Gunakan petak versi Cikgu A-D untuk sesi tertutup sahaja, tetapi anda tidak dibenarkan untuk gunakan petak itu di khalayak umum (iaitu buat latihan terbuka untuk orang awam atau di internet) tanpa kebenaran cikgu A-D kerana petak itu sudah digunakan oleh cikgu A-D dalam pelbagai artikel dan buku sejak dulu lagi.
Ataupun anda buatlah kiraan dalam bentuk lain (bentuk bulat ke, bentuk segi lima ke dan sebagainya) untuk tidak menciplak cikgu A-D. Sebelum ini ada satu pihak menggunakan/ ciplak bulat-bulat nota-nota cikgu A-D yang mereka ajar kepada umum tanpa meminta kebenaran cikgu A-D walaupun cikgu A-D telah menegahnya di dalam nota. Akhirnya, pihak tersebut mendapat reaksi negatif daripada orang ramai dan beri kesan negatif tentang kaedah sebenar kaedah pernomboran. Cikgu A-D jugalah yang kena membetulkan situasi ini semula.
Memang ramai yang berminat untuk menjadi pelatih (trainer) atau konsultan dalam pernomboran. Nampak senang je cikgu A-D buat tapi hakikatnya nak bawanya bukan mudah kerana anda perlu banyak latihan secara formal dan informal termasuklah latihan metafizik kerana menguruskan masalah dan berhadapan dengan orang awam bukan mudah. Oleh itu, sekali lagi cikgu A-D pesan, gunakan ilmu yang anda pelajari untuk kegunaan anda dan ahli keluarga atau rakan-rakan terdekat secara tertutup secara asas. Jika perlukan penjelasan lebih mendalam elok rujukkannya terus kepada cikgu A-D.
Baru perasan tentang nombor siri di satu tempat yang selama ini kita tak perasan iaitu di kotak meter elektrik. Cuba tengok nombor siri di situ, contoh di foto ini dan kemudian untuk rumah anda. Nombor siri meter ini juga ada kaitan tentang perihal diri anda juga! Contohnya, kebetulan nombor siri di sini ada petunjuk tentang pola 786, iaitu kami suami isteri memang anak sulung.
Untuk pengamal atau peminat kaedah metafizik berkaitan kritstal, buku ini saya dapati sangat bagus untuk rujukan terutama kepada mereka yang baru berminat dalam dunia kristal sebagai alternatif pemulihan.
Dapatkan di kedai buku seperti MPH.
jangan jadikan negara kita jiwa kacau juga!
Perhatian: artikel-artikel yang dipaparkan di sini bukan bertujuan untuk menimbulkan keresahan kepada rakyat. Ini adalah sebentuk kesedaran mungkin ada yang tidak dapat mengikuti perkembangan semasa dunia luar dengan baik sebab sibuk buat kuih raya tu. Walaupun 2012 dijangka bermasalah, tetapi dengan teknik, taktik dan strategi yang betul, masih boleh dicari peluang kekayaan daripada sini (Seminar Strategi Melalui Tahun 2012 Dengan Berkesan oleh cikgu A-D). Seperti yang cikgu A-D beritahu sebelum ini, 2012 umpama tahun perubahan dan proses "pembersihan" yang membuang mereka yang lemah tetapi yang kuat serta berilmu akan naik menggantikannya, semoga kita pelajar kaedah pernomboran boleh bangkit dalam kekayaan dan kebahagian bermula 2012 ini! Yang tak belajar tu akan tertinggal dan dibersihkan.
"LONDON (AP) — The gritty north London neighborhood of Tottenham exploded in anger Saturday night after a young man was shot to death by police..."It's really bad," said local resident David Akinsanya, 46. "There are two police cars on fire. I'm feeling unsafe."...Sirens could be heard across the city as authorities rushed reinforcements to the scene. In Tottenham shop windows were smashed as residents looted the stores, pushing shopping carts full of stolen goods down the street...Miles from the tourist hotspots of central London, Tottenham is one of the most deprived areas in all of England, with nearly half of all children living in poverty, according to campaigners"
2012 jiwa kacau - marah dan masalah ekonomi... dah dipesan dah sebelum ni, jadi mari kita cepat bertindak untuk kenali potensi, bina strategi tingkatkan prestsi, majukan produktiviti di bulan mulia ini dan bersempena merdeka raya.
Berita selanjut dari Yemen;
SANAA (Reuters) - Yemen's president Ali Abdullah Saleh will leave hospital soon, a government source said on Saturday, as clashes between his loyalists and opponents flared in the capital he left when protests against his rule turned into open warfare. The fate of Saleh, forced to seek treatment in Saudi Arabia for injuries suffered in a bomb attack in his palace in June, has thrown the Arab world's poorest country into a political crisis threatening to tip into civil war.
Dah berulang-ulang kali disebut perihal ekonomi, ekonomi, ekonomi di mana-mana artikel... jiwa kacau betul! Kalau begitu organisasi Baitulmal dan Pusat Zakat serta Jabatan Kebajikan malahan seluruh agensi kerajaan dan rakyat Malaysia perlu tingkatkan suasana ekonomi terutamanya di komuniti atau lokasi/ zon yang bermasalah ekonomi.
Berita seterusnya lagi dari US;
WASHINGTON (Reuters) - The U.S. Postal Service posted a net loss of $3.1 billion in its third quarter and warned again it would default on payments to the federal government if Congress did not step in.... "We are experiencing a severe cash crisis and are unable to continue to maintain the aggressive prepayment schedule," Joseph Corbett, the agency's chief financial officer, said in a statement.
Juga dari Eropah;
At the start of Europe's debt crisis 21 months ago, Italy was rarely grouped with the weaker members of the single currency zone, such as Greece, Ireland and Portugal. Many in the markets thought Spain, with its 20 percent unemployment rate, was vulnerable. But the emergence of Italy as a potential victim over the past few weeks has highlighted just how vulnerable the eurozone is and how insufficient its anti-crisis measures are. ...It's only been two weeks since eurozone leaders agreed to expand the powers of its euro440 billion ($623 billion) rescue fund that helped bail out Greece, Ireland and Portugal. The fund will be able to buy governments bonds and bail out banks, but the new powers will not be in place until parliaments approve the changes in September....Analysts also warn that the fund is currently not big enough to rescue Italy, whose debt amounts to 120 percent of economic output, around double that of Spain. Only Greece has a bigger proportion to service in the eurozone...Markets have put increasing pressure on Italy because of its chronically weak growth and a general lack of confidence...to push through politically difficult measures to make the economy more productive.
Seorang pengguna menceritakan bagaimana beliau berhadapan dengan masalah kereta jadi perlukan sebuah teksi padahal kawasan itu bukanlah laluan teksi sangat. Jadi menggunakan teknik pola 38, walaupun rasa kelakar, dengan tak semena-mena ada teksi lalu!
Seorang pengguna menceritakan beliau mahu membeli satu produk tapi diberitahu oleh penjual untuk beliau datang semula tapi datang lebih awal beratur seawal jam 8 pagi sebab produk itu menjadi rebutan ramai. Tanpa pedulikan kata penjual, beliau datang jam 11 pagi dengan yakin bahawa masih ada giliran untuknya. Memang betul ada giliran yang terakhir untuknya walau datang lewat!
Seorang pengguna menceritakan beliau walaupun dalam graf gaung tetapi sejak kenali potensi diri pernomboran beliau kini lebih positif dalam hidup dan mengamalkan 6 perkara yang mana kini hidup beliau lebih bahagia, tenang dan lebih mewah;
1. Memaafkan semua orang.
2. Memastikan berfikir positif
3. Mendoakan kesejahteraan diri dan keluarga.
4. Sentiasa dalam keadaan ceria dan aktif.
5. Redha dan terima ujian dengan positif.
6. Sentiasa berkata-kata yang positif kepada diri sendiri dan orang lain.
Isteri cikgu A-D menang Sijil Premium (RM100 je) pada Jun 2009, apabila dibaca daripada graf hayat bulan Jun 2009, padanlah ada Virtuous Star dan kod lain. Bulan ni cikgu A-D rasa lain macam hepi, padanlah dalam bulan Ogos 2011 ada Happy Star, hepi sebab rezeki banyak bulan ini, padanlah dalam bulan Ogos 2011 ada Virtuous Star, tapi walau hepi namun dah seminggu lebih sakit gigi, padanlah dalam bulan Ogos 2011 ada Ailing Star. Bila tengok balik Ogos 2011 ada Vacuum Star, padanlah baru seminggu dah keluar duit banyak tapi benda positif lah seperti beli kamera digital baru (hilang), jadi kena beringat lah ni tak nak beli sangat apa-apa bulan Ogos ini sebab kena bajet untuk raya!
Membaca graf hayat bulanan malah harian memang unik dan kadang kala kelakar pun ada! Ianya benar-benar terjadi, bermaksud hidup kita ini memang dah ditakdirkan, yang penting kita memahaminya lebih awal untuk persediaan dan cuba ikhtiar mengatasi yang negatif supaya kurangkan kesannya dan cuba melaluinya dengan positif! Anda sudah belajar teknik Gragf Hayat Tahunan, Bulanan, Harian?
Jadi jangan dok sibuk hepi nak raye je, silap-silap masuk September kita beraye dengan tangisan jiwa kacau! Dan sejak akhir-akhirnya ini memang dah ada yang akan beraye tangisan jiwa kacau ekonomi.
Apakah tindakan anda? Persedian anda? Teknik Pernomboran dan Graf Dinamik - Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan!
Kini, negara Israel pun berdemonstrasi juga - setengah juta orang berdemonstrasi kerana mahukan pembaharuan ekonomi (economic reform). Negara kita berdemonstrasi kerana agenda yang sebenarnya boleh dibuat dalam bentuk yang lebih produktif seperti sidang panel dll.
Negara-negara lain USA, Greek, Mesir, kini Israel sibuk pasal masalah ekonomi, apakah kita tak pedulikan perihal ekonomi negara, tanahair tempat kita berlindung nak biarkan negara kita ini menagih sedekah daripada orang luar padahal kita boleh bersatu mempertahankan ekonomi kita .. mari bangunkan ekonomi negara bersama, tak perlu berkumpul untuk berdemonstrasi lagi tapi berkumpul mengadakan workshop, latihan, seminar, pameran tentang kewangan, ekonomi dan pelaburan. Sibuk berperang mulut dengan polis pasal sapa salah di perhimpuan lalu tak ada gunanya, esok lusa negara-negara lain tumbang ekonomi dah tak mampu beli produk keluaran kita, kita pula yang jatuh terduduk terlopong tertiarap bila eksport negara tak leh keluar dan kontena-kontena tersangkut di pelabuhan. Bila produk tersangkut di pelabuhan, industri tak leh jalan production akibatnya gaji dipotong dan orang diberhentikan kerja dan rakyat Malaysia berjiwa kacau.. salah siapa? Masa tu salah sendiri la! Atau anda memang suka makan rumput cicah kicap kot sebab tak mahu pedulikan pasal ekonomi negara? ... Tahun 2012 tahun jiwa kacau ekonomi.. ayuh bersama berjuang pertahankan ekonomi diri, keluarga, bangsa dan negara! INGAT, NEGARA MALAYSIA TIADA ANGKA 6 LANGSUNG DALAM PETAK TARIKH LAHIRNYA berbanding negara jiran Indonesia yang banyak angka 6 kekayaan. Jadi, negara kita adalah calon terbaik untuk jatuh muflis jika kita tak buat apa-apa!
Yang Berhormat Perdana Menteri kita kini adalah individu pola 336 iaitu pola ekonomi dan pelaburan, memang pun beliau lulusan Industrial Economics di London dulu. Jadi, tahun 2011 ini tahun pola 336, maka mari kita sama-sama bangunkan pelaburan negara tidak mengira fahaman politik atau bangsa. Ingat, arah kekayaan negara Malaysia adalah ke Barat Laut iaitu Eropah, Timur Tengah, kalau mereka jatuh, kita dah tak ada lagi sumber kekayaan! Jangan jadikan negara kita yang aman ini juga terpaksa berdemonstrasi pasal ekonomi pula. Banyak lagi perkara produktif yang kita boleh lakukan lebih awal lebih berkesan - jom 1Malaysia, Malaysia boleh! Syukurlah kita nampak kerajaan ada berbuat pelbagai program pembangunan ekonomi tapi masih belum cukup kerana memerlukan sokongan daripada setiap kita jua.
"..A quarter-million Israelis marched on Saturday for lower living costs in an escalating protest that has catapulted the economy onto the political agenda and put pressure on Prime Minister Benjamin Netanyahu... a greater turnout than at marches on the two previous weekends....In a "Peace Index" poll conducted by two Israeli academics, around half of respondents said wage disparities..."
Kepada peserta kursus/ pelanggan daripada negara lain seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan sebagainya mesti juga bangunkan dan pertahankan ekonomi negara anda kerana ASEAN memerlukan satu sama lain.
Global leaders on Saturday arranged a round of emergency calls to discuss the twin debt crises in Europe and the United States that are causing turmoil in financial markets. The European Central Bank's policy-setting council will hold a rare Sunday conference call to talk about the euro zone problems, ECB sources said. Markets are anxiously looking for the central bank to start buying Italian and Spanish debt on Monday to stabilize prices, a move that has split the ECB governing council. But more pressure on the bonds of the two countries after last week's steep sell-off could undermine an already damaged European banking system and lock Italy, the world's eighth largest economy, out of the market. Worsening the outlook was the Standard and Poor's downgrade of the U.S. sovereign credit rating late on Friday on concerns about its budget deficits and growing debt burden.
While not totally unexpected, the loss of top-tier AAA status by the world's economic superpower drew fierce criticism from China, a huge holder of U.S. debt, and promised more anxiety for global financial markets. French President Nicolas Sarkozy, who heads the G20 group of the world's leading economies, will discuss the financial situation in light of the U.S. downgrade with British Prime Minister David Cameron on Saturday evening, his office said. Finance ministers and central bankers of the G7 group of major industrialized nations will confer by telephone on Saturday or Sunday, a senior European diplomatic source said.
Mempelajari kaedah metafizik iaitu pengajian perihal sesuatu fenomena yang diluar rangka fizikal yang nyata / alam ghaib adalah sebentuk pengajian yang menarik di dalam meningkatkan kesedaran diri; pengajian seperti kaedah pernomboran, reiki, feng shui dan sebagainya. Namun, ramai orang belajar perihal metafizik itu ini tanpa kesudahan tiada hala tujuan menyebabkan wang habis begitu sahaja dan tidak praktikkan ilmu yang dipelajari menyebabkan hidup masih lagi tercari-cari; kerana masih tersangkut di tahap 1 belum ada mentor atau cara untuk meningkatkan dirinya.
Sebenarnya apabila anda belajar metafizik, anda perlu pastikan anda cukup ilmu dan persediaan untuk melonjak "naik" ke tahap metafizik yang lebih tinggi. Contohnya, pada mulanya anda kenalah belajar kaedah pernomboran kira itu ini sampai pening nak beli kasut pun kena kira nombor apa, tapi apabila anda berada di tahap 3 ke atas, anda tidak perlu mengira itu ini lagi kerana pada tahap itu dunia "tunduk" kepada anda dan laluan hidup anda adalah berkesan sahaja walaupun ada star macam mana pun. Selama ini cikgu A-D menumpukan Tahap 1 untuk khalayak umum, sebenarnya sudah ada beberapa individu yang telah dilatih "naik darjat" untuk berada di Tahap 2 dan 3.
Berikut adalah gambaran umum tentang tahap Metafizik untuk memberikan gambaran kepada anda bagaimana untuk meningkatkan tahap metafizik anda. Bukannya wajib untuk anda naik tahap, tapi kalau dapat naik tahap lebih mudah membantu hidup anda. Kadang kala ada orang perlu mendalami banyak tahap 1 atau ada orang cuma perlukan sikit sahaja tahap 1 untuk sampai ke tahap 2 dan seterusnya. Untuk itu, anda perlu "diuji" sama ada oleh mentor atau atau daripada pengalaman hidup untuk melihat sama ada anda sudah boleh naik tahap atau masih perlu lagi bekalan untuk naik ke tahap seterusnya.
Tahap 1 - tahap orang biasa iaitu orang kebanyakkan di dunia ini yang "melanggar dinding" sana sini tercari-cari potensi dan akhirnya bertemu potensi seterusnya membuat perubahan-perubahan kecil sewajarnya.
Tahap 2 - tahap untuk individu yang tahu potensi diri dan boleh memulihkan diri sendiri untuk membina kejayaan. Individu Pola 38 tahap 1 dan 2.
Tahap 3 - tahap untuk individu tahap 2 dan boleh memulihkan orang lain secara tertentu. Dalam tahap ini, sebenarnya tidak lagi memerlukan pernomboran atau graf hayat malah apa jua metafizik lain seperti feng shui dsbnya untuk menjalani kehidupan kerana ianya sudah terbina dalam hidup. Sangat perlu positif untuk berada di tahap ini.
Individu Pola 38 tahap 3.
Tahap 4 - tahap untuk individu tahap 3 dan mendapat ilmu-ilmu secara petunjuk, banyak "hijab" terbuka, mampu mentransformasikan masyarakat dengan ilmunya. Tetapi, untuk orang biasa tahap ini agak sukar dikawal menyebabkan ramai orang jadi "gila isim" atau terjebak ajaran sesat, melainkan ada mentor yang betul.
Tahap 5 - tahap untuk individu yang tahap 4 tetapi adalah pemimpin memegang kuasa atau pangkat, biasanya para ulama atau mahaguru.
Tahap 6 - tahap para sahabat Nabi atau individu yang berilmu tinggi, memulihkan dan berjuang untuk agama dan bangsa seperti dalam sejarah Islam adalah Khalifah Abu Bakar As-siddiq.
Tahap 7 - tahap para Nabi dan Rasul atau individu yang tinggi tahap kerohaniannya termasuk pengasas-pengasas agama utama. Orang biasa tidak dapat lagi melintasi tahap ini di akhir zaman ini.
Tahap 8 - tahap para Malaikat yang selalu beribadah, tak perlu makan dan sebagainya.
Tahap 9 - tahap ini hanya 1 sahaja iaitu Yang Maha Esa berhak berada di sini.
Walau kita tidak lagi mampu melepasi tahap 7 dan sampai ke tahap 9 tetapi secara teorinya manusia itu diberikan laluan untuk "bergabung tenaga" merasai tempias tahap yang tinggi (tapi bukan bermakna telah sampai ke tahap itu, hanya cuma "hubungan" secara luaran sahaja). Contohnya, anda dilatih di tahap 8 dalam bulan puasa atau rasa ehsan kepada-Nya adalah latihan di tahap 9.
Tak mengapa, ini dah cerita "tinggi" sangat untuk difahami, cuma bagi gambaran sahaja untuk pengetahuan anda, yang penting anda perlu tinggalkan tahap 1 dan naik ke tahap 2 dan dapat tahap 3 pun sudah sekurangnya mencukupi untuk berjaya di dunia ini dan akhirat nanti. Ada syarat-syarat yang perlu diperiksa oleh mentor anda untuk menentukan anda sudah naik tahap atau memerlukan beberapa bahan tambahan untuk naik tahap.
Maklumat lanjut akan diberitahu nanti. Jika anda ada cadangan untuk tajuk lain atau di buat di bandar berdekatan anda, sila emailkan ke [email protected]. Buat masa ini belum ada "port" dan yuran rendah yang sesuai untuk dibuat kursus di tempat lain seperti Kota Bharu, Kuching atau Kota Kinabalu. Mudah-mudahan ada permintaan yang ramai berbaloi kos untuk caj yuran rendah.
25 September - banyak pola 7 dan 6.
Majlis Berdoa Kekayaan dan Networking
Program Tukar Duit Siri Nombor Cantik kepunyaan cikgu A-D
Akan cuba di susun di sebelah malam, jika ada.
1 Oktober:
Muar, Johor
Worksyop "Memilih Bisnes atau Kerjaya Berkesan", 9 pagi - 1 petang (RM100 seorang)
Worksyop "Strategi Melalui Tahun 2012", 2 petang - 6 petang (RM100 seorang)
2 Oktober:
Batu Pahat, Johor (Taman Universiti, Parit Raja)
Worksyop "Memilih Bisnes atau Kerjaya Berkesan", 9 pagi - 1 petang (RM100 seorang)
Worksyop "Strategi Melalui Tahun 2012", 2 petang - 6 petang (RM100 seorang)
8 Oktober:
Meru, Klang
Worksyop "Strategi Melalui Tahun 2012", 2.30 petang - 6.30 petang (RM100 seorang)
9 Oktober:
Meru, Klang:
Kursus "Teknik Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan" (RM100). DISKAUN JARIAH!!
10 pagi - 5 petang
22 Oktober:
Meru, Klang
Workshop RM50 "Kenali Potensi Diri dari 6 Petak Tarikh Lahir (Statik hingga ke Perlima)
2.30 petang - 6.00 petang.
23 Oktober
Meru, Klang
Sesi Klinik Bergerak Konsultansi Peribadi
29 Oktober:
Bukit Jambul, Pulau Pinang
Worksyop "Memilih Bisnes atau Kerjaya Berkesan", 9 pagi - 1 petang (RM100 seorang)
Worksyop "Strategi Melalui Tahun 2012", 2 petang - 6 petang (RM100 seorang)
30 Oktober:
Teknik Pola 38 Bahagian 1 (RM183 seorang)
10 pagi - 5 petang
03 Disember
Meru, Klang
Workshop RM50 "Teknik Keserasian Jodoh & Perkahwinan secara Pernomboran"
2.30 petang - 6.00 petang
04 Disember
Meru, Klang
Sesi Klinik Bergerak Konsultansi Peribadi
17 Disember - memang kebetulan hari pola 83!
Meru, Klang
Workshop RM83 "Ulangkaji & Teknik Terbaru Pola 38"
2.30 petang - 6.00 petang
18 Disember
Kuantan? Ipoh?
Worksyop "Memilih Bisnes atau Kerjaya Berkesan", 9 pagi - 1 petang (RM100 seorang)
Worksyop "Strategi Melalui Tahun 2012", 2 petang - 6 petang (RM100 seorang)
."..President Obama deserves some of the blame. Several months ago, he struck a deal with Congress to make the fiscal situation worse -- extending the Bush tax cuts for two more years and enacting a temporary cut in the payroll tax...".
Itulah keratan satu artikel di Yahoo! setelah agensi S&P merendahkan gred kewangan negara USA dari AAA kepada AA+, satu tindakan kontroversi semenjak tahun 1917 lagi! Seperti yang cikgu A-D dah berpesan sebelum ini, tahun depan ni 2012 tahun jiwa kacau besar kemungkinan daripada masalah ekonomi, nah, tadi berita perihal ini dah diterbitkan.
Lihat foto di atas, itulah graf hayat Obama. Tahukah anda bahawa beliau sekarang ini walaupun ada star cantik seperti Ministerial dan Eminent Star (patut pun jadi Presiden), sebenarnya beliau juga ada Vacuum Star! Menyebabkan USA kena Vacuum dah! Kebetulan daripada graf hayat beliau tahun 2011 ini ada Blocking Star iaitu masalah halangan dalam pentadbirannya dan ada juga Terminating Star, memang orang tak mengundi dia semula lagi dah untuk Presdien bagi pilihanraya akhir tahun 2011 ni. Tahun 2012 pula beliau ada Blaming Star, tu kena dimarahkanlah tu - cuba baca artikel atas semula tentang "blame". Ini bukan cikgu A-D yang saja-saja tulis, tetapi daripada artikel orang US sendiri!
Hidup ini telah ditentukan dan ditakdirkan. Menggunakan kaedah pernomboran dan graf dinamik adalah untuk memahami takdir dan berikhtiar untuk membetulkan mana yang boleh diperbetulkan dan meningkatkan potensi mana yang belum terserlah dengan baik. Kalau Presiden Amerika sendiri ada Vacuum Star boleh terkesan satu negara USA malah satu dunia ini, bagaimana pula dengan anda? Bila nak kena Vacuum Star tu? Setiap orang ada 4 kali Vacuum Star Dekad dan puluhan Vacuum Star Tahunan dan bulanan dalam hidupnya. Dah bersedia? Dah belajar kaedah graf hayat?
Jika anda pelajari kaedah graf hayat (tahap 1, 2 dan 3 hingga anda boleh baca graf untuk tahunan, bulanan dan harian pun!) anda mampu bersedia dan ada cara-cara penyelesaiannya... mungkin Obama kena jumpa cikgu A-D ni untuk selamatkan USA...
Kena selamatkan juga USA, ianya terkesan ke seluruh dunia. Kini di Eropah pun ada beberapa negara mengalami masalah ekonomi jua... mudah-mudahan tahun 2012 menjadi tahun yang lebih baik untuk semua.
Baru-baru ini di Selangor berlakunya satu kes kontroversi melibatkan jabatan agama negeri. Cikgu A-D bukan nak komen perihal itu tetapi yang ingin cikgu A-D tekankan di sini adalah pengakuan kejadian tersebut seperti berikut sebagai kesedaran semua dipaparkan di sini dalam perihal masalah kewangan hingga sanggup buat sesuatu di luar diri "...yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib... yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian."
Tidak dinafikan semua orang melalui zaman kesempitan wang seumpamanya, terutama sekali dalam tempoh Vacuum Star. Kalau dulu Cikgu A-D yang tiada pengetahuan tentang kaedah pernomboran pun boleh goyah iman apabila diuji dengan masalah kewangan Vacuum Star sewaktu masa muda dulu, apatah lagi ramai individu di sana yang memerlukan panduan dan bimbingan. Ramai orang sedang dan akan menghadapi masalah kewangan dan ramai daripada mereka bukannya boleh masuk dalam golongan yang kerajaan boleh bantu kerana ada syarat-syarat tertentu. Kini, setelah memahami potensi diri kenapa masalah kewangan boleh berlaku dan cara mengatasinya, anda boleh atasinya dengan baik. Kita risau satu hari nanti jika ada rakyat negara kita ini sanggup gadaikan negara kita sendiri dek masalah kewangan!
Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan adalah satu daripada modul yang boleh dipelajari untuk anda persiapkan diri atau perbetulkan diri anda dalam masalah kewangan. Kursus ini cuma RM200 seorang sahaja untuk modul sehari, siap makan tengahari dan nota, tetapi padat dengan ilmu strategi dan teknik (pernah ada yang komen kelas cikgu A-D ni murah sangat tak padan dengan ilmu yang sangat berharga, tapi itu adalah jariah cikgu A-D, tapi tak leh lah berjariah sangat). Tetapi cikgu A-D faham, orang yang sudah tak berduit macam mana nak hadir dek yuran walaupun rendah. Oleh itu, jika ada individu atau organisasi yang prihatin dapatlah memberi bantuan untuk mereka dengan menaja mereka ini. Cikgu A-D juga sesekali ada buat kursus percuma tapi tak bolehlah selalu kerana cikgu A-D juga perlu dana untuk membayar sewa dan sebagainya.
Untuk membantu tidak semestinya beri duit semata-mata tetapi memberi peralatan dan kemahiran, umpama kata motivasi berikan seseorang mata kail untuk memancing seumur hidup daripada beri ikan untuk makan sehari sahaja. Jika ada pihak yang sudi menaja individu untuk masuk kursus tersebut atau ada organisasi yang mahu menganjurkan kursus tersebut di tempat anda atau jika ada yang ingin pelajari teknik potensi kewangan dan kekayaan, sila hubungi [email protected] jom kita sama-sama bina masyarakat yang berduit dan kaya.
Jadi, tak payah nak gadaikan diri, harta, maruah, agama, bangsa dan negara anda kerana alasan tak berduit atau alasan sukar kaya atau alasan kesempitan wang. Mari sini kami transformasikan anda menjadi kaya! Berapa kaya yang anda nak? Telah ramai pelajar bimbingan kami yang telah memiliki kebebasan kewangan! Kini giliran anda pula, kalau dulu sdara Nor Edie makan roti canai dua keping sehari ikat perut kini Crown Manager ada wisma jutaan ringgit walaupun graf gaung, anda boleh melakukannya!... emm bila nak bertindak tu? Masih menunggu ye... oh nak tunggu Vacuum Star datang dulu rupanya ye.. bersedialah anda sebelum anda "disediakan"...
Antara teknik menarik ialah menyimpan wang di tempat "energi" kekayaan seperti arah kekayaan dan teknik beg di atas ialah simpanan energi kekayaan. Kalau anda terima beg atau bekas yang pernah tersimpan duit banyak walau macam mana lusuh pun pemberian dari Dato Dr Ibrahim Ahmad MMP atau Dato Dr Roslizam atau orang-orang kaya lain, gunakan untuk simpan duit anda di situ kerana di situlah aura "energi" kekayaan pernah tersimpan. Beg BONIA yang Dato Dr Ibrahim MMP bagi ini tak bolehlah dibagi :) menjadi pantang dan disayangi jadi bini ke-2 dah... kalau nak dompet-dompet lama cikgu A-D nanti bolehlah dibagi..
Duit itu terkumpul sikit-sikit bukannya sekali masuk banyak. Kadang tu masuk RM1 je, kadang tu 3-4 hari tak masuk duit langsung, kadang tu masuk RM300 pun ada. Sikit-sikit lama-lama jadi Gunung Kinabalu. Cikgu A-D bukannya ada bisnes besar tapi boleh ada cara menjana simpanan sebegini jadi orang makan gaji pun boleh buat macam ini. Ada caranya dalam teknik metafizik ini untuk anda kaya dan berjaya.
Jangan biarkan diri anda atau ahli keluarga anda terpaksa gadaikan harta, diri, maruah, agama dan negara dek kesempitan duit! Ada cara yang lebih produktif maka gunakanlah pendekatan produktif ini dahulu.
Daripada RM10 ribu tunai yang terkumpul dalam 7 bulan tu, maka cikgu A-D beranakkan beberapa strategi kewangan seperti berikut;
RM4,000 tunai ditukarkan menjadi Sijil Premium BSN (mana tahu boleh menang hadiah utama sebab ni tengah star cantik ni!). Kalau tak menang pun, duit ini adalah back-up untuk perihal lain.
RM3,000 diikat RM1,000 segulung satu dan diberi tugasan untuk "back-up" jika berlaku masalah pada 2 buah kereta, 1 buah motor dan masalah peralatan dapur seperti peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya (Jika anda ada Estima, tak cukup banyak tu kena back-up lebih).
RM3,000 lagi diikat dalam segulung untuk back-up untuk anak-anak sekolah dan lain-lain kecemasan.
masih ada berbaki lagi sikit-sikit, tapi diteruskan untuk bina back-up untuk lain-lain bahan dan buat pelaburan serta membeli emas, dan tentunya jangan lupa bayar zakat!
Yang penting sekali ialah ada back-up duit untuk segala sesuatu, malah perlu ada back-up duit untuk TV LCD 40 inci yang baru anda beli tu! Ramai daripada kita termasuk cikgu A-D sebelum ini pandai membeli tapi tak perasan bahawa setiap barangan terutamanya peralatan mekanikal atau elektronik akan minta anda baikinya tak lama lagi! Jadi bersedialah dengan dana untuk membaikinya. Bila terkena satu hari nanti Vacuum Star bulanan atau Tahunan yang mana ketika itulah TV rosak, kereta rosak, peti sejuk rosak dan segalanya pun rosak, bila tak ada back-up maka bermulalah jiwa rosak masalah kewangan Vacuum Star yang tak habis-habis sampailah kita tergadaikan diri. Mulakan back-up anda dari sekarang!
Tahun 2012 terutamanya, tahun jiwa kacau berkemungkinan bermula dari masalah ekonomi dunia! Dah bersedia back-up?
syukur alhamdulillah.. sbelum dtg sy brasa amat segan utk btemu cikgu krn mmbygkn 'abislaa cikgu mest leh tau/leh baca pasal diri aku'.. tp akhirnya sy berserah saja kerana berasakn perlu mengetahui apa jalan/masalah/potensi dll pd dri sy.. jika sy x telus tentulah sukar utk pihak cikgu membantu mmberi pendpt @ membri jln penyelesaian.. ptmuan pertama itu amat positif krn sy lebih tau dn smpai kini masih lagi mengenal diri dn cuba menjg diri dn sifat2 sy yg negatif.. sy berlalu kluar dr opis cikgu dgn blapang dada.. berasa tenang dn hepi! wpon byk juga poin2 negatif spt soal kewangan sy yg mmbahayakn.. tekanan dn tggjwb yg besar.. tp bla sudh dibincangkn wpon bukan sepenuhnya.. sy terima diri dn hidup ini seadanya.. fokus kpd perkara2 yg lebih penting.. lebih waspada ttg soal kewangan sy.. dn mrancang utk perubahan kerjaya wpon skang sy meneruskn bisnes famili ...apa yg dilaporkn cikgu kebanyaknnya boleh diiyakan.. tinggal shj sy yg perlu beringat dan mencr jln penyelesaian
Ulasan cikgu A-D: individu ini pertama kali menggunakan kaedah ini, mudah-mudahan perkongsian ilmu yang dibawakan di sini membantu masyarakat mengenali potensi diri yang selama ini belum terbongkar dengan baik. Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan saya di sini. Kepada mereka yang memerlukan sesi kenali potensi diri secara personal/ peribadi, nantikan sesi Klinik Bergerak Konsultansi yang akan dianjurkan lagi di Meru, JB, Ipoh, Kuantan dan sebagainya, atau jika anda mahu menempah sesi di lain waktu sila email ke [email protected] (sesi biasanya sebelah malam sahaja di Klang/Shah Alam/KL dan kadang kala ada sesi pada Sabtu pagi atau Ahad terpilih).
Buku cgu ni bagus sungguh dan saya lbh knal diri saya dan suami, ... tapi saya x cukup nmbor dlm petak, so mmg betul dia sentiasa memberi ... dan dia mmg lost klu saya xde, sy pula over sensitive ... buku ni beri saya persepsi yg berbeza dan lebih open ... saya rasa saya perlu lbh feminine dan kna tunjuk saya care n sayang
Ulasan cikgu A-D: mudah-mudahan perkongsian ilmu yang cuba ditampilkan di dalam buku ini dapat membantu masyarakat mengenali lebih mendalam erti perkahwinan yang berkesan. Cikgu A-D sudah berumahtangga hampir 19 tahun dan bahan-bahan dalam buku ini banyak membantu dalam mengenali cara diri sendiri dan pasangan kita dalam erti perhubungan yang harmonis. Dapakan buku ini, kebetulan setebal 383 mukasurat, cuma RM19.90 di kedai buku, pejabat Alaf21 di Shah Alam atau boleh ditempah di sini (email ke [email protected])