Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Bersediakah anda untuk kejayaan?

7/24/2011

0 Comments

 
Picture

Tahun 2011 Tahun Pendidikan.
Seperti yang cikgu A-D beritahu daripada tahun lepas 2010 lagi, tahun 2011 ini pendidikan banyak mendapat peluang, contohnya, projek sekolah dalam hospital, projek skim latihan untuk pasukan tentera yang akan bersara yang lebih panjang, projek pembelajaran lanjutan PhD untuk industri yang mana RM50K yuran ditanggung kerajaan dan sebagainya serta insentif kepada sekolah dan guru.

Jika anda terlepas peluang tahun ini tak mengapa tahun 2013 adalah sekali lagi  Tahun Pendidikan! Bersedia dari sekarang!

Jangan lupa untuk menempuhi Tahun Jiwa Kacau 2012. Kemungkinan besar jiwa kacau datang dari 2 perkara utama - masalah ekonomi merundum yang menjejaskan industri/perniagaan serta masalah tekanan perasaan yang lama terpendam - apakah anda telah bersedia untuk melaluinya dengan baik? Jika belum, jom di sini ada cara dan tekniknya.

Picture
Cek kenangan RM98,000

Pernahkah... dan mahukah anda mendapat sekeping cek puluhan atau  ratusan ribu  ringgit di atas nama anda sendiri ? Ini hasil main saham BSKL teknik pola 336.


Cikgu A-D pernah juga mendapat sekeping cek atas nama cikgu A-D sebanyak lebih kurang RM200,000 (juga saham BSKL, tapi salinan cek tu dah hilang) pada sekitar tahun 2006 (masa tu tengah Virtuous Star tapi dek kerana Vacuum Star pun boleh habis juga! Tapi tak mengapa, itu dulu semasa sebelum kaedah pernomboran, kini dah tahu lebih berjaga-jaga dengan teknik yang betul). Jika anda membaca ruangan blog di bawah-bawah sebelum ini juga ada 2 keping foto cek RM75K dan RM83K. Ini semua teknik pernomboran dan graf seperti Pola 666 Potensi Kekayaan, Pola 336, Graf Prestasi Bulanan dan Harian serta Jam seperti memilih hari yang baik membeli dan menjual saham - gubahan teknik pola 336 dan 666 ciptaan cikgu A-D sendiri. Jika anda tidak pelajari kaedah pernomboran maka anda tidak nampak jalan dan petunjuk kekayaan. Maka selepas pelajari kaedah pernomboran terdapatnya panduan untuk anda gunakan untuk melangkah kepada kekayaan.

Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah pernomboran memang boleh ada hasil dan cikgu A-D bukan sekadar mengajar motivasi kosong semata-mata - "No Action Talk Only" kalau ada yang mengatakan kaedah ini mengarut - lihat sendiri hasil dari cikgu sendiri. Jika anda serius nak berjaya dan kaya serta bahagia, maka ada caranya.. dan ongkosnya pun ada jua...

Ini bukan hasil dari bisnes jual produk terus dapat untung besar, tapi satu kejayaan dari bisnes berisiko besar di BSKL tanpa cikgu A-D keluarkan modal satu sen pun (teknik gabungan kekayaan).. anda pun boleh berjaya kaya tanpa modal! Mahukah anda duit lebih banyak untuk bayar hutang anda? Untuk membiayai perbelanjaan keluarga/ syarikat?

Insyallah, kursus Teknik Pola 666 Potensi Kekayaan akan dianjurkan pada Oktober nanti atau dapatkan cikgu A-D dalam sesi konsultansi/ kelas persendirian atau berkumpulan. Anda boleh dapatkan cek yang lebih besar dari ini lagi!


Kepada individu yang mendaftar untuk hadir ke program Workshop "Graf Hayat Tahunan, Bulanan atau Harian" pada Sabtu ini 30 Julai sila bawa maklumat JAM ANDA DILAHIRKAN yang tepat (sama ada daripada ibu bapa atau dari surat beranak. Jika tiada maklumat tersebut, sila bawa maklumat tarikh dan jam lahir anak sulung anda atau kakak/ abang sulung anda jika ada).

TERBARU: Teknik "Sungazing"

Di dalam kaedah metafizik seperti Feng Shui, Aura, Pernomboran dsbnya, elemen alam adalah penjana tenaga. Di dalam kaedah pernomboran metafizik, teknik pola 38 dikaitkan dengan menjana tenaga dalaman yang satu daripadanya adalah "download" dari elemen alam. Untuk individu Elemen Api maka penjana tenaga utama anda adalah Matahari. Dalam sains perubatan, cahaya matahari adalah sumber Vitamin D. Kini, satu lagi penemuan kaedah kuno yang diperkenalkan semula iaitu teknik "Sungazing" sesuai untuk orang Elemen Api dan juga boleh digunakan oleh individu elemen lain secara ringkas.

Berikut adalah suntingan dari satu artikel perihal Sungazing:

Is it possible to stare directly into the sun and not eat food?  ..A flyer at school advertising a lecture by an elderly Indian gentleman sparks the imagination of a young man named Mason. The flyer reads: "You can become solar powered." It also states that the Indian man giving the lecture, who goes by the acronym HRM, has not eaten in over 8 years, a direct result of sungazing.

Intrigued, Mason begins this simple practice along with a few other classmates. Everyday, in accordance with HRM's protocol, they stand barefooted on the bare earth looking directly into the sun and every day they add 10 seconds to their sungazing time. The goal, according to HRM, is to reach 44 consecutive minutes of looking directly at the sun -- which could take 9 to 12 months to achieve -- at which time one would be "fully charged", meaning not only cured of all mental and physical ailments but also now without the desire or need to eat food. In many ancient civilizations -- from the Incas and Aztecs to the Greeks and Egyptians - this practice was exclusive to only the high priests and forbidden for 'ordinary' people.

Teknik Sungazing akan diberitahu lebih mendalam kelak, terutamanya di dalam kursus Teknik Pola 38. Kita hidup di zaman moden kini telah jauh meninggalkan sumber tenaga kita daripada alam, mudah-mudahan kita boleh menggunakan kembali kuasa alam untuk kekuatan kita umpama orang tua dulu-dulu yang sihat dan cergas sepanjang masa.

Seperti Cikgu A-D adalah Elemen Api, kini setiap pagi Cikgu A-D ke pejabat atau ke pekan menaiki motor sahaja berbanding naik kereta, jadi jangan terkejut kalau ternampak cikgu A-D naik motor kapcai je di Meru atau di Setia Alam. Tujuannya adalah untuk lalu aliran angin dikatakan untuk membersihkan aura, juga dapatlah mendedahkan diri kepada cahaya matahari sepanjang laluan. Semasa melalui di bawah cahaya matahari, Cikgu A-D akan berhadap kepada matahari dan membaca dua potong ayat Al-Quran, satu berkaitan api dan satu lagi berkaitan matahari. Mungkin ada khasiatnya, tak pasti, baru-baru ini kawan cikgu A-D mengatakan cikgu A-D kini sudah agak kurus sedikit dan nampak muda kalau mengaku bujang pun orang percaya! Entahlah, yang penting sihat!

WAKTU BERDOA KEKAYAAN
Tarikh    : Isnin, 29 Ogos 2011
Jam       : 11.30 malam - 12.30 malam (bagi Semenanjung & Singapura)
                 11.00 malam - 12.00 malam (bagi Sabah & Sarawak)

Kebetulan kemungkinan besar jatuh pada malam Raya Aidilfitri nanti. Dengan diiringi takbir raya yang berkumandang, mudah-mudahan doa anda dimakbulkan. Kepada rakan-rakan / pelanggan bukan Islam, anda boleh juga berdoa menggunakan cara anda sendiri pada waktu yang sama. Yang penting, kita sama-sama Merdeka Raya!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
Tahukah anda dalil wajib berpuasa terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 183?


WORKSHOP GRAF HAYAT TAHUNAN, BULANAN DAN HARIAN
Pertama kali
Sabtu 30 Julai, 2011.

sila bawa maklumat JAM DILAHIRKAN

Tempat: Pejabat Meru (atas Bank Simpanan Nasional Pekan Meru, Klang). Ikut NKVE susur Setia Alam/ Meru.
lihat peta di laman MAKLUMAT atau di peta sebelah blog ini (skrol di tepi ke bawah)
Masa    : 2.30 petang - 5.30 petang
Yuran   : RM50 seorang
Daftar   : SMS taip GR hantarkan ke 016 624 9666. Bayaran di sana.

Mengenali fenomena (Star) yang berlaku untuk tahunan, bulanan dan harian! Terutamanya untuk 2012 nanti. Sebelum ini dalam Kursus Graf Hayat hanya pelajari fenomena (star) yang berlaku untuk 10 tahun, jadi kali ini pengetahuan menjadi lebih mendalam dan analisis kehidupan menjadi lebih terperinci dari sebelumnya. Anda boleh mengunjurkan apa yang bakal berlaku pada tahun tertentu dan bulan tertentu memudahkan anda membuat perancangan atau persediaan sewajarnya.

Elok untuk bekas peserta kursus Graf Hayat (boleh juga untuk individu yang baru).

Worskhop yang pertama kali dibuat !

Picture
Foto cikgu A-D bersama Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad (Millionaire Mindpower) di atas sebatang pokok di Pulau Tioman ketika Energy Trip 1 awal tahun 2010. Cikgu A-D dijemput untuk majlis berdoa kekayaan untuk group MMP di sana jam 3.30 pagi di situ.



Tragedi di Norway: "JIWA KACAU 2012"

Tragedi serangan tembakan rambang di Norway pada Jumaat 22 Jul 2011 lalu yang mengorbankan 93 orang besar kemungkinan menunjukkan tanda-tanda dan bahang menuju ke tahun 2012 "tahun jiwa kacau". Kebencian, kemarahan dan keresahan melampau yang tidak diluahkan secara positif menyebabkan ramai individu boleh jatuh terperangkap dalam situasi jiwa kacau. Sayangnya, di negara Malaysia kini ini sudah ada golongan yang jiwa kacau, hanya menunggu peluang dan ruang sekali lagi untuk mengacaukan lagi tanahair. Tahun depan negara Malaysia adalah kitaran 8 iaitu tahun tertekan, sama dengan kitaran tahun 8 untuk Mesir tahun ini. Apakah anda seorang yang menyumbang kepada kejatuhan negara Malaysia pada tahun 2012 nanti? Atau apakah anda mahu membuat perubahan yang lebih baik kepada negara Malaysia dengan cara dan pendekatan yang lebih positif?

Semasa kejadian letupan bangunan kerajaan di Oklahoma, USA pada 1995, ketika itu cikgu A-D masih di New York. Cepat aje rakyat Amerika menuduh orang Islam mengebomnya. Pusat Islam dan rumah sewa kami dibaling dengan batu dan kami takut nak keluar rumah. Semasa solat jumaat ada sukarelawan menjaga kawasan pusat Islam untuk elakkan kejadian tidak diingini. Akhirnya, rupa-rupanya FBI mencekup orang bukan Islam yang mengebom bangunan itu. Apakah anda mahu menyebabkan rumah anda dibaling batu pada tahun 2012 nanti? Anda tidak pernah rasa bagaimana tak amannya tinggal di luar negara disekat itu ini. Kat negara China laman Youtube disekat, Facebook disekat, Blogspot disekat, tapi di negara kita sendiri yang sangat bebas masih lagi ada yang mahu perjuangkan sesuatu yang tidak positif - silakan berjuang tapi berjuanglah untuk produktiviti, keamanan dan kekayaan negara bermula dari diri kita yang kaya dahulu. Mahukah anda hidup dalam undang-undang darurat yang menyekat kehidupan seperti di Burma? Kita bebas keluar minum kedai mamak 4 pagi, kita bebas macam-macam di negara kita ini... tapi kebebasan mestilah diiringi dengan tanggungjawab! Angka 8 di kitaran 8  tahun depan menunjukkan tanggungjawab adalah untuk mengajar kita rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dengan positif kepada Alif-Agama, Ba-Bangsa dan Ta- Tanahair. Jika kita terus menerus menerima sahaja tekanan dan biarkan kita tertekan, tu yang jadi kitaran tahun 8 tekanan sepertimana di Mesir! 

Unik. Penembak yang jiwa kacau di Norway itu sebelumnya menulis satu dokumen anti Islam dsbnya setebal 1,500 mukasurat yang bertajuk "2083-A European Declaration of Independence,"  Tengok ada nombor 83 lah! kan cikgu A-D dah kata, tahun 2012 semua orang bakal memiliki pola 38 namun ramai orang melalui 38 yang negatif. Apakah anda telah mempelajari teknik pola 38 yang positif?

Daripada kajian cikgu A-D setakat ini pola jiwa kacau 2012 tahun depan bermula dari situasi ekonomi yang menyebabkan banyak industri/ perniagaan jatuh yang memberi kesan kepada ramai orang yang akhirnya jadi jiwa kacau. Situasi kemarahan terpendam juga dilihat satu faktor penyumbang. Jadi, apakah anda telah bersedia untuk tahun 2012? Supaya kekayaan anda, bisnes anda, keluarga bahagia anda, karier anda akan terus baik walau tahun 2012?  Kalau ada orang kata 2012 tahun kiamat, itu adalah kerana kita sendiri yang mengkiamatkan negara kita sendiri dek tak tahan tekanan kitaran tahun 8 tahun depan.

Nantikan kursus "Strategi Berkesan Menghadapi dan Melalui Tahun 2012 Jiwa & Ekonomi Kacau" bermula November di Klang, JB dan beberapa bandar lain.

Jika anda nak tahu bagaimana jiwa anda dikacau di sebabkan apa (mungkin Vaccum Star dsbnya malah bulan bila dijangka berlaku), datanglah ke Workshop RM50 Graf Hayat Tahunan, Bulanan dan Harian pada 30 Julai di Meru, Klang jam 2.30 petang - 5 petang. Daftar SMS taip GR hantar ke 016 624 9666.

Picture
Foto kelas teknik Pola 38 bahagian 1 pada 23 Julai 2011 di Parit Raja, Batu Pahat.

Menarik. Ada orang boleh rasa ibu jari tangan kirinya dipicit walaupun cikgu A-D memicit ibu jari tangan kiri cikgu A-D sendiri menyorokkannya di belakang papan putih. Malah ada yang dapat meneka tepat apa yang cikgu A-D tulis dan cakap walaupun disembunyikan.  Itulah positif pola 38!

Seorang peserta kurus pola 38 sebelum tiba di tempat kursus teringin nak makan nasi ayam kerana selalunya kalau kelas dibuat di situ kita akan makan tengahari di restoran mamak. Memang betul kami makan nasi ayam di sebuah restoran berdekatan! Itulah kekuatan pola 38! Kepada yang telah pelajari teknik pola 38 teruskan latihan dan gunakan dalam kerjaya, bisnes, kehidupan dan sebagainya. Kepada yang belum belajar pola 38 itu, cepat-cepat sebelum masuknya tahun 2012 tahun pola 38 yang jiwa kacau!


Picture
Foto dompet lama cikgu A-D.

Tadi cikgu A-D kira jumlah terkumpul. Duit dah banyak di rumah kenalah simpan pula di tempat lebih selamat - nak beli emas, nak beli SSP.

Pesan Dato Ibrahim Ahmad dan Dato Roslizam untuk simpan dompet lama dan digunakan sebagai tempat simpanan.

Cikgu A-D praktikkannya dan menggunakan 3 konsep gubahan cikgu A-D (anda boleh pelajarinya dalam kursus Pola 666 Potensi Kekayaan), dompet tu kini sudah ada RM5 ribu dalam masa 6 bulan!

Cikgu A-D bukannya ada bisnes besar atau untung besar untuk terus je ada atau simpan RM5 ribu (kalau dapat hasil dari kursus pun nak bayar itu ini juga), jadi duit tersebut adalah hasil terkumpul sepanjang masa ini dari teknik Pola 666. Jika anda tahu potensi anda, maka anda boleh cipta kekayaan untuk diri anda, tapi mestilah mengikut caranya! Kursus Pola 666 Potensi Kekayaan!

Dompet ini sebenarnya diletakkan dalam beg duit yang dihadiahkan oleh Prof Dato Dr Ibrahim pada Januari 2011, memang duit masuk je ke situ! Ada teknik kekayaan! Kali ini bukan sekadar I LOVE MONEY, tapi MONEY LOVES ME!!!!!

Dompet ini juga sebenarnya diletakkan dalam satu peti besi, masih ada satu lagi dompet yang Dato Roslizam hadiahkan mengandungi duit dan satu lagi tin emas mengandungi duit, sijil SP dan emas. Belum sempat nak kira tapi sebelum ini pernah kira adalah dekat RM6 ribu kot, juga satu album duit. Semua ini hasil teknik! Ada tekniknya yang anda boleh praktikkan di rumah atau pejabat atau bisnes, walaupun anda kakitangan kerajaan pun boleh lakukannya! Pola 666 Potensi Kekayaan (dikatakan angka 663 sebenarnya "number of the beast" bukannya 666, agaknya orang tak nak kita jadi kaya tu yang nombor 666 tak boleh tu kot!).


.
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.