1. Akrab dengan ahli keluarga
2. Dikasihi rakan2 sekerja/ majikan
3. Disayangi pelanggan2 baru dan pelanggan sedia ada.
4. Tunang/ kekasih
5. Mereka yang membina networking
6. Mereka yang buat marketing./ sales secara konvesional atau media sosial (TikTok, FB live, IG dll)
Kita tak dapat nak lari secara FIZIKAL dari kitaran tahun sebegini tetapi kita boleh ikhtiar untuk energi kasih sayang positif secara METAFIZIKAL.
Kaedah metafizik pernomboran digunakan untuk MEMAHAMI perjalanan kehidupan kita. Apabila kita faham tentang perjalanan susah senang kita maka kita boleh redha, boleh makin kuat dsbnya.
Rupanya klien ini;
- Graf Energi Hayat dekad adalah menurun
- Graf Energi Usia kini adalah paling rendah
- Ada Blocking Star (dekad)
- Ada Widowed Star (2024)
- Salah arah tempat tinggal. Agak sukar nak betulkan arah dengan segera.
- Tarikh nikah dapat Root 5 (sama kes Datuk Red)
Beberapa strategi dan ikhtiar telah dibincangkan bersama klien.
Pelajari pola kemanusiaan tersebut bagi mengetahui pola diri anda mahupun ahli keluarga anda seterusnya apakah tugasan/ amanah yan g perlu dilaksananakan.
2024 = 8 iaitu tekanan. Ini adalah secara global kerana tahun 2024 dipakai untuk satu dunia. Antara tekanan yang ketara adalah tekanan kewangan. Ianya adalah parameter negatif yang mendedahkan kita kepada energi negatif seterusnya kewangan kita terjejas menjadi negatif juga. Apakah FIZIKAL kita kuat dan tabah untuk hadapi tekanan sedemikian? Teruskan berusaha bersungguh2 secara FIZIKAL mencari duit. Dan ikhtiarkan juga energi rezeki positif secara Metafizikal untuk rezeki kewangan, rezeki kesihatan, rezeki ketenangan, rezeki positif/ tabah dan lain2 jenis rezeki. |
Apa kita boleh buat? Di luar kawalan FIZIKAL kita. Apa yang kita miliki secara FIZIKAL terjejas. Terbeban kerana faktor 2024= 8 iaitu tahun tekanan. Iaitu tekanan kepada kewangan. Maka, kita IKHTIAR dengan energi rezeki positif secara METAFIZIKAL. Kita usahakan duit secara FIZIKAL dan kita ikthiarkan energi rezeki secara METAFIZIKAL seperti rezeki kesihatan, rezeki tabah/ berpositif, rezeki ketenangan dsbnya. |
Nasib Dato Eddy Rosyadie tiada pola sedemikian seperti mereka dalam Petak Statik.
Bagaimana anda kaum wanita bersuamikan pola 72?
Ya betul. Kedua2nya adalah kitaran tahun 8 iaitu tekanan. Walaupun lain PM tetapi kisah tetap sama iaitu rakyat yang terkesan kewangan negatif. PM dan polisi negara boleh bertukar tetapi kewangan rakyat yang negatif tetap sama. Kena berusaha secara FIZIKAL bersungguh2 lagi kuat.
Sebab itu kita tak boleh berharap sangat kepada FIZIKAL kerana ada ancaman energi negatif. Lebih2 lagi ketika parameter kitaran tahun 8 iaitu tekanan. Berlaku tekanan kepada kepada kos, tekanan kepada peniaga, tekanan kepada kewangan. Nak buat macam mana lagi dah diluar kawalan FIZIKAL kita.
Sebab itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program IKHTIAR energi rezeki positif secara METAFIZIKAL. Sejak 2009 lagi, program ikhtiar energi ini berjalan dan kita belajar dari peristiwa 2015=8. Dan sekali lagi kitaran 8 berlaku pada 2024 = 8 ini.
2015 = 8 lalu menyaksikan harga minyak dunia jatuh merundum hinggakan beberapa syarikat Oil and Gas terpaksa ditutup menyebabkan kehilangan kerja dan perniagaan. 8 adalah tekanan. Adakah FIZIKAL kita masih nak menghadapi kitaran 8 ini sekali lagi yang negatif? Usia anda masih lagi tetap muda kuat bertenaga dah 9 tahun berlalu tetapi perihal tekanan yang sama. Itu sahaja perihal FIZIKAL kita pun diancam negatif. Maka bersamalah Dato Eddy Rosyadie dalam program Ikhtiar Energi Rezeki Positif secara METAFIZIKAL.
Dato Eddy Rosyadie sering mengatakan bahawa tarikh lahir kita menceritakan perihal keturunan kita. Senang saja untuk pilih potensi diri sendiri iaitu ikut saja apa yang ibu ayah mahupun keturunan kita buat tetapi menggunakan platform yang lebih moden.
Pasaraya ini sangat terkenal di USA pun boleh tutup beberapa cawangan kerana underperforming. Bukan masalah syarikat tetapi trend pembeli sudah berubah. Nak buat macam mana lagi terpaksa tutup beberapa cawangan. Begitulah 2024=8 iaitu tahun tekanan. Menguji dan membina ketabahan para peniaga. Satunya adalah bertukar strategi. |
Jika potensi sebegini didedahkan pada usianya 1 tahun, memang tak berlaku langsung dan ibu bapanya kata tak tepat langsung. Tetapi apabila usianya makin meningkat, satu persatu potensi itu terserlah. Jadi ketepatan pola tarikh lahir adalah berdasarkan usia. Selalunya usia 40an sudah hampir tepat dan usia 80 tahun adalah tepat sepenuhnya. Tapi takkan nak tunggu usia 80 tahun baru nak mengesahkannya.
Graf Prestasi Bulan Jun 2024 untuk Malaysia adalah jatuh menurun. Berita2 bulan Jun 2024 ini menunjukkan fenomena tersebut. Begitulah kesan parameter negatif terhadap situasi FIZIKAL kewangan kita. Bagaimana pula Graf Prestasi Julai 2024? Nampak menaik! Jom, kita ikhtiarkan dengan energi rezeki positif secara METAFIZIK. |
Menurut artikel ini di USA memerlukan sebanyak US3.2 juta untuk benar2 menjadi kaya (wealthy). Kerana walaupun berpendapatan jutawan di sana tetapi di USA cukai (tax) adalah tinggi. Malah untuk perihal perubatan adalah membayar premium insurans yang sangat tinggi berbanding kita. Dulu Dato Eddy Rosyadie pernah tinggal di USA (Syracuse, New York) tahun 1992-1995, nak gunting rambut asas pun dah US30 iaitu mencecah RM120. Jika di Malaysia itu USD3 juta adalah sekitar RM12 juta. Adakah anda ada pasang impian untuk jadi jutawan RM12 juta? Ingat, kekayaan adalah untuk dana persaraan kita kelak bukan bemewah2an. Kerja kerani: tak mungkin capai RM12 juta Pesara: mana boleh nak capati RM12 juta. Usahawan: manalah nak untung RM12 juta. Sebenarnya dalam Metafizik, kita mampu capai RM12 juta atau lebih. Tak ada secara fizikal pun dalam bank RM12 juta tetapi kehidupan dinikmati umpama RM12 juta dengan rezeki2 baik seperti ketenangan, kesihatan dsbnya. Usahakanlah secara FIZIKAL bersungguh2 untuk mencapai impian tersebut. Juga, ikhtiar energi rezeki secara Metafizik. Boleh je buat sendiri. Boleh juga guna perkhidmatan Dato Eddy Rosyadie di sini. |
A - Awareness
B - Balance
C - Control
D - Direction
Dalam situasi sebegini;
Energi Fizikal: dah berubah jadi negatif kerana mengambil bahan perosak diri.
Energi Mental: dah berubah jadi negatif kerana memikirkan tekanan
Energi Spiritual: mungkin tidak lagi buat amalan2 kerohanian untuk sokong diri.
Energi Metafizik: tentu sekali tidak buat.
Maka, menjana 4 jenis energi ini adalah satu PERJUANGAN HARIAN kena diusahakan, kena diikhtiarkan juga kerana untuk jadi positif adalah bukan perkara mudah dan senang. Nak jadi negatif sebegini, senang saja tinggalkannya tapi merosakkan diri.
Program Ikhtiar Energi Bulan Julai 2024 telah dibuka. Setelah 1 bulan Jun 2024 berada dalam situasi kewangan negatif duit keluar, untuk Julai 2024 pula Graf Prestasi Malaysia ada MENAIK ke mata 6. Biasanya angka 6 bermaksud rezeki. Maka selain dari kita berusaha bersungguh2 secara FIZIKAL, kita IKHTIAR energi rezeki positif secara METAFIZIKAL juga kerana fizikal kita selalu diancam energi kewangan negatif. Inilah masanya untuk buat duit dan kumpul duit - Julai 2024! |
Angka 38 ada dalam filem terbaru ini. Angka 38 atau 83 seringkali dijumpai dalam filem2 Hollywood. Tak pasti apakah angka itu sebagai pelaris filem. Filem terbaru ini mengisahkan cerita mistik. Sejak tahun 2009 lagi Dato Eddy Rosyadie menjumpai pola angka 83 atau 38 merujukanya sebagai mistik. Dan perihal Jesus atau umat islam mengenalinya sebagai Nabi Isa as dikira angka 38 dalam kiraan nama secara Hebrew. Baginda dikatakan seorang nabi yang mistikal dikatakan oleh pelbagai sumber pernah belajar perihal Yoga, Meditasi, Chakra dsbnya di India iaitu perihal Metafizik. Mukjizat baginda seperti menghidupkan orang mati, memulihkan mata orang buta, menyembuhkan pesakit kulit, berjalan di atas air dan banyak lagi perihal misteri dan mistikal tentang dirinya. Yang paling penting ialah beliau masih hidup dan ditunggu2 oleh penganut Kristian dan Islam untuk kembali di dunia di akhir zaman tentulah perkara mistikal! |
Begitulah adat berniaga ada kalanya mengalami masa kerugian, masa tekanan dsbnya. FIZIKAL kewangan syarikat terjejas kerana adanya parameter dan energi kewangan negatif seperti ujian kerugian, ujian tekanan dsbnya. Berniagalah bersungguh2 dan sebaiknya selitkan ikthiar energi rezeki positif secara METAFIZIKAL.
Ada pola kemanusiaan 83+573+459 yang dikatakan sebagai pola leluhur atau pola warisan keturunan. Pelajarilah pola sedemikian untuk memahami maksud pola kemanusiaan tersebut.
Asyik2 Dato Eddy Rosyadie kejar kekayaan. Nak tamak kaya pergi Mekah balik hari kot. Tapi, inilah hakikatnya kehidupan. Kita kejar kekayaan bukan untuk bermewahan tetapi untuk dana persaraan. Bukan makan gaji tapi juga yang berniaga juga akan berhenti bekerja/ berniaga. Memang duit tak boleh bawa mati tapi sebelum mati tu nak jugalah hidup dengan selesa. Tapi kita punyalah bekerja/ berniaga secara FIZIKAL bersungguh2 namun tak lepas2 jadi jutawan pun. Sebenarnya, ada energi kewangan negatif yang sering ganggu kita. Perbelanjaan besar tak disangka2, duit bocor, duit disedut. bisnes slow, sales kurang, simpanan berkurangan, pelaburan pun perlahan dsbnya. Maka, tiada pilihan takkan termenung nasib sahaja lalu kita IKHTIAR energi rezeki positif dan juga IKHTIAR strategi kewangan secara Metafizik Energi dan Metafizik Pernomboran anjuran Dato Eddy Rosyadie. Yang sifu2 kewangan di luar sana boleh je kita ikuti nasihat mereka DAN tambah juga ikhtiar metafizikal. |
Pelajarilah perihal pola kemanusiaan untuk ketahui sama ada anda atau ahli keluarga anda memiliki pola kemanusiaan. Pola kemanusiaan ini umpama tugasan/ amanah dari "leluhur" atau warisan keturunan.
Graf Prestasi Malaysia pada Jun 2024 adalah jatuh rendah ke mata 4 biasanya situasi kewangan terjejas. Pada mata 4, status kewangan adalah 3 iaitu Duit Keluar. Berita2 ini menunjukkan fenomena tersebut. Perihal sebegini di luar kawalan kita. Graf rendah mendedahkan kita kepada energi kewangan negatif. Jika tiada kekuatan kepada energi negatif, ianya boleh gagalkan FIZIKAL dan jatuhkan kewangan seseorang. Maka, kita IKTHIAR energi rezeki positif secara METAFIZIKAL. Boleh je buat sendiri, tapi tu la masa sibuk berniaga/ bekerja/ belajar maka boleh juga join program Ikhtiar Energi Rezeki anjuran Dato Eddy Rosyadie. |
Bagaimana dengan anda yang punyai pola 769 kekayaan dan/atau TMA 6? Adakah anda berpuashati dengan kekayaan anda setakat ini? Pada Dato Eddy Rosyadie, kita mengejar kekayaan bukan untuk bermewah2an tetapi untuk ada dana persaraan yang besar, sama ada bekerja mahupun berniaga. Pembelian mewah itu adalah pilihan/ bonus kerana ianya membantu orang lain juga.
April 10, 2022 @ 10:15am
Oleh Mohd Jamizal Zainol / Pengerusi, Yayasan Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE)
Manusia di pasca-moden, hilang arah dan makna. Kehidupan menjadi kacau-bilau dan melelahkan. Manusia semakin ganas, hilang pertimbangan dan hilang empati. Peperangan, rasuah, membunuh diri dan cinta maddiyah (materialisme) menebal adalah penyakit semakin membungkam manusia masa kini.
Ini berpunca kehilangan makna kepada hakikat kehidupan. Manusia cuba mencari kebahagian melalui harta benda, kenikmatan jasmaniah, pengiktirafan pangkat dan gelaran semata-mata. Melihat kehidupan dunia sebagai tragedi penuh dengan penipuan dan tipu daya. Percaya manusia perlu menjadi ubermensch atau manusia superman yang perlu mencari potensi tertinggi bagi menghadapi tipu daya dan cabaran dunia bagi menentukan kehidupan sendiri hingga lupa dan membunuh 'Tuhan'.
Tidak lagi percaya adanya hari pembalasan di alam selepas dunia, tetapi semuanya mesti dihadapi dan dinikmati sekarang. Memeluk erat faham sekular yang percaya kepada semua perkara bersifat subjektif dan nisbi. Untuk itu, manusia ribuan tahun mencari makna kebahagiaan tertinggi dan kebaikan terbaik dalam kehidupan dan potensi tertinggi boleh dicapai manusia (summum bonum). Jiwa manusia resah gelisah mencari-cari dalam gelap mengenai makna kebahagiaan.
Kebahagiaan terletak kepada satu perkataan, iaitu keyakinan (certainty). Keyakinan kepada apa? Kebahagiaan tercapai apabila jiwa dan akal rasional mencapai tahap keyakinan kepada kebenaran dan kenyataan metafizik seperti hakikat ketuhanan, penciptaan dan ilmu. Melalui pengkajian metafizik sahajalah manusia akan menemui kebahagiaan sebenar. Ini bukan asing kerana manusia terdiri daripada jasad dan jiwa. Jasad kenyang tetapi jiwa lapar masih membuatkan manusia menjadi gelisah dan kelam.
Hakikat kebahagiaan sebenar bagi manusia ialah kebahagiaan dicapai jiwa. Inilah membezakan manusia dengan haiwan. Jika hanya kenikmatan jasmaniah dicari, apa bezanya manusia dengan haiwan? Justeru, pengkajian metafizik penting bagi setiap manusia bagi mencapai kebahagiaan sebenar.
Pertama, perlu difahami asas pengajian metafizik. Kita perlu memahami letak duduk ilmu metafizik ini dahulu sebelum menyentuh isu dibahaskan di bawah tajuk besar Metafizik. Metafizik ialah perbahasan ontologi, kosmologi dan psikologi. Ontologi ialah pengajian mengenai realiti, kejadian (being) dan kewujudan (existence). Kosmologi ialah pengajian mengenai alam semulajadi (tabiah) termasuk perbincangan mengenai unsur (matter), ruang (space) dan masa (time) sesuatu evolusi, sains serta pengetahuan mengenai dunia. Psikologi pula ialah penelitian mengenai masalah jiwa (soul) dan jasad (body) serta kesan metafiziknya kepada moral, etika dan agama. Jika mengikut tradisi Islam, pengkajian metafizik perlu meluas merangkumi perbahasan ahli falsafah, ahli sufi dan ahli lalam.
Menurut Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam karyanya, Prolegomena to the Metaphysics of Islam memerikan pengkajian metafizik sebagai pengkajian pandangan mengenai kewujudan yang hak dan realiti menurut Islam. Ia mesti merangkumi kehidupan di dunia ini dan juga di akhirat (inilah dikatakan hal ghaib atau as- Sam'iyyat seperti syurga dan neraka).
Pengkajian metafizik dalam Islam mesti menjawab persoalan (1) Hakikat Ketuhanan; (2) Hakikat Wahyu; (3) Hakikat Penciptaan (Creation); (4) Hakikat Manusia; (5) Hakikat Jiwa (Soul); (6) Hakikat Ilmu; (7) Hakikat Agama; (8) Hakikat Kebebasan (Freedom); (9) Hakikat Nilai dan Kebaikan (Values and Virtues) serta (10) Hakikat Kebahagiaan.
Kendatipun begitu, pengkajian metafizik mesti berdasarkan tauhid yakni Tuhan Yang Maha Esa sebagai tunjang dan titik tengah perbahasan. Pengkajian metafizik tidak boleh hanya melalui perspektif falsafi atau hanya dengan perspektif kalam atau hanya menerusi perspektif sufi.
Dengan pengkajian berpecah-pecah ini pengkaji Muslim terbelenggu oleh polemik tiada kesudahan ratusan tahun berkenaan isu sebab-akibat (causality); keterlibatan Tuhan dalam menentukan sesuatu (occasionalism) dan kewujudan konsep tertentu di alam metafizik (universalisme) mengakibatkan kesan negatif kepada umat Islam antaranya isu kafir-mengkafir dan ekstremisme.
Pengkajian metafizik mestilah bersepadu melihat semua kekayaan khazanah intelektual Islam dalam hal metafizik dan membawa kepada suatu bentuk kesatuan serta keluasan pandangan alam (worldview) dalam Islam.
Dalam hal ini, semua tokoh Islam dalam tradisi falsafah, sufi dan kalam mesti dibaca, dikaji serta dihadam. Tokoh seperti Ibnu Sina, al-Farabi, al-Ghazali, Fakhrudin al-Razi, al-Iji, hatta Mulla Sadra, Suhrawardi, Rumi serta Ibnu Arabi perlu diteliti dan dikaji supaya berlakunya kesatuan pandangan dalam hal metafizik bagi membentuk pandangan Islam tuntas dalam hal metafizik.
Semua tokoh ini Muslim dan percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan sudah tentu ahli dan berautoriti dalam tradisi masing-masing kerana idea mereka masih dirujuk ilmuwan hingga ratusan tahun.
Mengapa pengkajian metafizik penting terutama dalam zaman edan sekarang? Pengkajian Metafizik penting dalam Islam kerana metafizik bukan hanya ditaakul melalui akal dan pengalaman pancaindera tetapi menaakul perbahasan di dalam agama mengenai realiti dan kebenaran seperti dinyatakan dalam al-Quran.
Ini termasuklah persoalan Lauhul Mahfuz, qada' dan qadar, Arasy dan Qalam yang dinyatakan dalam al-Quran. Adakah kita tidak berfikir mengapa ianya dinyatakan dalam al-Quran? Nah, apabila ia dinyatakan dalam al-Quran, maka ia harus dikaji dan ini membuktikan pengkajian metafizik mesti selari dengan al-Quran. Faham metafizik yang betul penting kerana tindakan betul (right action) hanya dapat dicapai jika ia selari, sepadan dan disahkan dengan realiti ontologi dan logik kebenaran.
Ontologi di sini bermaksud realiti setiap sesuatu (haqa'iq al-ashya') yang ditetapkan setegap-tegapnya dalam ilmu Tuhan dikenali sebagai al-ayan al-thabitah. Tindakan betul (right action) itu nanti akan memastikan kita sentiasa beradab.
Adab ialah kebolehan meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan hakikat sesuatu. Dengan adanya adab dalam diri manusia, maka hikmah akan timbul. Melalui hikmah ini nantilah, seseorang manusia dapat melaksanakan keadilan pada dirinya dan dalam masyarakat.
Pendek kata, peri pentingnya memugarkan semula pengkajian metafizik kerana ilmu inilah nanti berupaya untuk memberikan kebahagiaan sebenar kepada manusia. Ia memberikan keyakinan kepada manusia kepada makna sebenar mengenai kehidupan.
Penulis adalah Pengerusi, Yayasan Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE)
Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2022/04/944255/kajian-metafizik-berlandas-islam-bantu-manusia-capai-makna-kebahagiaan
Dalam metafizik pernomboran versi Dato Eddy Rosyadie, kes ini punyai banyak pola dan parameter yang "red flags". Untuk menjelaskan satu persatu memerlukan sesi yang panjang juga bertemu dengan pesakit untuk menentukan punca serta strategi/ ikhtiar pemulihan bersesuaian. Antaranya; 1. Pola 1111 2. TMA (Tengah Mata Angin) 5 3. Pola 189 4. Pola 333 5. Pola 459 6. Ketidakseimbangan angka 1-9. |
Boleh jadi juga banyak angka 8. Dan boleh jadi juga beberapa angka yang tiada dan yang sedia ada. Sebenarnya, yang paling penting dalam kehidupan kita adalah KESEIMBANGAN cara hidup. Iaitu dijelaskan dengan 4 jenis Energi yang diperlukan oleh setiap manusia; 1. Energi FIZIKAL 2. Energi MENTAL 3. Energi SPIRITUAL 4. Energi METAFIZIKAL. |
Apabila ada potensi kekayaan pola 769 tidak semestinya mesti akan konsisten kaya sebaliknya ada musibahnya terutamanya melalui tempoh dan tahun yang sukar. Apapun, kekayaan telah direalisasikannya.
Maklumbalas seorang klien. Jelas menunjukkan kewujudan "energi" kepada seseorang. Bukannya Dato Eddy Rosyadie membuat energi kepada klien pun. Ianya datang sendiri tanpa pengetahuan klien. Kerana itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program Ikhtiar Energi (Energi Metafizik) selain daripada terus menjalankan khidmat konsultansi metafizik pernomboran. |
Perihal duit masuk (Pola 769 kekayaan) adalah perkara berbeza dengan duit keluar terutamanya dalam dekad halangan.
Bersempena dengan Hari Wukuf / Hari Arafah yang mempunyai khasiat sangat baik dalam Energi Spiritual yang mana jutaan Umat Islam membuat berpuasa dan berdoa, kita selitkan Energi Metafizikal iaitu perihal rezeki. Semoga ikhtiar dan doa kita pada hari tersebut membuahkan hasil untuk energi rezeki yang positif. |
FIZIKAL kewangan kita sering diganggu energi negatif menyebabkan pendapatan yang besar tidak mencukupi. Contoh dari artikel ini $12K x RM3.5 = RM42,000 sebulan. Jika di Malaysia ini, RM5K sebulan sudah cukup besar apalagi jika RM40K sebulan. Nak buat macam mana di luar kawalan kita. Maka, kita IKTHIAR energi rezeki positif secara METAFIZIKAL. |
Batu Pyrite adalah satu jenis batuan yang menyimpan energi. Dalam Wikipedia, batu Pyrite digunakan dalam bateri Energizer. Itu secara sains. Secara metafizik, Pyrite dikatakan mampu untuk mendedahkan masalah kesihatan pada badan kita kerana tenaga padanya tidak dapat disalurkan ke badan kita. Jadi, buatlah pemulihan dan rawatan terlebih dahulu sebelum dapat manafaat yang baik dari Pyrite. Dalam kes ini, gelang Pyrite itu telah dienergikan oleh Dato Eddy Rosyadie. Jadi, jika anda ada/ beli gelang/ cincin batu Pyrite bolehlah PM kepada Dato Eddy Rosyadie untuk dienergikan. Juga, Dato Eddy Rosyadie ada menjual minyak wangi Pyrite jenis roll-on haruman campuran Floral+Herbal bauan sesuai untuk semua jenis umur. |
Anda ada pola 38/ 83 tak? Kahwin dengan anak raja :)
Seperti diri saya, ada pola 83 tapi bukanlah kerabat raja mana-mana cuma keturunan kesultanan sahaja (Raden Jawa mungkin Majapahit atau Demak)