Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kekayaan Adalah Kejayaan

6/26/2018

0 Comments

 
Picture

Picture
Picture

Picture
Picture

Picture
Picture
Picture
Tarikh 6 Julai 2018 Jumaat adalah antara tarikh yang dipilih untuk ikhtiar energi rezeki. Kebetulan pada malam Jumaat itu ada 2 perjumpaan perihal projek.

Antara perkhidmatan yang disediakan kepada peserta grup Ikhtiar Energi Pakej Bulanan adalah kaedah "masuk aura" atau "tumpang aura". Perkhidmatan ini disediakan bagi peserta grup Energi sahaja memandangkan perlu disediakan asas energi yang sesuai bagi tujuan "tumpang aura". Ianya tidak dibuka kepada orang awam melainkan kes tertentu sahaja. Kaedah ini seumpama menumpang aura/ energi Dato Eddy bagi tujuan ketenangan, tambah energi/ aura rezeki seumpamanya.

Perkhidmatan Dato Eddy - 017 769 7946:
- Ikhtiar Energi Rezeki Diri.
​- Ikhtiar Energi Rezeki Premis.


Picture

Picture

Picture
Picture
Ada individu yang dilahirkan dengan Status Kewangan Tahap 1 (untuk negara Malaysia 31.8.1957 adalah status kewangan Tahap 12 iaitu sering dikaitkan dengan hutang dan bankrap). Contohnya selebriti Mariah Carey dilahirkan dengan Status Kewangan Tahap 1 dan terbukti potensi kekayaan beliau. Untuk dilahirkan semula pada petak tarikh lahir dengan Status Kewangan Tahap 1 adalah mustahil, jadi kita ikhtiar untuk "lahir semula" pada 18 Julai 2017 dengan membuat aktiviti rezeki dan ditambah ikhtiar dengan energi.. mudah2an ikhtiar sebegini mendapat kebaikan dariNya... Kita sememangnya sentiasa buat aktiviti rezeki contohnya pergi kerja setiap hari tetapi energi rezeki lemah iaitu dapat baru gaji masuk pagi petang dah nak habis ditolak itu ini... jadi, elok digabungkan usaha dan energi, seeloknya pada hari dan waktu yang punyai energi rezeki yang baik digandakan usaha.

Picture
Picture

Picture
Seorang client di KL mendapatkan khidmat kiraan tarikh nikah. 

Client ini anak sulung jadi ianya pengalaman pertama dalam keluarga tentang perihal perkahwinan. Usia dah hampir cecah 30an masih belum berkahwin begitu juga adik2 beliau masih bujang... client ini takut2 untuk berkahwin memandangkan ibu bapa beliau punyai masalah perkahwinan dan bercerai... perihal kehidupan beliau yang kurang baik dalam soal jodoh dan kehidupan keluarga susah ditinggalkan bapa. Apabila diperiksa rupanya ada masalah yang perlu dibetulkan antaranya perihal nombor rumah sewa yang bermasalah. Tidak lama kemudian, beliau dapat membeli rumah sendiri dan urusan perkahwinan yang mudah "last-minute" malah adik perempuan beliau dilamar oleh rakannya yang sudah 4 tahun berhubung... makin bertimpa kegembiraan dalam kehidupan.

Menariknya, apabila dikaji perihal perceraian ibu bapa beliau didapati ada pattern tertentu yang sering ditemui dalam perihal perceraian, jadi pemilihan tarikh nikah beliau ini mengambil kira pattern2 tertentu itu... mudah2an beliau ini tidak berulang kes sebegitu... dengan izinNya.

Begitulah ikhtiar dan strategi kaedah pernomboran... memberi keyakinan kepada client ini untuk teruskan berkahwin walaupun ada pengalaman melihat perceraian... menggunakan kaedah yang objektif dan visual bagi memberikan panduan dan motivasi kepada beliau untuk berani buat perubahan diri dan keluarga.


Picture
PERHATIAN:
DILARANG AMBIL (COPY PASTE) BAHAN2 DARI BLOG INI DAN MEM'VIRAL"KAN (SENSASIKAN) BAHAN2 YANG ADA DALAM BLOG INI.

Ada individu yang teruja teringin jadi wartawan tak bertauliah yang mengambil bahan2 yang dibentangkan oleh Dato Eddy di laman ini untuk disensasikan atau diviralkan kepada masyarakat. Dahlah tu tajuk dan isi cerita ditambah kari dan gula makin sedap pula ceritanya :)... ini menimbulkan keraguan dari masyarakat yang kebanyakkannya tidak bersedia untuk menerima bahan2 sebegini.

Tujuan Dato Eddy memaparkan bahan2 seperti slide dan foto di sini adalah sebagai menunjukkan bukti bahawa kaedah metafizik itu wujud dan ianya gabungan kajian+sains+agama. Kalau Dato Eddy nak glamer, baik paparkan dalam TV3 atau majalah2 mistik.

Jadi, bacalah apa yang dipaparkan di sini sebagai pembelajaran hidup dan tak perlu disensasikan viral kepada awam. Jika teruja nak sharing kepada ahli keluarga atau rakan2, bagi paparan laman ini atau bagi juga alamat laman ini supaya orang ramai tahu dari mana sumber bahan itu diambil.
Cincin pemberian dari alam "sebelah"

Pada 8 Jun 2018 lalu, Dato Eddy dipanggil oleh seorang client untuk mendapatkan khidmat energi rezeki bagi memulihkan kawasan ladang yang bermasalah. Bila ditinjau kawasan tersebut, didapati tanaman2 pengusaha2 sebelum ini semua tak menjadi.. ladang sebelah usahakan pokok2 betik mati separuh pokok untuk satu ladang, ladang sebelah pula tanaman jagung semua batang jadi hitam terbakar, ladang sebelah sana pula tanam ubi tak menjadi malah pengusahanya sakit misteri pula... jadi beliau diamanahkan untuk mengusahakan ladang sebagai pengusaha baru... itupun tanah ladang beliau kering sebab dah lama tak hujan, kata beliau kalau hujan pun di kampung itu, tanah beliau seperti tidak dibasahi air hujan.

Sebelum program energi di ladang tersebut, sempat "berkomunikasi" dengan alam dan dapati rupanya ada syarat2 yang diperlukan. Tak susah mana pun syarat yang diberikannya.. antaranya sebahagian hasil disedekahkan kepada orang kampung di situ. Semasa program energi, suasana panas terik menjadi mendung tapi tak hujan.

Baru2 ini, client memberitahu hujan mula turun dan membasahi kawasan ladangnya dan tanaman subur menghijau... seorang pekerja ladang beliau pula dihadiahkan sebentuk cincin dari "alam sebelah" di ladang tersebut.. biar betul! Mungkin sebagai satu hadiah penghargaan.

Ini antara pengalaman yang dilalui Dato Eddy dan dibentangkan di sini bagi menunjukkan bahawa ini realiti kehidupan.. ada individu yang mengalami isu mistikal/ spiritual bukan semuaynya boleh dirawat dengan sains teknologi atau motivasi semata2... sebagai seorang jurusan sains (Syracuse University, New York, USA), tentunya mengambil kira perihal sains dan teknologi dan sebagai seorang yang mengikuti landasan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tentunya mengambil kira perihal Al Quran seumpamanya... jadi, kita melihat semua aspek dari pelbagai sudut pandangan.. apa pun semua ini milik dan izinNya juga... kita berikhtiar memohon izinNya jua.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Konsultansi Peribadi/ Perniagaan
- Audit Premis Perniagaan (kedai, pejabat, kilang, ladang).
- Ikhtiar Energi Rezeki: Premis kediaman/ perniagaan.

Picture
Picture
Picture
11 Julai adalah ulangtahun kelahiran anak kedua Dato Eddy yang mendapat SPM 10A+ dan Tokoh Pelajar Sekolah, kemudiannya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Matrikulasi Universiti Malaya. Pada bulan Febuari 2015, Dato Eddy bawa beliau mengerjakan umrah dan tentunya ambil kesempatan untuk berdoa kepadaNya di kedua2 Tanah Suci... foto di kawasan karpet hijau Raudhah dalam Masjid Nabawi.. alhamdulilah bulan Mac 2015 keluar keputusan yang cemerlang.. usaha + doa tentunya dua2 saling melengkapi.. kita ikhtiar berusaha dan kita berikhtiar berdoa... tahun ini kebetulan tarikh yang baik 11 Julai 2018 itu.

Dalam bulan Julai 2018 ini, terdapat satu tarikh yang istimewa iaitu hari Jumaat 27 Julai 2018. Daripada kiraan Graf Dekad (ciptaan Dato Eddy) mendapati untuk tempoh 20 tahun tiada langsung pola 1-8 yang sering dikaitkan dengan masalah kewangan... juga untuk 10 tahun pertama punyai pola 769.. bukan selalu ditemukan fenomena sebegini... jadi tarikh ini memberikan parameter yang sangat baik untuk energi yang baik. Eloklah "dilahirkan semula" pada tarikh ini sebagai satu ikhtiar... tak dapat masuk balik ke dalam perut ibu untuk dllahirkan semula kita kita ikhtiar buat aktiviti2 yang baik seperti promosi produk dsbnya. Ambillah cuti pada hari tersebut dan gunakan sehari itu dengan aktiviti2 yang berfaedah yang mendatangkan rezeki, kasih sayang, kejayaan seumpamanya.
Picture
Picture
Kebetulan tarikh 27 Julai 2018 itu dijangka berlaku satu fenomena istimewa... gerhana bulan yang terpanjang dalam abad ini... di dalam pengajian metafizik, fenomena gerhana bulan dikatakan sebagai masa untuk keluar dari "dunia lama"... dunia yang selama ini penuh dengan kekecewaan, kesulitan kewangan dan sebagainya maka pada gerhana bulan diikhtiarkan untuk kita keluar daripada dunia sebegitu.. dengan izinNya.. bagi umat Islam yang digalakkan untuk mengerjakan solat sunat gerhana ambil peluang juga untuk mendoakan perihal "keluar dari dunia lama".

Dibuka pada 31 Mei 2008.. satu tarikh yang punyai parameter bermasalah kewangan.. dan lihat juga pola 18 ada pada 10 tahun pertama dan seterusnya 10 tahun juga pola 18 (Graf Dekad 10 tahun ciptaan Dato Eddy)... ini menjelaskan masalah jutaan ringgit itu secara objektif.
Picture

Picture
Serpihan kecil batuan Pyrite yang ditemui pada ketulan batu2 yang diambil dari sebuah lombong emas di satu negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.. biasanya Pyrite dikatakan ada berdekatan dengan emas... dan biasanya Pyrite keliru dengan emas sehingga digelar "Fools Gold" kerana warna seakan sama.

Foto di sebelah satu contoh Pyrite yang baik yang ditemui di luar negara... manakala foto di sebelah bawah pula adalah gelang batuan Pyrite yang biasa dan yang berwarna kuning/ emas.

Merujuk Wikipedia, Pyrite digunakan di dalam bateri Energizer dan sifat metafizik Pyrite dikatakan baik untuk perihal energi diri bagi kesihatan seumpamanya. Biasanya di nusantara ini Pyrite digelar batu atau besi kursani, sejenis nama yang punyai anggapan mistikal yang tinggi. (lagu Mentera Semerah Padi dendangan Dato M Nasir menyatakan perihal kursani).

Salah satu bahan untuk wangian yang pihak Dato Eddy sediakan adalah Pyrite yang diletakkan dalam setiap botol. Wangian ini dicampur dengan pelbagai bahan lain seperti pati bunga2 dsbnya dan seterusnya dienergikan/ doa dinamakan Energi Putih.. sebagai satu ikhtiar energi ketenangan, kasih sayang, tarikan, aura diri, kesihatan dan sebagainya.
Picture
Picture
Picture

Picture
Sebagai manusia kita pasti melalui tempoh yang baik dan tempoh yang sukar.. bukan semua orang memiliki kehidupan yang berterusan baik sepanjang hayat... jadi, amat penting untuk kita sentiasa bersedia sama ada untuk berjaya mahupun untuk menjadi susah... dengan mengenali perihal tempoh masa...

Perincikan perihal tempoh masa dalam kehidupan kita untuk mengenalpasti tempoh masa yang baik dan tempoh masa yang kurang baik bagi membina strategi perjalanan kehidupan yang baik.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Sesi Konsultansi Peribadi/ Perniagaan
- Graf Hayat
- Graf Dekad 10 tahun.
- Seminar Strategi Melalui Tahun 2019

Picture
Hidup kita manusia ini menempuhi turun naik kehidupan. Ada masanya kita merasai kegembiraan dan ada masanya pula kita merasai kepayahan... kita boleh buat kiraan menggunakan tarikh lahir untuk mengenalpasti bila masanya itu yang gembira atau yang kepayahan. Dengan memahami perihal "masa" tersebut, maka kita buat strategi yang bersesuaian... ada kalanya kita perlu redah saja dengan redha paksa-rela, ada kalanya kita gunakan strategi atau ikhtiar untuk menempuhinya... apa pun, hidup kita ini perlu ada strategi yang berterusan.

Picture
Picture

Picture
Satu lagi filem Hollywood yang menggunakan angka 38 atau 83... Ocean's 8... tentang kekayaan USD38 juta.

Kebetulan tahun ini 2018 adalah "tahun wanita", filem ini memaparkan kisah kumpulan 8 wanita yang mana francais 2 filem Ocean sebelum ini adalah geng lelaki.

Picture
Kaedah ikhtiar Energi Rezeki yang memilih tarikh tertentu merupakan satu ikhtiar untuk mencari dan menambah rezeki... lihat fenomena sebenar yang berlaku di sini.. jadi, apa yang Dato Eddy buat selama ini menggunakan formula 6 Rezeki Masuk atau 7 Networking merupakan satu kajian dan fenomena sebenar tabung ini menunjukkan bahawa kaedah pernomboran adalah satu kajian ... terpulanglah jika anda yang join program ikthiar energi rezeki pada tarikh yang "power" untuk membuka satu tabung sendiri :)... sebenarnya buatlah aktiviti rezeki seperti buat  promosi, close sales, buka akaun bank seumpamanya... nama pun ikhtiar... dengan izin Nya jua.

Picture
Picture
Pada 25 Jun 2018 lalu, Dato Eddy dipanggil oleh seorang client untuk datang ke rumah pusaka bapa/ atuk mereka di Perak.. generasi anak mahu merobohkan rumah ini yang sudah reput dan terbiar diganti dengan rumah baru, namun mendapat beberapa "alamat" secara mimpi/ bayangan yang seolah menghalang untuk dirobohkan.

Bila diperiksa beberapa sudut rumah dan kemudian duduk berbincang, terasa nak mengalir air mata rasa sedih kerana "energi sedih", lalu ditanya apa yang sebenarnya ada di sini. Lalu anak beranak buka cerita yang dahulunya ada entiti yang mahu berdamping dan tinggal dengan keluarga mereka di situ tetapi keluarga enggan  menerima entiti tersebut memandangkan ia pernah menyebabkan ahli keluarga menjadi pelik - menjadi penari dan menyanyi bahasa siam. Mungkin dipulau sebegitu terbit pula rasa marah dan sedih bila rumah pula nak dirobohkan. Setelah dibincangkan strategi dan ikthiar, akhirnya persetujuan boleh untuk dirobohkan dan dibina baru dengan beberapa perkara yang perlu dibuatkan bagi tidak menggangu pihak keluarga mahupun entiti tersebut dan kawasan rumah.

Juga, pihak keluarga menyerahkan sebilah tombak katanya milik atuk mereka yang berasal dari Sumatera... ada juga kisah entiti "raja" juga disitu... buat sementara ini disimpan oleh Dato Eddy.

Pihak keluarga agak keberatan dengan perkara2 sebegini kerana dahulunya mengalami beberapa kes mistikal seperti tombak bergerak sendiri, riuh rendah "orang ramai" di bawah rumah jam 3 pagi dan sebagainya.

Pembelajaran dari kes ini: atuk nenek kita dahulu penggemar atau pengamal ilmu kebatinan bagi tujuan tertentu seperti perubatan, pendinding dsbnya dengan barangan tertentu tetapi bila diwariskan kepada anak cucu cicit manalah mereka itu diberitahu atau memahamai perihal2 mistik/ misteri ini. Sudahnya keluarga mahupun rumah diselubungi perihal misteri. Apapun, usahlah begitu mudah membuang barangan antik mahupun entiti, dikhuatiri masih ada "ikatan" secara mistikal, jadi ikhtiarkan dikeluarkan secara baik.

Picture

Picture
Berada di arah yang salah... dalam dekad 10 tahun yang bermasalah dan pada tahun 2018 yang tekanan.. dengan punyai banyak "elemen besi" dalam petak tarikh lahir... menarik fenomena untuk dilanggar oleh besi (kenderaan)...

kematian juga boleh dikira secara kaedah penomboran... namun, pihak kami tak fokuskan kepada mengira tarikh kematian lebih baik mengira strategi membolehkan kaya cepat supaya dapat mati dengan bebas hutang tanpa tergantung roh dan tinggalkan wakaf harta, masjid dan tahfiz yang banyak untuk pahala berterusan.

0 Comments

Perjuangan Kekayaan Diteruskan Kejayaan

6/21/2018

0 Comments

 
Picture
KDT iaitu Kelas Dalam Talian, dibuka semula, kali ini menggunakan aplikasi Telegram pula.. KDT (Kelas Dalam Aplikasi Telegram) berbanding sebelum ini di dalam aplikasi Whatsapp yang mana terdapatnya masalah fail/data hilang kerana aplikasi Whatsapp berbeza dengan aplikasi Telegram yang lebih baik di dalam simpanan fail.

Kelas KDT "Who Am I" adalah kelas asas pernomboran tahap 1, sesuai bagi anda yang baru nak bermula atau baru nak mengenali perihal kaedah pernomboran... tak berkesempatan untuk belajar secara langsung dengan Dato Eddy kerana kesibukan masa ataupun yang tinggal jauh seperti Sabah, Sarawak untuk hadir ke kelas... dan boleh juga kepada mereka yang telahpun belajar kaedah pernomboran dan mahu mengulangkaji atau mengemaskini kaedah.

Dato Eddy menganjurkan kelas pernomboran semenjak tahun 2005 (sebelum itu tahun 2004 menganjurkan kelas dibawah pengurusan Dr. Oliver Tan).

Picture
PENEMUAN TERBARU - kajian oleh Dato Eddy Rosyadie - 24 Jun 2018.

Susulan kepada penemuan terbaru dalam kaedah pernomboran iaitu 4 Quadrant dan peratusan setiap Quadrant yang diumumkan pada 19 Jun lalu, dan setiap Quadrant diberikan label A, T, G, C memandangkan kaedah pernomboran didapati ada pertalian dengan perihal warisan dan genetik, maka label ATGC iaitu kod DNA manusia digunakan. Namun, label ATGC itu yang merujuk kepada DNA manusia iaitu A - Adenine, T- Thymine, G - Guanine, C - Cytosine tentunya kurang difahami oleh individu yang bukan aliran sains terutama sains biologi genetik (Dato Eddy lulusan Sains Biology dari Syracuse University, New York, USA) dan juga mungkin tidak jelas berkait dengan potensi manusia secara sifat atau peribadi.

Oleh yang demikian, label ATGC kini dinamakan dengan label yang lebih berkait dengan potensi manusia iaitu A- Attitude (Sikap), T-Trait (Sifat), G-Gifted (Bakat), C-Character (Peribadi). Bagi individu yang tarikh lahir di atas ini, bakat beliau iaitu di Quadran G adalah dalam seni suara. Namun, peratusan Quadrant paling tinggi adalah Quadrant T iaitu 75% yang mana tindakan daripada situ diberi keutamaan yang pertama iaitu potensi usahawan.

Walau bagaimanapun, tidak semestinya kita perlu ikut keutamaan quadrant bagi membuka potensi diri.. semua pola di dalam petak boleh digunakan tanpa ikut keutamaan... kaedah sebegini cuma sebagai satu cara panduan bagi kita membuat keutamaan terutamanya bagi mereka yang punyai banyak potensi tak tahu nak utamakan yang mana satu dahulu. 

Mengenai persoalan bagaimana nak mengira peratusan Quadrant; jawapannya adalah ini kiraan otomatik. Kiraan tidak didedahkan kepada umum kerana tujuan kaedah bukan kiraan yang dipentingkan sebaliknya meneliti dan menyelidiki potensi itu yang penting.

Jika anda mahu dapatkan sekeping cetakan Petak Statik dan Pembayang yang memaparkan 4 Quadran ini, bolehlah menempah terus dengan Dato Eddy di 017 769 7946.

Picture

Picture
Picture

Picture
Tahun 2019 untuk negara Malaysia melalui tempoh fenomena 3 bom serangkai;
1. Terminating Star - diberhentikan.
2. Blocking Star - dihalang.
3. Vacuum Star - Duit disedut/ kerugian.

"bunga2" fenomena sudah mula kelihatan.. apakah persediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk melalui sekali lagi fenomena 3 bom serangkai? Tahun 2015 lalu sudah dilalui dengan perit - GST, harga minyak dunia jatuh & RM jatuh & jerebu 3 bulan, Mei 2018 juga dilalui dengan perit - kontrak2 ditamatkan, kali ini 2019 pula.

Elok mulakan persediaan dari sekarang... persediaan strategi dan energi.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Sesi Konsultansi Peribadi/ Perniagaan
- Kursus Strategi Hadapi Tahun 2019 
- Ikhtiar Energi Rezeki.

Picture

Program Ikhtiar Energi untuk bulan Julai 2018 kini dibuka untuk pendaftaran. Boleh daftar dahulu. Program bermula 2 Julai 2018 ini.

Kali ini ada 9 kali program (biasanya 7 kali maka ada 2 bonus program) dan bulan Julai 2018 ini mempunyai satu tarikh yang baik iaitu pada hari Jumaat iaitu hari berkat/ penghulu hari 27 Julai 2018. Majoriti tarikh2 yang baik untuk Julai 2018 adalah perihal rezeki iaitu Tahap Kewangan 2 dan 4 yang mana potensi kewangan lebih kepada "rezeki banyak masuk" manakala terdapat tarikh2 yang baik tiada langsung pola 18. Oleh yang demikian, bulan Julai 2018 merupakan satu bulan yang banyak kebaikan dan sebaiknya diambil kesempatan untuk dibina energi yang baik2 bagi rezeki dan kasih sayang untuk kita meneruskan kehidupan untuk bulan2 akan datang yang mencabar dan tentunya untuk melalui tahun 2019 tahun konflik kewangan (Vacuum Star) yang semakin menghampiri memerlukan persediaan diri dan energi.. bukan mudah untuk bertemu dengan satu bulan sebegini yang banyak potensi energi baik rezeki dan kasih sayang. Jom sertai program ini, ambil peluang ini!
Picture
Picture
Perbandingan kedudukan angka 6 (rezeki masuk dan duit terkumpul) untuk tarikh2 Julai 2018 iaitu 2hb, 11hb, 20hb dan 29hb dengan fenomena dekad kekayaan jutawan2 ini.

Tarikh lahir Dato Eddy takkan ada kiraan seperti jutawan2 itu jadi takkan nak termenung saja kan... sebab itu Dato Eddy terus ikhtiar supaya mendapat energi setandingnya. Apatah lagi jika tarikh lahir anda atau kiraan dekad anda punyai pola jutawan sebegini tetapi masih belum mencapai kejayaan... memang banyak faktor perlu dikaji dan salah satunya adalah perihal energi rezeki yang perlu dibina... umpama kereta mewah tapi bateri lemah... kereta tak mewah boleh saja modify jadi setanding laju seperti yang mewah juga.

Picture
Laporan Graf Hayat membentangkan tafsiran2 asas dan penting untuk 12 zon kehidupan daripada kiraan tarikh dan waktu jam dilahirkan. Dapatkan satu laporan seumur hidup sekali sahaja (cuma bahagian tempoh masa elok ditempah semula setiap 10 tahun atau boleh saja tempah untuk sepanjang hayat). Ianya sebagai rujukan hidup, sebagai bahan membuat perancangan strategi kehidupan dan juga bagi individu yang mahu menerokai dan mendalami potensi dan konflik diri dan bagi individu yang belum berkesempatan untuk hadir kelas/ sesi konsultansi sebagai rujukan awal.
Picture
Orang lain jadi artis juga tapi mengapa hanya sebilangan kecil yang terus memuncak menjadi jutawan? Ada banyak faktor antaranya adalah perihal TEMPOH MASA. Bagi artis ini berada di dalam tempoh Virtuous Star dan ada pula Charming Star iaitu dalam tempoh masa yang baik untuk kejayaan sebagai artis.

Graf hayat membentangkan perihal tempoh masa untuk dekad 10 tahun, tahunan malah juga untuk bulanan, harian dan jam. Juga, perihal potensi dan konflik daripada 12 aspek seperti kerjaya, rezeki, pasangan dsbnya. Oleh itu, sekeping graf hayat membentangkan ribuan tafsiran, menurut perekacipta kaedah ini menyatakan ada 500 ribu tafsiran daripada graf hayat. 

Dari pihak pengasas kaedah, kelas graf hayat yang asal (teori dan aplikasi) adalah RM1500 - RM3000 manakala laporan graf hayat yang asal RM600 (dalam English). Dari pihak kami cuma membentangkan laporan/ kelas asas (tafsiran) sahaja kerana itu harga lebih rendah. Jika mahu lebih detail lagi tentunya ada kelas/ laporan tambahan dengan yuran tambahan.


0 Comments

Kemenangan Kejayaan Kebaikan Kekayaan

6/13/2018

0 Comments

 
Picture
Penggunaan garam di dalam perubatan alternatif adalah satu perkara yang popular. Namun, sebagaimana apa pun bahan sebaiknya tidak berlebihan. Pengambilan garam merupakan satu sunnah nabi saw tetapi pengambilan yang berlebihan memudaratkan kesihatan... apapun kita perlu seimbangkan dan pada kadar sederhana. Begitu juga dengan produk2 garam seperti mandian garam usahlah berlebihan seperti kerap setiap minggu... ada beberapa client yang menyatakan mereka menggunakan garam mandian dengan kerap... Dahlah hanya bergantung kepada bahan garam semata2 tanpa diseimbangkan dengan bahan lain dan kerap pula tu, jadi ianya boleh dikategorikan sebagai berlebihan.. tambahan pula cara pemakanan kita seharian memang ada garam ditambah dalam kari, sup, tomyam, rendang dsbnya.

Gunakan garam mandian secara seimbang dengan bahan2 lain dan tidak sekerap. Lebih elok menggunakan bahan semulajadi seperti limau purut, bunga2an dsbnya.

Picture
Apabila menetap atau melancong di USA, insuran kesihatan adalah perkara keperluan utama. 

Semasa Dato Eddy tinggal di New York 1993-1995 lalu, sebagai pelajar di sana tiada insuran kesihatan melainkan mendapatkan rawatan di dalam klinik universiti yang menawarkan rawatan asas dengan percuma. Pernah seorang rakan mendapatkan rawatan cabut gigi di satu klinik swasta dan dikenakan bayaran USD300 (iaitu RM750 pada masa itu). Semasa kelahiran anak sulung Dato Eddy di New York, dengar khabar kos bersalin adalah USD10K tetapi kos kami ditanggung kerajaan USA dalam satu program bantuan... dapat juga Food Stamp bantuan minuman susu dan bijian cereal setiap minggu.

Tahun  2019 untuk Malaysia melalui fenomena 3 bom serangkai - Vacuum + Blocking + Terminating Star... jadi pemantauan berita dibuat sebagai satu persediaan mengenalpasti punca fenomena tersebut... perihal US-China Tariff masih berterusan menjadi isu yang perlu kita ambil perhatian apabila ianya dilaksanakan kelak.
Picture

Picture

Picture

Picture

Picture
Individu yang berjaya menjadikan syarikat beliau bernilai USD9 billion menggunakan potensi beliau dalam dunia kesihatan (pola dunia kesihatan/ perubatan).. namun kini didakwa melakukan penipuan kerana teknologi beliau rupanya menggunakan teknologi orang lain secara tiruan. Tahukah anda... pola "manipulator" (penipuan)? Dikenali juga pola "muslihat" (pandai bermuslihat) atau pandai membuat perancangan tetapi mengambil kesempatan bermuslihat.

Tips: jika anda mengambil pekerja yang mempunyai pola "muslihat" maka berhati2lah jika mengambil individu itu dalam perihal berkaitan kewangan syarikat anda. Gunakan individu itu dalam bidang lain selain kewangan atau yang melibatkan perihal urusan kewangan seperti tender/ supplier seumpamanya; mungkin dalam bidang penyelidikan, perancangan operasi dsbnya.


Picture
Seorang lagi individu yang mempunyai pola 769 dalam petak tarikh lahir statik beliau... juga potensi2 lain.. jika anda pemilik buku Kenali Potensi Diri atau pernah hadiri kursus Dato Eddy cubalah isikan jawapan2 kepada pola2 yang disenaraikan... jika anda belum ketahui maksud pola2, dapatkanlah buku atau tempah sesi kelas boleh diatur.

Beginilah rupa kaedah pernomboran yang mana kita menggunakan angka dan individu yang wujud sebagai satu cara mengkaji fenomena kehidupan. Seterusnya ianya dijadikan sebagai panduan bagi kita merangka strategi untuk bina kerjaya/ bisnes/ kehidupan yang sesuai dengan diri kita.

Perkhidmatan yang disediakan:
- Sesi Konsultansi Peribadi - Kerjaya/ Bisnes/ Kehidupan.
- Kursus Asas Pernomboran Tahap 1, 2, 3.


Metafizik energi menjadi sains teknologi.

Jika kita menonton filem aksi seperti The Matrix dll mahupun menonton You Tube tentang ilmu persilatan/ kebatinan yang mana manusia mampu  menepis serangan dari belakang tanpa melihat.. kata orang itu filem bolehlah, itu guna jin dsbnya... kini, konsep yang sama tetapi menggunakan peralatan dan pengetahuan sains teknologi... idea metafizik menjadi sains oleh itu ianya seiringan... hari ini teknologi yang ada sebesar topi keledar mungkin 10 tahun lagi sebesar mikrocip (dulu handphone sebesar batu bata kini nipis dan kecil) dan manusia nanti dilihat seperti ada "mata belakang" seperti The Matrix atau guru silat yang hebat menepis serangan belakang badan... seolah metafizik tapi berunsurkan sains teknologi.


Picture

Picture

Khabar baik yang dilihat baru2 ini... mungkin bukan perihal kelapa sawit yang mampu menyebabkan Malaysia berada dalam Vacuum + Blocking + Terminating Star untuk 2019 nanti... yang penting kita pantau berita2 berterusan bagi membuat persiapan menghadapi fenomena 3 bom serangkai Vacuum + Blocking + Terminating Star 2019 nanti.

Fenomena 3 bom serangkai ini baru berlaku pada Mei 2018 lalu.. lihatlah ramai yang diberhentikan kerja + projek2 mega dibatalkan + aliran keluar investor dsbnya... itu baru sebulan sudah banyak berlaku apatah lagi setahun 2019 nanti sebagaimana kita pernah lalui 2015 lalu yang mana fenomena 3 bom serangkai pernah berlaku... apakah kita belajar dari 2015?
Picture

PENGUMUMAN - PENEMUAN TERBARU DARI KAJIAN OLEH DATO EDDY ROSYADIE - 19 JUN 2018
Picture
Petak kiraan tarikh lahir yang berbentuk petak sebegini adalah gubahan Dato Eddy sendiri yang mula digunakan semenjak tahun 2010 menggantikan bentuk lain. Jadi, jika anda melihat petak kiraan tarikh lahir yang serupa oleh ramai pengajar metafizik di pasaran dengan yang Dato Eddy, maka mereka mengambilnya daripada Dato Eddy. Sengaja Dato Eddy ubah cara petak supaya dapat tahu siapa yang menggunakannya. Namun pada masa yang sama bentuk petak ini makin lama dapat evolved (berkembang) pula beberapa kajian dan penemuan terbaru seperti petak warisan dan mewarisi... ianya ada konsep genetik di situ.. memandangkan Dato Eddy adalah jurusan bidang Biologi (cell and genetics) dari Syracuse University, New York, USA.

Penemuan terbaru ini adalah daripada petak potensi statik dan pembayang yang sedia ada, cuma ditambah detail iaitu membahagikan potensi kepada 4 quadrant dan seterusnya membuat ranking berdasarkan kepada peratusan. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti potensi statik mana yang lebih "kuat" untuk dijadikan "priority" dalam kehidupan. Buat masa ini setiap quandrant tersebut diberi label A, T, G, C.

Maksudnya, bagi individu ini, quandrant G beliau adalah 75%, maka keutamaan (priority) potensi ini adalah daripada pola2 di quandrant G, iaitu yang itu yang dimaksimakan - dalam dunia perniagaan/ usahawan. Bagi individu ini, quadrant A adalah rendah iaitu 33% yang mana terdapat potensi pendidikan tetapi individu ini tidak menyerlah dalam dunia pendidikan walaupun ada potensi sedemikian.

Tujuan kaedah ini adalah untuk membuat senarai keutamaan... mana satu dulu yang perlu dimaksimakan dahulu dan mana satu dibuat kemudian... berbanding cara sebelum2 ini yang menyenaraikan kesemua potensi dan client pilih mana yang suka untuk dimaksimakan... cara sebegitu boleh juga... dan cara sebegini membantu client untuk memilih keutamaan (priority).

Kaedah ini akan mula digunakan mulai 20 Jun 2018 dalam siri seminar, kursus atau sesi konsultansi.


Picture
Seorang saudara rapat Dato Eddy yang dikenali dalam bidang penulisan. Menurut orang tua2, antara saudara-mara (saudara jauh) Dato Eddy lain adalah Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Hj Kamsah dan Ustaz Harryanto Rizal... jadi anda boleh lihat secara umum macam mana potensi Dato Eddy :)

Daripada petak statik tarikh lahir Chef ini, tiada pola pendidikan dan tiada pola makanan... jadi bagaimana pula beliau mampu terkenal dalam dunia penulisan dan makanan pula? Memang ada penjelasan daripada potensi elemen diri iaitu root no/ no akar / no asas tetapi itu secara umum... untuk diperhalusi lagi, boleh digunakan kaedah Graf Dekad (dikenali dulu sebagai Graf Motif Hayat - ciptaan Dato Eddy sendiri) yang mana pada tahun 90an, beliau ada pola pendidikan dan makanan... oleh yang demikian, anda boleh mendalami potensi anda bukan sekadar melihat kepada elemen no akar/ root no/ no asas diri tetapi juga dilihat kepada pola2 potensi dan seterusnya dilihat juga pada tempoh masa (Graf Dekad).

Perkhidmatan Dato Eddy;
- Sesi Personal Consultation - Kerjaya/ Business/ Kehidupan.
- Kursus Asas Pernomboran Tahap 1, 2, 3, Intensif
- Kaedah Graf Dekad.
- Laporan Potensi Diri dan Perniagaan.

Picture
Ada individu yang dilahirkan dengan pola 769 dalam petak tarikh lahir.. ada yang tak dilahirkan dengan pola 769 dalam petak tarikh lahir tetapi pola 769 itu muncul dalam tempoh dekad tertentu (Graf Dekad - ciptaan Dato Eddy)... bagi Dato Eddy sendiri dahlah tak ada pola 769 dalam petak lahir, seumur hayat takkan ada tempoh masa dekad pola 769 seperti Bill Gates ini... tetapi kita diberi ruang untuk ikthiar dan berusaha dan carilah izinNya... pengalaman Dato Eddy pernah jadi sebahagian team projek RM57 billion kira tempias lah selama beberapa tahun usaha dan ikthiar, yang penting menunjukkan kita boleh berikhtiar untuk sampai ke tahap 769 tu walau tak dilahirkan dengan pola 769 apatah lagi kalau sememangnya lahir dengan pola 769!. 

Antara program ikhtiar dan strategi untuk mencapai tahap pola 769 sebegitu seperti energi rezeki, upload energi, pemilihan tarikh daftar syarikat dsbnya. Semenjak Dato Eddy membentangkan perihal penemuan pola 769 pada tahun 2010, ianya kini menjadi trend peminat metafizik pernomboran untuk menggunakan angka 769 tersebut.. asalnya daripada Dato Eddy yang pertama memperkenalkan 769... ada banyak kaedah, strategi dan pengajian perihal pola 769 yang boleh anda dapati daripada pihak Dato Eddy sendiri.

- Seminar Smart-Mapping Pola 769
- Program Upload Energi Emas 769
- Program Ikhtiar Energi Rezeki (formula 769)

Picture
Picture

Picture
Bulan Mei 2018 lalu, negara Malaysia masuk ke tempoh 3 bom serangkai -Vaccum Star (duit disedut) + Blocking Star (dihalang) + Terminating Star (diberhentikan)... lihatlah apa yang benar2 terjadi dalam sejarah Malaysia dan analisis tarikh dan waktu lahir dapat membentangkan penjelasan. Bagi bekas pemimpin ini pula berada dalam tempoh yang sukar juga.. analisis tarikh lahir beliau menunjukkan beliau berada dalam 4 langkah kesukaran. Kaedah Decade (Graf Dekad), Monthly (Graf Prestasi Bulanan) dan Day (Diari Metafizik) merupakan ciptaan Dato Eddy sendiri... menunjukkan bahawa kaedah pernomboran bukan omongan kosong tetapi analisis dan kajian.

Kaedah Pernomboran merupakan satu kaedah kajian yang menggunakan angka sebagai data kajian dan di sandarkan pengalaman sebenar. Daripada kajian2 sebegini dijadikan sebagai satu panduan ikhtiar dan strategi bagi kita merancang perjalanan kehidupan seperti kerjaya, perniagaan malah perkahwinan.
Picture
Pola 1-8 Masalah Kewangan Mudah Tetiba Lenyap

Jika anda masih ingat perihal penemuan dan pembentangan Dato Eddy tentang pola 1-8 pada tahun 2017 lepas iaitu fenomena "belon yang ditiup menjadi besar tetiba pecah" yang menggambarkan masalah kewangan iaitu fenomena duit mampu menjadi banyak tetapi tetiba habis begitu sahaja... itu yang terjadi kepada individu ini dalam Mei 2018 lalu... ambil pengajaran daripada kajian dan panduan sebegini jika anda ada pola 1-8.

Tips: elakkan pola 1-8 atau 8-1 atau 891  dalam tarikh daftar niag dan tarikh nikah... tapi bagaimana pula strategi anda jika anda dilahirkan pada tahun 1980? 1989 dsbnya yang pasti ada pola 1-8? Bagaimana pula strategi jika tarikh nikah ada pola 1-8? 

Picture
Kenangan di Sekolah Menengah Sains Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bersama rakan2 Pengawas. Dato Eddy yang dua dari kanan. Antara jawatan di situ selain Pengawas:
- Presiden Penempatan
- Sidang Redaksi Majalah Sekolah
- Bendahari Rumah Sukan
- Setiausaha Badan Pelajar-Pelajar Islam
- Ketua Biro Agama, Pengakap.


Pada Febuari 1992 lalu, Dato Eddy memenangi Anugerah Putera Harapan tempat ketiga, Kolej Siswa PPP/ITM Shah Alam... pada masa itu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti memegang jawatan Ketua Blok 11 dll dan keputusan akademik dalam kategori yang baik, maka warden blok mencadangkan untuk mengisi borang pencalonan dan mendapat anugerah.

Semasa di kolej itu, Dato Eddy menganjurkan beberapa aktiviti seperti pertandingan sukan bolasepak dan takraw serta carrom dan chess untuk penghuni Blok 11. Malah tayangan filem (video) diadakan di bilik TV Blok 11... bila hantar video2 untuk ditapis pihak pengurusan kolej adalah video2 pendidikan tapi yang ditayangkan filem2 aksi dan thriller barat :)
Picture

Picture
Picture

Alam semulajadi mempunyai energi yang baik untuk kegunaan manusia dan lain2 kehidupan. Beriadah di kawasan rekreasi dengan suasana alam semulajadi memberi energi ketenangan dan pelbagai jenis energi2 yang baik.

Dalam metafizik energi, alam semulajadi mempunyai energi untuk "diserap" oleh kita.. sama ada secara riadah, sebagai makanan dsbnya. Sains pula menemui energi dalam alam semulajadi juga. Walaupun masih belum dapat dikaitkan pertalian arus energi antara alam semulajadi dengan manusia secara saintifik, kajian dan penemuan sebegini menunjukkan kewujudan energi dan ianya yang masih boleh diterokai lebih jauh bagi menjadikannya manafaat kebaikan terus kepada manusia.

Picture
Picture

Picture
Picture
Seorang client menghadiahkan seketul batu yang diambil dari tapak lombong emas... takkan kita nak buat program riadah energi emas di tepi lombong emas tersebut dalam suasana panas pembinaan dan keras batu bata... Jadi, kita buat program riadah yang sesuai dan santai di tepi pantai dengan suasana alam yang menyenangkan... di satu lokasi yang sudah beberapa kali dibuat dan memang dikenali terdapat emas fizikal.. bukanlah kita nak korek emas tetapi sebagai riadah atas energi dan aura tempat emas tersebut... client itu kini sedang berurusan untuk satu projek lombong emas 13 tan di Indonesia.
Picture
Kenangan di masa kerajaan PM ke-6 lalu... buat cerita cucu cicit nanti... bila dikenang tak sangka boleh jadi sebahagian team projek dikalangan VIP dengan nilai yang besar... RM57 bilion... perubahan kerajaan itu diluar kawalan kita tetapi pengalaman menunjukkan bahawa kita diberi ruang mengawal diri kita untuk tingkatkan potensi dan prestasi kita ke tahap yang lebih tinggi kadang kala tak tersangka akal dan logik.. tak mustahil untuk berbilion lagi sekali... kita ikthiar gunakan energi alam supaya kita dilorongkan kepada pintu rezeki... kalau nak harap berjumpa terus dengan menteri siapalah kita ni kan nak mintak2 projek... tapi projek datang sendiri bergolek kepada kita... begitulah peranan energi alam yang membantu dengan izinNya.. jom, kita upload energi emas!

Picture
Kesatrya Warisan dan Metafizik Raya (SA 0353826-P) atau singkatannya KERISYA merupakan satu entiti perniagaan bagi menjalankan aktiviti komersil berkaitan warisan dan metafizik. Namun belum aktif lagi kerana kesibukan masa untuk set-up operasinya... terpaksa guna perkataan "raya" iaitu alam semesta kerana SSM tak benarkan guna perkataan Malaysia.. sebab nak buat singkatan YA...tak mengapalah ada hikmat tu.. hari-hari hari raya :)

Picture
Assalam, cikgu Edy... sesi doa awal January hari tu saya dan suami... alhamdulillah dgn izin Allah ada perubahan, suami kurang panas baran dan marah sekarang. Terimakasih.
 
Salam... kesan2 selepas berdoa kekayaan mcm pening... masa petang berdoa tu rasa mcm ada arus d kdua2 tangan n rasa mcm di awangan.

Asslmkm cikgu eddy, pukul 6 tadi sy ready… duduk meditasi pejam mata. Dlm masa 5 min kmdian, ay nmpak cahaya purple sepenuh2nya dlm mata sy… dtg ber arus. Sblm ni sy pernah nmpk chy purple.. tapi x pernah sebesar dan sehebat kali ini… Alhamdulillah.


Salam… cikgu Ady… terima kasih atas usaha gigih untuk sesi berdoa tenaga jalur emas dari Makkah. Alhadulillah sampai dan diterima tenaga tersebut di sini. Rasa hening dan tenang wpun banyak tekanan.

Salam.. cikgu. Masa berdoa tu sye buka pintu… tetiba daun pandan wangi sangat…Alhamdulillah sepanjang tempoh tu mmg x mgantuk… siap rasa skjp nye tempoh yg diberi..alih2 dah jam 3.30. 



​Terdapat banyak maklumbalas peserta2 yang merasai energi yang diikhtiarkan, namun bukan semestinya semua peserta perlu merasainya atau perlu ada rasa setiap kali program... ianya bergantung kepada amalan dan situasi diri peserta... Ada peserta yang sentiasa berterusan membuat ikhtiar energi jadi energinya sentiasa berterusan (charging) maka tak terasa setiap kali. Tujuan utama kaedah ikhtiar energi bukan untuk membuat peserta merasa kesan energi tetapi supaya energi dapat membantu diri peserta dengan energi yang baik supaya lebih sihat, lebih ceria, lebih tarikan untuk rezeki, lebih tenang, lebih positif seumpamanya. Jika rezeki yang banyak datang selepas itu adalah sebagai bonus.

Berapa kali program yang anda perlukan? Terpulang kepada bajet dan situasi anda. Boleh sesekali, boleh sebulan sekali, boleh pakej sebulan terus dan sebagainya... tentunya bagi para usahawan elok dibuat selalu memandangkan dunia perniagaan lebih tinggi perihal energi. Bagi yang makan gaji atau baru nak mula berniaga malah surirumah atau pelajar juga boleh... boleh pilih program seperti Enerti Rezeki, Energi Dikasih Sayang atau Energi Cemerlang Akademik.
Ada yang bertanya: Apa itu Program Ikhtiar Energi?

Program ini asalnya bernama Doa Kekayaan yang dimulakan oleh Dato Eddy pada tahun 2009 dan kemudiannya pada 2014 ditukar nama kepada Ikhtiar Energi bagi menggambarkan suasana program untuk energi yang lebih menyeluruh bukan sekadar doa semata-mata. Pada mulanya program ikhtiar energi dibuat secara berkumpul di perkarangan masjid seperti masjid Muar atau di tempat terpilih namun kini program ini lebih banyak dibuat secara jarak jauh memandangkan sukar untuk mengumpulkan peserta2 pada hari biasa dan memberi peluang kepada mereka yang tinggal jauh seperti di Sabah untuk join program sebegini.

Program ini dibuat pada 2009 setelah 3 tahun menganjurkan kelas metafizik pernomboran tarikh lahir dan melihat ramai peserta kursus belum dapat kejayaan yang dirancangkan... mereka itu tahu apa nak buat tapi tak kesampaian... Apabila diselidik rupa2nya ramai yang tersangkut potensi mereka seperti tersalah arah sukar nak berpindah rumah, terpendam potensi sukar mendapat kebenaran suami/ keluarga, terperangkap dalam tempoh masa sukar untuk tabah melaluinya dan sebagainya... ada juga yang badan sihat tapi dalaman sakit mistik/ misteri pula yang menggangu perjalanan kehidupan.. macam2 halangan untuk mereka buat perubahan.

Pada mulanya, Dato Eddy mencadangkan mereka2 itu mendapatkan bahan2 energi seperti batu, garam dsbnya, namun kebanyakkan bahan2 tersebut kurang sesuai kerana pelbagai faktor. Pernah Dato Eddy menjual botol mandian energi tetapi sudahnya penat mengangkut kotak yang banyak dan berat ke sana sini dan sukar dapatkan stok.

Kemudian, Dato Eddy mendapatkan khidmat beberapa orang perawat alternatif untuk di "sub-con" membuat rawatan energi kepada peserta2. Namun, "sub-con" pula ada masalah tertentu. Senang cerita, Dato Eddy belajar sendiri energi dan buat sendiri energi kepada peserta2, habis cerita! Tak perlu buat stok bahan, boleh buat jarak jauh dan peserta2 tak perlu nampak sangat untuk bermetafizik sampai bersusun barangan2 energi atas meja sebaliknya gunakan energi sahaja lebih mudah.


Picture
Picture
TAHUN 2019 TAHUN MALAYSIA DALAM VACUUM STAR

Daripada Graf Hayat untuk negara Malaysia, dijangka Malaysia akan melalui tahun Vacuum Star + Blocking Star + Terminating Star ada tahun 2019. Fenomena sebegini kita dah lalui perit pada 2015 lalu (kejatuhan harga minyak mentah dan kejatuhan RM) dan baru2 ini pada Mei 2018.. satu bulan Mei 2018 pun penuh dengan cabaran! Yang jelas terkena Vacuum + Terminating + Blocking adalah bekas PM yang disedut duitnya (Vacuum), diberhentikan dari PM (Terminating) dan disekat pasport untuk keluar negara (Blocking)... bulan Mei ini dah ditunjukkan clue maka bersedia untuk tahun depannya.

Buat masa ini, pemerhatian pemantauan berita2 mendapati perihal masalah kelapa sawit jadi calon terbaik buat masa ini untuk asbab Vacuum Star pada 2019 nanti adalah perihal kelapa sawit yang menjejaskan organisasi seperti Felda dan industri2 yang menggunakan sawit termasuklah kita yang masak pakai minyak sawit. Harapan kita supaya pihak kerajaan dan industri dapat bersiap sedia dalam perihal ini... bolehlah kita stok beberapa botol minyak sawit :)

Hadapi Tahun 2019?
- Sesi konsultansi Peribadi/ Perniagaan
- Kursus Strategi Hadapi 2019
- Diari Metafizik/ Software Integrasi 2019.
- Graf Prestasi Bulanan 2019 / Harian 2019.

0 Comments

Benih Kejayaan Menumbuhkan Kekayaan

6/9/2018

0 Comments

 
Picture

Picture
Walaupun petak tarikh lahir negara Malaysia berada sama kategori dengan negara Zimbabwe iaitu Tahap 12 (tiada langsung angka 6 iaitu berpotensi masalah kewangan kritikal) tetapi strategi kewangan mengatasinya sudah tentu ada seperti simpanan dan pelaburan antaranya EPF. Secara tak langsung, semua pekerja yang dipotong gaji bagi tujuan caruman EPF membantu negara dalam meningkatkan keupayaan kewangan dalam ertikata memberi modal untuk pelaburan2 yang memberikan keuntungan kepada kerajaan dan pencarum EPF.

Secara logiknya, strategi membuat simpanan secara berterusan yang mana ianya dijadikan sebagai pelaburan (seperti unit amanah) merupakan satu strategi yang patut dilaksanakan bagi setiap individu mahupun setiap perniagaan.


Picture
Mengapa prestasi parti Barisan Nasional BN begitu teruk sekali pada PRU 14 2018 lalu? Apapun asbabnya, daripada pengiraan menggunakan Kaedah Garaf Dekad (ciptaan Dato Eddy sendiri) mendapati BN melalui tempoh tiada angka 7 iaitu kekurangan atau tiada penyokong... kejatuhan BN sejak 2013 lagi iaitu PRU13 sebelum ini prestasi rendah mula dikesan kebetulan dah masuk tempoh tiada angka 7 tersebut. Nampaknya BN kena tunggu tahun 2023 untuk masuk tempoh masa yang ada angka 7... ada peluang lah PRU15, itupun memerlukan pelbagai perubahan yang diperlukan bagi membina semula.

Begitulah kaedah yang dibawakan oleh Dato Eddy iaitu menggunakan kaedah pernomboran untuk dijadikan kajian dan seterusnya dijadikan panduan. Tentu saja bagi mereka yang terlibat dalam sales, perniagaan perkhidmatan malah jodoh, jika melalui tempoh tiada angka 7 adalah sukar untuk berjaya kerana melibatkan orang2/ penyokong2.. maka apakah strategi bagi melalui tempoh sebegitu?

Perkhidmatan Dato Eddy;
- Sesi konsultantsi Peribadi/ Perniagaan.
- Graf Dekad 10 tahun.



Picture
Tahun 2018 ini negeri Johor mengalami pelbagai bentuk insiden yang mengejutkan memberi tekanan kepada banyak pihak ... kerajaan bertukar, projek dibatalkan, kemangkatan almarhummah dan sebagainya. Mari kita sama2 berdoa kepadaNya supaya baginda dan kerabat dan seluruh rakyat negeri Johor mendapat rahmat dan kebaikan yang lebih baik dariNya. 

Picture
Kes bunuh diri di Masjidil Haram... tak dapat maklumat latarbelakang individu tersebut.. daripada maklumat tarikh lahir boleh ada pattern berkaitan masalah peribadi berkaitan tekanan dan kemurungan. Menurut berita, individu tersebut dikatakan mengalami gangguan perasaan.

Kehidupan kita ini sentiasa ada cabaran dan dugaan yang berterusan maka kita perlu kuat dan tabah dengan energi yang tinggi bagi melalui setiap cabaran dengan baik.

Picture
Jika anda melayari tulisan Dato Eddy semenjak 2006, sesekali Dato Eddy mengungkitkan kisah rumah Dato Eddy yang terbengkalai semenjak 2002. Projek dibawah Majlis Kerajaan Negeri Selangor yang ketika itu diperintah oleh Barisan Nasional. Itu kali pertama beli rumah atas keyakinan projek kerajaan negeri. Namun, projek gagal disiapkan dan peliknya hampir 80% wang dah dikeluarkan dari bank menyebabkan berhutang tinggi dengan bank untuk sesuatu yang tak wujud .. 15 tahun banyak masalah dihadapi dengan agensi2 kerajaan dan bank iaitu tiada yang mahu membantu. Apabila penduduk2 mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri dan kontraktor tetapi kalah pula.. menjadi status blacklisted menyukaran untuk buat pinjaman bank dsbnya.. Walaupun diajukan masalah kepada kerajaan negeri tetapi tak diendahkan malah agensi2 berkaitan bagi syarat2 yang keterlaluan. Kadang tu geram lihat Adun dan Ahli Parlimen Kuala Selangor yang seronok hidup buat tak tahu masalah rakyat sebegini.. begitulah PRU14 satu barisan dikeluarkan.
Alhamdulillah, berita terbaru ada satu pihak yang berminat untuk selamatkan projek ini dan menawarkan jalan keluar daripada belenggu blacklist... syukur kepadaNya kerana diberikan jua jalan keluar setelah 15 tahun berusaha berdoa kepadaNya. Khabarnya DS Azmin ada memberikan kerjasama dalam masalah ini dibalas budi olehNya menjadi menteri kabinet.

Pengalaman membeli rumah dalam tempoh Vacuum Star 10 tahun.. tahun 1999 beli rumah masa tu mana tahu sedang dalam tempoh Vacuum Star.. terpaksa berhabisan puluhan ribu ringgit bagi memikul bebanan tersebut.

Asal harga rumah dulunya RM130K kini dah jadi bernilai RM600K kerana lokasi berhampiran universiti dan lokasi terkenal.

​
Picture

Picture
Picture
Seorang client yang bekerja sebagai seorang akauntan yang melalui tempoh halangan 10 tahun selama ini buat pelbagai bisnes tak menjadi.. buka restoran tapi tak lama ditutup, buat jualan2 produk tak berapa pergi jauh, buat merawat orang tapi sakit sendiri pula... dalam potensi petak tarikh lahir beliau ada pola makanan dan beliau berhasrat untuk mengusahakan tanaman sayur pula.. dalam sesi konsultansi merangka strategi arah dan ikhtiar energi rezeki... kini tanaman berhasil, dapatlah jual buat tambah pendapatan dan juga kegunaan sendiri.

Dalam tempoh halangan 10 tahun (daripada Graf Dekad atau Graf Hayat), strategi dan ikhtiar dilakukan bagi melalui tempoh tersebut dengan lebih berkesan.


Picture
Picture

Picture
Picture

Picture
Picture
Dato Eddy dah bertukar kerjaya sebagai usahawan pertanian:) ... bukanlah, ini program melawat tapak ladang pertanian seorang client di Kota Tinggi, Johor. Client menjemput Dato Eddy untuk datang audit lokasi kawasan beliau ini... ini pertama kali beliau dianugerahkan tanah 50 ekar di sini dan pertama kali mengusahakan tanaman di sini..  oleh kerana berlaku kegagalan tanaman oleh beberapa pengusaha2 pertanian sebelumnya di sini yang tanam betik tak menjadi, yang tanam ubi tak menjadi dsbnya jadi beliau mahu mengenalpasti perihal kawasan ini.

Daripada aspek pernomboran, didapati nama asal tapak ladang ini adalah kiraan "halangan"... mungkin itu yang "menghalang" tanaman tak menjadi... Jadi, strategi untuk adjust nama dilakukan serta strategi mengatasi "halangan".

Daripada aspek mistik pula, didapati ada unsur mistik di kawasan ini. Malah seorang penduduk kampung di sini pernah berpesan kepada client ini untuk benar2 pasti mahu meneruskan tanaman di sini memandangkan ramai yang gagal kerana di menurutnya di kawasan ini ada "sesuatu". Setelah diperiksa memang ada "sesuatu" dan daripada "komunikasi" didapati beberapa perkara yang dibuat oleh pengusaha2 sebelum ini yang melanggar "peraturan" tanah di sini, jadi pesanan itu diberikan kepada client ini supaya mematuhi 4 peraturan yang ditetapkan oleh "sesuatu" di sini.

Rupanya nak buat pertanian ini ada petua dan  dengan energi tanah. lokasi dsbnya.

Kebetulan sengaja memilih tarikh 8 Jun 2018 untuk tarikh ikhtiar energi rezeki untuk audit kawasan ini dan seterusnya membuat munajat/ doa di sini. Sedang berdoa, suasana terik panas menjadi mendung dan ada sedikit gerimis hujan turun... mengikut kata client ini, kawasan ini biasanya kering tak ditimpa hujan yang peliknya kawasan sekitar yang basah bila kehujanan.. mudah2an ikhtiar energi rezeki sebegitu mendapat izin dariNya supaya usaha tanaman di sini mendatangkan hasil tanaman yang baik

Picture
Seorang client menjemput Dato Eddy untuk audit premis perniagaan beliau di BP Mall, Batu Pahat, Johor. Client ini berada dalam 10 tahun fenomena 3 bom serangkai Vacuum + Blocking + Terminating Star jadi banyak usaha dilakukan sebelum ini kurang berhasil. Kali ini premis perniagaan beliau dapat bertahan 2 tahun.. rupanya ada formula pernomboran yang digunakan seperti nombor kiosk, kaedah keserasian jenama. Malah lokasi kisok ini dipilih mengikut potensi dari petak tarikh lahir client. Dengan ikhtiar2 sedemikan, dapat bertahan dengan baik walau ditimpa pelbagai dugaan fenomena 3 bom serangkai.

Setelah dibuat pemeriksaan,  beberapa perkara dicadangkan untuk dibuat peningkatan supaya perniagaan ini lebih membawa rezeki yang baik

Picture
Singgah di premis perniagaan seorang client di Kluang, Johor. Sebelum ini beliau menjalankan perniagaan tetapi kurang mendatangkan hasil. Jadi beliau berpindah premis. Daripada pemeriksaan didapati beberapa perkara perlu dibuat perubahan bagi meningkatkan prestasi jualan terutamanya di premis yang baru ini.

Antaranya, jenama tudung yang dibawanya tidak serasi dengan perniagaan, jadi dicadangkan untuk tidak lagi mengambil jenama tersebut digantikan dengan jenama lain yang lebih serasi dengan perniagaan ini.

Walaupun client ini unsur "air" tidak sesuai untuk menjalankan perniaagaan tekstil, tapi takkanlah kena buang stok sedia ada, sebaliknya adjust beberapa strategi yang berkaitan dengan unsur "air" beliau itu.

Memang benar untuk membawa sesuatu kerjaya/ perniagaan eloklah serasi dengan unsur diri (dari kiraan petak tarikh lahir) tetapi jika ianya berlawanan unsur masih boleh diteruskan dengan strategi2 yang boleh diikhtiarkan.

Picture
Picture
Bertemu dengan anak murid lama (2007), Nor Edie Katmin di Batu Pahat, Johor, seorang coach pemasaran dan seorang usahawan pemasaran yang berjaya. Semenjak mendapat bimbingan dari Dato Eddy pada 2007 lalu, prestasi perniagaan beliau adalah baik berterusan serta sentiasa mendapat sambutan yang baik. 

Satu strategi yang beliau amalkan dari tahun 2010 adalah Kaedah Prestasi Harian iaitu memilih hari2 yang baik untuk membuat sales (kaedah ciptaan Dato Eddy sendiri). Dahulunya, Dato Eddy mengajar cara kiraan secara manual tetapi terdedah kepada kesilapan pengiraan namun kini terdapat software kiraan auto memudahkan. Walaupun kaedah Prestasi Harian yang beliau gunakan ini adalah versi lama dan asas sahaja tetapi membawa impak yang baik kepada beliau berterusan... jadi ada rahsia kejayaan orang yang sentiasa berjaya dalam sales.

Kaedah Prestasi Harian:
- Diari Metafizik
- Sfotware Integrasi


0 Comments

Kekayaan Inspirasi Kejayaan

6/1/2018

0 Comments

 
Picture
Picture

Picture
Baru2 ini  bertemu seorang bekas peserta kursus .. tahun 2009! Masih lagi menyimpan nota tahun 2009... Kursus pada masa itu menggunakan petak statik dan petak pendua.. belum lagi wujud Petak Pembayang dsbnya. Apabila bertemu untuk update ilmu, didapati projek beliau sekarang ini dalam bidang makanan ada di Petak Pembayang malah ibubapa beliau juga usahawan kantin sebelum ini (petak pembayang menceritakan perihal keturunan/ warisan).

Petak Pendua merupakan ciptaan Dato Eddy sendiri dan buat masa ini makin jarang digunakan dalam perihal potensi diri kerana Petak Pembayang dan Petak Warisi lebih jelas penggunaannya. Terdapat seorang pengajar metafizik di pasaran yang menggunakan Petak Pendua dan beliau bukan dari team Dato Eddy, jadi tahu sangat beliau ambil kaedah Petak Pendua ciptaan kami.

Picture
Foto 2017: mengikuti aktiviti Stock-Take di sebuah pasaraya terkenal di sebelah tengah malam hingga sebelum subuh... saja ambil pengalaman untuk mengetahui perihal inventori, stock-take, pengurusan peruncitan dan sebagainya.

Picture
Picture
Foto 2012: Program Doa Kekayaan (kini dikenali sebagai Ikhtiar Energi Rezeki) yang berlangsung di perkarangan Masjid Sultan Ibrahim, Muar Bandar Diraja, Johor. Dahulunya program ini dibuat secara langsung berjumpa dapat mengumpulkan peserta2 dan majoriti program dibuat di Muar kerana bandar ini tidak jauh dari KL dan memandangkan Muar terdapat sejarah warisan dan kesultanan. Program dibuat sekitar 2010 sebelum Muar diisytiharkan Bandar Diraja dan selepas beberapa program berdoa Muar dapat pengiktirafan yang baru iaitu Bandar Dirajamenambahkan lagi semangat untuk selalu ke sana.

Foto 2012: Program sebegitu juga pernah diadakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Setelah program Upload Energi di Ulu Bendul, singgah pula di Seri Menanti.

Picture
Picture

Picture
Picture
Picture
Tips: Ramai pasangan yang bermasalah dalam perkahwinan didapati mempunyai pola 18 atau 81 dalam petak kiraan tarikh nikah itu sendiri atau untuk 10-20 tahun. Untuk tarikh 27 Julai 2018 ini tiada langsung pola tersebut... kita ikhtiar!

Strategi pemilihan tarikh nikah bersama Dato Eddy:
- Sesi Konsultansi Peribadi - Perkahwinan
- Kursus Pola 27 Potensi Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian.
Semalam dua kes masalah tarikh nikah ditemui. Bilamana diperiksa tarikh lahir individu2 adalah baik2 saja namun mengapa ada masalah kewangan atau perhubungan. Lalu, diperiksa tarikh nikah dan didapati bermasalah.

Bagi kes 1, jelas tarikh nikah ada masalah kewangan manakala bagi kes 2, jelas tarikh nikah ada perihal tekanan dan halangan (gangguan orang luar). Jadi, bilamana tarikh sebegitu maka membuka ruang untuk asbab2 atau perihal2 masalah masuk ke dalam perkahwinan.

Tarikh nikah merupakan satu tarikh yang sangat penting bagi perjalanan kehidupan kerana ianya satu perjalanan kehidupan juga. Pemilihan tarikh nikah secara kaedah pernomboran memanglah rumit kerana pelbagai sudut pandangan diambil kira, itulah kita ikhtiar mencari yang terbaik dan sekurangnya mengenalpasti perkara2 yang boleh dibuat persediaan awal. 

Akan datang ini ada satu tarikh nikah yang baik iaitu pada Jumaat hari berkat, 27 Julai 2018. Tarikh itu sendiri baik dan untuk 20 tahun juga baik (menggunakan kaedah Graf Dekad/ Graf Motif Hayat ciptaan Dato Eddy).. jika nak yang 60 tahun baik sukar nak cari sekurangnya 20 tahun itu cukup masa untuk bina kekuatan. 

Namun, tarikh ini adalah secara umum untuk kegunaan semua orang. Jika anda mahukannya jadi tarikh nikah, ianya perlu dikira secara individu2 pula untuk memastikan benar2 sesuai. Bagi anda yang telah bernikah bolehlah gunakan tarikh ini 27 Julai 2018 sebagai satu ikhtiar pembetulan/ peningkatan. Program Ikhtiar Energi Dikasih Sayang akan ditawarkan pada tarikh tersebut. Jumpa nanti di tarikh tersebut.

Picture
Picture
Satu program pendidikan berlangsung pda 5 Jun 2018 di sebuah tadika di Shah Alam... pada penghujung tahun lepas, client ini dalam bidang pertanian mencari bisnes baru dan kerana tahun 2018 adalah "tahun pendidikan" jadi Dato Eddy cadangkan untuk membuat produk pertanian berkaitan pendidikan. Setakat ini sambutan yang sangat baik di Johor, Selangor dan Perak.
Picture

Picture
Minggu lepas client ini berurusan untuk mendapatkan laporan graf hayat. Selang 3 hari selepas laporan dihantar, beliau menghubungi semula untuk 1-2 penjelasan. Beliau hantar mesej  di sebelah tengahari tapi petang baru mesej dibuka dan dijawab. Namun, di sebelah tengahari tu, Dato Eddy alami sakit kepala yang kuat. Tak tahu mana punca sebab biasanya melibatkan client yang bermasalah tapi sebelah pagi tiada perihal masalah2 client. Apabila di sebelah petang bertanya itu ini akhirnya terbuka cerita tentang perihal pola 38, beliau berminat untuk mengaktifkan energi tersebut. Sakit kepala masih dirasai jadi rupanya inilah punca energi berlawanan itu... dahlah sakit sangat nak telan ubat tak boleh sebab puasa.. sabar jelah.

Apabila diperiksa Graf Hayat, didapati beliau punyai Main Structure SUN. Daripada kajian Dato Eddy mendapati individu yang punyai Main Structure SUN biasanya ada susur galur keturunan kesultanan. Antara individu sebegitu adalah Dato Eddy (keturunan Raden) dan seorang individu berpangkat Yang Mulia (Keturunan Minangkabau). Client ini juga selain Main Structure SUN ada juga pola 38 (salah satu perihal pola 38 adalah kesultanan).

Jadi, kepada individu ini yang berminat dengan energi 38, terutamanya yang punyai pola 38 / 83 / 358 / 853 dalam petak tarikh lahir dan/atau Main Structure SUN, program Energi Aura 38 merupakan satu ikhtiar bagi membina energi yang sesuai bagi potensi anda yang lebih besar.



Picture
Picture
Sudah tentu KDYMM SPB YDP Agong Malaysia ke 15 punyai pola 83 / 38. 

Bagi Dato Eddy (Main Structure SUN), pola 38 berada di sebelah petak ibu yang mana keturunan ibu dari sebuah kraton di Jawa Tengah.

Bagi pelakon ini dilahirkan tiada pola 38 langsung, tetapi pada tahun 2004 yang mana beliau melakonkan watak Sultan Melaka dalam filem Puteri Gunung Ledang, tahun tersebut beliau punyai pola 38... menarik kan?

Jadi, jika anda tak punyai pola 38 atau 83 dalam petak tarikh lahir anda, anda boleh punyai pola tersebut pada tahun tertentu! Apatah lagi mereka yang memang dilahirkan dengan pola 38 atau 83 dalam petak tarikh lahir tetapi tidak diaktifkan energi "38" tersebut.

Picture
ALHAMDULILLAH..........Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana mengizinkan saya menyertai KURSUS POLA 38 di Pagoh Johor pada 1&2 Jun 2013........sempena Hari Keputeraan AGONG MALAYSIA.

Pertama kali menjejakkan kaki diatas tanah bukit Nasuha Resort selepas menuruni pengangkutan tram yang disediakan.....tiba-tiba seluruh anggota badan terasa bergetar dan terhuyong-hayang sementara ketika berjalan, itu bagai menandakan ENERGY BAIK sangat kuat berada di kawasan situ dan seminggu sebelum kursus juga keadaan diri saya sudah terasa keletihan serta lesu.

Sepanjang mengikuti kuliah didalam dewan keadaan saya kembali stabil dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada pembelajaran pada hari berkenaan.
Semasa proses UPLOAD ENERGY .... memang dapat merasakan energy yang kuat hasil gabungan dari energy di Mekah dan alam sekeliling yang tidak pernah saya rasai sebelum ini....beserta angin dan cahaya matahari yang menyinar membuatkan pelbagai warna yang keluar diddepan mata ketika mata ditutup.

Selepas pulang sehingga hari ini saya masih merasakan ketenangan dan banyak perkara -perkara kebaikan berlaku kepada diri dan juga mudah dapat merasai energy baik@tidak baik yang berada disekeliling.
​
Terima kasih kepada Cikgu Ady, ahli kumpulan yang terlibat kerana menganjur dan menjayakan Kursus Pola 38 yang memberi KEBAIKAN kepada peserta-peserta hadir serta membuka ruang, peluang untuk memperolehi KENIKMATAN ALLAH S.W.T yang telah diciptakan untuk hamba-hambanya...
Pada 2013 lalu, program Upload Energi Aura 38 berlangsung di Nasuha Resort, Pagoh, Johor... pengalaman pertama Dato Eddy sakit kepala berpanjangan selama seminggu sebelum program ... seorang peserta pula tetiba sakit dada apabila sesi energi dibuat di sebelah petang... katanya pedih terasa energi... dalam sesi itu dihubungkan dengan seorang client yang sedang berada di depan Kaabah pada waktu yang sama.


​
Msa kursus 38 d pagoh ade satu kjadian pelik berlaku. Waktu bacaan yassin brlangsung dpertngahan surah sya ttdo mklumlh sya trlalu mngantuk.. tsdar semula smasa org sdang baca surah kul yg ke 3… agak lama terlelap tetapi yg ajaib tubuh sya tk bergerak lngsung… Blik dri kursus 38 sya terus dpt ruang utk bkalkn bkalan makanan dan pralatan ke skolah tdika sbanyak rm3ribu brbanding rm1500 sebln sblum kursus…Slepas sesi upload gngguan dblakang bdan sya dah jauh brubah terasa benda tu dah macam smakin lemah… sya smakin selesa dgn keadaan skarng…  sya ternapak satu bungkusan spt hamper bwarna purple ddpan sya…

Picture

Picture

Picture
Karpet hijau.. satu tempat idaman ramai Muslimin Muslimat... taman Syurga Raudah di Masjidil Nabawi Madinah.. waktu ni tak sesak ramai orang jadi boleh duduk2 lama buat amalan2 dan bergambar... tu bukan beg Hermes.. tapi beg TUMI yang dibeli di Nu Sentral... ambil berkat...

Sepanjang 4 kali Umrah dan beberapa kali masuk Raudhah tak pernah ikut jalan depan (Babus Salam) untuk masuk ke Raudhah sebab selalunya kena beratur lama... ada satu jalan belakang lebih mudah masuk tak perlu tunggu2 giliran.

Tips: ikut pintu Jibrail jam 3.30 petang... buka saja pintu tu teruslah meluru masuk ke Raudhah... itu carian Dato Eddy sendiri setelah perhatikan beberapa laluan alternatif untuk masuk ke situ.

Picture
Pada 2013 lalu, client ini memenangi cabutan bertuah sebuah kereta dari syarikat multilevel Avail di konvensyen syarikat di Putrajaya... tahun seterusnya Dato Eddy pula menang cabutan bertuah pertama emas RM3K di konvensyen yang sama.

Client ini asalnya buat bisnes printing namun perniagaan dalam 5 tahun adalah mendatar. Bila mendapatkan khidmat Dato Eddy, rupanya ada masalah dalam tarikh daftar syarikat. Jadi, dicadangkan buat baru pada tarikh yang lebih baik dan arah bisnes diperbetulkan ke Putrajaya. Beberapa bulan selepas itu dapat job buat printing untuk Hari Belia sebanyak RM800K di Putrajaya dan lepas tu menang pula cabutan bertuah kereta di Putrajaya juga... dah arah rezeki dituju sebegitu. Kali terakhir dengar khabar nak beli kereta Audi secara cash.

Semenjak cabutan bertuah kereta itu, pihak Avail tak lagi buat cabutan kereta sebaliknya diganti dengan lebih banyak hadiah2 bagi peluang ramai ejen  mendapat hadiah... tu yang dapat cabutan emas dan TV Toshiba je tahun seterusnya :)

Pagi dapat cabutan bertuah TV (10 pagi) dan petang dapat cabutan bertuah emas rm3K (5 petang) menggunakan kaedah Dairi Metafizik/ Software Integrasi iaitu menggunakan strategi jam pukul berapa untuk cabutan. 


Picture
Foto program Doa Kekayaan (kini dikenali Ikhtiar Energi Rezeki) yang berlangsung di perkarangan Masjid Shah Alam pada tahun 2012 lalu... ambil aura tempat yang baik.

Program bertemu secara langsung sebegini kini jarang dijalankan memandangkan sukar mengumpulkan peserta masing2 jauh, tidak berkesempatan masa dan sukar mendapat cuti kerja dsbnya. Jadi, perkhidmatan kini lebih banyak dibuat secara jarak jauh. 

Ada kelapangan nanti kita buat secara langsung sebegini.

Suami saya selepas join berdoa kekayaan di masjid shah alam n folo nasihat cikgu tuka alamat rumah, alhamdulillah, hari2 close sale insurance

Picture
Maklumbalas peserta ikhtiar Energi Rezeki 6 Mei 2018.

Picture
Resipi dah sedap... dan jenama perlulah ada "tarikan".. menggunakan kaedah pernomboran nama... itulah ikhtiar yang dilakukan.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Sesi Personal Consultation - Perniagaan
- Kursus Pola 96 Potensi Bisnes Berkesan
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya.

Picture
Foto:
Sesi ceramah di Sek Men Dang Anum, Melaka
Di UTHM, Batu Pahat, Johor.
Picture

Picture
Picture
Satu kaedah sains teknologi untuk tingkatkan cemerlang akademik adalah menggunakan "kejutan elektrik" kepada anak2... tapi, setakat ini belum ada kaedah terbuka sebegini dibuat... jadi, kita gunakan kaedah alternatif untuk "kejutan elektrik" tersebut seperti pemakanan buah2 dan sayur2 serta yang tinggi alkali, kaedah ikhtiar energi seumpamanya.... tapi nak suruh anak2 konsisten makan buah2 sayur2 agak sukar apatah lagi yang dah patah hati dipaksa belajar lagilah sukar dinasihat.

Bagi kes pelajar ini yang tidak habiskan pembelajaran adalah melalui tempoh masa yang tidak baik dan juga potensi akademik yang kurang baik...mengikut kajian tarikh lahir metafizik pernomboran... sama ada dibiarkan saja sebegitu atau paksa juga belajar atau diberikan strategi2 dan ikhtiar2 yang sesuai untuk individu tersebut.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Graf Potensi Otak Kiri Otak Kanan (S27). Ciptaan Dato Eddy... untuk kenalpasti warna sesuai untuk mata kanan dan mata kiri serta tahap peratusan keupayaan Otak Kanan atau Otak Kiri. Juga, arah sesuai untuk letak tempat meja belajar.
​- Seminar Pola 4 Potensi Bijak Belajar.
- Sesi Personal Consultation - Pelajar
- Ikhtiar Energi Cemerlang Akademik.

Profil Akademik Keluarga Dato Eddy
- Dato Eddy: SBP Sek Men Sains Pahang, Pelajar terbaik Peperiksaan Percubaan SPM dan ijazah dari Syracuse University, NY, USA.
- Isteri : Anugerah2 Dekan, ijazah dari Syracuse University dan MBA, UiTM.
- Anak: SPM10A+ dan Tokoh Pelajar, Anugerah Dekan, Pelajar Terbaik Matrikulasi Universiti Malaya.

Picture
Picture
Sains dah kata begitu, maka kita redha sajalah jika anak tak cemerlang akademik? Atau kita ikthiarkan sesuatu seperti ikhtiar energi akademik, pemakanan sihat, strategi arah ke sekolah, keserasian sekolah, kenalpasti tahap Otak Kanan Otak Kiri, Warna sesuai untuk cemerlang akademik dsbnya.

Picture

Picture
Individu yang mendapat 17A1 yang kini menjadi seorang doktor di UK.

Tahap Otak Kiri beliau 67% maka sesuai dalam bidang perubatan.

Ini satu kaedah pengiraan Tarikh Lahir ciptaan Dato Eddy sendiri, satu2nya dan pertama di dunia, bagi merangka strategi untuk kecemerlangan akademik anak2. 

Untuk dapatkan bahan ini, 
1. Sesi Personal Consultation - Pelajar
atau
2. Seminar Pola 4 Potensi Bijak Belajar
atau
Tempah terus dengan Dato Eddy cuma RM20 sahaja.


Picture
Picture
Menjalankan perniagaan merupakan satu perkara yang sangat baik malah semua tahu 9/10 kekayaan adalah dari perniagaan. Jadi secara umum, semua orang seeloknya dan boleh menjalankan perniagaan.

Secara khusus pula, daripada pandangan kajian metafizik pernomboran, menjalankan perniagaan ada tempoh waktunya untuk berkesan untung dalam perniagaan. Bukannya suka hati nak mula bila-bila. Kalau nak juga boleh saja tetapi tabahlah harungi cabaran sehinggalah tempoh masa dah sampai untuk berjaya kaya.

Lihat kisah Colonel Sanders KFC yang berjaya kaya apabila mula berniaga pada umur 65 tahun. Sebelumnya itu selalu kegagalan.

Bagi kes individu ini, beliau dalam kategori Colonel Sanders KFC kerana tempoh masa untuk beliau jalankan perniagaan yang menguntungkan adalah pada usia 60an nanti. Jadi, pada umur 30an ini menjalankan perniagaan asyik tak jadi maka tunggulah umur 60 tahun nanti ikut jejak Colonel Sanders KFC.... atau... ikhtiarkan sesuatu dan bina strategi supaya dapat juga menjalankan perniagaan walau pada usia yang belum masa untuk berniaga. Lagipun, bagi kes Colonel Sander KFC potensi beliau dalam bidang makanan, jadi yang selama muda beliau buat kerja2 lain tak menjadi adalah kerana tidak penuhi potensi sebenar (mengikut kajian metafizik metafizik).

Kepada individu yang mahu memulakan perniagaan, periksa dahulu sama ada anda dalam tempoh sesuai untuk bina bisnes. Kaedah pernomboran yang dibawakan oleh Dato Eddy bagi tujuan mengenalpasti tempoh masa:
1. Graf hayat.
2. Graf Dekad 10 tahun (atau Graf Motif Hayat).. ciptaan Dato Eddy sendiri.

Dapatkan juga;
- Sesi Personal Consultation - Perniagaan.
- Audit Premis Perniagaan.
- Kursus Pola 96 Potensi Bisnes Berkesan.
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya.




Picture
Picture

Picture
Sesi Personal Consultation yang dijalankan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah. Ini pengalaman pertama buat sesi jam 6.30 pagi! Memandangkan waktu subuh di Sabah adalah awal jadi ada masa untuk memulakan sesi lebih awal sementara menunggu waktu sarapan.
Picture
Sesi Personal Consultation yang dijalankan di sebuah restoran di Batu Pahat, Johor. Tumpang tempat seorang client yang mengusahakan restoran. Namun, restoran tersebut telah ditutup kerana beliau tersalah arah dan tersalah masa (tahun). Agak sukar untuk membantu restoran tersebut pulih kembali memandangkan terdapat beberapa halangan luaran.

Picture
Perkahwinan membawa pelbagai jenis risiko.. satu daripada risiko adalah masalah kewangan yang boleh dihadapi oleh pasangan suami isteri. Dalam kes ini, terdapat "4 lapis" masalah yang perlu dihadapi dan diselesaikan oleh individu ini.

Oleh itu, amat penting untuk memilih tarikh nikah yang benar2 wajar bukan sahaja untuk perihal keserasian tetapi juga perihal kewangan. Tarikh nikah merupakan satu parameter yang tak dapat diubah (tiada cara untuk tukar tarikh nikah) melainkan menggunakan beberapa strategi dan ikhtiar. 

Namun, bagi pasangan yang telah melangsungkan pernikahan pada tarikh yang tidak dipilih atau terpaksa menggunakan tarikh nikah yang ditetapkan keluarga, eloklah mengetahui apa potensi dan konflik serta perjalanan daripada tarikh nikah tersebut.

Perkhidmatan Dato Eddy;
- Sesi Personal Consultation - Perkahwinan
-Kursus Pola 27 Potensi Cinta, Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian.
- Laporan Keserasian Pasangan dan Perkahwinan (dalam 10 halaman).
- Ikhtiar Energi Dikasih Sayang

Picture
Buah2an, sayur2an dan bahan2 semulajadi seperti cahaya matahari adalah yang terbaik untuk kesihatan kita.

Sebagai individu dari jurusan sains, Dato Eddy tentunya mengambil saranan2 sains namun bukan semua saranan sains ada manafaat... sama ada sains atau metafizik, kedua2nya perkara itu kajian manusia tentunya dan kita perlu memilih yang sesuai dan sentiasa perlu kemaskini (update)... kita manusia mencari ikhtiar sama ada dari sains atau metafizik.. hanya ilmuNya dan izinNya yang mutlak.

Picture

Picture

Picture

Picture
Maklumbalas peserta program Ikhtiar Energi Rezeki (dari bulan April seterusnya Mei 2018). Individu ini bukannya pelombong emas malah ini pertama kali terlibat dalam projek sebegitu secara tak sengaja... mudah2an perjalanan beliau untuk mencapai kekayaan dipermudahkanNya... kini langkah beliau seterusnya berurusan dengan pihak funder di luar negara yang sedang menunggu dokumen ini.

Jika ada sesiapa ada modal/ ada kapasiti untuk bersama jalankan projek lombong emas ini, boleh PM tepi :)

Picture
Picture

Picture
Idea untuk "mandi istiadat" ini berasal dari mandian bunga. Setelah mempelajari daripada beberapa guru, didapati ramai individu yang sakit misteri/ bermasalah hidup mempunyai keturunan susur galur kesultanan... mungkin dulu2 keturunan Sultan Melaka atau Raja Jembal kot contohnya... jadi mencuba idea bahawa jika sultan2 dimandikan adat, maka individu2 sebegitu dibuat perkara sama, mungkin boleh merungkai "energi keturunan"... lagipun, elok sama tahap iaitu jika pesakit keturunan raja maka perawat keturunan raja juga... umpama sakit teruk berjumpa doktor pakar jika doktor klinik biasa kurang berkesan.

Foto Dato Eddy sedang berbisik doa2 kepada individu mandian istiadat. Menggunakan bunga2an asli dan dibuat diluar rumah bawah bulan penuh dan atas tanah.
Ikhtiar "Mandi Istiadat" oleh Dato Eddy.

Dato Eddy bukanlah khusus untuk perawat. Jika seseorang dikenalpasti ada masalah tertentu dan diperiksa menggunakan kaedah tarikh lahir/ waktu lahir, maka individu itu dapatkan rawatan doktor perubatan atau perawat alternatif yang lain sebab itu dah memang kerja mereka seharian... boleh ditambah pemulihan itu dengan ikhtiar energi serta strategi pernomboran seperti arah yang sesuai, periksa keserasian ubat dan sebagainya.

Namun, jika pelbagai ikhtiar dan usaha belum berhasil, mungkin kena Dato Eddy juga yang turun padang buat sesuatu ikhtiar lain.

Untuk kes seorang wanita yang mengalami masalah rumahtangga dan seterusnya kesulitan dalam proses perceraian yang memakan masa hampir 4 tahun tak selesai berulang kali turun naik mahkamah dan pelbagai serangan mistik/ misteri... kata beliau selalunya bekas suami datang ke mahkamah membawa seseorang yang tidak dikenali dan akhirnya dapat tahu individu itu seorang bomoh.. agaknya bomoh tu mahir perundangan kot.

Akhirnya setelah berpuluh perawat ditemui, maka Dato Eddy cadangkan untuk buat ikhtiar "mandi istiadat". Ianya adalah kaedah mandi bunga tetapi ada tambahan kaedah. Semasa pemandian, datang ilham untuk dimandikan dengan 3 batang lidi penyapu... nasib baik di rumah kampung maka ada penyapu lidi... walaupun dugaan berat tapi usah perkecilkan sebatang lidi yang kecil tu... alhamdulillah 3-4 bulan selepas itu kes mahkamah selesai dan dapat penjagaan anak sepenuhnya dan dapat berkenalan seseorang yang baru dan bakal berkahwin tak lama lagi... cepatnya :)... begitulah namanya ikhtiar.

Picture
Semasa proses membuka grup Whatsapp untuk program ikhtiar Energi Rezeki Jun 2018, Dato Eddy jadi sakit kepala... biasanya petanda "lawan energi"... ada peserta yang mengalami juga... ini yang dinamakan fenomena energi yang tak dapat dijelaskan secara sains.

Fahamlah kenapa Grup Jun 2018 ada "lawan energi"... memandangkan ada peserta2 sebelum ini dari grup bulan Mei dan peserta2 yang baru join telah melalui tempoh bulan Mei 2018 yang agak teruk. Apa taknya, bulan Mei 2018 merupakan tahun 5 halangan untuk Malaysia dan graf rendah (point 1) beserta dengan fenomena 3 bom serangkai Vacuum + Terminating + Blocking Star... bagi yang menjalankan perniagaan sangat2 terasa down pada bulan Mei 2018. Tengoklah apa yang jadi dalam bulan Mei 2018 yang penuh dugaan untuk Malaysia dan rakyatnya.

Apabila jiwa dan semangat down menghasilkan energi tak baik dalam badan menyebabkan sakit: sakit hati, sakit jiwa, sakit badan dsbnya. Boleh saja makan ubat untuk kurangkan sakit namun ubat itu lebih untuk fizikal manakala "sakit energi" memerlukan suntikan/ pemulihan energi yang baru... banyakkanlah senyuman, banyakkanlah ketenangan.. tapi kalau hati sakit jiwa sakit, senyum pun tak ikhlas jadi energi yang baik sukar untuk dijana.. maka ikhtiar menggunakan kaedah sebegini bagi merawat jiwa lara :)

Picture

Picture
Picture
Picture
Minyak energi yang dimaksudkan adalah minyak wangi Energi Putih yang dibekalkan terus daripada Dato Eddy (tidak dijual di kedai). Selain daripada dijadikan sebagai wangian badan, ianya boleh dititiskan dalam mandian malah boleh dicalit pada produk, fliers, bantal, langsir dan sebagainya.. semua ini sebagai ikhtiar energi ketenangan bagi tujuan rezeki, kasih sayang seumpamanya.

Bagi kes ini ada perihal misteri/ mistik. Bilamana individu ini menyatakan tapak tangan sakit, maka Dato Eddy minta kebenaran untuk lihat gambar tapak tangan beliau, lagipun masih dalam batasan aurat muslimah untuk bahagian tapak tangan.. dapat merasa seolah individu ini sakit dalaman/ sakit di jiwa... bila bercerita tentang masalah zuriat dapat merasa rahim "merintih".. rupanya jiwa individu ini yang down selama ini.

Daripada kes ini dapat kita pelajari;
1. Apabila rasa sakit/ tak sedap badan, memang betul periksalah diri anda dulu secara fisiologi (fizikal) dengan doktor perubatan untuk pastikan fiziologi anda dalam keadaan baik.
2. Jika fisiologi baik tetapi masih rasa down, maka ianya berkaitan jiwa/ spiritual/ kerohanian. Maka ikhtiarkan dengan kaedah kerohanian. Badan yang nampak sihat tapi hati/ jiwa dalam kesakitan... jadi walau tapak tangan nampak normal tetapi "jiwa" dalaman itu yang memerlukan pemulihan.
3. Jiwa/ spiritual yang sakit boleh menganggu fungsi fisiologi badan kita... contoh bagi kes di sini, rahim sihat tapi jiwa yang tak sihat mengganggu perjalanan energi untuk zuriat dibangunkan (seolah "nyawa" untuk zuriat).



Picture
Ilmu Rasa.. daripada gambar... seringkali kita mendengar atau mellihat kemahiran individu2 yang dapat "scan" seseorang secara alternatif... mungkin dari ilham, mungkin secara kata hati, mungkin dari "bisikan luar" dsbnya... anda pun boleh janakan diri anda untuk ilmu rasa... dalam metafizik, kehidupan kita ini saling berhubung kerana pergerakan energi dan juga frekuensi yang sentiasa aktif di alam ini seolah satu komuniti wi-fi, jadi kita cuba hubungkan diri kita dengan wi-fi energi kehidupan itu.

Mempelajari ilmu Rasa tidak semestinya untuk jadi perawat (kes di atas - dapat rasa jiwa sakit daripada tapak tangan) tetapi gunakan untuk tujuan bisnes/ sales seumpamanya... kita janakan ilmu rasa untuk memeriksa tender2 kontrak yang baik, memilih pelanggan yang berpotensi, memilih property yang boleh bawa keuntungan, merasa turun naik pasaran forex atau saham... seumpamanya. Memanglah kita perlu periksa spesifikasi atau engineering data atau technical analysis untuk sesuatu perkara tapi itu semua data fizikal bagaimana pula "jiwa" perkara itu... seumpama projek on paper bagus tapi sebenarnya projek itu berpotensi sakit sebab tanah/ kawasan projek ada masalah "jiwa" yang mengganggu perjalanan projek.. begitu perumpamaan. Boleh juga gunakan ilmu rasa untuk ahli keluarga.. kadang kala anak isteri suami senyap senyum2 nampak ok sihat tapi sebenarnya jiwa sakit/ emosi tak stabil berpotensi jadi penagih dadah seumpamanya.. 
Picture

Picture

0 Comments

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.