2014 = 7 kes MH370 dan MH17
2023 = 7 kes kapalterbang ini.
Didapati hari kejadian 17 Ogos 2023 adalah hari kitaran 5 dan arwah berada dalam kitaran 5 serta gabungannya dengan hari kejadian juga 5. Graf Prestasi Bulanan pada tahap 2 untuk Ogos 2023 dan Graf Harian adalah 8 tekanan.
Bilamana parameter tarikh sebegini dipilih maka usaha untuk mengukuhkan keharmonian rumahtangga menjadi sukar. Ikhtiarkan juga energi Dikasih Sayang supaya parameter tarikh tersebut adalah positif.
Oleh demikian, kita berusaha kenali potensi diri kita melalui kaedah tarikh lahir dan kemudiannya berusaha bersungguh2 mahupun berikhtiar untuk maksimakan potensi tersebut kepada kejayaan mahupun kekayaan.
2024 = 8 iaitu tahun tekanan. Bermula tahun 2023 = 7 iaitu tahun kerugian dan ujian mental. Kita diuji dengan ujian mental iaitu kerugian untuk bina kekuatan mental kita untuk hadapi ketabahan melalui tekanan/ stress pada tahun 2024 =8 nanti. Tapi tak semestinya tahun 2023 = 7 iaitu tahun ujian mental kita diuji dengan kesulitan kewangan tetapi juga diuji dengan duit berlambak2. Itupun sejenis ujian juga. Apapun situasi anda 2023= 7 susah atau senang adalah untuk hadapi tahun 2024 = 8 iaitu tahun stress. |
Untuk pembetulan perjalanan tarikh lahir, bolehlah kita usahakan dan ikhtiarkan sendiri tetapi apabila melibatkan perjalanan tarikh nikah adalah sesuatu yang sukar kerana bukan mudah untuk berpindah dsbnya kerana ianya melibatkan orang2 lain iaitu ahli keluarga kita. Yang mampu kita buat adalah ikhtiar energi rezeki ataupun energi Dikasih Sayang. Kerana energi Dikasih Sayang bukan sahaja melibatkan parameter kasih sayang tetapi juga kekayaan. Kerana itu jika anda perasan, tarikh energi Dikasih Sayang adalah SAMA dengan tarikh energi rezeki.
Lawati dan baca profil kehidupannya di laman Wikipedia yang sangat detail tentang usaha gigih dan pencapaian beliau untuk kejayaan.
Dalam kursus 9 Sept 2023 akan didedahkan perihal potensi usahawan;
Pengasas
Usahawan
Pemasaran
Investor.
Kelas pada 9 September 2023 adalah untuk kita kenali apakah kita seorang founder, seorang usahawan dsbnya dan bagaimana untuk memaksimakan potensi2 tersebut.
2023 = 7 iaitu tahun kerugian dan kehilangan. Kebetulan kedua2 kes ini berlaku dalam bulan Ogos iaitu bulan ke 8 biasanya angka 8 adalah stress. Peristiwa yang secara langsung menjejaskan kewangan. Tiada seorang pun dapat menghalang energi negatif kewangan sebegini yang di luar kawalan kita. Dalam peristiwa2 begini, tiada siapa boleh berusaha bersungguh2 dengan amalan kewangan positif untuk kes sebegini. Kerana itu Dato Eddy Rosyadie menyediakan program ikhtiar energi rezeki positif untuk menjadikan aura rezeki dan kewangan kita dalam situasi positif. |
Namun, bagaimana pula anda yang telah berkahwin dengan gabungan berpola sebegini? Apakah perlu cerai? Bagaimana pula jika anda dan kekasih adalah gabungan sebegini? Apakah perlu berpisah? Tidak semestinya jika anda boleh berusaha untuk bekerja keras dalam aktiviti keserasian. Juga, ikhtiar dengan energi Dikasih Sayang yang positif untuknya.
Ini bukan untuk memburukkan atau menakutkan sesiapa tetapi untuk BELAJAR dari pengalaman orang sebenar bagi tujuan pencegahan, peningkatan ataupun pembetulan. Sebenarnya ramai orang ada pola bercerai dalam petak tarikh lahir dan SEMUA ORANG ada fenomena Widowed Star. SETIAP perkahwinan berisiko untuk bercerai. Namun, sebab bercerai itu banyak. Maka, mereka yang memahami diri mereka dan mengenali pasangan mereka akan tabah pertahankan perkahwinan mereka. Namun, itu terpulang jua kepada pilihan dan keinginan mereka untuk berpisah. Di sini adalah individu dalam Sun in Aquarius dan Moon in Aquarius. Tips: Individu Aquarius biasanya tidak mahu bersendirian bilamana telah berkahwin. Ini menyukarkan pasangan yang bekerja atau meeting lebih masa, pasangan yang terlalu sibuk berniaga/ bekerjaya, pasangan yang kerap bekerja outstation mahupun pasangan yang bekerja shift. Mereka biasanya perlukan pasangan berada 24 jam bersama mereka. Tentunya ini boleh dilakukan jika pasangan adalah seorang jutawan yang boleh berada di rumah ataupun pasangan yang bekerja di rumah (work from home) ataupun individu yang memahami kerja pasangan. |
Sepanjang 2023 = 7 iaitu tahun kerugian, kita perlu berjuang untuk berusaha bersungguh2 dengan amalan kewangan yang positif. Sebaiknya ikhtiar energi rezeki yang positif untuknya.
Dapatkan buku ini iaitu asas pernomboran berasal dari nota2 Dato Eddy Rosyadie pada tahun 2006 kemudian dibukukan pada tahun 2010. Kini, dikemaskini untuk edisi 2023. Buku kali ini Hard Cover memandangkan buku terbitan 2010 lalu soft cover kurang bertahan lama. Ada 133 mukasurat mengandungi perihal asas2 kiraan petak, maksud2 angka serta maksud2 pola. |
Perihal nikah/ kasih sayang adalah sesuatu yang rumit maka memerlukan tarikh nikah yang sangat2 kurang potensi konflik dan tentunya apa jua perkahwinan memerlukan ketabahan yang tinggi untuk mengekalkan keharmonian. Boleh juga ikhtiarkan sesuatu energi seperti Energi Dikasih Sayang untuk usaha yang positif dan hasil yang positif kerana semua perkahwinan diganggu oleh energi2 negatif.
Merujuk Graf Hayat individu ini sudah tiba tempoh jodoh dan sudah ada pasangan pun. Namun, famili pula yang menolak. Oleh itu, tempoh jodoh sudah tiba yang membawa kepada ikatan berpasangan. Apabila tiba tempoh jodoh dan dah ada pasangan, ada pula halangan atau tekanan untuk meneruskan kepada perkahwinan. Ini menunjukkan bahawa energi2 negatif lain selain perihal jodoh masih ada lagi kepada perhubungan ini. Dalam kes ini, teruskan berusaha bersungguh2 untuk pujuk famili. Juga sebaiknya ikhtiarkan energi kasih sayang untuk pulihkan hubungan dengan famili. |
Kerana itu selain dari kita berusaha bersungguh2 perihal perkahwinan, sebaiknya ikhtiar juga energi Dikasih Sayang supaya usaha kita itu positif dan membuahkan hasil yang positif. Usaha bersungguh2 adalah kemestian tetapi usaha juga melalui fasa negatif juga jadi kita ikhtiarkan energi positif untuknya.
Tahun 2023 = 7 iaitu tahun kerugian adalah fenomena global. Ini sebentuk energi negatif yang menjejaskan kewangan. Sebenarnya tahun 2023 = 7 iaitu tahun ujian mental maka berlaku beberapa siri ujian melanda dunia untuk menguatkan mental, minda dan jiwa manusia supaya berbuat kebaikan untuk tahun2 berterusan. Seperti dalam kes bencana bumi sebegini adalah ujian2 bagi manusia menjaga betul2 alam semulajadi bumi ini. Walaupun kewangan terjejas di tahap Global, ianya juga menjejaskan kewangan setiap kita manusia secara langsung mahupun tidak langsung. Maka kita berusaha bersungguh2 berterusan dengan amalan2 kewangan yang positif serta ikhtiar energi rezeki yang positif untuk usaha yang positif dan hasil yang positif. |
Kerana itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program ikhtiar energi Dikasih Sayang untuk perjalanan 20 tahun yang baik selain tarikh energi yang baik untuk tujuan kasih sayang. Ini disebabkan perihal kasih sayang bukanlah untuk sehari semata2 sebaliknya untuk perjalanan berdekad2 tarikh perkahwinan itu.
Seorang wanita berstatus isteri sedang bahagia dengan perkahwinan sekarang. Tetapi ada pula kod Widowed Star dan Married Star (untuk makluman SEMUA ORANG ada kod2 sedemikian). Maka kod2 sedemikian menunggu si isteri untuk mengorak langkah merealisasikan kod2 tersebut. Jika tidak mengorak langkah seterusnya, maka tidaklah menjadi kod2 tersebut. Dato Eddy Rosyadie tidak berhak menentukan kehidupannya. Itu adalah terpulang kepada pilihan sendiri. Dato Eddy Rosyadie cuma membantu masyarakat MEMAHAMI perjalanan mereka. |
Tahun 2023 = 7 iaitu tahun ujian mental menyaksikan banyak kes rumahtangga sehingga ada yang bercerai. Terutamanya untuk Malaysia pada tahun 2023 kerana berada dalam fasa Widowed Star (mudah dingin dengan pasangan). Maka kita berusaha bersungguh2 dengan amalan perkahwinan yang positif dan sebaiknya juga ikhtiar energi Dikasih Sayang yang positif untuknya. |
(https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2023/08/04/suami-sikit-pun-tak-ambil-peduli-ayu-anjani-minta-cerai-selepas-dua-bulan-ibu-meninggal-dunia)
Apabila didalam tempoh dekad halangan luaran dan dalaman. Kehilangan ibu dan adik serta suami sekaligus. Memang sukar apabila kehidupan diri "dihalang" (block) sebegini. Dari perspektif Metafizik Energi, inilah sebentuk parameter energi negatif maka kita perlu berusaha untuk amalan2 kehidupan yang positif dan sebaiknya menjana/ tambah/ pulih energi Dikasih Sayang/ Rezeki yang positif untuknya.
Jika anda dan pasangan sebegini maka teruskan berusaha bersungguh2 secara bersama2 untuk mencapai kekayaan. Namun, jika gabungan pasangan anda bukan sebegitu, pun berusaha bersungguh2 secara bersama2 untuk mencapai kekayaan juga. Dan sebaiknya sama ada, anda dan pasangan berpola sedemikian mahupun tidak sedemikian, ikthiarkan juga energi rezeki/ energi kasih sayang untuk energi positif bagi usaha dan hasil yang positif.
2023 = 7 iaitu tahun ujian mental dan tahun kerugian. Apabila anda diuji mental anda menyebabkan fizikal anda tidak bermaya menjadikan stress dan sedih. Adalah sebentuk energi negatif untuk meranapkan anda. Maka kita berusaha dan buat amalan2 positif. Kita tabah dengan ujian mental sebegini. Lagipun 2023 = 7 iaitu tahun kerohanian maka kita perbanyakkan amalan2 kerohanian. Bukan bermaksud berserban, berjambang, berniqab bagai tetapi perbanyakkan amalan2 kerohanian mengikut pegangan agama masing2. Bagi kami orang Islam maka buat amalan2 wajib dan sunat. Bagi orang non-muslim, perbanyakkan amalan ketuhanan. |
Setiap perkahwinan mesti ada cabaran kerana menggabungkan dua orang insan yang berbeza. Maka, setiap pasangan perlu mengimbangi keperluan dan kehendak masing2 secara bersama dan berterusan. Juga, jana energi Dikasih Sayang untuk mengeratkan hubungan pasangan.
Sains dan teknologi makin hari makin canggih. Dalam 50-100 tahun akan datang teknologi Gene Editing untuk baiki DNA (genetik) manusia bermasalah. Tak perlu lagi metafizik energi, tak perlu lagi ubat hospital. Repair je terus DNA. Yang sakit, sedih, jiwa kacau boleh repair jadi sihat ceria sentiasa. Sementara tunggu 50 tahun lagi, kita gunakan dulu Metafizik Energi dan jika perlu ubatan hospital. |
Kedua2 anak Dato Eddy Rosyadie melanjutkan di universiti tersohor Malaysia iaitu Universiti Malaya. Anak kedua baru sahaja tamat pengajian Master. Kini, dalam keluarga Dato Eddy Rosyadie ada 2 orang lulusan Master iaitu isteri dan anak kedua. Anak kedua ini yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja (a.k.a best student) sebelum ini. Anak bongsu adalah kategori Dean Award untuk semester ini. Kita ikhitarkan energi akademik kepada anak2 kita. |
Seorang klien baru2 ini mendapatkan sesi personal secara Zoom untuk kepastian mencari kerjaya sesuai. Untuk membicarakan perihal kerjaya ini memerlukan sesi Personal lebih baik dari sesi bertulis teks (WhatsApp/ Telegram) kerana memang banyak pilihan kerjaya boleh dibincangkan. Lagipun kena juga tengok kelayakan, kemampuan dan keupayaan serta minat. Jika Dato Eddy Rosyadie beritahu saja secara teks bidang kerjaya yang sesuai, mungkin pilihan itu tidak diminati dsbnya. Daripada data dekad pola tarikh lahir dan graf hayat didapati kerjaya yang relevan dengan dirinya adalah trainer/ pelatih / Coach. Malah pernah ditawarkan oleh department training syarikat yang dia bekerja sekarang. Namun oleh kerana beliau sering menjadi trainer/ coach sejak bangku sekolah lagi maka bidang itu tidak diminatinya. Kadang kala sesuatu kerjaya itu kita tidak minat/ belum tiba minat kerana belum tiba masanya. Tetapi perjalanan kehidupannya telah tertulis sedemikian. Maka, dapatlah idea dan inspirasi kerjaya pilihan. |
Klik pada flyer di atas untuk terus daftar di WhatsApp 017 769 7946. Boleh daftar dahulu sebelum/ pada 5 Ogos 2023. Bulan Ogos iaitu bulan ke 8 iaitu angka 8 adalah angka stress. Sejarah bom atom di Jepun berlaku bulan 8 juga Kabinet PM8 dibubarkan pada Ogos 2021. Secara tak langsung, rezeki/ kewangan terjejas dengan tekanan2 sebegini. Pada masa sama, kemerdekaan Indonesia dan Malaysia juga berlaku pada Ogos. Stress bulan 8 adalah untuk menguji ketabahan kita menanggung stress yang mana kejayaan daripada menanggung stress adalah hasil yang positif. Maka, kita ikhtiarkan energi untuk bulan Ogos supaya rezeki kita tidak stress (terhalang, tersangkut, tersekat, tersedut) tetapi boleh berhasil positif. |
Periksa Google untuk pengesahan kata2 beliau ini. Seorang yang sangat2 terkenal di Amerika Syarikat ini dikatakan menggunakan astrologi untuk nasihat pelaburannya. Astrology adalah sebahagian dari dunia Metafizik. Kaedah Graf Hayat adalah kaedah astrologi yang mana asasnya adalah kaedah astronomi. Astrologi juga metafizik pernomboran menggunakan data2 yang dikumpulkan sebelum2 ini untuk mengunjurkan tempoh masa, spesifikasi dsbnya. Ianya tidak menggunakan bisikan jin, tidak menilik dari pergerakan burung gagak atau melihat bayangan dari asap kemenyan. Ianya adalah serupa dengan kaedah ramalan kaji cuaca zaman moden iaitu meterologi yang menggunakan data2 cuaca untuk membuat "ramalan" cuaca. Astrologi digunakan untuk MEMAHAMI perjalanan hidup untuk panduan meningkatkan atau pencegahan. Ianya bukan untuk menilik nasib seseorang kerana semua orang ada kod yang sama (bercerai, kekayaan, duit disedut dsbnya) maka setiap orang mempunyai PILIHAN untuk menjalani kehidupannya. Maka, tidak sesuai jika kaedah2 menggunakan data2 seperti metafizik pernomboran, astrologi mahupun meterologi (ramalan kaji cuaca) terus dilabel sesat dan mengarut begitu sahaja. Memang benar ada segelintir pengamal metafizik yang sesat sama juga saintis2 moden yang menganjurkan perihal fizik/ astrofizik yang tak logik dan tak masuk akal yakni sesat juga. Maka, pilihlah sains atau metafizik yang sebenar dengan teliti. |