Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kemerdekaan Kejayaan Kebebasan Kekayaan

8/25/2022

0 Comments

 
Picture
Individu ini mengalami masalah kewangan yang lama dan telah berusaha bersungguh2 namun sukar untuk melepasinya. Daripada kaedah pernomboran, didapati individu ini melalui fenomena SALAH ARAH. Penyelesaiannya adalah mudah; pindah ke arah yang baik. Namun, bukan mudah untuk berpindah bilamana rumah dah dibeli, anak2 bersekolah, pasangan bekerja dekat dengan rumah, tempat dicadang berpindah sangat jauh dsbnya.

Kerana itu, daripada ribuan pelajar kursus Dato Eddy Rosyadie hanya beberapa orang yang berjaya meningkatkan kehidupan mereka. Yang lain itu majoritinya adalah kerana salah arah. Tetapi adalah lebih baik tahu awal dan boleh berusaha serta berikhtiar.

Picture
Apabila melalui tempoh dekad tekanan menyebabkan perkahwinan dan pendapatan serta kehidupan secara keseluruhannya dalam tekanan. Begitulah realiti kehidupan yang kita kena hadap. Namun, bukan semua orang ada tempoh dekad tekanan dan ada segelintir orang yang mempunyai tempoh tekanan/ halangan selama 40 tahun malah 60 tahun pun ada! Jadi, usah biarkan kehidupan anda melanggar dinding tercari2 penyelesaian sebaliknya ketahuilah pola potensi dan perjalanan kehidupan anda untuk bina strategi, persiapan, persediaan awal serta ikhtiar.

Sains telah membuktikan bahawa energi negatif datang daripada manusia. Ini sepertimana kaedah metafizik energi yang dari dulu lagi menyatakan energi negatif boleh berpunca dari manusia. Walauun kajian sains ini tidak mengkaji tentang energi tetapi asasnya telah dibuktikan. Bermakna, metafizik bukan mengarut tetapi sains dapat membuktikannya.

Metafizik pencetus idea sains dan teknologi.
Picture

Picture
Walaupun individu ini tiada pengalaman dalam dunia mistik dan hanya berlakon dalam siri TV berunsur mistik namun beliau memang ada pola potensi mistik. Jadi, ini adalah satu fenomena semulajadi. Namun memahami perihal misteri dan mistik mengikut diri masing2 adalah perkara yang sukar.

Apabila melalui tempoh (sama ada dekad, tahunan, bulanan, mingguan) yang berparameter tekanan/ halangan menjejaskan prestasi seseorang terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan. Berniaga barangan yang sama, guna syarikat yang sama tetapi mengapa ada tahun yang berjaya untung dan ada tahun tertentu kejatuhan pula. Memang adat berniaga turun naik tetapi lebih baik mengetahui secara kaedah pernomboran untuk mengesahkannya. Selain berusaha bersungguh2 berterusan, tambah dengan ikhtiar energi rezeki untuk mengekalkan kelangsungan kewangan dan perniagaan.
Picture

Picture
Sempena Hari Malaysia dan kebetulan tarikh yang berpola 769 adalah rapat2 maka dibuat ikhtiar energi rezeki secara kombo iaitu daftar untuk 14hb Sep dan dapat 14hb Sep DAN 16hb Sep (2 dalam 1).

Bulan September angka 9 adalah untuk mencipta kejayaan, tawaran dan peluang untuk lebih kejayaan.  Tentulah kita berusaha bersungguh2 dan sebaiknya ikhtiarkan juga energi rezeki untuk memantapkan usaha tersebut. Sama ada jana energi atau tambah energi mahupun dipulihkan energi diri setelah bulan Ogos iaitu angka 8 yang penuh stress dibelenggu energi negatif untuk dipulihkan.​

Picture
Picture
Bersama pingat Anugerah Pelajaran Diraja dari Majlis Raja-Raja di Universiti Malaya yang diperolehi oleh anak Dato Eddy Rosyadie.
Berterusanlah kita menjana atau menambah mahupun memulihkan energi diri anak2/ adik-beradik/ anak2 buah yang masih belajar di sekolah atau kolej mahupun universiti. Sebagai ikhtiar mereka2 cemerlang di dalam akademik. Selain dari mereka berusaha bersungguh2, kita ikhtiarkan energi yang positiviti untuk mereka2 supaya cemerlang dalam peperiksaan atau ujian. Boleh juga untuk orang dewasa yang sedang sambung belajar, mengikuti kursus jangka pendek atau menduduki peperiksaan naik pangkat.

Picture
Tentunya pihak kami mengalu2kan tindakan sebegini SEBELUM membuat sesuatu keputusan besar iaitu membuat pemeriksaan awal. Dari penjelasan pernomboran tarikh lahir, didapati individu ini berada dalam tempoh dekad tekanan. Iaitu adalah selamat untuk individu ini menangguhkan dahulu perkahwinan dalam tempoh sedemikian. Perkahwinan adalah sebentuk satu risiko dan besar tanggungjawab.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi rezeki FOC31 pada 31 Ogos 2022 lalu. 

MemangDato Eddy Rosyadie menggunakan warna emas sebagai dasar dalam melaksanakan energi. Dengan maklumbalas ini menunjukkan benar apa yang dilaksanakan oleh Dato Eddy Rosyadie.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 7669 iaitu satu kategori dibawah 769 kekayaan. Tentunya dengan kekayaan membolehkan individu ini untuk mengeluarkan modal besar untuk meneruskan/ mengembangkan perniagaannya.

Picture
S47 (Software No 47)

Kiraan sebegini sebenarnya telah dicipta oleh Dato Eddy Rosyadie sekitar tahun 2010 lalu. Dan ianya tersimpan tidak digunakan. Kini, kaedah ini dibuka kembali. Dato Eddy Rosyadie tak pasti nak gelar kaedah ini apa. Ianya umpama kitaran tahun tetapi pengiraan tarikh lahir adalah tidak sama setiap 9 tahun sebaliknya berbeza untuk setiap 9 tahun bermakna ianya tidak berulang-ulang setiap 9 tahun. Ianya adalah kiraan tarikh lahir yang berterusan hingga akhir hayat bukannya kitaran.

Dan kaedah kiraan ini adalah sebagai kaedah komplimentari kepada kaedah kitaran tahunan. Ianya menunjukkan pengalaman yang sebenar dilalui selain dari kitaran tahunan.

Apapun, untuk semua sesi personal coaching/ konsultansi bersama Dato Eddy Rosyadie yang akan datang akan menggunakan kaedah ini juga.

Picture
Memiliki pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dapat jadi jutawan, namun sama ada masih kekal atau tidak kekal jutawan itu bergantung kepada banyak faktor lain. Contohnya, kejatuhan nilai crytocurrency pada awal 2022 lalu menjejaskan status jutawan.

Picture
Akhirnya sains membuktikan apa yang metafizik energi buat selama ini. Ini menunjukkan bahawa metafizik energi bukan lagi mengarut.

Metafizik energi menggunakan gelombang frekuensi manusia dipindahkan kepada orang lain TANPA BERSENTUHAN. Contohnya, teknik transfer (pindahan) energi tanpa sentuhan.

Walaupun sains belum mendalami perihal energi tetapi perkara yang asas telah dibuktikan.

Metafizik pencetus idea sains dan teknologi.



Picture
Ada pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) memberikan keupayaan kepada seseorang untuk muncul sebagai jutawan. Namun, tentunya bidang bisnes/kerjaya yang membolehkan kekayaan itu adalah dalam bidang hiburan, sukan professional seumpamanya. Jika ada bekerja sebagai seorang kerani rendah dan punyai pola 769 dalam petak tarikh lahir, anda masih ada peluang dan ruang untuk menjadi jutawan juga, tetapi perlukan perubahan kepada bidang, bina strategi, berusaha bersungguh2 dan lakukan ikhtiar.

Picture
PROMOSI! HINGGA 30 SEPTEMBER. Buku cetakan Diari Metafizik tahun 2023 kini dibuka untuk tempahan. Hubungi Dato Eddy Rosyadie:
017 769 7946
​016 624 9666
Percuma: 2 Video cara menggunakan Diari Metafizik.

Picture
Psikologi juga menggunakan kaedah Grounding untuk mengatasi tekanan dan anxiety. Jadi, kaedah Grounding dalam metafizik tidak bersendirian tetapi disokong oleh sains psikologi. Dalam metafizik, kaedah Grounding bukan sekadar itu sahaja malah lebih jauh lagi.

Picture
Apabila individu melalui tempoh dekad tekanan, bukan sahaja menjejaskan kehidupan peribadi tetapi juga kehidupan rumahtangga dsbnya. Tentu jalan terbaik adalah fokus kepada diri sendiri sahaja dalam tempoh tekanan untuk tangani tekanan tersebut. Rumahtangga yang gagal tidak bermaksud kehidupan gagal tetapi ada individu yang perlukan ruang peribadi dalam tempoh tekanan. Namun, ini juga tidak bermaksud apabila melalui tempoh tekanan kena mesti bercerai. Terpulang kepada kekuatan individu dan pasangannya dalam mengatasi tekanan diri, rumahtangga dsbnya.

Picture
Picture
Sepertimana yang Dato Eddy Rosyadie beritahu pada tahun lepas 2021 yang tahun 2022=6 adalah tahun elemen BESI antaranya adalah kereta. Jualan kereta sangat2 memberangsangkan pada tahun ini.

Seorang klien Dato Eddy Rosyadie yang menjual kereta baru memulakan syarikat kedai keretanya sendiri pada tahun 2022 ini dan pada bulan Jun 2022 lalu mencapai jualan hampir 50 kereta. Sebelum2 ini dapat jualan berbelas kereta.

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola potensi profesion/ kerjaya/ bisnes yang dijalankannya mengikut perancangan kehidupan sepertimana yang tertulis dalam kehidupannya.

Sejak dari 2006 lagi, kajian demi kajian tarikh lahir Dato Eddy Rosyadie letakkan dalam laman web ini untuk membuktikan kaedah tarikh lahir bukanlah bisikan jin ataupun sengaja direka2 secara subjektif tetapi ianya berdasarkan kepada fenomena2 sebenar dan pengalaman2 dari orang2. Untuk sesuatu perihal itu layak jadi sains, sesuatu kajian mestilah boleh diulang2 dengan hasil yang sama (reproducible).

Picture
Tak nampak satu pun netizen upload artikel ini ke FB ke Twitter ke dsbnya mengecam ekonomis membuat ramalan (predicts). Mungkin netizen tak faham bahasa English kot "predicts" itu terjemahannya adalah ramalan. Kata ramalan tak boleh. Maka ramalan kaji cuaca dan ramalan ekonomi yang menggunakan banyak data2 (bukan dari bisikan jin atau sengaja direka2 secara subjektif) mestilah juga kena kecam juga kan? Kalau metafizik tarikh lahir terus sahaja dikecam  tanpa usul periksa dengan pengasas dulu. Macamlah metafizik tarikh lahir versi Dato Eddy Rosyadie menggunakan bapak jin dan sengaja direka2. Memang ada aliran/ fahaman metafizik yang lain yang mengarut tetapi janganlah semua metafizik dipukal sekaligus.

2023 = 7 tahun kerugian. Jika para ekonomi pun meramalkan masalah kewangan pada 2023 nanti, begitulah juga kaedah metafizik. Kedua2 metafizik dan ekonomi ini berdasarkan data2 dan kajian dari pengalaman2 terdahulu.

Picture
Bila berkahwin saja tentunyalah ada potensi bercerai. Lainlah jika single memang tiada potensi bercerai pun. Maka, SETIAP perkahwinan ada potensi bercerai terutamanya apabila melalui perjalanan yang tekanan seperti kes ini perjalanan tarikh nikah melalui tempoh tekanan. Tetapi, tekanan ini tidak bermaksud kena mesti bercerai. Persoalannya, bagaimana pasangan ini menguruskan tekanan ketika dalam tempoh tekanan? Namun, kadang tu terpulang kepada individu yang memang tidak berminat lagi meneruskan perkahwinan.

Setelah 20 tahun berlaku konflik. Selama ini 20 tahun sebelum ini tiada konflik? Bila diperiksa tarikh lahir rupanya sedang melalui tempoh halangan; halangan dari pekerjaan, halangan dalam perkahwinan dsbnya.

Jadi, KESERASIAN ADALAH DICIPTA bukannya datang semulajadi dan mampu berkekalan. SETIAP pasangan perlu berusaha mencipta keserasian secara berterusan. Malangnya, bila saja bernikah majoriti tiada lagi buat usaha2 dan ikhtiar energi untuk mencipta keserasian terutamanya apabila masing2 sibuk bekerja/ berkeluarga. Tentunya lama kelamaan keserasian yang dipandang sepi itu akan pudar dan memakan diri pasangan. 
Picture


Picture
Antara cara untuk melihat situasi ekonomi negara adalah melalui tarikh Belanjawan (Bajet) yang dibentangkan tiap tahun di Parlimen. Lagipun ianya dibentangkan dalam bulan Oktober/ November adalah momentum untuk tahun ke hadapannya mengikut kajian Dato Eddy Rosyadie. 

Pada Bajet 2021 (dibentangkan 6.11.2020) dinukilkan sebagai belanjawan terbesar negara kerana ada pola 769 kekayaan. Walaupun negara melalui tahun kedua pandemik yang menyaksikan ekonomi teruk terjejas namun belanjawan negara adalah baik.
Pada Bajet 2022 (dibentangkan 29.10.2021 iaitu 8 tekanan), tahun 2022 kerajaan terpaksa berbelanja lebih RM40b untuk subsidi bagi mengekang inflasi yang melanda dunia.
Dan untuk Bajet 2023 pula (akan dibentangkan pada 7.10.2022) menyaksikan tarikh itu menunjukkan halangan (5) dan tekanan (8). Belum dapat dipastikan apakah jenis halangan tersebut. Tetapi daripada kiraan Kitaran Tahun Malaysia 31+8+2023=1 tahun 1 dengan Status Duit Keluar dan graf hayat Malaysia 2023 ada Vacuum Star (duit disedut) dengan 2023=7 tahun kerugian.

Posting ini bukanlah untuk menakutkan rakyat Malaysia sebaliknya untuk sama2 buat persediaan dan persiapan awal bermula September 2022 ini. Ini adalah dari kajian Dato Eddy Rosyadie bukan bisikan jin atau sengaja direka2 secara subjektif. Buatlah persiapan awal dengan berusaha bersungguh2, menambah ilmu, menggunakan strategi dan menjana energi rezeki.

Picture
Picture
Maklumbalas seorang pakar Essential Oil (E0) yang Dato Eddy Rosyadie pakar dalam ilmu pengasih? Tak pasti pula. Namun apa yang dibuat Dato Eddy Rosyadie adalah sebagai ikhtiar energi membantu masyarakat.

Picture
Picture
Ikthiar Energi Cemerlang Akademik buat anak2 / adik beradik/ anak2 buah sebagai ikhtiar mereka dapat kebaikan dalam akademik yang berterusan. 

Sebagaimana anak Dato Eddy Rosyadie mendapat Anugerah Pelajaran Diraja (Best Student) Universiti Malaya.

Juga, bagi para dewasa yang sambung belajar atau menduduki peperiksaan/ temuduga untuk naik pangkat.
​

Memang ada kelompok sebegini selama2nya kerana ada kelompok individu yang dilahirkan dengan pola sakit mental. Atau kelompok individu yang akan melalui dekad sakit mental. Namun, itu bukan alasan untuk tidak berbuat apa2 dalam perihal kesihatan mental. Kelompok2 ini perlu dibimbing berterusan. Dan sebaiknya diberi terapi atau pemulihan dari sains perubatan moden mahupun secara alternatif seperti energi diri dan aromaterapi (Essential Oil).

Kita kena elakkan dari mendapat pemimpin negara sebegini mahupun isteri/ suami yang bermasalah mental mahupun anak2 yang sedemikian.
Picture

Picture
Kebetulan hari 1 September 2022 adalah hari tekanan (8) buat individu ini? Atau memang dah "tertulis" beliau akan tertekan pada hari 1 September 2022. Atau kalau buat hari selain dari hari 8 tiada tekanan? Ini kaedah S21 Diari Pernomboran ciptaan Dato Eddy Rosyadie

Picture
Picture
Picture
Elemen EARTH antaranya Property berada dalam fasa CAUTION dari Mei - September 2022. Berita2 ini menunjukkan fenomena tersebut. Carta ini dilakarkan oleh Dato Eddy Rosyadie pada tahun lalu 2021 tidak mengetahui perkara ini berlaku dari bisikan jin mahupun sengaja dibuat2 carta ini secara subjektif.

Picture
Petak Pembayang/ Warisan adalah lanjutan dari Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) antaranya menjelaskan fenomena yang berlaku dalam keturunan (ibu/ bapa). Dalam kes ini, pola 769 kekayaan ada dalam Petak Warisan (ibu bapa) tentunya ibu bapa individu ini pernah jadi orang terkaya di dunia.

Dalam perihal ini ada 2 fenomena (dari kajian Dato Eddy Rosyadie):
1. Tarikh lahir ANAK menggambarkan apa yang bakal berlaku kepada ibu bapa sekitar kelahiran anak tersebut.
2.  Tarikh lahir ANAK menggambarkan apa yang diwarisi dari ibu bapa.

Picture
September. Sempena Bulan Kelahiran Dato Eddy Rosyadie dan Hari Malaysia pada September ini, Dato Eddy Rosyadie berbesar hati menganjurkan program ikhtiar energi rezeki secara kombo iaitu 2 tarikh pada SATU HARGA. Daftar sebelum 14 Sept dan dapat 14 Sept DAN 16 Sept 2022.

Picture
Maklumbalas peserta ikhtiar energi pakej 1 bulan Ogos 2022.

Bulan Ogos yakni bulan ke 8 biasanya 8 dikaitkan dengan tekanan jadi banyak energi negatif melanda kita. Pelbagai peristiwa yang stress pada bulan 8 ini. Tentunya ianya berlaku sejak dulu lagi, satu contoh adalah pengeboman bom atom ke atas Jepun 2 kali pada Ogos 1945 yakni berlaku pada bulan ke 8.

Jadi, Dato Eddy Rosyadie menawarkan energi pemulihan kepada semua peserta ikhtiar energi grup bulan Ogos. Untuk meneruskan ke bulan September iaitu bulan 9 yang baik meninggalkan kesan dan tempias energi negatif dari bulan 8 tersebut dengan pemulihan energi. Dato Eddy Rosyadie didatangi fenomena sakit kepala semasa membuat energi pemulihan dan bila ditanya kepada peserta grup, beberapa individu memberi maklumbalas.
Picture

Picture
Individu ini bukan sahaja menjejaki profesion bapanya sebagai pemain bolakeranjang profesional tetapi juga mendapat tawaran untuk duni fesyen. Ada pola potensi dunia fesyen dan ada pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Picture
Rupanya apabila umur semakin meningkat, beberapa jenis supplemen seperti Iron dsbnya tidak dicadangkan untuk diambil oleh sains kerana proses penghadaman telah menjadi perlahan kerana usia meningkat. Jadi, sains perubatan ada had umur. 

Untuk itu, gunakanlah juga kaedah perubatan/ pemulihan alternatif yang TIADA had umur. Iaitu seperti kaedah ikhtiar energi, kaedah aromaterapi (wangian), kaedah cleansing/ grounding (contoh: program Energi Emas Mersing) dsbnya.
Picture

Picture
Kadang kala dikata gangguan mental tetapi sebenarnya diri dalam tempoh halangan. Kes individu ini dalam tempoh halangan luar dan dalam memang berat kes ini. Apabila kehidupan penuh cabaran dan dugaan maka disangka gangguan mental pula dan berlarutan hingga merosakkan diri sendiri dan tempias kepada sekeliling.

Picture
Tentunya, kerja itu stress. 5 huruf K-E-R-J-A menunjukkan halangan dan stress. Apakata tukarkan kerja kepada hobi iaitu H-O-B-I ada 4 huruf sahaja.

Tetapi ada individu yang tak dapat bertahan sabar kerja. Penjelasan kes ini adalah disebabkan oleh salah arah. Ada individu yang kerja baik2 saja mungkin arahnya adalah betul. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan kita stress dengan kerja. Ada yang bersifat kekal dan ada yang bersifat sementara. Dengan kaedah pernomboran, kita mengenalpasti sama ada bersifat kekal atau sementara dan mencari strategi/ ikhtiar untuk perubahan.

