Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Bergerak Ke Depan Menuju Kejayaan

8/1/2011

0 Comments

 
Picture

Picture
Foto cikgu A-D di bawah menara World Trade Center, New York, USA pada sekitar awal tahun 1994. Kini kedua-dua menara tersebut sudah tiada hanya tinggal kenangan dan foto ini memang satu kenangan berkekalan. Sangat menarik kerana tragedi ini berlaku pada 11 September iaitu sama dengan tarikh kelahiran cikgu A-D pada 11 September juga.




Picture
Foto cikgu A-D di atas satu jambatan di sebuah pulau di Pulau Batam awal tahun 2011. Selepas mengadakan kursus asas pernomboran di sana. Di sana terdapat 5 - 6 batang jambatan menghubungkan beberapa pulau.


Picture
Foto cikgu A-D berada di Tiger Hill, Suzhou, China dalam 2 tahun lalu.


Picture
Tarikh Penubuhan Telekom Malaysia adalah "petak cermin". Organisasi sebegini bolehlah memiliki petak cermin "api" sebegini, lagipun telekomunikasi adalah elemen api. Tidak sewenang-wenangnya boleh pilih tarikh berpetak cermin semata-mata tanpa ketahui tujuan dan keupayaan bisnes! Terdapat banyak bisnes lingkup dan perkahwinan lingkup dek memilih tarikh berpetak cermin begitu sahaja!

Dalam kaedah pernomboran, petak cermin adalah dari lapisan atas pertama lagi hingga ke bawah, bukan sekadar sama di hujung kiri dan hujung kanan.


Picture

Picture
Foto Sesi Taklimat Oleh Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad (Millionaire Mindpower) di pejabat cikgu A-D pada lewat tahun 2009 lalu atas jemputan cikgu A-D untuk memperkenalkan kursus MMP.

Pejabat cikgu A-D merupakan satu tempat perkongsian ilmu yang menarik. Dato' Dr Roslizam, seorang pakar kewangan dan usahawan  juga menggunakan fasiliti pejabat ini tujuan kursus "Unveil the 26 Billionaire Legends" dan "Fast Track to Kaya Bertuhan" beliau. Insyallah, jika ada kesempatan lagi, tetamu-tetamu lain akan dicari dan diundang untuk berkongsi ilmu dengan anda semua. 


29 OGOS 2011 - jangan lupa untuk terus beribadah di bulan puasa ini dengan penuh ikhlas dan bersungguh untuk kejayaan dunia dan akhirat. Apabila tiba malam raya 29 Ogos, setelah mengumpul energi-energi ketuhanan selama berpuasa itu maka berdoalah untuk kekayaan dan kejayaan. Antara jam 11.30 malam - 12.30 malam (untuk Sabah, Sarawak dan Brunei dan lain-lain negara adalah 11.00 malam - 12.00 malam). Malam raya adalah waktu dikatakan para malaikat berdoa kepada Yang Maha Kuasa untuk kebaikan hamba-Nya. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk mendapatkan ruang dan peluang doa kejayaan ini.

Setiap pagi dalam sekitar jam 8.30 pagi cikgu A-D menyedekahkan 1 Al-fatihah kepada semua pelajar dan pelanggan kaedah pernomboran yang pernah bersama cikgu A-D supaya mereka mendapat kekuatan dalaman untuk terus berjaya dalam hidup, maka setiap pagi anda mesti positif mudah-mudahan mendapat kekuatan yang lebih untuk kejayaan anda.

Picture








Foto Cikgu A-D bersama penulis tamu / kolumnis Mingguan Wanita dan Penasihat Eksekutif Editorial di Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Mingguan Wanita pada 30 March lalu di Subang Jaya.

Tak sangka dulu cikgu A-D cuma seorang pembaca MW membaca ruangan mereka tetapi kini sebaris dengan penulis-penulis hebat yang lain.

Dapatkan Mingguan Wanita Edisi Aidilfitri setebal 352 mukasurat pada harga RM11.90 sahaja padat dengan fesyen dan resepi.


Picture

TERBARU: SUMPAHAN KETURUNAN?

Dalam 6 tahun kajian Cikgu A-D mendapati sesuatu pattern / pola yang agak unik. Terdapatnya satu fenomena dikenali "sumpahan keturunan" yang berlaku pada seseorang daripada generasi keturunan sebelumnya menyebabkan seseorang itu tidak dapat menikmati hidup yang baik. Satu kes terbaru yang mana di dalam satu keluarga semua ahli keluarganya bercerai, malah di dalam keturunannya juga banyak kes masalah perkahwinan. Apabila dikaji lebih mendalam rupanya pernah terjadi satu kes di dalam keturunan yang moyang pernah bergaduh dengan ibu bapanya dan kahwin lari menyebabkan ibu bapa moyang marah dan menyatakan dia tidak dapat hidup bahagia selamanya. Setakat ini belum dapat difahami fenomena ini dan penjelasannya dari segi sains. Menariknya daripada kaedah Petak Pendua & Pentiga (ciptaan cikgu A-D) mendapati pola nombor yang konsisten iaitu 191 iaitu "berjauhan" atau berselisihan. 

Mungkin ini adalah satu faktor yang memberatkan kehidupan anda oleh "tenaga keturunan". Oleh yang demikian, dicadangkan untuk anda meninjau lebih jauh hingga ke sejarah moyang anda untuk ketahui perihal yang menyumbang kepada hidup anda, samada baik ataupun buruk. Jika sesuatu rantaian keturunan untuk perkara yang buruk, tentulah kita ikhtiar untuk memecahkannya daripada ianya berterusan ke generasi anak cucu cicit kita seterusnya. 

Dulu pernah cikgu A-D bertemu seorang rakan berbangsa Cina yang memakai kain pembalut luka di lengan kirinya. Seingat cikgu A-D beliau ini sihat sebelumnya jadi bertanyakan apa yang terjadi. Beliau mengatakan ayah beliau cedera terkena objek tajam di tempat kerja di lengan kirinya dan ayahnya memakai kain pembalut luka di situ, jadi sebagai seorang anak, beliau juga perlu memakainya mengikut tradisi orang Cina. Tidak pasti kenapa dan mengapa, mungkinkah ini sebagai satu tanda hormat simpati kepada orang tua atau apakah kerana untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang dari ayah kepada anak?

Mungkin itu yang dikatakan sebagai sumpahan keturunan dan perlu kita ikhtiar untuk mengkaji dan memecahkan rantaiannya?  Apakah anda tahu jika terdapatnya sesuatu "sumpahan" dalam keturunan anda? Kongsikan pengalaman anda dengan maklumbalas di qmas304@streamyx.com

Perihal 38

Jika anda di bandar Klang atau di Meru dan nampak kereta putih plat nombor BEN3883, itulah dia kereta jenazah untuk Fairy Park, satu tempat pengebumian terbesar di Klang berada di Meru, tidak jauh dari pejabat cikgu A-D! Dalam mitos tamadun Mesir purba, angka 38 dikaitkan dengan kematian. Kalau begitu gayanya, pola 38 usah main-main!

Petang tadi cikgu A-D ada ruang masa sikit selepas tulis artikel untuk Mingguan Wanita. Jadi, masa tersebut cikgu A-D buka inbox mesej untuk SMS yang berpuluh-puluh belum dijawab di handphone dan cuba menjawab seberapa banyak yang boleh. Terlintas satu mesej lama dari nombor 01X-XX83380 seorang klien lama yang kini dalam situasi kritikal ICU sebab berada dalam graf gaung dan Vacuum Star juga untuk kedua-dua suami isteri dan beliau ada pola 38. Jadi, cikgu A-D sengaja hantar mesej SMS memberitahunya tentang waktu berdoa pada 29 Ogos nanti dan arah yang baik untuk beliau gunakan di dalam bilik untuk membantu beliau dalam kehidupan. Berikut adalah jawapan SMS daripada beliau selepas itu; "Time kasih Ad...mesg u dtg bila sy pohon doa tuk legakn keresahan sy skrg". Apakah satu kebetulan mesej SMS yang cikgu A-D hantar tu adalah untuk menjawab doa beliau sebelum itu? Pola 38!

Picture
Foto pemandangan di depan pejabat cikgu A-D no 69B atas BSN di Pekan Meru, Klang.

Jika anda sampai di Pekan Meru, Klang maka pejabat cikgu A-D berada di tingkat atas sekali atas bank BSN Pekan Meru (bukan BSN di Setia Alam berhampiran).

Cuba anda perhatikan foto ini betul-betul.
Di sebelah mana kiri atau kanan adalah pejabat cikgu A-D?

Seperti yang cikgu A-D beritahu tadi kan atas BSN, jadi di sebelah kanan lah. Anda tahukan alamat pejabat cikgu A-D adalah 69B, maka no 69 paling bawah adalah bank BSN manakala 69A pula pusat penghantaran wang ke luar negara biasanya pekerja asing. Jadi sederet tu tentang urusan kewangan dan kekayaan. Kebetulan juga ketiga-tiga tingkat adalah deret berwarna biru! BSN biru, 69A langsir biru dan langsir 69B pejabat cikgu A-D juga biru.

Bagaimana pula deret sebelah kiri. Kebetulan kedua-tingkat menggunakan papan tanda merah? Kebetulan pula... itulah deret no 67. Yang di tingkat bawah adalah restoran yang telah bertukar 3 pemilik dan akhirnya tutup terus. Manakala 67A ialah pusat pinjaman duit. Kan cikgu A-D selalu pesan elakkan banyak sangat simpan angka 67 atau hati-hati dalam mengamalkan sistem 67! Inilah buktinya, bukan sebarang cakap je!

Apakah anda ada pola 67? Kalau anda lahir tahun 1960, 1969, 1978, 1987 atau lahir 6, 15, 24 Julai dah memang confirm anda memiliki pola 67 seumur hidup anda. Yang lain tu kena periksa juga petak dengan lebih mendalam (gunakan teknik Petak Perlima iaitu kenali potensi dari 6 Petak ciptaan cikgu A-D berbanding 1 rajah segitiga atau 1 petak lahir sahaja).

Tahukah anda?
Satu kumpulan sangat hebat dalam organisasi MLM terkenal Ad4bucks dikenali sebagai sixtyninerz iaitu "69". Dan ketua kumpulan tersebut adalah Jutawan muda sdra Zulfaisal yang mana beliau dan leader-leader pernah belajar teknik pernomboran dengan cikgu A-D - pernah konsultansi peribadi bersama cikgu A-D serta berkursus di Janda Baik.


Tahukah Anda?
Dari Muawiyah bin Qurrah, dari Anas r.a. diriwayatkan secara marfu' kepada Nabi SAW, baginda bersabda, "barang siapa berbekam pada hari Selasa tanggal 17, Allah akan mengeluarkan penyakitnya selama setahun".

Nah, ini jelas menunjukkan terdapatnya kaedah memilih hari dan tarikh di dalam Islam. Begitu juga terdapat kaedah sedemikian dalam tamadun lain seperti China, Jepun, India, Indonesia dan sebagainya. Kaedah Pernomboran pula Teknik Graf Prestasi Bulanan, Harian dan Jam (ciptaan cikgu A-D sendiri)  juga menggunakan konsep memilih hari dan jam, malah arah untuk hari dan jam tersebut, terutamanya dalam sales dan business jua malah untuk apa jua kegunaan anda. Dapatkan perisian otomatik mengira potensi dan konflik bagi bulanan, harian malah jam (email ke qmas304@streamyx.com).


Tahun 2012 (Pola 38) Tahun Jiwa Kacau - Masalah Ekonomi
Hari ini 1 Ogos di berita TV3 memaparkan dua kes pemberhentian pekerja. Di KL, seramai 380 orang diberi notis cuti tanpa gaji hingga tarikh belum diputuskan. Di USA pula, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan USD1 Trillion bagi menampung ekonomi. Kini sudah nampak tanda-tanda penurunan prestasi ekonomi yang menjejaskan industri dan perniagaan yang berpotensi menjadikan ramai orang yang masuk ke tahun 2012 dengan fenomena Vacuum, Blocking dan seumpamanya menjadi jiwa kacau!

Apakah persediaan anda untuk menghadapi dan melalui tahun 2012 tahun jiwa kacau dengan baik malah mampu mengaut untung daripada fenomena sebegitu (pola 786)? Tentunya hadir Seminar "Strategi Menghadapi dan Melalui Tahun 2012 Tahun Jiwa Kacau dengan Berkesan". Jika tahun lepas cikgu A-D berpesan tahun 2011 tahun pendidikan yang mana sememangnya banyak perihal pendidikan berlaku tahun 2011, maka apakah anda akan abaikan pesanan cikgu A-D untuk menghadapi tahun 2012?

Kebetulan, tahun 2012 adalah pola 786 untuk perihal kepimpinan, maka elok untuk buat pemilihan pemimpin baru (pilihanraya?) atau sebenarnya apa jua yang membolehkan anda menjadi seorang pemimpin!

Gempar: Cikgu A-D curi duit! Angkara Vaccum Star Dekad
Kisahnya benar cuma tajuk gimik je...itulah yang pernah berlaku kepada diri cikgu A-D sebelum menemui kaedah pernomboran ini.

Masa itu umur masih muda lagi... kerja pertama di PJ memang dapat pendapatan lumayan (kebetulan ada virtuous star) tapi oleh kerana masa kerja terlalu panjang, maka berpindah ke kerja kedua yang mana separuh pendapatan hilang (tapi tak fikir panjang masa tu ikut perasaan je). Tapi penat terpaksa berkejar sana sini maka pindah ke kerja 3 dan mula ceburi dunia saham, masa itu dikenali saham kopi. Memang dah masa Vaccum Star Dekad, habis RM20 ribu yang dilaburkan itupun duit isteri yang dipinjam bank. Semua ini bermulalah masalah kewangan teruk (Vacuum Star Dekad). Ada peluang beli rumah tapi terpaksa keluarkan duit berhabis dalam RM20 ribu juga tapi akhirnya terbengkalai (www.desakerayongindah.blogspot.com). Hutang makin banyak dan masa itu masuk pelbagai MLM tapi gagal. Akhirnya terpaksa cucuk kad kredit setiap bulan ambil cash advance dalam RM2 ribu - RM3 ribu sebulan...hutang makin bertambah dan akhirnya sering berfikir untuk Tuhan cabutkan je nyawa, tiap kali singgah Masjid Negeri Shah Alam akan solat dan lepas tu berbaring di sana dengan harapan Tuhan cabut nyawa dalam masjid ok juga! Tapi 10 -15 minit kemudian masih boleh bangun hidup lagi rupanya!

Walaupun cuba ada ikhtiar untuk simpankan duit dalam beberapa sampul untuk anak, rumah, kereta dsbya pun tak berkesan. Duit ASB, simpanan BSN dan sebagainya semuanya jadi kosong! Satu hari, cikgu A-D terdesak, jadi buka almari tempat simpan duit-duit tu dan kebas kesemuanya! Aduhai, jadi pencuri pulak...tapi masalah Vaccum masih tak selesai sehinggalah dipertemukan dengan kaedah pernomboran ketika itu sangat asas taklah sama seperti sekarang yang sangat advanced digubah semula oleh cikgu A-D...

Kini Vaccum star dah tak ada, almari tempat simpan duit diganti dengan peti besi mengandungi hampir RM20 ribu (kini dalam bentuk sijil SSP dll). Hutang isteri RM20 ribu pun dah dibayar dengan cash dan hutang kad kredit hampir RM50 ribu kini tinggal balance sikit itupun sebab masih gunakan untuk beberapa perkara kecil.... begitulah peritnya hidup dalam Vacuum Star Dekad (10 tahun)! Lebih-lebih lagi jika tiada ilmu kaedah pernomboran untuk membantu kita menghadapinya dengan baik.

Diburu polis

Bukannya cikgu A-D yang diburu polis, tetapi terdapat beberapa kes yang ditemui cikgu A-D yang individu dalam Vaccum Star menjadi buruan polis akibat masalah kewangan terperangkap pula dalam masalah jenayah. Vaccum Star Dekad memang fenomena taufan dasyhat dalam hidup seseorang. Kalau anda dapat lalui tempoh Vacuum Star Dekad dengan senyuman dan kekayaan, kita tabik spring sama lu! Tentunya, individu yang pelajari dan bersedia awal dapat melalui tempoh Vacuum Star Dekad dengan senyuman dan kekayaan... jangan ikut cara orang lain sebegitu sahaja, jangan jadikan hidup anda dikuasai orang lain sebegitu sahaja, yang penting jangan sukarela jadi hamba orang lain.. anda adalah diri anda yang bebas, KUASAILAH DIRI ANDA dengan positif!

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly