Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Matlamat Kejayaan Arah Kekayaan

3/27/2018

0 Comments

 
Picture
Dalam kajian Dato Eddy selama 10 tahun bermula tahun 2006 mendapati perihal masalah "salah arah" adalah satu perkara utama yang menjejaskan potensi seseorang. Bukan sesuatu yang mudah untuk seseorang itu berpindah ke arah yang betul, lebih2 lagi jika memiliki komitmen di tempat tersebut. Bagi kes klien ini dan beberapa klien yang lain adalah kes unik yang mana mereka tidak boleh cari rezeki di tempat mereka dilahirkan dan tinggal di tempat mereka dilahirkan... mereka kena keluar dari tempat mereka sendiri tetapi ianya bukan satu perkara mudah dibuat begitu sahaja.. jadi, beberapa ikhtiar dilakukan daripada dibiarkan tidak berbuat apa2 mudah2an Tuhan mengizinkan perubahan yang baik secepat mungkin.



Picture

A Man Who Studied Rich People For 5 Years Found That They Avoid One Type Of Person

Who you hang out with matters more than you may think. In fact, your friendships could have a major impact on your net worth. After researching the daily habits of wealthy people for five years, author Thomas C. Corley found that they avoid one type of person at all costs: pessimists.

“Self-made millionaires are very particular about who they associate with,” Corley writes in his book, Change Your Habits, Change Your Life: “You are only as successful as those you frequently associate with. The rich are always on the lookout for individuals who are goal-oriented, optimistic, enthusiastic, and who have an overall positive mental outlook.”

Eighty-six percent of the rich people in his study made a habit out of associating with other success-minded individuals. On the flip side, “they also make a point to limit their exposure to toxic, negative people,” he explains. The importance of substituting negative friends and acquaintances for positive individuals stems from the fact that positivity was a hallmark of the rich people he studied — and we emulate the people we associate with.

“Long-term success is only possible when you have a positive mental outlook,” Corley states.

He’s not the only one to suggest that negativity derails success — or that your relationships could affect your financial success. Nearly a century ago, journalist Napoleon Hill drew similar conclusions after researching over 500 self-made millionaires. “Men take on the nature and the habits and the power of thought of those with who they associate,” he wrote in his 1937 bestseller, Think and Grow Rich, and “there is no hope of success for the person who repels people through a negative personality.”

The bottom line: Negativity will derail you from pursuing success, and like attracts like. Avoid the pessimists and start hanging out with the optimists.

Picture
Satu cara untuk mengenalpasti serta strategi perihal jodoh adalah menggunakan kaedah Graf Hayat. Kaedah ini adalah kiraan tarikh dan waktu lahir. Perkara utama tentang Graf Hayat ini adalah perihal ENERGI. Dengan kata lain, setiap perjalanan kita ini ada jenis dan tahap energi yang berbeza dan ada turun naik dsbnya.


Berbalik kepada perihal Jodoh dalam Graf Hayat, jodoh itu berlaku pada tempoh energi tertentu dan secara umumnya, bilamana jodoh telah sampai pada tempoh tertentu, adalah elok untuk melangsungkan perkahwinan. Namun majoriti pasangan suami isteri berkahwin bukan pada tempoh jodoh yang sepatutnya iaitu masing2 berlaku turun naik jodoh yang berbeza2 yang mana perbezaan itu menyebabkan perbezaan emosi, pendapat dsbnya dan pertikaian berlaku..  Kadang tu si isteri yang dah sampai tempoh jodoh tetapi bukan pula si suami dan sebaliknya. Adalah ideal jika sama2 suami isteri berkahwin ketika sama2 berada pada tempoh jodoh namun perkara sebegitu sangatlah sukar dicari. Ada risiko berkahwin bukan pada tempoh jodoh iaitu perkahwinan tidak kekal dek kerana bukan tempoh jodoh yang sesuai dengan kata lain energi jodoh tidak kena pada masanya.

Memang benar jodoh itu kuasa Nya, jika Dia tetapkan jodoh pada usia 60 tahun maka tunggulah atau jika Dia tetapkan jodoh pada usia 30 tahun manakala pasangan pula ditetapkan pada usia 40 tahun tapi masing2 nak juga berkahwin pada usia 35 tahun secara logiknya tak sesuai sebab di luar tempoh.. tapi takkan kita nak tunggu umur 60 tahun untuk terima ketetapan jodoh itu, juga takkan pula nak betul2 cari daripada puluhan pasangan untuk tempoh jodoh yang sama barulah terima ketetapan jodoh tersebut, maka sebab itulah kita ikhtiar dan strategi kerana Dia juga beri ruang dan peluang untuk kita berikhtiar.

Antara ikhtiar yang diperkenalkan daripada kaedah Dato Eddy;
1.  Ikhtiar menggunakan kaedah tarikh yang dipilih seperti tarikh nikah dsbnya.
2. Ikthtiar membuat strategi atau perubahan untuk dalaman rumah (susunan rumah).
3. Ikhtiar membuat strategi atau perubahan kepada cara dan sikap diri/ pasangan.
4. Ikthiar menggunakan kaedah energi bagi pemulihan/ penambahan energi.
dan lain-lain kaedah ikthiar.

Bagi kaedah energi seperti Ikhtiar Energi Dikasih Sayang diperkenalkan sebagai satu ikhtiar energi jodoh kerana prinsip asas perihal jodoh adalah "energi" berdasarkan kepada kaedah Graf Hayat. Kaedah ini sesuai bagi individu yang kurang menyukai kaedah energi lain seperti mandi bunga, mandi garam dll kaedah yang mungkin kurang sesuai dengan diri atau mendatangkan kesan2 sampingan, jadi kaedah ikhtiar energi ini ianya terus kepada energi itu semata2 tanpa memerlukan/ tertakluk kepada sesuatu bahan fizikal yang mungkin terhad penggunaan dsbnya.

Apapun, bagi yang mencari jodoh mahupun yang mahu mewujudkan ketenangan dalam rumahtangga, gunakan ikthiar dan strategi yang berterusan memandangkan hidup ini kita berterusan turun naik dan berterusan berinteraksi dengan ramai orang yang mempengaruhi turun naik energi kita.


Picture

Picture

Picture

Picture
Picture
Antara kandungan Laporan Graf Hayat adalah perihal "Spouse" iaitu pasangan.. ini adalah untuk anda kenali apakah jenis pasangan yang tarikan kepada diri anda.. maknanya jika anda lelaki ada 4 isteri pun, mereka itu punyai ciri2 yang ada dalam senarai Spouse anda itu.

Jadi, jika anda punyai Spouse kod Great Speaker dan dapati kesemua calon2 boyfriend anda jenis yang suka bekelahi, itu adalah anda yang sentiasa menarik jenis yang sebegitu kepada diri anda... dah tertulis, dah nasib dapat boyfriend2 atau suami2 sebegitu...  maka panduan sebeginilah digunakan sebagai membina strategi mahupun ikhtiar yang sesuai.

Kenali diri anda secara lebih menyeluruh .... iaitu spouse, children, wealth, profession, property dan sebagainya.

Picture
Tempoh jodoh "terhalang" buat masa ini... sebelum ini ada tempoh jodoh dan selepas tempoh ini ada tempoh jodoh semula.

Picture
Masih ingat kisah cincin misteri ini? Jika anda orang baru membaca ruangan ini, kena scroll ke bawah2 ada kisah di sebalik cincin ini. Kali ini, cincin ini diberikan kepada seorang individu yang boleh "berinteraksi" dengan cincin, pakai saja cincin tu terus nampak tegak bulu roma dari lengan sampai ke leher beliau.. lupa nak ambil gambar bukti..ini pertama kali nampak fenomena ini dan beliau pun kata ini pertama kali begitu "berat" energi dirasainya... daripada interaksi beliau itu, betullah kata yang mana Dato Eddy beritahu yang cincin ini marahkan pemilik asal kerana tidak menjaganya dengan betul.. mungkin ada amalan yang tak disempurnakan dsbnya.. besar kemungkinan ada entiti yang "dimasukkan" ke dalam cincin tersebut.

Apapun, kisah sebegini sengaja didedahkan umum supaya ada kesedaran kepada semua bahawa;
1.   Terdapat kes misteri (metafizik) yang wujud yang tidak dapat dijelaskan dengan sains. Walaupun hal ini bukanlah sesuatu yang besar tetapi segelintir individu yang terkena kes misteri ini mengalami masalah potensi untuk berjaya. Jadi, kaedah alternatif/ ikhtiar diperlukan untuk mereka2 itu kerana teknologi sains perubatan belum  dapat memulihkan mereka2 untuk berjaya seperti orang2 lain yang normal.

2. Elakkan daripada meminta seseorang "memasukkan" sesuatu ke dalam bahan seperti cincin seumpamanya, kecuali dibacakan ayat2 Al Quran yang jelas (tak perlu buat atau buat sendiri lebih baik). Selalunya budaya orang nusantara gemar minta "guru-guru" masukkan "kuasa" kepada cincin mereka, namun dikhuatiri yang dimasukkan itu sesuatu entiti yang kurang baik dan pada masa yang sama perlu pula menjaga kuasa dengan amalan2 iaitu bilamana tak dibuat amalan penjagaan maka ia "makan tuan" pula.

3.  Jika anda membeli batu cincin di kedai atau dari orang perseorangan mahupun dapat hadiah daripada seseorang, "cuci"lah dahulu sebagai ikhtiar bersihkan daripada apa2 elemen/ entiti yang kurang baik di dalamnya... banyak kaedah "cuci" seperti dibacakan Ayat Kursi, direndam dalam air bacaan surah Yasin dan banyak lagi cara.. yang penting memohon kepadaNya supaya cincin tu bersih daripada elemen/ entiti yang kurang baik... bagi non-muslim, ada cara tersendiri yang boleh digunakan.




Picture
Selain daripada cincin misteri itu, ada lagi bahan unik dalam koleksi Dato Eddy... setakat ini kesemua bahan itu di simpan di bilik tidur ok saja :)  dah macam mini muzium mistik pulak.

Yang ini pula kisah sebentuk teko antik tembaga yang diambil dari rumah seorang klien. Pada mulanya, Dato Eddy dijemput untuk datang ke rumah klien itu bagi sesi Konsultansi Peribadi.. namun, sepanjang sesi itu, Dato Eddy terasa pening yang kuat berpanjangan menandakan kehadiran "energi".. jadi, Dato Eddy minta izin untuk tengok sekeliling rumah dan barang2 dalam rumah tersebut.. memang banyak barangan kebanyakkan dibeli dari luar negara.. setelah puas meneliti satu persatu, akhirnya terperasan yang energi itu datang dari teko ini... setelah berbincang dengan klien, beliau bersetuju untuk diserahkan Dato Eddy simpankan memandangkan situasi klien dan rumah beliau yang kurang "bermaya"... mungkin disebabkan energi ini.. daripada penceritaan klien, teko ini milik nenek beliau dan tidak dipastikan asal usul serta cara jaga... setelah Dato Eddy bawa balik ke rumah, barulah "cerita sebenar" terserlah daripada teko ini sendiri.

Sebagai kesedaran umum... bahan2 lama/ antik terutama tembaga elok dijaga dengan selalu membersihkannya, terutamanya jika daripada keturunan atau daripada kedai barangan antik... elok diperiksa juga kalau2 ada energi/ entiti yang ada "didalamnya". Kadang kala kita tak buat apa pun salah, mungkin ada energi/ entiti yang "menumpang" secara tidak disedari.

Dua kisah di sini.. cincin misteri dan teko misteri... adalah sesuatu yang tak dapat dijawab dengan sains... Dato Eddy berpendidikan sains mengalami fenomena misteri sebegini menunjukkan hubungan antara metafizik dan sains... metafizik cuba menjelaskan sesuatu fenomena secara alternatif dan sains pula cuba menjelaskan fenomena yang sama itu secara saintifik (pengukuran, protokol kaedah dsbnya).... kedua2 metafizik dan sains adalah satu anugerah ilmu Nya jua bagi manusia mengenali alam ini dengan lebih meluas.

Kisah ini menunjukkan bahawa tak boleh disalahkan seseorang yang sering tak berjaya2 dalam hidup walaupun beribu kali motivasi, berpuluh kelas, berpuluh rawatan dsbnya alasan dia itu lembab, malas dsbnya.. mungkin beliau itu "terperangkap" diganggu dengan energi/ entiti yang tak nampak dan tak boleh dijelaskan dengan sains! dan tidak difahami oleh orang normal...  Walaupun perkara ini tidak berlaku meluas dalam masyarakat, tetapi segelintir individu yang mengalami sendiri masalah yang tidak difahami oleh masyarakat dianggap gila pula padahal mereka memerlukan bantuan pemulihan.

Disebabkan hal2 sebeginilah, perkhidmatan ikhtiar energi termasuk rawatan energi diperkenalkan kerana ada segelintir individu yang memerlukan bantuan daripada aspek energi.. ramai daripada mereka2 itu berpotensi baik siap ada pola 769 dsbnya dalam petak tarikh lahir namun mengapa tak berjaya2 seperti yang diwar-warkan adalah kerana masalah energi.

Sesuatu angka itu boleh wujud sebagai sesuatu yang positif atau negatif.. jika ditulis di sini 769, ramai lihat ianya positif tetapi sebenarnya ada negatif disebalik pola 769 itu... tetapi angka itu menjadi positif bilamana energi positif... angka 8 yang sering diwar-warkan di sini sebagai stress iaitu negatif sebenarnya mampu jadi positif, bilamana energi dan strategi positif diperkenalkan kepada angka 8 itu... tapi kebiasaannya, masyarakat main pakai ambil je sesuatu angka itu ada tuah, ada ong ataupun ada angka yang malang.. tidak mengetahui tentang energi positif dan negatif yang mempengaruhi situasi sesuatu angka itu.
​


Picture
Sebagai kolumnis di majalah Mingguan Wanita... dari 2006 hingga 2017 di ruangan Serasikah Kita... kini tak lagi menulis di situ memandangkan jadual padat untuk menyediakan bahan setiap minggu... Dato Eddy tak ambil bayaran daripada penulisan tersebut...itu sebagai perkongsian ilmu untuk kita semua.

Picture

Picture
Perkahwinan adalah sebentuk risiko terutama bagi kaum wanita... oleh yang demikian, sebaiknya memilih pasangan yang benar2 berpotensi sebagai teman hidup.

Daripada kiraan metafizik pernomboran, perkahwinan ini memiliki beberapa fenomena konflik;
1. Tarikh nikah - pola tiada keserasian, pola tekanan dan pola masing2 sukar mengalah.
2.  Gabungan Tarikh Lahir - pola tiada keserasian dan pola masing2 sukar mengalah.

Oleh yang demikian, sebaiknya memilih tarikh nikah yang tiada atau dikurangkan pola2 konflik tersebut  atau jika terpaksa memiliki pola2 konflik maka dibina strategi untuk persediaan menguruskannya nanti. Begitu juga perihal gabungan diperiksa untuk mengenalpasti tahap keserasian dan lain2 perkara berkaitan.

Pada masa yang sama, setiap individu pasangan masing2 mempunyai energi atau potensi jodoh yang konflik atas diri masing2... kadang kala konflik perkahwinan itu berlaku kerana energi/ konflik diri sendiri kepada mana2 pasangan.


Picture

Picture

0 Comments

Jejak Kekayaan Tapak Kejayaan

3/23/2018

0 Comments

 
Picture
Kisah Tan Sri P Ramlee yang berakhir hayat dengan kesukaran... ada 3 faktor, daripada kaedah pernomboran;
1. Tahap Kewangan beliau adalah Tahap ke-12 - bahaya.
2. Ada pola 1-8
3. Arah salah.. dari Singapura balik ke Malaysia adalah arah yang salah.

Daripada aspek networking memang baik dan beliau juga ada pola orang kenamaan (Tan Sri) walaupun dianugerah posthomous.

Picture
Semasa mula-mula dulu pelajari kaedah pernomboran secara asas dengan seorang guru pada tahun 2004 lalu, guru ada beritahu maksud pola 39 dan 843 tetapi tafsirannya adalah umum. Beberapa "sifu" pernomboran juga menyampaikan tafsiran tetapi masih umum... setelah dikaji2 barulah difahami strategi sebenar pola 39 dan 843.. ianya ada formula untuk bisnes/ marketing... ramai individu yang kaya berjaya dengan formula pola 39 dan 843 seperti Sir Richard Branson, individu terkaya di UK yang ada hampir 400 buah syarikat!

Pola 39 dan 843...pola usahawan PENAT !

Picture
Picture
Satu kes studi yang menarik... ianya dapat dijelaskan menggunakan kaedah pernomboran tarikh... apapun slide2 yang dipaparkan di blog ini adalah sebagai panduan kepada kita semua untuk mempelajari pengalaman orang lain iaitu elakkan ikut pattern yang sama. Jika pattern tu dah tersedia (seperti tarikh nikah sudah bernikah atau tarikh daftar syarikat selama ini), maka bina strategi untuk melalui tempoh2 cabaran...  menggunakan kaedah pernomboran adalah satu cara panduan.

Picture
Secara umumnya, perkahwinan memerlukan kedua2 pasangan hidup bersama satu bumbung. Ada pasangan yang boleh hubungan jarak jauh dengan baik tetapi majoriti tak sanggup berjauhan... ditambah pula dengan dalam petak tarikh lahir ada "pola berjauhan", ditambah pula kedua2 pasangan ada pola tersebut dan salah seorang/ kedua2 berada pula dalam tempoh tekanan untuk 10 tahun... jadi, berjauhan itu menghimpit perasaan bilamana emosi dan perasaan bermain juga. 

Tips: sebelum dan semasa dalam tempoh perkahwinan, setiap aspek cabaran kehidupan perlu dikenalpasti dan cari ikhtiar mengatasinya, contohnya jika terdapat pola "berjauhan" dalam petak tarikh lahir mahupun petak tarikh nikah, bagaimana untuk teruskan perkahwinan dan untuk mengekalkan perkahwinan.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Konsultansi Peribadi (Perkahwinan)
- Kursus Pola 27 Potensi Cinta, Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian Tahap 1. Tahap 2.


Picture
Kaedah Pernomboran bukan sekadar nombor atau angka tarikh lahir, tetapi juga meliputi apa jenis angka dan nombor termasuk no akaun bank, no telefon, no rumah dsbnya. Oleh yang demikian, bilamana anda melalui tempoh sukar dalam hidup, itu biasanya bermaksud memerlukan perubahan iaitu kita perlu buat perubahan.. namun perlu dipastikan perubahan besar atau kecil... kadang tu perubahan itu kecil sahaja... Isunya adakah anda sanggup atau anda mampu untuk buat perubahan? Ada orang tak sanggup buat perubahan kerana masalah tertentu, ada orang tak mampu buat perubahan kerana sebab tertentu. Apa pun, lihat keseluruhan aspek kehidupan untuk mengenalpasti mana satu perubahan yang boleh dibuat awal dan apa perubahan2 lain yang boleh dibuat.

Picture

Picture
Kebetulan? Tekanan bermula dari tempoh 2012 hingga sekarang... berdasarkan kiraan tarikh lahir secara dekad (10 tahun) ciptaan Dato Eddy sendiri, menunjukkan memang berada dalam tempoh tekanan... oleh itu, bagi individu yang mahu memulakan sesuatu perkara, terutamanya yang berisiko tinggi, seperti berhenti kerja untuk mula berniaga, atau mahu membesarkan perniagaan, mahupun untuk mulakan perkahwinan dsbnya... dapatkan graf dekad 10 tahun (atau dikenali Graf Motif Hayat) bagi mengetahui apa perjalanan yang anda perlu tempohi untuk 10 tahun akan datang sebagai sebentuk panduan.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Graf Dekad 10 Tahun
- Konsultansi Peribadi/ Perniagaan


Picture
Tuhan tak bekalkan kita apabila lahir saja dengan buku panduan bagaimana nak hidup.. nak sekolah di mana, nak kerja di mana, nak kawin dengan siapa dsbnya... terpaksalah kita mencari2 bertanya sana sini.. ada yang betul, ada yang sekadar umum, ada yang kurang bernas dsbnya... tetapi itulah cabaran sebagai manusia.. perlu mencari2 tentang kehidupan. Satu cara adalah menggunakan pengalaman orang daripada kaedah pernomboran sebagai satu bentuk panduan.

Picture
Kita ikhtiar... langkah yang biasa dicadangkan kepada individu bermasalah adalah menukar nombor telefon yang kiraan "kurang baik" kepada kiraan yang baik. Biasanya Dato Eddy cadangkan yang asas sahaja untuk memudahkan fasa perubahan.. dapat berubah dahulu sedikit pun tak mengapa itu yang penting.. Jika nak yang lebih detail sesuai dengan jenis kerjaya, bisnes dsbnya perlu perbincangan yang lebih detail.

Picture
Maklumbalas peserta Ikhtiar Energi Grup Mac 2018.

Picture

Picture

Picture

Picture

​Salam. Ketika zikir ...  dlm prog ikhtiar berdoa pkl 9.30-11.30 seluruh badan saya bergerak2 sehinggakan tangan saya bergerak seperti orang bersilat sedangkan saya tak pernah belajar silat

- maklumbalas seorang peserta ikhtiar energi yang merupakan seorang guru mengajar Al-Quran.
Fenomena "Luahan Energi"

Foto program di Pantai Mersing ketika program Upload Energi Emas.. antara aktiviti2 tambahan yang dijalankan semasa program Energi Emas adalah "cleansing" (pembersihan energi). ... bagi "membangkitkan" energi dalaman menggunakan bunga2an segar. Dalam program ini, setelah Dato Eddy buatkan cleansing, peserta diminta untuk fokus kepada "dalaman" diri.. tidak semena2 seorang peserta bergerak2 seolah membuka langkah silat... lalu diberi ruang untuk "meluahkan" energi melalui pergerakannya itu. Rupanya individu ini pernah pelajari silat tapi tak tamat pengajian dengan sempurna.

Perhatian: Daripada pandangan metafizik energi, jika anda pelajari sesuatu amalan energi seperti persilatan atau apa2 kaedah spiritual/ kebatinan termasuk kerohanian/ meditasi (energi), pastikan anda "tamat" atau "tutup" pengajian dengan guru anda (atau minta guru ajarkan cara "buka" dan "tutup" amalan) memandangkan jika dibiarkan begitu sahaja berhenti belajar tanpa tutup iaitu "terbuka" menyebabkan sifat amarah anda menjadi melampau secara spontan dan kadang tu tak disedari, terutamanya bagi individu yang mahu mendirikan rumahtangga mahupun bekerja dikhuatiri "menyakiti" hati pasangan/ anak atau rakan pekerja/ bos anda dengan "luahan energi" anda yang tidak terkawal.

Picture
Bagi pengalaman Dato Eddy dalam "luahan energi", pernah mendapatkan khidmat seorang guru untuk program "buka diri". Pada permulaan program tersebut, didapati guru terkial2 untuk melakukannya lalu ditanya apakah Dato Eddy ada sesuatu gelaran ... lalu diberitahu status sebenar sebab pada mulanya diberikan nama penuh sahaja. Setelah dibuat fokus dalaman, tetiba terasa mahu tumbuk pintu rumah guru tersebut, tapi ditahan perasaan itu dan ditamatkan program kerana tak sanggup nak belasah pintu orang :)

Pada kesempatan yang lain, bertemu seorang lagi guru, pada mulanya untuk ikhtiar tambah energi dalaman namun sedang guru memicit beberapa bahagian badan, tetiba terasa untuk satu bentuk pergerakan tangan dan timbul perasaan untuk belasah guru itu, lalu diacah guru dan kami bertempur dalam rumah beliau.


Itulah pertama kali Dato Eddy sepak terajang seseorang.. seorang guru pulak tu! Setelah beberapa langkah persilatan, tetiba teringatkan Kaabah dan Dato Eddy rasa tenang semula dan memohon maaf kepada guru tersebut :(  ... rupanya memang sengaja guru tu membantu meluahkan energi.  Lalu ditanya mengapa boleh jadi begitu. Menurut guru, mungkin dalam keturunan dulu ada panglima/ guru silat... mungkin juga sebab ibu pernah bercerita tentang moyang kami dari Kraton di Surabaya yang bertanggungjawab dalam bidang persilatan dan arwah pakcik sebelah ibu pernah membuka gelanggang silat depan rumah kami.

Guru itu bercerita tentang cara gerak silat yang diluahkan tadi seolah menggunakan dua bilah keris di kedua2 belah tangan... sebenarnya Dato Eddy tak pernah berkesempatan belajar persilatan dari kecil cuma minat2 begitu... setakat ini tak pernah melihat pergerakan silat menggunakan dua bilah keris... dan guru membuka cerita bahawa pergerakan tersebut dari panglima Bentan...teringat kisah dijemput hadiri satu program Keturunan Bentan di Pontian tahun 2014 lalu (dijemput untuk membuka majlis)... tetapi bukan sama dengan kisah Laksamana Bentan... tugas Panglima Bentan ini adalah orang suruhan dan orang kanan Sultan namun tiada seorang yang kenal beliau melainkan Sultan sendiri, bebas keluar masuk istana tapi tiada siapa tahu urusannya apa. Tugas Panglima Bentan umpama perisikan iaitu meninjau mahupun membuka sesuatu kawasan sebelum pihak Sultan dan pasukan tentera datang ke situ bagi memastikan kawasan tersebut selamat dilalui, didiami atau diserang.

Bila cuba dikaitkan apa yang dilakukan kini dengan kisah keturunan tersebut, seolah ada persamaan, iaitu perjuangan Dato Eddy "membuka" jalan kepada masyarakat mengenal potensi mereka.. menggunakan kaedah metafizik pernomboran iaitu jenis pasaran, strategi arah yang baik dsbnya. Juga, membuka jalan2 rezeki kepada masyarakat melalui khidmat konsultansi atau ikhtiar energi dan juga seperti networking dalam perihal projek2 dan funding2. Ada seorang guru lain yang melihat Dato Eddy dan menggelarkan Dato Eddy sebagai "pembuka jalan".

Apapun, fenomena "luahan energi" itu wujud dan bukanlah berlaku kepada semua orang. Mungkin anda perasan yang diri anda cepat marah dan kadang tu bertindak melampau tanpa disedari mungkin ada energi dalaman yang "tersangkut" yang elok diluahkan dengan baik. Boleh saja energi itu diluahkan dengan pelbagai cara lain seperti bersukan, bermeditasi seumpamanya. Daripada pandangan metafizik energi, energi dalaman yang tersangkut itu menyebabkan masalah kesihatan fizikal mahupun mental.


Bagi Dato Eddy, mungkin juga kerana dalam diri iaitu Moon in Scorpio, iaitu dalaman bersifat "kala jengking" yang menyengat. Nampak luaran lemah lembut sebab Sun in Virgo (lambangnya adalah wanita). Oleh itu, jika anda ingin kenali lebih dalam diri anda, jika membaca perihal zodiak, terdapat 12 rumah (house) untuk setiap orang. Yang selalu kita tahu yang ada di internet itu adalah rumah Sun sahaja.. belum cukup lengkap untuk ketahui lebih mendalam aspek tentang diri kita. Bagaimana dengan Moon? Mercury dsbnya?



0 Comments

Kekayaan Destinasi Kejayaan

3/19/2018

0 Comments

 

Picture

Picture
Picture
https://www.youtube.com/watch?v=QiKGWT--c0A
​
Tonton rencana di You Tube ini yang mana ianya ditaja oleh pelbagai institusi saintifik.

​
Kaedah metafizik sering dipandang serong kerana sering dilabel mengarut... tidak dinafikan ada segelintir aliran metafizik yang mengarut tetapi ada juga segelintir kaedah sains yang mengarut. Jadi, usah labelkan secara keseluruhan sama ada metafizik ataupun sains adalah mengarut.. kedua2nya ianya sama2 satu usaha manusia untuk mencari jawapan dan penyelesaian untuk kehidupan... tidak ada jawapan yang sahih dan mutlak kerana manusia masih jauh dari ilmuNya.

Di dalam sains fizik, terdapat satu teori tentang "multiverse" iaitu wujudnya alam2 lain yang mana kita ini wujud dalam pelbagai alam2 tersebut... ini mengarut kan? Tapi ini sains fizik... dalam Al Quran tak sebut perkara ini, dunia metafizik pun taklah sampai ke tahap sebegini, tetapi sains fizik membentang perihal ini dari aspek matematik.

Jika metafizik mengarut, maka usah belajar atau mengajar fizik di sekolah sebab ada teori2 mengarut seperti mutiverse ini. Jadi, bilamana ada pihak universiti atau "ustaz" yang "condemned" dan "banned" metafizik bermakna  patut "banned" fizik juga... tapi biasanya yang banned metafizik adalah individu yang lulusan sastera tak tahu tentang fizik... sebab itulah untuk pengamal metafizik yang baik adalah berlatarbelakang sains seperti Dato Eddy jurusan Sains Biology dari Syracuse University, New York, USA.


​
Picture
Jika baca perenggan paling bawah, dinyatakan bahawa jurutera boleh meramalkan tempat kilat menyambar... apakah ini filem Thor Dewa Kilat?

Mengapa perlu meramal kilat menyambar? Kan meramal itu tak bagus? Sains kejuruteraan... sains digunakan untuk membuat ramalan untuk kaji cuaca dan juga untuk kilat sebegini sebagai satu usaha manusia menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada ancaman kilat.

Metafizik memberi idea untuk kajian sains... zaman dulu tak ada formula matematik maka gambaran Dewa Thor atau Zeus yang menggunakan kilat sebagai kuasa kemusnahan mewujudkan kilat... itu alam metafizik lama yang cuba menjelaskan tentang kewujudan kilat... kini zaman telah moden dengan peralatan teknologi pengukuran dapat menjelaskan kilat itu dari aspek sains.

Tetapi sains setakat ini masih belum dapat menjawab bagaimana sambaran kilat dikatakan boleh mewujudkan energi kehidupan daripada pandangan aspek dunia metafizik... semoga satu hari nanti dalam 10 tahun lagi sains dapat menjelaskan perihal itu.

Picture
Syukur dapat menamatkan kursus untuk Akta 737 Pendaftaran Peralatan Perubatan... untuk membolehkan Dato Eddy meneruskan tugasan sebagai seorang auditor di dalam bidang sistem dan perundangan Medical Devices... semenjak tahun 1997 lagi Dato Eddy terlibat dalam bidang Medical Devices dan diteruskan juga kemahiran sebagai auditor dan juga dalam bidang sains perubatan. Kali ini, perihal Medical Device juga melibatkan perihal kejuruteraan ISO2508 dan perihal farmasi. Tahukah anda dalam akta ini memberi peruntukan kepada pihak berkuasa untuk menangkap dan mendenda pesalah yang tidak mematuhi akta ini RM200 ribu dan penjara 10 tahun?

Walaupun Dato Eddy dalam dunia metafizik, tetapi perihal teknologi peralatan perubatan dan farmasi masih diteruskan... dah begitu "pola perubatan" yang ada pada potensi tarikh lahir.

Bagaimana anak2 anda ada potensi "pola perubatan"? Memilih jurusan atau kerjaya yang sesuai untuk perubatan atau farmasi berdasarkan kepada kiraan tarikh lahir dan waktu jam lahir?

Khidmat kami:
​
Metafizik:
-Sesi Konsultansi Peribadi (pilihan kerjaya dll).
- Kursus Strategi Memilih Kerjaya / Bisnes secara Kaedah Pernomboran Tarikh Lahir.

Medical Devices:
- Konsultansi/ Kursus untuk perihal Medical Devices.


Picture
Usahawan berjaya kaya juga mengalami turun naik dalam perniagaan... dalam satu artikel, beliau menyatakan kesungguhan tunaikan solat hajat 10 kali selepas solat fardhu.. Jadi, apakah solat hajat beliau tidak berkesan untuk menangkis kerugian? Jawapan itu ada pada Dia yang menentukan... yang penting kita sentiasa berterusan ikthiar bina kekuatan dalaman dalam melalui turun naik kehidupan.. juga membuat perancangan strategi yang sesuai dengan arah, tempoh masa, keserasian dsbnya.

Picture

Picture

Picture
Maklumbalas peserta yang join program Ikhtiar Energi 19 Mac 2018 lalu.

Pakej 1 bulan April 2018 telah dibuka untuk join. Boleh daftar dahulu untuk mengelakkan tertinggal tarikh yang ditawarkan. Pakej ini memudahkan peserta untuk daftar 1 kali untuk 7 kali program (kadang kala ada bonus tarikh tambahan).

Bulan April untuk sesuatu tahun adalah tahun yang perlu untuk kita bina perancangan bagi strategi tahun depan memandangkan Bulan Mei dan Jun untuk tahun semasa nanti bakal menjadi "batu asas" untuk apa yang berlaku pada tahun depan. Jadi, sebagai satu ikhtiar, kita "masukkan" energi untuk kehidupan bulan April ini untuk "kuatkan" apa jua perancangan/ aktiviti kita dalam bulan April ini supaya bulan Mei dan Jun punyai foundation/ platform yang baik tak perlu risaukan di saat akhir bulan Mei/ Jun nanti.

Tips: untuk tahun 2019 nanti, negara Malaysia melalui fasa Vacuum Star (fenomena krisis kewangan yang sama tahun 2015, 2018 dan 1996 lalu), jadi kita lihat pada bulan Mei/ Jun ini untuk petunjuk2 yang ada supaya kita dapat bersedia lebih awal taklah jadi berulang seperti Vacuum Star tahun 2015 yang lalu.

Apakah anda juga Vacuum Star tahun 2019? Lihat Graf Hayat anda... Bergandalah tu nanti... apapun, sama ada kita Vacuum Star atau tidak, disebabkan ini meliputi perihal negara maka kita ikhtiarkan diri kita memiliki atau dilindungi energi yang baik pada/ mulai April 2018 ini.
Picture
Picture

Picture

Picture
Tahniah kepada Dato Siti atas kelahiran puteri beliau... Dato Eddy orang Temerloh gak.. tapi, anak2 kita tak lahir kat Pahang pulak.

Tarikh yang dipilih kebetulan tarikh yang Dato Eddy pilih untuk program Ikhtiar Energi Rezeki Mac 2018 pada 19 Mac 2018 kerana ada pola 769. Bagi puteri yang dilahirkan pada tarikh tersebut, ada pola 769, pola orang kenamaan di bahagian petak Warisan (iaitu ibu bapa beliau adalah orang kenamaan) dan pola Networking (kedua ibu bapa beliau dikenali masyarakat) serta pola 38 (berkaitan bangsawan/ kerabat kesultanan). Jadi, puteri tersebut berpotensi untuk melalui perjalanan hidup yang berstatus tinggi.

Begitulah kisah perihal tarikh Ikhtiar Energi.. nak suruh anda beranakkan seorang bayi 769 untuk diri anda tak sempat la/ tak sesuai dengan keadaan anda , nak mintak anda masuk ke perut ibu dan keluarkan balik pada 19 Mac 2018 yang banyak pola baik lagilah mustahil, jadi itulah kita ikhtiar sesuatu aktiviti pada tarikh 19 Mac 2018 tersebut... satu ikhtiar "kelahiran" energi baru... individu yang tak ada pola 769 dalam sebarang petak tarikh lahir, mudah2an ikhtiar sedemikian mendapat izin dari Nya bagi "mendapatkan" pola atau energi 769 itu dalam diri.

Picture
Maklumbalas peserta baru join program Ikhtiar Energi Rezeki pada 19 Mac 2018 lalu... waktu tersebut adalah waktu yang Dato Eddy pilih daripada beberapa kiraan tarikh dan masa untuk energi yang tinggi bagi rezeki dsbnya... mudah2an dengan ikhtiar sebegini membantu peserta2 mendapatkan satu booster energi yang baik bagi meningkatkan kehidupan. Makluman: tak semestinya semua peserta perlu rasa sakit kepala mungkin ada faktor2 lain seperti masalah kesihatan dsbnya... tak sakit kepala tak mengapa mungkin energi anda baik pada masa tersebut.

0 Comments

Kejayaan Menuju Kekayaan

3/13/2018

0 Comments

 
Picture

Picture
Di Gunung Jerai tahun 2013 lalu.

Apakah itu kaedah IKHTIAR ENERGI? Satu kaedah diperkenalkan oleh Dato Eddy dari tahun 2009.


Kaedah ini bermula di tahun 2009 apabila Dato Eddy mendapati ramai peserta kursus yang hadiri kursus Potensi Diri Pernomboran/ Graf Hayat tidak dapat mengubah kehidupan lebib baik disebabkan beberapa faktor halangan untuk mereka berubah. Contohnya, ada individu2 yang tinggal di arah yang salah (berdasarkan arah mata angin daripada tarikh lahir) menyebabkan hidup terumbang ambing tetapi bila disuruh berpindah untuk selesaikan isu tersebut bukanlah satu isu mudah kerana rumah baru dibeli atau kurang modal untuk pindah rumah. Jadi, sebagai satu ikhtiar, kita "berikan" sebentuk tenaga/ energi atas niat rezeki mudah2an dengan izinNya dapatlah cara untuk peserta itu berpindah rumah dengan mudah/ cepat. Sekurangnya ada sebentuk ikhtiar daripada termenung tunggu nasib berubah sendiri yang mungkin bertahun lagi.

Dahulunya, kaedah ini menggunakan aktiviti bacaan doa2 semata2 dan kini setelah mendapat bimbingan beberapa guru, beberapa aktiviti energi ditambah supaya memberi tambah-nilai kepada peserta. Jadi, kaedah berdoa (dahulunya dikenali Berdoa Kekayaan) kini dikenali Ikhtiar Energi Rezeki. Dahulu kaedah ini memerlukan peserta untuk berkumpul secara langsung (contoh, di Masjid Muar) namun didapati kesukaran untuk peserta datang berkumpul maka diperkenalkan pula kaedah "Jarak Jauh". Namun, sesi berjumpa secara langsung masih dibuka dan boleh diatur untuk dibuat di premis peserta/ tempat "baik" yang berdekatan dengan peserta.

Tips: untuk energi rezeki, tentulah individu yang anda mintak energi dan yang "berikan" energi rezeki punyai latarbelakang "rezeki" yang baik seperti contoh Dato Eddy yang terlibat dalam beberapa  projek2 dan funding2 bernilai bilion ringgit... itu sebentuk "energi"... Boleh juga anda dapatkan perkhidmatan energi sedemikian dengan para jutawan lain.
2 tahun lepas, Dato Eddy dibawa bertemu seorang individu di Wangsa Maju, KL yang mempunyai kemahiran untuk membaca potensi individu menggunakan satu kaedah unik. Sudah berkenalan tu maka 2-3 sesi lagi dibuat dengan beliau untuk menguji beberapa perkara dan beliau dapat menjawab dengan betul.

Satu perkara yang Dato Eddy tanyakan beliau apakah kerjaya yang sesuai untuk Dato Eddy ni memandangkan macam2 bisnes yang diceburi dalam membina pengalaman. Jawapan beliau ringkas tetapi unik iaitu "mendoakan orang". Tentunya ini bukan jawapan yang dicari sebab mana ada orang kerja mendoakan orang kan? Pengurus Jabatan Membaca Doa di syarikat Baca Doa Sdn Bhd? Beliau menjawab mungkin dulu2 moyang seorang yang alim buat kerja sedemikian. Terdiam pulak sebab mengenangkan kisah keturunan dulu2 ada yang  sebegitu dan sebenarnya program "berdoa"  yang kini dikenali program Ikhtiar Energi memang dah dibuat semenjak tahun 2009 lalu.. tapi program itu bukanlah untuk berdoa sangat tetapi sebagai satu ikhtiar tambahan kepada ramai peserta kursus yang ada pola baik untuk berjaya tetapi tak dapat2 berjaya ubah hidup kerana masalah energi dll masalah yang bukan boleh selesai begitu sahaja iaitu memerlukan izin Nya jua.

Kalau begitu katanya, mungkin ini satu "suratan" untuk meneruskan perjuangan kaedah sebegini, tak mengapalah Dato Eddy teruskan sahaja kerjaya "berdoa" tu.. namun, masalahnya  untuk membuat program sebegitu memakan masa panjang dan ianya itu satu kos (kos masa, kos pengangkutan dsbnya).. kalau moyang dulu2 buat sebegitu pada zaman itu tak perlu kos internet, kos bayar rumah, kos elektrik dsbnya... dan kecaman orang kata doa itu percuma mana boleh letak bayaran.. jadi bayaran yang diletakkan adalah untuk "upah perkhidmatan" kerana mengambil masa dan juga aktiviti tertentu yang dibuat.. jika nak doa yang tiada bayaran, sesekali di sini ada dibuat program FOC (tiada bayaran)... tentu juga jumpalah ustaz/ ustazah /tok imam mintak doakan anda itu memang percuma. Apapun, diri sendiri juga boleh doa sendiri, cuma kadang kala kita ikthiar minta orang lain buatkan untuk kita pula.

Minggu ini, ramai pula yang bertanya cincin yang dipakai ini, mereka perasan yang cincin ini besar katanya. Bangla kat stesen BHP pun tegur. Alasan saya, dah tua pakai cincin besar :)

Cincin ini di"kutip" di satu kawasan belukar di Beting Beras Basah, Bagan Datok. Datang ke situ bersama seorang guru, selepas beberapa minit membacakan doa, tetiba muncul barangan cincin, gelang, rantai leher begitu saja sekelip mata atas tanah di situ maka kita ambillah... sebagai hadiah kata guru.. cincin yang ini berada jauh ke depan, nasib ternampak.

Tak pasti pula apa nama batu tu, setakat ini bentuk sarang cincin ini belum pernah lagi nampak di mana2 kedai... walau cincin ini dikutip di hutan; bukan dari kedai berjenama, yang penting hadirnya ia sebagai satu pemberian yang unik.

Alam ini banyak rezeki yang nampak dan tersembunyi maka hargailah alam ini dengan menjaga kebersihan dan mensyukuri nikmat alam ini ciptaan Nya.
Picture

Picture
Pola potensi hartanah (property).

Jika individu ini berusia 20 tahun dan diberitahu ada potensi hartanah, mungkin beliau tersenyum saja kerana apalah yang ada pada umur 20 tahun tu.. tapi, ini adalah satu potensi yang "tersurat" jadi bilamana kita ada sesuatu potensi seperti potensi hartanah, tak kiralah ketika ini umur 10 tahun ataupun 60 tahun, potensi itu satu anugerah Tuhan yang anda perlu realisasikan dengan ilmu, usaha dan ikthiar.


Picture
Daripada tarikh lahir beliau ada potensi tentang Dunia Pertahanan. Namun, tarikh lahir beliau tiada potensi orang kenamaan (Dato Sri) tetapi, tarikh join Tentera Laut adalah satu tarikh yang bagus 769 dan ada pola orang kenamaan. Slide ini mengukuhkan kaedah Dato Eddy bahawa sebarang tarikh yang penting mempengaruhi perjalanan kehidupan kita.. tarikh lahir, tarikh mula kerja dsbnya.

Oleh sebab itulah, satu kaedah yang diperkenalkan Dato Eddy adalah kaedah ikhtiar energi yang dipilih tarikh tertentu, contoh 19 Mac 2018,  bagi niat/ tujuan tertentu, biasalah untuk rezeki seumpamanya.


Seorang klien kami mempunyai kepakaran dalam perihal keluar/ masuk dana ke dalam/luar negara. Contoh di sini perihal transaksi IP/ID. Jika ada yang memerlukan perkhidmatan tersebut, hubungi kami untuk urusan pengesahan dsbnya.

Makluman: banyak dokumen yang dibawakan kepada kami adalah palsu.. walaupun surat berkepala Bank Negara malah Istana Negara pun ada yang tidak betul kandungan isinya sengaja dibuat2. Banyak dana2 yang didakwa nak masuk ke Malaysia juga adalah palsu kerana tiada dokumen2 seperti MT103, MT799 dsbnya. Ramai  yang bawa dokumen fotostat yang telah diedit.

 Tips: jika anda terima tawaran untuk dapat dana luar negara, tanyakan dokumen2  dan bawa kepada kami untuk disahkan.

Terdapat beberapa peluang transaksi yang kami terima namun disebabkan "ketamakkan" sama ada dari pihak penerima/ broker mahupun penghantar (masing2 berebut peratusan paling tinggi), maka urusan tergantung... betullah kata orang, bila nampak duit berjuta jadi "kelabu mata" :)
Picture

Picture

Picture
Picture
.

TEKANAN DI TEMPAT KERJA

Majoriti kita bekerja di syarikat kepunyaan orang lain yang mana kita berinteraksi dengan ramai orang maka tentu ada konflik yang berlaku antara mereka. Kalau tak pun kita yang sedang melalui tempoh tekanan, kawan2 sekerja mahupun bos sendiri pula yang melalui tempoh tekanan, maka sentiasa ada sajalah tempoh tekanan dalam kerja yang berlaku kepada kita. Bekerja sendiri2 tanpa ada kakitangan/ pekerja memudahkan kita memantau prestasi kita.

Ada kes tekanan yang bersifat sementara (mungkin melalui kitaran tahun 5 halangan), ada yang bersifat jangka sederhana (mungkin melalui 10 tahun tahun 5 halangan) mahupun ada yang bersifat kekal (selagi bekerja di syarikat tersebut dengan pelbagai bentuk aspek tekanan/ halangan seperti keserasian, tempat bekerja dsbnya). Oleh yang demikian, apabila berlaku tekanan di tempat kerja, maka menggunakan kaedah Pernomboran Dinamik adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor tekanan bagi kita strategi / ikhtiar atasinya. Bagi kes di atas, punca adalah SALAH TAHUN manakala satu lagi adalah SALAH ARAH. Jadi, tak perlulah berhenti kerja sebegitu sahaja, ikhtiarkan dulu strategi bertukar arah, ikhtiar tingkatkan energi dsbnya.... kita ikhtiarkan dulu kerana kita belum tahu apakah potensi kita bila berada di tempat kerja yang lain pula... setelah ikhtiar2 dilaksanakan, jika diizinkan Nya untuk berjaya maka teruskan bekerja di situ.. jika ikhtiar2 dilaksanakan dan tidak berhasil tidak diizinkan Nya untuk berhasil, maka itu petunjuk untuk bergerak mencari syarikat lain.

Tips: untuk berhenti kerja perlu check dulu adakah tempoh sesuai untuk berhenti/ tukar kerja menggunakan kaedah Graf Hayat dan Graf Dekad. Buat keputusan secara metafizik (pernomboran) dan spiritual (solat istikharah). Kemudian, untuk mencari kerja lain, pastikan check dulu arah yang sesuai, keserasian tempat kerja baru, dsbnya. MERANCANGLAH UNTUK BERHENTI ATAU BERTUKAR KERJA. Jadi, kaedah pernomboran ini bukan sekadar untuk memilih kerjaya tetapi juga bilaman nak berhenti atau bertukar kerjaya juga menggunakan kaedah pernomboran.

Semalam, bertemu seorang Pengurus HR yang mengambil cuti panjang kerana tertekan di tempat kerja yang baru. Sebelum ini beliau adalah Eksekutif HR bekerja di tempat yang baik (Arah 6), tetapi apabila dinaikkan pangkat, beliau berpindah ke ibupejabat dan mula alami tekanan (arah salah iaitu Arah 8)... kadang kala dilema juga untuk terima tawaran kenaikan pangkat; untuk naik pangkat/ gaji di tempat tekanan atau kekal di tahap/ gaji rendah di tempat yang baik? Apapun, ada ikhtiar dan strategi selain berhenti kerja sebegitu sahaja apabila tekanan di tempat kerja.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Konsultansi Peribadi / Perniagaan

Picture
Antara tempat makan yang popular di Pekan Meru, Klang adalah Sate Famili.. hampir setiap hari sejak pembukaan setahun lalu sentiasa penuh dengan pelanggan... perniagaan ini sudah lama bertapak di sini dalam bentuk warung biasa tapi kali ini dalam bentuk restoran. Lebih kurang 4 tahun lalu, anak pengusaha perniagaan ini mendapatkan khidmat Dato Eddy.. yang ingat sampai sekarang adalah cadangan untuk membuka perniagaan di Meru sahaja tak perlu keluar dari sini kerana arah di Meru sudah baik.

Melihatkan angka GST dan no telefon ada "aura" tarikan yang baik.

Picture

Satu panduan dalam strategi kehidupan/ perniagaan daripada kaedah Pernomboran adalah Graf Prestasi Bulanan... satu kaedah kiraan yang dicipta sendiri oleh Dato Eddy.

Terdapat 2 versi Graf Prestasi Bulanan:
1. Versi Pernomboran (kod S24) - menggunakan tarikh lahir / tarikh daftar syarikat - ianya adalah petak pola dan arah bagi setiap bulan.

2. Versi Pernomboran + Energi (kod SI) - menggunaan kiraan tarikh lahir/ daftar syarikat dan jam dilahirkan/ didaftarkan -  ianya adalah petak pola dan arah serta komponen graf hayat seperti Virtuous Star, Blocking Star dsbnya. Yang versi ini lebih detail kerana mengambilkira faktor energi sesuatu hari itu.

Kaedah Graf Prestasi Bulanan adalah satu panduan strategi bagi;
- mengenalpasti turun naik dan perjalanan prestasi dalam setahun.
- mengenalpasti bulan yang baik dan kurang baik untuk dibuat strategi sewajarnya.

Kaedah ini boleh menjadi komplementari kepada Businsess Forecasting malah elok dijadikan sebagai sebentuk pelan perancangan perniagaan seperti BMC (Business Model Canvas), SWOT Analysis dsbnya. Untuk perancangan kehidupan diri juga. 

Dapatkan perkhidmatan Dato Eddy:
- Konsultansi Peribadi/ Perniagaan
- Graf Prestasi Bulanan

Picture

Picture
Penggunaan warna di dalam strategi kehidupan atau perniagaan tidaklah diberatkan dalam versi Dato Eddy kerana warna2 di dunia kita ini sememangnya dinamik... ianya lebih kepada jika terdapatnya konflik untuk sesuatu potensi barulah ikhtiar warna digunakan.. bagi kes individu ini memandangkan terlalu banyak "elemen api" di dalam kehidupannya yang menyebabkan selalu rasa tertekan maka warna biru sebagai ikhtiar.

Boleh saja jika mahu gunakan warna sebagai ikhtiar energi walaupun tiada/ belum berlaku konflik.
0 Comments

Strategi Kejayaan Hasilkan Kekayaan

3/7/2018

0 Comments

 
Picture
... baru tadi seorang klien hantar maklumat ini tentang satu projek perlombongan emas.. Gold Mining.. beliau kalau boleh mahu bekerjasama dengan team Dato Eddy untuk projek ini.. energi aura emas!



Picture
Rezeki datang dari luar negara pula... untuk team Dato Eddy bawakan kepada pihak yang sewajarnya... tahun ini negara Malaysia aura kewangan tinggi !

Sebabnya... tahun ini negara Malaysia berada di dalam tahun Virtuous Star.. fenomena kekayaan.. sebagai rakyat Malaysia, kita teruskan doakan negara kita di bawah naugan KDYMM SPB YDP Agung, bertambah rezeki berpanjangan hingga bulan Disember ini... tempias kepada kita2 semua... mudah2an.

Apakah anda juga Virtuous Star tahun 2018 ini? Atau bila Virtuous Star anda tu? Lihat Graf Hayat!


Picture
Dalam seminggu dua ini, memberikan perkhidmatan sesi personal untuk beberapa individu wanita yang mengalami masalah jodoh lewat.

Didapati kebanyakkan mereka mempunyai masalah "waktu jodoh terlepas".. betul kata orang yang jodoh itu tetap ada untuk semua orang, jodoh tu dah ditentukan Nya.. tapi kalau dah terlepas nak tunggu waktu jodoh seterusnya pada usia yang kurang praktikal.

Dato Eddy dan isteri sama2 berdua mempunyai waktu jodoh antara 12 - 21 tahun.. alhamdulillah kami berkahwin pada usia 21 tahun... jika kami tunggu jodoh seterusnya umur 45 tahun..

Tapi, memang difahami agak sukar bagi ramai wanita mahupun lelaki yang punyai waktu jodoh umur sebegitu muda untuk melangsungkan perkahwinan atas faktor masih belajar dsbnya.

Pelbagai kes masalah jodoh yang pelbagai jenis berlainan masalah.. dibincangkan menggunakan kaedah Graf Hayat. Anda belum berkahwin? Periksa Graf Hayat anda.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Konsultansi Peribadi (Jodoh)
- Kursus Graf Hayat Tahap 1, 2, 3
- Laporan Graf Hayat.

Picture

Picture

Picture
Perniagaan ada turun naiknya.. jadi, sebagai usahawan, perlu juga memantau prestasi dan juga membuat forecasting/ projection bagi tahun2 akan datang. Bukan sekadar bertanya apa perniagaan sesuai daripada nombor akar/ asas semata-mata tetapi juga memantau perniagaan secara menyeluruh termasuk perihal logistik mahupun pembekal (supplier). Bagi contoh kes di atas, memang sudah sesuai pola2 potensi dalam ddunia makanan, tarikan dsbnya tetapi sedikit terjejas tahun 2018  kerana melalui tahun yang bermasalah, walaupun tidaklah begitu kritikal tetapi terjejas juga lah prestasi. Ini menunjukkan bahawa ada tahun2 tertentu yang baik dan yang perlu diberi perhatian oleh usahawan.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- konsultansi Perniagaan / Audit Premis Perniagaan
- Kursus Pola 96 Potensi Perniagaan Berkesan  - tahap 1, 2, 3
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya.


Picture
Terdapat pertanyaan2 tentang nak jadi konsultan metafizik seperti Dato Eddy... sejak Dato Eddy perkenalkan kaedah metafizik pernomboran kepada umum secara berani terbuka pada tahun 2006 lalu di majalah Mingguan Wanita (2006 - 2017), ramai yang terbuka hati untuk menggunakan kaedah pernomboran sebagai satu ikhtiar strategi kehidupan/ perniagaan. Ada beberapa pelajar yang membuat sesi pengajian sendiri pula menggunakan bahan2 Dato Eddy. Namun, individu2 tersebut tersalah jalan menyebabkan mereka dikecam dan tentulah nama metafizik dan nama Dato Eddy juga tempias. Padahal mereka bukan dilantik oleh Dato Eddy.

Oleh itu, Dato Eddy tidak menyediakan kursus untuk menjadi konsultan/ coach metafizik kerana;
1. membawa dan mengajar ilmu metafizik kepada masyarakat mempunyai risiko besar.. lebih baik gunakan ilmu metafizik untuk kegunaan sendiri menjadi bisnes berjaya kaya. Antara risiko menjadi perunding ilmu metafizik adalah jatuh sakit misteri, bermasalah keluarga dsbnya. 
2. Dato Eddy lebih suka membimbing invidividu menjadi berjaya kaya sendiri berbanding mengajar individu untuk mengajar orang lain pula.
3.  Perlu ada kelayakan yang baik untuk jadi coach/ consultant seperti ada Degree dalam Sains (kerana melibatkan astronomi, biologi, fizik seumpamanya) juga latarbelakang yang lain2.

Baru-baru ini ada satu aduan seorang klien yang menyatakan beliau mendapatkan khidmat seorang "coach metafizik" bimbingan orang lain, namun coach itu memberi alasan belum habis belajar/ belum sampai tahap advanced apabila diajukan pelbagai soalan .... Perihal sebegini menjejaskan institusi ilmu metafizik di pandangan masyarakat. Sememangnya ilmuwan metafizik juga perlu merujuk kepada banyak perkara lain untuk kepastian dsbnya bukanlah kami tahu semua perkara, namun alasan tak habis belajar seumpama sebegitu kurang sesuai digunakan untuk mengelak menjawab... bagi mereka yang sudah belajar menjadi "coach" separuh jalan elok habiskan dan sentiasa tambah ilmu yang bersesuaian.

Picture
Tahukah anda.. dalam kaedah pernomboran petak tarikh lahir, angka 5 di dalam petak boleh berubah menjadi angka di sebelahnya... bagi contoh kes di atas, individu ini ada pola 888 (daripada 558 tu).

Oleh yang demikian, adalah kurang tepat jika seseorang itu menggunakan strategi yang tidak memasukkan fenomena tersebut. Bagi contoh di atas, individu itu memang asas/ nombor akar 5 tetapi juga perlu menggunakan strategi yang berkaitan 3, 4, 2, 7, 6, 8 iaitu yang berada di sekeliling angka 5 itu.

​Dapatkan penjelasan secara terus dengan Dato Eddy (sesi personal/ kursus) dan untuk strategi yang lebih teliti berbanding pengamal2 metafizik yang lain di pasaran.
Baru-baru ini sesi konsultansi bersama seorang klien yang mengadu masalah 7 tahun bekerja masih di tahap kerani walaupun telah upgrade diri ambil degree dan rakan2 lain telah naik pangkat dsbnya. Kadang kala bekerja sehingga 10 malam dan walaupun kerja 5 hari tetapi hari Sabtu datang bekerja jua.. memang berdedikasi tetapi bila dikenang tahap rasa seperti dipinggirkan pula. Oleh kerana rakan2 dapat naik pangkat dsbnya, kerja makin bertambah.

Apabila diperiksa menggunakan kaedah pernomboran tarikh lahir dan waktu lahir, di dapati beliau dalam kes unik iaitu terdapat 9 jenis halangan seperti arah ke tempat kerja, keserasian dsbnya... ini menjelaskan mengapa beliau sukar naik pangkat dsbnya, jadi, dengan 9 jenis halangan tersebut dapatah dijelaskan secara objektif dan seterusnya ikhtiar yang sepadan dicadangkan untuk setiap 9 jenis halangan itu.

Kaedah pernomboran adalah satu kaedah yang mencuba menjelaskan sesuatu masalah itu secara objektif (menggunaka angka sebagai data yang fizikal) dan dengan cara sedemikian strategi dapat dipadankan secara objektif juga. Berbanding cara motivasi yang biasanya mencadangkan seeorang itu bersabarlah dah ketentuan terimalah nasib macam tu... apakah kita terima nasib begitu sahaja? Tuhan  ada bagi peluang untuk kita ikthiar menjadiakan kehidupan lebih baik tetapi perlu tahu strategi yang mana sepadan. Mungkin tukar arah, mungkin tukar kedudukan meja, mungkin tukar keserasian dsbnya.

Picture

Picture
Bagi kes individu ini, daripada kaedah pernomboran di dapati beliau berada di suasana tempat kerja yang tidak sesuai dengan pola dan elemen diri beliau, maka dicadangkan untuk mencari kerja di tempat lain yang lebih sesuai dengan elemen diri, kebetulan beliau baru saja berhenti kerja kerana masalah kesihatan.

Di dalam kehidupan berumahtangga adalah menguruskan diri dan pasangan, tetapi bagi yang sedang memikul masalah atau tanggungjawab tentu mahukan kebahagiaan, kekayaan, kesihatan bagi dirinya dan pasangan serta ahli keluarga. Maka, sebagai satu unit keluarga sentiasalah berusaha bersama dan berikthiar dengan mendapatkan pelbagai jenis strategi dan memilih strategi yang sesuai dan berterusan dengan amalan2 dan energi yang baik2.


Picture

0 Comments

Rezeki Kekayaan Rezeki Kejayaan

3/3/2018

0 Comments

 
Picture
Bila kedua2 diri dan syarikat masing2 ada pola 769 dan kedua2 masuk tempoh dekad 769 juga, tambahan pula syarikat gergasi Amazon berada dalam tempoh dekad yang baik.

Inilah kaedah pernomboran yang mengkaji pengalaman daripada orang lain yang dizahirkan secara objektif (angka) dan menggunakan strategi yang sama bagi membina individu dan/ atau syarikat yang berjaya... sebagai satu ikhtiar.

Adakah anda dilahirkan dengan pola 769? Bagaimana pula perjalanan dekad anda dan syarikat anda ada melalui tempoh dekad yang 769? Secara bersama? Apakah tarikh daftar syarikat anda ada pola 769?

Perkhidmatan Dato Eddy - individu yang pertama memperkenalkan kaedah 769 dalam pernomboran:
- Konsultansi Peribadi/ Perniagaan
- Kursus Pola 769 Strategi Kejayaan Kekayaan
- Upload Energi 769

Picture
.

Rupa2nya nombor tu ada muncul sekali lagi.. apalah tak perasan... 3870.. muncul di satu tempat yang tak disangka...
Picture
​Dalam petak tarikh lahir isteri Dato Eddy, untuk bahagian jodoh pasangan lelaki beliau ada pola 83. Keturunan isteri tidak diketahui ada kisah sebegitu. 

Mungkin sesiapa wanita yang ada pola 83 atau 38 di petak tarikh lahir sebelah bahagian jodoh pasangan lelaki jodohnya berkaitan keturunan kesultanan? Dengan anak raja kot... putera raja /tengku2? ...  prince charming :)

Bahagian jodoh beliau juga ada pola VIP, dengan kata lain suami untuk beliau adalah seorang VIP keturunan VIP dan seorang bangsawan/ keturunan kesultanan/ bangsawan... cer check petak tarikh lahir anak perempuan anda yang belum kahwin ...mana tau boleh ler menantukan prince charming? Dari awal kena grooming ler baik-baik.
 3870

Tetiba 2-3 hari teringat pula nombor rumah Dato Eddy dibesarkan di Kuantan... nombor rumahnya 3870... baru teringat tu 38.. dah lama pun kini rumah tu dah tiada jadi tanah kosong. Padanlah arwah atuk (sebelah ibu) suka tinggal di rumah itu berbanding anak2 yang lain. Yang peliknya, semasa kecil dulu melihatkan arwah atuk suka baca akhbar The Star dan mengaji dengan suara yang sedap.. padahal berniaga ikan di Pasar Besar Kuantan... yelah tak sangka pula arwah atuk yang dah berumur duduk di kampung pandai sebegitu.. bila dah besar ini ibu ceritakan hal keturunan kami Raden dari sebuah kraton di Surabaya, barulah faham... Diceritakan moyang (ibu kepada arwah atuk) dahulu punyai kereta dan pemandu sendiri dan berkahwin dengan seorang doktor di Kedah...  jika zaman 30-40an  ada kereta dan pemandu tu lain macam statusnya.

Yang uniknya, pernah sekali terserempak dengan Haji Kamsah (ayah kepada Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Hj Kamsah) semasa ziarah hari raya dan beliau menceritakan semasa kecil2 dulu bermain pondok2 dengan moyang dan memberitahu jalur persaudaraan kami dengan beliau.

Nama arwah atuk yang sebenar Raden telah ditukar kepada nama melayu biasa. Menariknya, pernah sekali bertanya kepada seorang wanita yang "dimasuki" puteri bunian bertanyakan keturunan dan memberitahu nama sebenar arwah atuk dengan betul dan menamakan tempat Surabaya.

Menarik kan cerita pola 38? Mistik juga..

Ada seorang individu yang sering menggunakan angka 38 adalah YAB Dato Seri Zahid Hamidi, juga keturunan Raden.

Daripada petak tarikh lahir Dato Eddy, ada pola 38 di sebelah petak ibu.

Apakah anda pola 38 atau 83 dalam petak tarikh lahir anda? Ada kisah yang menarik tentang 38 dan 83 tu? Kirimkan kisah anda ke 017 769 7946.

Mungkin anda bersaudara dengan Dato Eddy? Jalur dari Surabaya... Mana tau... sebab moyang ada 7 beradik.. katanya satu di Batu Pahat dan satu di Perak dan yang lain tak tahu mana... padanlah selalu ke Batu Pahat dan Perak... katanya setiap adik beradik moyang diberikan tugasan2, bagi moyang kami ditugaskan perihal perubatan, perbidanan, masakan dan persilatan.


Manakala arwah nenek (isteri kepada arwah atuk itu) berasal dari keturunan yang pernah bekerja di Istana Pahang, Pekan sebagai pengawai keselamatan istana... tugasan khas beliau sebagai Algojo.. tahu tak apa tugasan tu?


Picture
Perkahwinan membawa sekali tanggungjawab.. sudah tentu.. upgrade menjadi suami dan menjadi isteri.. tanggungjawab juga mellibatkan ahli keluarga pasangan seperti menghormati mertua, ipar dsbnya.

Beberapa kes perkahwinan melibatkan tanggungjawab secara terus sebaik sahaja bernikah untuk keluarga yang besar dan ini menimbulkan tekanan kepada pasangan, terutama jika pasangan berasal dari keluarga yang kurang pendedahan kepada tanggungjawab tambahan.

Oleh itu, sebelum melangsungkan perkahwinan, kenalpasti apakah tanggungjawab tambahan iaitu selain daripada hidup sebagai suami isteri, terutamanya yang melibatkan keluarga pasangan/ mertua. Berbincanglah bersama dan tentu mencari ikhtiar bagi menguruskan perihal tanggungjawab secara baik nanti.

Bagi kami pengamal kaedah pernomboran, pilih tarikh dating, tarikh tunang dan tarikh nikah yang "baik"... paling utama usah ada angka 1-8 atau 8-1 atau 198, 891 dalam tarikh2 tersebut... namun, jika terpaksa juga ambil tarikh sebegitu, ikthiarkan lain seperti strategi pernomboran atau ikthiar energi dikasih sayang.




Picture
Setiap perjalanan ada tempoh baik dan tempoh kurang baik.. perjalanan manusia bilaman melalui tempoh kesukaran memberi kita kesedaran untuk mencari strategi dan ikthiar untuk melancarkan perjalanan.

Antara kaedah yang dicipta sendiri dan digunakan oleh Dato Eddy adalah kaedah Graf Dekad 10 tahun, untuk meneliti perjalanan bagi 10, 20, 30 atau lebih perjalanan kehidupan termasuk tarikh nikah dan apa jua tarikh, bagi mengenalpasti turun naik perjalanan secara jangka panjang.

Picture

Picture
Foto Dato Eddy bersama anak sulung di Syracuse, New York, USA.. dengan kereta sewa selepas menjamu selera di sebuah restoran makanan laut di sana... Nampak muda kan.. umur 22 tahun dah jadi bapak orang... anak sulung lahir di Hospital Crouse-Irving Memorial, Syracuse, New York, USA... selepas itu Dato Eddy bekerja sebagai sukarelawan di hospital tersebut.. rupa2nya memang ada pola dunia kesihatan/ perubatan... balik Malaysia juga bekerja dalam industri kesihatan/ perubatan.


Picture
Umum mengetahui kisah Dato Dr Boy Iman dalam kes hartanah. Tahukah anda Graf Hayat beliau ada perihal hartanah? Ini adalah kes studi kaedah Graf Hayat bagi menunjukkan kaedah ini menjadi panduan berguna kepada kita. SEMUA ORANG ADA KOD PROPERTY.

Untuk Graf Hayat beliau;
1. Dalam usia 34 - 43 tahun adalah berada di dalam zon PROPERTY.
2. Dalam usia 34-43 tahun ada Virtuous Star (kekayaan).  
Maksudnya, dalam umur 34-43 tahun berpotensi menjadi jutawan dalam hartanah.

3. Dalam kod PROPERTY, ada dua perkara;
a.  Great Martial Artist iaitu menaikkan value property, maknanya sesuai dalam industri jualan hartanah.
b. Namun, Great Martial Artist juga perlu berhati2 dalam pelaburan hartanah, iaitu ada risiko bermasalah.

Dengan kata lain, daripada Graf Hayat beliau menunjukkan dalam usia 34-43 tahun sesuai dalam bidang hartanah dan mampu kaya dengan hartanah tetapi hati2 dengan risiko dalam pelaburan hartanah (seperti kitaran tahun 7 tahun ujian).

Bagaimana pula dengan Kod PROPERTY anda? Cuba lihat graf dan laporan graf hayat anda, atau
1. Dapatkan Laporan Graf Hayat.
2. Hadir ke kursus Graf Hayat bersama Dato Eddy.
3. Sesi konsultansi Graf Hayat bersama Dato Eddy.

Nah, dah jelas tentang apa yang berlaku kepada beliau.. apakah ini kebetulan atau memang suratan hidup begitu? Adakah dulu2 semasa beliau budak sekolah Dato Eddy yang meramalkan beliau jadi kaya dalam hartanah pada masa ada risiko masalah? Manalah kenal masa tu kan... Kaedah Graf Hayat ini dah wujud ribuan tahun dari tamadun China.... Jadi, jika anda ada kod PROPERTY yang sama;
1. Adakah anda berdiam diri sebab potensi dah diberi tapi tak nak buat (takut/ malu/ tiada modal).
2. Berdiam diri sebab tak tahu macam mana nak mula atau terlibat dalam bidang Property?
3. Memang buat Property tetapi seperti tak menjadi, ada masalah dsbnya? 
4. Tak tahu mana nak cari dan jelaskan kod Property?

Masuk saja tahun 2018 ini, isteri Dato Eddy dapat menjual 2 buah rumah beliau sebab tahun 2018 beliau dalam zon PROPERTY. Begitu juga Dato Eddy yang terlibat dalam pelbagai projek2/ funding2 pembangunan (property) kerana tahun 2018 dalam tahun PROPERTY.

Tuhan dah bagi peluang... Lihat zon PROPERTY anda sekarang! Apa tindakan dan strategi anda?


Picture

Picture

Picture
Picture
Picture
Picture
.Program Riadah Outdoor Energi di Pulau Besar, Melaka. Kesukaan Dato Eddy bermusafir mendapatkan energi kekayaan termasuklah di Gunung Jerai, Makkah, Madinah, Muar dsbnya.

Tahun 2017 lalu terlibat urusan pelbagai projek dengan nilai2 yang unik dan pelik...  bolehlah berangan2 ... namun proses2nya rumit... tapi yang penting dah sampai ke pintu rezeki yang seluas lautan yang selalu kita mohon kepadaNya... mudah2an tahun 2018 ini terbukalah pintunya... kunci tak dapat lagi :)

Ini bukan angan2 dibuat2 tetapi ianya menjadi inspirasi energi rezeki buat kita semua... yang penting langkah kita maju ke depan...

Dato Eddy tak dapatlah berkongsi RM tu.. berkongsi energi rezeki bolehlah ... dari situlah Ikhtiar Energi Rezeki yang sering diumumkan di laman ini, satu aktiviti berterusan setiap bulan... ikhtiar menjana (kod A), menambah/ transfer (Kod B) atau merawat (kod C).

Pernah ada individu menyoal kenapa ada bayaran untuk berdoa (ikhtiar energi).. kan doa itu free.. yang memang free kalau buatlah sendiri.. dari pihak kami ini ambil masa 2-3 jam setiap kali buat energi dan sesekali bergabung khidmat orang lain juga ada upahnya pula kepada mereka.

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

Picture
Foto 1 November 2014 lalu... 3 berita gembira pada hari tersebut... pagi menang cabutan bertuah TV Toshiba 32in, tengahari naik ke pentas untuk naik pangkat Silver Manager dan petang pula menang cabutan bertuah utama emas 20 gram (RM3,000)... yang cabutan bertuah petang tu menggunakan formula Software Integrasi/ Diari Metafizik... dah tahu cabutan pukul berapa siap2 standby dalam dewan dan ambil posisi arah yang sesuai.. sebelum tu lepak di cafe dulu :) ... energi emas!


Picture
Bila umrah kali ke-4 baru teringat nak cari pintu no 38... kan Dato Eddy ini ada kursus Energi Pola 38... sebelum2 tu tak teringat pun nak cari pintu no 38.. inipun sebab dapat hotel  yang di sebelah area belakang berdekatan pintu ini... pintu 38 ini sangat jarang digunakan orang sebab ianya pintu ke satu bangunan seperti pejabat kerajaan  bukan laluan jemaah ke hotel2... yang penting dapat menikmati satu keindahan yang hebat dari situ. 


Picture
Tempohari pada 25 Feb 2018 lalu, untuk naik ke Gunung Jerai bagi program Ikhtiar Energi, biasanya Dato Eddy menggunakan khidmat van sewa dari parkir kaki gunung. Sampai saja di situ pada hari tersebut, didapati van2 sudah berlepas, cuma tinggal 1 van itupun tak jumpa pemandunya di mana. Jadi, sedang menunggu dalam 1-2 minit, tetiba datang van ini, apalagi melihatkan nombor 83 tu sahlah ambil van ini.. boleh pulak kebetulan no 83 muncul... dan daripada pemandu van inilah menyambungkan kami untuk kenal seorang individu yang berketurunan kesultanan Kelantan.. mengajar kami beberapa ilmu antaranya teknik menghilangkan awan di langit... demo tunjukkan  ianya benar2 berlaku.

Picture
Awal tahun 2018 dapat stiker baru untuk kereta.. tak pilih pun stiker ini diserahkan begitu sahaja.. bila buka je sampul stiker kereta itu tergamam sekejap sebab lagi no 83.

Tahukah anda no siri sijil watikah Dato Eddy bernombor 0238? Itupun tak dipilih... memang kebetulan dapat begitu.

38..83.. adalah pola energi... pola kesultanan iaitu kuasa, pengaruh, kepimpinan...

Picture
Logo kami untuk aktiviti Program Energi Pola 38 di Mersing dan di Pagoh pada tahun2 yang lalu.

Tentu warna emas.. dan warna ungu dipilih.. kerana mewakili "Chakra Crown" dalam pengajian Aura.




Picture
Daulat Tuanku. 
Picture
.............Selebriti ini lahir tiada pola 83.. tapi pada tahun 2004 beliau melakonkan watak Sultan untuk filem Puteri Gunung Ledang.. kebetulan tahun itu beliau ada pola 38!


0 Comments

Kejayaan Untuk Kekayaan

3/1/2018

0 Comments

 
Picture

Picture
Picture
Kerugian sebanyak RM27 billion..seorang billionair... sekali lagi, pola 1-8 main peranannya! Juga faktor2 lain. Apakah strategi kehidupan anda/ perniagaan anda apabila memiliki/melalui pola 1-8?

Picture
APAKAH YANG TELAH ANDA SEDIAKAN UNTUK BULAN MEI-JUN 2018 INI?
Picture
Daripada pemerhatian 10 tahun Dato Eddy, kebiasaannya bulan Mei-Jun untuk sesuatu tahun memberikan sedikit petunjuk apa yang berlaku untuk tahun seterusnya. Contoh yang paling mudah adalah bulan Mei 2015 bermula perlaksanaan GST di Malaysia dan umum mengetahui tahun 2016 suasana ekonomi yang perit. Ini bukan bermaksud GST salah kerana banyak lagi negara lain mengamalkan GST, tetapi untuk menunjukkan kesan terhadap kuasa beli konsumer. 

Jadi, sekarang sudah Mac 2018 dan selepas itu April.. masuk sahaja Mei dan Jun, perhatikan kehidupan anda... bisnes, kewangan, pernikahan anda, kerjaya dan sebagainya. Apakah terdapat tanda2 akan berlaku konflik? Supaya anda boleh bersedia untuk tahun 2019 nanti.

Bagi pihak metafizik di sini, sediakanlah sesuatu yang positif untuk bulan Mei dan Jun supaya ianya menjadi petunjuk yang baik untuk tahun 2019. Itulah prinsip yang Dato Eddy pegang selama ini. Pada Mei-Jun 2016 lalu Dato Eddy mula terlibat dengan projek2 dan funding2 dan sepanjang 2017 itulah tahun dipenuhi dengan mesyuarat sana sini untuk perihal projek2 dan funding2 sehingga mencecah billion dan trillion ringgit.

Bagaimana anda pula? Bulan Mei dan Jun ini dah bersedia untuk memulakan sesuatu yang positif, sebagai satu ikhtiar, untuk tahun 2019 yang lebih baik?

Tips: Elok bina strategi yang sesuai untuk tahun 2019 dengan melihat semula Graf Hayat anda, Graf Tahunan anda dsbnya. Contohnya, Dato Eddy dah tahu tahun 2017 lalu adalah tahun Virtuous Star untuk diri, maka sepanjang 6 bulan dalam tahun 2016 membina infra/ prasarana yang sesuai untuk Virtuous Star itu dapat dicapai dan tahun 2017 tercapailah maksud Virtuous Star itu.

Jadi untuk tahun 2019 nanti apakah potensi anda? konflik anda? Dah sediakan perancangan?

Perkhidmatan Dato Eddy:
Sesi personal konsultansi untuk merangka strategi tahun 2019 nanti, hubungi Dato Eddy 017 769 7946.

PERHATIAN: TAHUN 2019 NANTI, NEGARA MALAYSIA BAKAL MELALUI TAHUN VACUUM STAR+BLOCKING STAR+TERMINATING STAR.. iaitu star2 yang sama tahun 2015 lalu..ingat lagi tak apa yang berlaku tahun 2015 lalu? masalah kewangan.. perit tak rasanya tahun 2015 lalu? kalau tak perit, bersyukurlah kerana anda ada strategi yang baik... bagi yang merasa 2015 lalu perit, maka apakah anda sudah bersedia lalui sekali lagi 2019?
Picture

Picture
Tarikh nikah untuk kedua2 kes.. sudahkah anda periksa tarikh nikah anda? Bersediakah anda untuk menerima cabaran bilamana tarikh nikah anda ada potensi konflik? Bolehkah anda minta tukar tarikh nikah di sijil nikah di pejabat agama? Bolehkah sains teknologi digunakan untuk scan sijil nikah dan photoshopped tarikh nikah lain dan cetak sijil baru? Apa ikhtiar yang ada?

Picture
Mengenali potensi diri bukan sekadar meneliti tarikh lahir diri tetapi juga tarikh nikah yang ada memainkan peranan di dalam kehidupan. Pemilihan tarikh nikah sangat penting namun untuk mencari tarikh nikah yang betul2 ideal adalah sukar, sekadar sebanyak mana yang mampu kita bina dan selebihnya dibuat ikhtiar dan strategi.

Majoriti kes masalah perkahwinan yang diajukan kepada kami adalah perihal isteri kedua. Jika anda berhasrat menjadi isteri kedua, pastikan dahulu banyak faktor kerana perkahwinan suami pertama yang berjaya tidak semestinya perkahwinan kedua dengan anda juga berjaya... bina strategi sesuai supaya anda menjadi isteri kedua yang boleh menikmati kebahagiaan dan keharmonian.

Begitu juga kepada sang suami yang sudah beristeri seorang dan mahu berkahwin tambahan seorang atau dua lagi, seeloknya pemilihan tarikh nikah yang sesuai untuk setiap perkahwinan itu bagi ikthiar keempat2 perkahwinan adalah harmoni.

Pemilihan tarikh nikah bukan sekadar pada nombor akar semata-mata tetapi banyak kiraan dilakukan bagi menganalisa setiap aspek kehidupan untuk dibina strategi sesuai.


Picture

Picture
Satu aktiviti unik kami untuk program Upload Energi Emas di Pantai Mersing adalah riadah tanam badan dalam pasir. Bukanlah tanam dalam, sekadar timbus sikit pasir atas badan dan dilakukan seawal pagi bagi mengelakkan cahaya matahari terik.

Program ini dah dilakukan semenjak tahun 2013 lagi dan kini 2018, filem Black Panther memaparkan adegan raja yang ditanam pasir bagi menguatkan tenaga raja... walaupun fiksyen semata2 tetapi metafizik itu kan satu idea pencetus sains.

Kaedah tanam diri dalam pasir sudah lama wujud. Biasanya orang buat suka-suka di tepi pantai tetapi ianya juga kaedah terapi yang dibuat di Jepun, Padang Pasir Sahara dan sebagainya, Cari di internet tentang terapi pasir dan penjelasan secara saintifik juga ada. Jadi, kaedah ini boleh saja jadi sebagai satu riadah suka-suka dan boleh juga sebagai satu terapi... ianya bukan sesuatu yang pelik cuma orang Malaysia yang tak berapa gemar riadah tanam diri dalam pasir pantai, jadi bila kami buat program sebegini, ada pula pihak yang menghentam kami, mungkin mereka2 itu minda tertutup rapat tak pernah tengok dunia luar.

Bagi yang mahu hadir ke program Hari 2 sahaja juga boleh (tanam pasir dan mendulang) tetapi datang seawal 7 pagi ke tempat program (yuran ada diskaun untuk hadir hanya Hari 2). Sila daftar selewatnya sehari awal usah walk in awal pagi itu memandangkan kami kena tugasan menyusun tempat. Pakaian longgar dan bawa topi/ kain untuk tutup muka, tuala/ persalinan seadanya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak lagi membantu tempahan tempat penginapan - sila cari dan tempah sendiri chalet/ resort/ homestay/ hotel berdekatan. Tempat program dalam 10 minit dari bandar Mersing.


Picture
Assalamualaikum... nak bagi testimoni sikit sejak balik dr mersing… alhamdulillah sejak balik dr mersing hubungan kekeluargaan saya lebih mesra... utk pengetahuan dato... saya skrg dlm widowed star… balik dr mersing perasaan tu terkawal sikit.

Alhamdulillah cikgu..slps ikhtiar berdoa di mersing hr itu..allah bg jln pd sya utk selesaikan hutang2 saya..rasa sprt terlepas satu bebanan yg besar...walaupun masih tidak semua yg dpt diselesaikan..tp sya ttp bersyukur..rezeki Alhamdulillah utk kami sekeluarga.

Alhamdulillah.. terima kasih cikgu.... energi mersing tahun lepas... dia punya power..syukur alhamdulillah rezeki x putus.. pasar malam dapat tambah tapak.. nasi lemak kami diorder pihak sekolah.. tempahan utk kenduri tiap2 bulan.. order dari kilang..hari ni alhamdulillah dapat gerai.. syukur alhamdulillah allah temukan saya dgn cikgu


0 Comments

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly