Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Mengejar Kejayaan Dengan Pantas!

8/14/2011

0 Comments

 
Picture

Picture
Going Hi-Tech! Digital. Mobile Technology.

Kini, cikgu A-D memiliki IPod Touch dan ditemani dengan tablet PC Iconiatab Acer, maka kemudahan teknologi mudahalih (portable technology) memudahkan tugasan cikgu A-D. Kalau dulu terpaksa usung beg galas komputer yang besar dan tebal dengan buku-buku untuk sesi konsultansi di luar pejabat, tapi kini hanya beg sandang kecil sahaja sudah memuatkan banyak bahan dalam bentuk digital. 


Satu hari nanti kalau ada dana dan kepakaran nak juga buat apps untuk kaedah pernomboran dan graf muat dalam IPod/ IPhone je. Setakat ini Excel boleh dibuka dalam IPod atau IPhonemenggunakan apps DocsToGo atau Quickoffice cuma software-software Pernomboran dalam bentuk Excel perlu dibetulkan untuk serasi dengan  


Picture








Hari ini 18 Ogos ada hampir 4 kali cikgu A-D berselisih dengan kereta peronda polis di jalan raya di beberapa tempat berbeza. Apabila di periksa pola harian, padanlah ada pola 995, dah agak, memang pola tu ada hari tu.

Picture
Pada 4hb Ogos lalu, cikgu A-D mengalami sakit gigi yang agak teruk. Bahagian tu dah seminggu lebih sakit tapi disebabkan sibuk maka tak sempat nak ke klinik. Jadi, pada 4hb tu, mata prestasi jatuh 1 iaitu hari yang teruk dan memang pun teruk, maka terpaksa ke klinik gigi (tu ada pola 459!).



Kaedah di atas dipanggil Teknik Graf Prestasi Harian (ciptaan cikgu A-D) dan Pola Harian.
Dengan kaedah ini dapatlah kita merancang atau mengunjurkan sesuatu peristiwa yang  akan berlaku pada sesuatu hari di masa depan atau menjelaskan sesuatu yang telah berlaku pada sesuatu hari. Kedua-dua ini dikira daripada tarikh lahir!

Ada seorang pelajar cikgu A-D yang menggunakan kaedah ini bagi tujuan perubatan iaitu beliau dapat memberi khidmat nasihat kepada pesakit-pesakitnya tentang apa masalah yang berlaku pada sesuatu hari. Macam biasa, kalau ada penyakit, maka beliaulah yang supply ubatnya!


Boleh buang sial?

KUALA LUMPUR: Itu pilihan diberi seorang bomoh yang kononnya pakar membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri pelanggannya yang semuanya wanita. Hasil tipu dayanya, bomoh mendakwa kerabat diraja dan berpura-pura warak itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila 10 pelanggan wanitanya memilih ‘kaedah rawatan’ kedua iaitu menyerahkan barang kemas

Perkara sebeginilah yang merosakkan nama kaedah permulihan alternatif dan metafizik, kesannya individu atau pengamal seperti kami di sini dipandang serong. Walau bagaimanapun, sebenarnya, untuk anda belajar dengan seseorang atau dapatkan rawatan untuk perihal alternatif atau metafizik, pastikan dahulu periksa latarbelakang institusi atau individu pemulih/ kakitangan itu, tentunya dapatkan rujukan daripada ramai orang dan boleh juga dari internet. Temubual/selidik dengan individu pemulih untuk pastikan bahawa beliau adalah orang yang sesuai untuk tujuan pemulihan atau pembelajaran anda.

Untuk makluman, setakat kajian cikgu A-D selama 7 tahun ini belum menemui satu ubat ajaib untuk boleh buang sial seseorang, jadi jika ada yang mengaku sebegitu mohon dapat temukan dengan cikgu A-D untuk cikgu A-D mengkajinya. Mengurangkan bahang "sial" tu bolehlah tapi secara sementara, tetapi sebenarnya "sial" itu memang dah ada pada semua orang cuma tunggu masa nak terjadi. Contohnya, sial dari Vacuum Star, Blocking Star, Kitaran Tahun 8 dan sebagainya.

Dari kajian cikgu A-D, jika anda pelajari teknik pola 38 dan beberapa teknik tenaga dalaman, termasuk aktiviti ibadah kerohanian iaitu apabila anda mampu tingkatkan tenaga dalaman anda, apa yang dikata sebagai sial itu menjadi tiada, kalau ada pun ianya hanya tempias sikit je.

Anda perlu ada kesedaran tentang kehidupan, tahu strategi mengatasi masalah dan ada ilmu pengetahuan serta kekuatan mengatasinya. Itulah yang diperjuangkan di dalam Kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik versi Cikgu A-D.

Sayang, jutaan ringgit itu telah dihabiskan kepada individu yang tidak bertanggungjawab kerana ramai yang mencari jawapan di tempat yang salah. Kalau dana tersebut disalurkan kepada cikgu A-D bolehlah cikgu A-D luaskan lagi perjuangan ini ke seluruh negara.

Hari ini cikgu A-D bersama seseorang dalam sesi konsultansi bagi membincangkan masalah rumahtangga dan kehidupannya, seolah "sial", tapi rupanya ada kesan dari Blocking Star, Wealth AF, Spouse AF, Children A-F dan sebagainya yang menyebabkan hidup dan rumahtangga tunggang langgang termasuk pelaburan atau perniagaannya. Jadi apabila menggunakan kaedah pernomboran dan graf dinamik ini baru kita tahu di mana puncanya dan bagaimana strategi yang sesuai untuk mengatasinya.. dan anda sememangnya perlulah buat tindakan pembetulan kerana masalah itu ada pada anda atau pasangan anda... jadi tak perlu cikgu A-D peras ugut atau minta bayaran sampai puluhan ribu!

Hidup ini memang ada beberapa bentuk "sial" atau masalah / konflik, SEMUA orang pasti melaluinya, yang penting adalah bagaimana menghadapinya, persiapan, persediaan, langkah-langkah pemulihan dan sebagainya, maka dengan itu sial itu tiada lagi dalam hidup anda dan pasangan anda.

Jika nak tahu tentang hidup yang "sial" bolehlah bertanya sdra Noredie, sekitar tahun 2007-2008 hidup malang dengan duit tak ada, rumah nak dilelong, kereta nak ditarik dan 6 bulan ikat perut makan roti canai 2 keping setiap hari... tapi setelah pelajari 2 sesi kaedah pernomboran dan graf dinamik tak sampai RM500 (kali pertama datang pinjam duit kawan katanya), kini pendapatan 6 angka sebulan, walaupun dalam graf gaung iaitu dari segi teorinya masih "sial" lagi, tapi boleh dibuat perubahan. Jom pelajari kaedah pernomboran dan graf dinamik di sini lebih mendalam.

Picture

Picture
Arah memainkan peranan dalam kehidupan

Ini adalah satu contoh kes kajian tentang arah. Arah mata angin ini adalah milik seorang kenamaan.






Dari sebuah negeri di utara negara ke KL (tenggara) adalah arah tekanan, pada mulanya tekanan adalah positif untuk beliau memikul tanggungjawab besar sehingga di tampuk pentadbiran negara tetapi kini beliau berada dalam suasana tertekan saban waktu. Jadi, secara gambaran, adalah beliau alami tekanan untuk melalui kehidupan dan mencapai matlamat apabila berada di lokasi tenggara dari tempat kelahirannya seperti di WP Putrajaya. Tetapi arah ke barat laut balik semula  ke tempat kelahirannya pula adalah bagus, malah walaupun menetap di KL tetapi boleh mampu menang serta mendapat banyak sokongan daripada rakan-rakan di negeri utara itu dan di timur laut (Kelantan/ Terengganu).

Perihal arah yang sama juga berlaku kepada individu ternama pelakon Arnold yang mana dari negara kelahiran Austria ke USA adalah barat daya adalah angka 8 tekanan. Memang tekanan boleh melonjakkan kepada kejayaan besar dalam dunia filem dan pentadbiran negeri tetapi di hujung rancangannya pula terdapat tekanan besar yang mana kini beliau berdepan dengan skandal masalah rumahtangga.

Adakah anda pergi ke arah yang betul? Periksa arah dari tempat lahir anda ke tempat sekarang juga. Mahu tahu tentang perihal arah? Tentunya hadir kursus atau workshop Potensi 9 Arah Mata Angin bersama cikgu A-D atau dapatkan penjelasan di dalam sesi konsultansi.


    Kajian Kejayaan


"I believe it is our fate to be here, it is our destiny... the very meaning of our lives. This is a war and we are soldiers, what if tomorrow the war could be over, isn't that  worth fighting for? Isn't that  worth dying for?"

Sarawak dan Sabah - we are on the way!

Cikgu A-D and the Team sedang merancang untuk ke Kuching, Miri, Kota Kinabalu bermula Januari 2012 - buat masa ini adalah sesi Klinik Bergerak Konsultansi/ Belajar Secara Peribadi akan dijalankan dahulu. Nantikan pengumuman.

Tahukah anda jarak penerbangan dari KL ke Miri adalah 853 batu - pola 38 tu!

Manakala bandar-bandar lain juga dalam perancangan seperti Kuala Terengganu, Kota Bahru, Alor Setar dan tentunya Melaka, Seremban, Kuantan, Temerloh dsbnya.

Picture
Hidup telah ditakdirkan - kenali,  fahami dan susunkan hidup ini sewajarnya.

Inilah graf seorang selebriti ternama. Lihat pada usia muda sudah banyak "star" kekayaan padanlah  menang pelbagai anugerah. Setakat ini belum ada lagi selebriti yang ada susunan star sebegini. Kalau adapun yang lebih kurang sama ialah bilionair Justin Bieber.

Walaupun ada ramai selebriti yang usia yang sama tapi tidak juga dapat mengecapi kejayaan di usia muda kerana tempoh masa mereka untuk kaya berjaya memang berbeza mungkin di usia sangat tua dan disusun cara berbeza.

Menariknya, dalam graf hayat ini ada menceritakan bahawa beliau sukar mendapat anak memang sehingga kini masih belum dapat anak! Maka, gunakan kaedah ini bukan untuk menilik tetapi untuk membuat iktiar dan strategi pembetulan, peningkatan dan pencegahan. Menarik juga dalam petak / rajah segitiga tarikh lahir selebriti ini tiada pola 573 iaitu bergaul dengan orang kenamaan, tetapi menggunakan kaedah petak pendua memang ada pola 573! Maka gunakanlah kaedah pernomboran dan graf dinamik yang lebih menyeluruh dibawah bimbingan cikgu A-D.

Mari fahami isi kehidupan dan turun naik kehidupan anda supaya dengan itu anda dapat menyusun hidup dan melalui hidup dengan lebih positif dan seterusnya dapat menikmati hidup dengan lebih baik. Hadirlah kursus atau tempah sesi konsultansi peribadi untuk mendapatkan pandangan berbeza tentang perjalanan sebenar hidup anda.


Picture













Ramalan atau unjuran, terutamanya yang menggunakan data dan kajian, adalah satu keperluan dalam hidup kita untuk kita jalani kehidupan atau menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan. Hidup dan bisnes anda akan menjadi lebih berkesan dengan ramalan.. tapi bukannya ramalan mistik tetapi menggunakan kaedah dari Forecasting & Strategic Planning seperti ANOVA, Regression, Weibull dsbnya.

Kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik yang menggunakan parameter tarikh lahir, jam lahir termasuk apa jua angka pada seseorang adalah satu cara unik, mudah dan praktikal untuk semua orang awam untuk membuat unjuran (forecast) tentang kehidupan dan bisnes.


Genetik adalah pelan takdir kehidupan kita

Cikgu A-D adalah lulusan Molecular dan Genetic Biology dari Syracuse University, New York, USA (1995) memang mendalami perihal genetik. Kini barulah kita memahami bagaimana kod-kod pola dalam tarikh lahir atau graf hayat itu ada kena mengena dengan keturunan - semuanya adalah kerana genetik yang diwariskan. Anda mewarisi kebaikan dan keburukan dari keturunan, maka menjadi tugas anda untuk memastikan yang baik diteruskan dan yang buruk ditinggalkan.

Satu hari nanti kita tidak perlu lagi menggunakan kaedah tarikh lahir atau graf hayat untuk menyusun hidup kita apabila teknologi DNA, pemetaan genome, kejuruteraan genetik dan seumpamanya dapat dibangunkan dalam suasana yang mudah di pasaran. Buat masa ini kita gunakan dulu kaedah tarikh lahir dan graf hayat yang dihubungkan dengan kelakuan, potensi dan prestasi. Mudah-mudahan di masa depan kita dapat analisa seluruh perjalanan hidup kita berdasarkan DNA sahaja. Ada satu kajian mendapati telomeres pada kromosom DNA manusia dapat digunakan untuk menentukan jangka hayat manusia, bermakna DNA kita ini mengandungi banyak kod-kod yang lain yang memerlukan kajian lebih mendalam. Mungkin kod kekayaan ada disitu juga!

Dibawah ini adalah keratan dua artikel yang membentangkan hasil kajian bahawa genetik kita memainkan peranan dalam perjalanan hidup kita. Jika anda hidup selalu susah, maka jangan salahkan Tuhan atau orang lain, tetapi betulkan genetik anda! Tapi genetik tidak dapat dibetulkan sesuka hati tetapi dibuat ikhtiar pembetulan seperti berfikir dan bertindak positif, mendapatkan ilmu pengetahuan dsbnya.

Dalam beberapa agama seperti Kristian dan Buddha menekan perihal keturunan dengan jelas. Untuk fahaman Kristian, setiap orang dilahirkan berdosa dan perlu disucikan semenjak lahir manakala di dalam fahaman Buddha menyatakan tentang perihal karma kelahiran seseorang iaitu jika berkelakuan jahat dalam hidup maka akan dilahirkan semula sebagai binatang buas. Tetapi untuk Islam tidak pula ditekan perihal keturunan dengan begitu ketara mungkin untuk memastikan bahawa manusia benar-benar faham bahawa bukannya mitos yang menjadi sandaran dalam perihal takdir tetapi sains kehidupan iaitu peranan genetik warisan menjadikan seseorang itu berkelakuan atau melalui pengalaman yang dilaluinya. Daripada kajian cikgu A-D mendapati banyak sejarah kehidupan dalam keturunan boleh berulang dalam kehidupan kita - teknik petak Pembayang dan Statik serta Pendua dan Pentiga adalah satu-satunya teknik di dunia gubahan cikgu A-D sendiri yang dapat menjelaskan bagaimana peranan keturunan mempengaruhi perjalanan kehidupan kita.

Terdapat banyak ikhtiar digunakan yang mendakwa dapat 'mengubah' DNA kita seperti kaedah bunyian, haruman malah diet makanan. Setakat ini, itulah yang termampu ada, jadi ikhtiar perlu dilakukan. Mungkin di masa depan nanti ada ubat yang boleh terus betulkan DNA kita untuk jadi orang hebat sentiasa.

Feeling Lonely? Blame Your Genes!
According to a recent study reported on CNN, part of the reason you may be feeling lonely this holiday season could be due to your family--but not because they left you high and dry at the holidays or because they ditched you for other relatives. It could because of the genes you have and they don't.

Study: Genes Influence Who Your Friends Are
You may have more in common with your friends than a shared sense of humor or a penchant for the same bar. A new study finds that friends often resemble each other at the level of their genomes – though certain genes may influence people to bond with others who aren't like them
.


Kajian tentang hari
Jika dulu ilmu memilih hari dikatakan ilmu kuno tua, tapi kajian moden mendapati setiap hari itu ada peranannya,.. padanlah malam jumaat sibuk semacam je...
Picture

Picture
Usahawan perlu pastikan back-up secukupnya untuk masa sukar yang akan mendatang.

Lanjutan kisah dibawah tentang perlunya seseorang usahawan atau organisasi untuk memiliki simpanan wang secukupnya, di sini adalah contoh perihal kitaran tahunan untuk sebuah organisasi.

Picture
Walaupun perniagaan untuk organisasi ini masih sama tetapi suasana bisnes pada tahun tertentu bersesuaian dengan kitaran tahun  organisasi akan menyebabkan prestasi perniagaan naik turun. Ramai usahawan yang kegagalan  tercari-cari bisnes sesuai,  tetapi kadang kala teknik betulkan pemantauan prestasi bisnes juga memainkan peranan..


Picture
Sudut arah kekayaan dalam bilik

Foto terbaru sudut kekayaan cikgu A-D dalam bilik. Foto yang sama ada di bawah tapi kali ini berbeza kerana ada 'pendatang' baru di situ. Baru-baru ini anak cikgu A-D serahkan hampir RM100 duit syiling dan not RM1 hasil simpanannya, jadi sudut kekayaan dah bertambah! Begitu juga, pagi tadi cikgu A-D sempat ke BSN membeli sijil premium RM2000, hasil simpanan duit tak sampai sebulan menggunakan teknik kekayaan. Yang penting, ialah wujudkan sudut kekayaan anda untuk beranakkan duit!


Maklumbalas:

Baru-baru ini sdra Noredie (Parit Raja, Batu Pahat) ada menelefon cikgu A-D. Sesekali beliau ada telefon untuk berbincang perihal fasiliti tempat latihan beliau di Taman Universiti yang selalu cikgu A-D gunakan untuk tujuan kursus, kali ini beliau bertanyakan strategi tahun 2012 nanti. Sdra Noredie berada di dalam graf gaung dan pernah merasai betapa peritnya hidup dalam gaung sekitar tahun 2007-2008 lalu, tapi semenjak tahun 2009 setelah menghadiri beberapa kelas cikgu A-D dan menghadiri 2 kali majlis berdoa kekayaan di Shah Alam dan Putrajaya, beliau kini berpendapatan 6 angka sebulan dan tidak lagi hidup dalam gaung walaupun hakikatnya grafnya masih gaung! Ini bermakna walaupun anda mengadu hidup susah dan sukar kaya, sebenarnya ada cara untuk mengatasinya - kenalah bertanya sdra Noredie dan tentunya cikgu A-D.

Menariknya, walaupun beliau kini telah berjaya keluar dari situasi gaung tetapi beliau masih sedar hakikatnya yang beliau masih dalam gaung, oleh itu walaupun pendapatan beliau adalah  6 angka sebulan tetapi bukan semua dibelanjakan sewenangnya. Beliau sentiasa buat beberapa jenis simpanan dan beberapa jenis pelaburan kerana beliau sentiasa beringat bahawa dalam gaung tentu ada cabaran lain yang datang. Inilah kebaikan mempelajari kaedah pernomboran dan graf dinamik kerana anda sentiasa positif untuk menghadapi perjalanan hidup.

Oleh yang demikian, memang benarlah kata pakar-pakar kewangan bahawa setiap usahawan (malahan setiap orang!) perlu ada simpanan kecemasan. Ada yang menyarankan 3 bulan dan ada yang menyarankan 6 bulan simpanan. Dengan kata lain, katakanlah anda tidak dapat bekerja atas sesuatu sebab, maka anda masih boleh hidup untuk 3-6 bulan dengan simpanan anda itu. Sebenarnya, sama ada anda bekerja sendiri sebagai usahawan atau bekerja makan gaji, pastikanlah anda punyai wang simpanan kecemasan. Pastikan juga anda punyai insuran kemalangan atau kesihatan yang cukup. Kepada mereka yang makan gaji, mungkin tidak risau sangat sekadar cuti sakit seminggu akibat kemalangan maka gaji masih jalan, tapi untuk usahawan kalau sehari tak buat bisnes/ sale, memang parah rasanya!

Contohnya, jika anda adalah seorang usahawan MLM, katakan dengan insentif dan bonus anda setakat ini mencecah RM50 ribu sebulan, maka anda perlu buat simpanan kecemasan sebanyak RM600 ribu (iaitu untuk 12 bulan). Ini adalah kerana dalam kehidupan ini, terdapatnya beberapa fenomena mencabar seperti Kitaran Tahun 7, Vaccum Star Bulanan dan Vacuum Star Tahunan dan sebagainya yang boleh menyebabkan anda kehilangan buat sementara punca pendapatan kerana anda perlu melalui tempoh sukar tersebut. Jadi, persediaan untuk sebulan atau setahun atau 10 tahun diperlukan!

Selama 7 tahun ini, cikgu A-D telah didatangi oleh ratusan usahawan yang mengadu gagal dalam bisnes yang sebenarnya mereka sedang melalui tempoh sukar seperti Vaccum Star tahunan atau graf gaung. Mereka bertanya apa bisnes yang sesuai padahal bisnes memang dah sesuai cuma mereka belum tahu cara memantau pretasi (seperti teknik Graf Prestasi Bulanan). Ada seorang usahawan menyatakan beliau selalunya perolehi RM60 ribu sebulan dari perniagaan restoran tapi kini hanya beberapa ribu sahaja tak cukup nak bayar gaji pekerja dan sebagainya. Bila diperiksa padanlah terkena fenomena kitaran tahun 7 dan tiada simpanan dibuat sebelumnya di kitaran tahun 6 untuk mengatasinya fenomena ini sementara tempoh ujian kejatuhan.

Oleh yang demikian, pastikan anda punyai wang simpanan untuk menampung kos semasa anda melalui tempoh ujian. Seperti yang cikgu A-D buat, setiap satu barang perlu ada wang simpanan, contohnya, untuk mesin basuh telah diperuntukkan RM300 untuk standby jika rosak nanti, untuk 3 notebook diperuntukkan RM300 setiap satu untuk tampung jika ada kerosakan nanti, untuk 2 buah kereta diperuntukkan RM1000 setiap satu untuk tampung jika perlu servis dan seumpamanya. Tapi, untuk anda, besar periuknya maka perlu besarlah simpanannya! Dengan cara ini, anda dapat kekalkan kekayaan anda.

Untuk teknik-teknik kekayaan lain ada dalam kursus Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan - Money Loves Me! 


Ibu sebagai penjana tenaga

Berikut adalah satu artikel menyatakan satu kajian beberapa universiti luar negara tentang pentingnya peranan ibu dalam membentuk keturunan yang baik-baik. Sebelum ini cikgu A-D pernah berpesan daripada kajian cikgu A-D mendapati bahawa pola angka tarikh lahir anak-anak dipengaruhi oleh ibu bapa, terutamanya apabila semasa tempoh ibu mengandung. Satu daripadanya cuba lihat graf hayat anak anda. Jika graf hayat anak anda itu adalah berterusan rendah dan menjunam dibawah hijau, biasanya terdapatnya ibu-ibu yang mengandung dalam keadaan tertekan akibat masalah kewangan, rumahtangga dan sebagainya. Dalam hal ini, anaklah yang terkena tekanan itu dan apabila dia membesar beliau pula memberi tekanan kepada ibu bapanya pula! Jadi betapa pentingnya untuk kaum ibu, termasuklah si bapa pastikan suasana positif dalam hidup berpasangan - cubalah sedaya upaya yang mampu dengan tukarkan diri anda kepada yang positif. Hidup ini untuk dinikmati dengan sebaiknya, jadi tak perlulah nak gaduh sana sini, sampai anak membesar pula gaduh- gaduh dengan kita ibu bapa pula.

Happiness May Be Inherited
Many parents fret about ensuring their childrens' happiness, but those worries could be too late if happiness is mainly inherited, as a researcher now suggests. Epigenetics research has shown how life experiences and a person's environment can impact gene expression and change the traits that parents pass on to their kids. That provides some indirect support for this latest hypothesis. "It is well known, of course, that parental behavior affects children, and that the genes that a child gets from its parents help shape that child's character." said Dr. Alberto Halabe Bucay of Research Center Halabe and Darwich in Mexico. "My paper suggests a way that the parent's psychology before conception can actually affect the child's genes."


Surprising Truth About Heredity and Moms
Every baby gets half his or her genes from Mom and half from Dad. But it is primarily mothers who shape how many of those genes are first expressed. Genes pack the code of life, determining much about who we are and how our bodies work. But how genes express themselves — what they actually do or don't do in each individual — affects everything from looks to agility to whether one gets a deadly disease. And a mother's influence can begin long before she is pregnant — or even fertile. Studies are starting to associate mothers' early childhood nutrition, toxin exposure and other experiences to the well-being of future offspring.

Picture
Foto cikgu A-D ketika di seminar anjuran Universiti Putra Malaysia untuk para kaunselor seramai lebih kurang 60 orang daripada beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Diperkenalkan 6 jenis petak tarikh lahir gubahan cikgu A-D yang sangat boleh membantu para kaunselor untuk menjalankan tugas kaunseling dengan lebih mudah.


Menariknya, salah seorang datuk saudara jauh cikgu A-D adalah Dato' Dr Hj Fadzilah Hj Kamsah adalah dari UPM dahulu. Pengalaman menarik bersama UPM untuk tahun 2011 ini seperti yang cikgu A-D berpesan dari tahun lepas lagi iaitu tahun 2011 adalah tahun dunia pendidikan.  



Picture






















Teknik "Download" Energi dari Sumber Alam - Teknik Pola 38

Satu daripada teknik pola 38 adalah mengambil sumber tenaga dari alam semulajadi iaitu daripada matahari dan secara saintifik diakui bahawa cahaya matahari memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia. Di atas ini adalah satu artikel daripada kajian universiti bahawa sumber matahari membantu kesihatan manusia. Kini untuk lelaki jua! Hmm, padanlah sejak mengamalkan teknik download tu dengan isteri lain macam je.. tak sabar nak bertemu matahari setiap hari ni! Nak tahu cara berkesan untuk download dari sumber matahari, datanglah ke kursus Pola 38.

Kursus Teknik Pola 38 Bahagian 1, 2 dan 3 ada ditawarkan adalah untuk membantu kita menggunakan sumber tenaga alam serta tenaga dalaman semulajadi untuk meningkatkan kekuatan kita menghadapi pelbagai cabaran hidup dengan baik. Mahukah anda sentiasa positif dan mendapat apa yang anda inginkan walaupun dalam situasi yang tertekan?

2 hari lepas ini cikgu A-D balik ke kampung isteri di Tg Karang. Untuk ke bazar Ramadan di Tg Karang memang sesak di sebelah petang dan sesak di pagi Ahad untuk ke pasar besar. Dengan teknik pola 38, cikgu A-D mahukan ada parking di depan bazar atau pasar dan hasilnya memang kebetulan tepat-tepat cikgu A-D sampai di situ dan ada ruang parking, bukan sekali buat macam tu, tapi 2-3 kali dah bukan kebetulan lagi kot! Jika anda ada teknik pola 38, anda boleh mengatasi konflik hidup seperti blocking star, vacuum star dan sebagainya - minta dan anda dapat!  


Maklumbalas peserta kursus Pola 696 Potensi Bisnes Menguntungkan:

assalamualaikum cikgu, apa khabar? Semoga sihat selalu... pernah ikuti kelas cikgu pola 696 diparitraja batu pahat pada 6hb ... Apa yang cikgu ajar hari tu saya dah practik kan. Memang banyak perubahan berlaku ... Selepas seminggu je saya dapat buat promosi di uhtm dan alhamdulilah sales tinggi berbanding dgn peniaga lain. Lepas tu saya dpt customer baru bekas cikgu. Selepas tu kolej komuniti .. mahukan kami suplies produk untuk kegunaan student. ... saya amalkan memang menakjubkan .bukan saya sahaja yang terima faedahnya orang disekeliling saya juga terima faedahnya.

Ulasan cikgu A-D: Dengan mengenali potensi seperti arah kejayaan, jenis pasaran dsbnya adalah membantu anda untuk lebih mudah mendapat keuntungan dalam bisnes. Ramai orang mahu berbisnes tetapi menemui kegagalan. Pada cikgu A-D, anda bukan gagal dalam bisnes, belum anda gagal mengetahui teknik potensi sebenar untuk anda berjaya mengatasi kegagalan itu. Maka, jom pelajari kaedah pernomboran yang lebih relevan dengan bisnes anda dan pastikan anda tidak lagi gagal tetapi terus menerus berjaya.  

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.