Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Anda dijamin mendapat kejayaan jika anda berusaha!

8/25/2011

0 Comments

 
Picture

Picture
Lailatul Qadar?

Sudah bertahun cikgu A-D mencari cara untuk mengkajinya dan kemungkinan kali ini ada beberapa petunjuk dan pernomboran dikaitkan dengan petunjuk-petunjuk yang ada dalam Surah Al-Qadar. Jika menurut satu kitab yang dikatakan ditulis oleh Imam Ghazali, jika puasa pertama ramadan jatuh pada hari isnin, maka Lailatul Qadar adalah tanggal 21hb.


Tahun 2011 ini puasa jatuh hari isnin dan apabila dikira tarikh 21 Ogos 2011 memang nampak begitu menarik iaitu kitaran 6 dan banyak angka 6 serta beberapa pola penting lain. Kebetulan pada 20 - 21hb cuaca (di kawasan Meru) memang sejuk, dingin dan nyaman. Tak dapat dipastikan... mudah-mudahan kita dapat tunggu pula Ramadan tahun depan 2012 untuk kaji lagi. Setakat ini kajian masih diteruskan kerana kekurangan data (testimoni dsbnya).


Picture
Lanjutan Kaedah Terbaru Petak Motif Hayat.

Dalam satu sesi konsultansi seorang wanita dalam usia 50an masih mencari-cari bisnes/ kerjaya yang menguntungkan kerana masih belum ada kehidupan yang stabil. Sebelum ini beliau adalah usahawan dalam bidang kontraktor tetapi disebabkan oleh pelbagai masalah (kebetulan graf hayat menurun untuk tempoh tersebut) jadi beliau menjadi guru sementara di sebuah pusat tuisyen. Memang dalam keturunan beliau ramai yang menjadi guru, tetapi beliau tidak ada pola angka dalam dunia pendidikan. Namun, apabila dilihat Petak Motif beliau untuk umur 50 - 60 tahun (yang tertera), rupanya ada pola dunia pendidkan 462, padanlah beliau kini mengajar. Menariknya, rumah yang beliau baru pindah memang berdepan sekolah!

Jadi, kaedah terbaru Petak Motif Hayat ini dapat menjelaskan bahawa terdapatnya unsur "time-activation" atau sesuatu fenomena boleh berlaku pada tahap usia tertentu. Jika seseorang itu "kehilangan" potensi, maka boleh gunakan potensi yang ada pada usia semasa. Ini membolehkan kita mencari jalan keluar dan jalan alternatif tiap kali kita berhadapan dengan masalah atau konflik.


Picture
Untung di dalam kitaran tahun 2 dan banyak angka 6!

KEUNTUNGAN sebelum cukai ..PETRONAS melonjak hampir 45 peratus kepada RM30.9 bilion pada suku pertama berakhir 30 Jun 2011 berbanding RM21.4 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Dari Wikipedia:

PETRONAS, short for Petroliam Nasional Berhad, is a Malaysian oil and gas company that was founded on August 17, 1974. Wholly owned by the Government of Malaysia, the corporation is vested with the entire oil and gas resources in Malaysia and is entrusted with the responsibility of developing and adding value to these resources. Petronas is ranked among Fortune Global 500's largest corporations in the world. Fortune ranks Petronas as the 95th largest company in the world in 2008 and 80th largest in 2009. It also ranks Petronas as the 13th most profitable company in the world and the most profitable in Asia.


Lanjutan dari kaedah terbaru Petak dan Graf Motif Hayat

Pada tahun 1998, cikgu A-D kerugian puluhan ribu dalam satu perniagaan dan daripada situ bermulalah Vacuum Star iaitu hidup susah selama 5 tahun yang sememangnya ada pada tempoh usia tersebut. Daripada graf hayat tahunan cikgu A-D, memang pada tahun 1999 berlakunya Vacuum Star, tetapi tidak pula menunjukkan ianya bermula dari tahun sebelumnya 1998. Kini menggunakan kaedah Petak Motif Hayat, barulah dapat jawapannya iaitu pada tahun 1998 adalah tahun kitaran 7 (kehilangan) untuk cikgu A-D, padanlah kerugian menyebabkan Vacuum, tetapi selama ini pengiraan pernomboran biasa tidak dapat menjawabnya. Oleh yang demikian, kaedah terbaru Petak Motif Hayat dapat digunakan untuk menjelaskan lebih mendalam turun naik kehidupan kita berbanding sekadar menggunakan kitaran tahunan biasa sahaja.

Picture
Kitaran Tahun 6 Kekayaan... dan banyak angka 6!

"Re-branding" adalah satu daripada cara untuk meningkatkan prestasi syarikat. Bergabung pada satu tarikh yang baik dapat membantu syarikat yang bergabung itu mendapat keuntungan lebih baik.

SIME Darby Berhad (Sime Darby) memperlihatkan prestasi kewangan luar biasa yang diterjemahkan menerusi catatan keuntungan bersih sebanyak RM3.7 bilion bagi tahun kewangan di bawah semakan semula 2010/2011 berakhir 30 Jun 2011, meningkat 404 peratus berbanding tahun lalu
.

Daripada Wikipedia:

In January 2007, the three Malaysian giants (Sime Darby, Guthrie and Golden Hope) merged into the vehicle entity named Synergy Drive and on 27 November 2007, Synergy Drive was renamed Sime Darby Berhad. The merged entity of three Malaysian corporations is a diversified Malaysian multinational with a workforce of 104,300 employees. Its core businesses are plantations, property, motor, heavy equipment and energy & utilities which are expected to benefit from continued population growth and economic development within the Asia Pacific region and the global economy. Sime Darby's non-core business units such as healthcare, insurance, and home products are grouped under its Allied Products and Services division (APS). Subsidiaries under APS include Sime Darby Medical Centre Subang Jaya (formerly known as Subang Jaya Medical Centre) (healthcare), Sime Alexander Forbes (insurance), and Dunlopillo Malaysia Sdn Bhd (home products). It also has a controlling share in the supermarket chain Tesco in Malaysia. Sime Darby is a multinational company, with more than 60 percent of the group’s revenue coming from abroad. As a result of the merger, Sime Darby became one of the world’s leading listed oil palm plantation groups. Sime Darby Berhad also has a significant presence in downstream palm oil activities. The merger also made Sime Darby a leading developer of residential and commercial communities. Furthermore it holds Caterpillar rights in 12 countries worldwide and distributorship and dealership of well known motor brands such as BMW

Picture
Jika nak pilih tarikh daftar syarikat, eloklah daftar pada tarikh bagus yang sebegini!

Untuk bisnes anda, dapatkan penjelasan lebih mendalam dari kursus Pola 696 Potensi Bisnes Berkesan atau bersama sesi konsultansi dengan cikgu A-D bagi membantu bisnes anda lebih berkesan.



Picture
Shakila Beauty
www.shakilabeauty.com

Pada 31 Julai lalu, dalam satu sesi konsultansi di pejabat cikgu A-D di Meru, Klang dihadiri oleh pengasas produk kecantikan  Shakila, satu pengalaman menarik kerana dapat bertemu dengan seorang individu usahawan yang cemerlang berpengalaman 20 tahun dalam dunia kecantikan yang mana membangunkan syarikat tanpa pinjaman dan kini memiliki pelbagai produk kecantikan.

Pengalaman cikgu A-D pernah bertemu dengan beberapa orang  pengasas / stokis negeri produk kecantikan yang lain. Semua pengalaman perniagaan ini dapatlah dikongsi bersama untuk kejayaan semua.

Dalam sesi konsultansi tersebut adalah seperti biasa untuk mengkaji dan mendapatkan potensi perniagaan yang lebih berkesan. Banyak perkara dibincangkan tentang situasi dan strategi perniagaan serta menjawab pelbagai persoalan perihal perjalanan syarikat adalah untuk membantu beliau meningkatkan lagi perniagaannya. Satu perkara yang cikgu A-D sangat ingat ialah kedudukan stor menyimpan produk di pejabatnya adalah di sektor 8 menggunakan kaedah Arah Kejayaan Dalam Pejabat, padanlah ada tekanan di situ, jadi cikgu A-D telah cadangkan beberapa kaedah penyelesaian untuk memastikan perniagaan beliau lancar dan lebih berjaya.

Pihak Shakila merancang untuk membuka akademi kecantikan dan juga mencari pengedar baru, jika anda berminat untuk mendalami potensi anda dalam dunia kecantikan, hubungilah pihak Shakila iaitu Encik Mohd Nor (019 2727908).

Nantikan sesi konsultansi "Klinik Bergerak" yang dirancang diadakan di beberapa bandar utama nanti seperti Miri, Kota Kinabalu, Ipoh, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Johor Bahru, Seremban dan sebagainya. Anda juga boleh tempah sesi konsultansi peribadi dengan cikgu A-D.


PENEMUAN TERBARU 2011! PETAK MOTIF HAYAT
Pertama seumpamanya dan satu-satunya di dunia - ciptaan cikgu A-D.

Sudah lama cikgu A-D menyimpan hasrat dan membuat kajian mencari alternatif untuk menggantikan kaedah graf hayat kerana kaedah graf hayat bukannya pernomboran dan ianya adalah milik orang lain, lagipun agak sukar untuk menggunakannya untuk kebanyakkan ramai orang. Selepas ini, graf hayat akan menjadi satu kaedah eksklusif.

Kini, pada hari ini 25 Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadan pada sebelah petang sekitar jam 6 petang, maka muncullah satu kaedah terbaru yang digelar PETAK MOTIF HAYAT yang menggunakan pernomboran sepenuhnya untuk lakaran usia dan dikatakan dapat menggantikan kaedah graf hayat.

Petak Motif Hayat ini menggunakan konsep 6 Petak Tarikh lahir iaitu;
bermula dengan Petak Statik yang menceritakan setiap peringkat umur.
Petak Pembayang - menceritakan fenomena pada umur 0 - 10 tahun.
Petak Statik             - menceritakan fenomena pada umur 10 - 20 tahun.
Petak Pendua        - umur 20 - 30 tahun.
Petak Pentiga        - umur 30 - 40 tahun.
Petak Perempat    - umur 40 - 50 tahun.
Petak Perlima        - umur 50 - 60 tahun.
Dan di setiap petak tersebut akan dipecahkan lagi kepada dua bahagian. Malah kajian sedang dilakukan untuk mendalaminya sehingga mampu dapat buat bulanan, harian dan jam pula! Untuk mengetahuinya, maka elok pelajarinya nanti.

Kaedah Petak Motif Hayat ini nampaknya memberi kebaikan dan masuk akal (make sense) kerana ianya menceritakan perjalanan hidup kita dengan lebih sistematik dan mendalam. Teknik yang sedia ada seperti Petak Statik dan Dinamik Tahunan, Bulanan, Harian dan Jam adalah umpama "luaran" manakala kaedah terbaru Petak Motif Hayat umpama "dalaman". Kini barulah kita memahami bagaimana terdapatnya "parallel universe" atau kehidupan selari yang terjadi kepada diri kita.

Kaedah Petak Motif Hayat umpama "running platform" yang berlaku di belakang kehidupan kita manakala Kaedah Petak Statik adalah "running mode" yang berlaku di hadapan kita. Contoh mudah ialah seperti komputer kita ini adalah menggunakan Windows 7 sebagai "running platform" manakala Microsoft Office 2010 dan software-software lain adalah "running mode". Barulah kita dapat memahami bagaimana "perisian" ciptaan Yang Maha Kuasa tentang modus sebenar perjalanan hidup kita ini dan dapatlah kita memahami perjalanan hidup kita ini. Dengan kaedah Petak Motif Hayat ini memudahkan kita menyusun strategi hidup yang lebih jauh ke depan dengan lebih berkesan. 

Kaedah terbaru ini Petak Motif Hayat ini patut dipelajari, terutamanya kepada individu yang telah pelajari asas-asas pernomboran. Kali ini kita akan membahagikan Kaedah Pernomboran kepada 3 jenis tahap seperti berikut;
Tahap 1 - Asas - menceritakan berkisar Petak Statik dan Arah Statik.
Tahap 2 - Pertengahan - menceritakan berkisar Petak Dinamik (6 jenis petak) dan kitarannya termasuk bulanan, harian dan jam.
Tahap 3 - Tinggi - menceritakan berkisar Petak Motif Hayat.

Menariknya, kaedah pernomboran versi cikgu A-D ini bukan lagi hanya satu petak atau satu rajah segitiga seperti yang diperkenalkan 6 tahun lalu, tetapi kini lebih mendalam hingga 6 petak dan seterusnya kepada lakaran kepada setiap usia, tahun, bulanan malah harian. Ini adalah kaedah pernomboran atau numerologi yang paling advance di dunia, pertama seumpamanya, maka anda sepatutnya berbangga dapat memiliki ilmu pengetahuan yang sejauh ini.

Kelas Petak Motif Hayat akan dibuka tidak lama lagi, namun ada syarat kemasukan iaitu hanya untuk mereka yang telah pelajari tahap asas hinggalah ke Petak Dinamik sebelumnya barulah dibenarkan masuk kelas ini, adalah kerana Petak Motif Hayat memerlukan asas yang kuat dan tidak boleh terus belajar begitu sahaja. Yuran kelas ini akan diletakkan tinggi sedikit kerana kaedah ini lebih advance dan lanjutan kepada asas. Tiada paksaan untuk masuk ke kelas tinggi ini tetapi kalau tak belajar macam rasa rugi pula kerana tahap asas menceritakan luaran manakala Petak Motif Hayat menceritakan dalaman kehidupan kita. 

Insyallah, perisian untuk Petak Motif Hayat ini akan dibangunkan nanti untuk memudahkan buat lakaran dan buat masa ini pembelajaran adalah secara manual dahulu.

Barulah kita memahami kenapa walaupun sesuatu kitaran itu berlaku secara berulang untuk tempoh 10 tahun, tetapi pengalaman di dalamnya adalah berbeza adalah kerana "running platform" sudah bertukar. Contohnya, Petak Tahunan anda untuk tahun 2011 adalah sama untuk tahun 2002 atau 2020, tetapi pengalaman untuk setiap tahun itu ada perbezaannya apabila menggunakan Kaedah Petak Motif Hayat.

Ini adalah satu penemuan yang sangat menarik dan sudah sangat jauh ke hadapan. Kepada peminat dan pengamal kaedah pernomboran ini adalah satu ilmu baru untuk anda - benarlah kata orang yang cikgu A-D ini ada saja penemuan terbaru dan itulah yang terbaik kerana sentiasa ada peningkatan berterusan (continuous improvement) sesuai dengan tugasan cikgu A-D yang sentiasa membantu organisasi dan individu untuk membuat peningkatan berterusan.

Kepada anda yang mungkin baru nak mengenali kaedah ini, anda masih boleh mempelajarinya dari asas dan dapatlah anda lihat bahawa mempelajari teknik tarikh lahir ini sudah 10 km jauhnya ke depan, berbanding teknik-teknik tarikh lahir yang ada di luar sana mungkin sejauh 2 km sahaja, maka kaedah pernomboran versi cikgu A-D adalah lebih mendalam.

Makin mendalaminya memang makin memeningkan tetapi sangat bagus kerana anda seumpama dapat melihat lebih mendalam perjalanan hidup anda. Umpama seorang jurutera perisian komputer (computer software engineer) yang dapat membaca kod-kod HTML, Javascript, C++ dsbnya untuk sesuatu perisian komputer dan mudahlah beliau dapat menambahbaiki perisian itu kerana tahu kod-kodnya, begitulah dengan individu yang pelajari Kaedah Pernomboran tahap tinggi sehingga Petak Motif Hayat dapat mengetahui kod-kod perjalanan hidup dengan lebih mendalam dan dapat mencari peluang untuk memperbaiki hidup dengan lebih berkesan.

Kursus Graf Hayat akan mula dimansuhkan secara perlahan-lahan dan ianya akan menjadi kaedah eksklusif manakala Kaedah Petak Motif Hayat akan mula diperkenalkan. Oleh yang demikian, kepada yang masih mempunyai minat mempelajari kaedah Graf Hayat dapatlah kiranya cepat-cepat belajar sebelum ianya menjadi koleksi "muzium". Kita akan cuba fokuskan sepenuhnya kepada Pernomboran semata-mata. 

Mempelajari kaedah Pernomboran adalah satu kaedah ikhtiar untuk kita memahami  hidup kita ini - siapa diri kita dsbnya dan memahami bagaimana perjalanan kita supaya kita dapat melalui turun naik hidup ini dengan lebih bermakna daripada yang sekarang ini main ikut je apa nak jadi jadilah dan hidup kita sering diarahkan oleh orang lain, kini tiba masanya untuk kita kuasai diri kita dan menjadi insan yang lebih bermakna untuk hidup di dunia ini. Hidup ini adalah untuk difahami dan hidup ini adalah untuk dinikmati. Fahamilah tentang hidup anda barulah anda dapat mencapai tahap kekayaan dan ketenangan yang baik dan berkesan.

Menggunakan kaedah pernomboran bukan untuk menilik nasib kerana manusia diberi pengetahuan untuk membuat perubahan kepada kehidupannya, maka adalah salah jika anda menggunakan pernomboran untuk menilik nasib kerana nasib anda boleh berubah tidak lagi mengikut nombor-nombor yang sepatutnya, itupun apabila anda memahaminya dan mengetahui cara menguasainya.

Testimoni Teknik Pola 38

Sekali lagi saya dapat menjawab soalan untuk pola 38 dengan tepat untuk Soalan 1. .. Sekarang agak mudah saya gunakan "Power 38" ni, walaubagaimana pun pada certain perkara yang dah  RASA "tak boleh" ia jadi "tak boleh". Pada perkara yang memang kira2 "tak boleh" ikut undang2 ke atau ramai orang kata "tak boleh" jika saya rasa perkara tu boleh atau saya nak juga saya akan positive kan minda  dan concentrate, perkara yang mustahil tadi dah  jadi sebaliknya pulak. Perkara begini berlaku dah banyak kali. Alhamdulillah, power 38 ni kita gunakanlah sebaik2nya dan ianya amat berkesan lebih2 lagi bila terlintas fikiran negative cepat2 kita ubahkan ke positive. Terima kasih en A D atas ilmu yang diberi.

Pengalaman Cikgu A-D pada 24 Ogos lalu - pola 38:
Pada hari tersebut cikgu A-D mahu buat urusan di bank dan pada tengahari di kawasan bank di Setia Alam nampaknya penuh dengan kereta melebihi biasa mungkin kerana ramai yang mengejar untuk cuti raya ini, sampaikan banyak kereta double parking kerana penuh. Mudah sahaja, cikgu A-D menggunakan teknik pola 38 mengharapkan ada satu ruang parkir dan memang sampai di depan bank ada satu ruang memang kosong tak seorang pun nak parkir kat situ padahal banyak kereta lain macam menunggu double parking.

Pada sebelah malamnya pula, cikgu A-D agak terlewat ke surau untuk solat terawih jadi pertama kali solat isyak di saf paling belakang. Selalunya cikgu A-D solat di saf paling depan sebelah kanan surau berdepan satu tiang. Jadi, cikgu A-D menggunakan teknik pola 38 untuk dapatkan juga tempat cikgu A-D yang biasa. Memang untuk sesi solat seterusnya cikgu A-D dapat bergerak dari saf paling belakang dan sampai juga di saf paling depan betul-betul tempat favourite biasa cikgu A-D!

Bila kira pernomboran, padanlah hari 24 Ogos adalah hari bagus untuk cikgu A-D praktikkan pola 38.

Semua orang pada pola 38 tahun depan, persoalannya adakah anda tahu bagaimana nak menggunakannya? Jika anda tiada pengetahuan menggunakannya secara positif, pola 38 sebenarnya membawa kepada kemusnahan, kesengsaraan dan penyakit, jadi kita ikhtiarkanlah untuk membaikinya menjadi pola yang positif dan power! Jom, pola 38!
 

Petua Doa untuk Kebahagian Suami Isteri:

Daripada satu amalan sebuah kitab - bacalah ayat ke-21 daripada Surah Ar-Rum sebanyak 99 kali untuk 3 hari berturut-turut dan dihembuskan kepada makanan yang manis dan lazat yang dihidangkan dan dimakan oleh kedua-dua suami-isteri. Mudah-mudahan dapt mencipta keharmonian

Terjemahan Surah Ar-Rum ayat 21: "dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir."

Petua Doa dari amalan/ ciptaan cikgu A-D:

Untuk "mengetahui" sama ada pasangan atau ahli keluarga anda ada berbuat sesuatu yang tidak baik seperti curang, mencuri dan sebagainya, maka bacalah ayat dari Surah Yasin ayat 65 dan hembuskan kepada individu itu di mana-mana bahagian badan, kalau boleh di umbun kepala (dahi). Mudah-mudahan jika individu ada berbuat sesuatu secara sembunyi akan terbongkarlah untuk anda.

Terjemahan Surah Yasin ayat 65: pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.

Memahami Vaccum Star + Virtuous Star yang ada pada satu waktu yang sama:

Dalam graf hayat cikgu A-D, pada bulan Ogos 2011 terdapat kedua-dua Virtuous Star dan Vaccum Star, iaitu dengan kata lain, bulan Ogos ini banyak duit masuk, syukur memang banyak masuk walaupun tak buat kursus/ bisnes besar seperti bulan lain tetapi ada pula Vacuum Star iaitu duit keluar memang pun untuk persiapan raya. Tetapi dengan cara positif apabila memahami kaedah ini, dapatlah cikgu A-D menyimpan melebihi RM5,000. Dengan kata lain, walau orang lain mengadu duit dah kering untuk raya ini tetapi untuk hal cikgu A-D makin banyak menyimpan pula. Iaitu, jika anda memahami perjalanan hidup anda maka anda tidak mengikut rentak alam sebaliknya anda menguasai hidup anda dengan lebih baik.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly