Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Kejayaan Membawa Kekayaan

2/3/2017

0 Comments

 
Picture

Lagi fenomena "769" dalam hari - penemuan oleh Dato Eddy yang mula-mula memperkenalkan kaedah 769 yang kini popular di kalangan peminat metafizik pernomboran.
Picture

Picture

Testimoni peserta grup Ikhtiar Energi Kekayaan bulanan:
Picture

Picture

Program IKHTIAR ENERGI KEKAYAAN seterusnya untuk bulan Mac 2017. Boleh daftar untuk join dahulu sebelum 2 Mac 2017.

Program ini tidak lagi dipanggil "doa energi" kerana program ini bukan sekadar doa semata2 tetapi juga ada amalan2 energi yang dijana untuk dikongsi dengan peserta yang join.

Program IKHTIAR ENERGI merupakan satu cara untuk menjana atau memperolehi energi bagi memulakan atau melonjakkan prestasi seperti dalam perihal rezeki dan kekayaan. Energi ada dalam bentuk yang zahir seperti caj elektrik dan ada yang tidak zahir seperti energi "gelombang minda". Umpama seunit handphone yang mewah tetapi bateri lemah atau capaian WIFI yang lemah menyebabkan handphone tersebut kurang berfungsi begitu juga kita manusia perlu juga ada energi untuk sihat, cergas, aura rezeki dan sebagainya.

Program Energi sepatutnya ada bahan-bahan fizikal energi seperti buah-buahan, minyak wangi dsbnya, begitu juga perlu ada pergerakan/ senaman tertentu, namun oleh kerana kesukaran untuk  kita berkumpul di hari bekerja, menyediakan bahan dan membuat senaman setiap kali program maka kebanyakkan program dilakukan secara jarak jauh dan secara "transfer" (secara "gelombang") dari kami. Tentu sahaja peserta digalakkan untuk membuat amalan ikhtiar energi pada masa yang sama. Ada kelapangan nanti kita bersemuka berkumpul di satu tempat untuk buat pergerakan energi dan mendapatkan bahan-bahan energi, itu yang lebih baik.
Picture
Picture

Picture
Picture
Satu cara untuk mengkaji potensi diri secara DINAMIK dan MENYELURUH adalah melihat kepada Graf Hayat anak-anak anda, terutamanya anak yang sulung. Sepertimana Dato Eddy beritahu sebelum ini bahawa kajian Dato Eddy mendapati ada kaitan antara perjalanan hidup anak sulung dengan ibu dan bapanya, dengan kata lain perjalanan hidup ibu bapa juga boleh dilihat daripada perjalanan anak sulung (serta anak2 yang lain juga).  Kajian Dato Eddy mendapati kaedah pernomboran tarikh lahir membongkar perihal keturunan, sepertimana kaedah Genetik yang juga ada membongkar perihal keturunan. Dengan memahami keturunan (baik atau buruk) adalah sebagai satu cara kenali potensi diri serta memperbaiki atau mempertingkatkan potensi yang diwarisi/ keturunan bersesuaian dengan zaman kini, keupayaan diri dsbnya. Bagaimana ini terjadi? Tentu sahaja anak-anak adalah produk daripada ibubapa. Oleh yang demikian, adalah tersangat2 penting untuk pasangan yang baru berkahwin untuk mendapatkan anak sulung pastikan perjalanan mengandung dan bersalin untuk anak sulung dalam suasana yang begitu kondusif dengan energi, motivasi, inspirasi seumpamanya. Ini juga terpakai untuk mengandung dan kelahiran  anak-anak yang lain. Anak sulung memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi potensi seseorang ibu atau bapanya.

Picture
Picture

Kiraan tarikh 27 Feb 2017 adalah sama seperti 18 Feb 2017 lalu, cuma ada perbezaan pada 10 tahun pertama untuk 27 Feb 2017 namun lebih kurang "power" untuk tarikan "networking" seperti tarikh 18 Feb 2017 (ingat tak tarikh 18 Feb 2017 adalah tarikh mula agihan BRIM 2017 - rezeki dan networking, tarikh perhimpunan 20 ribu orang di Padang Merbok, KL, tarikh pilihanraya di Sarawak dengan majoriti undi besar dsbnya, serta satu tragedi di Johor yang telah menarik perhatian satu Malaysia). Jadi, kita ikhtiar sekali lagi pada 27 Feb 2017 untuk fenomena "networking" (juga dijauhkan daripada musibah dan tragedi).

Dato Eddy telah menganjurkan program ikhtiar energi jarak jauh sebegini semenjak tahun 2010 malah ada juga 4 kali membuat program ikhtiar energi dari Makkah semenjak 2013. Sesekali dibuat secara berkumpul di perkarangan luar masjid tertentu tetapi zaman sekarang sukar untuk berkumpul terutamanya jika program ini jatuh pada hari bekerja. Yuran yang dikenakan adalah kos khidmat kerana mengambil masa untuk membuat aktiviti berkaitan kadang kala mengambil masa 2 -3 jam. Jika Dato Eddy nak luangkan masa 2-3 jam percuma untuk energi seseorang yang bukan ahli keluarga, baik Dato Eddy doakan anak isteri sebab tak ada pula orang lain mendoakan 2-3 jam percuma untuk Dato Eddy. Sesekali program ini dibuat percuma (contoh 30 Dis 2016 lalu - kalau hari-hari percuma payahlah Dato Eddy nak jana sumber bayar tol dsbnya melainkan Dato Eddy memang dibayar oleh pihak kerajaan untuk kerja sebegini, jadi ada yuran perkhidmatan). Memang tiap hari berdoa pun malah masuk keluar tandas pun berdoa, cuma ada hari tertentu yang dipilih  kerana ada fenomena yang mahu kita ikhtiarkan dan kita mahu guna waktu tersebut sebaiknya (boleh saja tiap2 hari ikhtiar sebegini tapi payahlah nak bergerak sana sini sebab kita pun ada komitmen2 lain). Jika tak nak join program ini boleh saja doa sendiri  atau minta tolong ustaz/ tok imam dsbnya doakan. Jika nak join program ini kerana Dato Eddy fokus kepada perihal energi kekayaan dan banyak testimoni, juga kerana kesuntukan masa sebab bekerja atau wanita uzur tak dapat buat ibadah sunat. Ini adalah IKHTIAR dan yuran bukannya menjual doa tetapi upah khidmat. Kita memohon kepada Nya terus dan berharap kepada Nya untuk mengizinkan kejayaan atas ikhtiar dan usaha kita.

Picture
Di Kota Kinabalu, Sabah... Sesi personal bersama 3 usahawan wanita yang bergabung membina satu syarikat usahasama. Sesi kali ini membincangkan perihal penjenamaan (branding) bagi syarikat mereka. Walaupun telah ditubuhkan lebih 6 bulan tetapi halatuju perniagaan tidak jelas, jadi Dato Eddy telah mencadangkan untuk mereka membina satu jenama perniagaan bagi memudahkan mereka fokus dan pergerakan perniagaan mereka.

Konsep jenama adalah penting. Jika kita lihat jenama Mc Donald atau KFC sebagai contoh, masyarakat membeli produk2 mereka kerana perihal jenama. Setakat burger dan ayam goreng banyak diluar tetapi masyarakat masih berpusu-pusu ke premis2 tersebut.

leh yang demikian, konsep membina jenama adalah satu keperluan dalam perniagaan kini. Bukan sahaja dikaji daripada aspek USP (Unique Selling Proposition) atau VOC (Voice of Customer) dsbnya tetapi juga dikaji daripada keserasian "metafizik" seperti kiraan keserasian dsbnya.


Picture
Picture
Sesi taklimat, berdoa dan aktiviti riadah dengan alam.
Picture
Program Outdoor Riadah Energy telah dilangsungkan di pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu 18 Feb 2017 lalu. Program ini melibatkan taklimat tentang perihal energi alam yang percuma yang mana Yang Maha Kuasa berikan kepada manusia sebagai satu cara untuk riadah kesihatan luaran dan dalaman badan. Seterusnya, aktiviti pernafasan, visualisasi dsbnya bagi membina energi luaran dan dalaman badan. Kaedah sebegini bukan berkaitan dengan agama, oleh itu usahlah condemn kami dengan khurafat atau bidaah (banyak lagi perihal khurafat/bidaah dalam kehidupan seharian kita yang anda perlu kisahkan yang jelas tertulis dalam pelbagi kitab Imam Syafie). Ini adalah aktiviti senaman, ini adalah aktiviti outdoor, ini adalah aktiviti komuniti dan dibuat di tempat terbuka seperti program2 komuniti yang lain yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau swasta dan tujuan program ini untuk perihal kesihatan mental, spiritual dan fizikal. Walau bagaimanapun, kami selitkanlah juga doa makan dll doa yang berkaitan bagi tujuan memohon terus kepada Nya, nanti tak berdoa orang kata lupa Tuhan pula (bila buat doa dituduh pula bidaah). Sekali lagi diingatkan, ini bukan program Islamik. Jika masih kabur juga tentang perkara ini, sila hubungi saya secara langsung dahulu (selama 12 tahun ini menunggu tiada seorang yang hubungi saya untuk berbincang perihal sebegini).

Pengumuman: kepada peserta yang hadir pada program di Tg Aru pada 18 Feb lalu itu, sila whatsapp saya untuk kami masukkan anda dalam satu grup khas (ada peserta yang tertinggal berikan no telefon) bagi tujuan menjelaskan lagi kaedah tempohari serta ada tawaran bonus kepada peserta.

Berbalik kepada perihal aktiviti 18 Feb 2017 tersebut, selama 12 tahun ini aktiviti "energy outdoor" seringkali dibuat di Semenanjung (seperti di Mersing, Muar, Kuala Perlis dsbnya) dan kini dirancang dibuat di Sabah pula bagi memberi peluang kepada masyarakat Sabah/ Sarawak untuk turut serta dalam program sebegini. Ini adalah program IKHTIAR dan beberapa testimoni yang baik daripada program energi outdoor yang terdahulu sebelum ini semoga memberi manafaat kepada masyarakat Sabah/ Sarawak juga.

Dalam program outdoor sebegini melibatkan energi air, tanah, kayu seumpamanya. Kini, bilamana kita mula demam, perkara pertama yang kita ingat adalah ubat paracetamol dan doktor klinik dan tentunya itu melibatkan kewangan. Boleh tak kita ikhtiarkan cara alternatif iaitu bilamana kita mula demam, kita gunakan energi daripada udara segar di pantai, "pemulihan" dari tanah seumpamanya. Zaman kini adalah "zaman fizik" iaitu apa-apa yang kita lakukan perlu visual dan logik serta gajet - sakit perlu ada pil, hidup perlu ada duit dan seterusnya berhutang, perlu ada gajet untuk bercakap suami isteri, perlu ada barangan fizikal dsbnya. Jika  beli barang di pasaraya sudah selalunya RM50 atau lebih diperlukan. Tetapi kita cuba ikhtiar secara "metafizik" iaitu "secara di luar logik" iaitu bolehkah kita ikhtiar untuk hidup dengan energi alam dengan RM1 setiap hari - secara logiknya memang tak logik tetapi bukankah Tuhan berikan kita ruang dan peluang untuk memikirkan dan seterusnya berusaha dan IKHTIAR kepada perkara sedemikian?. Kita kini terperangkap dalam bangunan tempat kerja dari pagi hingga ke malam sudah jauh daripada energi alam yang percuma ini dan kini kita beralih kepada energi fizikal yang perlukan kita kerja setiap hari menyebabkan stress dsbnya.. Energi matahari telah kita gantikan dengan energi lampu kalimantan terperap dalam pejabat yang tertutup tiada udara keluar masuk. Oleh yang demikian, pengajian Energi Outdoor ini adalah untuk memberi kesedaran dan juga kaedah-kaedah mudah yang digunakan bagi menjana "energi" yang baik di dalam diri dan kehidupan kita.

Hidup ini untuk difahami, hidup ini untuk dinikmati... walaupun boleh saja kita bekerja siang malam untuk kelangsungan hidup, usah lupa tentang aset yang penting iaitu kesihatan mental, spiritual dan fizikal diri kita juga.


Picture
Dato Eddy memohon maaf kerana tidak dapat menganjurkan Seminar SI: Bisnes Kaya yang dirancang pada Jan/Feb di KL dan Mac di JB kerana kepadatan masa untuk buat persiapan disebabkan banyak komitmen tugasan dan mesyuarat. Beberapa orang ada hubungi dan berminat untuk menghadirinya namun terpaksa ditangguh jua dan sudah pasti tertarik dengan pakej yang ditawarkan.

Untuk tidak menghampakan peminat kaedah metafizik pernomboran, kita buat cara sebaliknya iaitu tawaran pakej PRODUK untuk Seminar SI: Bisnes Berjaya Kaya dan percuma seminar (apabila dianjurkan mungkin hujung tahun, peserta dimaklumkan untuk hadir secara percuma). Yang pasti dapatkan dahulu produk2 dalam satu pakej yang menarik seperti yang ditawarkan di bawah ini.

Seminar ini adalah batch kedua. Batch pertama pernah dibuat di Hotel Putra, KL pada tahun 2010 yang lalu. Batch kedua ini punyai kelainan dalam aspek pengajian yang lebih menyeluruh dan tentunya ada bahan bantuan sokongan seperti Software Integrasi, Ikhtiar Energi dsbnya.

Hubungi untuk pendaftaran pakej sblm bermula 1 April 2017. Dibuka untuk semua kaum, umur, profesion, negara (Malaysia, Singapura dsbnya) atau agama; non Muslim boleh join juga.
Picture

Picture
Syukur... dapat payment pada tarikh yang ada pola 769 (berdasarkan tarikh lahir Dato Eddy yang dikira untuk 13 Feb 2017). Gunakan Diari Metafizik Pernomboran atau Software Integrasi.

Picture
Picture
Ikhtiar berdoa pada tarikh yang berpola 769 (berdasarkan tarikh lahir individu tersebut untuk 9 Feb 2017). Gunakan Diari Metafizik Pernomboran atau Software Integrasi.

Picture
Penggunaan angka 769 yang kini banyak terdapat di pasaran berpunca daripada kajian dan pendedahan Dato Eddy semenjak tahun 2010 lagi... kini boleh saja kita lihat minat orang ramai terhadap plet kenderaan no 769, malah jenama produk berangka 769 serta no telefon dengan 769 dsbnya. Demam 769 melanda!

PENEMUAN TERBARU: PEMILIHAN TARIKH YANG BERPETAK STATIK POLA 769 UNTUK TUJUAN CABUTAN BERTUAH oleh Dato Eddy Rosyadie (17 Feb 2017)

Kajian terbaru Dato Eddy mendapati terdapat satu fenomena yang sama untuk tarikh yang ada pola 769 iaitu menang cabutan bertuah. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna tiap kali ada tarikh yang ada 769 kita menang cabutan bertuah (ada beberapa faktor lain seperti arah dsbnya) tetapi ianya sebagai satu panduan bagi membina strategi untuk meraih peluang bagi sesuatu kejayaan seperti cabutan bertuah - contoh cabutan sijil simpanan premium (SSP) oleh BSN, cabutan majlis makan malam seumpamanya. Sekurangnya kita boleh pilih hari tertentu dan buat persiapan awal... inikan namanya IKTHIAR! 

Kes 1 - Pada 27 Dis 2014, Dato Eddy mendapat hadiah keenam untuk cabutan sijil SSP. Daripada kiraan harian (perlu gunakan Diari Metafizik Pernomboran atau Software Integrasi) di dapati ada pola 769.

Kes 2 - Pada 1 Nov 2014, Dato Eddy menang cabutan bertuah sebuah TV Toshiba 32 inci pada sebelah pagi dan sebelah petangnya menang pula cabutan pertama seketul emas RM3K. Pada bulan dan tarikh tersebut ada pola 769 serta petak waktu 5 petang yang mengumumkan kemenangan emas RM3K juga ada pola 769.

Bagi menentukan tarikh dan waktu berpola 769, gunakan Diari Metafizik atau Software Integrasi (yang lebih lengkap sebab ada kiraan jam berbanding Diari Metafizik tiada kiraan jam sebab nanti Diary jadi terlalu tebal). Kepada pemilik Diari Metafizik Pernomboran atau Software Integrasi, gunakan penemuan ini sebagai satu  kaedah baru ikhtiar untuk bina strategi kemenangan bukan sekadar cabutan bertuah tetapi juga dalam sales, bisnes, marketing seumpamanya. 

Belum ada Diari Metafizik Pernomboran atau Software Integrasi? Nak ikthtiar kaedah sebegini pula?. Mana boleh buat kiraan sendiri sebab ini formula ciptaan Dato Eddy sendiri - satu-satunya dan pertama di dunia. WhatsApp Dato Eddy 017 769 7946.

Dato Eddy - sendiri cipta, sendiri kaji dan sendiri testimoni - baru real dengan Dato Eddy!

Picture
Picture

Picture

Client Audit Premis Perniagaan di Kota Tinggi, Johor, serta Konsultansi Peribadi (Perkahwinan)
Picture

Picture
Anak Dato Eddy meraih keputusan GPA/ CGPA 4 baru-baru ini. Sebagai ibu bapa tentu terus berdoa untuk ikhtiar kejayaan akademik anak-anak. Boleh saja berdoa setiap hari setiap masa, cuma ini ikhtiar tambahan iaitu dipilih hari yang punyai pola angka 4 (dan waktu yang sesuai untuk energi akademik).

Jom bersama kita doakan/ kami doakan anak-anak kita sebagai generasi pelapis dan pemimpin masa depan negara.




0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly