Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kemenangan Kejayaan Kebaikan Kekayaan

6/13/2018

0 Comments

 
Picture
Penggunaan garam di dalam perubatan alternatif adalah satu perkara yang popular. Namun, sebagaimana apa pun bahan sebaiknya tidak berlebihan. Pengambilan garam merupakan satu sunnah nabi saw tetapi pengambilan yang berlebihan memudaratkan kesihatan... apapun kita perlu seimbangkan dan pada kadar sederhana. Begitu juga dengan produk2 garam seperti mandian garam usahlah berlebihan seperti kerap setiap minggu... ada beberapa client yang menyatakan mereka menggunakan garam mandian dengan kerap... Dahlah hanya bergantung kepada bahan garam semata2 tanpa diseimbangkan dengan bahan lain dan kerap pula tu, jadi ianya boleh dikategorikan sebagai berlebihan.. tambahan pula cara pemakanan kita seharian memang ada garam ditambah dalam kari, sup, tomyam, rendang dsbnya.

Gunakan garam mandian secara seimbang dengan bahan2 lain dan tidak sekerap. Lebih elok menggunakan bahan semulajadi seperti limau purut, bunga2an dsbnya.

Picture
Apabila menetap atau melancong di USA, insuran kesihatan adalah perkara keperluan utama. 

Semasa Dato Eddy tinggal di New York 1993-1995 lalu, sebagai pelajar di sana tiada insuran kesihatan melainkan mendapatkan rawatan di dalam klinik universiti yang menawarkan rawatan asas dengan percuma. Pernah seorang rakan mendapatkan rawatan cabut gigi di satu klinik swasta dan dikenakan bayaran USD300 (iaitu RM750 pada masa itu). Semasa kelahiran anak sulung Dato Eddy di New York, dengar khabar kos bersalin adalah USD10K tetapi kos kami ditanggung kerajaan USA dalam satu program bantuan... dapat juga Food Stamp bantuan minuman susu dan bijian cereal setiap minggu.

Tahun  2019 untuk Malaysia melalui fenomena 3 bom serangkai - Vacuum + Blocking + Terminating Star... jadi pemantauan berita dibuat sebagai satu persediaan mengenalpasti punca fenomena tersebut... perihal US-China Tariff masih berterusan menjadi isu yang perlu kita ambil perhatian apabila ianya dilaksanakan kelak.
Picture

Picture

Picture

Picture

Picture
Individu yang berjaya menjadikan syarikat beliau bernilai USD9 billion menggunakan potensi beliau dalam dunia kesihatan (pola dunia kesihatan/ perubatan).. namun kini didakwa melakukan penipuan kerana teknologi beliau rupanya menggunakan teknologi orang lain secara tiruan. Tahukah anda... pola "manipulator" (penipuan)? Dikenali juga pola "muslihat" (pandai bermuslihat) atau pandai membuat perancangan tetapi mengambil kesempatan bermuslihat.

Tips: jika anda mengambil pekerja yang mempunyai pola "muslihat" maka berhati2lah jika mengambil individu itu dalam perihal berkaitan kewangan syarikat anda. Gunakan individu itu dalam bidang lain selain kewangan atau yang melibatkan perihal urusan kewangan seperti tender/ supplier seumpamanya; mungkin dalam bidang penyelidikan, perancangan operasi dsbnya.


Picture
Seorang lagi individu yang mempunyai pola 769 dalam petak tarikh lahir statik beliau... juga potensi2 lain.. jika anda pemilik buku Kenali Potensi Diri atau pernah hadiri kursus Dato Eddy cubalah isikan jawapan2 kepada pola2 yang disenaraikan... jika anda belum ketahui maksud pola2, dapatkanlah buku atau tempah sesi kelas boleh diatur.

Beginilah rupa kaedah pernomboran yang mana kita menggunakan angka dan individu yang wujud sebagai satu cara mengkaji fenomena kehidupan. Seterusnya ianya dijadikan sebagai panduan bagi kita merangka strategi untuk bina kerjaya/ bisnes/ kehidupan yang sesuai dengan diri kita.

Perkhidmatan yang disediakan:
- Sesi Konsultansi Peribadi - Kerjaya/ Bisnes/ Kehidupan.
- Kursus Asas Pernomboran Tahap 1, 2, 3.


Metafizik energi menjadi sains teknologi.

Jika kita menonton filem aksi seperti The Matrix dll mahupun menonton You Tube tentang ilmu persilatan/ kebatinan yang mana manusia mampu  menepis serangan dari belakang tanpa melihat.. kata orang itu filem bolehlah, itu guna jin dsbnya... kini, konsep yang sama tetapi menggunakan peralatan dan pengetahuan sains teknologi... idea metafizik menjadi sains oleh itu ianya seiringan... hari ini teknologi yang ada sebesar topi keledar mungkin 10 tahun lagi sebesar mikrocip (dulu handphone sebesar batu bata kini nipis dan kecil) dan manusia nanti dilihat seperti ada "mata belakang" seperti The Matrix atau guru silat yang hebat menepis serangan belakang badan... seolah metafizik tapi berunsurkan sains teknologi.


Picture

Picture

Khabar baik yang dilihat baru2 ini... mungkin bukan perihal kelapa sawit yang mampu menyebabkan Malaysia berada dalam Vacuum + Blocking + Terminating Star untuk 2019 nanti... yang penting kita pantau berita2 berterusan bagi membuat persiapan menghadapi fenomena 3 bom serangkai Vacuum + Blocking + Terminating Star 2019 nanti.

Fenomena 3 bom serangkai ini baru berlaku pada Mei 2018 lalu.. lihatlah ramai yang diberhentikan kerja + projek2 mega dibatalkan + aliran keluar investor dsbnya... itu baru sebulan sudah banyak berlaku apatah lagi setahun 2019 nanti sebagaimana kita pernah lalui 2015 lalu yang mana fenomena 3 bom serangkai pernah berlaku... apakah kita belajar dari 2015?
Picture

PENGUMUMAN - PENEMUAN TERBARU DARI KAJIAN OLEH DATO EDDY ROSYADIE - 19 JUN 2018
Picture
Petak kiraan tarikh lahir yang berbentuk petak sebegini adalah gubahan Dato Eddy sendiri yang mula digunakan semenjak tahun 2010 menggantikan bentuk lain. Jadi, jika anda melihat petak kiraan tarikh lahir yang serupa oleh ramai pengajar metafizik di pasaran dengan yang Dato Eddy, maka mereka mengambilnya daripada Dato Eddy. Sengaja Dato Eddy ubah cara petak supaya dapat tahu siapa yang menggunakannya. Namun pada masa yang sama bentuk petak ini makin lama dapat evolved (berkembang) pula beberapa kajian dan penemuan terbaru seperti petak warisan dan mewarisi... ianya ada konsep genetik di situ.. memandangkan Dato Eddy adalah jurusan bidang Biologi (cell and genetics) dari Syracuse University, New York, USA.

Penemuan terbaru ini adalah daripada petak potensi statik dan pembayang yang sedia ada, cuma ditambah detail iaitu membahagikan potensi kepada 4 quadrant dan seterusnya membuat ranking berdasarkan kepada peratusan. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti potensi statik mana yang lebih "kuat" untuk dijadikan "priority" dalam kehidupan. Buat masa ini setiap quandrant tersebut diberi label A, T, G, C.

Maksudnya, bagi individu ini, quandrant G beliau adalah 75%, maka keutamaan (priority) potensi ini adalah daripada pola2 di quandrant G, iaitu yang itu yang dimaksimakan - dalam dunia perniagaan/ usahawan. Bagi individu ini, quadrant A adalah rendah iaitu 33% yang mana terdapat potensi pendidikan tetapi individu ini tidak menyerlah dalam dunia pendidikan walaupun ada potensi sedemikian.

Tujuan kaedah ini adalah untuk membuat senarai keutamaan... mana satu dulu yang perlu dimaksimakan dahulu dan mana satu dibuat kemudian... berbanding cara sebelum2 ini yang menyenaraikan kesemua potensi dan client pilih mana yang suka untuk dimaksimakan... cara sebegitu boleh juga... dan cara sebegini membantu client untuk memilih keutamaan (priority).

Kaedah ini akan mula digunakan mulai 20 Jun 2018 dalam siri seminar, kursus atau sesi konsultansi.


Picture
Seorang saudara rapat Dato Eddy yang dikenali dalam bidang penulisan. Menurut orang tua2, antara saudara-mara (saudara jauh) Dato Eddy lain adalah Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Hj Kamsah dan Ustaz Harryanto Rizal... jadi anda boleh lihat secara umum macam mana potensi Dato Eddy :)

Daripada petak statik tarikh lahir Chef ini, tiada pola pendidikan dan tiada pola makanan... jadi bagaimana pula beliau mampu terkenal dalam dunia penulisan dan makanan pula? Memang ada penjelasan daripada potensi elemen diri iaitu root no/ no akar / no asas tetapi itu secara umum... untuk diperhalusi lagi, boleh digunakan kaedah Graf Dekad (dikenali dulu sebagai Graf Motif Hayat - ciptaan Dato Eddy sendiri) yang mana pada tahun 90an, beliau ada pola pendidikan dan makanan... oleh yang demikian, anda boleh mendalami potensi anda bukan sekadar melihat kepada elemen no akar/ root no/ no asas diri tetapi juga dilihat kepada pola2 potensi dan seterusnya dilihat juga pada tempoh masa (Graf Dekad).

Perkhidmatan Dato Eddy;
- Sesi Personal Consultation - Kerjaya/ Business/ Kehidupan.
- Kursus Asas Pernomboran Tahap 1, 2, 3, Intensif
- Kaedah Graf Dekad.
- Laporan Potensi Diri dan Perniagaan.

Picture
Ada individu yang dilahirkan dengan pola 769 dalam petak tarikh lahir.. ada yang tak dilahirkan dengan pola 769 dalam petak tarikh lahir tetapi pola 769 itu muncul dalam tempoh dekad tertentu (Graf Dekad - ciptaan Dato Eddy)... bagi Dato Eddy sendiri dahlah tak ada pola 769 dalam petak lahir, seumur hayat takkan ada tempoh masa dekad pola 769 seperti Bill Gates ini... tetapi kita diberi ruang untuk ikthiar dan berusaha dan carilah izinNya... pengalaman Dato Eddy pernah jadi sebahagian team projek RM57 billion kira tempias lah selama beberapa tahun usaha dan ikthiar, yang penting menunjukkan kita boleh berikhtiar untuk sampai ke tahap 769 tu walau tak dilahirkan dengan pola 769 apatah lagi kalau sememangnya lahir dengan pola 769!. 

Antara program ikhtiar dan strategi untuk mencapai tahap pola 769 sebegitu seperti energi rezeki, upload energi, pemilihan tarikh daftar syarikat dsbnya. Semenjak Dato Eddy membentangkan perihal penemuan pola 769 pada tahun 2010, ianya kini menjadi trend peminat metafizik pernomboran untuk menggunakan angka 769 tersebut.. asalnya daripada Dato Eddy yang pertama memperkenalkan 769... ada banyak kaedah, strategi dan pengajian perihal pola 769 yang boleh anda dapati daripada pihak Dato Eddy sendiri.

- Seminar Smart-Mapping Pola 769
- Program Upload Energi Emas 769
- Program Ikhtiar Energi Rezeki (formula 769)

Picture
Picture

Picture
Bulan Mei 2018 lalu, negara Malaysia masuk ke tempoh 3 bom serangkai -Vaccum Star (duit disedut) + Blocking Star (dihalang) + Terminating Star (diberhentikan)... lihatlah apa yang benar2 terjadi dalam sejarah Malaysia dan analisis tarikh dan waktu lahir dapat membentangkan penjelasan. Bagi bekas pemimpin ini pula berada dalam tempoh yang sukar juga.. analisis tarikh lahir beliau menunjukkan beliau berada dalam 4 langkah kesukaran. Kaedah Decade (Graf Dekad), Monthly (Graf Prestasi Bulanan) dan Day (Diari Metafizik) merupakan ciptaan Dato Eddy sendiri... menunjukkan bahawa kaedah pernomboran bukan omongan kosong tetapi analisis dan kajian.

Kaedah Pernomboran merupakan satu kaedah kajian yang menggunakan angka sebagai data kajian dan di sandarkan pengalaman sebenar. Daripada kajian2 sebegini dijadikan sebagai satu panduan ikhtiar dan strategi bagi kita merancang perjalanan kehidupan seperti kerjaya, perniagaan malah perkahwinan.
Picture
Pola 1-8 Masalah Kewangan Mudah Tetiba Lenyap

Jika anda masih ingat perihal penemuan dan pembentangan Dato Eddy tentang pola 1-8 pada tahun 2017 lepas iaitu fenomena "belon yang ditiup menjadi besar tetiba pecah" yang menggambarkan masalah kewangan iaitu fenomena duit mampu menjadi banyak tetapi tetiba habis begitu sahaja... itu yang terjadi kepada individu ini dalam Mei 2018 lalu... ambil pengajaran daripada kajian dan panduan sebegini jika anda ada pola 1-8.

Tips: elakkan pola 1-8 atau 8-1 atau 891  dalam tarikh daftar niag dan tarikh nikah... tapi bagaimana pula strategi anda jika anda dilahirkan pada tahun 1980? 1989 dsbnya yang pasti ada pola 1-8? Bagaimana pula strategi jika tarikh nikah ada pola 1-8? 

Picture
Kenangan di Sekolah Menengah Sains Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bersama rakan2 Pengawas. Dato Eddy yang dua dari kanan. Antara jawatan di situ selain Pengawas:
- Presiden Penempatan
- Sidang Redaksi Majalah Sekolah
- Bendahari Rumah Sukan
- Setiausaha Badan Pelajar-Pelajar Islam
- Ketua Biro Agama, Pengakap.


Pada Febuari 1992 lalu, Dato Eddy memenangi Anugerah Putera Harapan tempat ketiga, Kolej Siswa PPP/ITM Shah Alam... pada masa itu melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti memegang jawatan Ketua Blok 11 dll dan keputusan akademik dalam kategori yang baik, maka warden blok mencadangkan untuk mengisi borang pencalonan dan mendapat anugerah.

Semasa di kolej itu, Dato Eddy menganjurkan beberapa aktiviti seperti pertandingan sukan bolasepak dan takraw serta carrom dan chess untuk penghuni Blok 11. Malah tayangan filem (video) diadakan di bilik TV Blok 11... bila hantar video2 untuk ditapis pihak pengurusan kolej adalah video2 pendidikan tapi yang ditayangkan filem2 aksi dan thriller barat :)
Picture

Picture
Picture

Alam semulajadi mempunyai energi yang baik untuk kegunaan manusia dan lain2 kehidupan. Beriadah di kawasan rekreasi dengan suasana alam semulajadi memberi energi ketenangan dan pelbagai jenis energi2 yang baik.

Dalam metafizik energi, alam semulajadi mempunyai energi untuk "diserap" oleh kita.. sama ada secara riadah, sebagai makanan dsbnya. Sains pula menemui energi dalam alam semulajadi juga. Walaupun masih belum dapat dikaitkan pertalian arus energi antara alam semulajadi dengan manusia secara saintifik, kajian dan penemuan sebegini menunjukkan kewujudan energi dan ianya yang masih boleh diterokai lebih jauh bagi menjadikannya manafaat kebaikan terus kepada manusia.

Picture
Picture

Picture
Picture
Seorang client menghadiahkan seketul batu yang diambil dari tapak lombong emas... takkan kita nak buat program riadah energi emas di tepi lombong emas tersebut dalam suasana panas pembinaan dan keras batu bata... Jadi, kita buat program riadah yang sesuai dan santai di tepi pantai dengan suasana alam yang menyenangkan... di satu lokasi yang sudah beberapa kali dibuat dan memang dikenali terdapat emas fizikal.. bukanlah kita nak korek emas tetapi sebagai riadah atas energi dan aura tempat emas tersebut... client itu kini sedang berurusan untuk satu projek lombong emas 13 tan di Indonesia.
Picture
Kenangan di masa kerajaan PM ke-6 lalu... buat cerita cucu cicit nanti... bila dikenang tak sangka boleh jadi sebahagian team projek dikalangan VIP dengan nilai yang besar... RM57 bilion... perubahan kerajaan itu diluar kawalan kita tetapi pengalaman menunjukkan bahawa kita diberi ruang mengawal diri kita untuk tingkatkan potensi dan prestasi kita ke tahap yang lebih tinggi kadang kala tak tersangka akal dan logik.. tak mustahil untuk berbilion lagi sekali... kita ikthiar gunakan energi alam supaya kita dilorongkan kepada pintu rezeki... kalau nak harap berjumpa terus dengan menteri siapalah kita ni kan nak mintak2 projek... tapi projek datang sendiri bergolek kepada kita... begitulah peranan energi alam yang membantu dengan izinNya.. jom, kita upload energi emas!

Picture
Kesatrya Warisan dan Metafizik Raya (SA 0353826-P) atau singkatannya KERISYA merupakan satu entiti perniagaan bagi menjalankan aktiviti komersil berkaitan warisan dan metafizik. Namun belum aktif lagi kerana kesibukan masa untuk set-up operasinya... terpaksa guna perkataan "raya" iaitu alam semesta kerana SSM tak benarkan guna perkataan Malaysia.. sebab nak buat singkatan YA...tak mengapalah ada hikmat tu.. hari-hari hari raya :)

Picture
Assalam, cikgu Edy... sesi doa awal January hari tu saya dan suami... alhamdulillah dgn izin Allah ada perubahan, suami kurang panas baran dan marah sekarang. Terimakasih.
 
Salam... kesan2 selepas berdoa kekayaan mcm pening... masa petang berdoa tu rasa mcm ada arus d kdua2 tangan n rasa mcm di awangan.

Asslmkm cikgu eddy, pukul 6 tadi sy ready… duduk meditasi pejam mata. Dlm masa 5 min kmdian, ay nmpak cahaya purple sepenuh2nya dlm mata sy… dtg ber arus. Sblm ni sy pernah nmpk chy purple.. tapi x pernah sebesar dan sehebat kali ini… Alhamdulillah.


Salam… cikgu Ady… terima kasih atas usaha gigih untuk sesi berdoa tenaga jalur emas dari Makkah. Alhadulillah sampai dan diterima tenaga tersebut di sini. Rasa hening dan tenang wpun banyak tekanan.

Salam.. cikgu. Masa berdoa tu sye buka pintu… tetiba daun pandan wangi sangat…Alhamdulillah sepanjang tempoh tu mmg x mgantuk… siap rasa skjp nye tempoh yg diberi..alih2 dah jam 3.30. 



​Terdapat banyak maklumbalas peserta2 yang merasai energi yang diikhtiarkan, namun bukan semestinya semua peserta perlu merasainya atau perlu ada rasa setiap kali program... ianya bergantung kepada amalan dan situasi diri peserta... Ada peserta yang sentiasa berterusan membuat ikhtiar energi jadi energinya sentiasa berterusan (charging) maka tak terasa setiap kali. Tujuan utama kaedah ikhtiar energi bukan untuk membuat peserta merasa kesan energi tetapi supaya energi dapat membantu diri peserta dengan energi yang baik supaya lebih sihat, lebih ceria, lebih tarikan untuk rezeki, lebih tenang, lebih positif seumpamanya. Jika rezeki yang banyak datang selepas itu adalah sebagai bonus.

Berapa kali program yang anda perlukan? Terpulang kepada bajet dan situasi anda. Boleh sesekali, boleh sebulan sekali, boleh pakej sebulan terus dan sebagainya... tentunya bagi para usahawan elok dibuat selalu memandangkan dunia perniagaan lebih tinggi perihal energi. Bagi yang makan gaji atau baru nak mula berniaga malah surirumah atau pelajar juga boleh... boleh pilih program seperti Enerti Rezeki, Energi Dikasih Sayang atau Energi Cemerlang Akademik.
Ada yang bertanya: Apa itu Program Ikhtiar Energi?

Program ini asalnya bernama Doa Kekayaan yang dimulakan oleh Dato Eddy pada tahun 2009 dan kemudiannya pada 2014 ditukar nama kepada Ikhtiar Energi bagi menggambarkan suasana program untuk energi yang lebih menyeluruh bukan sekadar doa semata-mata. Pada mulanya program ikhtiar energi dibuat secara berkumpul di perkarangan masjid seperti masjid Muar atau di tempat terpilih namun kini program ini lebih banyak dibuat secara jarak jauh memandangkan sukar untuk mengumpulkan peserta2 pada hari biasa dan memberi peluang kepada mereka yang tinggal jauh seperti di Sabah untuk join program sebegini.

Program ini dibuat pada 2009 setelah 3 tahun menganjurkan kelas metafizik pernomboran tarikh lahir dan melihat ramai peserta kursus belum dapat kejayaan yang dirancangkan... mereka itu tahu apa nak buat tapi tak kesampaian... Apabila diselidik rupa2nya ramai yang tersangkut potensi mereka seperti tersalah arah sukar nak berpindah rumah, terpendam potensi sukar mendapat kebenaran suami/ keluarga, terperangkap dalam tempoh masa sukar untuk tabah melaluinya dan sebagainya... ada juga yang badan sihat tapi dalaman sakit mistik/ misteri pula yang menggangu perjalanan kehidupan.. macam2 halangan untuk mereka buat perubahan.

Pada mulanya, Dato Eddy mencadangkan mereka2 itu mendapatkan bahan2 energi seperti batu, garam dsbnya, namun kebanyakkan bahan2 tersebut kurang sesuai kerana pelbagai faktor. Pernah Dato Eddy menjual botol mandian energi tetapi sudahnya penat mengangkut kotak yang banyak dan berat ke sana sini dan sukar dapatkan stok.

Kemudian, Dato Eddy mendapatkan khidmat beberapa orang perawat alternatif untuk di "sub-con" membuat rawatan energi kepada peserta2. Namun, "sub-con" pula ada masalah tertentu. Senang cerita, Dato Eddy belajar sendiri energi dan buat sendiri energi kepada peserta2, habis cerita! Tak perlu buat stok bahan, boleh buat jarak jauh dan peserta2 tak perlu nampak sangat untuk bermetafizik sampai bersusun barangan2 energi atas meja sebaliknya gunakan energi sahaja lebih mudah.


Picture
Picture
TAHUN 2019 TAHUN MALAYSIA DALAM VACUUM STAR

Daripada Graf Hayat untuk negara Malaysia, dijangka Malaysia akan melalui tahun Vacuum Star + Blocking Star + Terminating Star ada tahun 2019. Fenomena sebegini kita dah lalui perit pada 2015 lalu (kejatuhan harga minyak mentah dan kejatuhan RM) dan baru2 ini pada Mei 2018.. satu bulan Mei 2018 pun penuh dengan cabaran! Yang jelas terkena Vacuum + Terminating + Blocking adalah bekas PM yang disedut duitnya (Vacuum), diberhentikan dari PM (Terminating) dan disekat pasport untuk keluar negara (Blocking)... bulan Mei ini dah ditunjukkan clue maka bersedia untuk tahun depannya.

Buat masa ini, pemerhatian pemantauan berita2 mendapati perihal masalah kelapa sawit jadi calon terbaik buat masa ini untuk asbab Vacuum Star pada 2019 nanti adalah perihal kelapa sawit yang menjejaskan organisasi seperti Felda dan industri2 yang menggunakan sawit termasuklah kita yang masak pakai minyak sawit. Harapan kita supaya pihak kerajaan dan industri dapat bersiap sedia dalam perihal ini... bolehlah kita stok beberapa botol minyak sawit :)

Hadapi Tahun 2019?
- Sesi konsultansi Peribadi/ Perniagaan
- Kursus Strategi Hadapi 2019
- Diari Metafizik/ Software Integrasi 2019.
- Graf Prestasi Bulanan 2019 / Harian 2019.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly