Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Semua orang berhak berjaya!

7/8/2011

0 Comments

 
Picture

Maklumbalas:
Daripada saudara Nor Edie (Crown Manager Avail Parit Raja, Batu Pahat) pada 10 Julai lalu - Usahawan berjaya berpendapatan 5 angka adalah peserta kursus Pola 729 Juara Jualan pada 2009 dan kursus Pola 696  Potensi Bisnes pada 2008 lalu. Walaupun beliau masih dalam graf gaung yang mana sebelum ini hidup beralaskan roti canaiseharian selama 6 bulan dengan rumah hampir dilelong dan kereta ditarik dan terpaksa pinjam duit kawan untuk datang ke kursus, tetapi dengan menggunakan potensi maka beliau boleh melepasinya dalam masa yang singkat.
"Terima kasih cikgu eddy akan perkongsian ilmu selama ini, bersyukur akan perubahan yg saya lalui bersama ilmu yg sgt berguna ini. semoga usaha dan jasa yg dicurahkan diberkati dan kita akan terus bersama2 berjaya untuk membantu dan mengubah nasih bangsa. HIDUP ADALAH PILIHAN BUKAN NASIB - Crown Manager Nor Edie"

Maklumbalas:
"tq so much for your time taken for the session n travelling journey, sesi tadi betul2 berfaedah n definitely will help me to maximise my potentials.."

Rakaman video oleh Cikgu A-D memaparkan YBhg Dato Dr Ibrahim Ahmad (Millionaire Mindpower) berceramah di dalam Kursus Pola 6 Potensi Angka Kekayaan anjuran cikgu A-D di HRDC, Seksyen 13, Shah Alam pada 2009 lalu (sebelum MMP meletup kini).

Picture
Teknik Terbaru
Ciptaan Eddy Rosyadie
2011

Teknik Arah Kejayaan di dalam Bilik & Pejabat







16 Julai
- Worksyop RM50 "Teknik Arah Kejayaan Dalam Rumah, Pejabat dan Restoran" Sabtu, jam 2.30 petang - 5.00 petang di Meru, Klang.
Daftar: SMS taip GR hantar ke 016 624 9666
Bayaran di sana.
Peta ke pejabat Meru ada di sini di laman MAKLUMAT.

SILA AMBIL DAN BAWA GAMBAR-GAMBAR DI DALAM BILIK TIDUR SUAMI-ISTERI/ ANAK-ANAK/ RUANG TAMU/ PEJABAT/ RESTORAN (dalam bentuk foto bercetak atau format digital pun boleh) untuk dibincangkan secara interaktif di dalam worksyop ini.

Arah dalam bilik tidur/ pejabat/ restoran untuk;
- berjaya dalam bisnes/ network.
- mudah menyakinkan prospek.
- menyimpan dokumen tender supaya mudah menang tender
- tempat simpan duit untuk duit boleh bertambah lebih banyak
- tempat untuk anak-anak berjaya dalam akademik.
- tempat sesuai memudahkan menyiapkan kerja di dalam pejabat/ bilik / ruang tamu
dan macam-macam lagi...

SATU-SATUNYA PERTAMA DI DUNIA KAEDAH SEBEGINI. Kaedah ini tidak sama dengan kaedah Feng Shui dan berbeza pendekatannya. Jom belajar kaedah menarik ini, 16 Julai. Meru.

Kaedah ini juga akan diajar di dalam Kursus Juara Jualan 24 Julai di Batu Pahat nanti dalam aspek duduk di lokasi yang betul untuk membuat sales.

Beberapa tahun sebelum ini, cikgu A-D dan isteri tidur di katil yang terletak di bahagian barat bilik dan satu hari kami berselisih faham tentang satu perkara dengan berlarutan. Rupanya kini apabila diperiksa arah gabungan kami yang mana arah barat adalah 8 tekanan! Padanlah. Kini katil berada di arah utara bilik iaitu arah kejayaan 9 - syukurlah setakat ini tiada selisih faham kalau ada pun sikit-sikit je dan boleh settle dengan mudah dan cepat. 

1 bilik tidur anak cikgu A-D dikongsi oleh dua orang anak lelaki. Gabungan kedua-dua elok tidur di sebelah barat daya iaitu 6 rezeki. Tapi kalau anak bongsu tidur sebelah barat daya, itu adalah arah 5 halangan, jadi untuk katil besar tersebut, si anak bongsu tidur di sebelah kanan manakala si abangnya tidur di sebelah kiri bukan sebaliknya.

Untuk arah cikgu A-D, di sebelah timur adalah 6 rezeki, jadi di dalam bilik tidur cikgu A-D sebelah timur bilik memang peti besi menyimpan ribuan ringgit, emas dan beberapa sijil premium dan saban hari bertambah simpanannya! Kalau arah simpan duit itu betul, maka duit boleh disimpan dan beranak dengan betul!  Jika anda ingin bertemu dengan cikgu A-D di restoran mamak, maka kedudukan meja pertemuan kita mesti arah cikgu A-D iaitu di sebelah timur dalam restoran mamak tersebut!

Tahukah anda? YBhg Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad dikatakan memakai sebuah jam tangan yang mengandungi kompas. Setiap kali YBhg Dato berucap di pentas, maka beliau akan pastikan arah beliau berdiri diperiksa dengan kompas tersebut. 

Kami semua mengamalkan teknik arah kejayaan... anda mesti cuba kaedah menarik ini! Jumpa di Meru, 16 Julai ini!



Picture
Foto Cikgu A-D berucap di Majlis Makan Malam Pidato Asean anjuran Kelab Pidato Malaysia pada 2004. Ketika itu Cikgu A-D belum lagi terlibat dalam Pernomboran. Akademi Pidato belum lagi ditubuhkan dan selepas penubuhan yang mana Cikgu A-D adalah Pengarah Urusan yang pertama.
 



Di Kelab Pidato inilah bermulanya perjalanan Cikgu A-D di dalam perjuangan pembangunan intelek dan produktiviti manusia. Di sini juga tempat mengasah kemahiran dan kebolehan di dalam perhubungan awam dan sebagainya. Sempat jugalah Cikgu A-D menerbitkan buku JUARA PENTAS (terbitan PTS Milenia) yang mengandungi beberapa bahan pengucapan awam gabungan daripada teknik kelab Pidato dan teknik ciptaan Cikgu A-D.

Menariknya, pernah sekali anak cikgu A-D menghadiri sesi motivasi di sekolahnya dan seorang motivator memberitahu hadirin bahawa satu daripada buku yang memberikannya kemahiran dalam pengucapan awam ialah buku JUARA PENTAS sambil menayangkan buku tersebut di depan hadirin. Balik rumah, anak bercerita perihal ini lagipun dia tahu ayahnya penulis buku tersebut!

Namun kini cikgu A-D sudah lama tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut kerana kesibukan dengan Pernomboran. Jika anda berminat untuk pelajari teknik berucap dan berpidato, lawatilah (klik link)  http://akademipidato.wordpress.com/

Jika anda ke Kelas Pidato, kirimkan salam saya kepada guru pidato/ motivator, Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsudin Al-Saggoff, beliau memang sangat kenal saya.

Rakaman video oleh Cikgu A-D semasa YBhg Dato Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin Al-Sagoff berceramah di kursus Pola 6 Potensi Kekayaan anjuran Cikgu A-D di HRDC, Seksyen 13, Shah Alam.

Picture
Foto bersama Master Ridzal (Pulai Perdana) di rumah beliau bernombor 642 (dunia pendidikan) yang sememangnya isteri beliau adalah guru dan potensi gabungan juga adalah dunia pendidikan. Kebetulan? Pertama kali konsultansi di rumah orang tengah malam!

Picture
Foto kursus Pernomboran Asas Tahap 1 di Setia Tropika 9 Julai.

Peserta ini adalah batch kedua mempelajari 6 jenis petak (sebelum ini di bengkel UPM untuk para kaunselor) dan batch pertama mempelajari arah kejayaan dalam bilik.


Kursus / Konsultansi di JB - 9 & 10 Julai.
Kursus:
Syukur, kursus di Setia Tropika berjalan dengan baik dan lancar. Kursus berjalan dengan penuh interaktif dengan pelbagai pertanyaan serta beberapa insiden jenaka serta perkongsian pengalaman peserta. Kelas Cikgu A-D selalunya tidak ramai tetapi berbaloi kerana pengkhususan dapat dibuat untuk setiap peserta. Masing-masing dapat mengetahui kesemua 6 petak serta mengenali arah kejayaan, arah tekanan, kitaran tahunan dan sebagainya. Mudah-mudahan selepas raya nanti, beberapa kursus akan dijalankan di Setia Tropika lagi.

Menariknya, selepas kursus tersebut ada 2 sesi konsultansi di sebelah malam. Sekitar jam 10 malam sesi konsultansi berlangsung di sebuah rumah di Pulai Perdana iaitu rumah Master/ Healer Ridzal. Ini pertama kali konsultansi di rumah di Johor (di Lembah Klang dah selalu). Uniknya, alamat rumah tersebut bernombor 642 (dunia pendidikan) yang mana isteri beliau memang seorang guru! Dan potensi mereka berdua memang dalam dunia pendidikan! Menarik tu nombor rumah ada kena mengena dengan potensi! Siap buat sesi konsultansi dalam bilik tidur juga - untuk teknik arah dalam rumah nak letak mana arah kejayaan, rezeki (mangkuk kekayaan) dan seumpamanya termasuk tempat tidur anak-anak juga (anda akan pelajari teknik ini di Worksyop 16 Julai di Meru, Klang jam 2.30 petang - 5.00 petang. Yuran RM50 seorang. Daftar SMS taip AR hantar ke 016 6249666). Menariknya, arah tenggara bilik mereka adalah angka 5 iaitu "halangan", padanlah mengadu si isteri bahawa beliau sering hadapi masalah siapkan kerja sekolah apabila bekerja di ruang tersebut.

Konsultansi:
Sesi konsultansi pada 10 Julai di Larkin Perdana bertempat di pejabat Hj Ayub, seorang peserta kursus Cikgu A-D yang menjalankan perkhidmatan guaman syarie. Sesi padat dari pagi hingga malam. Sehari sebelum ini, pejabat itu menganjurkan kursus bersama YBhg Dato Dr Roslizam.

PENEMUAN TERBARU:
AWAS TAHUN 2012 TAHUN JIWA KACAU

Daripada penyelidikan sejak beberapa minggu ini didapati bahawa 2012 bakal menjadi satu tahun dengan fenomena yang cikgu A-D namakan "Tahun Jiwa Kacau". Cikgu A-D menjangkakan ramai individu bakal menghadapi situasi sangat perit, tertekan, terhalang dan seumpamanya dalam tahun 2012 nanti berdasarkan kitaran tahun hidup, graf hayat tahunan dan sebagainya (pelajarilah teknik graf hayat tahunan/ bulanan pada 30 Julai di worksyop di Meru, Klang jam 2.30 petang - 5.00 petang. Yuran RM50. Daftar SMS taip GR hantar ke 016 624 9666).

Lihat sahajalah beberapa "kekacauan" yang kini berlaku. Tahun ini kitaran tahun negara kita 31-8-2011 adalah 7, sama dengan kitaran tahun Mesir iaitu tahun kehilangan. Tahun depan negara kita Malaysia adalah kitaran tahun 8 iaitu tekanan, jadi usahlah jadikan negara kita tekanan juga seperti negara Mesir yang juga kitaran tahun 8 tahun depan. Dengan ramai Malaysia di dapati akan berjiwa kacau pada tahun 2012 nanti berdasarkan graf hayat (ada yang  Vacuum, ada yang Blocking, ramai yang masuk gaung, dsbnya) dan kitaran tahun (ramai yang 3, 5 dan 8!), maka potensi untuk jiwa kacau adalah besar nanti pada 2012. Tentu ada asbab yang menyebabkan ramai rang terperangkap dalam fenomena jiwa kacau ini. Oleh kerana itu, cikgu A-D menyeru supaya kita semua dapatlah bertenang dan menyiapkan diri dengan potensi serta persiapan yang sewajarnya, usahlah ikut sangat emosi dan usah ikut sangat kitaran alam yang menentukan sepenuhnya hidup kita - mari kita bersama mencipta dunia yang lebih produktif - cipta halatuju kehidupan - create a better destiny. Ini negara cikgu A-D dan tempat kita semua berlindung juga, jadi mohon janganlah timbulkan asbab untuk jiwa kacau itu betul-betul terjadi di tanahair kita sendiri yang menyebabkan ahli keluarga, saudara mara dan rakan kita malah kita semua juga merana di negara sendiri. Inipun sekarang kita melalui penderitaan, apatah lagi tahu depan ditambah penderitaan, jadi kita cari jalan lain untuk cipta kebahagiaan (seperti kursus kekayaan dan doa kekayaan - elok kita semua jadi kaya dan lepas tu boleh cipta negara yang lebih baik).

Malangnya ramai yang sedang berjiwa kacau tidak mahu memahami realiti ini malah mengingkari titah KDYMM Tuanku. Tahun depan adalah tahun pola 38, jika kita negatif, pola 38 menjadi negatif dan makan diri kita sendiri! Pola 38 adalah pola "daulat" yang perlu kita bawa dengan positif. Mari kita semua bernaung di bawah KDYMM Tuanku serta berdoa kepada Yang Maha Kuasa kita dilindungi daripada musibah tahun jiwa kacau 2012.

Apakah Tahun Jiwa Kacau 2012 ada kena mengena dengan fenomena kalendar Mayan 2012? Tuhan sendiri menyatakan bahawa kehancuran dunia juga boleh terjadi dengan tangan-tangan manusia, apakah tangan anda digunakan untuk menghancurkan dunia? Atau tangan kurniaan Tuhan digunakan untuk menjadikan dunia lebih produktif. Jadi mungkin fenomena Mayan 2012 boleh berlaku kerana ramai yang berjiwa kacau ikutkan jiwa kacau mereka. Tapi kita diberi pilihan dan peluang oleh Tuhan untuk ikhtiar memperbaikinya.
  
Inilah kebaikan menjadi peserta Pernomboran Dinamik kerana kita sudah mengetahui potensi dan seterusnya dapat menyediakan strategi yang baik untuk menghadapi tahun depan jiwa kacau. Yang tak belajar dengan cikgu A-D tentunya berjiwa kacau manakala peserta kursus/konsultansi dapat bertenang malah dapat ambil kesempatan kekayaan daripada situasi jiwa kacau tersebut!

Kursus Strategi Menghadapi Tahun 2012 bakal akan diadakah di Meru, Setia Tropika, Pulau Pinang, Kuantan dsbnya bermula November depan. Hadirlah untuk menyiapkan diri anda dengan strategi kejayaan untuk tahun 2012.


Jumpa anda di Setia Tropika, JB, 9 Julai 2011 untuk Kelas Pernomboran Asas Tahap 1. Teknik terbaru akan diajar seperti 6 jenis petak tarikh lahir (berbanding kaedah lain sekadar 1 petak atau 1 segitiga sahaja), satu-satunya yang pertama di dunia kaedah sebegini! Lebih mendalam daripada kursus asas biasa di pasaran.. Berbaloi dengan software kiraan percuma! Anda belajar, anda hebat, anda berjaya!

Insyallah selepas raya, cikgu A-D and the team cuba menyusun beberapa kursus di Pulau Pinang pula, mudah-mudahan berjumpa di sana!

Power Pola 38.
Semalam (Khamis Malam Jumaat) Cikgu A-D ada sesi konsultansi di dalam KL (KFC depan Puduraya). Uniknya, sesi konsultansi yang dibuat semalam bukan pilihan Cikgu A-D. Pertama, selalunya Cikgu A-D kurang buat konsultansi pada Malam Jumaat. Kedua, Cikgu A-D kurang memilih buat konsultansi di dalam KL kerana risaukan kesesakan jalan. Ketiga, biasanya jika ada individu yang menempah akan diberi tarikh 2-3 minggu ke depan berbanding sesi malam tadi yang terus dapat tempahan dalam 1 minggu sahaja. Tambahan lagi, sewaktu perjalanan ke KL terdapatnya roadblock yang panjang menyebabkan Cikgu A-D rasa lewat sampai KL tetapi sebenarnya tepat-tepat sampai KL jam 9 malam. Juga, elok je ada satu lot parkir kosong untuk Cikgu A-D.

Rupa-rupanya, semua ini dipermudahkan untuk Cikgu A-D bertemu dengan klien ini adalah kerana klien ini memang telah berharap sangat untuk dapat bertemu Cikgu A-D. Bila diperiksa rupanya beliau ada 4x pola 38! Padanlah, jadi Cikgu A-D berpesan kepada beliau bahawa walaupun beliau kini dalam hidup yang berserabut (kebetulan sedang graf gaung), maka gunakan kelebihan yang Tuhan berikan (pola 38) untuk mendapatkan apa yang dihajati secara positif. Buat masa ini, sebagai pola 38 beliau sedang dalam proses untuk memulihkan diri daripada masalah mistik. Apabila diperiksa lebih mendalam, rupa-rupanya banyak sangat elemen api serta adanya elemen besi dalam dirinya seumpamanya menyebabkan dirinya agak kacau bilau. Daripada sesi konsultansi semalam dapatlah beliau menyedari tentang A-B-C dalam kehidupan (A-Aware/Sedar, B- Balance/Seimbangkan, C- Control/ Selia).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana untuk tingkatkan power pola 38 anda, hadirlah kursus Pola 38 (Bahagian 1) di Parit Raja, Batu Pahat pada 23 Julai 2011, jam 10 pagi – 5 petang (Daftar taip PT dan hantarkan ke 016 6249666. Yuran cuma RM138 dan kepada bekas peserta kursus Pola 38 JB adalah RM38)


Bahana Tidak Merancang ke Hadapan.
Cikgu A-D baru diberitahu oleh seorang klien menyatakan rakannya sekarang berhabis puluhan ribu ringgit membantu suaminya dalam bisnes. Mereka sebenarnya sudah diberitahu oleh Cikgu A-D pada tengah tahun lepas bahawa suaminya itu akan masuk ke graf gaung dengan Vacuum Star tetapi persediaan sewajarnya tidak dibuat dengan segera menyebabkan mereka kini terperangkap dalam suasana keperitan hidup. Jadi, elok jadi pengajaran kepada anda semua untuk buat perancangan ke hadapan dalam kehidupan.

Begitu juga tadi sesi konsultansi dengan seorang usahawan yang memerlukan hampir RM100K setiap bulan untuk maintain perniagaannya, kini sekadar mampu RM30K sebulan. Yang menjadi kos tinggi ini adalah kerana beliau baru membeli beberapa mesin baru yang mahal dan kebetulan pada usia beliau sekarang ini adalah Vacuum Star, maka bisnes beliau yang sebelum ini menguntungkan kini menjerat beliau pula.

Kaedah ini bukan tilik nasib kerana anda memilih untuk membuat sesuatu dengan merancang ke depan dengan sebaiknya. Kita menggunakan kaedah ini sebagai panduan dan amaran tentang ketentuan untuk perjalanan hidup. Semua orang bersetuju bahawa hidup ini telah ditentukan, tetapi apa yang ditentukan itu? Maka, kaedah ini memberikan kita sebentuk panduan untuk memahaminya. Tuhan beri setiap daripada kita peluang dan pilihan untuk membuat perubahan (Surah Ar-Rad ayat 11). Kita masih boleh berikhtiar untuk membuat pembetulan, pencegahan dan penambahbaikian untuk menjadikan sesuatu konflik itu sesuatu yang boleh kita kawal daripada konflik itu menjerat kita sepatutnya. Fahamilah ketentuan dan ikhtiarlah untuk mengatasinya! Gunakan DUIT: D- Doa (waktu berdoa kekayaan), U - Usaha, I - Ilmu (Teknik Pernomboran & Graf Dinamik) dan T – Tabah di dalam menghadapi kehidupan.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly