Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Nikmati Kejayaan Yang Diberkati

7/29/2011

0 Comments

 
Picture

Picture
Air Minuman Kristal
Bekas ini mengandungi 5 kg batu kristal Rose Quartz dan Clear Crystal untuk diisi air masak/ air kosong. Jika batu kristal dipakai sebagai cincin atau digunakan untuk mandian kini ada dalam bentuk minuman (harga RM3500 untuk 5 kg batu kristal - jika berminat hubungi cikgu A-D dapatkan diskaun). Batu kristal ini diimport dan diuji kandungan air oleh makmal dan mengandungi tahap lebih kurang air mata air. Masukkan air kosong ke dalam bekas ini dan biarkan air selama 4 jam dahulu sebelum mula diminum. Batu kristal tahan selama 4 tahun.

Inilah bekas minuman untuk sekeluarga cikgu A-D. Buat masa ini cikgu A-D rasa ada perubahan dalam keluarga terutama anak-anak yang kini begitu rapat dengan pengajian agama. Rose Quartz untuk melembut hati dan ketenangan manakala Clear Crystal untuk membersihkan aura kekotoran serta memberikan pandangan jauh, sesuai untuk sesi keluarga.

Pernah sekali sebelum ini batu kristal ini dijadikan formula dalam penyediaan sejenis air tenaga (air beroksigen + ayat Al-Quran + batu kristal) namun oleh kerana kesannya terlalu kuat kepada seorang peserta kursus (perihal dunia mistik), minuman berformula sedemikian tidak lagi dibuat, mudah-mudahan jika kami ada modal lebih besar bolehlah dibangunkan semula dalam bentuk yang lebih profesional.



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN BAIK. Jangan lupa untuk berdoa kekayaan pada 29 Ogos 2011, jika itu malam raya dikatakan para malaikat akan berdoa kepada Nya memohon kejayaan kepada hamba-Nya yang berusaha beribadah dalam bulan Ramadan dan sama-samalah kita berdoa bersama. Inilah masanya untuk anda beribadah dengan lebih tekun dan seterusnya ambil kesempatan berdoa pada waktu kekayaan (29 Ogos 2011 bermula 11.30 malam - 12.30 malam untuk penduduk Semenanjung Malaysia dan Singapura manakala klien/ rakan di Sabah & Sarawak adalah 11.00 malam - 12.00 malam.


Tahun 2012 Tahun Jiwa Kacau
Data-data kajian setakat ini membimbangkan cikgu A-D. Hampir 95% individu-individu yang dikaji didapati berpotensi konflik besar pada tahun 2012. Baru-baru ini dalam satu sesi konsultansi cikgu A-D mendapati seorang klien pegawai besar bekerja di sebuah bank terkenal juga ada konflik tahun 2012! Macam mana tu? Setakat ini beliau tiadalah masalah apa-apa cuma mahukan penjelasan dan cadangan untuk membetulkan masalah kewangan peribadinya (rupanya kod Wealth Great General dan AF dll). Tapi jika pegawai bank pun hadapi konflik 2012 maka tentunya sesuatu yang berskala besar dijangka berlaku 2012. Bukannya untuk timbulkan situasi panik tetapi untuk peringatan kepada semua supaya BERSEDIA dari aspek kewangan dan mental!

Persoalannya, apakah anda telah bersedia menghadapi tahun 2012? Antara cadangan yang cikgu A-D nak berikan ialah buat simpanan wang bermula dari sekarang untuk back-up, sekurangnya 3 - 6 bulan gaji bulanan anda, mana tau ada krisis yang memerlukan anda menggunakan wang simpanan tersebut lebih baik daripada tiada simpanan langsung.

Dapatkan penjelasan lebih mendalam serta strategi menghadapi dan melalui tahun 2012 mengikut pernomboran peribadi masing-masing dalam Seminar "Strategi Menghadapi dan Melalui Tahun 2012 Dengan Berkesan" mulai Oktober nanti.


Kes rumahtangga berkurangan?
Di awal penglibatan cikgu A-D dalam bidang pernomboran ini beberapa tahun lalu banyak mendapat pengalaman dalam menguruskan puluhan perihal masalah perkahwinan. Daripada situ dapatlah dicipta dan diperkenalkan beberapa teknik perihal mengenali pasangan, keserasian seumpamanya seperti teknik "Kasih Dua Hala" (Ciptaan Cikgu A-D) dan sebagainya hingga terhasilnya buku cikgu A-D bertajuk "Cinta, Jodoh & Perkahwinan". Perihal masalah perkahwinan juga  banyak didedahkan dan diperkenalkan dalam ruangan cikgu A-D di Mingguan Wanita mukasurat 54 "Serasikah Kita". Namun, sejak akhir-akhir ini cikgu A-D mendapati kekerapan aduan kes berkaitan perkahwinan sudah berkurangan malah kadang tu sukar ditemui satu kes dalam beberapa minggu - yang kini banyak diminta adalah perihal kerjaya dan bisnes. Apakah masyarakat kini telah mulai sedar tentang perihal berkaitan masalah-masalah perkahwinan? Mudah-mudahan perjuangan cikgu A-D dalam membantu masyarakat membina keharmonian dapatlah memberi manafaat kepada anda jua.


Picture
Teknik Arah Kejayaan Dalam Bilik/ Restoran
Ciptaan Eddy Rosyadie







Baru-baru ini Cikgu A-D bersama seorang klien untuk sesi konsultansi di Mc Donald Kota Kemuning, Shah Alam. Sedang kami duduk berbincang di satu meja di satu sudut restoran, tetiba sekumpulan anak muda lebih kurang 12 orang duduk di meja belakang kami sambil makan dan bersembang. Memang bingit dan menggangu konsentrasi kami! Rupa-rupanya apabila diperiksa arah kejayaan untuk klien itu, kami berada di sudut Barat Laut dalam restoran iaitu arah 7 networking untuk beliau. Padanlah ramai orang kat situ sebab sudut itu adalah sudut networking untuk klien tu sampaikan ramai orang duduk di sudut situ - ada tarikan networking untuknya. Kebetulan? Inilah teknik ciptaan Cikgu A-D perihal menentukan kedudukan / lokasi kejayaan mahupun tekanan anda di dalam bilik tidur ataupun dalam restoran.

.
0 Comments

Bersediakah anda untuk kejayaan?

7/24/2011

0 Comments

 
Picture

Tahun 2011 Tahun Pendidikan.
Seperti yang cikgu A-D beritahu daripada tahun lepas 2010 lagi, tahun 2011 ini pendidikan banyak mendapat peluang, contohnya, projek sekolah dalam hospital, projek skim latihan untuk pasukan tentera yang akan bersara yang lebih panjang, projek pembelajaran lanjutan PhD untuk industri yang mana RM50K yuran ditanggung kerajaan dan sebagainya serta insentif kepada sekolah dan guru.

Jika anda terlepas peluang tahun ini tak mengapa tahun 2013 adalah sekali lagi  Tahun Pendidikan! Bersedia dari sekarang!

Jangan lupa untuk menempuhi Tahun Jiwa Kacau 2012. Kemungkinan besar jiwa kacau datang dari 2 perkara utama - masalah ekonomi merundum yang menjejaskan industri/perniagaan serta masalah tekanan perasaan yang lama terpendam - apakah anda telah bersedia untuk melaluinya dengan baik? Jika belum, jom di sini ada cara dan tekniknya.

Picture
Cek kenangan RM98,000

Pernahkah... dan mahukah anda mendapat sekeping cek puluhan atau  ratusan ribu  ringgit di atas nama anda sendiri ? Ini hasil main saham BSKL teknik pola 336.


Cikgu A-D pernah juga mendapat sekeping cek atas nama cikgu A-D sebanyak lebih kurang RM200,000 (juga saham BSKL, tapi salinan cek tu dah hilang) pada sekitar tahun 2006 (masa tu tengah Virtuous Star tapi dek kerana Vacuum Star pun boleh habis juga! Tapi tak mengapa, itu dulu semasa sebelum kaedah pernomboran, kini dah tahu lebih berjaga-jaga dengan teknik yang betul). Jika anda membaca ruangan blog di bawah-bawah sebelum ini juga ada 2 keping foto cek RM75K dan RM83K. Ini semua teknik pernomboran dan graf seperti Pola 666 Potensi Kekayaan, Pola 336, Graf Prestasi Bulanan dan Harian serta Jam seperti memilih hari yang baik membeli dan menjual saham - gubahan teknik pola 336 dan 666 ciptaan cikgu A-D sendiri. Jika anda tidak pelajari kaedah pernomboran maka anda tidak nampak jalan dan petunjuk kekayaan. Maka selepas pelajari kaedah pernomboran terdapatnya panduan untuk anda gunakan untuk melangkah kepada kekayaan.

Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah pernomboran memang boleh ada hasil dan cikgu A-D bukan sekadar mengajar motivasi kosong semata-mata - "No Action Talk Only" kalau ada yang mengatakan kaedah ini mengarut - lihat sendiri hasil dari cikgu sendiri. Jika anda serius nak berjaya dan kaya serta bahagia, maka ada caranya.. dan ongkosnya pun ada jua...

Ini bukan hasil dari bisnes jual produk terus dapat untung besar, tapi satu kejayaan dari bisnes berisiko besar di BSKL tanpa cikgu A-D keluarkan modal satu sen pun (teknik gabungan kekayaan).. anda pun boleh berjaya kaya tanpa modal! Mahukah anda duit lebih banyak untuk bayar hutang anda? Untuk membiayai perbelanjaan keluarga/ syarikat?

Insyallah, kursus Teknik Pola 666 Potensi Kekayaan akan dianjurkan pada Oktober nanti atau dapatkan cikgu A-D dalam sesi konsultansi/ kelas persendirian atau berkumpulan. Anda boleh dapatkan cek yang lebih besar dari ini lagi!


Kepada individu yang mendaftar untuk hadir ke program Workshop "Graf Hayat Tahunan, Bulanan atau Harian" pada Sabtu ini 30 Julai sila bawa maklumat JAM ANDA DILAHIRKAN yang tepat (sama ada daripada ibu bapa atau dari surat beranak. Jika tiada maklumat tersebut, sila bawa maklumat tarikh dan jam lahir anak sulung anda atau kakak/ abang sulung anda jika ada).

TERBARU: Teknik "Sungazing"

Di dalam kaedah metafizik seperti Feng Shui, Aura, Pernomboran dsbnya, elemen alam adalah penjana tenaga. Di dalam kaedah pernomboran metafizik, teknik pola 38 dikaitkan dengan menjana tenaga dalaman yang satu daripadanya adalah "download" dari elemen alam. Untuk individu Elemen Api maka penjana tenaga utama anda adalah Matahari. Dalam sains perubatan, cahaya matahari adalah sumber Vitamin D. Kini, satu lagi penemuan kaedah kuno yang diperkenalkan semula iaitu teknik "Sungazing" sesuai untuk orang Elemen Api dan juga boleh digunakan oleh individu elemen lain secara ringkas.

Berikut adalah suntingan dari satu artikel perihal Sungazing:

Is it possible to stare directly into the sun and not eat food?  ..A flyer at school advertising a lecture by an elderly Indian gentleman sparks the imagination of a young man named Mason. The flyer reads: "You can become solar powered." It also states that the Indian man giving the lecture, who goes by the acronym HRM, has not eaten in over 8 years, a direct result of sungazing.

Intrigued, Mason begins this simple practice along with a few other classmates. Everyday, in accordance with HRM's protocol, they stand barefooted on the bare earth looking directly into the sun and every day they add 10 seconds to their sungazing time. The goal, according to HRM, is to reach 44 consecutive minutes of looking directly at the sun -- which could take 9 to 12 months to achieve -- at which time one would be "fully charged", meaning not only cured of all mental and physical ailments but also now without the desire or need to eat food. In many ancient civilizations -- from the Incas and Aztecs to the Greeks and Egyptians - this practice was exclusive to only the high priests and forbidden for 'ordinary' people.

Teknik Sungazing akan diberitahu lebih mendalam kelak, terutamanya di dalam kursus Teknik Pola 38. Kita hidup di zaman moden kini telah jauh meninggalkan sumber tenaga kita daripada alam, mudah-mudahan kita boleh menggunakan kembali kuasa alam untuk kekuatan kita umpama orang tua dulu-dulu yang sihat dan cergas sepanjang masa.

Seperti Cikgu A-D adalah Elemen Api, kini setiap pagi Cikgu A-D ke pejabat atau ke pekan menaiki motor sahaja berbanding naik kereta, jadi jangan terkejut kalau ternampak cikgu A-D naik motor kapcai je di Meru atau di Setia Alam. Tujuannya adalah untuk lalu aliran angin dikatakan untuk membersihkan aura, juga dapatlah mendedahkan diri kepada cahaya matahari sepanjang laluan. Semasa melalui di bawah cahaya matahari, Cikgu A-D akan berhadap kepada matahari dan membaca dua potong ayat Al-Quran, satu berkaitan api dan satu lagi berkaitan matahari. Mungkin ada khasiatnya, tak pasti, baru-baru ini kawan cikgu A-D mengatakan cikgu A-D kini sudah agak kurus sedikit dan nampak muda kalau mengaku bujang pun orang percaya! Entahlah, yang penting sihat!

WAKTU BERDOA KEKAYAAN
Tarikh    : Isnin, 29 Ogos 2011
Jam       : 11.30 malam - 12.30 malam (bagi Semenanjung & Singapura)
                 11.00 malam - 12.00 malam (bagi Sabah & Sarawak)

Kebetulan kemungkinan besar jatuh pada malam Raya Aidilfitri nanti. Dengan diiringi takbir raya yang berkumandang, mudah-mudahan doa anda dimakbulkan. Kepada rakan-rakan / pelanggan bukan Islam, anda boleh juga berdoa menggunakan cara anda sendiri pada waktu yang sama. Yang penting, kita sama-sama Merdeka Raya!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
Tahukah anda dalil wajib berpuasa terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 183?


WORKSHOP GRAF HAYAT TAHUNAN, BULANAN DAN HARIAN
Pertama kali
Sabtu 30 Julai, 2011.

sila bawa maklumat JAM DILAHIRKAN

Tempat: Pejabat Meru (atas Bank Simpanan Nasional Pekan Meru, Klang). Ikut NKVE susur Setia Alam/ Meru.
lihat peta di laman MAKLUMAT atau di peta sebelah blog ini (skrol di tepi ke bawah)
Masa    : 2.30 petang - 5.30 petang
Yuran   : RM50 seorang
Daftar   : SMS taip GR hantarkan ke 016 624 9666. Bayaran di sana.

Mengenali fenomena (Star) yang berlaku untuk tahunan, bulanan dan harian! Terutamanya untuk 2012 nanti. Sebelum ini dalam Kursus Graf Hayat hanya pelajari fenomena (star) yang berlaku untuk 10 tahun, jadi kali ini pengetahuan menjadi lebih mendalam dan analisis kehidupan menjadi lebih terperinci dari sebelumnya. Anda boleh mengunjurkan apa yang bakal berlaku pada tahun tertentu dan bulan tertentu memudahkan anda membuat perancangan atau persediaan sewajarnya.

Elok untuk bekas peserta kursus Graf Hayat (boleh juga untuk individu yang baru).

Worskhop yang pertama kali dibuat !

Picture
Foto cikgu A-D bersama Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad (Millionaire Mindpower) di atas sebatang pokok di Pulau Tioman ketika Energy Trip 1 awal tahun 2010. Cikgu A-D dijemput untuk majlis berdoa kekayaan untuk group MMP di sana jam 3.30 pagi di situ.



Tragedi di Norway: "JIWA KACAU 2012"

Tragedi serangan tembakan rambang di Norway pada Jumaat 22 Jul 2011 lalu yang mengorbankan 93 orang besar kemungkinan menunjukkan tanda-tanda dan bahang menuju ke tahun 2012 "tahun jiwa kacau". Kebencian, kemarahan dan keresahan melampau yang tidak diluahkan secara positif menyebabkan ramai individu boleh jatuh terperangkap dalam situasi jiwa kacau. Sayangnya, di negara Malaysia kini ini sudah ada golongan yang jiwa kacau, hanya menunggu peluang dan ruang sekali lagi untuk mengacaukan lagi tanahair. Tahun depan negara Malaysia adalah kitaran 8 iaitu tahun tertekan, sama dengan kitaran tahun 8 untuk Mesir tahun ini. Apakah anda seorang yang menyumbang kepada kejatuhan negara Malaysia pada tahun 2012 nanti? Atau apakah anda mahu membuat perubahan yang lebih baik kepada negara Malaysia dengan cara dan pendekatan yang lebih positif?

Semasa kejadian letupan bangunan kerajaan di Oklahoma, USA pada 1995, ketika itu cikgu A-D masih di New York. Cepat aje rakyat Amerika menuduh orang Islam mengebomnya. Pusat Islam dan rumah sewa kami dibaling dengan batu dan kami takut nak keluar rumah. Semasa solat jumaat ada sukarelawan menjaga kawasan pusat Islam untuk elakkan kejadian tidak diingini. Akhirnya, rupa-rupanya FBI mencekup orang bukan Islam yang mengebom bangunan itu. Apakah anda mahu menyebabkan rumah anda dibaling batu pada tahun 2012 nanti? Anda tidak pernah rasa bagaimana tak amannya tinggal di luar negara disekat itu ini. Kat negara China laman Youtube disekat, Facebook disekat, Blogspot disekat, tapi di negara kita sendiri yang sangat bebas masih lagi ada yang mahu perjuangkan sesuatu yang tidak positif - silakan berjuang tapi berjuanglah untuk produktiviti, keamanan dan kekayaan negara bermula dari diri kita yang kaya dahulu. Mahukah anda hidup dalam undang-undang darurat yang menyekat kehidupan seperti di Burma? Kita bebas keluar minum kedai mamak 4 pagi, kita bebas macam-macam di negara kita ini... tapi kebebasan mestilah diiringi dengan tanggungjawab! Angka 8 di kitaran 8  tahun depan menunjukkan tanggungjawab adalah untuk mengajar kita rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dengan positif kepada Alif-Agama, Ba-Bangsa dan Ta- Tanahair. Jika kita terus menerus menerima sahaja tekanan dan biarkan kita tertekan, tu yang jadi kitaran tahun 8 tekanan sepertimana di Mesir! 

Unik. Penembak yang jiwa kacau di Norway itu sebelumnya menulis satu dokumen anti Islam dsbnya setebal 1,500 mukasurat yang bertajuk "2083-A European Declaration of Independence,"  Tengok ada nombor 83 lah! kan cikgu A-D dah kata, tahun 2012 semua orang bakal memiliki pola 38 namun ramai orang melalui 38 yang negatif. Apakah anda telah mempelajari teknik pola 38 yang positif?

Daripada kajian cikgu A-D setakat ini pola jiwa kacau 2012 tahun depan bermula dari situasi ekonomi yang menyebabkan banyak industri/ perniagaan jatuh yang memberi kesan kepada ramai orang yang akhirnya jadi jiwa kacau. Situasi kemarahan terpendam juga dilihat satu faktor penyumbang. Jadi, apakah anda telah bersedia untuk tahun 2012? Supaya kekayaan anda, bisnes anda, keluarga bahagia anda, karier anda akan terus baik walau tahun 2012?  Kalau ada orang kata 2012 tahun kiamat, itu adalah kerana kita sendiri yang mengkiamatkan negara kita sendiri dek tak tahan tekanan kitaran tahun 8 tahun depan.

Nantikan kursus "Strategi Berkesan Menghadapi dan Melalui Tahun 2012 Jiwa & Ekonomi Kacau" bermula November di Klang, JB dan beberapa bandar lain.

Jika anda nak tahu bagaimana jiwa anda dikacau di sebabkan apa (mungkin Vaccum Star dsbnya malah bulan bila dijangka berlaku), datanglah ke Workshop RM50 Graf Hayat Tahunan, Bulanan dan Harian pada 30 Julai di Meru, Klang jam 2.30 petang - 5 petang. Daftar SMS taip GR hantar ke 016 624 9666.

Picture
Foto kelas teknik Pola 38 bahagian 1 pada 23 Julai 2011 di Parit Raja, Batu Pahat.

Menarik. Ada orang boleh rasa ibu jari tangan kirinya dipicit walaupun cikgu A-D memicit ibu jari tangan kiri cikgu A-D sendiri menyorokkannya di belakang papan putih. Malah ada yang dapat meneka tepat apa yang cikgu A-D tulis dan cakap walaupun disembunyikan.  Itulah positif pola 38!

Seorang peserta kurus pola 38 sebelum tiba di tempat kursus teringin nak makan nasi ayam kerana selalunya kalau kelas dibuat di situ kita akan makan tengahari di restoran mamak. Memang betul kami makan nasi ayam di sebuah restoran berdekatan! Itulah kekuatan pola 38! Kepada yang telah pelajari teknik pola 38 teruskan latihan dan gunakan dalam kerjaya, bisnes, kehidupan dan sebagainya. Kepada yang belum belajar pola 38 itu, cepat-cepat sebelum masuknya tahun 2012 tahun pola 38 yang jiwa kacau!


Picture
Foto dompet lama cikgu A-D.

Tadi cikgu A-D kira jumlah terkumpul. Duit dah banyak di rumah kenalah simpan pula di tempat lebih selamat - nak beli emas, nak beli SSP.

Pesan Dato Ibrahim Ahmad dan Dato Roslizam untuk simpan dompet lama dan digunakan sebagai tempat simpanan.

Cikgu A-D praktikkannya dan menggunakan 3 konsep gubahan cikgu A-D (anda boleh pelajarinya dalam kursus Pola 666 Potensi Kekayaan), dompet tu kini sudah ada RM5 ribu dalam masa 6 bulan!

Cikgu A-D bukannya ada bisnes besar atau untung besar untuk terus je ada atau simpan RM5 ribu (kalau dapat hasil dari kursus pun nak bayar itu ini juga), jadi duit tersebut adalah hasil terkumpul sepanjang masa ini dari teknik Pola 666. Jika anda tahu potensi anda, maka anda boleh cipta kekayaan untuk diri anda, tapi mestilah mengikut caranya! Kursus Pola 666 Potensi Kekayaan!

Dompet ini sebenarnya diletakkan dalam beg duit yang dihadiahkan oleh Prof Dato Dr Ibrahim pada Januari 2011, memang duit masuk je ke situ! Ada teknik kekayaan! Kali ini bukan sekadar I LOVE MONEY, tapi MONEY LOVES ME!!!!!

Dompet ini juga sebenarnya diletakkan dalam satu peti besi, masih ada satu lagi dompet yang Dato Roslizam hadiahkan mengandungi duit dan satu lagi tin emas mengandungi duit, sijil SP dan emas. Belum sempat nak kira tapi sebelum ini pernah kira adalah dekat RM6 ribu kot, juga satu album duit. Semua ini hasil teknik! Ada tekniknya yang anda boleh praktikkan di rumah atau pejabat atau bisnes, walaupun anda kakitangan kerajaan pun boleh lakukannya! Pola 666 Potensi Kekayaan (dikatakan angka 663 sebenarnya "number of the beast" bukannya 666, agaknya orang tak nak kita jadi kaya tu yang nombor 666 tak boleh tu kot!).


.
0 Comments

Capailah Kejayaan yang berada di hadapan anda!

7/21/2011

0 Comments

 
Picture

    Kajiselidik


Picture
Apakah nama anda / perniagaan anda sebaik potensinya?







Menggunakan sejenis perisian yang mengkaji "maksud nama". Dapatkan "getaran" nama sebaik ini untuk perniagaan anda yang boleh maju dan untung sebegitu. Ataupun nama baru anda atau nama anak yang lebih sesuai dengan potensinya juga.

Kursus relevan: Pola 696 Potensi Bisnes Menguntungkan atau dari sesi konsultansi. Biasanya terdapat 3 jenis pengiraan dibuat untuk memeriksa potensi nama.


Faces of Fortune: It’s the people who matter
klik link (ada 2 link):
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2011/7/18/lifefocus/9099068&sec=lifefocus
http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2011/7/11/lifefocus/9044381&sec=lifefocus

Picture
Foto cikgu A-D semasa berada di China pada Jun 2011 lalu atas urusan tugasan di sana. Bukan perihal pernomboran tetapi tugasan membangunkan sistem kualiti untuk sebuah organisasi di sana.

Untuk makluman semua, kemahiran cikgu A-D adalah dalam dunia pembangunan  pengurusan sistem kualiti seperti ISO9001 seumpamanya.


Konsep yang sama seperti penggunaan data, analisa dan unjuran serta audit di dalam sistem kualiti di adaptasi ke dalam kaedah pernomboran. Menggunakan pengalaman di dalam dunia industri sebenar dan dunia perniagaan sebenar maka kaedah pernomboran sesuai dengan aplikasi pembinaan strategi serta pemantauan prestasi dan pembangunan produktiviti yang diperlukan oleh semua lapisan golongan.

Tagline Cikgu A-D / Kaedah Pernomboran:
POTENSI  |   STRATEGI  |  PRESTASI   |   PRODUKTIVITI


9 Ideas That Made $100 Million
klik link:

http://finance.yahoo.com/career-work/article/113152/9-100-million-dollar-ideas-cnbc


Picture
Tenaga Dalaman (Teknik Pola 38)

Satu daripada teknik mengukur tenaga dalaman ialah menggunakan sejenis kertas (dibeli di Korea) yang boleh melengkung apabila diletakkan di atas tapak tangan. Makin kuat lengkungan itu bermaksud tenaga dalaman anda kuat kerana kertas tersebut sensitif dengan tenaga dalaman (bukan haba badan). 

Ramai individu mendapati kertas tersebut cuma kekal rata apabila diletakkan atas tapak tangan mereka menunjukkan mereka kekurangan tenaga dalaman. Oleh yang demikian teknik Pola 38 termasuk wangian 38 digunakan sebagai satu ikhtiar untuk tingkatkan tenaga dalaman. Kenapa perlu tingkatkan dan kenapa perlu ada tenaga dalaman? Tenaga dalaman adalah perlu untuk bantu kita mengatasi emosi dan "hijab" yang menutup kita daripada melihat kepada peluang kejayaan. Ini biasanya terjadi apabila seseorang itu berada dalam situasi tenaga lemah seperti graf gaung, Vacuum Star dan sebagainya. 

Kursus yang relevan: Kursus Pola 38 Bahagian 1 dan Bahagian 2
(satu-satunya dan pertama di dunia).

.
0 Comments

Kejayaan adalah Kekayaan

7/14/2011

0 Comments

 
Picture

Picture
Gambar cikgu A-D di dalam sebuah studio rakaman untuk Asyik FM di Angkasapuri RTM tahun lalu.


    Kajiselidik



TESTIMONI MAKLUMBALAS PESERTA KURSUS: Teknik Arah Kejayaan Dalam Bilik / Pejabat ciptaan Cikgu A-D

assalamualaikum cikgu..
mggu mggu ini dh 3x sy dpt duit., .. sy ddk d penjuru timur laut., brcakap pasal duit dn ptgnya.,pkl 7:58pm kwn bnk in duit rm500.. alhamdulillah.. 2 hari selepas hadiri seminar arah dlm rmh.. ada lg duit masuk.... mggunakn cara yg sama..iaitu brckp d penjuru timur laut.... alhamdulillah... ptg td...antara pkl 9:30 hgga pkl 10pm mlm td dpt rm3k.. alhamdulillah.. rupanya arah timur laut sy rezeki melimpah..

Komen Cikgu A-D: Teknik Arah Kejayaan dalam rumah adalah satu ikhtiar daripada kaedah terkini dalam kaedah Pernomboran yang boleh digunakan untuk menjana rezeki anda dari dalam bilik atau pejabat anda! Pelajarilah kaedah terbaru ini. Peserta kursus Pola 729 Juara Jualan di Batu Pahat akan pelajari kaedah ini dalam teknik lokasi duduk dalam restoran atau bilik mesyuarat untuk buat closing sale. Jom pelajari kaedah arah kejayaan dalam bilik / pejabat.


Kursus Pola 38 pada 23 Julai 2011 di Batu Pahat - istimewa 1 modul terbaru dimasukkan ke dalam Kursus Bahagian 1 tersebut termasuk 1 modul "rahsia" amalan cikgu A-D sendiri perihal teknik pola 38 yang akan diberitahu dalam kursus itu sahaja (tidak diumum di blog ini). PowerEnergy! 23 Julai, Batu Pahat.

Kursus Pola 729 Juara Jualan pada 24 Julai 2011 di Batu Pahat - istimewa 1 modul terbaru dimasukkan ke dalam kursus berkenaan. Terdapat 3 modul baru dalam kursus pola 729 yang belum pernah diajar dalam kursus pola 729 sebelum ini. Pertama kali juga kursus Pola 729 ini menggunakan software Graf Harian (yang diberi secara percuma). Powersales! 24 Julai, Batu Pahat.

Pola 38: Semalam cikgu A-D dan keluarga bersama menonton filem terbaru dan terakhir Harry Potter - sebuah filem perihal fiksyen energi magis. Membeli popcorn dan minuman berharga RM38.30. Ketika pulang ke rumah memandu ikut belakang kereta plet nombor 8333.

Picture


















Analisa Keserasian Pasangan menggunakan kaedah Pernomboran versi Cikgu A-D

... saya telah hampir 3 thn bercinta..malangnye saya bru tau yang saya talah dibohong.dia telah bertunang awal thn ini atas pilihan keluarga.."

Menggunakan software analisa yang baru dibangunkan oleh cikgu A-D di dapati skor keserasian pasangan ini adalah 30% di sebabkan beberapa faktor seperti masalah hubungan "sehala", terdapat "jurang angka" dan sebagainya. Kaedah pernomboran dapat mengenalpasti masalah yang berlaku dan seeloknya tindakan pembetulan dan pencegahan mahupun peningkatan dapat dilakukan.

Mudah-mudahan selepas raya mungkin Oktober nanti akan dianjurkan Kursus Keserasian Cinta, Jodoh & Perkahwinan yang mana peserta kursus akan mendapat software analisa ini secara percuma. Binalah kehidupan berkeluarga yang lebih produktif!


Seperti yang cikgu A-D beritahu dari tahun lepas lagi bahawa tahun 2011 adalah tahun bagus untuk pelaburan dan kekayaan, tentunya satu daripadanya adalah emas.
Fears about debt send gold price to record
baca di sini - klik link:
http://news.yahoo.com/fears-debt-send-gold-price-record-211146687.html

Untuk membeli emas secara diskaun, hubungi / SMS: Puan Zuhaida 016 206 3496

Picture
Hari ini isteri cikgu A-D mengadu sejak beberapa minggu ini mood dia tak baik, asalnya banyak tanggungjawab yang makin bertambah dan bertambah. Tu tengah pening giler. Apa taknya, cuba tengok pola bulan 7 beliau (daripada kaedah Graf Prestasi Bulanan ciptaan Cikgu A-D sendiri) ada 4 angka 8, memang meraung giler rasanya!
 
Kebetulan, arah dari rumah ke tempat kerja beliau ialah arah 8! Dan tempat tidur serta tempat beliau buat kerja di dalam bilik tidur adalah dua-dua arah 8! Alamak 8888888! Memang perit rasanya tu (kitaran tahun 1 pulak tahun ni iaitu kitaran tahun perit). Jadi bila cikgu A-D tunjukkan graf beliau ini barulah dia lega sikit ada motivasi sikit dan perlulah cikgu A-D kena bantu dia kurangkan tekanan, kalau tak nanti cikgu A-D pun boleh tertekan meraung juga! Jadi, memang berbaloi menggunakan kaedah pernomboran ini membolehkan kita memahami diri kita dan diri orang lain dan seterusnya perbetulkan apa yang perlu sewajarnya. Mari kita cipta dunia yang lebih aman dan tenang, fahamilah turun naik mood anda daripada graf prestasi bulanan ni! Satu-satunya dan pertama di dunia kaedah sebegini, ciptaan cikgu A-D.

Untuk dapatkan software MS-EXCEL pengiraan Prestasi Bulanan, bank in RM150 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan selepas itu email permohonan ke [email protected]
dan ianya akan diemailkan (harga RM100 jika membeli semasa datang kursus).


DOA MEGA PROJEK 4 JULAI

Ingat tak hari tu - 4 Julai 2011 - yang kita bersama-sama berdoa kekayaan Projek Mega di Tasik Shah Alam? Baru-baru ini cikgu A-D ditawarkan dengan projek mega. Menariknya, seperti yang cikgu A-D beritahu bahawa dalam doa projek mega itu akan melalui wanita dan memang wanita menawarkan projek mega tersebut;
1.  Seorang klien wanita seorang pengarah syarikat (tak ikut majlis berdoa 4 Julai) menawarkan cikgu A-D untuk terlibat dalam satu projek dengan syarikatnya itupun kalau dia menang sebutharga dengan satu organisasi besar dalam beberapa bulan ini. Projek ini mampu diluaskan ke seluruh dunia! Doa-doalah lagi kita bersama ye, mudah-mudahan.
2.  Tadi seorang klien wanita juga (tak ikut majlis berdoa 4 Julai), seorang timbalan pengarah menegur cikgu A-D kenapa tak hadir mesyuarat minggu lepas, ingatkan mesyuarat biasa je, rupanya mereka bincangkan satu projek dan dicakap sendiri oleh klien wanita itu bahawa itu "projek mega"! Dia yang sebut begitu! Terkedu juga cikgu A-D bila dia menyebut "projek mega" seolah-olah tahu-tahu je yang cikgu A-D berdoa projek mega. Memang ajaib! Walaupun cikgu A-D bukanlah orang utama dalam projek mega tu, tapi adalah tempias sikit-sikit, jadi sekarang tengah dah nak mula sibuk mulakan dan uruskan projek tu. Katanya ada satu lagi projek bernilai RM100 juta nak masuk juga! Cikgu A-D telah diminta untuk tolong dia uruskan bersama-sama dengan kumpulannya, alamak projek mega giler tu!

Jadi, memang berbaloi kita berdoa bersama tempoh hari. Semoga yang hadir tempohari juga mendapat rahmat yang sama. Nanti kita berdoa kekayaan lagi pada 23 Julai 2011 di Kursus Pola 38 di Batu Pahat... mudah2an ada projek besar lagi
!
 

Picture
Anak sulung cikgu A-D yang kini berumur 17 tahun (SPM tahun ini - apa taknya Cikgu A-D jadi bapak budak semasa umur 22 tahun! Dah memang graf jodoh ketika itu) baru sahaja mendapat satu anugerah dari satu kem dihadirinya di sekolah baru-baru ini (Kem Kepimpinan Pengawas). Beliau ada pola 786, memang sesuai untuk didedahkan dan dilatihkan dengan kepimpinan, dah memang kebetulan beliau pun anak sulung. Menariknya, anak sulung cikgu A-D adalah lelaki yang mana cikgu A-D adalah anak sulung yang mana ayah cikgu A-D adalah anak sulung...

Anak sulung cikgu A-D dilahirkan di New York, USA.


Picture
UNIK DAN MENARIK! Software terbaru! Kaedah ciptaan Cikgu A-D
(program oleh Sdra Zaifulnizam)

Software mengira KESERASIAN PASANGAN secara kaedah pernomboran!
Satu-satunya dan pertama di dunia!

Di sini dipaparkan satu kes benar (tarikh lahir mereka dirahsiakan) yang mana seorang lelaki telah berkahwin lain setelah beberapa lama berkahwin tentunya mengecewakan si isteri. Daripada software ini memudahkan analisa iaitu mendapati 3 aspek utama dalam hubungan itu tidak ada sebenarnya!  - hubungan suami isteri 1 hala, gabungan tiada "bonding" dan Analisa Statistik (Mod, Median dan Purata) mendapati komponen gabungan adalah rendah (dengan kata lain, gabungan tak kuat) dan terdapatnya komponen "kahwin lain". Padanlah, perkahwinan mereka ini tidak kuat (tapi sebenarnya analisa sebegini tidak bermaksud semestinya perlu bercerai jika ada masalah keserasian, tentu ada cara penyelesaiannya secara kaedah pernomboran juga kerana kaedah ini adalah kaedah diagnostik dan strategi).

Bagaimanakah keserasian anda suami isteri? Sudah diperiksa tahap keserasian anda berdua? Kaedah ini sebenarnya bukan sahaja untuk keserasian suami isteri tetapi juga untuk pasangan kekasih/ tunang, gabungan rakan bisnes, hubungan antara adik beradik atau dengan ibu atau bapa dan sebagainya, malah keserasian anda dengan bos anda atau pekerja anda! Kalau dah tak serasi tu, tukar jelah kepada yang lain tak perlu buang masa :) Gurau je.... ada kalanya anda boleh betulkan tapi kenalah analisa dulu. 

Satu-satunya analisa sebegini dan yang pertama di dunia di sini sahaja ciptaan Cikgu A-D sendiri. 

Software ini kini dalam peringkat fasa akhir dan akan dibuka kepada umum tidak lama lagi. Sangat sesuai dimiliki oleh semua orang - nak cari jodoh, nak cari menantu, nak cari pekerja atau bos yang serasi, nak pastikan bagaimana meningkatkan keserasian - sesuai untuk sesi kaunseling perkahwinan, agensi cari jodoh atau jabatan sumber manusia dsbnya! Nantikan!


Picture
Business Card Psychology

Tahukah anda bahawa cara susunan dalam business card anda mempunyai maksud dan fungsi tertentu? Daripada business card anda itu kami boleh mengenalpasti potensi dan konflik yang ada dalam perniagaan anda!

Buku ini berharga lebih kurang RM200 di pasaran mengandungi puluhan jenis susunan business card yang merujuk kepada fungsi atau masalah tertentu.









Kepada peserta kursus Juara Jualan pada 24 Julai nanti di Batu Pahat, sila bawa business card anda untuk dibandingkan dengan pilihan-pilihan yang ada dalam buku ini, seterusnya membuat peningkatan sewajarnya. Anda sebagai Juara Jualan tentulah perlukan Business Card yang power kan!

Modul tambahan Kursus Juara Jualan 24 Julai: Cara design Business Card yang power!

Daftar kursus Pola 729 Potensi Juara Jualan: SMS taip JJ hantar ke 016 6249666.


ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI DAN MELALUI TAHUN 2012
Tahun 2012 yang digelar oleh cikgu A-D sebagai TAHUN JIWA KACAU.

Ini maklumbalas daripada seorang pengguna kaedah metafizik, setelah mendapati bahawa pada tahun 2012 beliau suami isteri bakal memasuki fasa kehidupan yang lebih mencabar dengan kitaran 7 dan 1 serta Vacuum dan sebagainya. Daripada Teknik Graf Hayat Bulanan didapati Ogos 2012 terdapatnya "Terminating Star" yang sememangnya kontrak kerja beliau memang tamat pada Ogos 2012. Jadi, menggunakan kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik, kita boleh membuat perancangan dan persiapan ke hadapan dengan lebih baik... Adakah anda tahu apa yang bakal berlaku kepada anda tahun 2012? Ini bukan untuk menilik tetapi membuat unjuran dan seterusnya persediaan. Bukankah lebih baik bersedia daripada membiarkan sahaja hidup anda dipermainkan oleh alam?  Maka cepatlah jom belajar kaedah pernomboran dan graf dinamik. Juga nantikan kursus Strategi Menghadapi dan Melalui Tahun 2012 Dengan Berkesan pada November dan Disember nanti. Bersedialah dengan ilmu pengetahuan!
 
"Alhamdulillah, dah tahu awal boleh rancg apa yg patut buat..bhgn pentadbiran ckp thn dpn dianggarkan 200 org tak dismbung kontrak, diberhentikan kerja.. itu pasal diorg nk kurgkan k/tgn.. "

Maklumbalas peserta kursus (Teknik Arah Kejayaan Dalam Rumah):

Komen Cikgu A-D: apabila anda mengetahui bahawa terdapatnya banyak ruang dan peluang kejayaan malah di dalam bilik tidur anda sendiri, maka anda akan sentiasa positif untuk mendekati Yang Maha Kuasa dan positif untuk terus mendapatkan kejayaan. Mereka yang mengamalkan kaedah pernomboran dah tiada masa lagi untuk bersedih atau murung sebab mereka sentiasa menghabiskan masa ke hadapan mencari peluang dan ruang untuk berjaya dan kaya. Mereka yang selalu murung, sedih dan tertekan dalam hidup adalah mereka yang belum mengamalkan kaedah pernomboran untuk jadi positif sentiasa.

assalamualaikum cikgu...
keberuntungan sy ialah sy ada dua penjuru no.6 Timur laut dn barat daya..yg selama ini mmg sy letak tabung2 duit.. setiap bilik dn ruang tamu mmg sy letak tabung duit.. tp ada 2 3 tmpt yg sipi sipi dr arah no.6 Alhamdulillah..sy hanya ubah sikit saja utk d letakkn d tmpt yg betul.. Lgpun sy kerap amalkn doa dr asma ul husna..ya batin 30x selepas setiap solat utk menguatkn mata hati sy.. alhamdulillah.. ada hasil juga.. [sbb dulu kerap d tipu.,jadi kaedah ini boleh membuka mata hati utk lebih jelas dlm setiap urusan sy] Dan no.9 pula d selatan.. yg lain sy ada 3 penjuru no 9.. dn d tenggara no.5 Bilik tido sy.,katil dh mmg dr dulu sy letak arah 9..kebetulan betul pula dgn kiraan harini.. kedudukn no.6 betul2 d tingkap.. memandangkn sy takut nk tdo kepala d tingkap..[mmg x lena tido sy].. jadi sy kekalkn d arah selatan no.9

klu d ikutkn no.6 sy ada 8 penjuru.. setiap bilik sy ada 2 penjuru no.6 dan 2 d ruang tamu.. Tp tu la.. tengah d landa vacum star... kena usaha lebih utk menarik aura rezeki..

Terima kasih cikgu dengan setiap helaian yg d buka dn d kupas dlm kehidupan kami...


http://pkmains.mmu.edu.my/artikel/perkahwinan_kehidupan.html

 TERAPI PSIKOLOGI SECARA KEROHANIAN:

SATU PENDEKATAN BARU

Terapi kaunseling secara kerohanian (Agama) adalah satu konsep yang telah digunakan oleh junjungan Nabi S.A.W. dan para sahabat dalam merawat diri dan jiwa melalui terapi agama dengan menggunakan ayat-ayat Allah S.W.T disamping menunaikan solat dan melakukan amal kebaikan sesama makhluk.

Ini berdasarkan kepada firman Alah dalam surah Bani Israel : 82 yang bermaksud :

" Dan Kami turunkan dari Al-quran yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Begitu juga maksud ayat Al-Quran dalam surah Yunus : 57 bermaksud :

" Wahai manusia telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Beberapa pakar psikologi barat berpendapat bahawa penyakit-penyakit jiwa yang menimpa manusia mempunyai perkaitan yang rapat dengan agama. Antara pendapat yang menyokong fakta di atas ialah :
    1. Profesor. Dr. C.G.Jung dalam bukunya " Modern Man In Search Of A Soul" menyatakan sebagai berikut : Antara para pesakit saya yang sudah berusia lingkungan 35 tahun tidak seorang pun yang menghadapi tekanan jiwa tidak mempunyai kaitan dengan agama.
    2. Profesor. J.G.MacKenzie, memberikan pendapat sebagai berikut : " Para pesakit jiwa sembuh, bukanlah kerana pengetahuan mereka yang sempurna tentang ilmu perubatan dan bukan juga kerana mereka pakar sakit jiwa, melainkan kerana kecekapan mereka dalam bidang agama".
    3. Dr. Wadfield menegaskan sebagai berikut : " Saya telah mencuba menyembuhkan penyakit saraf dengan pengisyaratan ketegangan dan kepercayaan tetapi usaha ini baru berhasil dengan jayanya, sesudah ia dihubungkan dengan keyakinan akan kekuasaan Tuhan".
Dalam hal ini menunjukkan bahawa ahli-ahli kedoktoran Amerika Syarikat dan Eropah serta pakar Psikologi Barat menegaskan bahawa KEPENTINGAN PENGETAHUAN PSIKOLOGI DAN AGAMA DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA DALAM PROSES MERAWAT DAN MENYEMBUH PENYAKIT-PENYAKIT MANUSIA". Tepat dengan ucapan seorang ahli falsafah terkenal bernama IBNU QAIYIM AL JAUZI dalam kitabnya yang berjudul ZADUL –MA’AD, bahagian ketiga, muka surat 110-111 (cetakan Mesir tahun 1928) beliau berkata :

" Setiap Doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan pemeriksaan jiwanya, dan tidak dapat memberikan rawatan kepada para pesakitnya, selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah, dan mengingat hari akhirat. Jika tidak mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan merupakan calon doktor yang masih lemah".

Diharapkan para ahli psikologi dan kaunselor dapat menggunakan kaedah psikologi kerohanian (Agama) sebagai satu pendekatan baru. Kita tidak dapat menafikan bahawa semua makhluk termasuk manusia dicipta oleh Allah. Dia sangat mengetahui ciptaan-Nya dan jika manusia itu sakit maka gunakanlah "manual" Allah iaitu Al-Quran.

Beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai terapi psikologi jiwa ialah:

a) Penumpuan kepada sesuatu perkara
  • Membaca ayat 1-5 dari surah Thaha
  • Membaca ayat 200 surah Ali Imran
b) Menghafal pelajaran (tidak mudah lupa)
  • Membaca penghulu taubat
c) Mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran
  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali )
d) Mengurangkan kebimbangan dan ketegangan
  • Membaca surah Al-Insyirah
  • Memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah
Bagi para pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai panduan di atas anda bolehlah datang atau menghubungi Pusat Kaunseling MAINS di alamat berikut :

Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PKMAINS)
( Cawangan Seremban )
51 & 53, Tingkat 1, Terminal One Shopping Complex,
20B, Jalan Lintang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-7679905 Fax : 06-7679906

"KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN"


Picture
Membeli emas sebagai pelaburan / perniagaan
Tawaran istimewa kepada rakan klien, peserta kursus, pengamal dan peminat metafizik pernomboran.

Anda boleh beli emas 999 pada harga 5% rendah dari harga pasaran (tertakluk kepada syarat. Sila beritahu anda ketahui tawaran ini daripada blog cikgu A-D)


Contoh; harga pasaran RM177 segram namun anda boleh membeli pada harga RM168, maka anda ada untung RM9 setiap gram. Jika anda membeli 50g, maka anda sudah ada RM450 untung. Dengan pendekatan ini anda mampu meraih keuntungan besar dari transaksi penjualan - pembelian sebegini.

Lawati laman web ini (klik link):
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasRM202_57segram/Article

Hubungi / SMS: Puan Zuhaida 016 206 3496

Picture


Picture
Teknik Arah Kejayaan Dalam Bilik/ Rumah/ Pejabat

Semalam Cikgu A-D membuat sesi konsultansi bersama seorang pengusaha stesen minyak di pejabatnya di dalam stesen minyak tersebut. Di dalam pejabat itu di dinding sebelah tepi, terdapat kebocoran air mengalir mengikut dinding dari siling atas bila mana tiap kali hujan.


Apabila diperiksa menggunakan teknik arah kejayaan, di dapati memang arah itu arah Air! Kebetulan? Padanlah air mengalir di situ bukannya di tempat lain. Memang arah itu arah Air yang sejuk dan kebetulan 1 unit air-cond ada di situ.

 Jadi, menggunakan teknik arah kejayaan, maka beberapa cadangan dibuat untuk mengatasi masalah kebocoran air berkenaan secara metafizik. Secara fiziknya, memanglah perlu baiki atau tukar bumbung atau saluran air di situ. Secara metafiziknya perlu diperbaiki kerana arah tersebut adalah arah kejayaan beliau, maka perlulah digunakan sepenuhnya bukan dibiarkan kosong untuk mendapatkan kejayaan. Sayangnya beliau tidak ada arah rezeki di dalam pejabatnya, tapi menggunakan teknik arah kejayaan dinamik sebenarnya ada dua tempat yang beliau boleh gunakan sebagai ikhtiar meningkatkan rezeki dengan baik, seperti lokasi peti besi Cikgu A-D yang sememangnya berada di arah rezeki dalam bilik tidur yang saban hari masuk je duit ke situ.

Semua perihal di atas akan dibincangkan di dalam Worksyop RM50 Teknik Arah Kejayaan di Meru, Klang pada Sabtu, 16 Julai jam 2.30 petang – 5.00 petang (Daftar: SMS taip AR hantar ke 016 624 9666). Jika anda mahu memaksimakan arah-arah di dalam bilik atau pejabat anda untuk kejayaan, kekayaan atau kebahagiaan, maka sesi kelas inilah paling sesuai untuk anda. Jumpa anda di sana! Berbaloi belajar kaedah ini, satu-satunya pertama di dunia di tempat lain tak diajar kaedah sebegini!



Peta ke Kursus 23 dan 24 Julai
No 16, Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor - sebelah UTHM
Sebaris Restoran Azhar

Picture
23 Julai – Kursus Pola 38
Jam: 10 pagi – 5 petang
Tempat: No 16, Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Yuran:
RM138 seorang (tiada diskaun).
RM38 untuk bekas peserta kursus Pola 38
Daftar: SMS taip PT hantar ke 016 624 9666.

Bayaran di sana nanti. Tetapi elok untuk bank in awal mengelakkan kesesakan semasa pendaftaran ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan bawa slip bank-in.

Bonus: Dapatkan Wangian Pola 38 pada harga RM38! (Biasa RM40 dan biasanya diberi percuma hanya dalam Kursus Bahagian 2).

Kaedah Pola 38, satu-satunya pertama di dunia, merupakan kaedah yang unik dalam metafizik dan pernomboran. Kajian cikgu A-D mendapati kebolehan dalam pola 38 dapat membantu kita dalam meningkatkan kejayaan dan mengurangkan masalah dalam hidup atau perniagaan. Kadang kala kita sudah berusaha dan berdoa namun kejayaan masih belum dicapai atau tidak cukup banyak dicapai adalah kerana takdir manusia sebenarnya telahpun menetapkan (qada’) berapa banyak (qadar) kejayaan anda mungkin cukup-cukup makan sahaja. Tetapi dengan teknik pola 38 yang menghubungkan kita dengan Tuhan adalah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan keupayaan kita yang telah ditetapkan.

Contohnya, seorang wanita yang mengadu mengalami hidup yang susah (kerana dalam graf gaung dan Vacuum Star) tetapi dicungkil bakatnya oleh cikgu A-D kerana didapati memiliki pola 38, kini boleh menggunakan keupayaan tersebut untuk mengatasi masalah graf gaung dan Vacuum Star.

Kursus pada 23 Julai nanti adalah kursus Bahagian 1 – Pengenalan, tetapi akan dimasukkan beberapa modul bahagian seterusnya bahagian 2 untuk membantu anda sebagai peserta kursus meningkatkan keupayaan anda dalam kehidupan. Tahukah anda bahawa SEMUA ORANG akan ada pola 38 pada tahun depan? Secara negatifnya, pola 38 yang ada pada seseorang menyebabkan seseorang itu bermasalah seperti masalah penyakit termasuk penyakit misteri, masalah keresahan, masalah kewangan dan sebagainya. Sebab itulah Tahun 2012 adalah tahun yang cikgu A-D menggelarnya sebagai TAHUN JIWA KACAU. Hanya anda yang pelajari pola 38 yang positif dapat menggunakan teknik positif untuk mengatasi masalah dan meningkatkan kejayaan anda walaupun dalam suasana genting sebegitu nanti.

Tahukah anda? Ayat perihal berpuasa adalah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183. Kebetulan 38? Begitu juga Surah Yassin yang sangat bermanafaat dalam nilai kerohanian dan perubatan adalah 83 ayat. Dalam Surah Lailatul Qadar menyatakan malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan, katakan 1000 dibahagi 12 bulan maka 83.333. Mari belajar ayat dari Surah As-Saad iaitu surah ke 38 yang mengandungi beberapa ayat perihal kejayaan dan kekayaan. Hadis ke-38 memang menyatakan bagaimana teknik pola 38 digunakan. Dapatkan penjelasan di kursus pola 38 nanti! Jangan lepaskan peluang ini, 23 Julai juga anda akan bersama cikgu A-D untuk berdoa ikhtiar mendapatkan kuasa pola 38.

Maklumbalas Pola 38:

Assalamualaikum cikgu AD, tanpa ragu-ragu saya meneka jawapannya adalah “C”. Ternyata tepat sekali. Apakah ini satu kebetulan atau kerana saya ada  memiliki pola 38?

Saya ... prnh consult edi dulu. Sy mmg ada pola 38. Mmg terbukti mulut masin. Dulu sy prnh keja kat s.alam tp mcm2 bnda ofismate reka cite n burukkan saya. Sy prnh kena sihir. Sy pn trpksa brent keja. Br2 ni ada org cite ofismates yg cr psl dgn sy dh kena buang keja, bos sy plak sakit teruk dn salah sorang yg sihir saya dh mati.

Salam, terima kasih krn sudi brkongsi ilmu yg sy tercari2 selama ni. Selepas 4hb sy baru tau apa yg sy cari dan apa yg suka. Sy smkin dkat dgn diri sy. Jika ada persoakan akan trjwb dgn sendirinya..mmg luar biasa. 3rd eye chakra pun trbuka…byk petunjuk melalui mimpi…syukor

Picture

Picture
24 Julai – Kursus Pola 729 Potensi Juara Jualan
Jam 10 pagi – 5 petang
Tempat: No 16, Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Yuran:
RM350 seorang
RM300 seorang jika datang suami isteri/ anak beranak atau datang 3 sekawan.
Daftar: SMS taip JJ hantar ke 016 624 9666.



PERCUMA: Software Graf Prestasi Harian (Ciptaan Eddy Rosyadie) yang berharga RM150 di pasaran. Untuk membantu anda memilih hari yang baik dan arah yang baik untuk buat jualan yang berkesan.


Bayaran di sana nanti. Tetapi elok untuk bank in awal mengelakkan kesesakan semasa pendaftaran ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan bawa slip bank-in.

Sdra Nor Edie (Crown Manager Avail Batu Pahat) terus melonjak naik dalam dunia MLM setelah pelajari teknik pola 729 yang kini berpendapatan 5 angka sebulan dan dalam masa 2 tahun sahaja telah sampai ke peringkat tinggi, walaupun beliau sebenarnya dalam graf gaung! Teknik Pola 729 membantu di dalam meningkatkan prestasi jualan dan pemasaran anda.

Pelajarilah teknik Pola 729 untuk mengetahui strategi, teknik dan taktik menjual yang unik;
- mengetahui pasaran prospek yang betul.
- mengetahui cara pendekatan jualan yang betul.
- mengetahui arah jualan yang berkesan.
- mengetahui lokasi tempat duduk di restoran/ bilik mesyuarat untuk close sale.
- mengetahui profail prospek daripada nombor handphone dan plet kereta serta nama.
- mengetahui hari sesuai dan jam yang sesuai untuk buat jualan.
- beberapa teknik mudah NLP mata-dan-tangan.
dan banyak lagi teknik dan taktik serta strategi menjual.

Apa beza NLP Jualan (Sales NLP) dengan Pola 729 Juara Jualan?

Teknik NLP adalah digunakan apabila anda berdepan dengan pelanggan dan ada juga teknik untuk memastikan anda bersedia berhadapan dengan pelanggan sebelum berjumpanya. Anda perlu menggunakan pelbagai teknik rapport seperti probing, mirroring dsbnya untuk dapatkan kepercayaan prospek membelinya, kadang kala memakan masa lama untuk mendapatkan kepercayaannya. Untuk Pola 729 Juara Jualan pula anda untuk anda pasang strategi untuk bertemu dengan prospek, iaitu memastikan hari yang betul, waktu yang betul, arah yang betul, cara pendekatan jualan yang betul dan sebagainya supaya apabila kesemua perkara itu telah berada di landasan yang betul mka anda mudah untuk close sale walaupun anda berjumpa prospek hanya berkain batik dan berselipar jepun sahaja. Jadi, jika anda tambahkan NLP Sales dengan Pola 729, anda memang power! Jika sekadar Teknik NLP Sales sahaja, ianya kurang berkesan kerana walau macam mana NLP anda kalau dibuat di arah tekanan, ianya melambatkan proses jualan. Begitu juga, jika sekadar Pola 729 tanpa pembinaan rapport yang sesuai, sukar juga untuk dapatkan kepercayaan juga, tetapi sekurangnya anda telah berada di arah atau hari yang betul. Jadi, hadirlah ke Kursus Pola 729 Juara Jualan untuk anda jadi Juara Jualan Terbaik! Ada gabungan teknik NLP Sales yang akan dibuat bersama dengan teknik Pola 729!

Apa beza Kursus Pemasaran dengan Pola 729 Juara Jualan?

Kursus Pemasaran memberikan anda pelbagai aktiviti pemasaran yang dikaitkan dengan membuat jualan. Teknik Pola 729 memberikan anda strategi, taktik dan teknik untuk menjual. Jadi, gabungan kursus Pemasaran dan Teknik Pola 729 Juara Jualan membolehkan anda menjadi Powersales kerana anda tahu aktiviti pemasaran dan teknik menjual!

Apa beza Kursus Mindpower / Minda Separa sedar dengan Pola 729 Juara Jualan?

Kursus tentang Minda menyiapkan diri anda untuk menjadi lebih yakin untuk bersaing dan yakin dalam membuat jualan. Teknik Pola 729 memberikan anda strategi, taktik dan teknik untuk menjual, jadi gabungan dua kaedah ini membolehkan anda yakin menjual dengan keyakinan yang tinggi bersama taktik-taktik yang menyakinkan diri anda dan mampu menyakinkan prospek anda.

Kursus Pola 729 Potensi Juara Jualan adalah satu-satunya, pertama di dunia dalam kaedah sebegini. Jom belajar!

Tahukah anda? Joe Girard adalah penjual terbaik di dunia (Guiness Book of World Record) yang mana beliau memiliki pola 573, 786 dan 729! Padanlah. Bagaimana tentang anda yang selama ini sales hambar dan selalu tak sampai target? Sama ada anda ada atau tidak pola-pola sedemikian, anda kena tahu bagaimana menggunakan pola-pola tersebut juga! Anda tentu nak berjaya dalam jualan MLM atau produk anda! 24 Julai, Batu Pahat!

Jika anak Cikgu A-D seorang pelajar sekolah boleh terpilih sebagai Jurujual Terbaik di sekolahnya, takkanlah anda seorang salesman yang bergaya sekadar jualan biasa  macam mana nak berjaya macam nak kaya? Jika anda nak dapat 6 angka pendapatan melebihi pendapatan Juara Jualan Sdra Nor Edie, jom di sini diperturunkan ilmu strategi, teknik dan taktik yang terkinidah tak sama dengan apa yang Sdra Nor Edie pernah belajar 2 tahun lalu, jadi anda akan jadi lebih Powersales!

Kursus ini sesuai untuk individu yang terlibat dalam jualan dan pemasaran: kosmetik, produk kesihatan, MLM, insuran, unit trust, perkhidmatan hotel, pengusaha kedai makan dan sebagainya, termasuk para pelajar dalam dunia pemasaran, perniagaan seumpamanya.

.
0 Comments

Semua orang berhak berjaya!

7/8/2011

0 Comments

 
Picture

Maklumbalas:
Daripada saudara Nor Edie (Crown Manager Avail Parit Raja, Batu Pahat) pada 10 Julai lalu - Usahawan berjaya berpendapatan 5 angka adalah peserta kursus Pola 729 Juara Jualan pada 2009 dan kursus Pola 696  Potensi Bisnes pada 2008 lalu. Walaupun beliau masih dalam graf gaung yang mana sebelum ini hidup beralaskan roti canaiseharian selama 6 bulan dengan rumah hampir dilelong dan kereta ditarik dan terpaksa pinjam duit kawan untuk datang ke kursus, tetapi dengan menggunakan potensi maka beliau boleh melepasinya dalam masa yang singkat.
"Terima kasih cikgu eddy akan perkongsian ilmu selama ini, bersyukur akan perubahan yg saya lalui bersama ilmu yg sgt berguna ini. semoga usaha dan jasa yg dicurahkan diberkati dan kita akan terus bersama2 berjaya untuk membantu dan mengubah nasih bangsa. HIDUP ADALAH PILIHAN BUKAN NASIB - Crown Manager Nor Edie"

Maklumbalas:
"tq so much for your time taken for the session n travelling journey, sesi tadi betul2 berfaedah n definitely will help me to maximise my potentials.."

Rakaman video oleh Cikgu A-D memaparkan YBhg Dato Dr Ibrahim Ahmad (Millionaire Mindpower) berceramah di dalam Kursus Pola 6 Potensi Angka Kekayaan anjuran cikgu A-D di HRDC, Seksyen 13, Shah Alam pada 2009 lalu (sebelum MMP meletup kini).

Picture
Teknik Terbaru
Ciptaan Eddy Rosyadie
2011

Teknik Arah Kejayaan di dalam Bilik & Pejabat







16 Julai
- Worksyop RM50 "Teknik Arah Kejayaan Dalam Rumah, Pejabat dan Restoran" Sabtu, jam 2.30 petang - 5.00 petang di Meru, Klang.
Daftar: SMS taip GR hantar ke 016 624 9666
Bayaran di sana.
Peta ke pejabat Meru ada di sini di laman MAKLUMAT.

SILA AMBIL DAN BAWA GAMBAR-GAMBAR DI DALAM BILIK TIDUR SUAMI-ISTERI/ ANAK-ANAK/ RUANG TAMU/ PEJABAT/ RESTORAN (dalam bentuk foto bercetak atau format digital pun boleh) untuk dibincangkan secara interaktif di dalam worksyop ini.

Arah dalam bilik tidur/ pejabat/ restoran untuk;
- berjaya dalam bisnes/ network.
- mudah menyakinkan prospek.
- menyimpan dokumen tender supaya mudah menang tender
- tempat simpan duit untuk duit boleh bertambah lebih banyak
- tempat untuk anak-anak berjaya dalam akademik.
- tempat sesuai memudahkan menyiapkan kerja di dalam pejabat/ bilik / ruang tamu
dan macam-macam lagi...

SATU-SATUNYA PERTAMA DI DUNIA KAEDAH SEBEGINI. Kaedah ini tidak sama dengan kaedah Feng Shui dan berbeza pendekatannya. Jom belajar kaedah menarik ini, 16 Julai. Meru.

Kaedah ini juga akan diajar di dalam Kursus Juara Jualan 24 Julai di Batu Pahat nanti dalam aspek duduk di lokasi yang betul untuk membuat sales.

Beberapa tahun sebelum ini, cikgu A-D dan isteri tidur di katil yang terletak di bahagian barat bilik dan satu hari kami berselisih faham tentang satu perkara dengan berlarutan. Rupanya kini apabila diperiksa arah gabungan kami yang mana arah barat adalah 8 tekanan! Padanlah. Kini katil berada di arah utara bilik iaitu arah kejayaan 9 - syukurlah setakat ini tiada selisih faham kalau ada pun sikit-sikit je dan boleh settle dengan mudah dan cepat. 

1 bilik tidur anak cikgu A-D dikongsi oleh dua orang anak lelaki. Gabungan kedua-dua elok tidur di sebelah barat daya iaitu 6 rezeki. Tapi kalau anak bongsu tidur sebelah barat daya, itu adalah arah 5 halangan, jadi untuk katil besar tersebut, si anak bongsu tidur di sebelah kanan manakala si abangnya tidur di sebelah kiri bukan sebaliknya.

Untuk arah cikgu A-D, di sebelah timur adalah 6 rezeki, jadi di dalam bilik tidur cikgu A-D sebelah timur bilik memang peti besi menyimpan ribuan ringgit, emas dan beberapa sijil premium dan saban hari bertambah simpanannya! Kalau arah simpan duit itu betul, maka duit boleh disimpan dan beranak dengan betul!  Jika anda ingin bertemu dengan cikgu A-D di restoran mamak, maka kedudukan meja pertemuan kita mesti arah cikgu A-D iaitu di sebelah timur dalam restoran mamak tersebut!

Tahukah anda? YBhg Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad dikatakan memakai sebuah jam tangan yang mengandungi kompas. Setiap kali YBhg Dato berucap di pentas, maka beliau akan pastikan arah beliau berdiri diperiksa dengan kompas tersebut. 

Kami semua mengamalkan teknik arah kejayaan... anda mesti cuba kaedah menarik ini! Jumpa di Meru, 16 Julai ini!



Picture
Foto Cikgu A-D berucap di Majlis Makan Malam Pidato Asean anjuran Kelab Pidato Malaysia pada 2004. Ketika itu Cikgu A-D belum lagi terlibat dalam Pernomboran. Akademi Pidato belum lagi ditubuhkan dan selepas penubuhan yang mana Cikgu A-D adalah Pengarah Urusan yang pertama.
 



Di Kelab Pidato inilah bermulanya perjalanan Cikgu A-D di dalam perjuangan pembangunan intelek dan produktiviti manusia. Di sini juga tempat mengasah kemahiran dan kebolehan di dalam perhubungan awam dan sebagainya. Sempat jugalah Cikgu A-D menerbitkan buku JUARA PENTAS (terbitan PTS Milenia) yang mengandungi beberapa bahan pengucapan awam gabungan daripada teknik kelab Pidato dan teknik ciptaan Cikgu A-D.

Menariknya, pernah sekali anak cikgu A-D menghadiri sesi motivasi di sekolahnya dan seorang motivator memberitahu hadirin bahawa satu daripada buku yang memberikannya kemahiran dalam pengucapan awam ialah buku JUARA PENTAS sambil menayangkan buku tersebut di depan hadirin. Balik rumah, anak bercerita perihal ini lagipun dia tahu ayahnya penulis buku tersebut!

Namun kini cikgu A-D sudah lama tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut kerana kesibukan dengan Pernomboran. Jika anda berminat untuk pelajari teknik berucap dan berpidato, lawatilah (klik link)  http://akademipidato.wordpress.com/

Jika anda ke Kelas Pidato, kirimkan salam saya kepada guru pidato/ motivator, Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsudin Al-Saggoff, beliau memang sangat kenal saya.

Rakaman video oleh Cikgu A-D semasa YBhg Dato Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Sagoff berceramah di kursus Pola 6 Potensi Kekayaan anjuran Cikgu A-D di HRDC, Seksyen 13, Shah Alam.

Picture
Foto bersama Master Ridzal (Pulai Perdana) di rumah beliau bernombor 642 (dunia pendidikan) yang sememangnya isteri beliau adalah guru dan potensi gabungan juga adalah dunia pendidikan. Kebetulan? Pertama kali konsultansi di rumah orang tengah malam!

Picture
Foto kursus Pernomboran Asas Tahap 1 di Setia Tropika 9 Julai.

Peserta ini adalah batch kedua mempelajari 6 jenis petak (sebelum ini di bengkel UPM untuk para kaunselor) dan batch pertama mempelajari arah kejayaan dalam bilik.


Kursus / Konsultansi di JB - 9 & 10 Julai.
Kursus:
Syukur, kursus di Setia Tropika berjalan dengan baik dan lancar. Kursus berjalan dengan penuh interaktif dengan pelbagai pertanyaan serta beberapa insiden jenaka serta perkongsian pengalaman peserta. Kelas Cikgu A-D selalunya tidak ramai tetapi berbaloi kerana pengkhususan dapat dibuat untuk setiap peserta. Masing-masing dapat mengetahui kesemua 6 petak serta mengenali arah kejayaan, arah tekanan, kitaran tahunan dan sebagainya. Mudah-mudahan selepas raya nanti, beberapa kursus akan dijalankan di Setia Tropika lagi.

Menariknya, selepas kursus tersebut ada 2 sesi konsultansi di sebelah malam. Sekitar jam 10 malam sesi konsultansi berlangsung di sebuah rumah di Pulai Perdana iaitu rumah Master/ Healer Ridzal. Ini pertama kali konsultansi di rumah di Johor (di Lembah Klang dah selalu). Uniknya, alamat rumah tersebut bernombor 642 (dunia pendidikan) yang mana isteri beliau memang seorang guru! Dan potensi mereka berdua memang dalam dunia pendidikan! Menarik tu nombor rumah ada kena mengena dengan potensi! Siap buat sesi konsultansi dalam bilik tidur juga - untuk teknik arah dalam rumah nak letak mana arah kejayaan, rezeki (mangkuk kekayaan) dan seumpamanya termasuk tempat tidur anak-anak juga (anda akan pelajari teknik ini di Worksyop 16 Julai di Meru, Klang jam 2.30 petang - 5.00 petang. Yuran RM50 seorang. Daftar SMS taip AR hantar ke 016 6249666). Menariknya, arah tenggara bilik mereka adalah angka 5 iaitu "halangan", padanlah mengadu si isteri bahawa beliau sering hadapi masalah siapkan kerja sekolah apabila bekerja di ruang tersebut.

Konsultansi:
Sesi konsultansi pada 10 Julai di Larkin Perdana bertempat di pejabat Hj Ayub, seorang peserta kursus Cikgu A-D yang menjalankan perkhidmatan guaman syarie. Sesi padat dari pagi hingga malam. Sehari sebelum ini, pejabat itu menganjurkan kursus bersama YBhg Dato Dr Roslizam.

PENEMUAN TERBARU:
AWAS TAHUN 2012 TAHUN JIWA KACAU

Daripada penyelidikan sejak beberapa minggu ini didapati bahawa 2012 bakal menjadi satu tahun dengan fenomena yang cikgu A-D namakan "Tahun Jiwa Kacau". Cikgu A-D menjangkakan ramai individu bakal menghadapi situasi sangat perit, tertekan, terhalang dan seumpamanya dalam tahun 2012 nanti berdasarkan kitaran tahun hidup, graf hayat tahunan dan sebagainya (pelajarilah teknik graf hayat tahunan/ bulanan pada 30 Julai di worksyop di Meru, Klang jam 2.30 petang - 5.00 petang. Yuran RM50. Daftar SMS taip GR hantar ke 016 624 9666).

Lihat sahajalah beberapa "kekacauan" yang kini berlaku. Tahun ini kitaran tahun negara kita 31-8-2011 adalah 7, sama dengan kitaran tahun Mesir iaitu tahun kehilangan. Tahun depan negara kita Malaysia adalah kitaran tahun 8 iaitu tekanan, jadi usahlah jadikan negara kita tekanan juga seperti negara Mesir yang juga kitaran tahun 8 tahun depan. Dengan ramai Malaysia di dapati akan berjiwa kacau pada tahun 2012 nanti berdasarkan graf hayat (ada yang  Vacuum, ada yang Blocking, ramai yang masuk gaung, dsbnya) dan kitaran tahun (ramai yang 3, 5 dan 8!), maka potensi untuk jiwa kacau adalah besar nanti pada 2012. Tentu ada asbab yang menyebabkan ramai rang terperangkap dalam fenomena jiwa kacau ini. Oleh kerana itu, cikgu A-D menyeru supaya kita semua dapatlah bertenang dan menyiapkan diri dengan potensi serta persiapan yang sewajarnya, usahlah ikut sangat emosi dan usah ikut sangat kitaran alam yang menentukan sepenuhnya hidup kita - mari kita bersama mencipta dunia yang lebih produktif - cipta halatuju kehidupan - create a better destiny. Ini negara cikgu A-D dan tempat kita semua berlindung juga, jadi mohon janganlah timbulkan asbab untuk jiwa kacau itu betul-betul terjadi di tanahair kita sendiri yang menyebabkan ahli keluarga, saudara mara dan rakan kita malah kita semua juga merana di negara sendiri. Inipun sekarang kita melalui penderitaan, apatah lagi tahu depan ditambah penderitaan, jadi kita cari jalan lain untuk cipta kebahagiaan (seperti kursus kekayaan dan doa kekayaan - elok kita semua jadi kaya dan lepas tu boleh cipta negara yang lebih baik).

Malangnya ramai yang sedang berjiwa kacau tidak mahu memahami realiti ini malah mengingkari titah KDYMM Tuanku. Tahun depan adalah tahun pola 38, jika kita negatif, pola 38 menjadi negatif dan makan diri kita sendiri! Pola 38 adalah pola "daulat" yang perlu kita bawa dengan positif. Mari kita semua bernaung di bawah KDYMM Tuanku serta berdoa kepada Yang Maha Kuasa kita dilindungi daripada musibah tahun jiwa kacau 2012.

Apakah Tahun Jiwa Kacau 2012 ada kena mengena dengan fenomena kalendar Mayan 2012? Tuhan sendiri menyatakan bahawa kehancuran dunia juga boleh terjadi dengan tangan-tangan manusia, apakah tangan anda digunakan untuk menghancurkan dunia? Atau tangan kurniaan Tuhan digunakan untuk menjadikan dunia lebih produktif. Jadi mungkin fenomena Mayan 2012 boleh berlaku kerana ramai yang berjiwa kacau ikutkan jiwa kacau mereka. Tapi kita diberi pilihan dan peluang oleh Tuhan untuk ikhtiar memperbaikinya.
  
Inilah kebaikan menjadi peserta Pernomboran Dinamik kerana kita sudah mengetahui potensi dan seterusnya dapat menyediakan strategi yang baik untuk menghadapi tahun depan jiwa kacau. Yang tak belajar dengan cikgu A-D tentunya berjiwa kacau manakala peserta kursus/konsultansi dapat bertenang malah dapat ambil kesempatan kekayaan daripada situasi jiwa kacau tersebut!

Kursus Strategi Menghadapi Tahun 2012 bakal akan diadakah di Meru, Setia Tropika, Pulau Pinang, Kuantan dsbnya bermula November depan. Hadirlah untuk menyiapkan diri anda dengan strategi kejayaan untuk tahun 2012.


Jumpa anda di Setia Tropika, JB, 9 Julai 2011 untuk Kelas Pernomboran Asas Tahap 1. Teknik terbaru akan diajar seperti 6 jenis petak tarikh lahir (berbanding kaedah lain sekadar 1 petak atau 1 segitiga sahaja), satu-satunya yang pertama di dunia kaedah sebegini! Lebih mendalam daripada kursus asas biasa di pasaran.. Berbaloi dengan software kiraan percuma! Anda belajar, anda hebat, anda berjaya!

Insyallah selepas raya, cikgu A-D and the team cuba menyusun beberapa kursus di Pulau Pinang pula, mudah-mudahan berjumpa di sana!

Power Pola 38.
Semalam (Khamis Malam Jumaat) Cikgu A-D ada sesi konsultansi di dalam KL (KFC depan Puduraya). Uniknya, sesi konsultansi yang dibuat semalam bukan pilihan Cikgu A-D. Pertama, selalunya Cikgu A-D kurang buat konsultansi pada Malam Jumaat. Kedua, Cikgu A-D kurang memilih buat konsultansi di dalam KL kerana risaukan kesesakan jalan. Ketiga, biasanya jika ada individu yang menempah akan diberi tarikh 2-3 minggu ke depan berbanding sesi malam tadi yang terus dapat tempahan dalam 1 minggu sahaja. Tambahan lagi, sewaktu perjalanan ke KL terdapatnya roadblock yang panjang menyebabkan Cikgu A-D rasa lewat sampai KL tetapi sebenarnya tepat-tepat sampai KL jam 9 malam. Juga, elok je ada satu lot parkir kosong untuk Cikgu A-D.

Rupa-rupanya, semua ini dipermudahkan untuk Cikgu A-D bertemu dengan klien ini adalah kerana klien ini memang telah berharap sangat untuk dapat bertemu Cikgu A-D. Bila diperiksa rupanya beliau ada 4x pola 38! Padanlah, jadi Cikgu A-D berpesan kepada beliau bahawa walaupun beliau kini dalam hidup yang berserabut (kebetulan sedang graf gaung), maka gunakan kelebihan yang Tuhan berikan (pola 38) untuk mendapatkan apa yang dihajati secara positif. Buat masa ini, sebagai pola 38 beliau sedang dalam proses untuk memulihkan diri daripada masalah mistik. Apabila diperiksa lebih mendalam, rupa-rupanya banyak sangat elemen api serta adanya elemen besi dalam dirinya seumpamanya menyebabkan dirinya agak kacau bilau. Daripada sesi konsultansi semalam dapatlah beliau menyedari tentang A-B-C dalam kehidupan (A-Aware/Sedar, B- Balance/Seimbangkan, C- Control/ Selia).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk tingkatkan power pola 38 anda, hadirlah kursus Pola 38 (Bahagian 1) di Parit Raja, Batu Pahat pada 23 Julai 2011, jam 10 pagi – 5 petang (Daftar taip PT dan hantarkan ke 016 6249666. Yuran cuma RM138 dan kepada bekas peserta kursus Pola 38 JB adalah RM38)


Bahana Tidak Merancang ke Hadapan.
Cikgu A-D baru diberitahu oleh seorang klien menyatakan rakannya sekarang berhabis puluhan ribu ringgit membantu suaminya dalam bisnes. Mereka sebenarnya sudah diberitahu oleh Cikgu A-D pada tengah tahun lepas bahawa suaminya itu akan masuk ke graf gaung dengan Vacuum Star tetapi persediaan sewajarnya tidak dibuat dengan segera menyebabkan mereka kini terperangkap dalam suasana keperitan hidup. Jadi, elok jadi pengajaran kepada anda semua untuk buat perancangan ke hadapan dalam kehidupan.

Begitu juga tadi sesi konsultansi dengan seorang usahawan yang memerlukan hampir RM100K setiap bulan untuk maintain perniagaannya, kini sekadar mampu RM30K sebulan. Yang menjadi kos tinggi ini adalah kerana beliau baru membeli beberapa mesin baru yang mahal dan kebetulan pada usia beliau sekarang ini adalah Vacuum Star, maka bisnes beliau yang sebelum ini menguntungkan kini menjerat beliau pula.

Kaedah ini bukan tilik nasib kerana anda memilih untuk membuat sesuatu dengan merancang ke depan dengan sebaiknya. Kita menggunakan kaedah ini sebagai panduan dan amaran tentang ketentuan untuk perjalanan hidup. Semua orang bersetuju bahawa hidup ini telah ditentukan, tetapi apa yang ditentukan itu? Maka, kaedah ini memberikan kita sebentuk panduan untuk memahaminya. Tuhan beri setiap daripada kita peluang dan pilihan untuk membuat perubahan (Surah Ar-Rad ayat 11). Kita masih boleh berikhtiar untuk membuat pembetulan, pencegahan dan penambahbaikian untuk menjadikan sesuatu konflik itu sesuatu yang boleh kita kawal daripada konflik itu menjerat kita sepatutnya. Fahamilah ketentuan dan ikhtiarlah untuk mengatasinya! Gunakan DUIT: D- Doa (waktu berdoa kekayaan), U - Usaha, I - Ilmu (Teknik Pernomboran & Graf Dinamik) dan T – Tabah di dalam menghadapi kehidupan.

0 Comments

Pencarian Kini Pasti - Kejayaan!

7/4/2011

0 Comments

 
Picture
Jumpa anda di Kursus Pernomboran Asas di Setia Tropika, Kempas pada 9 Julai ini !
Bonus menarik eksklusif untuk peserta kursus 9 Julai - di samping mendapat software S01 Pengiraan Asas percuma (bernilai RM150 di pasaran), anda juga mendapat percuma software pengiraan otomatik kalendar sepanjang hayat (tahun 1900 - 2078)
Mari belajar untuk kejayaan!

PENEMUAN TERBARU - PERNOMBORAN
Nombor Handphone
Kajian oleh Eddy Rosyadie / Cikgu A-D
Nombor handphone anda sama ada 016, 017, 019 dan seumpamanya seolah memberi sedikit petunjuk tentang anda atau prospek anda. Untuk mengetahui lebih lanjut akan diceritakan di dalam Kursus Pola 729 Potensi Juara Jualan pada 24 Julai di Parit Raja, Batu Pahat (sebelah UTHM) kerana ini sangat berkaitan dengan "prospecting" (untuk daftar, SMS taip JJ hantarkan ke 016 624 9666).

Contohnya, individu yang memiliki nombor handphone 014 di dapati terlibat dalam dunia perancangan seperti planner, strategic planning, penjadualan seumpamanya. Serta ada kaitan dengan dunia kewangan atau perbankan serta ada kaitan juga dengan dunia perniagaan. Maknanya, jika anda mahu terlibat dalam situasi sedemikian, maka sesuailah 014. Atau jika anda bertemu dengan seorang prospek yang memiliki 014, maka anda perlu buat sales dalam bentuk perancangan, kaitkan/  bercerita tentang produk/ perkhidmatan anda itu dengan kewangan dan seterusnya mempelawa prospek anda itu join bisnes anda, seumpamanya... bagaimana pula dengan nombor handphone anda.

Dapatkan pembelajaran menarik ini, yang pertama kali diajar di dunia sebegini, di Kursus Pola 729 pada 24 Julai nanti. Tentu juga kenali prospek daripada nama, nombor handphone dan nombor plet kenderaan mereka ! Mudahlah anda nanti nak jadi Juara Jualan dengan teknik sebegini!

Picture
Tahukah anda?

Antara tafsiran untuk angka-angka yang sering anda nampak atau sering ada pada diri anda. Contohnya, jika anda sering nampak angka 39 bermaksud "teruskan usaha anda dengan positif", begitu juga angka 38 dan sebagainya.


Picture
Tahukah anda?
Cikgu A-D adalah satu-satunya di dunia yang mencipta kaedah mengira Zodiak Cina, Zodiak Barat serta pengiraan nama menggunakan 12 bahagian  di jari- jari tangan?

...dan banyak lagi kajian dan ciptaan  Cikgu A-D seperti Graf Prestasi Bulanan, Harian dan Jam menggunakan tarikh lahir dan sebagainya. 

Antara ciptaan lain cikgu A-D ialah "mengira" pola nombor daripada percakapan orang! Beberapa kajian lain ada dijalankan tetapi masih belum konklusif seperti "mengira" pola angka dari raut wajah seseorang dan mengira pola angka daripada pergerakan badan seseorang... macam-macam!.


Enigma - Return To Innocence. Ada lirik untuk anda hayati. Baru terperasan ada angka 83!

Picture

Memories -  Cromok

I'm not angry with life
I'm just bewildered
Chains of uncertainty
Are holding me down
Where am I to go
Who am I to blame
What am I to do
God, am I insane?

I never thought that my smile
Will put me deep into debt
I never thought that my innocence
Would stray me away from reality
I never thought that my live
Would resolved to emptiness
I never thought that in order to live
I have to bear so much pain

The sorrow of life has taught me
To accept many new beginnings
To smile even thought it hurts
To reach out even if there's no one there
To aim high and never say die
Cause there's always sun at the end of the night

Memories...tortured by my own
Memories...
Memories...Trapped in my own
Memories...

If your eyes are full to the brim
The teardrops are sure to fall down
For whom the eyes may starve tomorrow
Where it get lost, the tears, that I had
Kept hidden in my... memories
Lagu Cromok ini mengingatkan kenangan ketika belajar di Syracuse, New York dulu. Masa tu minta kawan yang fly dari Malaysia ke situ untuk bawa CD ini. Lagu/ lirik ini bagi semangat ketika rasa lemah semangat (ketika itu tengah graf gaung memang terasa seksa batin dan mental!). Memori kita sering menyeksa kita, oleh itu janganlah kita terlalu berpegang kepada memori yang pahit, tiada gunanya menyeksa diri kerana kita perlu maju ke depan dengan lebih kuat dari bangunnya kita daripada memori pahit itu...

Ada yang bertanya... inilah dia lagu "ringtone" untuk handphone cikgu A-D adalah lagu dari kumpulan Dark The Suns bertajuk "Rain". Cikgu A-D adalah peminat genre heavy metal terutamanya Melodic Black Metal seperti Dark The Suns juga Eternal Tears of Sorrow dan Amon Amarth. Tapi semua genre boleh je, pop ke, dance ke, classical pun boleh,  hip hop pun ok, ikut mood!

MAJLIS BERDOA KEKAYAAN MEGA PROJEK MEGA DUIT 4 JULAI 2011
Berlangsung dengan baik di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam. Pertama kali dilakukan di situ tetapi ini adalah Majlis Berdoa kali ke-5 sejak 2 tahun lalu. Satu-satunya program sebegini di dunia dalam kaedah pernomboran, gubahan cikgu A-D sendiri. Dihadiri lebih kurang 30 orang, baik lelaki dan wanita serta ada anak-anak.

Seorang peserta menyatakan bahawa dalam perjalanan ke Shah Alam tadi untuk ke majlis tersebut telah dihubungi oleh rakannya untuk membuat ceramah untuk 600 orang! Baru je on the way ke majlis tu dah ada peluang projek mega kerana selama 2 tahun ini buat bisnes katanya, kalau ada ceramah setakat 10 - 20 orang sahaja, dan kerana setelah kenali potensi arah, pasaran dsbnya daripada sesi konsultansi sebelumnya. Nak menitis airmata katanya apabila mendengarkan khabar baik tersebut!. Mudah-mudahan yang datang ke majlis tersebut beroleh kekayaan yang diimpikan. Ada yang meremang bulu roma ketika doa dibacakan, yang penting dapat merasai angin sepoi-sepoi perlahan bertiup yang membawakan energi kejayaan tersebut.

Semasa memandu ke Shah Alam, terdapatnya sebuah kereta plet 3834 yang berada di hadapan kereta cikgu A-D di sepanjang jalan. Kebetulan 38?

Dalam majlis tersebut dapatlah bertemu dengan beberapa bekas peserta kursus yang kini ada perubahan dalam hidup - kalau dulu bertongkat kini dah boleh berjalan tanpa tongkat, ada yang dah berubah dari aspek kewangan, ada yang makin maju bisnes dll. Juga bertemu dengan peserta-peserta yang baru pertama kali menghadiri majlis ini untuk mendapatkan maklumat dsbnya.

Doa kekayaan seterusnya adalah pada 13 dan 22 Julai yang mana anda boleh anjurkan sendiri dengan rakan atau ahli keluarga atau downline/ group anda. Carilah kawasan tasik atau laut yang sesuai. Untuk dapatkan maklumat waktu/ jam berdoa itu, bank in RM20 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie) dan selepas itu beritahu mengenainya di email [email protected].

Insyallah, majlis berdoa seterusnya bersama cikgu A-D adalah pada 23 Julai nanti di Kursus Pola 38 (Parit Raja, Batu Pahat) untuk memohon diberikan energi pola 38. Ada rezeki nanti ada juga perancangan untuk buat majlis berdoa di tepi laut di Port Dickson, Masjid dkt Uniten Bangi dan beberapa tempat lain lagi akan diberitahu.

9 JULAI - KURSUS ASAS PERNOMBORAN TAHAP 1
Masa      : 10.00 pagi - 5 petang
Yuran     :  RM300 seorang (diskaun harga asal RM350).
Tarikh    :  Sabtu, 9 Julai 2011
Tempat  : No 19-01, Jalan Setia Tropika 1/28, Taman Setia Tropika, Johor Bahru.

Pakej istimewa: nota, buku Kenali Potensi diskaun, software percuma dan makan tengahari.
Anjuran sepenuhnya: Albatross Platinum Group Sdn Bhd.
Ada hotel bersebelahan tempat kursus.
Pendaftaran/ Pertanyaan hubungi: 019 7450580 atau 013 7777902 atau 013 7778774.

Kandungan kursus adalah seperti berikut. Kursus ini sesuai untuk individu yang baru mula mengetahui/ baru mahu menggunakan kaedah pernomboran atau individu yang belum mengambil kursus asas sebelum ini serta individu yang mahu tambahan pengetahuan. Dijemput warga Johor sekitarnya untuk hadir, juga individu dari negeri lain juga dijemput hadir sama.

1. Kenali Angka Asas dan Pengiraan Petak
Untuk membimbing peserta mengenali asas pengiraan di dalam pernomboran.

2. Kenali Status Kewangan
Untuk membimbing peserta mengenali potensi status kewangan dalam kehidupannya.

3. Kenali Kitaran Tahun
Untuk membimbing peserta mengenali proses turun naik dalam kehidupan dan bagaimana untuk memaksimakan potensi yang baik dan mengurangkan konflik yang kurang baik.

4. Kenali Arah Kejayaan dan Tekanan
Untuk membimbing peserta mengetahui arah-arah yang sesuai atau konflik dan teknik bagaimana untuk memaksimakan setiap arah.

5. Kenali Pola Potensi (Asas)
Untuk membimbing peserta mengenali pola potensi diri iaitu kecenderungan kepada fenomena atau kelompok tertentu

Picture
Kaedah Kedudukan Arah Kejayaan Dalam Bilik Tidur

Penemuan unik daripada kajian cikgu A-D sendiri. Pertama dan satu-satunya di dunia sebegini.

Untuk makluman, ramai yang salah faham tentang teknik ini. Apabila dikatakan arah kejayaan, maka ramai yang beranggapan bahwa perlu mengadap ke arah kejayaan - itu adalah SALAH kerana kaedah ini tidak sama dengan Feng Shui yang mementingkan arah mengadap (facing) atau membelakangi (sitting). Kaedah arah pernomboran adalah DUDUK DI ARAH MANA atau dengan kata lainnya DUDUK DI LOKASI MANA bukannya mengadap ke sesuatu arah. Dengan kata lain, di sudut atau lokasi  tempat mana anda nak "caj" tenaga kejayaan anda. Katakan arah kejayaan anda di Barat Laut, maka anda tidurlah di sudut bilik di bahagian Barat Laut apabila diukur daripada tengah bilik. Bukannya tidur di Selatan mengadap barat laut - itu salah!

Untuk cikgu A-D dan isteri, perlu digabungkan dan arah kami di Utara, maka tempat tidur berada di sudut utara bilik, kebetulan di situ ada tingkap dan ada ruang untuk letak unit aircond di situ. Mengadap macam mana pun tak kisah janji tidur di sudut utara! Begitu caranya yang betul. Bagaomana kalau sudut bilik yang kita nak pilih tu tiada ruang untuk letak katil seperti adanya pintu dsbnya.... ada caranya nanti kita bincang dalam worksyop.

Hadirlah Worksyop Arah Kejayaan Dalam Rumah/ Pejabat pada 16 Julai di Meru, Klang, cuma RM50. Jika anda peserta 9 Julai di Setia Tropika nanti juga akan diberitahu perihal ini secara asas.

0 Comments

Anda mesti memiliki kejayaan yang terbaik!

7/2/2011

0 Comments

 
Klip video siaran TV1 pada tahun 2010 (untuk dapatkan klip video yang penuh sila beritahu dan bawa pendrive kerana tidak muat dihantar secara email). Program terbitan unit MEP di bawah JAKIM. 4 sesi rakaman di Tasik Putrajaya. Video klip ini memaparkan teknik formula B-A-G-U-S ciptaan cikgu A-D di dalam cara untuk meningkatkan kemajuan dan kejayaan dalam hidup.


Picture
Picture


ALFATIHAH: Takziah diucapkan kepada sdri Elly dari Penang kerana pemergian adik beliau pagi ini akibat sakit jangkitan kuman di jantung semenjak seminggu lalu. Mari kita sedekahkah Surah Al-Fatihah kepada allahyarham. 

Sepertimana yang cikgu A-D telah pesan dari tahun lepas bahawa tahun 2011 adalah tahun wabak penyakit (wabak e.coli di German, H1N1, Adenovirus di Pulapol, Kencing Tikus dll) maka eloklah semua kita ini menjaga kesihatan sepanjang tahun (dan selamanya).

Semenjak  tinggal di China melihat gaya hidup orang sana, cikgu A-D kini ada mengamalkan sedikit perubahan dalam kesihatan seperti mengambil teh cina 2x sehari dan senaman sekurangnya 15 minit (kat rumah dah ada ada 2 alat senaman - basikal senaman dan kerusi urutan badan) .
 

Picture
Buku Panduan, Tip & Teknik
Rawatan Muka Facial
RM45
(tambah RM5 untuk kos pos ekspress)
karya Puan Zuhaida
Berpengalaman dalam dunia kecantikan muka
ISBN 976-967-0218-02-1
49 mukasurat dan penuh dengan ilustrasi.
Untuk tempahan: telefon atau SMS
Puan Zuhaida 016 206 3496


    Kajiselidik 2


Picture
















Picture

Picture
Program IQ Pintar & Teknik Belajar Berkesan
oleh Cikgu Asmida
Lawati :  www.cikguasmida.blogspot.com
Tel       : 017 2969 653

0 Comments

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly