Bekas ini mengandungi 5 kg batu kristal Rose Quartz dan Clear Crystal untuk diisi air masak/ air kosong. Jika batu kristal dipakai sebagai cincin atau digunakan untuk mandian kini ada dalam bentuk minuman (harga RM3500 untuk 5 kg batu kristal - jika berminat hubungi cikgu A-D dapatkan diskaun). Batu kristal ini diimport dan diuji kandungan air oleh makmal dan mengandungi tahap lebih kurang air mata air. Masukkan air kosong ke dalam bekas ini dan biarkan air selama 4 jam dahulu sebelum mula diminum. Batu kristal tahan selama 4 tahun.
Inilah bekas minuman untuk sekeluarga cikgu A-D. Buat masa ini cikgu A-D rasa ada perubahan dalam keluarga terutama anak-anak yang kini begitu rapat dengan pengajian agama. Rose Quartz untuk melembut hati dan ketenangan manakala Clear Crystal untuk membersihkan aura kekotoran serta memberikan pandangan jauh, sesuai untuk sesi keluarga.
Pernah sekali sebelum ini batu kristal ini dijadikan formula dalam penyediaan sejenis air tenaga (air beroksigen + ayat Al-Quran + batu kristal) namun oleh kerana kesannya terlalu kuat kepada seorang peserta kursus (perihal dunia mistik), minuman berformula sedemikian tidak lagi dibuat, mudah-mudahan jika kami ada modal lebih besar bolehlah dibangunkan semula dalam bentuk yang lebih profesional.
Data-data kajian setakat ini membimbangkan cikgu A-D. Hampir 95% individu-individu yang dikaji didapati berpotensi konflik besar pada tahun 2012. Baru-baru ini dalam satu sesi konsultansi cikgu A-D mendapati seorang klien pegawai besar bekerja di sebuah bank terkenal juga ada konflik tahun 2012! Macam mana tu? Setakat ini beliau tiadalah masalah apa-apa cuma mahukan penjelasan dan cadangan untuk membetulkan masalah kewangan peribadinya (rupanya kod Wealth Great General dan AF dll). Tapi jika pegawai bank pun hadapi konflik 2012 maka tentunya sesuatu yang berskala besar dijangka berlaku 2012. Bukannya untuk timbulkan situasi panik tetapi untuk peringatan kepada semua supaya BERSEDIA dari aspek kewangan dan mental!
Persoalannya, apakah anda telah bersedia menghadapi tahun 2012? Antara cadangan yang cikgu A-D nak berikan ialah buat simpanan wang bermula dari sekarang untuk back-up, sekurangnya 3 - 6 bulan gaji bulanan anda, mana tau ada krisis yang memerlukan anda menggunakan wang simpanan tersebut lebih baik daripada tiada simpanan langsung.
Dapatkan penjelasan lebih mendalam serta strategi menghadapi dan melalui tahun 2012 mengikut pernomboran peribadi masing-masing dalam Seminar "Strategi Menghadapi dan Melalui Tahun 2012 Dengan Berkesan" mulai Oktober nanti.
Di awal penglibatan cikgu A-D dalam bidang pernomboran ini beberapa tahun lalu banyak mendapat pengalaman dalam menguruskan puluhan perihal masalah perkahwinan. Daripada situ dapatlah dicipta dan diperkenalkan beberapa teknik perihal mengenali pasangan, keserasian seumpamanya seperti teknik "Kasih Dua Hala" (Ciptaan Cikgu A-D) dan sebagainya hingga terhasilnya buku cikgu A-D bertajuk "Cinta, Jodoh & Perkahwinan". Perihal masalah perkahwinan juga banyak didedahkan dan diperkenalkan dalam ruangan cikgu A-D di Mingguan Wanita mukasurat 54 "Serasikah Kita". Namun, sejak akhir-akhir ini cikgu A-D mendapati kekerapan aduan kes berkaitan perkahwinan sudah berkurangan malah kadang tu sukar ditemui satu kes dalam beberapa minggu - yang kini banyak diminta adalah perihal kerjaya dan bisnes. Apakah masyarakat kini telah mulai sedar tentang perihal berkaitan masalah-masalah perkahwinan? Mudah-mudahan perjuangan cikgu A-D dalam membantu masyarakat membina keharmonian dapatlah memberi manafaat kepada anda jua.
Ciptaan Eddy Rosyadie
Baru-baru ini Cikgu A-D bersama seorang klien untuk sesi konsultansi di Mc Donald Kota Kemuning, Shah Alam. Sedang kami duduk berbincang di satu meja di satu sudut restoran, tetiba sekumpulan anak muda lebih kurang 12 orang duduk di meja belakang kami sambil makan dan bersembang. Memang bingit dan menggangu konsentrasi kami! Rupa-rupanya apabila diperiksa arah kejayaan untuk klien itu, kami berada di sudut Barat Laut dalam restoran iaitu arah 7 networking untuk beliau. Padanlah ramai orang kat situ sebab sudut itu adalah sudut networking untuk klien tu sampaikan ramai orang duduk di sudut situ - ada tarikan networking untuknya. Kebetulan? Inilah teknik ciptaan Cikgu A-D perihal menentukan kedudukan / lokasi kejayaan mahupun tekanan anda di dalam bilik tidur ataupun dalam restoran.