Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kekayaan Inspirasi Kejayaan

6/1/2018

0 Comments

 
Picture
Picture

Picture
Baru2 ini  bertemu seorang bekas peserta kursus .. tahun 2009! Masih lagi menyimpan nota tahun 2009... Kursus pada masa itu menggunakan petak statik dan petak pendua.. belum lagi wujud Petak Pembayang dsbnya. Apabila bertemu untuk update ilmu, didapati projek beliau sekarang ini dalam bidang makanan ada di Petak Pembayang malah ibubapa beliau juga usahawan kantin sebelum ini (petak pembayang menceritakan perihal keturunan/ warisan).

Petak Pendua merupakan ciptaan Dato Eddy sendiri dan buat masa ini makin jarang digunakan dalam perihal potensi diri kerana Petak Pembayang dan Petak Warisi lebih jelas penggunaannya. Terdapat seorang pengajar metafizik di pasaran yang menggunakan Petak Pendua dan beliau bukan dari team Dato Eddy, jadi tahu sangat beliau ambil kaedah Petak Pendua ciptaan kami.

Picture
Foto 2017: mengikuti aktiviti Stock-Take di sebuah pasaraya terkenal di sebelah tengah malam hingga sebelum subuh... saja ambil pengalaman untuk mengetahui perihal inventori, stock-take, pengurusan peruncitan dan sebagainya.

Picture
Picture
Foto 2012: Program Doa Kekayaan (kini dikenali sebagai Ikhtiar Energi Rezeki) yang berlangsung di perkarangan Masjid Sultan Ibrahim, Muar Bandar Diraja, Johor. Dahulunya program ini dibuat secara langsung berjumpa dapat mengumpulkan peserta2 dan majoriti program dibuat di Muar kerana bandar ini tidak jauh dari KL dan memandangkan Muar terdapat sejarah warisan dan kesultanan. Program dibuat sekitar 2010 sebelum Muar diisytiharkan Bandar Diraja dan selepas beberapa program berdoa Muar dapat pengiktirafan yang baru iaitu Bandar Dirajamenambahkan lagi semangat untuk selalu ke sana.

Foto 2012: Program sebegitu juga pernah diadakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Setelah program Upload Energi di Ulu Bendul, singgah pula di Seri Menanti.

Picture
Picture

Picture
Picture
Picture
Tips: Ramai pasangan yang bermasalah dalam perkahwinan didapati mempunyai pola 18 atau 81 dalam petak kiraan tarikh nikah itu sendiri atau untuk 10-20 tahun. Untuk tarikh 27 Julai 2018 ini tiada langsung pola tersebut... kita ikhtiar!

Strategi pemilihan tarikh nikah bersama Dato Eddy:
- Sesi Konsultansi Peribadi - Perkahwinan
- Kursus Pola 27 Potensi Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian.
Semalam dua kes masalah tarikh nikah ditemui. Bilamana diperiksa tarikh lahir individu2 adalah baik2 saja namun mengapa ada masalah kewangan atau perhubungan. Lalu, diperiksa tarikh nikah dan didapati bermasalah.

Bagi kes 1, jelas tarikh nikah ada masalah kewangan manakala bagi kes 2, jelas tarikh nikah ada perihal tekanan dan halangan (gangguan orang luar). Jadi, bilamana tarikh sebegitu maka membuka ruang untuk asbab2 atau perihal2 masalah masuk ke dalam perkahwinan.

Tarikh nikah merupakan satu tarikh yang sangat penting bagi perjalanan kehidupan kerana ianya satu perjalanan kehidupan juga. Pemilihan tarikh nikah secara kaedah pernomboran memanglah rumit kerana pelbagai sudut pandangan diambil kira, itulah kita ikhtiar mencari yang terbaik dan sekurangnya mengenalpasti perkara2 yang boleh dibuat persediaan awal. 

Akan datang ini ada satu tarikh nikah yang baik iaitu pada Jumaat hari berkat, 27 Julai 2018. Tarikh itu sendiri baik dan untuk 20 tahun juga baik (menggunakan kaedah Graf Dekad/ Graf Motif Hayat ciptaan Dato Eddy).. jika nak yang 60 tahun baik sukar nak cari sekurangnya 20 tahun itu cukup masa untuk bina kekuatan. 

Namun, tarikh ini adalah secara umum untuk kegunaan semua orang. Jika anda mahukannya jadi tarikh nikah, ianya perlu dikira secara individu2 pula untuk memastikan benar2 sesuai. Bagi anda yang telah bernikah bolehlah gunakan tarikh ini 27 Julai 2018 sebagai satu ikhtiar pembetulan/ peningkatan. Program Ikhtiar Energi Dikasih Sayang akan ditawarkan pada tarikh tersebut. Jumpa nanti di tarikh tersebut.

Picture
Picture
Satu program pendidikan berlangsung pda 5 Jun 2018 di sebuah tadika di Shah Alam... pada penghujung tahun lepas, client ini dalam bidang pertanian mencari bisnes baru dan kerana tahun 2018 adalah "tahun pendidikan" jadi Dato Eddy cadangkan untuk membuat produk pertanian berkaitan pendidikan. Setakat ini sambutan yang sangat baik di Johor, Selangor dan Perak.
Picture

Picture
Minggu lepas client ini berurusan untuk mendapatkan laporan graf hayat. Selang 3 hari selepas laporan dihantar, beliau menghubungi semula untuk 1-2 penjelasan. Beliau hantar mesej  di sebelah tengahari tapi petang baru mesej dibuka dan dijawab. Namun, di sebelah tengahari tu, Dato Eddy alami sakit kepala yang kuat. Tak tahu mana punca sebab biasanya melibatkan client yang bermasalah tapi sebelah pagi tiada perihal masalah2 client. Apabila di sebelah petang bertanya itu ini akhirnya terbuka cerita tentang perihal pola 38, beliau berminat untuk mengaktifkan energi tersebut. Sakit kepala masih dirasai jadi rupanya inilah punca energi berlawanan itu... dahlah sakit sangat nak telan ubat tak boleh sebab puasa.. sabar jelah.

Apabila diperiksa Graf Hayat, didapati beliau punyai Main Structure SUN. Daripada kajian Dato Eddy mendapati individu yang punyai Main Structure SUN biasanya ada susur galur keturunan kesultanan. Antara individu sebegitu adalah Dato Eddy (keturunan Raden) dan seorang individu berpangkat Yang Mulia (Keturunan Minangkabau). Client ini juga selain Main Structure SUN ada juga pola 38 (salah satu perihal pola 38 adalah kesultanan).

Jadi, kepada individu ini yang berminat dengan energi 38, terutamanya yang punyai pola 38 / 83 / 358 / 853 dalam petak tarikh lahir dan/atau Main Structure SUN, program Energi Aura 38 merupakan satu ikhtiar bagi membina energi yang sesuai bagi potensi anda yang lebih besar.



Picture
Picture
Sudah tentu KDYMM SPB YDP Agong Malaysia ke 15 punyai pola 83 / 38. 

Bagi Dato Eddy (Main Structure SUN), pola 38 berada di sebelah petak ibu yang mana keturunan ibu dari sebuah kraton di Jawa Tengah.

Bagi pelakon ini dilahirkan tiada pola 38 langsung, tetapi pada tahun 2004 yang mana beliau melakonkan watak Sultan Melaka dalam filem Puteri Gunung Ledang, tahun tersebut beliau punyai pola 38... menarik kan?

Jadi, jika anda tak punyai pola 38 atau 83 dalam petak tarikh lahir anda, anda boleh punyai pola tersebut pada tahun tertentu! Apatah lagi mereka yang memang dilahirkan dengan pola 38 atau 83 dalam petak tarikh lahir tetapi tidak diaktifkan energi "38" tersebut.

Picture
ALHAMDULILLAH..........Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana mengizinkan saya menyertai KURSUS POLA 38 di Pagoh Johor pada 1&2 Jun 2013........sempena Hari Keputeraan AGONG MALAYSIA.

Pertama kali menjejakkan kaki diatas tanah bukit Nasuha Resort selepas menuruni pengangkutan tram yang disediakan.....tiba-tiba seluruh anggota badan terasa bergetar dan terhuyong-hayang sementara ketika berjalan, itu bagai menandakan ENERGY BAIK sangat kuat berada di kawasan situ dan seminggu sebelum kursus juga keadaan diri saya sudah terasa keletihan serta lesu.

Sepanjang mengikuti kuliah didalam dewan keadaan saya kembali stabil dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada pembelajaran pada hari berkenaan.
Semasa proses UPLOAD ENERGY .... memang dapat merasakan energy yang kuat hasil gabungan dari energy di Mekah dan alam sekeliling yang tidak pernah saya rasai sebelum ini....beserta angin dan cahaya matahari yang menyinar membuatkan pelbagai warna yang keluar diddepan mata ketika mata ditutup.

Selepas pulang sehingga hari ini saya masih merasakan ketenangan dan banyak perkara -perkara kebaikan berlaku kepada diri dan juga mudah dapat merasai energy baik@tidak baik yang berada disekeliling.
​
Terima kasih kepada Cikgu Ady, ahli kumpulan yang terlibat kerana menganjur dan menjayakan Kursus Pola 38 yang memberi KEBAIKAN kepada peserta-peserta hadir serta membuka ruang, peluang untuk memperolehi KENIKMATAN ALLAH S.W.T yang telah diciptakan untuk hamba-hambanya...
Pada 2013 lalu, program Upload Energi Aura 38 berlangsung di Nasuha Resort, Pagoh, Johor... pengalaman pertama Dato Eddy sakit kepala berpanjangan selama seminggu sebelum program ... seorang peserta pula tetiba sakit dada apabila sesi energi dibuat di sebelah petang... katanya pedih terasa energi... dalam sesi itu dihubungkan dengan seorang client yang sedang berada di depan Kaabah pada waktu yang sama.


​
Msa kursus 38 d pagoh ade satu kjadian pelik berlaku. Waktu bacaan yassin brlangsung dpertngahan surah sya ttdo mklumlh sya trlalu mngantuk.. tsdar semula smasa org sdang baca surah kul yg ke 3… agak lama terlelap tetapi yg ajaib tubuh sya tk bergerak lngsung… Blik dri kursus 38 sya terus dpt ruang utk bkalkn bkalan makanan dan pralatan ke skolah tdika sbanyak rm3ribu brbanding rm1500 sebln sblum kursus…Slepas sesi upload gngguan dblakang bdan sya dah jauh brubah terasa benda tu dah macam smakin lemah… sya smakin selesa dgn keadaan skarng…  sya ternapak satu bungkusan spt hamper bwarna purple ddpan sya…

Picture

Picture

Picture
Karpet hijau.. satu tempat idaman ramai Muslimin Muslimat... taman Syurga Raudah di Masjidil Nabawi Madinah.. waktu ni tak sesak ramai orang jadi boleh duduk2 lama buat amalan2 dan bergambar... tu bukan beg Hermes.. tapi beg TUMI yang dibeli di Nu Sentral... ambil berkat...

Sepanjang 4 kali Umrah dan beberapa kali masuk Raudhah tak pernah ikut jalan depan (Babus Salam) untuk masuk ke Raudhah sebab selalunya kena beratur lama... ada satu jalan belakang lebih mudah masuk tak perlu tunggu2 giliran.

Tips: ikut pintu Jibrail jam 3.30 petang... buka saja pintu tu teruslah meluru masuk ke Raudhah... itu carian Dato Eddy sendiri setelah perhatikan beberapa laluan alternatif untuk masuk ke situ.

Picture
Pada 2013 lalu, client ini memenangi cabutan bertuah sebuah kereta dari syarikat multilevel Avail di konvensyen syarikat di Putrajaya... tahun seterusnya Dato Eddy pula menang cabutan bertuah pertama emas RM3K di konvensyen yang sama.

Client ini asalnya buat bisnes printing namun perniagaan dalam 5 tahun adalah mendatar. Bila mendapatkan khidmat Dato Eddy, rupanya ada masalah dalam tarikh daftar syarikat. Jadi, dicadangkan buat baru pada tarikh yang lebih baik dan arah bisnes diperbetulkan ke Putrajaya. Beberapa bulan selepas itu dapat job buat printing untuk Hari Belia sebanyak RM800K di Putrajaya dan lepas tu menang pula cabutan bertuah kereta di Putrajaya juga... dah arah rezeki dituju sebegitu. Kali terakhir dengar khabar nak beli kereta Audi secara cash.

Semenjak cabutan bertuah kereta itu, pihak Avail tak lagi buat cabutan kereta sebaliknya diganti dengan lebih banyak hadiah2 bagi peluang ramai ejen  mendapat hadiah... tu yang dapat cabutan emas dan TV Toshiba je tahun seterusnya :)

Pagi dapat cabutan bertuah TV (10 pagi) dan petang dapat cabutan bertuah emas rm3K (5 petang) menggunakan kaedah Dairi Metafizik/ Software Integrasi iaitu menggunakan strategi jam pukul berapa untuk cabutan. 


Picture
Foto program Doa Kekayaan (kini dikenali Ikhtiar Energi Rezeki) yang berlangsung di perkarangan Masjid Shah Alam pada tahun 2012 lalu... ambil aura tempat yang baik.

Program bertemu secara langsung sebegini kini jarang dijalankan memandangkan sukar mengumpulkan peserta masing2 jauh, tidak berkesempatan masa dan sukar mendapat cuti kerja dsbnya. Jadi, perkhidmatan kini lebih banyak dibuat secara jarak jauh. 

Ada kelapangan nanti kita buat secara langsung sebegini.

Suami saya selepas join berdoa kekayaan di masjid shah alam n folo nasihat cikgu tuka alamat rumah, alhamdulillah, hari2 close sale insurance

Picture
Maklumbalas peserta ikhtiar Energi Rezeki 6 Mei 2018.

Picture
Resipi dah sedap... dan jenama perlulah ada "tarikan".. menggunakan kaedah pernomboran nama... itulah ikhtiar yang dilakukan.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Sesi Personal Consultation - Perniagaan
- Kursus Pola 96 Potensi Bisnes Berkesan
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya.

Picture
Foto:
Sesi ceramah di Sek Men Dang Anum, Melaka
Di UTHM, Batu Pahat, Johor.
Picture

Picture
Picture
Satu kaedah sains teknologi untuk tingkatkan cemerlang akademik adalah menggunakan "kejutan elektrik" kepada anak2... tapi, setakat ini belum ada kaedah terbuka sebegini dibuat... jadi, kita gunakan kaedah alternatif untuk "kejutan elektrik" tersebut seperti pemakanan buah2 dan sayur2 serta yang tinggi alkali, kaedah ikhtiar energi seumpamanya.... tapi nak suruh anak2 konsisten makan buah2 sayur2 agak sukar apatah lagi yang dah patah hati dipaksa belajar lagilah sukar dinasihat.

Bagi kes pelajar ini yang tidak habiskan pembelajaran adalah melalui tempoh masa yang tidak baik dan juga potensi akademik yang kurang baik...mengikut kajian tarikh lahir metafizik pernomboran... sama ada dibiarkan saja sebegitu atau paksa juga belajar atau diberikan strategi2 dan ikhtiar2 yang sesuai untuk individu tersebut.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Graf Potensi Otak Kiri Otak Kanan (S27). Ciptaan Dato Eddy... untuk kenalpasti warna sesuai untuk mata kanan dan mata kiri serta tahap peratusan keupayaan Otak Kanan atau Otak Kiri. Juga, arah sesuai untuk letak tempat meja belajar.
​- Seminar Pola 4 Potensi Bijak Belajar.
- Sesi Personal Consultation - Pelajar
- Ikhtiar Energi Cemerlang Akademik.

Profil Akademik Keluarga Dato Eddy
- Dato Eddy: SBP Sek Men Sains Pahang, Pelajar terbaik Peperiksaan Percubaan SPM dan ijazah dari Syracuse University, NY, USA.
- Isteri : Anugerah2 Dekan, ijazah dari Syracuse University dan MBA, UiTM.
- Anak: SPM10A+ dan Tokoh Pelajar, Anugerah Dekan, Pelajar Terbaik Matrikulasi Universiti Malaya.

Picture
Picture
Sains dah kata begitu, maka kita redha sajalah jika anak tak cemerlang akademik? Atau kita ikthiarkan sesuatu seperti ikhtiar energi akademik, pemakanan sihat, strategi arah ke sekolah, keserasian sekolah, kenalpasti tahap Otak Kanan Otak Kiri, Warna sesuai untuk cemerlang akademik dsbnya.

Picture

Picture
Individu yang mendapat 17A1 yang kini menjadi seorang doktor di UK.

Tahap Otak Kiri beliau 67% maka sesuai dalam bidang perubatan.

Ini satu kaedah pengiraan Tarikh Lahir ciptaan Dato Eddy sendiri, satu2nya dan pertama di dunia, bagi merangka strategi untuk kecemerlangan akademik anak2. 

Untuk dapatkan bahan ini, 
1. Sesi Personal Consultation - Pelajar
atau
2. Seminar Pola 4 Potensi Bijak Belajar
atau
Tempah terus dengan Dato Eddy cuma RM20 sahaja.


Picture
Picture
Menjalankan perniagaan merupakan satu perkara yang sangat baik malah semua tahu 9/10 kekayaan adalah dari perniagaan. Jadi secara umum, semua orang seeloknya dan boleh menjalankan perniagaan.

Secara khusus pula, daripada pandangan kajian metafizik pernomboran, menjalankan perniagaan ada tempoh waktunya untuk berkesan untung dalam perniagaan. Bukannya suka hati nak mula bila-bila. Kalau nak juga boleh saja tetapi tabahlah harungi cabaran sehinggalah tempoh masa dah sampai untuk berjaya kaya.

Lihat kisah Colonel Sanders KFC yang berjaya kaya apabila mula berniaga pada umur 65 tahun. Sebelumnya itu selalu kegagalan.

Bagi kes individu ini, beliau dalam kategori Colonel Sanders KFC kerana tempoh masa untuk beliau jalankan perniagaan yang menguntungkan adalah pada usia 60an nanti. Jadi, pada umur 30an ini menjalankan perniagaan asyik tak jadi maka tunggulah umur 60 tahun nanti ikut jejak Colonel Sanders KFC.... atau... ikhtiarkan sesuatu dan bina strategi supaya dapat juga menjalankan perniagaan walau pada usia yang belum masa untuk berniaga. Lagipun, bagi kes Colonel Sander KFC potensi beliau dalam bidang makanan, jadi yang selama muda beliau buat kerja2 lain tak menjadi adalah kerana tidak penuhi potensi sebenar (mengikut kajian metafizik metafizik).

Kepada individu yang mahu memulakan perniagaan, periksa dahulu sama ada anda dalam tempoh sesuai untuk bina bisnes. Kaedah pernomboran yang dibawakan oleh Dato Eddy bagi tujuan mengenalpasti tempoh masa:
1. Graf hayat.
2. Graf Dekad 10 tahun (atau Graf Motif Hayat).. ciptaan Dato Eddy sendiri.

Dapatkan juga;
- Sesi Personal Consultation - Perniagaan.
- Audit Premis Perniagaan.
- Kursus Pola 96 Potensi Bisnes Berkesan.
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya.




Picture
Picture

Picture
Sesi Personal Consultation yang dijalankan di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah. Ini pengalaman pertama buat sesi jam 6.30 pagi! Memandangkan waktu subuh di Sabah adalah awal jadi ada masa untuk memulakan sesi lebih awal sementara menunggu waktu sarapan.
Picture
Sesi Personal Consultation yang dijalankan di sebuah restoran di Batu Pahat, Johor. Tumpang tempat seorang client yang mengusahakan restoran. Namun, restoran tersebut telah ditutup kerana beliau tersalah arah dan tersalah masa (tahun). Agak sukar untuk membantu restoran tersebut pulih kembali memandangkan terdapat beberapa halangan luaran.

Picture
Perkahwinan membawa pelbagai jenis risiko.. satu daripada risiko adalah masalah kewangan yang boleh dihadapi oleh pasangan suami isteri. Dalam kes ini, terdapat "4 lapis" masalah yang perlu dihadapi dan diselesaikan oleh individu ini.

Oleh itu, amat penting untuk memilih tarikh nikah yang benar2 wajar bukan sahaja untuk perihal keserasian tetapi juga perihal kewangan. Tarikh nikah merupakan satu parameter yang tak dapat diubah (tiada cara untuk tukar tarikh nikah) melainkan menggunakan beberapa strategi dan ikhtiar. 

Namun, bagi pasangan yang telah melangsungkan pernikahan pada tarikh yang tidak dipilih atau terpaksa menggunakan tarikh nikah yang ditetapkan keluarga, eloklah mengetahui apa potensi dan konflik serta perjalanan daripada tarikh nikah tersebut.

Perkhidmatan Dato Eddy;
- Sesi Personal Consultation - Perkahwinan
-Kursus Pola 27 Potensi Cinta, Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian.
- Laporan Keserasian Pasangan dan Perkahwinan (dalam 10 halaman).
- Ikhtiar Energi Dikasih Sayang

Picture
Buah2an, sayur2an dan bahan2 semulajadi seperti cahaya matahari adalah yang terbaik untuk kesihatan kita.

Sebagai individu dari jurusan sains, Dato Eddy tentunya mengambil saranan2 sains namun bukan semua saranan sains ada manafaat... sama ada sains atau metafizik, kedua2nya perkara itu kajian manusia tentunya dan kita perlu memilih yang sesuai dan sentiasa perlu kemaskini (update)... kita manusia mencari ikhtiar sama ada dari sains atau metafizik.. hanya ilmuNya dan izinNya yang mutlak.

Picture

Picture

Picture

Picture
Maklumbalas peserta program Ikhtiar Energi Rezeki (dari bulan April seterusnya Mei 2018). Individu ini bukannya pelombong emas malah ini pertama kali terlibat dalam projek sebegitu secara tak sengaja... mudah2an perjalanan beliau untuk mencapai kekayaan dipermudahkanNya... kini langkah beliau seterusnya berurusan dengan pihak funder di luar negara yang sedang menunggu dokumen ini.

Jika ada sesiapa ada modal/ ada kapasiti untuk bersama jalankan projek lombong emas ini, boleh PM tepi :)

Picture
Picture

Picture
Idea untuk "mandi istiadat" ini berasal dari mandian bunga. Setelah mempelajari daripada beberapa guru, didapati ramai individu yang sakit misteri/ bermasalah hidup mempunyai keturunan susur galur kesultanan... mungkin dulu2 keturunan Sultan Melaka atau Raja Jembal kot contohnya... jadi mencuba idea bahawa jika sultan2 dimandikan adat, maka individu2 sebegitu dibuat perkara sama, mungkin boleh merungkai "energi keturunan"... lagipun, elok sama tahap iaitu jika pesakit keturunan raja maka perawat keturunan raja juga... umpama sakit teruk berjumpa doktor pakar jika doktor klinik biasa kurang berkesan.

Foto Dato Eddy sedang berbisik doa2 kepada individu mandian istiadat. Menggunakan bunga2an asli dan dibuat diluar rumah bawah bulan penuh dan atas tanah.
Ikhtiar "Mandi Istiadat" oleh Dato Eddy.

Dato Eddy bukanlah khusus untuk perawat. Jika seseorang dikenalpasti ada masalah tertentu dan diperiksa menggunakan kaedah tarikh lahir/ waktu lahir, maka individu itu dapatkan rawatan doktor perubatan atau perawat alternatif yang lain sebab itu dah memang kerja mereka seharian... boleh ditambah pemulihan itu dengan ikhtiar energi serta strategi pernomboran seperti arah yang sesuai, periksa keserasian ubat dan sebagainya.

Namun, jika pelbagai ikhtiar dan usaha belum berhasil, mungkin kena Dato Eddy juga yang turun padang buat sesuatu ikhtiar lain.

Untuk kes seorang wanita yang mengalami masalah rumahtangga dan seterusnya kesulitan dalam proses perceraian yang memakan masa hampir 4 tahun tak selesai berulang kali turun naik mahkamah dan pelbagai serangan mistik/ misteri... kata beliau selalunya bekas suami datang ke mahkamah membawa seseorang yang tidak dikenali dan akhirnya dapat tahu individu itu seorang bomoh.. agaknya bomoh tu mahir perundangan kot.

Akhirnya setelah berpuluh perawat ditemui, maka Dato Eddy cadangkan untuk buat ikhtiar "mandi istiadat". Ianya adalah kaedah mandi bunga tetapi ada tambahan kaedah. Semasa pemandian, datang ilham untuk dimandikan dengan 3 batang lidi penyapu... nasib baik di rumah kampung maka ada penyapu lidi... walaupun dugaan berat tapi usah perkecilkan sebatang lidi yang kecil tu... alhamdulillah 3-4 bulan selepas itu kes mahkamah selesai dan dapat penjagaan anak sepenuhnya dan dapat berkenalan seseorang yang baru dan bakal berkahwin tak lama lagi... cepatnya :)... begitulah namanya ikhtiar.

Picture
Semasa proses membuka grup Whatsapp untuk program ikhtiar Energi Rezeki Jun 2018, Dato Eddy jadi sakit kepala... biasanya petanda "lawan energi"... ada peserta yang mengalami juga... ini yang dinamakan fenomena energi yang tak dapat dijelaskan secara sains.

Fahamlah kenapa Grup Jun 2018 ada "lawan energi"... memandangkan ada peserta2 sebelum ini dari grup bulan Mei dan peserta2 yang baru join telah melalui tempoh bulan Mei 2018 yang agak teruk. Apa taknya, bulan Mei 2018 merupakan tahun 5 halangan untuk Malaysia dan graf rendah (point 1) beserta dengan fenomena 3 bom serangkai Vacuum + Terminating + Blocking Star... bagi yang menjalankan perniagaan sangat2 terasa down pada bulan Mei 2018. Tengoklah apa yang jadi dalam bulan Mei 2018 yang penuh dugaan untuk Malaysia dan rakyatnya.

Apabila jiwa dan semangat down menghasilkan energi tak baik dalam badan menyebabkan sakit: sakit hati, sakit jiwa, sakit badan dsbnya. Boleh saja makan ubat untuk kurangkan sakit namun ubat itu lebih untuk fizikal manakala "sakit energi" memerlukan suntikan/ pemulihan energi yang baru... banyakkanlah senyuman, banyakkanlah ketenangan.. tapi kalau hati sakit jiwa sakit, senyum pun tak ikhlas jadi energi yang baik sukar untuk dijana.. maka ikhtiar menggunakan kaedah sebegini bagi merawat jiwa lara :)

Picture

Picture
Picture
Picture
Minyak energi yang dimaksudkan adalah minyak wangi Energi Putih yang dibekalkan terus daripada Dato Eddy (tidak dijual di kedai). Selain daripada dijadikan sebagai wangian badan, ianya boleh dititiskan dalam mandian malah boleh dicalit pada produk, fliers, bantal, langsir dan sebagainya.. semua ini sebagai ikhtiar energi ketenangan bagi tujuan rezeki, kasih sayang seumpamanya.

Bagi kes ini ada perihal misteri/ mistik. Bilamana individu ini menyatakan tapak tangan sakit, maka Dato Eddy minta kebenaran untuk lihat gambar tapak tangan beliau, lagipun masih dalam batasan aurat muslimah untuk bahagian tapak tangan.. dapat merasa seolah individu ini sakit dalaman/ sakit di jiwa... bila bercerita tentang masalah zuriat dapat merasa rahim "merintih".. rupanya jiwa individu ini yang down selama ini.

Daripada kes ini dapat kita pelajari;
1. Apabila rasa sakit/ tak sedap badan, memang betul periksalah diri anda dulu secara fisiologi (fizikal) dengan doktor perubatan untuk pastikan fiziologi anda dalam keadaan baik.
2. Jika fisiologi baik tetapi masih rasa down, maka ianya berkaitan jiwa/ spiritual/ kerohanian. Maka ikhtiarkan dengan kaedah kerohanian. Badan yang nampak sihat tapi hati/ jiwa dalam kesakitan... jadi walau tapak tangan nampak normal tetapi "jiwa" dalaman itu yang memerlukan pemulihan.
3. Jiwa/ spiritual yang sakit boleh menganggu fungsi fisiologi badan kita... contoh bagi kes di sini, rahim sihat tapi jiwa yang tak sihat mengganggu perjalanan energi untuk zuriat dibangunkan (seolah "nyawa" untuk zuriat).



Picture
Ilmu Rasa.. daripada gambar... seringkali kita mendengar atau mellihat kemahiran individu2 yang dapat "scan" seseorang secara alternatif... mungkin dari ilham, mungkin secara kata hati, mungkin dari "bisikan luar" dsbnya... anda pun boleh janakan diri anda untuk ilmu rasa... dalam metafizik, kehidupan kita ini saling berhubung kerana pergerakan energi dan juga frekuensi yang sentiasa aktif di alam ini seolah satu komuniti wi-fi, jadi kita cuba hubungkan diri kita dengan wi-fi energi kehidupan itu.

Mempelajari ilmu Rasa tidak semestinya untuk jadi perawat (kes di atas - dapat rasa jiwa sakit daripada tapak tangan) tetapi gunakan untuk tujuan bisnes/ sales seumpamanya... kita janakan ilmu rasa untuk memeriksa tender2 kontrak yang baik, memilih pelanggan yang berpotensi, memilih property yang boleh bawa keuntungan, merasa turun naik pasaran forex atau saham... seumpamanya. Memanglah kita perlu periksa spesifikasi atau engineering data atau technical analysis untuk sesuatu perkara tapi itu semua data fizikal bagaimana pula "jiwa" perkara itu... seumpama projek on paper bagus tapi sebenarnya projek itu berpotensi sakit sebab tanah/ kawasan projek ada masalah "jiwa" yang mengganggu perjalanan projek.. begitu perumpamaan. Boleh juga gunakan ilmu rasa untuk ahli keluarga.. kadang kala anak isteri suami senyap senyum2 nampak ok sihat tapi sebenarnya jiwa sakit/ emosi tak stabil berpotensi jadi penagih dadah seumpamanya.. 
Picture

Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.