Di Gunung Jerai tahun 2013 lalu. Apakah itu kaedah IKHTIAR ENERGI? Satu kaedah diperkenalkan oleh Dato Eddy dari tahun 2009. Kaedah ini bermula di tahun 2009 apabila Dato Eddy mendapati ramai peserta kursus yang hadiri kursus Potensi Diri Pernomboran/ Graf Hayat tidak dapat mengubah kehidupan lebib baik disebabkan beberapa faktor halangan untuk mereka berubah. Contohnya, ada individu2 yang tinggal di arah yang salah (berdasarkan arah mata angin daripada tarikh lahir) menyebabkan hidup terumbang ambing tetapi bila disuruh berpindah untuk selesaikan isu tersebut bukanlah satu isu mudah kerana rumah baru dibeli atau kurang modal untuk pindah rumah. Jadi, sebagai satu ikhtiar, kita "berikan" sebentuk tenaga/ energi atas niat rezeki mudah2an dengan izinNya dapatlah cara untuk peserta itu berpindah rumah dengan mudah/ cepat. Sekurangnya ada sebentuk ikhtiar daripada termenung tunggu nasib berubah sendiri yang mungkin bertahun lagi. Dahulunya, kaedah ini menggunakan aktiviti bacaan doa2 semata2 dan kini setelah mendapat bimbingan beberapa guru, beberapa aktiviti energi ditambah supaya memberi tambah-nilai kepada peserta. Jadi, kaedah berdoa (dahulunya dikenali Berdoa Kekayaan) kini dikenali Ikhtiar Energi Rezeki. Dahulu kaedah ini memerlukan peserta untuk berkumpul secara langsung (contoh, di Masjid Muar) namun didapati kesukaran untuk peserta datang berkumpul maka diperkenalkan pula kaedah "Jarak Jauh". Namun, sesi berjumpa secara langsung masih dibuka dan boleh diatur untuk dibuat di premis peserta/ tempat "baik" yang berdekatan dengan peserta. Tips: untuk energi rezeki, tentulah individu yang anda mintak energi dan yang "berikan" energi rezeki punyai latarbelakang "rezeki" yang baik seperti contoh Dato Eddy yang terlibat dalam beberapa projek2 dan funding2 bernilai bilion ringgit... itu sebentuk "energi"... Boleh juga anda dapatkan perkhidmatan energi sedemikian dengan para jutawan lain. | 2 tahun lepas, Dato Eddy dibawa bertemu seorang individu di Wangsa Maju, KL yang mempunyai kemahiran untuk membaca potensi individu menggunakan satu kaedah unik. Sudah berkenalan tu maka 2-3 sesi lagi dibuat dengan beliau untuk menguji beberapa perkara dan beliau dapat menjawab dengan betul. Satu perkara yang Dato Eddy tanyakan beliau apakah kerjaya yang sesuai untuk Dato Eddy ni memandangkan macam2 bisnes yang diceburi dalam membina pengalaman. Jawapan beliau ringkas tetapi unik iaitu "mendoakan orang". Tentunya ini bukan jawapan yang dicari sebab mana ada orang kerja mendoakan orang kan? Pengurus Jabatan Membaca Doa di syarikat Baca Doa Sdn Bhd? Beliau menjawab mungkin dulu2 moyang seorang yang alim buat kerja sedemikian. Terdiam pulak sebab mengenangkan kisah keturunan dulu2 ada yang sebegitu dan sebenarnya program "berdoa" yang kini dikenali program Ikhtiar Energi memang dah dibuat semenjak tahun 2009 lalu.. tapi program itu bukanlah untuk berdoa sangat tetapi sebagai satu ikhtiar tambahan kepada ramai peserta kursus yang ada pola baik untuk berjaya tetapi tak dapat2 berjaya ubah hidup kerana masalah energi dll masalah yang bukan boleh selesai begitu sahaja iaitu memerlukan izin Nya jua. Kalau begitu katanya, mungkin ini satu "suratan" untuk meneruskan perjuangan kaedah sebegini, tak mengapalah Dato Eddy teruskan sahaja kerjaya "berdoa" tu.. namun, masalahnya untuk membuat program sebegitu memakan masa panjang dan ianya itu satu kos (kos masa, kos pengangkutan dsbnya).. kalau moyang dulu2 buat sebegitu pada zaman itu tak perlu kos internet, kos bayar rumah, kos elektrik dsbnya... dan kecaman orang kata doa itu percuma mana boleh letak bayaran.. jadi bayaran yang diletakkan adalah untuk "upah perkhidmatan" kerana mengambil masa dan juga aktiviti tertentu yang dibuat.. jika nak doa yang tiada bayaran, sesekali di sini ada dibuat program FOC (tiada bayaran)... tentu juga jumpalah ustaz/ ustazah /tok imam mintak doakan anda itu memang percuma. Apapun, diri sendiri juga boleh doa sendiri, cuma kadang kala kita ikthiar minta orang lain buatkan untuk kita pula. |
Minggu ini, ramai pula yang bertanya cincin yang dipakai ini, mereka perasan yang cincin ini besar katanya. Bangla kat stesen BHP pun tegur. Alasan saya, dah tua pakai cincin besar :) Cincin ini di"kutip" di satu kawasan belukar di Beting Beras Basah, Bagan Datok. Datang ke situ bersama seorang guru, selepas beberapa minit membacakan doa, tetiba muncul barangan cincin, gelang, rantai leher begitu saja sekelip mata atas tanah di situ maka kita ambillah... sebagai hadiah kata guru.. cincin yang ini berada jauh ke depan, nasib ternampak. Tak pasti pula apa nama batu tu, setakat ini bentuk sarang cincin ini belum pernah lagi nampak di mana2 kedai... walau cincin ini dikutip di hutan; bukan dari kedai berjenama, yang penting hadirnya ia sebagai satu pemberian yang unik. Alam ini banyak rezeki yang nampak dan tersembunyi maka hargailah alam ini dengan menjaga kebersihan dan mensyukuri nikmat alam ini ciptaan Nya. |
Jika individu ini berusia 20 tahun dan diberitahu ada potensi hartanah, mungkin beliau tersenyum saja kerana apalah yang ada pada umur 20 tahun tu.. tapi, ini adalah satu potensi yang "tersurat" jadi bilamana kita ada sesuatu potensi seperti potensi hartanah, tak kiralah ketika ini umur 10 tahun ataupun 60 tahun, potensi itu satu anugerah Tuhan yang anda perlu realisasikan dengan ilmu, usaha dan ikthiar.
Oleh sebab itulah, satu kaedah yang diperkenalkan Dato Eddy adalah kaedah ikhtiar energi yang dipilih tarikh tertentu, contoh 19 Mac 2018, bagi niat/ tujuan tertentu, biasalah untuk rezeki seumpamanya.
Makluman: banyak dokumen yang dibawakan kepada kami adalah palsu.. walaupun surat berkepala Bank Negara malah Istana Negara pun ada yang tidak betul kandungan isinya sengaja dibuat2. Banyak dana2 yang didakwa nak masuk ke Malaysia juga adalah palsu kerana tiada dokumen2 seperti MT103, MT799 dsbnya. Ramai yang bawa dokumen fotostat yang telah diedit.
Tips: jika anda terima tawaran untuk dapat dana luar negara, tanyakan dokumen2 dan bawa kepada kami untuk disahkan.
Terdapat beberapa peluang transaksi yang kami terima namun disebabkan "ketamakkan" sama ada dari pihak penerima/ broker mahupun penghantar (masing2 berebut peratusan paling tinggi), maka urusan tergantung... betullah kata orang, bila nampak duit berjuta jadi "kelabu mata" :)
Majoriti kita bekerja di syarikat kepunyaan orang lain yang mana kita berinteraksi dengan ramai orang maka tentu ada konflik yang berlaku antara mereka. Kalau tak pun kita yang sedang melalui tempoh tekanan, kawan2 sekerja mahupun bos sendiri pula yang melalui tempoh tekanan, maka sentiasa ada sajalah tempoh tekanan dalam kerja yang berlaku kepada kita. Bekerja sendiri2 tanpa ada kakitangan/ pekerja memudahkan kita memantau prestasi kita.
Ada kes tekanan yang bersifat sementara (mungkin melalui kitaran tahun 5 halangan), ada yang bersifat jangka sederhana (mungkin melalui 10 tahun tahun 5 halangan) mahupun ada yang bersifat kekal (selagi bekerja di syarikat tersebut dengan pelbagai bentuk aspek tekanan/ halangan seperti keserasian, tempat bekerja dsbnya). Oleh yang demikian, apabila berlaku tekanan di tempat kerja, maka menggunakan kaedah Pernomboran Dinamik adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor tekanan bagi kita strategi / ikhtiar atasinya. Bagi kes di atas, punca adalah SALAH TAHUN manakala satu lagi adalah SALAH ARAH. Jadi, tak perlulah berhenti kerja sebegitu sahaja, ikhtiarkan dulu strategi bertukar arah, ikhtiar tingkatkan energi dsbnya.... kita ikhtiarkan dulu kerana kita belum tahu apakah potensi kita bila berada di tempat kerja yang lain pula... setelah ikhtiar2 dilaksanakan, jika diizinkan Nya untuk berjaya maka teruskan bekerja di situ.. jika ikhtiar2 dilaksanakan dan tidak berhasil tidak diizinkan Nya untuk berhasil, maka itu petunjuk untuk bergerak mencari syarikat lain.
Tips: untuk berhenti kerja perlu check dulu adakah tempoh sesuai untuk berhenti/ tukar kerja menggunakan kaedah Graf Hayat dan Graf Dekad. Buat keputusan secara metafizik (pernomboran) dan spiritual (solat istikharah). Kemudian, untuk mencari kerja lain, pastikan check dulu arah yang sesuai, keserasian tempat kerja baru, dsbnya. MERANCANGLAH UNTUK BERHENTI ATAU BERTUKAR KERJA. Jadi, kaedah pernomboran ini bukan sekadar untuk memilih kerjaya tetapi juga bilaman nak berhenti atau bertukar kerjaya juga menggunakan kaedah pernomboran.
Semalam, bertemu seorang Pengurus HR yang mengambil cuti panjang kerana tertekan di tempat kerja yang baru. Sebelum ini beliau adalah Eksekutif HR bekerja di tempat yang baik (Arah 6), tetapi apabila dinaikkan pangkat, beliau berpindah ke ibupejabat dan mula alami tekanan (arah salah iaitu Arah 8)... kadang kala dilema juga untuk terima tawaran kenaikan pangkat; untuk naik pangkat/ gaji di tempat tekanan atau kekal di tahap/ gaji rendah di tempat yang baik? Apapun, ada ikhtiar dan strategi selain berhenti kerja sebegitu sahaja apabila tekanan di tempat kerja.
Perkhidmatan Dato Eddy:
- Konsultansi Peribadi / Perniagaan
Antara tempat makan yang popular di Pekan Meru, Klang adalah Sate Famili.. hampir setiap hari sejak pembukaan setahun lalu sentiasa penuh dengan pelanggan... perniagaan ini sudah lama bertapak di sini dalam bentuk warung biasa tapi kali ini dalam bentuk restoran. Lebih kurang 4 tahun lalu, anak pengusaha perniagaan ini mendapatkan khidmat Dato Eddy.. yang ingat sampai sekarang adalah cadangan untuk membuka perniagaan di Meru sahaja tak perlu keluar dari sini kerana arah di Meru sudah baik. Melihatkan angka GST dan no telefon ada "aura" tarikan yang baik. |
Satu panduan dalam strategi kehidupan/ perniagaan daripada kaedah Pernomboran adalah Graf Prestasi Bulanan... satu kaedah kiraan yang dicipta sendiri oleh Dato Eddy. Terdapat 2 versi Graf Prestasi Bulanan: 1. Versi Pernomboran (kod S24) - menggunakan tarikh lahir / tarikh daftar syarikat - ianya adalah petak pola dan arah bagi setiap bulan. 2. Versi Pernomboran + Energi (kod SI) - menggunaan kiraan tarikh lahir/ daftar syarikat dan jam dilahirkan/ didaftarkan - ianya adalah petak pola dan arah serta komponen graf hayat seperti Virtuous Star, Blocking Star dsbnya. Yang versi ini lebih detail kerana mengambilkira faktor energi sesuatu hari itu. Kaedah Graf Prestasi Bulanan adalah satu panduan strategi bagi; - mengenalpasti turun naik dan perjalanan prestasi dalam setahun. - mengenalpasti bulan yang baik dan kurang baik untuk dibuat strategi sewajarnya. Kaedah ini boleh menjadi komplementari kepada Businsess Forecasting malah elok dijadikan sebagai sebentuk pelan perancangan perniagaan seperti BMC (Business Model Canvas), SWOT Analysis dsbnya. Untuk perancangan kehidupan diri juga. Dapatkan perkhidmatan Dato Eddy: - Konsultansi Peribadi/ Perniagaan - Graf Prestasi Bulanan |
Penggunaan warna di dalam strategi kehidupan atau perniagaan tidaklah diberatkan dalam versi Dato Eddy kerana warna2 di dunia kita ini sememangnya dinamik... ianya lebih kepada jika terdapatnya konflik untuk sesuatu potensi barulah ikhtiar warna digunakan.. bagi kes individu ini memandangkan terlalu banyak "elemen api" di dalam kehidupannya yang menyebabkan selalu rasa tertekan maka warna biru sebagai ikhtiar. Boleh saja jika mahu gunakan warna sebagai ikhtiar energi walaupun tiada/ belum berlaku konflik. |