Picture
Seorang pelakon yang sering berlakon aktiviti lasak mendapat kemenangan dalam pertandingan pertempuran/ persilatan yang sebenar. Ada pola potensi dunia pertahanan dan martial arts (jiu-jitsu) dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Picture
Kajian sains moden menggunakan kaedah mengenalpasti masalah kesihatan dari PATTERN atau terjemahannya adalah POLA. Kaedah Pernomboran Dato Eddy Rosyadie adalah mengkaji PATTERN atau POLA. Kajian tarikh lahir Dato Eddy Rosyadie dimasukkan dalam laman web ini sebagai bukti kajian. Jadi, sama ada sains perubatan mahupun kaedah pernomboran versi Dato Eddy Rosyadie bukannya menggunakan bisikan jin ataupun sengaja direka2 secara subjektif. Ini adalah kaedah kajian dan kajian secara objektif.

Picture
Program ikthiar energi pakej 1 bulan September 2022 telah dibuka dan boleh daftar dahulu sebelum 4 September. Kali ini dapat ketujuh2 tarikh ada pola 769 kekayaan. Kita ikhtiarkan aura kewangan dan energi rezeki untuk bulan September setelah bulan Ogos dipenuhi dengan pelbagai tekanan termasuk tekanan kewangan. Jadi, untuk dipulihkan daripada suasana energi negatif bulan 8 seterusnya untuk kembalikan aura kewangan yang baik untuk September.

Picture
Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie 2021) pemain bolakeranjang profesional USA ini ada pola 769 kekayaan. Dan kekayaan tersebut membolehkan untuk punyai banyak pelbagai perniagaan. Memang ada potensi usahawan yang luas dalam petak tarikh lahir individu ini.

Apabila bukan sahaja perniagaan terpaksa tutup, perkahwinan juga terpaksa terhenti. Dan situasi lebih memburukkan dalam suasana PKP pandemik lalu.

Perancangan awal sebaiknya dibuat sebelum melangsungkan perkahwinan dan sebelum membuka perniagaan. Apabila sudah ada konflik yang kritikal dalam perniagaan dan perkahwinan, adalah agak sukar untuk diperbetulkan situasi demikian. Apapun, sebagai individu usahawan tentunya boleh memahami bahawa terdapat risiko perniagaan. Begitu juga risiko perkahwinan.
Picture

Picture
Kaedah Pernomboran versi Dato Eddy Rosyadie dapat mengenalpasti kekalahan teruk dan kemenangan besar untuk PRU14 lalu.
Picture
Picture

Picture
Adaah satu usaha yang dianjurkan oleh Dato Eddy Rosyadie dalam membantu masyarakat dalam permasalahan kehidupan menggunakan kaedah alternatif pernomboran dan metafizik energi. Selain daripada berusaha bersungguh2, mendapat panduan2 daripada guru2 lain, gunakan juga kaedah pernomboran dan metafizik energi versi Dato Eddy Rosyadie sebagai komplementari dan tambahan ikhtiar/usaha.

Picture
MALAYSIA NEGARAKU TANAHAIRKU - 31 Ogos

Sempena Hari Kemerdekaan Negara yang kebetulan ada pola 769 kekayaan, Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program ikhtiar energi rezeki. Satu pakej adalah sumbangan dan jariah (RM0) Dato Eddy Rosyadie kepada rakyat Malaysia untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan. Jom, join peluang ini! Untuk semua lapisan kaum, usia dan agama.

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Individu ini bukan sahaja punyai perniagaan real estate tetapi juga bisnes2 yang lain. Maksimakan potensi anda apabila anda ada pola Multi-Tasking sepertimana pola potensi individu ini.

Sekitar tahun 2013-2014, Dato Eddy Rosyadie dijemput untuk buat Audit Premis untuk menentukan kedudukan pejabat barunya. Beberapa bulan kemudian, dapat satu projek dalam RM6J. Dapat payment RM2J malah syarikat ini ditawarkan untuk dibeli pada harga RM10J. Dan berterusan menguntungkan. Namun, apabila pandemik melanda terus merundum. Memang faktor pandemik menjejaskan banyak jenis perniagaan dan individu ini pula masuk ke dekad baru yang bermasalah kewangan.

Oleh itu, sebaiknya kita pantau prestasi kehidupan kita dan perniagaan kita secara berkala sekurangnya tiap setahun sekali sebagai persediaan awal menghadapi krisis2 perniagaan.
Picture

Picture
Individu ini melalui tempoh kitaran tahun 5 halangan pada tahun 2022 ini. Sudahlah kalah kes di mahkamah kemudian menfailkan muflis pula. Kitaran tahun 5 adalah satu kitaran tahun yang mencabar. SETIAP ORANG melaluinya tiap 9 tahun. Persoalannya, apakah persediaan awal yang dilakukakan?

Picture
Apabila mengalami fenomena SALAH ARAH. Perjalanan tarikh lahir adalah baik tetapi arah pula yang salah menyebabkan kehidupan terjejas. Oleh itu, usah melihatkan kejayaan pada Root Number/ Asas semata-mata. Banyak faktor lain lagi yang mempengaruhi kita seperti arah, gabungan suami isteri, nombor rumah dsbnya.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi Pakej Keluarga (6 orang). Walaupun nama program ikhtiar energi rezeki tetapi rezeki itu boleh dalam pelbagai bentuk selain kewangan; rezeki kesihatan, rezeki kebaikan budi, rezeki ketenangan dsbnya.
Picture

Picture
Individu ini ada pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan pola potensi kerjaya pun ada kena dengan apa yang individu ini laksanakan. Apabila pola potensi dipenuhi dengan baik maka kekayaan, kejayaan dsbnya mudah untuk dicapai.

Apabila gabungan tarikh lahir suami dan isteri ada potensi masalah kewangan. Kes ini berlaku setelah 20 tahun berkahwin, bermaksud walaupun masalah kewangan tidak ketara sangat pada awal 20 tahun perkahwinan, namun konflik kewangan memang "menanti" dalam perjalanan kehidupan.

Namun, agak sukar untuk mencari jodoh yang betul2 serasi, betul2 kewangan baik, betul2 baik dsbnya. Yang ada pilihan kita adalah apa yang kita sukai walaupun pada hakikatnya terpendam masalah. Apapun pilihan jodoh anda, kenalilah apakah bentuk potensi dan konflik yang bakal dilalui supaya dibuat persediaan awal. Kaedah pernomboran ini adalah untuk MEMAHAMI situasi yang diambil dan dibuat PERSEDIAAN AWAL.
Picture

Picture
Selebriti ini mencetuskan kontroversi pada tahun 2008 bilamana membotakkan rambutnya, menimbulkan kekacauan dalam rumah, dimasukkan ke pusat kesihatan mental dsbnya. Dalam petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) ada pola potensi untuk sakit kesihatan mental.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi 25 Ogos 2022. Apabila dapat "masuk" ke dimensi lain adalah satu suasana energi yang terpisah berbeza dari alam realiti yang penuh dengan energi negatif. Maka, berdoalah sebanyak2nya dalam dimensi ini.
Picture

Picture
Picture
Picture
Picture
Sempena hari kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos, program ikhtiar energi dianjurkan kerana pada tarikh tersebut ada pola 769 kekayaan. Sebagai jariah daripada Dato Eddy Rosyadie, satu program percuma ditawarkan kepada semua lapisan masyarakat, kaum mahupun agama (Muslims / Non-Muslims). Jom​, kita jana energi yang baik bersempena kekayaan Malaysia pada tahun 2022 ini.

Picture
Satu teknik pemulihan dan terapi secara alternatif untuk tingkatkan energi fizikal dan mental. Selain daripada perubatan moden, gabungan dengan terapi alternatif sebagai satu ikhtiar yang baik.

Picture
Picture

Picture
Tahniah! Ikon rock negara. Ada pola 573 dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) iaitu bergaul dengan orang kenamaan yakni menjadi seorang kenamaan dengan Darjah gelaran.

Picture
Picture
Antara  strategi dan teknik untuk melalui tempoh Vacuum Star (duit disedut) untuk Malaysia dari usia 65 - 74 tahun bermula tahun 2021 hingga 2030.
0 Comments

Kejayaan Dinikmati Kekayaan Dikecapi

8/15/2022

0 Comments

 

Picture
Laporan Graf Hayat cuma perlu dibuat sekali seumur hidup untuk 1 orang. Adalah untuk mengetahui potensi kekuatan yang boleh dimaksimakan dan mengetahui konflik kelemahan dibuat persiapan awal.  Ini tak bermaksud semua yang tertulis di sini adalah ketetapan hidup anda selama2nya. Apabila anda mengetahui mana yang baik dan mana yang kurang maka dibuat usaha dan ikhtiar. Banyak perkara boleh diatasi.

Contoh laporan -->
Picture
Picture

Picture
Bermula PRU ke 14 (yakni 1+4=5 halangan), beliau kalah teruk kebetulan 23+7+2018 = 5 iaitu halangan. Beliau masih dalam dekad halangan yang menyaksikan beliau kalah akhirnya dalam siri2 mahkamah. Iaitu berlaku dalam bulan 8 bulan tekanan.

Picture
Ikhtiar energi rezeki merupakan satu ikhtiar di samping usaha kita bersungguh2 mendapatkan rezeki. Kadang tu rezeki tersangkut, terhalang, terkeluar dsbnya di luar kawalan kita disebabkan kita sering diasak energi2 negatif kewangan. Satu bentuk kawalan adalah ikhtiar energi rezeki.

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Di USA, pemain basketball profesional mendapat bayaran yang tinggi dan lumayan berbanding dengan negara kita. Jadi, lokasi negara / cara industri memainkan peranan penting dalam membentuk kekayaan pola 769.

Picture
Picture
Pemindahan energi yakni serapan energi atau tarikan energi adalah wujud. Sepertimana gambaran di sini. Tetapi apakah semua orang sebegitu? Bagaimana kita nak ketahui? Untuk lebih mengenalinya, gunakanlah kaedah pernomboran tarikh lahir untuk ketahui pola2 sedemikian.

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola potensi untuk sakit kesihatan mental. Jadi, perkara sedemikian pula terjadi selama hampir 20 tahun menghadapinya. Jika sedemikian, perlu ada terapi, pemulihan dan rawatan berterusan kepadanya.

Picture
Picture

Picture
Perubatan alternatif menggunakan perubatan tradisional cina serta kaedah energi membantu individu ini untuk kembali sihat. Gabungkanlah kaedah perubatan moden dan kaedah perubatan alternatif untuk manafaat yang lebih besar. Jadi, kaedah energi serta perubatan alternatif bukan lagi perkara mengarut sebaliknya sebagai komplementari kepada perubatan moden.

Picture
Picture
Picture
Pakej 1 bulan program Ikhtiar Energi 7 kali untuk September 2022 sudah dibuka boleh daftar dahulu sebelum 4hb September 2022. Lega kita akhirnya dapat merentasi bulan Ogos bulan yang ke 8 yang banyak stress! Bulan 9 merupakan bulan kejayaan dan kelegaan kepada mereka yang tabah dengan stress2 dalam bulan 8. Sebenarnya bulan 8 mengajar kita erti ketabahan. Kena maki kaw2, kena tuduh tak tahu punca, kena marah tak bertempat, dimalukan di khalayak ramai, naik angin, emosi menggelegak dsbnya. Jadi bulan 9 adalah bulan kejayaan bagi mereka yang dapat atasi bulan 8 stress tersebut. Maka, kita menjana energi rezeki yang baik pula untuk bulan September bulan ke 9. Perlu menggantikan dan meninggalkan energi2 negatif bulan 8 daripada terus menerus mengikuti kita ke bulan2 seterusnya.

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Majoriti orang2 kaya membeli rumah jutaan dolar kerana mereka mampu dan juga sebagai sebentuk pelaburan. Pandangan orang yang kecam orang2 kaya membeli rumah jutaan dolar sepatutnya menyantuni orang2 kaya kerana tukang2 rumah, pembuat bumbung, pereka dalaman, hiasan taman, pembuat simen dsbnya mendapat pendapatan lumayan jua.

Picture
Maklumbalas peserta ikhtiar energi pakej 1 bulan. Pada bulan Ogos yakni bulan ke 8 yang stress dapat diikhtiarkan peserta2 program untuk tidak mengalami stress sepertimana orang2 lain.

Picture
Walaupun ada pola 769 kekayaan namun tengok juga bagaimana cara kekayaan itu dilaksanakan. Daripada ratusan posting pola 769 di laman web ini hanya sedikit individu2 berpola 769 yang bermasalah. Itupun kerana faktor syarikat dsbnya. Jadi, kekayaan itu perlulah dibawa dengan sebaiknya.

Gabungan tarikh lahir suami isteri bagus sangat. Tarikh daftar syarikat bagus sangat. Tapi bila ketiga2 digabung (bermaksud suami isteri bekerja dalam satu syarikat yang sama) adalah gabungan tekanan. Nak keluarkan nama tak boleh, nak tambah nama tak boleh. Jadi kena ada strategi baru untuk mengurangkan tekanan.
Picture

Picture

Setiap perjalanan kita ada maksud "pengajaran" atau "pembelajaran". Contohnya kitaran tahun 5 (seperti 2021=5) adalah tahun untuk kita belajar untuk tidak berputus asa di atas cabaran2 yang sedang berlaku.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Berupaya mencipta kekayaan dan tentunya mengolah kekayaan lebih banyak. Tentunya Superyacht sebegini memberi pekerjaan dan pendapatan kepada pembuat2 kapal. 

Picture
Ini kajian sains. Mempunyai rakan yang kaya semasa kecil mampu meningkatkan pendapatan anda di masa depan. Masa depan? Berkawan boleh tingkatkan pendapatan? Macam metafizik je ni mengarut tapi ini sains yang cakap. Jadi tak salah jika guna metafizik untuk membuat PERANCANGAN MASA DEPAN dan ikhtiar meningkatkan pendapatan (kewangan/ rezeki).

Picture
Apabila melalui tahun kitaran 5 halangan menyaksikan ada halangan dalam kehidupan mahupun perniagaan. Sebagai usahawan, kena pantau perniagaan setiap tahun lebih awal untuk mengatasi perihal sebegini.

Picture
Picture
Pengalaman dalam menjana energi membuatkan ibadah dan kehidupan makin dihargai. Ini menunjukkan bahawa kaedah metafizik versi Dato Eddy Rosyadie adalah antara yang terbaik kerana menjaga adab, syariat dan sebagainya. Memang terdapat banyak aliran dan versi metafizik yang lain yang dikecam mengarut tetapi tidak boleh menghukum semua metafizik itu mengarut.

Picture
Selama ini sains, terutamanya astronomi mewarwarkan alam semesta ini tercipta oleh Big Bang. Namun, kini sains juga menemui perkara itu salah. Jadi, bagaimana kita nak percayakan sains? Metafizik pun orang ramai kecam mengarut apatah lagi ini sains.

Jelas menunjukkan bahawa sains dan metafizik adalah berbentuk KAJIAN. Dan kajian2 tersebut dijadikan panduan pada waktu semasa. Terlalu luas ilmu sains dan metafizik yang perlu sentiasa dikaji dan dikemaskini.

Picture
Apabila melalui tempoh dekad halangan dan tekanan, maka banyak perihal tekanan dan halangan berlaku. Kemungkinan besar filem The Flash terpaksa dibatalkan (halangan) kerana pelakon utama ini dalam tempoh tekanan.

Picture
Apabila Dato Eddy Rosyadie mengkaji perihal tarikh lahir mendapati bahawa tarikh lahir adalah tentang fenomena keturunan. 

Fenomena keturunan yang boleh diwariskan kepada generasi seterusnya. Secara logik, kita mendapat DNA dari ibubapa. Dari perspektif metafizik, DNA tersebut mengandungi fenomena keturunan.

Contohnya, perihal curang atau poligami disebabkan oleh keturunan yang poligami atau curang. Maka kita sekarang ini adalah yang memecahkan warisan sedemikian. Memang sukar namun kita perlu kuasa dan tenaga (energi) untuk melakukannya supaya generasi seterusnya tidak melakukan perkara yang sama.

Picture
Program ikhtiar energi rezeki dianjurkan secara berterusan bagi anda untuk memilih tarikh2 yang tersedia mungkin jatuh pada hari istimewa anda (hari ulangtahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan dsbnya) atau boleh saja anda pilih tarikh2 sama ada awal, pertengahan atau hujung bulan atau ketiga2nya sekali. Tentang energi adalah sesuatu yang sebaiknya dibuat berterusan kerana secara fiziknya begitulah situasi energi yang berpindah dari satu fasa ke satu fasa yang lain. 

Picture
Sangat kerap Dato Eddy Rosyadie terima aduan/ khabar tentang individu2 yang berada dalam situasi stress pada bulan Ogos iaitu bulan ke 8. Biasanya angka 8 dikaitkan dengan stress. Dan energi stress itu berlegar2 sekeliling kita dan menyerang kita. Jadilah kita stress dan dari stress itu kita rasa kecewa, sakit, sedih, lemah, lesu, lemau, malas dan sebagainya. Memang kita kena berusaha bersungguh2 untuk uruskan/ atasi stress tersebut dan ditambah dengan energi yang dijanakan. Boleh buat energi sendiri atau dibuat oleh saya dalam program ikhtiar energi rezeki.

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Walaupun pola itu berbentuk berbeza tetapi di dalam satu kategori yang sama iaitu 769. Ini adalah antara contoh2 membaca pelbagai sub kategori pola 769 yang pelbagai bentuk dan angka.

Picture
Sebab itu Dato Eddy Rosyadie memperkenalkan program Energi Emas Mersing dan Ikthiar Energi Pakej Rawatan Emas. Kerana badan kita memang ada emas. Walaupun nilai emas fizikal itu sangat kecil namun nilai metafiziknya mampu cecah nilai yang tinggi. Setakat ini belum ada kajian tentang kandungan emas dalam badan haiwan maka kitalah manusia makhluk yang punyai emas dan tentunya kita berupaya energikan emas tersebut untuk lebih menyerlah dari segi kekayaan, aura, energi rezeki, energi kasih sayang dan seumpamanya.

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola potensi sakit kesihatan mental. Walaupun seorang selebriti terkenal dengan filem2nya dan kekayaan namun pola potensi tidak mengira apa jua bentuk kerjaya.

Sebaiknya janalah 4 jenis energi ini; fizikal, mental, spiritual dan metafizikal secara berterusan.

Picture

Picture
Program terakhir ikhtiar energi rezeki untuk Ogos 2022. Bulan Ogos iaitu bulan ke 8 biasanya angka 8 membawa energi yang "berat" seperti stress yang menyebabkan kepenatan, kekecewaan, kesedihan seumpamanya. Selain berusaha bersungguh2 atasi stress bulan 8, tambahlah dengan ikhtiar energi rezeki memandangkan apabila kita stress seringkali kewangan kita keluar/ bocor. Jadi kita ikhtiarkan energi untuk memulihkan energi negatif bulan 8.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi bulanan.

Berbekalkan energi dan telah menjalani pemulihan diri secara alternatif kaedah manual, individu ini berupaya untuk bangkit dan untuk MERAWAT DIRI SENDIRI. Kerana doktor yang paling berkesan untuk kita adalah DIRI KITA SENDIRI.
Picture

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Tak mengira apa juga industri diceburi berbeza dengan elemen dirinya atau industri yang belum diceburi lagi, yang penting ada kekayaan dicapai. Memandangkan industri diceburi dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain yang membolehkan diri sendiri untuk terus berjaya.

Picture
Kita lihat Kuala Lumpur seperti bandar biasa saja. Namun, di sebaliknya adalah bandar yang "sakit" kerana terpaksa kerja lebih masa. Apakah orang2 Kuala Lumpur memang perlu bekerja lebih masa setiap masa? Yang menyebabkan stress, sakit kesihatan mental dan sebagainya. 

Gunakan strategi pernomboran seperti arah, lokasi sebagai ikhtiar untuk atasi perkara sebegini. Gunakan juga ikhtiar energi untuk atasi energi "overworked" sebegitu.

Picture
Ikhtiar Energi Cemerlang Akademik adalah sebentuk ikhtiar yang kita lakukan untuk diri sendiri atau untuk anak2 kita untuk berjaya dalam akademik. 

Anak Dato Eddy Rosyadie berjaya meraih Anugerah Pelajaran Diraja (best student) Universiti Malaya. Nampak seperti orang muda biasa2 tetapi kita ikhtiarkan energi untuk dirinya berjaya dalam akademik begitulah usaha kita sebagai ibu bapa untuk anak2. Boleh juga diikhtiarkan untuk diri sendiri yang dewasa yang sedang sambung belajar atau mengikuti kursus atau untuk ujian kenaikan pangkat seumpamanya.
0 Comments

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly