Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Di celah kepayahan ada kejayaan!

8/8/2011

0 Comments

 
Picture

Pemilihan Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957

SEBELUM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim (gambar di atas), Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.

Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).

Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.... Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.

Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.

Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.

Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.

Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkait dengan sejarah negara, ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukannya suatu kuasa kosmik yang luar biasa. Maksud di sini ialah peristiwa falak menjadi titik-tolak bagi meraikan hari yang bersejarah secara kesederhanaan di mana kita boleh jadikannya sebagai satu iktibar bahawa perjalanan alam ini telah diatur sedemikian rupa oleh Allah Ta'ala dan mempunyai erti yang amat besar bagi orang-orang yang mahu merenunginya. Dalam disiplin ukur tanah, sesuatu ukuran lot sempadan tanah adalah diukur dan diikat dengan posisi kedudukan matahari bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat bahkan juga arah kiblat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa peristiwa falak tidak sahaja `mengikat' sesuatu hari yang diraikan itu, bahkan ia turut sama mengikat kedudukan kita di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain ialah "darinya juga kita akan dikembalikan". Kita tidak dapat lari ke mana-mana di alam ini kerana kita sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang. Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu.

Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Sumber : Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004


Ulasan cikgu A-D:
Terdapat pelbagai kemungkinan tarikh dipilih hanya empunya dan Yang Maha Kuasa mengetahui rasional pemilihan, mungkin ada kaitan dengan pemilihan planet Kejora seperti berikut;
Venus – Planet Kejora - berkaitan cinta, keindahan dan kesuburan
Mudah-mudahan negara Malaysia kita ini adalah sebuah negara yang aman dan membangun selama-lamanya.

Dalam kaedah pernomboran dan graf dinamik, pemilihan tarikh biasanya dibuat dengan gabungan 2 kaedah iaitu pernomboran hari dan seterusnya graf hari tersebut. Pernomboran adalah  fenomena harian manakala graf memang berkaitan dengan astronomi/ falak. Contohnya, untuk memilih tarikh dan waktu berdoa kekayaan, maka dikira dahulu tarikh yang ada potensi kekayaan dan seterusnya melihat pula jam yang ada potensi kekayaan, barulah dipilih tarikh dan waktu berkenaan.

Dalam kaedah pernomboran dan graf dinamik, pengiraan dan graf hayat untuk negara Malaysia adalah 31 Ogos 1957 jam 9.30 pagi. Banyak perkara boleh menjadi perhatian daripada graf hayat negara seperti kod Wealth Great General (duit sukar disimpan) iaitu apabila ditambah dengan status kewangan 3 dan sudahlah tiada angka 6 langsung serta juga Kod Weatlh Great Pioneer (suka berbelanja), maka amatlah perlu negara mempunyai pengurusan kewangan yang kukuh berterusan, di samping bertanggungjawab untuk menjadi sebuah negara yang prihatin rakyat dan berkebajikan yang sentiasa membantu dan menyumbang kepada rakyat, tetapi bukanlah sekadar memberi begitu sahaja sewenang-wenangnya atau subsidi semata-mata kerana ada potensi besar untuk negara ini jatuh muflis atau sekurangnya sentiasa tiada berduit, jadi mari sama-samalah kita rakyat biasa mahupun pihak kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan memantapkan ekonomi dan kewangan negara. Walau bagaimanapun, dari sudut positif, adalah bagus untuk perbelanjaan kerap berlaku di dalam negara sebagai satu pemangkin pembangunan ekonomi, tapi perlulah berhemah.

Menariknya, Main Structure untuk Malaysia ialah Great Pioneer iatu seorang pejuang dan aktif dan tidak suka dikongkong kerana kebebasan (kemerdekaan) adalah matlamat utamanya.

Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara ke 54
“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”


Berpuasa - penjana tenaga dalaman.

Teknik pola 38 menganjurkan untuk berpuasa, selari dengan kehendak pelbagai agama yang ada pelbagai cara, temasuk juga Islam, kerana dengan berpuasa, dapatlah "ditarik" keluar tenaga dalaman yang terkandung dalam badan kita dengan lebih berkesan. Kalau kita seharian kenyang macam ular melingkar kekenyangan selepas membaham seekor anak kambing, manalah tenaga dalaman tu nak keluar tersangkut kat dalam perut je! Jadi, dalam tempoh berpuasa Ramadan ini dan juga di hari-hari berpuasa yang lain, berpuasa membantu anda dalam teknik pola 38 malahan apa jua teknik tenaga dalaman yang lain. 

Jangan lupa untuk kejar dan dapatkan malam Lailatul Qadar - malam yang lebih baik dari seribu bulan (1000/ 12 = 83.333, kebetulan pola 38?).

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Setakat ini daripada pengiraan pernomboran versi cikgu A-D, pada tahun ini 2011 dijangka Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadan hingga fajar 28 Ramadan iaitu malam ahad 27 Ogos - tengah orang sibuk nak balik kampung dan persiapan akhir raya.

Belum dapat disahkan lagi, tapi cubalah, jika memang ada berlaku pada malam tersebut atau pada malam-malam yang lain, sila  hantar maklumbalas anda tentang peristiwa tersebut ke qmas304@streamyx.com untuk kami buat kajian. Tapi  janganlah malam 27 baru nak buat! Perlu konsisten dari hari 1 lagi dan ditingkatkan pada terakhir 10 malam.

Serta jangan lupa berdoa kekayaan pada malam 29 Ogos 2011 nanti.

KAEDAH TERBARU KEPADA PEMAIN FOREX - GRAF HAYAT TAHUNAN & BULANAN

Dengan pengenalan teknik Graf Hayat Tahunan dan Bulanan, maka anda kini perlu masukkan teknik itu di dalam strategi perniagaan atau pelaburan anda. Memang pun graf hayat digunakan dalam memeriksa "timing" yang sesuai untuk berniaga atau melabur.

Untuk pemain forex, selain daripada menggunakan software Graf Prestasi Harian dan Prestasi Jam untuk lihat turun naik hari dan jam untung anda, lihatlah juga sama ada anda terkena Vacuum Star tahun itu atau bulan itu juga. Jka berlaku tempoh Vacuum Star pada tahun atau bulan tertentu, anda perlu pastikan strategi yang lebih rendah risikonya untuk mengelakkan kerugian seumpamanya. Buat masa ini, di dapati tempoh usia/ tahun/ bulan yang ada Great Financier adalah sangat bagus untuk perihal berkaitan pelaburan dan kewangan.

Juga, dicadangkan untuk pemain forex (dan apa jua profesion) menggunakan teknik Arah Kejayaan dalam Bilik untuk meletak notebook/ laptop anda semasa bermain forex.

Mudah-mudahan teknik-teknik ini dapat membantu. 

Kepada mereka yang berminat dalam industri pelaburan seperti memiliki pola 336 atau 663 atau 636 malah kod zon Wealth adalah Great Strategist, tetapi belum pelajari teknik pernomboran dan graf dinamik dalam aplikasi forex/ pelaburan, kursus Pola 336 Potensi Pelaburan Menguntungkan ada ditawarkan. Sebenarnya, untuk kena masa sesuai melabur perlu ikut panduan "8+7" dalam potensi pelaburan seperti arah sesuai, kitaran sesuai dsbnya. Teknik-teknik itulah yang membantu cikgu A-D bermain bursa saham pada tahun 2009 untung setiap kali masuk bursa saham, apabila syarat "8+7" dapat dipenuhi dengan baik . Gabungkan pengajian anda dalam forex/ pelaburan dengan teknik

Yuran konsultansi RM1000 setiap sesi

Baru-baru ini cikgu A-D ditawarkan oleh seseorang untuk bertemu dengan seorang pakar berkaitan metafizik bagi memantapkan lagi keupayaan diri. Sesi ditawarkan berharga RM1000, tak jadilah cikgu A-D nak teruskan tangguh dulu. Sebenarnya, di pasaran luar, sesi konsultansi berkaitan metafizik, kewangan dan dsbnya biasanya RM400 hingga ada mencecah RM2,000. Setakat ini cikgu A-D masih mampu untuk jalankan sesi dan kursus cikgu pada harga rendah bertujuan untuk membantu lebih ramai terutamanya yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan khidmat kaedah ini supaya menjadi lebih kaya berjaya, jadi sementara harga tersebut masih boleh dipertahankan, sila ambil peluang untuk datang belajar kaedah pernomboran ini.

Kaedah MLM - MONEY LOVES ME - duit datang bergolek mencari anda!
dipelopori oleh cikgu A-D bermula 2012 nanti.

Nantikan satu program baru "Money Loves Me" yang menggunakan gabungan teknik-teknik pernomboran untuk membantu anda menjana kekayaan dan mengukuhkan kewangan anda. Anda mungkin dilahirkan dengan takdir untuk menjadi miskin tetapi anda diberi peluang untuk boleh hidup dan meninggalkan dunia ini dengan kekayaan - ada cara untuk tingkatkan keupayaan hidup anda! 

Picture

Soaljawab:
Soalan:...saya telah pelajari cara pengiraan tarikh lahir daripada beberapa orang lain sebelum ini dan juga telah khatam beberapa buah buku berkaitannya, apakah saya patut belajar dengan encik lagi?
Jawapan: Kaedah versi saya berbeza daripada segi aspek pendekatan dan strategi. Tambahkanlah ilmu yang telah anda ada di sini dengan pelajari beberapa teknik tambahan lagi seperti pengiraan harian dan jam serta 6 jenis petak dan sebagainya.


11% pelajar Kelantan ada masalah mental - pakar 09/08/2011 4:21pm

KOTA BHARU 9 Ogos - Antara 10 dan 11 peratus remaja khususnya pelajar di Kelantan menghadapi masalah mental dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini.

Ketua Jabatan Psikiatri HUSM Prof. Madya Dr. Mohd. Jamil Yaacob berkata, mereka ini, yang termasuk murid sekolah rendah, adalah antara lebih 700 pesakit yang menerima rawatan setiap bulan di klinik psikiatri hospital itu termasuk kes berulang.

"Ini adalah fenomena baru dalam masyarakat kesan tekanan hidup dalam kekeluargaan dan pelajaran di dunia yang semakin mencabar sekarang,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah HUSM Datuk Dr. Zaidun Kamari.

Mohd. Jamil berkata, kebanyakan pelajar yang menghadapi masalah mental itu adalah disebabkan faktor keturunan, masalah keluarga di rumah dan persekitaran sekolah.

Katanya, peningkatan jumlah pelajar yang menerima rawatan itu berikutan kesedaran orang ramai terhadap peranan dan tugas yang dimainkan oleh klinik psikiatri dalam menyelesaikan pelajar yang menghadapi masalah itu.

"Sebelum ini, ramai ibu bapa enggan datang ke klinik psikiatri kerana tidak sanggup menerima tanggapan negatif masyarakat yang menganggap mereka datang ke klinik berkenaan sebagai penghidap penyakit jiwa,” katanya. - Bernama

Bagaimanakah caranya untuk menjadikan rumah anda "Rumahku Syurgaku" untuk membantu membangunkan anak-anak yang lebih produktif? Bagaimana memperkasakan pelajar bermula dari rumah lagi? Teknik pernomboran seperti Petak Statik Pembayang dan 4 jenis Petak, Arah Kejayaan Di Tempat Tidur seumpamanya adalah beberapa teknik yang mudah digunakan untuk membantu anak-anak boleh berjaya dalam hidup mereka.

Kenali 3 peranan anak-anak cikgu A-D di sekolah - yang sulung adalah seorang pengawas, yang tengah adalah PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) dan yang bongsu adalah PRS juga. Mereka bertiga telah menamatkan kelas renang, serta menghadiri kelas asas piano serta setakat ini mereka adalah talipinggang hijau Taekwando. Bagaimanakah cara dan teknik untuk perkasakan anak anda atau pelajar? 

Picture
Harga Emas Naik Lagi

Seperti yang cikgu A-D berpesan dari tahun lepas bahawa tahun 2011 ini adalah tahun pola 336 pelaburan dan satu daripada pelaburan adalah emas.

Kebanyakkan emas yang ditawarkan adalah murah kerana ianya gred 916. Dapatkan gred lebih tinggi 996 untuk lebih besar keuntungan. Lagipun dah banyak kes skim pelaburan emas yang kurang baik di luar sana. 

Untuk membeli emas atau hadir sesi pelajari bagaimana untuk dapatkan keuntungan daripada emas sila hubungi ini dan beritahu anda tahu perihal ini daripada laman blog cikgu A-D untuk dapatkan diskaun sehingga 5% daripada harga pasaran;
Telefon/SMS: Puan Zuhaida 016 206 3496
Email: zuha80@yahoo.com.my

Puan Zuhaida baru sahaja membeli IPad daripada keuntungan jualbeli emas, yang penting beliau berbelanja dengan cara berhemah sebegini kerana emas itu masih ada dalam simpanan dan boleh dijana untung lagi. Kaedah berbelanja beginilah yang membantu sesiapa saja dalam Vacuum Star mahupun Virtuous Star dsbnya untuk lebih berjaya dan kaya!

NEW YORK (AP) -- Gold prices are pushing to new heights as investors digest the possible consequences of the lowered U.S. credit rating and Europe's debt crisis... Gold's price has more than doubled since the recession began in late 2007. Its climb accelerated this summer.


Maklumbalas pengguna kaedah: Sebelum ni saya pernah datang di sesi konsultansi secara peribadi ... Sepanjang sesi konsultansi tempoh hari saya rasakan masa tidak mencukupi dan banyak persoalan yang ingin ditanya. Tetapi penjelasan daripada cikgu tempoh hari sudah cukup bagi saya memahami bahawa kehidupan ni ada masa susah dan senang. Mengapa kita harus jalani hidup ini dengan penuh redha

JANGAN TENUNG NASIB LAGI - CERIA DAN POSITIF SELALU!

Di dalam Islam, umat Islam ditegah untuk "tenung nasib" dan satu daripada tenung nasib ialah mengenangkan kesusahan dan kesulitan dan hidup - nasib malang/ buruk yang ada sekarang, tentunya mengeluh tentang nasib buruk itu dan ada kalanya menyalahkan takdir. Daripada tindakan merenung nasib itu kemudian menggunakan kaedah "mengira nasib" seperti bintang, nombor, kristal dan sebagainya untuk membantu merenung nasib dengan mendalam untuk tahu bila boleh jadi kaya dan bahagia sebagai cara untuk tahu bila nasib boleh berubah (tapi tak buat apa-apa pun selepas itu cuma lebih banyak merenung dan mengeluh).  Daripada situlah timbulnya perspektif negatif untuk kaedah kajian seperti angka, bentuk muka, tapak tangan dsbnya dan kerana itulah agama Islam menegah umatnya menggunakan nombor, muka, tapak tangan, dsbnya dalam perihal nasib. Yang menjadi masalahnya di sini adalah individu yang menyalahgunakan kaedah itu serta individu yang ambil kesempatan daripada masalah orang untuk keuntungan.

Untuk itu, dalam kaedah pernomboran dan graf dinamik versi cikgu A-D, peminat dan pengguna kaedah ini ditegah untuk "merenung nasib". Apabila anda menjadi pengguna kaedah pernomboran, dah tak sempat nak termenung lagi dah, sebab asyik bergerak kepada positif kejayaan. Jangan sesekali berjumpa cikgu A-D atau menggunakan kaedah cikgu A-D dalam pemikiran negatif tentang nasib malang seperti menyalahkan tuhan, salahkan orang itu ini, nak tanya bila hidup sengsara boleh habis, bila hidup nak jadi senang, kenapa nasib tak sama dengan orang lain, kenapa orang lain lebih bertuah dan anda malang je dan seumpamanya negatif sebegitu.

Kaedah Pernomboran dan Graf Dinamik versi cikgu A-D adalah untuk MEMAHAMI KETETAPAN HIDUP yang ada turun naik. Kami tidak akan bercakap seperti hari sekian cara sekian suwey atau malang maka anda anda jadi malang nasibnya, sebaliknya kami mengatakan bagaimana untuk menjadikan/ menguruskan hari yang berpotensi konflik (seperti banyak angka 8) menjadi positif.  Apabila anda berjumpa cikgu A-D atau hadir ke kursus cikgu A-D atau menggunakan kaedah cikgu A-D selalulah bertanya; bagaimana caranya 4P? Pembetulan, Peningkatan, Pencegahan atau Penambahbaikian. Anda mesti dalam keadaan senyum dan ceria dalam menggunakan kaedah pernomboran dan graf kerana anda perlu tahu bagaimana mengatasi konflik seperti Vacuum Star/ Kitaran tahun 7 dan tahu tingkatkan potensi seperti Awarding Star/Kitaran tahun 6.

Terdapat ceramah atau tazkirah berunsur Islamik yang ada sedikit elemen tenung nasib yang membuatkan peserta mengimbaukan balik kisah lalu, menyesalinya dan menangisinya bertujuan membawa peserta kembali kepada-Nya dengan cara psikologi terbalik. Kaedah muhasabah seperti ini adalah baik dari aspek tujuannya tapi kurang sesuai dalam pendekatannya kerana orang awam telah dibuka negatif dirinya dan adalah sukar untuk kita yakinkan mereka bahawa strategi hidup adalah perlu bukan sekadar termenung dan berdoa sahaja (doa mesti dengan usaha / strategi yang betul! Juga tawakal mesti setelah berusaha/ strategi).
 
Oleh itu, pastikan dalam kursus apa pun, sama ada cikgu A-D atau apa jua majlis ilmu, anda datang dengan positif dan kembali dengan positif. Jangan tenung keburukan nasib anda... nasib anda SEBELUM ini selalu buruk kerana anda belum tahu cara untuk jadikannya baik.. nasib hidup anda SELEPAS ini adalah lebih baik kerana anda sudah  tahu cara untuk jadikannya baik.

Kadang kala cikgu A-D sengaja tidak mengambil perhatian kepada isu kepada individu yang terlalu tekankan isu berunsur tenung nasib seperti bercerita panjang lebar berhujah  tentang nasib buruk hidupnya salahkan itu ini dan tidak bertanya pun cara untuk mengatasinya atau tiada inisiatif untuk buat perubahan dalam hidup. Cikgu A-D faham mereka ini perlukan seseorang untuk mendengar luahannya tetapi cikgu A-D tidak boleh gunakan kaedah cikgu A-D untuk mengubah nasib begitu sahaja jika individu itu masih bertenung nasib. Kaedah cikgu A-D adalah untuk memahami turun naik dalam hidup dan cara / strategi untuk turun naik itu.

SEMUA ORANG PASTI MELALUI VACUUM STAR, SEMUA ORANG PASTI MELALUI VIRTUOUS STAR, JADI SETIAP ORANG PASTI AKAN LALUI UJIAN, CABARAN jadi perlulah  REDHA DAN POSITIF DAN BERTINDAK POSITIF.  Jadi di sini bukan persoalan kenapa hidup anda malang atau susah dan kemudian merenung nasib dan berhenti berusaha kerana takut akan nasib malang. Sebenarnya anda kena lalui hidup anda dengan positif  dan yang penting ialah bagaimana untuk melalui setiap hari dengan strategi mengatasi konflik dan meningkatkan potensi.


Tahun 2012 ada peluang Untung untuk Jiwa Kacau.

Walaupun terdapat pelbagai perkara yang sedang dan akan menjadikan kita jiwa kacau 2012 tetapi sebenarnya ada peluang keuntungan di situ untuk mereka yang tahu ambil kesempatan iaitu yang akan pelajarinya dalam "Seminar Melalui Tahun 2012 Tahun Jiwa Kacau dengan Berkesan & Menguntungkan".

Cuba baca artikel ini, walaupun suasana ekonomi makin resah untuk masuk 2012 nanti, tetapi ada peluang kejayaan. kebetulan tahun 2011 adalah tahun pelaburan (pola 336), maka ini satu peluang untuk kejayaan dalam pelaburan.

NEW YORK (AP) -- Not since the financial crisis in 2008 has the Dow Jones industrial average fallen so far, so quickly. Yet for professional investors on Wall Street, the fears that have buckled financial markets over the last week are creating opportunities. Some are buying U.S. stocks at levels they consider a steal. Some are looking at municipal bonds that can weather the current turmoil and will likely pay handsome yields.

Bukannya sengaja nak ambil kesempatan, tapi ada dibuka ruang kesempatan yang positif maka kita ambillah keuntungan! Tapi bagaimana, apa cara berkesan mengikut potensi diri? Seminar Melalui Tahun 2012 nanti ye


Picture
Sudut Kekayaan Menjana Kekayaan

Foto satu sudut atas meja di bilik cikgu A-D yang diletakkan bekas simpan wang dan dompet dan di bahagian bawah meja tersebut ada peti besi yang mengandungi wang, emas dan akaun bank serta sijil SP. Di sudut kekayaan menggunakan kaedah arah kekayaan (versi Cikgu A-D) letakkan bahan untuk menyimpan wang. 

Jika anda telah belajar kaedah "mangkuk emas" oleh Millionaire Mindpower, maka letakkan mangkuk emas di tempat kekayaan. Cuba lihat di foto itu ada satu bekas plastik di tengah tu, kebetulan bulan puasa ini bekas itu makin penuh. Bekas itu adalah wang belanja harian untuk anak-anak dalam not RM1 dalam bulan puasa ini pecah duit-duit besar di bazar Ramadan untuk dapatkan RM1. Yang bekas plastik itu diletakkan beberapa bahan untuk "energi" kekayaan (dapatkan tips lebih lanjut dalam kursus Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan - Duit Sayangkan Aku/ Money Loves Me). Bekas-bekas yang lain itu adalah bekas duit syiling. Kan sedap mata memandang tengok duit dan kadang tu saje je goncang-goncang bekas duit syiling untuk dengar merdunya duit-duit syiling... 


Picture

GRAF HAYAT IBU BAPA DIBANDING ANAK-ANAK: TEKNIK KEIBUBAPAAN BERKESAN

Cuba lihat graf hayat anda, isteri anda dan bandingkan dengan anak-anak anda. Cuba perhati yang mana satu anak memiliki kod sama dengan anda dan yang mana satu anak memiliki kod yang sama dengan pasangan anda. Secara teorinya, anak yang memiliki kod yang sama dengan anda, maka andalah mentornya dan andalah yang perlu bimbing baik/ buruk kepada anak itu.

Contohnya, di dapati 2 anak cikgu A-D memiliki kod Wealth yang sama iaitu Great Marshal, manakala seorang lagi sama dengan ibunya. Oleh yang demikian, untuk anak yang sama potensi dengan cikgu A-D, eloklah cikgu A-D dedahkan bagaimana untuk dapatkan potensi yang sama nanti, manakala untuk anak yang potensi sama dengan isteri, eloklah cikgu A-D menggunakan pengalaman hidup isteri sebagai satu cara untuk cikgu A-D bimbing anak itu... kan mudah nak jadi ibu bapa macam ni! Memang kaedah pernomboran dan graf dinamik sangat menarik dan berguna.

Daripada segi saintifiknya, anak-anak adalah warisan genetik ibu bapanya, jadi bukan sahaja anak mewarisi penyakit dari ibu bapanya tetapi juga perangai, pengalaman, kelakuan dan sebagainya. Jadi, untuk menjadi ibu bapa yang berkesan adalah untuk mengkaji pengalaman hidup kita sebagai yang dewasa dan membimbing baik/buruk kepada anak-anak. Lebih memudahkan menggunakan graf hayat sebagai satu panduan sebab bukan setiap anak ikut kita sahaja kerana ada anak yang mewarisi kelakuan dan pengalaman pasangan.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.