Program ini tidak lagi dipanggil "doa energi" kerana program ini bukan sekadar doa semata2 tetapi juga ada amalan2 energi yang dijana untuk dikongsi dengan peserta yang join.
Program IKHTIAR ENERGI merupakan satu cara untuk menjana atau memperolehi energi bagi memulakan atau melonjakkan prestasi seperti dalam perihal rezeki dan kekayaan. Energi ada dalam bentuk yang zahir seperti caj elektrik dan ada yang tidak zahir seperti energi "gelombang minda". Umpama seunit handphone yang mewah tetapi bateri lemah atau capaian WIFI yang lemah menyebabkan handphone tersebut kurang berfungsi begitu juga kita manusia perlu juga ada energi untuk sihat, cergas, aura rezeki dan sebagainya.
Program Energi sepatutnya ada bahan-bahan fizikal energi seperti buah-buahan, minyak wangi dsbnya, begitu juga perlu ada pergerakan/ senaman tertentu, namun oleh kerana kesukaran untuk kita berkumpul di hari bekerja, menyediakan bahan dan membuat senaman setiap kali program maka kebanyakkan program dilakukan secara jarak jauh dan secara "transfer" (secara "gelombang") dari kami. Tentu sahaja peserta digalakkan untuk membuat amalan ikhtiar energi pada masa yang sama. Ada kelapangan nanti kita bersemuka berkumpul di satu tempat untuk buat pergerakan energi dan mendapatkan bahan-bahan energi, itu yang lebih baik.
Dato Eddy telah menganjurkan program ikhtiar energi jarak jauh sebegini semenjak tahun 2010 malah ada juga 4 kali membuat program ikhtiar energi dari Makkah semenjak 2013. Sesekali dibuat secara berkumpul di perkarangan luar masjid tertentu tetapi zaman sekarang sukar untuk berkumpul terutamanya jika program ini jatuh pada hari bekerja. Yuran yang dikenakan adalah kos khidmat kerana mengambil masa untuk membuat aktiviti berkaitan kadang kala mengambil masa 2 -3 jam. Jika Dato Eddy nak luangkan masa 2-3 jam percuma untuk energi seseorang yang bukan ahli keluarga, baik Dato Eddy doakan anak isteri sebab tak ada pula orang lain mendoakan 2-3 jam percuma untuk Dato Eddy. Sesekali program ini dibuat percuma (contoh 30 Dis 2016 lalu - kalau hari-hari percuma payahlah Dato Eddy nak jana sumber bayar tol dsbnya melainkan Dato Eddy memang dibayar oleh pihak kerajaan untuk kerja sebegini, jadi ada yuran perkhidmatan). Memang tiap hari berdoa pun malah masuk keluar tandas pun berdoa, cuma ada hari tertentu yang dipilih kerana ada fenomena yang mahu kita ikhtiarkan dan kita mahu guna waktu tersebut sebaiknya (boleh saja tiap2 hari ikhtiar sebegini tapi payahlah nak bergerak sana sini sebab kita pun ada komitmen2 lain). Jika tak nak join program ini boleh saja doa sendiri atau minta tolong ustaz/ tok imam dsbnya doakan. Jika nak join program ini kerana Dato Eddy fokus kepada perihal energi kekayaan dan banyak testimoni, juga kerana kesuntukan masa sebab bekerja atau wanita uzur tak dapat buat ibadah sunat. Ini adalah IKHTIAR dan yuran bukannya menjual doa tetapi upah khidmat. Kita memohon kepada Nya terus dan berharap kepada Nya untuk mengizinkan kejayaan atas ikhtiar dan usaha kita.
Konsep jenama adalah penting. Jika kita lihat jenama Mc Donald atau KFC sebagai contoh, masyarakat membeli produk2 mereka kerana perihal jenama. Setakat burger dan ayam goreng banyak diluar tetapi masyarakat masih berpusu-pusu ke premis2 tersebut.
leh yang demikian, konsep membina jenama adalah satu keperluan dalam perniagaan kini. Bukan sahaja dikaji daripada aspek USP (Unique Selling Proposition) atau VOC (Voice of Customer) dsbnya tetapi juga dikaji daripada keserasian "metafizik" seperti kiraan keserasian dsbnya.
Pengumuman: kepada peserta yang hadir pada program di Tg Aru pada 18 Feb lalu itu, sila whatsapp saya untuk kami masukkan anda dalam satu grup khas (ada peserta yang tertinggal berikan no telefon) bagi tujuan menjelaskan lagi kaedah tempohari serta ada tawaran bonus kepada peserta.
Berbalik kepada perihal aktiviti 18 Feb 2017 tersebut, selama 12 tahun ini aktiviti "energy outdoor" seringkali dibuat di Semenanjung (seperti di Mersing, Muar, Kuala Perlis dsbnya) dan kini dirancang dibuat di Sabah pula bagi memberi peluang kepada masyarakat Sabah/ Sarawak untuk turut serta dalam program sebegini. Ini adalah program IKHTIAR dan beberapa testimoni yang baik daripada program energi outdoor yang terdahulu sebelum ini semoga memberi manafaat kepada masyarakat Sabah/ Sarawak juga.
Dalam program outdoor sebegini melibatkan energi air, tanah, kayu seumpamanya. Kini, bilamana kita mula demam, perkara pertama yang kita ingat adalah ubat paracetamol dan doktor klinik dan tentunya itu melibatkan kewangan. Boleh tak kita ikhtiarkan cara alternatif iaitu bilamana kita mula demam, kita gunakan energi daripada udara segar di pantai, "pemulihan" dari tanah seumpamanya. Zaman kini adalah "zaman fizik" iaitu apa-apa yang kita lakukan perlu visual dan logik serta gajet - sakit perlu ada pil, hidup perlu ada duit dan seterusnya berhutang, perlu ada gajet untuk bercakap suami isteri, perlu ada barangan fizikal dsbnya. Jika beli barang di pasaraya sudah selalunya RM50 atau lebih diperlukan. Tetapi kita cuba ikhtiar secara "metafizik" iaitu "secara di luar logik" iaitu bolehkah kita ikhtiar untuk hidup dengan energi alam dengan RM1 setiap hari - secara logiknya memang tak logik tetapi bukankah Tuhan berikan kita ruang dan peluang untuk memikirkan dan seterusnya berusaha dan IKHTIAR kepada perkara sedemikian?. Kita kini terperangkap dalam bangunan tempat kerja dari pagi hingga ke malam sudah jauh daripada energi alam yang percuma ini dan kini kita beralih kepada energi fizikal yang perlukan kita kerja setiap hari menyebabkan stress dsbnya.. Energi matahari telah kita gantikan dengan energi lampu kalimantan terperap dalam pejabat yang tertutup tiada udara keluar masuk. Oleh yang demikian, pengajian Energi Outdoor ini adalah untuk memberi kesedaran dan juga kaedah-kaedah mudah yang digunakan bagi menjana "energi" yang baik di dalam diri dan kehidupan kita.
Hidup ini untuk difahami, hidup ini untuk dinikmati... walaupun boleh saja kita bekerja siang malam untuk kelangsungan hidup, usah lupa tentang aset yang penting iaitu kesihatan mental, spiritual dan fizikal diri kita juga.
Dato Eddy memohon maaf kerana tidak dapat menganjurkan Seminar SI: Bisnes Kaya yang dirancang pada Jan/Feb di KL dan Mac di JB kerana kepadatan masa untuk buat persiapan disebabkan banyak komitmen tugasan dan mesyuarat. Beberapa orang ada hubungi dan berminat untuk menghadirinya namun terpaksa ditangguh jua dan sudah pasti tertarik dengan pakej yang ditawarkan. Untuk tidak menghampakan peminat kaedah metafizik pernomboran, kita buat cara sebaliknya iaitu tawaran pakej PRODUK untuk Seminar SI: Bisnes Berjaya Kaya dan percuma seminar (apabila dianjurkan mungkin hujung tahun, peserta dimaklumkan untuk hadir secara percuma). Yang pasti dapatkan dahulu produk2 dalam satu pakej yang menarik seperti yang ditawarkan di bawah ini. Seminar ini adalah batch kedua. Batch pertama pernah dibuat di Hotel Putra, KL pada tahun 2010 yang lalu. Batch kedua ini punyai kelainan dalam aspek pengajian yang lebih menyeluruh dan tentunya ada bahan bantuan sokongan seperti Software Integrasi, Ikhtiar Energi dsbnya. Hubungi untuk pendaftaran pakej sblm bermula 1 April 2017. Dibuka untuk semua kaum, umur, profesion, negara (Malaysia, Singapura dsbnya) atau agama; non Muslim boleh join juga. |
PENEMUAN TERBARU: PEMILIHAN TARIKH YANG BERPETAK STATIK POLA 769 UNTUK TUJUAN CABUTAN BERTUAH oleh Dato Eddy Rosyadie (17 Feb 2017)
Kajian terbaru Dato Eddy mendapati terdapat satu fenomena yang sama untuk tarikh yang ada pola 769 iaitu menang cabutan bertuah. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna tiap kali ada tarikh yang ada 769 kita menang cabutan bertuah (ada beberapa faktor lain seperti arah dsbnya) tetapi ianya sebagai satu panduan bagi membina strategi untuk meraih peluang bagi sesuatu kejayaan seperti cabutan bertuah - contoh cabutan sijil simpanan premium (SSP) oleh BSN, cabutan majlis makan malam seumpamanya. Sekurangnya kita boleh pilih hari tertentu dan buat persiapan awal... inikan namanya IKTHIAR!
Kes 1 - Pada 27 Dis 2014, Dato Eddy mendapat hadiah keenam untuk cabutan sijil SSP. Daripada kiraan harian (perlu gunakan Diari Metafizik Pernomboran atau Software Integrasi) di dapati ada pola 769.
Kes 2 - Pada 1 Nov 2014, Dato Eddy menang cabutan bertuah sebuah TV Toshiba 32 inci pada sebelah pagi dan sebelah petangnya menang pula cabutan pertama seketul emas RM3K. Pada bulan dan tarikh tersebut ada pola 769 serta petak waktu 5 petang yang mengumumkan kemenangan emas RM3K juga ada pola 769.
Bagi menentukan tarikh dan waktu berpola 769, gunakan Diari Metafizik atau Software Integrasi (yang lebih lengkap sebab ada kiraan jam berbanding Diari Metafizik tiada kiraan jam sebab nanti Diary jadi terlalu tebal). Kepada pemilik Diari Metafizik Pernomboran atau Software Integrasi, gunakan penemuan ini sebagai satu kaedah baru ikhtiar untuk bina strategi kemenangan bukan sekadar cabutan bertuah tetapi juga dalam sales, bisnes, marketing seumpamanya.
Belum ada Diari Metafizik Pernomboran atau Software Integrasi? Nak ikthtiar kaedah sebegini pula?. Mana boleh buat kiraan sendiri sebab ini formula ciptaan Dato Eddy sendiri - satu-satunya dan pertama di dunia. WhatsApp Dato Eddy 017 769 7946.
Dato Eddy - sendiri cipta, sendiri kaji dan sendiri testimoni - baru real dengan Dato Eddy!
Anak Dato Eddy meraih keputusan GPA/ CGPA 4 baru-baru ini. Sebagai ibu bapa tentu terus berdoa untuk ikhtiar kejayaan akademik anak-anak. Boleh saja berdoa setiap hari setiap masa, cuma ini ikhtiar tambahan iaitu dipilih hari yang punyai pola angka 4 (dan waktu yang sesuai untuk energi akademik). Jom bersama kita doakan/ kami doakan anak-anak kita sebagai generasi pelapis dan pemimpin masa depan negara. |