Like all annual dinners, many kinds of awards were given out to the staff, from long service awards to best performing stores, best department performing employees etc. What stood out among the awards were the best joint-venture awards. About 60% of the 106 Caring Pharmacy stores are in joint ventures with the store pharmacist with CPGB retaining majority control.

Going back to late 1990’s, Caring Pharmacy planned to expand beyond the six stores that were managed by the original five partners but the industry was facing a shortage of pharmacists. It was also difficult to hire a pharmacist who is willing to work 12 hour shifts every day and having to keep the shop open for seven days a week.

To overcome this problem, Caring started this joint venture concept for new stores by offering equity to an individual pharmacist thus converting them to a partner entrepreneur. The pharmacist can leverage on the strength of bulk discount purchasing, organised promotion with appropriate advertising, administrative and accounting support and a strong brand name. In addition, the pharmacist can take personal leave and rely on the group to find temporary replacements as the law requires a qualified pharmacist to dispense medicines.

In return, CPGB has a store manager/ pharmacist who is willing to work long hours, totally trustworthy and managing the business like his/ her own. What is amazing is some of the long serving joint ventre partners have become area managers helping to manage other stores as well. Many other independent pharmacies have tried to group together to imitate the Caring business model but to date none have been as successful.

Key components contributing to the successful Caring business model are both sides must share the same vision and ideals, fair distribution of income and costs, inclusive management practices, fair partnership practices and trustworthiness. There is no short cut. Just consistent practices that helps to mould a lasting relationship amongst equal partners.


Picture

Pemilihan tarikh nikah.... ada banyak komponen dan faktor yang dikaji.. bukan sekadar tengok pada root number sahaja (root 6) itu belum memadai. Pelbagai perihal seperti kewangan, keserasian, potensi zuriat, dsbnya untuk satu tarikh nikah. Tarikh nikah elok "custom-made" mengikut status mahupun potensi diri dsbnya. Oleh kerana banyak faktor perlu dibincangkan, maka dapatkan perkhidmatan kami untuk pemilihan tarikh yang baik, sebagai satu ikhtiar.

Daripada pengalaman Dato Eddy, ramai yang telah mendapatkan perkhidmatan pemilihan tarikh nikah dengan kami namun majoriti mereka tidak dapat melangsungkan pernikahan pada tarikh yang telah dikira baik disebabkan faktor pilihan keluarga sendiri atau mertua, masalah full booking tok kadi dsbnya. Hanya segelintir kecil yang dapat melangsungkan pernikahan pada tarikh yang telah dikira  baik. Oleh yang demikian, pastikan anda menyakinkan pihak keluarga dan mertua untuk anda memilih tarikh nikah.

Ada juga kes tarikh nikah yang baik jatuh pada hari biasa (Isnin-Khamis) yang kurang diminati oleh ramai orang kerana memilih hari cuti seperti Jumaat, Sabtu, Ahad.

Bagi kes tidak dapat pilihan tarikh yang baik sedemikian, dicadangkan dibuat ikhtiar pembetulan secara kaedah pernomboran. Sesi konsultansi personal (jika boleh, kedua2 pihak suami isteri dapat hadir, atau salah seorang sekurangnya ada ikhtiar) dilakukan untuk fahami potensi/ konflik tarikh yang dipilih atau telah dipilih itu dan menganalisa segala aspek perihal tarikh nikah untuk dibuat ikhtiar pembetulan.

Perkhidmatan yang disediakan:
1. Ikhtiar Energi Kasih Sayang (Jarak Jauh / Secara Langsung)
2. Kursus Pola 27 Potensi Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian.
3. Konsultansi Peribadi (Jodoh/Perkahwinan)
​

Picture
Tarikh nikah Dato Eddy.  Menariknya, walaupun diri Dato Eddy dan isteri tiada pola VIP, tetapi dalam tarikh nikah ada pola tersebut... ini menunjukkan bahawa tarikh nikah memainkan peranan tambahan membentuk potensi diri, selain daripada tarikh lahir asal. 




Picture
Ikhtiar ENERGI REZEKI yang dianjurkan oleh Dato Eddy setiap masa.. kiraan abjad menghasilkan angka 6 iaitu perihal rezeki manakala maksud perkataan dalam kiraan cabalistic pula bermaksud kekuatan, kesihatan, kebahagiaan, kekuasaan... maka sebab itulah kaedah IKHTIAR ENERGI REZEKI dianjurkan atas maksud kiraan sebegitu. Majoriti daripada manusia punya parameter yang baik untuk berjaya tetapi mereka kekurangan energi untuk berjaya.. contoh, smartphone canggih jika bateri lemah tak dapat ambil gambar dsbnya. Dengan kata lain, selain daripada kita tingkatkan parameter kita untuk kejayaan, kita juga perlukan juga energi untuk kejayaan. Energi boleh dijana sendiri tetapi sesekali atau untuk permulaan, tumpang penjanaan energi daripada pihak kami (ikhtiar Energi Rezeki)

Perkhidmatan kami:
- Ikhtiar Energi Rezeki Pakej Bulanan (Jarak Jauh)
- Ikhtiar Energi Rezeki Hari Pilihan (Jarak Jauh)
- Ikthiar/ Rawatan Energi Rezeki Secara Langsung (berjumpa) untuk diri atau premis.
- Program Outdoor Energi Aura 38 Rezeki


Picture
Warna dikatakan memainkan peranan secara psikologi terhadap manusia. Tetapi bagaimana sesuatu warna secara saintifik beri kesan kepada psikologi mahupun fisiologi/ biologi manusia, itu belum dapat dibuktikan, apakah kerana hormon tertentu atau protein atau sekuens DNA tertentu?... maka perihal warna sebegini jadi satu perkara "metafizik" iaitu kita tak dapat menjelaskan secara logik mengapa warna tertentu seperti biru (contoh di atas) memainkan peranan ke atas fisiologi dan biologi manusia. Pihak2 yang mengkritik kami dalam bidang metafizik cubalah bentangkan satu journal saintifik membuktikan kaedah warna ini mengarut... tetapi hakikatnya, kajian dilakukan dan dijadikan panduan dan seterusnya digunakan dalam ikhtiar. Sama ada kaedah itu benar atau beri kesan secara mutlak, itu adalah izin dari Nya. Yang penting, kita dah berfikir membuat kajian dan mencari panduan serta ikthiar. Begitulah kaedah metafizik yang sentiasa membuat kajian terhadap fenomena alam supaya dapat menjelaskannya secara objektif/ saintifik.

Tentang perihal warna secara kaedah metafizik, terdapat banyak cabang pemikiran dan amalan tentang warna. Ada cabang metafizik menetapkan warna tertentu untuk hari tertentu. Ada pula cabang metafizik yang menetapkan warna tertentu untuk root number tertentu. Pada versi Dato Eddy, warna sebenarnya adalah "aksesori kecil" iaitu tiada sangat memainkan peranan terhadap perniagaan/ kehidupan MELAINKAN bagi tujuan pemulihan seperti contoh warna biru di atas. Jika anda sihat dan cantik, pakailah apa warna anda suka. Jika anda berada pada arah yang baik dan tahun yang baik, pakailah warna apa yang anda suka. Usah jadikan metafizik sebagai penjara yang mengongkong kebebasan hidup anda. Namun, jika anda sedang menghadapi masalah seperti gangguan mistik mahupun masalah kesihatan atau masalah personaliti atau rumahtangga,, barulah kaedah warna diikhtiarkan. 

Dari kaedah klasikal Feng Shui yang asal/ asli, tiada kaedah warna cuma kaedah kontemporari Feng Shui terkini yang memberatkan perihal warna. Memang boleh kaedah warna digunakan terpulang kepada selera masing-masing tetapi ianya bukan kaedah metafizik yang mengongkong. Pernah seorang client bertanya apakah warna baju dan seluar dalam yang sesuai untuk beliau pakai dalam bisnes, tak perlulah sehingga ke tahap sebegitu dalam metafizik. Warna yang beri kesan adalah sesuatu yang kita boleh nampak - contoh warna alas meja, jadi warna dalam laci tak memainkan peranan.

Picture
Di dalam kaedah metafizik, meletakkan sesuatu barang pada lokasi tertentu ada kesan tertentu secara tidak langsung.. bagi umat Islam, arah kiblat memainkan peranan besar dalam kehidupan. Sama ada kaedah kiblat ataupun kaedah lokasi sebegini belum ada bukti secara saintifik tetapi begitulah hakikatnya secara metafiizik, amalan2 daripada kajian. Biasa kita dengar kaedah Feng Shui yang mana kedudukan katil perlu diletak di arah tertentu. Bagi kaedah metafizik pernomboran pula apa2 jua barang yang kita gunakan seharian, ianya lebih komprehensif. Kaedah Arah Mata Angin daripada Petak Tarikh Lahir merupakan asas bagi perihal sebegini dan ianya dijadikan satu modul utama bagi Audit Premis Kediaman atau Premis Perniagaan.

Perkhidmatan yang disediakan:
- Audit Premis Kediaman.
- Audit Premis Perniagaan.
0 Comments

Pemulihan Kekayaan Penyucian Kejayaan

5/19/2017

0 Comments

 
PERHATIAN: Memang terdapat tenaga pengajar kaedah metafizik yang menawarkan kursus dan coaching berkaitan metafizik dan pernomboran. Semenjak Dato Eddy muncul secara nasional pada tahun 2006 mempromosikan kaedah metafizik, ada bekas pelajar atau orang perseorangan yang menawarkan perkhidmatan mengajar kaedah metafizik juga. Ada di antara mereka menggunakan tagline yang sama yang dipromosikan dahulu oleh Dato Eddy seperti 769 atau Sains Pernomboran. Untuk makluman, mereka2 tersebut tiada kaitan dengan Dato Eddy dan mereka2 itu tidak dilantik sebagai wakil Dato Eddy. Dato Eddy bergerak sendiri (lone ranger) cuma sesekali bekerjasama dengan individu2 penganjur yang menganjurkan kelas Dato Eddy (sila rujuk laman web ini atau pm Dato Eddy untuk pengesahan). Anda boleh sahaja belajar dengan mereka2 kerana maklumat metafizik kini banyak di internet, namun untuk strategi lebih mendalam dapatkanlah pula perkhidmatan Dato Eddy. Mereka2 tersebut tiada kemahiran untuk membuat analisa secara meluas kerana kekurangan bahan analisis dan lebih kepada analisis statik,  mahupun tidak dapat menjelaskan latarbelakang metafizik secara saintifik kerana bukan dari jurusan sains ( Dato Eddy lulusan B.Sc Biology dari Syracuse University, New York, USA). 

Sebagai contoh, ada seorang usahawan di Bangi yang menutup perniagaan restoran kerana kurang pelanggan dan penutupan itu menyebabkan kerugian modal berpuluh ribu ringgit setelah dirujuk kepada seorang pengajar metafizik (bukan dari grup Dato Eddy) yang menyatakan root number beliau tidak sesuai dalam bidang makanan. Namun, setelah diperiksa oleh Dato Eddy pula, sebenarnya masalah yang berlaku adalah kerana faktor lain, itupun ada cara dan ikhtiar supaya perniagaan dapat diteruskan dan tidaklah perlu buang modal tersebut. Pendekatan Dato Eddy adalah lebih fleksibel dalam ertikata survival business dan bukannya seperti cara metafizik lain yang terus sahaja menutup laluan begitu sahaja bila ada masalah. 

Sekali lagi Dato Eddy ingin mengingatkan bahawa menjadi konsultan bidang metafizik ada risiko besar dan ramai individu yang menjadi konsultan metafizik terperangkap dalam isu-isu peribadi yang bertentangan dengan kaedah metafizik. Oleh yang demikian, biarkanlah Dato Eddy yang telah 13 tahun dalam bidang ini sendiri meneruskan kajian ini manakala anda semua teruskan ikhtiar dan usaha untuk tingkatkan kekayaan/ kejayaan daripada perniagaan, jualan mahupun kerjaya yang lebih baik. Rujuk dan gunakan kaedah metafizik pernomboran sebagai panduan strategi dan tidak perlulah menjadi konsultan pula sebaliknya tingkatkan prestasi kejayaan anda dalam bidang yang sesuai.

Picture
Satu lagi syarikat besar yang dikenakan cukai besar secara mendadak... lihat semula slide di bawah tentang syarikat Magnum dan anda dapati terdapat 4 persamaan dengan slide ini yang menjelaskan tentang masalah percukaian yang berat. Beginilah kaedah pernomboran dinamik versi Dato Eddy iaitu mengkaji pattern yang sama dan seterusnya menggunakan kajian tersebut untuk panduan kepada strategi2 perniagaan.

Apakah syarikat anda punyai pattern (tarikan) yang mudah dipilih oleh LHDN dan seterusnya kena bayar cukai secara mengejut? Mahu ikhtiar supaya perniagaan anda lebih berkesan dan mesra LHDN?

Perkhidmatan disediakan - hubungi untuk tempahan tarikh dan tempat anda:
- Konsultansi Perniagaan 
- Audit Premis Perniagaan
- Pola 966 Potensi Bisnes Berkesan
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya
- Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan dan Jualan.
​- Kursus Arah dan Jenis Pasaran.


Picture
Picture

Picture
Di Festival Persilatan 13 Mei 2017 yang lalu yang berlangsung di Muzium Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.


Picture


Sejenis perniagaan yang sangat dikenali ramai... walaupun perniagaan ini sangatlah mudah dijalankan tetapi ada juga cabarannya.. sengaja slide sebegini dibuat sebagai menunjukkan bahawa setiap perniagaan walau semudah sekalipun perlu melalui turun naik cabaran dalam perjalanan perniagaan... persaingan dan percukaian menanti setiap perniagaan! Kebetulan... lihat di slide tersebut iaitu Graf Motif Hayat Dekad 10 tahun (ciptaan Dato Eddy sendiri) menunjukkan "awas masalah kewangan" (dari tarikh penubuhan syarikat) yang mana jika dirujuk kepada berita tentang cukai tahun 2008, 2011-2015 memang dalam tempoh yang dinyatakan "awas masalah kewangan". Jadi, gunakanlah Graf Motif Hayat Dekad 10 Tahun (ciptaan Dato Eddy) sebagai satu panduan dalam merangka strategi prestasi perniagaan mahupun kehidupan.


Jika anda memerlukan Graf Motif Hayat Dekad 10 Tahun (untuk 10 tahun semasa dan 10 tahun akan datang):
1.  Bank in RM10 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 7018546381 atau Bank Islam 12319020009271 atau RHB Islamic Bank 16229600071500 atau BSN 1015441000108374 (Eddy Rosyadie) atau Alliance Bank 620740010020857 (Virtuous Synergy).
2. Whatsapp ke 017 769 7946, nyatakan nama / nama syarikat dan tarikh lahir/ tarikh penubuhan. Graf Dekad akan di whatsapp semula kepada anda.

Jika memerlukan konsultansi tentang strategi dan prestasi perniagaan (atau kehidupan) menggunakan kaedah Graf Motif Hayat Dekad, hubungi untuk temujanji.

Perkhidmatan yang disediakan:
1. Konsultansi Perniagaan
2. Kursus Pola 966 Potensi Bisnes Berkesan
3. Seminar Bisnes Berjaya Kaya.
4. Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan


Picture

Program Ikhtiar Energi seterusnya untuk Jun 2017, istimewa kerana dapat melalui kebaikan bulan Ramadan dan Syawal dalam bulan yang sama.  Untuk berjaya cemerlang bagi sesuatu tahun hadapan, ikhtiar elok bermula pada bulan April (Opening - pembuka), seterusnya Mei (Founding - asas) dan Jun pula sebagai penggerak (Moving). Oleh itu, jom kita bersama ikhtiar energi untuk Jun pula supaya apa-apa azam, impian dan usaha kita yang dirancang April-Mei dapat bergerak dengan baik untuk mencapai tahun hadapan.

​Boleh daftar dahulu sebelum 4 Jun 2017.

Picture

Picture
Stress.. Risau... banyak sangat angka 8 dalam petak tarikh lahir.... usah stress2, PM DS Najib juga banyak angka 8.. tentang STRESS 3K kewangan, kasih sayang dan karier... apakah strategi yang sesuai? Masalah kewangan kerana pola 67 dan status kewangan 3, masalah kasih sayang kerana pola 19 dan masalah karier kerana pola 933.. jadi, punca2 stress itu memang ada dan bukannya boleh dipadam begitu sahaja, jadi, apakah strateginya pula?

Dapatkan strategi penyelesaian STRESS 3K (kewangan, kasih sayang dan karier), hubungi Dato Eddy bagi membincangkan strategi secara peribadi kerana lain orang lain pula strategi stress tersebut.

    Kajiselidik: Stress 3K

Klik Utk Hantar

Picture
Gabungan tarikh lahir yang menghasilkan Tahap Kewangan 2 iaitu sama tahap dengan Bill Gates. Oleh itu, jika kita bukannya lahir dengan pola kekayaan seperti Bill Gates, ada cara lain... bagi contoh di atas adalah strategi gabungan. Banyak lagi cara dan ikhtiar lain yang ada. Ini adalah antara sebab mengapa pola sedemikian dipilih sebagai hari "energi kekayaan" (teknik 6 tengah mata angin ciptaan Dato Eddy).

Picture
Sesuai untuk individu yang mahu mulakan perniagaan ataupun usahawan sedia ada yang mahu tingkatkan perniagaan. Testimoni sebenar, kisah dari 2 client Dato Eddy yang Dato Eddy beri strategi2 perniagaan dan strategi2 tersebut akan dibentangkan untuk usahawan membina strategi perniagaan yang berkesan.

Makluman: jika ada individu/ usahawan yang mahu pelajari secara peribadi di tempat dan kumpulan sendiri, hubungi untuk diatur jadual lain.

Energi Alam ciptaan Tuhan... untuk Ikhtiar Energi Rezeki Masuk dan Energi Dalaman.
Picture

Picture
Semasa Dato Eddy baru mempelajari kaedah pernomboran tahun 2004 yang lalu, guru mendedahkan bahawa wanita yang ada pola 72 adalah "perempuan simpanan". Ayat ini agak kasar tetapi seolah seperti realiti kerana itu yang Dato Eddy lihat sepanjang 13 tahun. Namun, Dato Eddy olahkan ayat itu semula supaya berlapik dan sesuai dengan fungsi sebenar pola tersebut.

Inilah realiti (iaitu takdir) yang perlu dilalui oleh individu yang dilahirkan dengan ujian sebegitu. Dalam kes ini, semenjak berkahwin hinggalah umur 50 tahun, berada dalam tempoh tekanan dan tiada "energy" kasih sayang... ujian 20 tahun "merana" dalam perkahwinan.. tetapi apabila diperiksa tarikh nikah dan tarikh lahir suami adalah ok, dengan kata lain, masalah ini berlaku kerana DIRI SENDIRI yang melalui ujian tersebut.. oleh itu, bilamana kita membina rumahtangga, hadapilah realiti risiko sebegini. Tentu sekali perlu berikhtiar dengan strategi pernomboran ataupun ikhtiar energi.

Antara langkah penyelesaian:
1. Oleh kerana wanita ini telah 10 tahun melalui tahun tekanan dan bakal melalui 10 tahun tahun tekanan, maka telah terjejas "energi" beliau maka elok dibina semula "energi" dalaman bagi memulihkan dan seterusnya menguatkan semangat --> kaedah ikthiar energi seperti Transfer Energi atau Energi Putih.,
2. Pembetulan secara strategi pernomboran (memerlukan konsultansi peribadi kerana perlu berbincang banyak aspek) contoh seperti perubahan tempat mengikut arah mata angin dsbnya.

0 Comments

Pemulihan Kejayaan Peningkatan Kekayaan

5/8/2017

0 Comments

 
PERHATIAN - KEPADA PEMEGANG KAD EMAS 838, 696, AURA 38 DLL YANG DIBELI DARI PIHAK KAMI SEBELUM INI, SILA PM WHATSAPP GAMBAR KAD EMAS TERSEBUT BESERTA NAMA PENUH, NAMA IBU KE 017 769 7946 UNTUK IKHTIAR DIENERGIKAN.
Picture
Picture

Picture
Maklumbalas peserta Grup Ikhtiar Energi Mei 2017

NANTIKAN KUPASAN TENTANG PERIHAL MISTIK DARIPADA POLA 459
Adakah anda ada pola 459? Kebaikan pola 459? dan kesan negatif pola 459?
Bagaimana cara menguruskannya/ memulihkannya?

Picture

Picture
Satu Kenangan Yang Membawa Keinsafan atas Kebesaran Kuasa Kasih Sayang Nya

Tahniah kepada Puan Dila kerana melangsungkan perkahwinan pada 25 Nov 2016 yang lalu dan kini telah mengandung dan mengecapi rasa bahagia bersama keluarga mertua di Turki.

Puan Dila terlibat dengan masalah dadah sebelum ini.. perkahwinan beliau sebelum ini juga tidak bahagia.. beberapa kali lari dari rumah perselisihan faham dengan pasangan dan keluarga. Pada pertengahan tahun 2016, beliau lari dari rumah lagi tidak dapat dihubungi beberapa minggu dan pihak keluarga menghubungi Dato Eddy untuk ikhtiar. Kaedah Ikhtiar Energi digunakan dan beberapa minggu selepas itu beliau pulang rumah dalam keadaan sakit. Lalu dihantar ke hospital dan pihak doktor mahu merujuk beliau ke pusat pemulihan tetapi pihak keluarga mahu mencari ikhtiar lain dahulu. Lalu diikhtiarkan lagi Ikhtiar Energi dan dibuat Audit Premis Kediaman bagi memeriksa bilik sesuai untuk beliau rehat di rumah. Didapati bilik tidur sebelum ini berada di arah yang salah.

Satu keajaiban berlaku, seorang pemuda dari Turki berstatus duda tanpa anak berkenalan dengan beliau secara FB dan seterusnya berhasrat untuk berkahwin dengan beliau, walaupun tahu status janda dan status masalah dadah. Setelah dibuat kiraan tarikh lahir masing2, di dapati serasi dan terus dipilih tarikh nikah. Namun, disebabkan kekangan kerja, pemuda Turki itu dapat datang ke Malaysia cuma seminggu sahaja untuk uruskan dokumen perkahwinan dan melangsungkan pernikahan. Dato Eddy mencadangkan tarikh 25 Nov 2016 (pola 72). Majlis pernikahan dapat dijalankan dengan baik awalnya dirancang sekadar majlis doa selamat ringkas tetapi dengan kuasa Nya, majlis perkahwinan dan persandingan siap pelamin, persembahan silat, kompang, photoshoot/ video dsbnya dapat dibuat secara ad hoc. Malah, pakaian sanding kedua2nya sedondon ditaja oleh pakcik beliau yang telah simpan baju pengantin sudah lama kerana saiznya terlalu besar, rupanya muat dengan pemuda Turki yang tinggi tu. 

Minggu lepas, Dato Eddy menghantar barang ke rumah keluarga. Diceritakan oleh ibunya pada mulanya Puan Dila tidak selesa berada di Turki mahu pulang ke Malaysia, biasalah kejutan budaya, tapi kini sudah bahagia dengan keluarga mertua dan suami yang sangat menyayangi dan tidak mahu pulang ke Malaysia. Rupanya suami beliau ada ladang buah-buahan yang luas di sana,

Perjalanan balik ke rumah mengenangkan peristiwa ini, terasa sebak kerana dengan izin Nya, seorang wanita yang bermasalah dadah akhirnya dapat menemui kebaikan dan bahagia....dengan keajaiban,, diluar logik... tanpa pemulihan, tanpa ubat, tanpa tekanan dsbnya... itulah rahmat Kasih Sayang dari Nya...  Dato Eddy tidak terlibat secara langsung sekadar ikhtiar energi, memohon kepada Nya, tetapi Dia Maha Mengetahui dan memilih untuk memberi rahmat kasih sayang kebahagiaan kepada wanita tersebut.

Oleh itu, usahlah ada pihak2 mencemuh kaedah ikhtiar kami.. kami mencari ikhtiar dalam mencari redha Nya mendapatkan kebaikan rezeki, jodoh dsbnya. Selama 15 tahun menceburi bidang ini, banyak cemuhan yang diterima online tetapi sudah 15 tahun menunggu tidak ada seorang pun menelefon kami untuk membantu kami mengajar kaedah ikhtiar yang lebih berkesan sebaliknya dicemuh oleh masyarakat.

Lihatlah betapa besar kuasa Dia yang berhak memilih dan memberi rahmat kebahagiaan walaupun wanita itu bermasalah kritikal dan buruk di pandangan masyarakat... tetapi baik dari pandangan Nya. Oleh itu, kepada yang bermasalah dadah dan sebagainya, usahlah berhenti ikhtiar... kita teruskanlah perjuangan pemulihan, doa seumpamanya.. cepat atau lambat adalah hak Dia.  Kenapa wanita itu dipilih Dia itu satu misteri kuasa Dia. Kita berharap supaya Tuhan sentiasa memilih kita juga dan memberi rahmat kepada kita dalam kebaikan rezeki, kebaikan kebahagiaan dan kebaikan keimanan.





Picture
Kebanyakkan penemuan sains bermula dari metafizik (sesuatu yang luar logik/ di luar fizikal yang nyata). Amalan metafizik "upload energi" dari alam semulajadi seperti Upload energi pokok2 telah lama diamalkan tetapi dengan peningkatan kesedaran sains, ramai yang mencemuh metafizik energi kerana tiada nilai sains. Daripada mencemuh, sebaiknya kita sama-sama buat penyelidikan untuk mendapatkan nilai sains dari situ, begitulah apa yang terjadi dengan perkembangan metafizik Alchemy menjadi sains Chemistry.

Banyak lagi rahsia alam yang belum kita fahami tetapi daripada ikhtiar kita, sememangnya alam ciptaan Nya mempunyai energi dan kebaikan kepada kita... untuk kita nikmati, gunakan dsbnya.

Untuk program Upload Energi seperti Program Upload Energi Mersing sebelum2 ini, belum lagilah kita gunakan wiring dan mentol untuk disambungkan dari pokok kepada peserta2, ... kita gunakan konsep riadah dan senaman untuk menikmati energi alam semulajadi... ikthiar supaya diri kita mempunyai energi yang baik untuk rezeki, jodoh, kebahagiaan dsbnya.. dengan izin Nya dari ciptaan Nya jua.


Picture
Jika ada organisasi/ komuniti yang mahu membuat program secara private (tak ikut program seminar umum) mengikut pilihan tempat dan tarikh tersendiri, bolehlah hubungi untuk tempahan.

0 Comments

Penetapan Kejayaan Matlamat Kekayaan

5/5/2017

0 Comments

 
Picture
Kaedah Ikhtiar Energi adalah satu ikhtiar untuk mendapatkan energi yang baik pada hari dan waktu tertentu. Walaupun program ini lebih kepada energi rezeki, namun ianya boleh juga untuk sebarang jenis niat atau tujuan.

Picture

Picture

Picture
Kursus perihal bisnes menggunakan kes studi yang sebenar.. 2 orang usahawan yang menggunakan khidmat Dato Eddy bagi membina perniagaan yang berjaya... kedua2nya mendapat pengiktirafan daripada agensi kerajaan atas jualan tahunan RM4 juta. Kursus ini sesuai bagi individu yang baru mahu mula berkecimpung dalam dunia perniagaan ataupun usahawan sedia ada yang mahu tingkatkan atau kembangkan perniagaan.

Makluman: kursus sebegini boleh dibuat secara personal/ tertutup untuk grup/diri sendiri di tempat anda. Hubungi untuk tempahan tarikh, masa dan tempat dsbnya. 
Picture
Picture

Picture
Maklumbalas peserta Ikhtiar Energy pada Jumaat 5 Mei 2017 lalu. Daripada makluman balas terdahulu, biasanya warna UNGU dapat dilihat oleh beberapa individu ketika program energi.. warna UNGU biasanya dikaitkan dengan kerohanian dan pada jadual Chakra, ianya adalah Chakra Crown.. yang menghubungkan kita dengan kerohanian.

Sekali lagi diingatkan bahawa bukan semua orang perlu dapat melihat energi ketika program energi.. ada segelintir yang dapat melihat dan menikmatinya.. dengan izin Nya... yang penting adalah terdapatnya kewujudan energi tersebut.

Picture
Maklumbalas peserta Ikhtiar Energi di parking Masjid Besi, Putrajaya beberapa tahun lalu.

Picture
Maklumbalas peserta Ikhtiar Energi Kasih Sayang pada 7 Februari 2017 yang lalu.

Picture

Picture

0 Comments

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly