Sebab itulah, usahlah tinggal di rumah bernombor 5. Kalau mahu rasai hidup yang banyak cabaran dan susah, tak mengapa teruskan tinggal di rumah no 5 tak berdosa pun tak langgar undang-undang pun, tapi jika ada masalah usah mengadu hidup susah kat orang, mengadu ke Tuhan saja... buat pening dan buang masa orang dengar keluhan berterusan anda... mandi bunga bergelen pun payah nak lekat... Rumah no 5 dan sekutunya iaitu 14, 23, 32, 50, 59 seumpamanya termasuk contoh 13-1 seumpamanya.
Ada rezeki carilah rumah nombor selain 5 (dan 8). Tapi kena ingat, rumah nombor lain seperti 6, 9 dan sebagainya juga ada cabaran tersendiri tetapi tidaklah berat seperti rumah no 5 dan sekutunya, terutamanya bagi yang "lemah" seperti kerja sendiri, kurang duit dsbnya. Memang ada orang yang bahagia tinggal di rumah no 5 tapi tengoklah rumah besar mana, dalam akaun bank berapa puluh ribu... orang kaya tak pe tinggal rumah no 5 (Yang Dipertuan Agong dikhabarkan memiliki plet no WWW5... tak pe tu Agong boleh saja nombor berapa pun). Rumah no 8 dan sekutunya juga boleh tahan juga perit tapi masih boleh tersenyum lagi berbanding no 5. Namun, sementara tinggal di rumah no 5 untuk cari rumah no lain, boleh ikhtiar beberapa straegi tapi semua itu sementara kerana yang asasnya rumah itu bernombor 5.
Tengok... dahlah rumah tu no 5, lot pula 268 iaitu angka 8 di belakang... memang terhalang dan tertekan! Hidup hampir musnah di situ! Kesannya sampai mati tak habis! Kenapalah metafizik pernomboran tak de masa tu!
Usah sekadar solat 5 waktu.. dahlah bagi majoriti kita ini 5 waktu rasa berat... jumlah 17 rakaat pulak tu (8) terutama SUBUH (5 huruf)... buatlah yang "keenam" seperti Dhuha, Tahajud.
Seperkara lagi, kereta saya plet no 3115 - hujung 5, semasa tinggal di rumah no 5 Lot 268 tu.
Usahawan perlu tahu asas-asas tentang pernomboran yang berkaitan dengan potensi usahawan. Banyak perkara yang selama ini kita tak tahu yang ianya memainkan peranan untung rugi perniagaan seperti pengiraan maksud nama, pemilihan tarikh dan sebagainya. Selama ini, kita main buat je ikut sedap suka dan akhirnya kita terbenam dalam kepayahan. Jom, kita ikhtiar elakkan menggunakan kaedah metafizik pernomboran.
Bagi individu yang baru mahu menceburi perniagaan, tentunya perlukan bimbingan untuk pemilihan bisnes yang sesuai yang mana pada masa yang sama beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum mengambil risiko untuk menjadi usahawan. Memang benar, bisnes perlu dirancang dengan baik, sebab itulah Business Plan satu perkara yang penting untuk usahawan. Pada masa yang sama, lihatlah juga daripada perspektif metafizik pernomboran tentang potensi perniagaan. Jadi, metafizik pernomboran dalam strategi bisnes adalah satu perkara yang perlu bagi usahawan.