Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Strategi Kejayaan Punca Kekayaan

2/13/2016

0 Comments

 
Picture
Semalam mencari dokumen sijil kelahiran anak dan terpandang alamat yang tertera di situ. Sudah 16 tahun lupa alamat rumah tersebut. Bila ditengok nombor tu rasa sebak terkenang kisah lalu. Sebab di rumah itulah segala-galanya bermula kehancuran hidup berlaku... bisnes rugi puluh ribu dahlah tu guna duit isteri hingga berhutang Bank Rakyat 7 tahun dan bermulanya hutang kad kredit puluh ribu, Beli rumah baru rumah tu terbengkalai hingga sekarang 16 tahun. Rumahtangga berantakkan hampir roboh. Kebetulan semasa tinggal di rumah itu, kami suami isteri dalam tempoh Vacuum Star...Kesan-kesan itu terasa sampai sekarang... begitu perit kenangan..




Sebab itulah, usahlah tinggal di rumah bernombor 5. Kalau mahu rasai hidup yang banyak cabaran dan susah, tak mengapa teruskan tinggal di rumah no 5 tak berdosa pun tak langgar undang-undang pun, tapi jika ada masalah usah mengadu hidup susah kat orang, mengadu ke Tuhan saja... buat pening dan buang masa orang dengar keluhan berterusan anda... mandi bunga bergelen pun payah nak lekat... Rumah no 5 dan sekutunya iaitu 14, 23, 32, 50, 59 seumpamanya termasuk contoh 13-1 seumpamanya.

Ada rezeki carilah rumah nombor selain 5 (dan 8). Tapi kena ingat, rumah nombor lain seperti 6, 9 dan sebagainya juga ada cabaran tersendiri tetapi tidaklah berat seperti rumah no 5 dan sekutunya, terutamanya bagi yang "lemah" seperti kerja sendiri, kurang duit dsbnya. Memang ada orang yang bahagia tinggal di rumah no 5 tapi tengoklah rumah besar mana, dalam akaun bank berapa puluh ribu... orang kaya tak pe tinggal rumah no 5 (Yang Dipertuan Agong dikhabarkan memiliki plet no WWW5... tak pe tu Agong boleh saja nombor berapa pun).  Rumah no 8 dan sekutunya juga boleh tahan juga perit tapi masih boleh tersenyum lagi berbanding no 5. Namun, sementara tinggal di rumah no 5 untuk cari rumah no lain, boleh ikhtiar beberapa straegi tapi semua itu sementara kerana yang asasnya rumah itu bernombor 5.

Tengok... dahlah rumah tu no 5, lot pula 268 iaitu angka 8 di belakang... memang terhalang dan tertekan! Hidup hampir musnah di situ! Kesannya sampai mati tak habis! Kenapalah metafizik pernomboran tak de masa tu!

Usah sekadar solat 5 waktu.. dahlah bagi majoriti kita ini 5 waktu rasa berat... jumlah 17 rakaat pulak tu (8) terutama SUBUH (5 huruf)...  buatlah yang "keenam" seperti Dhuha, Tahajud. 

Picture
Kebetulan baru saja cerita tentang no 8 dihujung, keluar pula berita ini. Dikhabarkan kereta ini telah dijumpai kemalangan tenggelam dalam satu parit.

Seperkara lagi, kereta saya plet no 3115 - hujung 5, semasa tinggal di rumah no 5 Lot 268 tu.


Picture
Ramai yang salah mengerti tentang perihal usahawan (entreprenuer) dalam erti kata membuat perniagaan. Memang boleh je tukar-tukar ayat tetapi jika dilihat kepada definisi usahawan maka dapat dilihat ianya sangat khusus. Oleh yang demikian potensi pola 966 iaitu perniagaan lebih merujuk kepada usahawan / keusahawanan yang mana ianya melibatkan "risiko" dan sesuatu risiko perlu perancangan dan pemantauan serta peningkatan dan persediaan awal/ pencegahan. Berlainan dengan potensi jualan pola 729. Jadi, perlu jelas tentang perihal perniagaan yang bagaimana - apakah perniagaan sebagai usahawan atau pemasaran ataupun usahawan pemasaran juga ada.

Picture
Tentu rasa penat dan mahu saja putus asa bilaman perniagaan yang kita impikan untuk berjaya sebaliknya membebankan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi untung rugi perniagaan, oleh itu usahlah sekadar lihat Root Number semata-mata tetapi melihat secara menyeluruh.

Usahawan perlu tahu asas-asas tentang pernomboran yang berkaitan dengan potensi usahawan. Banyak perkara yang selama ini kita tak tahu yang ianya memainkan peranan untung rugi perniagaan seperti pengiraan maksud nama, pemilihan tarikh dan sebagainya. Selama ini, kita main buat je ikut sedap suka dan akhirnya kita terbenam dalam kepayahan. Jom, kita ikhtiar elakkan menggunakan kaedah metafizik pernomboran.

Bagi individu yang baru mahu menceburi perniagaan, tentunya perlukan bimbingan untuk pemilihan bisnes yang sesuai yang mana pada masa yang sama beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum mengambil risiko untuk menjadi usahawan. Memang benar, bisnes perlu dirancang dengan baik, sebab itulah Business Plan satu perkara yang penting untuk usahawan. Pada masa yang sama, lihatlah juga daripada perspektif metafizik pernomboran tentang potensi perniagaan. Jadi, metafizik pernomboran dalam strategi bisnes adalah satu perkara yang perlu bagi usahawan.
assalamualaikum cikgu, apa khabar? Semoga sihat selalu ....  dari shakila skincare pernah ikuti kelas cikgu pola 696 di parit raja batu pahat pada 6hb .... Apa yang cikgu ajar hari tu saya dah practik kan. Memang banyak perubahan berlaku.... Selepas seminggu je saya dapat buat promosi di uhtm dan alhamdulilah sales tinggi berbanding dgn peniaga lain.... Selepas tu kolej komuniti ... mahukan kami suplies produk untuk kegunaan student. ....
Picture

0 Comments

Yakin Kejayaan Yakin Kekayaan

2/11/2016

0 Comments

 
Picture
PENEMUAN TERBARU: Oleh Dato Jaksa Eddy Rosyadie 10 Feb 2016

KAJIAN: GRAF HAYAT
LOKASI: ZON SPOUSE
TAJUK: "VACUUM STAR" DALAM ZON SPOUSE - PASANGAN BERMASALAH KEWANGAN

Kajian dan pemerhatian Dato Eddy selama 2 tahun mendapati satu fenomena yang unik yang realitinya berlaku kepada pasangan suami isteri hari ini iaitu perihal PASANGAN YANG BERMASALAH KEWANGAN.

Memang betul seseorang itu punyai masalah kewangan kerana beberapa faktor diri mungkin masalah potensi diri, pola kewangan diri sendiri, arah, tempoh usia dsbnya pada diri itu sendiri, namun bagi seorang yang ada pasangan (berkahwin), jika dirinya sendiri itu punyai SPOUSE kod VACUUM STAR (lihat graf hayat diri anda atau pasangan), maka dirinya sentiasa dapat pasangan yang bermasalah kewangan. Dengan kata lain, hidupnya itu tidak lari dari mengahwini pasangan yang bermasalah kewangan, walaupun berkahwin 10 kali dengan 10 orang sesiapa pun. Memang diketahui Graf Hayat menunjukkan apa yang menjadi laluan manusia iaitu juga tarikan kehidupan kepada manusia. Dengan kata lain, jika graf hayat seseorang itu dalam Zon Spouse ada kod Vacuum Star (duit disedut), maka beliau punyai pasangan yang bermasalah kewangan (tempohnya lama/ kekal/ selamanya) yang tentunya menjadikan hidup beliau dan perkahwinan bermasalah kewangan.

Oleh itu, jikalaulah anda berkahwin dan sering bergaduh dengan pasangan kerana masalah kewangan dalam rumahtangga, maka tengoklah juga diri anda, usah semata-mata salahkan orang lain, mungkin diri anda yang tertarik dengan orang yang bermasalah kewangan walau hensem macam manapun, ataupun energi daripada anda menyebabkan pasangan terpaksa lalui kehidupan bermasalah kewangan bilamana hidup dengan anda. Dengan kata lain, anda juga perlu ikhtiar supaya anda tidak berada di dalam situasi berkahwin dengan insan bermasalah kewangan. Fenomena ini menjelaskan kenapa ada kes seorang lelaki bujang yang kaya raya tapi bila kahwin saja terus bermasalah kewangan dan sebaliknya seorang wanita berpendapatan tinggi yang mewah semasa bujang tetapi apabila berkahwin, tak cukup-cukup pendapatan RM20 ribu sebulan tu menampung keluarga.

Bagaimana cara, ikhtiar dan strategi mengatasinya? Takkan nak bagi free jawapan kat sini :) ... Elok datang seminar atau dapatkan sesi konsultansi (kerana lain pasangan lain cara penyelesaian.

ADAKAH GRAF HAYAT ANDA ZON SPOUSE ADA VACUUM STAR? Anda mungkin kaya pada potensi diri sendiri tapi bila berkahwin kekayaan anda jadi bermasalah. Cara untuk lihat Zon Spouse - lihat contoh di atas cari petak SPOUSE dan tengok ada tak Vacuum Star. Lepas tu tengok di petak ke 4, 6 dan 8 daripada petak SPOUSE tadi, ada tak Vacuum Star.  Contoh di atas, tiada Vacuum Star dalam petak Spouse tetapi ada Vacuum Star di petak ke 4.

Tips: jika anda mahu mengahwini seseorang, maka periksa graf hayat anda petak Spouse anda dan juga pasangan punya graf hayat petak Spouse. Lihat jika ada Vacuum Star. Jika tiada, tentu sahaja teruskan. Jika ada vacuum star dalam petak Spouse graf hayat diri dan/anda atau graf hayat pasangan anda, maka binalah strategi kewangan yang baik bagi meneruskan perkahwinan.



PERHATIAN: Bagi program berdoa jarak jauh, individu NON-MUSLIM boleh join juga. Daftar kod seperti biasa dan maklumat tentang waktu dan perihal berdoa akan diberitahu dan Non-muslim gunakan cara berdoa sendiri manakala pihak Dato akan mendoakan dengan cara kami.
Picture
Susahnya nak dapatkan tarikh yang baik untuk kasih sayang.. iaitu pola 72 dan tiada pula langsung angka 5 (halangan) dan 8 (tekanan). Bukannya ada setiap masa tarikh macam ini. Jadi, inilah kesempatan yang kita boleh ikhtiarkan.. memohon kepada Nya untuk kasih sayang pada hari yang baik.

Picture
Picture
Satu kenangan yang kekal adalah Anugerah Tokoh Pelajar untuk seorang anak Dato Eddy yang mencapai 10A+ SPM 2014. Dengan pencapaian akademik yang baik serta penglibatan dalam aktiviti sekolah seperti pertandingan bahas, kuiz dsbnya memang padan untuk menyandang anugerah tersebut.

Beliau dan adiknya telah dapat dibawa mengerjakan umrah.

Dato Eddy dan isteri adalah sama-sama graduan dari Syracuse University, New York, USA yang mana isteri biasa dapat anugerah dekan di kolej dahulu serta terbaik di sekolah manakala Dato Eddy pula pernah menyandang pelajar terbaik di kolej dan di sekolah.

Mari Dato Eddy ikhtiar doakan anak-anak/ ahli keluarga anda untuk menjadi cemerlang dalam akademik serta mudah-mudahan menjadi insan yang cemerlang, dengan izin Nya.

Sila daftar mengikut kod dan berikan nama penuh anak dan nama ibunya. Boleh juga didoakan untuk individu mahasiswa/i atau individu yang sedang menyambung belajar mahupun individu yang menjalankan tuisyen atau guru sekolah untuk kejayaan diri/ tuisyen/ sekolah.


Picture
Foto awal pagi sekitar jam 7 pagi di Pantai Seri Mersing, Johor... warna-warna umpama emas.. waktu pagi untuk mencari rezeki dan energi rezeki.

Picture
Program Upload Energi Aura38 Mersing kali pertama... bersahaja brader ini berada di pasir pantai Mersing... beberapa bulan selepas program, beliau dapat projek RM60 juta serta beberapa projek bernilai tinggi.. dapatlah komisen RM1 juta... memang power energi emas dari Mersing... kita ikhtiar dari situ memohon kepada Nya.

Alhamdulillah.. terima kasih cikgu.. apa yg cikgu beri ilmu semua saya amalkan.. energi mersing tahun lepas... dia punya power..syukur alhamdulillah rezeki x putus.. pasar malam dapat tambah tapak.. nasi lemak kami diorder pihak sekolah.. tempahan utk kenduri tiap2 bulan.. order dari kilang..hari ni alhamdulillah dapat gerai.. syukur alhamdulillah allah temukan saya dgn cikgu,paklah,group eddyrosyadie.. Terima kasih semua..


Alhamdulillah, selepas mersing
, bnyk pengisian dalaman yg Allah beri, itu rzki yg x trnilai, rasa smakin dkt dgn Allah. Tkasih cikgu.

​

Picture
Picture
Program Upload Energi Mersing... 29 Nov 2014 lalu... seorang peserta yang baru nak mula jadi pengedar Kopi Pak Belalang (Bdr Puteri Jaya, Sg Petani) serta ARBA Network... bersama kami upload energi... kini sudah bergelar Dato dan sales cecah RM1 juta.. jual kopi je bang... orang lain jual kopi jugak tapi tak cecah RM1J kan ... inilah namanya ikhtiar energi... kita berdoa dan upload energi... di pantai Mersing tempat emas berselerak... kita ambil "energi"nya sahaja. 

Picture
Program Upload Energi Mersing. 29 Nov 2014 lalu..
PERHATIAN: Kepada para wanita muslimah diminta untuk;
1. Bawa baju lengan panjang dan labuh.
2. Seluar trak suit berwarna gelap yang longgar
3. Tuala kecil (untuk tutup muka) kang sunburn hitam pula tak putih muka tu. Elok macam kakak tu bawa spek hitam.
4. losyen "sunscreen" untuk elak sunburn
5. Tudung atau selendang
6. stokin kaki.

Upload pun kena tutup orat juga kak.

Para Muslimah akan ditempatkan di bahagian lain dibawah seliaan Admin wanita (melainkan pasangan muhrim di satu tempat yang sama jika diperlukan).

Picture
Alhamdulillah cikgu..slps ikhtiar berdoa di mersing hr itu..allah bg jln pd sya utk selesaikan hutang2 saya..rasa sprt terlepas satu bebanan yg besar...walaupun masih tidak semua yg dpt diselesaikan..tp sya ttp bersyukur..rezeki Alhamdulillah utk kami sekeluarga.

Assalamualaikum Cikgu Dah seminggu selepas
rawatan Energi di Pantai Mersing. Alhamdulillah & Syukur, kesihatan bertambah baik, Rezeki Berganda & Kebahagian Bertambah. ... Rezeki semakin bertambah. Mudah berurusan dengan customer dan tidak tertekan bila ada tekanan. Semakin bahagia walaupun ada tekanan di luar & dalam. .. Alhamdulillah & Syukur


Picture
Picture

Picture
Foto lama... tahun 2008.. tengok ada peserta lelaki tu... itulah sdra Noredie (Parit Raja, Batu Pahat). Kelas Potensi bisnes tahun 2008 adalah RM200 dan kelas potensi bisnes pada 19 Feb 2016 masih kekal RM200, harga tak logik tapi itulah perjuangan kami (selalu ditegur harga kelas yang sangat rendah tapi kami buat begitu untuk bantu yang kritikal)... ketika itu sdra Noredie masih dalam situasi "merempat" tiada kerja tiada berduit (datang skudai pinjam kereta orang, pinjam duit orang), tetapi lonjakan daripada pengajian 2008 itu, kini punyai bisnes sendiri dengan Velfire, Mercedez AMG, Wisma RM2j, sales RM1j, pendapatan 5 angka dsbnya... kini, kita buat kelas di tempat sdra Noredie sendiri! Ambil aura kekayaan, juga dapatkan tips2 marketing dan bisnes daripada sdra Noredie terus... jom, 19 Feb 2016... sambil belajar ada majlis berdoa kekayaan juga di situ... baru betul belajar dari tempat bisnes yang wujud!
Picture
Foto lama juga.. semasa Dato Eddy anjurkan majlis berdoa kekayaan di Masjid Tunku Mizan (Masjid Besi), Putrajaya.. tahun 2010... tengok, sdra Noredie pun hadir.. masa tu beliau ada Honda Accord belum Velfire dan Mercedez lagi... ada 2-3 foto lagi sdra Noredie join program berdoa kekayaan di Shah Alam, di Muar dsbnya... selain dari usaha, elok juga kita berdoa kepada Nya mohon diizinkan kejayaan.

19 Feb 2016, jom kita berdoa kekayaan di tempat Noredie (Parit Raja sblh UTHM) dalam pengajian pola 966 potensi bisnes (asas) di situ juga.

Picture
Yang tidak dapat hadir kursus 19 Feb, boleh ikhtiar juga... berdoa dengan kami secara jarak jauh.. pola tengah mata angin iaitu 7 pada 19 Feb itu sama dengan program berdoa di putrajaya 14.12.2010 yang di atas tu..
Picture

Picture
Picture
12 Mac 2016... Dijemput semua peserta kursus / KDT / Konsultansi dari tahun 2006 hingga 2016 untuk hadir ke program tahunan iaitu Konvensyen Metafizik Pernomboran & Energi. Di situ adalah masa untuk bertemu dengan Dato Eddy dan Admin serta Team Metafizik Pernomboran bagi mendapatkan bahan dan pengajian terbaru (updates), ulangkaji, nak bertanya soalan atau mahukan pencerahan.. untuk cetak graf hayat, graf bulanan dan sebagainya termasuk untuk perihal Diari Metafizik atau Software Integrasi.

Menariknya, 12 Mac 2016 adalah hari pola yang baik untuk kekayaan dan rezeki, jadi jom kita berdoa bersama pada hari tersebut selepas Zohor.

Satu program terbaru iaitu persembahan kesenian iaitu "Dulang Kesenian"... bagi merek
a yang berminat perihal kesenian dan energi dalaman, bolehlah tunggu selepas Asar. Kami akan cuba dapatkan bahan "delima yang didoakan" (ihat foto sebelah) bagi rawatan energi dalaman serta persembahan "dulang kesenian" dari guru kami dari Muar.


Picture
Anak kak ada dapat pelajar cemerlang subjek...


Nak kongsi kegembiraan...Syukur alhamdulillah, pada 11/4/2013, anak saya sekali lagi telah muncul sebagai Johan Syarahan Ihtifal SRA & KAFA  Zon 3 2013 berbanding 2012 hanya menyandang Naib Johan. Turut mendapat 4A1B untuk SRJG 1 & 9A untuk SRA bagi peperiksaan Mac lalu.  Minggu depan, anak saya akan mewakili sekolah dalam  'Story telling' pulak untuk SKJG 1.  Doakan kejayaan yang berterusan untuk anak saya.



Berkat amalan doa yang cikgu berikan juga dgn izin Allah, anak saya Nurul Iman telah muncul sebagai Pelajar Harapan Sekolah dgn straight A1 untuk semua subjek di SRA dan terbaik untuk SRK.  Satu pencapaian yang cukup membanggakan ...dan saya bersyukur sgt2 dgn limpahan Rahmat & kasih sayang dari Allah.  Menangis kegembiraan mengiringi anak di atas pentas sekolah.   Doakan kecemerlangan anak saya ini agar berterusan ya Cikgu..:)


Picture
Pertama sekali saya igin ucapkan terima kasih atas nasihat dan saranan Cikgu semasa sesi berdoa kebahagian pada 12.12.12 tempoh hari. Alhamdulilah hubungan saya dgn keluarga ada perubahan kami adik beradik boleh duduk bersama menonton tv dan bergelak sakan terutama sekali abg saya dan ibu saya. Syukur pada Allah.. 

Picture
Assalamualaikum cikgu… Alhamdulillah pada 20.6, saya join doa kekayaan atas nama suami… Alhamdulillah petang tu dia bgtau dia closed 350K

​

As salam ckgu… slps ikhtiar berdoa kekayaan pada 28.8.13 nxt day sy dt offer job as mrktg exec… terima kasih ckgu sbb dah transfer energy utk sy ya. Offer mmg oklah mmndngkn skrg s mmg jobless…


0 Comments

Kejayaan yang baru adalah kekayaan

2/7/2016

0 Comments

 
Picture

Picture
Picture
Hampir setahun Dato Eddy bergerak bersama kumpulan PRIHAATIN dan dilantik sebagai konsultan organisasi. Baru-baru ini di dalam satu perjumpaan diberitakan organisasi bercadang untuk membuka 500 outlet! Berbanding rancangan asal tahun lalu iaitu 50 outlet. Outlet yang sedang dibangunkan di Kuala Terengganu, Sg Petani dan Seri Kembangan. Foto adalah outlet pertama yang terletak di Cyberjaya berhampiran Bank Rakyat. Pejabat HQ terletak selang 2 pintu dari situ. Perbincangan juga meliputi pelan pembangunan perniagaan bernilai jutaan ringgit.

Daripada sebuah kelab yang kecil di sebuah apartment yang crowded, apabila Dato Eddy dipanggil untuk bantu buat perubahan secara metafizik tahun 2014 lalu, kini menjadi sebuah perniagaan yang begitu besar dan berkembang baik.
Foto di atas di dinding HQ, gambar kiri sekali adalah Dato Eddy manakala yang lain adalah rakan-rakan niaga yang mana bekerjasama dengan insitusi kenamaan... yang dulu-dulu adalah biasa kini luar biasa!

Jom, hadir kursus Potensi Bisnes 966 Asas yang pertama kali dijalankan di HQ Cyberjaya, lihat sendiri dan belajar dari bahan yang wujud... bukan sekadar pelan bisnes di papan hitam cakap-cakap kosong.

Picture

Picture
Perubahan dalam perjalanan usia iaitu perbezaan potensi dalam dekad.

Assalamualaikum Dato…klu boleh kak nak selamatkan rumahtangga kak.. suami punya tarikh lahir ..... Nikah ...... kak punya tarikh lahir...... waktu lahir… inipun dah 2 minggu dia xmahu tido dgn kak.. dah dekat 10 thn kak sabar.... betul tu sblh ayah kak ramai cerai, anak2 saudara ayah pun bercerai.

(maklumat tarikh dan waktu tidak dapat didedahkan)

Daripada analisis tarikh lahir, tarikh nikah secara statik dan dinamik mendapati situasi perkahwinan dalam situasi normal/ biasa sahaja, namun apabila dilihat secara individu iaitu si isteri di dapati punyai pola-pola yang sering ditemui pada ibu tunggal dan yang sering lalui perit perkahwinan (Spouse AF). Ini bermaksud, si si isteri telah memang dilahirkan untuk bermasalah dalam perkahwinan seumur hidup, tak kisahlah kahwin dengan anak pegawai atau anak raja ke atau mana-mana lelaki pun, parameter dan energi hidup si isteri itu mengundang kepada masalah perkahwinan. Sama ada suami menjadi curang dsbnya adalah perkara yang berlarutan daripada punca parameter si isteri itu.  Dalam hal ini, si isteri yang perlu ikhtiar perubahan dan rawatan.

Memang terdapat wanita mahupun lelaki yang punyai parameter dan energi yang sebegitu - masalah perkahwinan seumur hidup.. tak dapat merasai bahagia berkahwin yang berpanjangan.. Hidup memang sudah ditakdirkan tetapi kita mahu memahami apa yang ditakdirkan itu dan berikhtiar untuk buat perubahan - ikhtiar dengan ilmu, ikhtiar dengan doa/ rawatan, ikthiar dengan pelbagai cara... kita ikhtiar namun Dia yang menentukan, tetapi sekurangnya kita ikhtiar mencari kebahagiaan takkanlah nak tunggu termenung bilalah kebahagiaan datang bergolek dengan percuma. 

Apa penyebab berlakunya sebegitu rupa? Di sebabkan keturunan. Kajian Dato Eddy mendapati tarikh lahir menceritakan perihal keturunan, betullah kata orang tentang "karma" kehidupan. Namun, ianya boleh diubah dengan ikhtiar, usahlah perihal keturunan menggangu kita dan generasi akan datang.

    kajiselidik

Klik Utk Hantar

Fenomena "rezeki masuk 10 tahun" bakal berlaku lagi pada Jumaat, 19 Feb 2016... dahlah Jumaat hari berkat, kiraan pula memang bagus dengan pola 769 dsbnya... bertuah  lahir 19 Feb 2016 atau kalau tak pun daftar syarikat pada 19 Feb 2016. Lihat contoh kes fenomena rezeki masuk untuk Dato Alif D'Herbs dan Sani Ekspress iaitu fenomena 10 tahun rezeki berganda. Antara individu lain yang berada/ pernah berada dalam fenomena "rezeki masuk 10 tahun" adalah TS Tony Fernandez dan Syed Gadaffi (Jamu Mak Dara).

Bagi negeri Johor yang SSM tutup hari Jumaat, tak mengapa kita buat berdoa secara langsung dari Johor iaitu di Parit Raja (sebelah UTHM) tempat premis perniagaan seorang pelajar Dato Eddy iaitu sdra Noredie yang berpendapatan puluhan ribu dan sales mencecah RM1 juta.... kita berdoa dan ambil "aura" perniagaan yang berjaya dari situ.. memang hari tersebut dibuat kursus di premis berkenaan. Makluman: PERCUMA program berdoa bagi peserta yang hadir kursus Potensi 96 pada 19 Feb tersebut.

Bagi yang tak dapat hadir untuk kursus/ berdoa bersama kami di Parit Raja, sekurangnya berdoa bersama-sama secara jarak jauh. Ambillah peluang hari berkat Jumaat dan pola-pola (parameter) yang sangat baik ini.
Picture
Picture
Picture
Picture

Alhamdulilah… bisnes keropok kami pun dah ada kemajuan. Hari tu suami saya daftar syarikat pada 20/1 terus ada perubahan besar.

--------------------------
Sepasang suami isteri menjalankan perniagaan makanan dari rumah di satu taman perumahan, maka dapatkan sesi audit premis bagi menyusun atur dalam kedai... beberapa isu dibincangkan dan susun atur semula di buat. Dari segi logik, agak sukar  bisnes jadi berjaya kerana kedai kecil berada jauh ke dalam taman perumahan dan bukannya laluan utama, namun diikhtiarkan juga beberapa strategi. Yang penting ada perubahan dan menunjukkan bahawa perubahan boleh berlaku apabila kita ikhtiar mencuba.

Salam Dato. Dlm tempoh berdoa tadi, sy ada rasa pening, mngantuk, dan kini terasa nak muntah... apakah simpton tu Dato.

Tentang berdoa tentu sahaja saban hari dan waktu kita berdoa seperti doa untuk makan, doa masuk/ keluar tandas dsbnya. Tentu sahaja berdoa memberikan kebaikan seperti saranan para Nabi dan ulama - doa adalah penyembuhan, doa adalah cahaya dan sebagainya. Bagi perihal berdoa secara metafizik versi kami, bacaan doa adalah sama dari rujukan buku dan kitab tetapi dibuat ikhtiar tambahan kepada teknik berdoa tersebut; antaranya memilih hari dan waktu yang "energi tinggi" dsbnya. Ikhtiar ini seolah kita gunakan internet pada waktu kelajuan yang tinggi memudahkan urusan kita berbanding menggunakan internet pada waktu kelajuan rendah. Di dapati ada hari dan waktu tertentu daripada kiraan yang mana "energi yang tinggi" ini memberi kesan kepada individu yang sensitif terhadap energi yang mana mereka boleh merasai energi tersebut. Ini bukan bermakna semua orang perlu ada rasa terhadap energi daripada ikhtiar berdoa.

Apabila energi yang tinggi yang bergerak secara gelombang atau frekuensi (seperti frekuensi radio) "masuk" ke badan menyebabkan pertembungan energi yang sedia ada dengan energi yang baru menyebabkan rasa pening, mengantuk dan boleh menyebabkan muntah dan pengsan. Mungkin ini adalah proses "penerimaan" energi dan mungkin juga proses itu membuat "penyucian"... maka benarlah kata orang, bahawa doa itu adalah penyembuhan. Cuma, selama ini kita berdoa seorang diri atau kita berdoa tapi macam tidak nampak apa-apa perubahan kepada diri kita, maka kita ikhtiarkan berdoa cara ikhtiar lain pula iaitu secara berjemaah, memilih hari dan waktu, berdoa dengan teknik "cahaya" dsbnya. Jika selama ini kita hantar pos kepada Nya guna pos biasa, maka ikhtiarkan pula guna Pos Laju, begitulah analoginya berdoa perlu ada peningkatan bukan sekadar angkat tangan. Teruskan sahaja berdoa pada bila-bila masa juga namun kita cubalah pula doa kita itu punya "energi"

Jadikanlah doa anda itu benar-benar sebagai penyembuhan, sebagai senjata, sebagai tarikan rezeki dan sebagainya.



Picture
Picture
Terapi pasir... kaedah terapi pasir iaitu tanam diri dalam pasir memang ada dibuat di beberapa tempat di luar negara, kalau tak terapi pun, pengunjung ke pantai bermain-main dengan pasir - bola tampar pantai, berkelah dsbnya... cuma di Malaysia ini kita taklah nak tanam diri dalam pasir pantai macam pelik. Tetapi, yang pelik tu kami buat iaitu terapi pasir di pantai. Jika anda nak buat tanam diri di pantai Port Dickson, pantai Teluk Cempedak dsbya pada hari hujung minggu boleh saja. Minta rakan atau ahli keluarga tanamkan badan anda dalam pasir dan anda baringlah sambil berdoa dsbnya. Kombinasi kandungan pasir, air laut yang masin, udara yang segar dsbnya sememangnya satu terapi.

Atau  ikut kami dalam program Upload Energi Pasir Emas di Pantai Sri Mersing, Johor. Pemilihan dibuat kerana sememangnya pantai ini ada emas, biasanya selepas program tanam diri, kami mendulang emas dan memang dapat emas. Jadi, energi di situ tentang rezeki dan kekayaan. Jika wanita, datanglah bawa suami untuk suami tarik anda keluar dari pasir, tak bolehlah kami tarik, tapi tak mengapa jika tiada orang tarik anda keluar sebab kami ada sediakan admin wanita. Di dalam program ini pemilihan tarikh yang baik untuk energi dan diadunkan dengan doa-doa khusus yang berbentuk rawatan energi untuk memulihkan energi.

Kebaikan program Terapi Pasir Mersing;

1.  Gabungan menggunakan kesemua elemen alam bagi tujuan pemulihan energi dalam badan - tanah, air, angin, cahaya, pokok dsbnya, berbanding rawatan dalam bilik rawatan tertutup di klinik rawatan, jom sesekali buat rawatan energi secara outdoor pula.
2.  "Penyerapan" energi secara langsung  dari tanah ke badan, menggunakan bahan semulajadi. 
3.  Berdoa kepada Maha Pencipta "terus" tanpa "dinding". Aktiviti berdoa di tempat lapang melihatkan awan, langit, pokok, deruan ombak untuk merasai nikmat ciptaan Nya bagi menghayati doa dengan lebih baik.
4.  Rawatan energi dan doa khusus untuk energi daripada individu-individu berpengalaman dan berstatus dalam bidang energi - Dato Eddy, Dato Saiful, Dato Allya dan ramai lagi. Kami bercadang bawa Dato Jamil seorang pakar "jurus buka diri" untuk bersama kami buat rawatan energi pada program kali ini.

Ini adalah program keempat kami di Mersing. Satu kelainan unik untuk program 2016 ini adalah berlaku fenomena bulan mengambang pada 23 Mac iaitu 2 hari sebelum program, yang mana biasanya air laut pasang tinggi pada bulan mengambang dan bilamana air laut pasang tinggi, emas-emas dari laut banyak "naik" ke pantai (tips: mendulang emas di kawasan berbatu yang bertindak seperti penapis emas dari laut). Juga, kebetulan 23 Mac adalah Hari Ulangtahun Kemahkotaan Sultan Johor... jadi memang energi POWER! kali ini. Rugi tak datang! Jom, daftar segera!
Picture
Picture

0 Comments

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly