Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Penentuan Kejayaan Perjalanan Kekayaan

8/18/2023

0 Comments

 
Picture
Perjalanan kehidupan yang boleh dilakarkan secara pernomboran Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) untuk panduan bagi mereka yang sedang tercari2 potensi kehidupan mereka. Tak mengapa bermula dari awal walaupun bermula potensi tersebut dapatlah dibuat persediaan kelayakan dan kemampuan. Begitu juga tidak terlewat untuk mulakan potensi baru pada usia yang lanjut sekalipun yang sesuai dengan kelayakan, keupayaan dan kemampuan kita.

Picture
Salah satu punca ada tekanan kewangan. Maka, disini Dato Eddy Rosyadie menganjurkan kaedah metafizik pernomboran untuk strategi2 kewangan yang positif dan ikhtiar energi rezeki bagi membantu masyarakat dalam perihal sebegini. Ini kan satu usaha dan ikhtiar selain dari dapatkan kaunseling pakar perubatan. Kadang tu kita kena bermula atau fokuskan kepada isu puncanya.

Disebabkan energi negatif kewangan sentiasa saja ganggu kita setiap hari, contohnya 2023 = 7 iaitu tahun kerugian, maka kita berjuang untuk usahakanlah dan ikhtiarkanlah amalan dan energi positif untuknya.

Program ikhtiar energi rezeki dijalankan kerap kali kerana kerap kali kita diganggu dengan parameter/ energi negatif kewangan yang menyebabkan usaha kerezekian kita tersekat, terhalang, tertangguh dan hasil kita pula disedut, dibekukan, disita. Maka kita ikhtiarkan energi rezeki positif untuknya.

Picture
Merealisasikan perjalanan kehidupan berdasarkan pola2 potensi dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) menghasilkan kekayaan atas pola 769 kekayaan.

Picture
Picture
Picture
9 September 2023. Kelas bersemuka di Setia Tropika, Johor Bharu bertajuk "Usahawan Pola 696" dan seterusnya sesi konsultansi peribadi 9-10 September 2023.

Picture
2023 = 7 iaitu tahun kerugian umpama kiamat kecil bagi sebilangan negara. Berlaku banyak kerugian yang ketara. Ini merupakan parameter yang mengundang energi negatif kewangan. Selain dari kita terus berusaha bersungguh2, sebaiknya kita usahakan ikhtiarkan energi rezeki positif untuknya.
Picture

Picture
Degree in Engineering tapi kekayaan dalam dunia kosmestik? Bila ada pola potensi sedemikian dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie) boleh saja menjalani kehidupan sedemikian.

Maka, tidak salah pun belajar lain kerjaya/ bisnes bidang lain. Yang penting, ada pola sedemikian dalam petak tarikh lahir.

Picture
Walaupun Dato Eddy Rosyadie berkelulusan Biologi dari Syracuse University, New York, USA agak gerun melihatkan kajian teknologi dan sains.

Perihal ini tiada kena mengena dengan metafizik dan sains telah melangkaui metafizik. Jika netizen menggangap metafizik adalah mengarut, maka sains ini mencipta sesuatu yang luarbiasa boleh dianggap kategori yang melebihi tahap mengarut.

Picture
Bukan sekadar hanya menjual produk dalam sosial media namun mempromosikannya secara individu iaitu mencipta "branding" atas namanya sendiri. Potensi dunia makanan membawa kepada pola 769 kekayaan walaupun sebenarnya pengajian bidang yang lain berbeza dengan sebelum ini. Apapun, perihal potensi jugalah yang membawa kejayaan beliau.

Picture
Laman Dato Eddy Rosyadie ini sering pula posting tentang perihal masalah kewangan. Sebenarnya untuk beri kesedaran kepada masyarakat yang perihal masalah kewangan adalah satu "pandemik" yang sukar ditangani. Ini disebabkan oleh parameter dan energi negatif kewangan yang sering melanda manusia. Contohnya, 2023 = 7 iaitu tahun kerugian. Bukannya Dato Eddy Rosyadie mereka2 cerita tetapi fenomena sedemikian dipaparkan di media sahih. Itupun bersama statistik yang dikaji.
Picture
Maka, Dato Eddy Rosyadie menyediakan solusi secara alternatif iaitu;
1. Strategi2 kewangan berdasarkan pernomboran.
dan/ atau;
2. Ikhtiar energi rezeki positif.

Berita ini diterbitkan pada 6 Sept 2023 menunjukkan perihal masalah kewangan. Berdasarakan dari petunjuk Graf Prestasi Dunia untuk September 2023 adalah rendah/ menurun iaitu terjejas perihal kewangan. Kerana itu, Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program ikhtiar energi rezeki untuk bulan September 2023.

Picture
Picture
Carta Year Element Strategy 2023 ini dilakarkan oleh Dato Eddy Rosyadie pada tahun lalu 2022 menunjukkan elemen Wood iaitu satu darinya adalah Agriculture (pertanian) berada dalam fasa CAUTION untuk July- September 2023. Berita2 ini menunjukkan fenomena tersebut.
Picture

Picture
Merealisasikan potensi diri dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie) hingga mendapatkan pola 769 kekayaan. Perniagaan yang berasaskan pelaburan tidak melibatkan produk secara fizikal dan ianya mampu menghasilkan keuntungan yang sangat besar.

Picture
Mewarisi pekerjaan bapanya dan perniagaan abangnya dan membesarkan operasi ke tahap lebih tinggi. Potensi dalam dunia makanan sepertimana pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie).

Picture
Tarikh perkahwinan yang sangat2 "cantik" namun disebabkan gabungan diri dan tarikh perkahwinan ada potensi konflik dan dekad terkini bukan dalam tempoh jodoh.

Sebenarnya untuk mencari tarikh nikah/ perkahwinan yang sangat2 cantik adalah sukar kerana kadang kala meleretkan hingga 6 bulan ke atas dari tarikh nikah cadangan. Bergantung kepada tarikh2 lahir pasangan. Begitu juga dekad 10 tahun juga memainkan peranan. Namun, tarikh nikah yang cantik adalah satu kemestian kerana jikalau pun berlaku perpisahan, ianya ada potensi untuk kembali rujuk.

Sejak dulu lagi metafizik energi menyarankan manusia untuk mendapatkan energi dari alam semulajadi seperti pokok2. Tetapi netizen mengatakan mengarut. Kini, dengan dunia yang penuh tekanan, manusia mencari pemulihan secara alternatif tidak bergantung kepada ubat2an anti-tekanan.

Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program Riadah Outdoor Energi secara langsung dengan alam semulajadi bertempat di Mersing, Johor kerana disitu adalah kawasan yang kaya dengan energi alam semulajadi seperti pasir pantai, air laut, angin laut, matahari, pokok2 termasuk emas iaitu Mersing berada di atas Jalur Emas Semenanjung.
Picture
Picture

Picture
Potensi dalam dunia F&B (Food & Beverage). Tentunya sejak lahir sahaja pola sedemikian sudah ada. Itu tak bermakna lahir sahaja jadi tauke kedai ais krim. Jadinya, jika pola tersebut dibacakan pada usia beliau masih bayi tak akan tepat. Perjalanan kehidupan menjadikan beliau menjadi tauke kedai ais krim pada usia yang dewasa.

Picture
Individu ini menjalankan perniagaan tetapi tahun 2023 ini sangat tertekan. Lalu individu ini masuk Kelas Graf Hayat Tahap 1 dan Kelas Graf Hayat Tahap 2. Individu ini menceritakan graf hayatnya tepat menceritakan perjalanan hidupnya setiap tahun dari tahun 2007 hingga 2023 tentang perkahwinan, turun naik bisnes dsbnya. Rupanya tahun 2023 ini beliau dalam Blocking Star iaitu halangan. Tentunya individu ini berusaha bersungguh2 untuk mengatasi halangan namun tidak berdaya dengan baik. Lalu, individu ini mengambil inisiatif untuk berikhtiar pula dengan energi positif anjuran Dato Eddy Rosyadie untuk pakej 1 bulan. Kerana energi negatif Blocking Star menjejaskan prestasi perniagaannya.
Picture
Picture
Picture

Picture
.Akhirnya, individu ini berjaya melepasi 2 tahun ujian metafizik pernomboran iaitu kitaran tahun 7 dan kitaran tahun 8. Syabas! Apabila tamat sahaj bulan 8 dalam kitaran tahun 8, anda telah LULUS ujian dan berhak untuk dapatkan tropi kejayaan.

Individu ini merancang untuk menjalankan perniagaan sendiri secara part time. Dalam kitaran tahun 7, Dato Eddy Rosyadie tidak galakkan untuk mulakan sebarang perniagaan lagi2 individu ini mempunyai pekerjaan tetap. Namun, oleh kerana individu ini tetap mahu juga dengan bimbingan Dato Eddy Rosyadie pun bersetuju. Setiap 2-3 bulan sekali, individu ini mendapatkan konsultansi bersama Dato Eddy Rosyadie untuk melaporkan progress perniagaan serta membuat perancangan ke depan dsbnya.

Tahun 2022 - individu ini berada dalam kitaran tahun 7 iaitu tahun kerugian/ kehilangan. Individu ini set-up pejabat dengan susunan bersama Dato Eddy Rosyadie dan seterusnya dapat seorang pekerja. Individu ini dapat jalankan perniagaan dengan baik tidak rugi tetapi kehilangan iaitu kehilangan ayahnya yang meninggal tahun itu.

Tahun 2023 - individu ini berada dalam kitaran tahun 8 iaitu tahun stress. Awal tahun sahaja, tiba-tiba syarikat pekerjaan tetapnya gagal teruskan lesen perniagaan dan syarikat itu diarahkan tutup. Menariknya, admin2 syarikat pekerjaan tetapnya MENUMPANG untuk 2 bulan di pejabat part time perniagaan individu ini! Oleh kerana syarikat tetapnya tutup maka dicari pekerjaaan tetap yang lain di syarikat lain. Di tahun ini juga, staff di syarikat part time pula bercuti 2 bulan kerana bersalin. Memang tekanan kehilangan pekerjaan tetap (tetapi dapat kerja yang baru) dan staff yang bercuti panjang pula.

Kini, sudah September 2023 iaitu bulan ke 9 biasanya menawarkan tawaran2 dan peluang2 baik. Individu ini melaporkan beliau sedang berbincang dengan satu syarikat besar yang menawarkan beliau untuk satu perniagaan yang lebih besar. Itu adalah impian individu ini sebelum ini memiliki perniagaan yang besar. Sudah hampir menjadi kenyataan. Apapun, individu ini telah berjaya melepasi 2 tahun ujian metafizik pernomboran iaitu kitaran tahun 7 dan kitaran tahun 8.

Picture
Kewangan tentu berkait rapat dengan kesihatan mental. Apabila kewangan menjadi sempit maka kesihatan mental juga menjadi sempit. Sangat jarang ada orang yang kewangan sempit tetapi kesihatan mental meriah dan bahagia. Tapi majoriti orang kewangan sempit, maka kesihatan mental pun sempit.

Teruskan berusaha bersungguh2 dengan amalan dan kerja yang positif. Namun berusaha bersungguh2 juga ada hadnya bilamana usaha tersekat2, terhalang, terhenti, tertangguh dsbnya. Iaitu elemen energi negatif yang mengancam kehidupan kita. Maka, kita ikhtiarkan energi positif untuknya pula.

Picture
Ayahnya seorang pelakon dan adik beradik/ saudara mara juga berlakon. Inilah genetik keluarga yang rapat untuk aspek kerjaya. Berusaha dalam berpuluh filem merealisasikan pola 769 kekayaan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Picture
Picture

Picture
Dalam preview Seminar Saka vs Leluhur anjuran pihak AKAR menyatakan leluhur keturunan seseorang sering diganggu oleh saka sebagai musuh kepada leluhur untuk menghancurkan dan melemahkan kekuatan leluhur tersebut. Sebaiknya, kepada mereka yang ada keturunan menguatkan keturunan namun tidak berminat menjadi masalahnya. Tapi ada cara untuk mengambilnya tanpa terlibat secara langsung. Yang penting mengangkat kembali leluhur keturunan bagi mengatasi serangan saka.

Seperti Dato Eddy Rosyadie yang dikatakan punyai keturunan Raden Jawa dari kesultanan Demak atau Majapahit tidaklah perlu mengangkat diri sebagai sultan pun tetapi menjalankan khidmat kepada masyarakat satunya adalah kaedah pernomboran metafizik dan metafizik energi untuk membantu masyarakat untuk kenali potensi, mencapai kekayaan, mencari jalan keluar masalah dsbnya. Dikatakan moyang dulu2 menyekat atau membuang leluhur keturunan kerana mahu melindungi keturunannya dari dicari pihak musuh kerana orang istana / karaton dulu2 sering berperang. Mungkin disebabkan itu, Dato Eddy Rosyadie tidak pernah ada gangguan saka.

Picture

Picture
Fenomena bulan mengambang digunakan di dalam metafizik energi sebagai usaha dan ikhtiar untuk menambahkan energi diri. Sains mendapati cahaya bulan mengambang memberi peningkatan energi kepada manusia.

Metafizik pencetus idea sains dan teknologi.
Picture

Picture
Kursus bersemuka pada 9 Sept 2023 di Setia Tropika membentangkan tentang 4 pola "orang berniaga".

Sebelah pagi peserta di ajar tentang pengiraan Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie) dan penjelasan tafsiran 4 pola tersebut.

Sebelah petang pula peserta diberikan lanjutan perihal 4 pola tersebut dalam kegunaan perniagaan.
Picture
Membaca perjalanan kehidupan individu ini masa usia mudanya adalah sukar namun beliau berusaha bersungguh2 dalam pelbagai bidang untuk mencapai kejayaan. Akhirnya dapat juga merealisasikan pola 769 kekayaan sepertimana dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie).

Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program ikhtiar Energi bulanan bagi membantu masyarakat secara alternatif iaitu ikthiar secara energi. Bukannya anda tidak berusaha bersungguh2 pun namun kehidupan asyik ada halangan, sekatan, tangguhan dsbnya. Satu sebab adalah energi diri kita telahpun tersekat, terhalang maka kita jalani kehidupan secara ke sana ke mari tanpa tujuan. Lagipun, parameter dan energi negatif sering ganggu kita tanpa kita undang, Maka, kita ikhtiarkan energi positif untuknya.

Namun, Dato Eddy Rosyadie tidak menetapkan pakej sebaliknya terpulang kepada bajet dan keperluan anda;

Kod A - untuk menjana (start/ re-start) energi.
Sesuai untuk semua.

Kod B - untuk tambah (booster) energi
Sesuai untuk semua. Terutamanya bagi mereka yang ingin energi dirinya sentiasa ditambah2.

Kod C - untuk pulihkan (cleanse) energi.
Sesuai bagi individu yang terbelenggu energi negatif seperti halangan, tekanan, depression, anxiety dsbnya.

Kod E - Gabungan kaedah A+B+C sekaligus
Kod F - Campur2 kaedah/ bergilir2 kaedah
Kod G - jana energi tetapi lebih kepada pemulihan
Picture

Picture
Individu ini berada dalam arah halangan berdasarkan arah tarikh lahirnya. Memang berlaku banyak dugaan/ musibah berada di arah tersebut. Dan cuba berusaha banyak kali untuk berubah arah namun gagal. Maka dicubanya lagi dan lagi dan ditambah ikhtiar energi bulanan yang dianjurkan oleh Dato Eddy Rosyadie sejak 2014 lalu. Individu ini telah bersama Grup Ikhtiar Energi sejak sebelum PKP lagi.

Akhirnya, berhasil juga usaha. Kita ikhtiarkan energi positif kepada usaha tersebut. 

Majoriti ribuan pelajar kursus pernomboran Dato Eddy Rosyadie sejak 2006 masih belum berjaya sehingga kini 2023 kerana mereka berada di arah yang salah. Namun, bukan senang nak tukar arah begitu sahaja. Kita ada kerja/ perniagaan, ada rumah yang dah dibeli, anak2 yang bersekolah dsbnya. Maka, kita ikhtiarkan pula energi positif.

Picture
SETIAP ORANG ada jodoh. Itu memang pun dalam Graf Hayat kita dengan kata lain sudah tertulis (ditakdirkan). Namun, tempoh dan usia jodoh itu berbeza setiap orang; ada yang lewat ada yang cepat. Dalam kes ini, tempoh dekad 10 tahun terkini belum untuk berjodoh maka tidak menjadilah perkahwinan tersebut. Tak dapat dipastikan sama ada gabungan ada konflik dsbnya. Apapun, dari kes ini, kita sudah mendapat satu petunjuk.

Jika anda mengalami parameter negatif sebegini, tunggu sahajalah tempoh negatif itu berakhir namun dikhuatiri tempoh seterusnya pula pun negatif. Bukannya kita tak berusaha bersungguh2 pun. Sebab itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan ikhtiar energi Dikasih Sayang bagi tujuan jodoh untuk energi positif untuknya.

Picture
Picture
Kitaran tahun 7 dan 8 merupakan cabaran kewangan negatif bagi semua manusia secara amnya.
Kitaran 7 iaitu 2023 = 7 iaitu tahun kerugian
Kitaran 8 iaitu 2024 = 8 iaitu tahun stress.

Biasanya kitaran 7 berpotensi menyebabkan perniagaan rugi, bisnes slow, sales kurang, kewangan bocor dsbnya dan ini akan terbawa ke tahun seterusnya iaitu kitaran 8 iaitu tahun stress.

Sebenarnya kitaran 7 adalah untuk MENGUJI MENTAL dan membina kekuatan mental kita manakala tahun seterusnya kitaran 8 adalah untuk MENGUJI KETABAHAN kita dan membina ketabahan kita. Apakah kita kuat dari segi mental dan ketabahan? Terutamanya yang melibatkan kewangan. Jika anda punyai simpanan yang banyak dan baik, juga diuji sedemikian tidak semestinya yang kurang berduit sahaja diuji. Tetapi secara berbeza bentuk ujian.

Sabar sahajalah menempuhi 2 tahun ini; 2023 dan 2024. Bersederhanalah dalam kehidupan. Namun, bukan semua kuat untuk sabar dan bersederhana. Ujian negatif melanda2 kita menyebabkan kewangan semakin berkurangan. Teruskan amalan kewangan yang positif dan sebaiknya ikhtiar energi rezeki yang positif juga.



Picture
Tidak dapat dipastikan warisan atau keturunannya adalah gimnastik jadi persoalannya mengapa beliau boleh berjaya dengan baik dalam gimnastik. Nak kata genetik tu bukan. Itulah yang dinamakan "nasib" beliau yang telah dituliskan (atau ditakdirkan). Pada usia 6 tahun, beliau dikesan punyai bakat dalam gimnastik. Tak ramai orang boleh gimnastik pun. Apapun, usaha bersungguh2 beliau merealisasikan pola 769 kekayaan.

Program ikhtiar energi rezeki positif hari terpilih yang pertama untuk September 2023. Perihal energi rezeki positif ini sebaiknya di lakukan sesekali mahupun kerap kali yang boleh memandangkan kita sering diancam parameter dan energi kewangan negatif saban hari menyebabkan usaha kita jadi negatif dan hasil juga adalah negatif. Maka kita ikhtiarkanlah energi rezeki positif untuknya.

Picture
Punyai pola potensi dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) sehingga merealisasikan pola 769 kekayaan.

Picture
Picture
Di satu sudut, masalah kerugian berlaku di tahun 2023 = 7 iaitu tahun kerugian. Di satu sudut lain, pula tak cukup kewangan/ simpanan untuk memulakan perniagaan. Isu ini adalah perihal kewangan yang negatif.

Banyak je sifu2 kewangan dan sifu2 perniagaan di luar sana untuk anda dapatkan ilmu2 perniagaan mahupun kewangan. Di sini, Dato Eddy Rosyadie menawarkan kaedah alternatif dan komplementari kepada sifu2 tersebut iaitu kaedah metafizik pernomboran dan metafizik energi.

Bukannya kita tak berniaga bersungguh2 dengan ilmu2 dari sifu2 perniagaan/ kewangan tetapi usaha kita dilanda parameter dan energi negatif seperti tahun 2023 = 7 iaitu tahun kerugian serta hasil yang kita dapat juga terkesan dengan parameter dan energi negatif seperti modal disedut (Vacuum Star) dsbnya.

Menggunakan kaedah pernomboran adalah menyusun semula tarikh daftar perniagaan, nama perniagaan, arah perniagaan dsbnya manakala kaedah metafizik energi pula tentang energi rezeki positif dsbnya.

    Masalah Perniagaan 2023

Klik untuk hantar

Picture
Foto ikonik bersejarah USA. Bekas Presiden Amerika mengambil gambar "mugshot" untuk rekod polis. Bekas Presiden USA yang ke 45 ini adalah yang pertama dalam sejarah USA menghadapi kes mahkamah. Tahun 2023 ini merupakan tahun tekanan dalaman dan perihal ini berlaku dalam bulan Ogos juga tekanan untuk beliau.

Picture
Ini adalah kaedah astronomi yang dimasukkan elemen metafizik iaitu dinamakan astrologi ataupun perbintangan atau dalam bahasa Arab iaitu Nujm.

Jika kaedah sebegini digunakan untuk pemilihan tarikh kemerdekaan, apatah lagi kaedah yang serupa iaitu kaedah Graf Hayat yang juga kaedah astrologi digunakan untuk kehidupan manusia. Kita gunakan kaedah Graf Hayat untuk MEMAHAMI perjalanan kehidupan kita dan seterusnya buat persediaan untuk meningkatkan, membetulkan mahupun mencegahnya.
Picture

SEMUA ORANG menjana energi untuk rezeki seperti energi fizikal (makan untuk sihat untuk bekerja/ berniaga), energi spiritual (berdoa untuk dipermudahkan rezeki), energi mental (berfikir tenang semasa bekerja/ berniaga) namun sangat jarang orang menjana energi rezeki secara METAFIZIKAL pada hari dan waktu terpilih iaitu memilih energi positif. Kerana setiap hari ada saja energi negatif mengancam kita menyebabkan usaha fizikal mahupun spiritual kita pun jadi negatif maka kita ikhtiarkan untuk energi positif untuknya. Seperti biasa, setiap bulan program ikhtiar energi rezeki dianjurkan dan ditawarkan secara pakej  1 bulan.

Untuk bulan September iaitu bulan ke 9 biasanya angka 9 membawa maksud tawaran, peluang, kejayaan maka kita ikthiarkan energi yang positif suapaya sepanjang bulan 9 bagi mendapatkan aura dan energi yang positif untuk lebih banyak tawaran, peluang, kejayaan bagi bulan September mahupun untuk bulan2 akan datang.

Picture
Bermula dengan lakonan dan seterusnya menjalankan perniagaan property investment sebagaimana dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) sehingga merealisasikan pola 769 kekayaan. Usaha bersungguh2 secara positif menghasilkan hasil yang positif.

Picture
????

SEMUA RAKYAT MALAYSIA bersetuju memilih tarikh yang telah dikira dan dianggap "bertuah" malah meraikan tarikh ini setiap tahun. Tarikh ini ada maksudnya juga "tahun baik datang kepada kita".

Dato Eddy Rosyadie juga buat kiraan dan memilih tarikh bagi tujuan2 tertentu seperti tarikh energi, tarikh daftar syarikat/ tarikh nikah, tarikh kelahiran dan sebagainya. Konsep sama MEMBUAT KIRAAN dan berdasarkan kajian2 pengalaman, iaitu tidak mendengar bisikan jin, tidak buat tilikan asap atau tidak mengagak ikut suka hati tetapi Dato Eddy Rosyadie dihentam netizen mengatakan mengarut, syirik dan khurafat padahal kita SEMUA menerima tarikh ini?

Picture
Individu ini telah mencapai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (2021 ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan kerugian sedemikian merupakan turun naik saham syarikat adalah adat semulajadi perniagaan yang di luar kawalan. Jadi, kerugian tersebut merupakan sesuatu yang di dalam perancangan syarikat (company's expectation) masih terkawal.

Picture

Picture
Berusaha membina perniagaan2 kemudian mengembangkannya dalam bentuk pelaburan merealisasikan pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Perjalanan kehidupannya mengikuti pola2 potensinya (juga sebagai mengumpulkan bahan kajian sejak 2006 lagi oleh Dato Eddy Rosyadie) sehinggakan potensi ibunya juga ada tertulis ada petak beliau itu.

Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Metafizik pernomboran umpama kajian cuaca iaitu menyediakan sesuatu fenomena di hadapan masa kita menggunakan data2 terdahulu.

2023 = 7 iaitu tahun kerugian. Berita2 ini menunjukkan fenomena tersebut. Bukan hanya sesebuah negara tetapi secara global iaitu melibatkan beberapa negara. Malaysia juga tidak terkecuali terkena sedikit kesannya. Begitulah parameter energi kewangan negatif luar kawalan kita. Tapi tak mengapa kita teruskan berusaha bersungguh2 dan sebaiknya tambah juga ikhtiar energi rezeki yang positif.

Picture
Perjalanan kehidupannya ada dijelaskan dalam pola2 potensi Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (2021 ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Punyai pola 769 kekayaan menjalankan bidang makanan, pakaian malah bidang insurans dan kereta lumba F1. Memang begitu kepelbagaian bidang yang diceburinya.

Picture
Picture
Picture

Picture
Picture
Picture
Carta Year Element Strategi 2023 ini dicipta dan dilakarkan oleh Dato Eddy Rosyadie pada 2022 lalu menunjukkan elemen WOOD iaitu satunya adalah pertanian termasuk perikanan dalam tempoh CAUTION (berhati2) bagai tempoh Julai - Disember 2023. 

​Berita2 ini menunjukkan fenomena tersebut.

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak Warisan di dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) bermaksud keturunannya adalah orang kaya tentulah si ayahnya seorang yang terkenal dan kaya. Satu bidang yang diceburinya iaitu bidang pakaian ada dalam pola potensi dirinya.

Picture
Satu perkara tentang menganjurkan program metafizik energi adalah penganjur menyerap energi negatif peserta. Dalam kes ini, Dato Eddy Rosyadie menyerap energi negatif peserta. Oleh yang demikian, Dato Eddy Rosyadie TIDAK MENGGALAKKAN anda untuk menganjurkan proram metafizik energi untuk orang lain malah TIDAK MENGGALAKKAN untuk anda mengajar ilmu metafizik kepada orang lain kerana khuatir anda menyerap energi negatif dan memberi kesan kepada anda. Pelajarilah dan gunakanlah metafizik energi dan pernomboran untuk kegunaan diri sendiri sahaja.

Picture
Asalnya tidak mempunyai rumah (homeless) dan tidur dalam khemah atau van. Namun, atas usaha bersungguh2 beliau dapat menjadi seorang pelakon terkenal dunia. Ada pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Picture
2023 = 7 iaitu tahun kerugian.
Negara Finland pula 6+12+2023 = 7 iaitu kitaran kerugian.

Ini menunjukkan bahawa negara yang  dinaungi memainkan peranan atau beri pengaruh kepada potensi rakyatnya. Setakat ini belum ada pengamal metafizik yang buat kiraan sebegini hanyalah satu2nya dan pertama di dunia iaitu Dato Eddy Rosyadie.

Bagi negara Malaysia, 31+8+2020= 7 iaitu kitaran kerugian iaitu pada tahun pandemik 2020 yang lalu.

Picture
Tak semestinya punyai pola 769 dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) akan sentiasa kekalkan atau meningkat berterusan kekayaan. Ada tahun tertentu yang menjejaskan kewangan. Walau apapun, bagi individu ini telahpun capai kekayaan dan kehilangan sedemikian adalah sebahagian dari adat perniagaan. Bayangkan jika kita belum kekayaan tetapi terkena kerugian sebegini tentunya akan menyukarkan kewangan kita.

Picture
Pijak tanah tanpa alas kaki adalah amalan sihat mengikut metafizik energi dan juga sains. Namun, kita orang bandar memang tak buat perkara sedemikian.

Boleh saja pijak tanah tanpa alas kaki di pantai semasa berkelah mahupun di air terjun dsbnya.

Pada 11 Nov 2023, program Riadah Energi Outdoor, kita lakukan pijak tanah di pasir pantai Mersing yang dikatakan mempunyai emas untuk aura emas. Dalam badan manusia dikatakan mempunyai kesan2 emas tetapi secara metafizik energi, kesan (trace) emas tersebut tidak digunakan secara berkesan menyebabkan kehidupan kurang cemerlang, sukar bertungkus lumus untuk kejayaan dsbnya. Maka, kita ikhtiarkan dengan riadah energi dengan secara langsung dengan alam semulajadi.
Picture

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan melalui perjalanan hidup mengikut pola potensinya. Malah, jodohnya pun ada dalam pola potensi dirinya.

Picture
Kelas bersemuka 9 Sept 2023 di Setia Tropika. Kenali apakah pola2 usahawan anda sama ada Petak tarikh lahir anda ada pola founder? pola usahawan? pola pemasaran ataupun pola investor? Anda ada salah satu atau keempat2 pola tersebut? Bagaimana cara yang sepatutnya anda berniaga dan apakah cara membetulkan situasi pola tersebut?

Picture
Apabila filem2 dilakonkannya jatuh merosot sekitar awal 2010an. Ini disebabkan beliau dalam tempoh dekad halangan. Tidak lagi berlakon filem dan berpindah ke New Zealand pada 2015. Namun menjalani kehidupan yang sukar pula. Walaupun potensinya sebagai model fesyen ada dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan punyai pola 769 kekayaan.

Ramai yang berpola 769 kekayaan namun perlu melalui tempoh dekad yang sukar. Kadang kala 10 tahun tapi ada juga yang 20, 30 tahun malah 60 tahun juga ada. Bukan kata tak berusaha bersungguh2 namun kerana parameter perjalanan kehidupan sedemikian menerbitkan energi kewangan negatif maka kita ikhtiar pula dengan energi rezeki positif.

Picture
2023 = 7 iaitu tahun kerugian. Separuh tahun 2023 pelbagai bencana alam berlaku dan kerugian melebihi purata 10 tahun. Ini sejenis energi kewangan negatif yang tiada manusia mampu kawal. Maka kita ikhtiarkan energi kewangan yang positif untuknya.

Picture
Picture
Picture
Pakej Program Ikhtiar Energi September 2023 telah dibuka boleh daftar dahulu. Untuk September 2023 ini, kedua2 prestasi Malaysia mahupun Dunia adalah MENURUN biasanya menjejaskan perihal kewangan manusia dan rakyat Malaysia. Tidaklah sehingga semua rakyat Malaysia mengemis tetapi rezeki yang tersekat, tersangkut, terhalang mahupun tersedut tanpa disangka2. Apabila graf prestasi menurun biasanya adalah kehadiran energi kewangan negatif yang lebih berkesan. Selain daripada berterusan berusaha bersungguh2, kita ikhtiarkan energi positif untuk usaha dan hasil yang positif.

Picture
Sejak zaman sekolah lagi menjadikan bidang komedi sebagai pengalaman untuk beraksi di dunia luar. Inilah dinamakan berusaha bersungguh2 dan mencapai realiti pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Picture
Kembali berjaga2. Usah pandang ringan. Pengajaran tahun 2020 lalu pandemik mengajar kita untuk bersedia. 2024 = 8 iaitu tahun tekanan memungkinkan potensi ini berlaku lagi untuk tahun 2024 = 8.

Tahukah anda pada tahun 2020 lalu, Malaysia berada dalam kitaran tahun 7 iaitu tahun kerugian? 31+8+2020 = 7 dan tahun 2021 pula Malaysia dalam tahun tekanan? 31+8+2021= 8.

Picture
Punyai potensi dalam perundangan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan sememangnya ada kelayakan dalam bidang perundangan.

Bilamana potensi telah ada ditambah dengan kelayakan bersesuaian maka itu adalah satu cara untuk maksimakan potensi. Jika beliau ini di usia 5 tahun, kami beritahu dia sesuai perundangan mungkin digelakkan oleh keluarganya kata kita mengarut. Dan sekarang ini beliau memang perundangan walaupun sebelum ini adalah seorang selebriti.

Picture
Fenomena berlaku bulan Ogos iaitu bulan ke 8 biasanya angka 8 dikaitkan dengan tekanan. Jika dalam bulan 8 ini anda stress dengan diri sendiri mahupun orang lain, maka tenang2lah, bersabar dan buat yang termampu sahaja. Usah paksa2 diri, ikutkan sangat emosi/ perasaan. Kerja tersangkut/ bisnes down/ sales slow. Bukan sahaja kita sedang stress, malah orang lain juga sedang stress juga dalam bulan 8.

Picture
Dari pengiraan Petak tarikh lahir Statik mahupun Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan Dato Eddy Rosyadie), individu ini TIADA pola tentang dunia fesyen. Terdapat pola "creative" dalam Petak tarikh lahir Statik, walaupun memang beliau adalah seorang Creative Director tetapi ianya tidak menunjukkan perihal fesyen. Namun, apabila menggunakan Petak Mewarisi, barulah didapati pola fesyen dalam tarikh lahir beliau. Kadang kala, kita perlu melihat juga potensi Petak Mewarisi iaitu potensi jangka panjang atau potensi pengakhiran usia. Disesuaikan juga dengan minat, kelayakan dan keupayaan jua.
0 Comments

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly