Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan Dikecapi Kekayaan Dinikmati

11/26/2023

0 Comments

 
Picture

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak Statik tarikh lahir (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan menjalankan bisnes yang berkaitan dengan potensi dirinya.

Picture
Betullah bilamana ada zuriat maka rezeki kita bertambah menjadikan kita seorang jutawan. Namun, untuk menampung kehidupan sebagai seorang jutawan ibu bapa, kita perlu berusaha bersungguh2 untuk mengekalkan status kita itu. Tapi, ada saja energi negatif kewangan yang mengganggu kita yang makan kesabaran dan ketabahan kita. Bukannya kita tak berusaha bersungguh2 tapi gangguan energi negatif kepada usaha dan juga jhasilnya menjadikan kita sukar untuk biayai keluarga. Maka kita usahakan juga mengamalkan amalan kewangan positif dan ikhtiarkan energi rezeki positif untuknya. Boleh sahaja buat sendiri. Boleh saja rujuk mana2 sifu kewangan. Dan Dato Eddy Rosyadie juga ada menawarkan khidmat strategi kewangan secara pernomboran dan ikhtiar energi rezeki.

Picture
Picture
Potensi dalam dunia fesyen ada dalam Petak statik Tarikh Lahir dan Tarikh Daftar Syarikat (ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Namun, 2023 = iaitu tahun kerugian dan tahun kehilangan serta tahun ujian mental tersalah langkah menyebabkan dihukum.

Picture
Picture
2024 = 8 iaitu tahun tekanan. Berita2 ini menunjukkan tekanan kepada pelarian perang. Disebabkan kerana agensi sudah kekurangan dana. Dahlah berstatus pelarian perang dan bantuan tidak lagi diberikan maka berlaku stress!!

Picture
Picture
Wanita ini mengadu sekarang ini mengalami kepenatan/kelesuan, banyak kerja2 terhalang/ separuh jalan, wang disedut dan perkahwinannya tidak stabil. Apabila diperiksa graf hayat, itulah yang dilaluinya dalam tempoh 10 tahun ini.  Kedah Graf Hayat BUKAN UNTUK MENILIK NASIB tetapi mengesahkan fenomena dan untuk MEMAHAMI perjalanan kehidupan. Maka kita boleh buat tindakan pembetulan.

Dapatkan Laporan Graf Hayat (sekali seumur hidup) untuk mengetahui fenomena yang melanda diri anda juga spesifikasi diri anda tentang kerjaya, perihal rezeki, perihal pasangan, perihal hartanah dan banyak lagi tentang diri anda.

Picture
Tarikh nikah adalah cantik untuk perkahwinan namun perjalanan tarikh nikah untuk 10 tahun pertama ada potensi konflik menyebabkan perceraian.

Jika anda berparameter sebegini, tidak semestinya perlu berpisah tetapi dapatkan kerjasama pasangan anda untuk sama2 menempuhi musibah/ dugaan dengan baik. Selain berusaha bersungguh2, ikhtiarkan juga energi kasih sayang positif.

Graf Prestasi Diri untuk Disember adalah sangat rendah pada mata 1. Kehidupan di tahun 2023= 7 iaitu tahun ujian mental menguji emosi dsbnya. Disember lagilah terkesan. Apapun, usahakan melawan prestasi rendah sebegini, mengamalkan kehidupan positif dan ikhtiarkan energi positif untuk diri sendiri.
Picture

Tahun 2023 = 7 iaitu tahun ujian mental satunya menguji kasih sayang, kesetiaan pasangan. Sama ada anda harmoni mahupun tidak, ada ujian mental menguji anda dan pasangan anda. Itulah energi kasih sayang negatif maka kita ikhtiarkan energi kasih sayang positif untuknya.

Tentu anda ingat kisah seorang usahawan wanita bersama suaminya influencer yang kontroversi berkahwin dua baru2 ini. Punyalah si isteri menjaga suami dengan begitu baik namun tahun 2023 = 7 iaitu tahun ujian mental menguji mental si isteri dan juga menguji si suami dengan perkara mereka paling sayang iaitu rumahtangga mereka. Begitulah adat kehidupan ini penuh ujian iaitu energi negatif. Maka kita ikhtiarkan energi positif untuknya.

Picture
Tarikh nikah ada konflik keserasian dan perjalanan tarikh nikah 20 tahun ada konflik keserasian. Kerana itulah Dato Eddy Rosyadie memilih tarikh yang baik dan juga perjalanan tarikh yang baik untuk 20 tahun pertama untuk ikhtiar energi kasih sayang. Namun, tarikh cantik sebegitu bukan ada selalu.

Picture
Apakah kita ini berkahwin kerana perihal kewangan? Ramai kata berkahwin kerana cinta tapi mengapa berpisah kerana perihal kewangan? Jadi, nak tak nak kena bersetuju juga yang perkahwinan ini ada kena mengena dengan kewangan. Iaitu masalah kewangan membawa kepada perpisahan. Maka, selain kita berusaha bersungguh2, kita ikthiarkan energi rezeki dan kasih sayang yang positif kerana kita selalu diancam dengan energi kewangan negatif dan energi kasih sayang negatif.

Tahun 2023 = 7 iaitu tahun kerugian dan tahun kehilangan. Bukan sahaja kita kerugian kewangan tetapi kehilangan simpanan kewangan. Perbelanjaan keluar yang banyak tak disangka2 pada tahun 2023 ini kerana perihal kos meningkat adalah sebentuk kehilangan. Iaitu kehilangan hasil dari usaha bersungguh2 kita. Maka kita ikhtiarkan energi rezeki yang positif untuk menguatkan hasil dari usaha bersungguh2 kita dari terus menghilang.

Picture
Kekayaan kerana pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan perjalanan kehidupan dapat dijelaskan menggunakan pernomboran hasil dari kumpulan kajian yang dilakukan oleh Dato Eddy Rosyadie sejak 2006 yang dijadikan panduan untuk kita iaitu kita belajar dari pengalaman sebenar orang lain.

Picture
Buat simpanan RM50 adalah sebentuk stress (tekanan). Begitulah energi kewangan negatif menjadikan kita payah/ sakit untuk buat simpanan. Bukan kita tak berusaha bersungguh2 pun. Maka kita ikthiarkan energi rezeki positif untuknya supaya kita mampu buat simpanan RM50 malah lebih dari itu lagi secara berterusan.

Picture
Tarikh daftar syarikat ada potensi perihal dunia makanan tidak semestinya menjadi tukang masak tetapi perihal dunia makanan bermula dari bahan mentah kepada barangan telah dimasak. Dalam perihal ini, menjadi pengeluar/ pembekal bahan mentah dunia masakan.

Picture
Bukan sahaja di Malaysia, pengeluaran KWSP atau EPF untuk simpanan persaraan dikeluarkan tapi juga di negara seperti USA dan New Zealand.

Sebab? Pembayaran kos sara hidup.

Ini adalah satu energi negatif kewangan yang menyebabkan hasil bebentuk simpanan dari usaha kerja kita disedut oleh energi negatif kewangan. Beginilah peranan energi negatif kewangan yang selalu dan banyak kali mengancam kita. Maka kita ikthiarkan energi rezeki positif. BOLEH BUAT SENDIRI.

Atau dapatkan khidmat ikhtiar energi rezeki dari Dato Eddy Rosyadie.
Picture

Picture
Merealisasikan potensi kehidupan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan memaksimakan potensi tersebut.

Picture
Picture
Bukannya pesawah tu tak berusaha bersungguh2. Dah berusaha bersungguh2 tapi energi kewangan negatif menggangu usaha dan hasil mereka. 

Graf Prestasi Malaysia bulan Disember adalah mata 5 biasanya mata 5 ini adalah halangan terutamanya dalam perihal kewangan. Berita ini menunjukkan fenomena tersebut. Ini satu dari energi kewangan negatif yang melanda kita. Mungkin anda berkata, saya kerja pejabat kerajaan tak ada kerugian sebegini, tetapi anda juga mengalami perbelanjaan keluar tak disangka2 juga sebentuk energi negatif kewangan.

Maka, kita ikthiarkan energi rezeki positif untuknya.

Picture
Apabila melalui tempoh dekad halangan menjejaskan kewangan. Bukannya tidak berusaha bersungguh2 tetapi parameter sebegini mendedahkan kepada energi kewangan negatif.

Picture
Selain dari kita berusaha bersungguh2, kita ikhtiarkan juga energi rezeki positif di kala kita sering diancam dengan energi kewangan negatif menyebabkan urusan tertangguh dsbnya.

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan boleh saja menggunakan kekayaan itu untuk bermewah kerana kemewahan itu dibuat oleh ramai orang2 lain yang membangunkan kekayaan itu.

Picture
Diri sendiri perlu mesti juga buat simpanan kecemasan kerana KWSP lebih kepada dana persaraan. Kita berusaha dan berikhtiar untuk kejar kekayaan adalah kerana untuk buat simpanan dana persaraan. Memang duit tak boleh bawa mati tapi sementara masih hidup ini, duit menjadi keperluan untuk hidup.

Picture
Kedua2 kes yang lebih kurang sama. Mereka berdua ada satu pola yang sama. Dan pola demikian seringkali dikaitkan dengan perihal energi dan mistik.

Picture
Wanita perlu mainkan peranan untuk mengingatkan suami. Tidak mengharap suami ingat segala2nya dan ahkirnya menyalahkan pula suami. Namun, jika berulang kali mengingatkan tapi si suami buat tak tahu saja itu cerita lain.

Begitulah risiko untuk SETIAP perkahwinan.



Picture
Tarikh nikah ada potensi konflik. Baru bermula perkahwinan telah berlaku beberapa perkara yang konflik.

Tidak semestinnya perlu bercerai sebaliknya bersama2 menanggung risiko dan bebanan perkahwinan BERSAMA- SAMA secara baik dengan amalan2 kasih sayang yang positif dan energi kasih sayang yang positif.

Picture
Pelik. Kata cinta sampai ke puncak Himalaya berkorban apa saja. Tapi ada pula isu sebegini? Ini bermakna cinta anda itu tidak ikhlas. Sama ada anda sendiri atau pasangan. Namun, kadang tu bukan disengajakan tidak ikhlas. Dari segi perspektif metafizik adalah kerana ancaman energi negatif kasih sayang. Ada saja ancaman tersebut. Sebaiknya sebelum berkahwin, dapatkan dulu strategi secara pernomboran, memahami perjalanan2 hidup dan seterusnya berusaha serta berikhtiar untuk mengekalkan perkahwinan dan energi kasih sayang.

Kalau beginilah cara orang Malaysia kahwin, bermakna pasangan bukan sahaja bertemu dengan Kadi untuk bernikah tapi bertemu dengan juga dengan bomoh untuk merawat perkahwinan.

Picture
Tarikh nikah sangat cantik tetapi perjalanan 10 tahun pertama tarikh nikah kurang cantik pula. Terdedah dengan parameter dan energi negatif kasih sayang seperti kes ini.

Kerana itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan ikthiar energi kasih sayang pada tarikh yang cantik dan 20 tahun perjalanan tarikh nikah yang cantik. Sebab kasih sayang ini bukan untuk sehari sebaliknya berpanjangan.

Program ikhtiar energi kasih sayang yang terakhir untuk 2023. Setelah sepanjang tahun 2023 = 7 iaitu tahun ujian mental yang menguji kita dengan ujian perselisihan faham, ujian perpisahan dan ujian perceraian dsbnya maka kita tidak mahulah membawa energi negatif sedemikian ke tahun depan 2024. Maka kita ikhtiarkanlah energi kasih sayang yang positif untuknya. Namun, bukan sekadar untuk pasangan suami isteri sahaja, tetapi juga untuk;
1. Mereka yang belum jodoh/ jodoh tak lekat2.
2. Keharmonian ahli keluarga.
3. Keakraban rakan2, rakan2 sepejabat, majikan
​4. Kesetiaan pelanggan baru dan sedia ada.

Picture
Perhubungan berpasangan amat bergantung sangat kepada komunikasi pasangan. Namun, wanita ini pula suka memendam rasa malahan hubungan sehala dari wanita kepada teman lelaki. Jadi, untuk hubungan pasangan yang berjaya (dua hala) amat memerlukan kepandaian komunikasi dari kaum wanita kerana hubungan pasangan bukan sahaja bersifat fizikal tetapi juga emosional.

Picture
Pola wanita yang disukai oleh lelaki sangat muda darinya ada dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Suka sama suka terpulang kepada kehendak hati. Begitulah sudah tertulis a.k.a takdir kehidupan.

Picture
Tak adalah Tuhan bercakap sebegitu. Ini satu perumpamaan motivasi. Tahun 2023 = 7 adalah tahun yang penuh dengan energi negatif mengenai kerugian, kehilangan dan ujian mental. Ianya untuk MEMBINA kekuatan mental kita dan tentunya tahun seterusnya untuk nikmati hasil dari berjaya kuat mental kita.

Picture
Dari kajian Dato Eddy Rosyadie, bulan Disember sesuatu tahun adalah MOMENTUM untuk tahun seterusnya. Namun, momentum yang dibawa ke tahun hadapan itu membawa juga memori/ kenangan tahun 2023=7 iaitu tahun kerugian, tahun kehilangan iaitu memori/ kenangan yang pahit. Dahlah 2024=8 iaitu tahun tekanan dan kita bawa pula memori/ kenangan pahit tahun 2023=7.

Oleh yang demikian, kita ikthiarkan energi positif, jika boleh pemulihan (kod MAC atau kod MAG) untuk kita pulih dari memori/ kenangan pahit tersebut. Kita ikhtiarkan momentum untuk ke tahun 2024=8 adalah sesuatu yang positif supaya usaha kita jadi positif dan hasilnya juga positif.

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie). Perjalanan kerjaya/ bisnes dapat dijelaskan dengan pernomboran tarikh lahir hasil dari kajian berterusan Dato Eddy Rosyadie kepada orang sebenar.

Selain dari kita berusaha bersungguh2, kita ikhtiarkan juga energi rezeki positif.

Ada perihal rezeki yang kita tak boleh kawal maka kita ikhtiarkan energi rezeki yang positif untuknya.
Picture

Picture
Angka 8 adalah tanggungjawab oleh kerana tanggung dan jawab, maka tertekan dengan tanggungjawab tersebut. Berusaha bersungguh2 menguruskan tanggungjawab tersebut dengan baik.

Picture
PUNCA UTAMA TEKANAN BUAT WANITA.., adalah DUIT!
.
Wanita stress tak cukup duit nak shopping online, tak cukup duit nak beli gelang emas lipan, tak cukup duit nak naik cruise ke Artik sejuk.

Bukan stress kerana karenah anak2 sepahkan rumah dan karenah suami nak kahwin 2-3 tetapi stress perihal masalah kewangan. Ada kewangan yang baik tentu menggembirakan kaum wanita; bebas dan boleh berdikari.

Kerana itu, sejak 2012 Dato Eddy Rosyadie menganjurkan ikhtiar energi rezeki positif untuk ikhtiar kewangan yang baik. Juga, sejak 2006 lagi Dato Eddy Rosyadie menyediakan kuliah/ konsultansi menggunakan pernomboran untuk perihal kewangan secara alternatif. Malah, dalam laman web ini menjurus lebih banyak kepada perihal kekayaan dan kewangan.

Picture
Dari perspektif metafizik pernomboran pula adalah kerana dekad tekanan, tahun tekanan dan gabungan tekanan. Oleh kerana banyak perihal tekanan ini menjadikan perniagaan tidak dapat bertahan lama. Perniagaan berasaskan makanan sudah tepat untuk kedua2 pasangan ini.

Oleh itu, untuk usahawan yang bakal/ sedang mengusahakan perniagaan, sebaiknya dapatkan panduan sebegini dari Dato Eddy Rosyadie sebelum/ sedang berniaga untuk memastikan perniagaan dapat bertahan lama dsbnya juga memahami kenapa sesuatu perniagaan itu tidak dapat bertahan lama untuk dibuat pembetulan sewajarnya.

Apabila berada di dalam tempoh tekanan, maka keputusan dibuat dalam tekanan. Untuk itu dicadangkan untuk buat keputusan dalam tempoh yang bukan tekanan. Jikalau buat juga keputusan dalam tempoh tekanan, sebaiknya buat perbincangan yang mendalam terlebih dahulu.
Picture

Picture
Wanita pertama yang menjadi CEO industri otomatif mempunyai jurusan/ kelayakan yang mencabar biasanya bidang lelaki. Begitulah perjalanan hidupnya dapat dijelaskan secara pernomboran Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Picture
Picture
Picture
Satu graf hayat kepunyaan seorang wanita yang menghadapi keletihan, masalah kewangan, masalah mahu berhenti kerja, selalu buat benda terhalang. Fenomena2 yang dilaluinya itu ada tertulis dalam graf hayat ketika tempoh usia sekarang. Jadi, gunakanlah graf hayat untuk MEMAHAMI kehidupan dan seterusnya buat tindakan positif untuknya.

Untuk mengetahui dan mendalami graf hayat, anda boleh;
1. Belajar sendiri tentang graf hayat dalam sesi Video Rakaman Dato Eddy Rosyadie.
​Hubungi 017 769 7946
atau
2. Dapatkan Laporan Graf Hayat (sekali seumur hidup).

Picture
Tahniah kepada pasangan ini semoga perkahwinan harmoni sepanjang hayat. Dari tarikh lahir individu ini ada perihal pasukan beruniform dan dari tarikh lahirnya dibuat petak pasangan, didapati juga ada pola tentang pasukan uniform. Menariknya, tarikh lahirnya berkaitan dengan air. Mungkin penguatkuasa maritim, tentera laut atau pasukan bomba.

Picture
2023 = 7 iaitu tahun ujian mental. Ramai orang mengalami fenomena2 yang menguji mental mereka dan energi negatif sebegini menjadikan ramai kurang bersemangat lagi, malas nak berusaha sungguh2 dsbnya. Hanya diri sendiri yang mampu untuk melawan energi negatif sebegini dengan bangkit dan kembali aktif. Hasil dari tindakan yang positif melancarkan kembali usaha yang tergendala sebelum ini. Kan Dato Eddy Rosyadie sering beritahu di sini yang usaha sungguh2 kita boleh jadi negatif disebabkan oleh energi negatif. Maka kita bertindak secara positif dan ikhtiar energi positif untuknya.

Picture
Picture
2023 = 7 iaitu tahun ujian mental. Menguji kita tentang apa yang kita sangat sayangi seperti harta, anak, suami/ isteri, orang yang dipercayai dsbnya.
Apa salah lelaki Islam kahwin dua atau empat? Tak ada dosa pun mengikut syariat Islam. Bilamana lelaki itu ada pola poligami seperti individu ini. Si isteri terimalah takdir yang tertulis walau pahit dah memang tertulis pun.

Jadi, kepada mana2 wanita yang mahu berkahwin dengan lelaki, periksa dahulu lelaki itu ada pola poligami atau tidak jika tak mahu hati anda dilukai nanti. Atau anda kahwin sajalah lelaki yang ada pola poligami dan terima poligami itu satu hari nanti. Redha dan tabah.

Namun, bukan semua lelaki yang ada pola poligami perlu mesti berpoligami. Terpulang kepada rasa hati juga. Jika anda tahu anda ada pola poligami, terpulang kepada anda untuk teruskan atau tidak serta berbincang dengan isteri sedia ada terlebih dahulu jika mahukan berpoligami.

Cerai kerana masalah kewangan? Kata cinta itu bukan emas permata tetapi cinta itu dari hati yang tulus. Tipulah tak ada duit masih terus bercinta lagi.

Kerana itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan strategi kewangan secara alternatif iaitu pernomboran. Ramai je sifu2 kewangan takkan Dato Eddy Rosyadie nak bersaing. Tetapi gabunglah kaedah2 sifu kewangan dengan kaedah pernomboran.

Juga, kerana itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan ikhtiar energi rezeki positif kerana kita sering dilanda ancaman energi kewangan negatif yang menyusahkan usaha sungguh2 kita serta mengurangkan hasil kita.
Picture

Picture
Bulan 12 adalah momentum untuk tahun hadapan bermaksud tahun depan iaitu 2024 = 8 iaitu tekanan sudah bermula pada bulan 12 ini. Teruskan berusaha bersungguh2 walau di dalam tahun 2024 = 8 iaitu tekanan sebentuk energi negatif yang mendatangkan keresahan, kemurungan, kekecewaan, kesedihan kepada kita. Maka kita ikhtiarkanlah energi positif untuk tahun 2024= 8 bermula dari momentum tersebut.

Picture
Perjalanan hidup dapat dijelaskan dengan pernomboran dari Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) berdasarkan kepada kajian2 Dato Eddy Rosyadie sejak 2006 lagi. Boleh saja buat pelbagai bidang perniagaan kerana ada pola pelbagai bidang. Dan merealisasikan pola 769 kekayaan.

Picture
Usaha kerajaan membantu usahawan jadi terbantut kerana peminjam2 tak dapat lunaskan bayaran.  Memang begini trend usahawan? Meminjam tapi tak dapat melunaskan hutang. Agensi seperti AIM, TEKUN, MARA malah PTPTN pun ada masalah sebegini.

Maka, usahawan benar2 perlukan perancangan dan strategi untuk menjalankan perniagaan selain berusaha bersungguh2 dan amalan kewangan positif. Dato Eddy Rosyadie ada menyediakan konsultansi peribadi untuk usahawan/ peniagan untuk perancangan dan strategi perniagaan menggunakan kaedah alternatif iaitu pernomboran tarikh lahir dan graf hayat. Ramai je sifu2 perniagaan di luar sana dan gabungkanlah kaedah2 mereka itu dengan kaedah alternatif sebegini.

Picture
Bukan 'macam' dah lagi tetapi memang punyai aura puteri raja pun dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) berdasarkan kajian Dato Eddy Rosyadie sejak 2006 dan dipaparkan di sini 3 contoh kajian.
0 Comments

Kejayaan Mendatangkan Kekayaan

11/13/2023

0 Comments

 
Picture
Walaupun tidak dilahirkan dengan pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) tetapi dekad terkini beliau ada pola 769 kekayaan dan ditawarkan kekayaan yang sangat2 tinggi.

Maka, tidak semestinya anda yang tiada pola 769 kekayaan tidak boleh capai kekayaan. Ada dekad atau tahun malah bulan yang ada pola 769 dalam tarikh lahir anda. Yang penting anda sentiasa berada dalam persekitaran kekayaan.

Picture
2023 = 7 iaitu tahun kerugian menjejaskan peniaga2 kecil mahupun perniagaan berskala premium dan besar. Sebab utama adalah kos meningkat dan kerugian pun terjadi. Bukannya kita tak berusaha bersungguh2 pun. 

Sebab itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan ikhtiar energi rezeki positif memandangkan walau kos meningkat tetapi ada perniagaan berjalan dengan baik.

Picture
Picture
Banyak faktor diteliti antaranya nama filem, nama filem dengan pelakon utama, tarikh dilancarkan dsbnya. Kerugian bukan sedikit tetapi memakan ratusan juta dollar.

Picture
Picture
Picture
Belajar sendiri perihal Graf Hayat anda secara video rakaman Dato Eddy Rosyadie boleh bila2 masa. Contoh cara membaca 2 graf hayat individu sebenar ada dalam video tersebut. Hubungi Dato Eddy Rosyadie 017 769 7946 atau 016 624 9666 untuk hadiri kelas video tersebut.

Picture
Apabila melalui tempoh dekad tekanan memberi tekanan kepada perkahwinan. Dua perjalanan tarikh yang berbeza namun ada kaitan kedua2nya.

Apakah anda dalam situasi sama? TIDAK SEMESTINYA PERLU BERCERAI. Kita belajar dari pengalaman orang lain untuk peningkatan kehidupan kita.

Simpanan kewangan yang sangat digalakkan adalah 6 bulan perbelanjaan bulanan. Contohnya, jika anda berbelanja sebanyak RM3,000 sebulan untuk makan, petrol, tol, bayar rumah, bayar kereta dsbnya maka RM3,000 x 6 bulan = RM18,000 simpanan. Sebenarnya simpanan ini perlu juga masuk bayaran lain seperti road tax, cukai tanah, maintenance kereta dll bayaran mahpun kecemasan. Senaraikan perbelanjaan anda dan usahakan serta ikhtiarkan energi untuk berjaya mengumpulkan 6 bulan simpanan sedemikian.
Picture

Picture
Perjalanan tarikh nikah adalah satu perjalanan berlainan dengan tarikh lahir namun perjalanan tarikh lahir lebih menguasai lebih2 lagi tarikh nikah punyai potensi konflik.

Picture
Bukannya mereka tak berusaha bersungguh2 namun usaha mereka dihalang/ diancam energi kewangan negatif menyebabkan hasil dana simpanan mereka adalah sedikit. Sudahlah sedikit untuk keluarkan dihalang dengan beberapa syarat kena tunggu umur 55 tahun pula.

Maka, kita ikhtiarkan energi rezeki positif supaya usaha dan hasil kita positif dan mendapat sumber rezeki cara lain atau pelbagai sumber. Rezeki bukan sekadar kewangan tetapi rezeki sihat, rezeki kecukupan dsbnya walaupun simpanan KWSP adalah terlalu sedikit.

Picture
Bukan tujuan posting ini menujukkan perkahwinan ini mesti berakhir dengan perceraian tetapi tujuan utama menunjukkan bahawa perkahwinan itu adalah sebentuk amanah dan tanggungjawab. Dan ianya lebih berat bilamana pasangan melalui tempoh2 sukar. Maka, kita jadikan ini sebagai panduan dalam perkahwinan kita.

Picture
Picture
Ikhtiar menggunakan energi Spiritual (keagamaan) dan energi metafizikal (mandian garam) apabila berada dalam keadaan kesukaran. Pada PKP 2020/2021 lalu, bisnesnya jatuh dan sakit serta hilang ingatan. Kini beliau pulih dan bangkit dan memulakan perniagaan baru.

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (2021 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan bisnesnya dapat dijelaskan menggunakan pola2 potensi tarikh lahir hasil dari kajian Dato Eddy Rosyadie mengumpulkan data2 pengalaman orang sebenar sejak tahun 2006 dan diposting di laman web ini serta di Instagram datoeddyrosyadie. Ianya bukan bisikan jin, bukan tilikan halus dan bukan sengaja direka2 tetapi kajian yang dikumpul dari orang2 sebenar secara berterusan.

Picture
Kita ikhtiarkan energi. Supaya kita dapat berusaha dengan bersungguh2 secara positif dan hasilnya adalah positif jua. Di kala kita mengalami kepayahan dalam kehidupan itulah energi kewangan negatif menggangu kewangan kita. Maka, kita ikhtiarkan energi positif untuknya.

Picture
Memang ada potensi dalam dunia makanan itu memang tertulis dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (2021 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) malah tertulis untuk buka cawangan yang banyak.

Begitulah bilamana kita MEMAHAMI perjalanan hidup kita a.k.a takdir maka kita lebih berpeluang untuk berkerja/ berniaga bersungguh2 mencapai kekayaan.

Picture
Kekangan kewangan menyebabkan ramai orang tak dapat memiliki rumah yang selesa. Nak kata tak berusaha bersungguh2 dah memang berusaha bersungguh2 pun namun ada saja kekangan, kepayahan kewangan dsbnya kepada usaha dan hasilnya.

Maka, kita ikhtiarkan pula energi rezeki positif kerana kita sering dilanda energi kewangan negatif yang menyebabkan usaha dan hasilnya menjadi negatif.

Teruskan berusaha bersungguh2, membuat amalan kewangan yang positif dan ikhtiarkan juga energi rezeki positif.

Picture
Pelakon utama Aquaman ini sangat2 tertarik dengan suasana air/laut malah lakonannya itu pun berkaitan air/laut (Aquaman dan Baywatch). Ada pola sebegitu dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (2021 ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Sebentuk simpanan kewangan yang baik di kala keadaan ekonomi kurang baik. Membuat simpanan dalam bentuk emas dan kemudian menggunakannya ketika memerlukannya.

Namun, trend sebegini tidak bagus untuk berterusan secara berpanjangan. Kos hidup yang meningkat naik adalah satu energi kewangan negatif yang menyebabkan simpanan kewangan kita makin berkurangan. Kita terus berusaha bersungguh2 dan membuat amalan kewangan yang positif.

Di kala 2023 = 7 iaitu tahun kerugian dan tahun 2024 = 8 iaitu tahun tekanan, kita tak dapat untuk mengelakkan daripada energi kewangan negatif. Maka, kita ikhtiarkan pula energi rezeki positif untuknya. Boleh saja buat sendiri energi tersebut.

Boleh juga dapatkan khidmat Dato Eddy Rosyadie untuk membuat energi rezeki bagi pihak anda kerana anda sering sibuk dengan usaha bersungguh2 anda itu.
Picture

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Memang dilahirkan untuk ada potensi dalam dunia makanan. Dan direalisasikan potensi tersebut untuk meraih kekayaan/ kejayaan.

Perjalanan hidup memang sudah tertulis a.k.a takdir jadi kita cuba MEMAHAMI dan buat tindakan sewajarnya. Bukan untuk menilik nasib, bukan bisikan jin, bukan tilikan halus dan bukan sengaja direka2 kosong. Ini adalah kajian Dato Eddy Rosyadie sejak 2006 lagi.

Fahamlah apa yang dimaksudkan dalam "keadaan yang terendah" kerana sedang melalui tempoh 10 tahun tekanan. Sebenarnya, individu ini melalui 30 tahun tekanan. Begitulah perjalanan hidup kita a.k.a takdir kita. Maka kita MEMAHAMI dan berbuat tindakan pembetulan strategi dan ikhtiar energi yang sewajarnya daripada biarkan sahaja dalam tempoh tekanan untuk tempoh masa sangat lama.
Picture

Picture
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini semoga perkahwinan harmoni sepanjang hayat.

Perjalanan kehidupan dapat dijelaskan dengan pernomboran. Itupun hasil dari kajian Dato Eddy Rosyadie sejak 2006 lagi mengumpulkan fenomena sebenar daripada orang sebenar.

Picture
Ada ilmu pernomboran adalah untuk BERJAGA2 dalam kehidupan. Takut tersalah pilih dan menyebabkan merana. Inipun dari pengalaman kakak2 individu ini sendiri. Dijadikan panduan kepada dirinya untuk memilih pasangan yang terbaik untuknya.

Picture
Picture
Picture
Klik pada salah satu flyer di atas untuk terus daftar ke WhatsApp Dato Eddy Rosyadie 017 769 7946 boleh daftar dahulu.

​Dari Graf Prestasi Malaysia Tahun 2023, bulan Disember jatuh menjunam ke mata 5. Iaitu dijangka bulan yang banyak musibah dan halangan. Selalunya, Malaysia berhadapan dengan banjir besar yang memungkinkan tanah runtuh dsbnya. Ianya melibatkan kewangan dan rezeki kita jua. Prestasi rendah mendedahkan usaha rezeki kita kepada energi negatif dan hasil pun negatif. Maka,  kita ikhtiarkan energi rezeki positif untuk positifkan usaha kita dan hasilnya.

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan perjalanan bisnes dapat dijelaskan secara kaedah pernomboran.

Maka, kita kenali potensi pola kita dari tarikh lahir kita untuk usahakan dan ikhtiarkan kekayaan serta bisnes/ kerjaya yang sesuai dengan perjalanan hidup kita.

Picture
Picture
Tahun 2023 =7 iaitu tahun kerugian, tahun kehilangan mahupun tahun ujian mental dan dengan status kewangan 3 duit banyak keluar.

Bulan Oktober - Disember merupakan momentum untuk tahun depan. Dari berita ini November 2023 menceritakan Bursa Malaysia momentum yang positif dan dijangka berterusan. Maka, 2024 adalah satu tahun yang banyak rezeki, masa sesuai buka perniagaan dsbnya.

Picture
Apabila diteliti daripada tarikh pengkorporatan tiada pola dunia makanan (cafe). Tetapi apabila di dalam dekad 30an ada pola makanan (cafe) dan kebetulan menceburi perniagaan kedai serbanika termasuk cafe. Tarikh pengkorporatan sesuai dengan jenis industri pos/ logistik dan ada pola potensi tentang peruncitan juga.

Picture
Picture

Picture
Bukannya rakyat Malaysia tidak berusaha bersungguh2 tetapi usaha mereka dicemari energi negatif menyebabkan hasilnya negatif. Energi negatif kewangan menghalang untuk membuat simpanan seperti fenomena Vacuum Star, Status Kewangan 3, Pola 1-8 dan sebagainya.

Maka, kita teruskan berusaha bersungguh2, membuat amalan kewangan positif dan ikhtiar energi rezek positif untuk usaha yang positif dan hasil yang positif.

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan melalui tempoh dekad 10 tahun yang juga pola 769. Apabila bayaran zakat tinggi tentunya pendapatannya adalah tinggi juga.

Picture
2023 = 7 iaitu tahun kerugian. Secara umumnya, Dato Eddy Rosyadie tak galakkan MEMULAKAN bisnes pada kitaran tahun 7 kerana berpotensi kerugian. Ini adalah contoh perniagaan yang mula berniaga pada awal tahun kitaran 7 dan kini terpaksa tutup.

Namun, secara khususnya ada perniagaan2 tertentu yang boleh bermula pada tahun kitaran 7 itupun memerlukan perbincangan bersama Dato Eddy Rosyadie dahulu dalam sesi konsultansi perniagaan.

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan perjalanan kehidupannya dapat dijelaskan dengan pernomboran. Dalam Wikipedia tentang dirinya menunjukkan terlalu banyak pencapaian beliau dan beliau memaksimakan potensi dirinya terlibat dalam pelbagai jenis sukan dan lain2 bidang. 

Picture
Apabila suami isteri bilionair melalui tempoh kehidupan yang sukar dalam perihal kasih sayang. Yang suami berada dalam tempoh tiada pola keserasian manakala yang isteri pula dalam tempoh halangan. Inilah parameter negatif yang mendedahkan kepada energi dan perkara negatif. Maka, pada kita yang pelajari dari pengalaman orang sebenar ini, kita ikthiarkan energi kasih sayang yang positif dalam kehidupan kita.

Picture
Boleh saja kita ikhtiarkan. Kadang tu jodoh sudah ada depan mata tapi tak menjadi2 mungkin kerana ada gangguan seperti jin, energi negatif dsbnya.

Picture
Apabila berada dalam kitaran tahun yang mencabar menguji ketabahan, kesabaran, kekuatan kita hingga boleh sebabkan kita berputus asa lalu ambil tindakan negatif untuk bunuh diri.

Kehidupan manusia akan pasti melalui kitaran tahun sebegitu maka kita buat persediaan awal dan juga ikhtiar energi sama ada untuk kehidupan, perniagaan mahupun kerjaya, perkahwinan.

Picture
Maklumbalas peserta ikthiar energi Grup November 2023. Di samping kita berusaha bersungguh2 untuk keuntungan dalam perniagaan, kita ikhtiarkan juga energi rezeki yang positif kerana energi kewangan negatif selalu melanda kita menjejaskan usaha dan hasil kita.

Picture
Memakan masa lama untuk bercinta tetapi tiada jodoh kerana gabungan mereka ada potensi konflik.

Namun, apakah bilamana gabungan ada potensi konflik maka tidak boleh berjodohan? Boleh saja kerana ini adalah sebentuk parameter dan energi positif perlu "disuntik" berterusan sebagai ikhtiar mengatasinya.

Picture
Fenomena ini sering terjadi dalam kehidupan manusia. Bukanlah semuanya sebegini tetapi perihal tarik diri bilamana nak kahwin. Maka,  jodoh yang tak lekat.

Ini disebabkan oleh fenomena WIDOWED STAR yang melanda manusia terutamanya apabila ada hubungan serius dengan pasangan (teman istimewa/ tunang/ suami isteri). SEMUA ORANG ada WIDOWED STAR ini. Kita boleh melihatnya daripada Graf Hayat kita. Takkan SEMUA ORANG bercerai pula tetapi risiko berkahwin adalah bercerai. Ini adalah fenomena energi negatif yang menggangu pasangan maka terpulang pasangan sama ada kuat bertahan bersama2 ataupun menyerah kalah berpisah.

Dapatkanlah Laporan Graf Hayat anda untuk ketahui sama ada anda sedang dilanda fenomena Widowed Star ataupun dalam masa 10 tahun lagi akan datang maka buatlah persediaan sewajarnya.
Picture
Picture

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie) dan perjalanan kehidupannya dapat dijelaskan secara pernomboran. Maka dari kajian pengalaman orang sebenar dijadikan panduan kepada kita untuk mengenali potensi kerjaya/ bisnes yang sesuai.

Walaupun sebenarnya, banyak lagi potensi yang boleh beliau ceburi tetapi mungkin itu sahaja yang mampu diusahakannya. Apapun, kita boleh maksimakan lebih banyak potensi yang ada dan juga pola potensi bersesuaian dengan kehendak pasaran.

Fenomena2 yang dijangka berlaku untuk individu2 dalam kumpulan tertentu untuk 2024 nanti. Ini adalah panduan untuk kita laksanakan dengan sebaiknya apa yang dibentangkan. Namun, fenomena ini adalah secara umum, bergantung kepada kitaran dekad, kitaran tahun, energi negatif dsbnya seseorang itu juga.
Picture
Picture
Picture
Picture

Picture
Punyai pola 769 kekayaan namun bukan semua individu pola 769 kekayaan kekal kekayaannya ada turun dan naik kekayaan. Tapi dah dapat pun kekayaan tu. Perniagaan adalah adat semulajadi ada turun dan naiknya. Dan perjalanan kehidupan seseorang itu ada temoh naik dan turunnya. Menggunakan pernomboran, kita boleh jadikan panduan untuk merancang kehidupan mahupun perniagaan mengurangkan/ mengatasi risiko kerugian.

Picture
Picture
Testimoni energi cemerlang akademik tentulah DIRI SENDIRI. Anak2 selain mereka berusaha bersungguh2, kita ikhtiarkan mereka akan energi cemerlang akademik supaya usaha belajar mereka positif dan hasil mereka positif.

Picture
Klien ini selama bertahun2 berada di arah halangan. Berada di arah halangan tersebut dia mengalami banyak halangan dan gangguan. Beliau berikhtiar energi dengan Dato Eddy Rosyadie dan akhirnya pada tahun ini, beliau dapat berpindah keluar dari arah halangan dan kini tinggal/ bekerja di arah rezeki. Situasi beliau sangat baik bilamana telah berpindah.

Gangguan misteri sudah berkurangan tetapi dikatakan masih melekat. Setelah bersembang panjang, barulah diketahui gangguan misteri itu bukanlah sihir yang dihantar orang. Kerana telah beberapa kali membuat rawatan alternatif untuk buang tetapi tidak berkesan. Rupanya, ada makhkuk halus a.k.a jin yang tinggal di dalam badannya. Mungkin kehadirannya tidak bertuan kerana tertarik dengan apa yang ada pada dirinya; harta kekayaan. Boleh juga jadi begini kerana ada kes2 gangguan misteri seperti jin yang datang sendiri bukan dihantar orang. Ada sesuatu tarikan menyebabkan jin itu tidak mahu melepaskan seseorang itu.

Cara rawatan adalah menggunakan metafizik. Tapi belum dapat dibuat lagi memandangkan belum tiba masa lagi. Sementara itu, kita ikhtiarkan energi.



Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan menjalani potensi kehidupan berdasarkan pola2 potensi tarikh lahir yang dapat dijelaskan secara pernomboran.
0 Comments

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly