Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Ujian Kekayaan Ujian Kejayaan

12/30/2013

0 Comments

 
Picture
Selain dari web blog ini, anda boleh layari laman Facebook untuk maklumat terkini secara ringkas (untuk lebih mendalam, lawat terus web blog ini seperti biasa)... laman ini diuruskan oleh pihak Admin Johor bukannya cikgu Ady... Cikgu Ady tidak mempunyai akaun Facebook... bahan dalam Facebook tersebut diambil dari laman web ini dan ada juga tambahan seperti gambar seminar... jawapan yang diberikan kepada soalan dalam FB dijawab oleh Admin Johor.

Picture
Sesi berdoa/ transfer energi/ rawatan jalur emas 16 Jan 2014 - energi bulan mengambang.

Jika ada peserta yang alami masalah seperti rasa pening, muntah, rasa angin nak marah, mimpi yang ngeri dsbnya, boleh terus SMS kami untuk kami ikhtiar neutralkan kembali energi.

Kami menjangka program 16 Jan nanti sesuatu yang tinggi energinya... jadi dicadangkan kepada peserta yang join program untuk elok berpuasa di siang 16 Jan (untuk orang Islam niat puasa sunat Khamis) serta banyakkan ketenangan sepanjang hari tersebut untuk menerima energi tinggi tersebut.

Jika ada minyak wangi pyrite, buatlah mandian (atau calit sebaik selepas mandi sebelum keringkan diri dengan tuala) di sebelah pagi 16 Jan dan di sebelah petang (sekitar maghrib) pada 16 Jan tersebut.

16 Jan 2014 - Kliwon Menail

Kamis Kliwon - Dipengaruhi oleh tintang naga, penuh cita-cita...., angan-angannya tinggi, berhati baik, berkelakuan layak, lemah lembut lembaganya.

Wuku Menail - Pembawaan Anoman, kayunya Manis dan Tigaron, burung Manyar dan Sepahan, ternak Naga, gedung terbuka, lumbung terbuka. Wataknya Suka menjunjung diri, selalu berusaha membela diri, bisa berkumpul di tempat ramai .... Waspada. Tajam perkiraannya. Sabar terhadap kemauannya. Tidak suka menganggur, merindukan kemajuan


Picture

Slm cikgu slps brdoa d konvensyen tempoh hari bnyk prkra +ve hdir… br shari iklnkn prduk di internet da rmai yg brtnya. Ada kwn plk nk introducekn kwan pempuan (sbb lps program aritu ada mimp jump pmpn)… syukur alhamdulillah.


Salam cikgu Ad. Ms berdoa kt s.alam smlm pn sy ada pening2 ringan je.. tp lps tu ada jgk rs pening. Skg pon tb2 pening skjp2 je la.



Salam cikgu eddy, slps cikgu energykn brg2 yg sy bawa, sy trus buka 1 acc forex atas nama org umah secara online, no acc xxxx6360...


Salam cikgu AD… terima kasih atas panduan cikgu AD melalui blog tempohari, smlm sy brjaya daftar syarikat konsultansi di pjbt SSM alor star kedah… mmg hari yg bgus dan energi yg bgus! Number pndaftaran pn cantik! A0360333-M. Kalau campur semua jd 9!


Assalamualaikum wbt cikgu A-D syukur Alhamdulillah sy sudah blh menggunakan kod 38 dgn teknik pernafasan yg diijazahkan Pak Lah ketika majlis berdoa di masjid negeri shah alam pd 11.12.13. Teknik ni sgt mudah dipratikkn dn gerak hati jg memudahkan urusniaga.


Picture
Picture
Picture


Wanita ini mengadu masalah perkahwinan... daripada gabungan suami isteri tiada komponen penting untuk keserasian dan tarikh nikah pula ada halangan terutamanya dari mula kahwin 2006 hinggalah tahun 2025 nanti.. ini satu perkahwinan yang memerlukan perubahan  .. kita ikhtiarkan cara lain...
Picture
Picture

Keadaan sebuah pondok Tahfiz di Perlis - foto di ambil oleh Pak Lah. Sumbangan/ yuran dari program 16 Jan akan disalurkan ke sana untuk bacaan Yasin dan jamuan makan (jika anda menyumbang lebih pun boleh - beritahu dalam SMS nanti). Mohon untuk daftar sebelum 16 Jan supaya nama anda dan ayah serta nama ibu anda boleh kami forwardkan kepada mereka untuk didoakan pada malam Jumaat 16 Jan tersebut... mudah-mudahan ikthiar...
Picture
Picture


Pertama sekali saya ucapkan terima kasih Cikgu Eddy  ... dengan bantuan melalui tips dan cadangan yg cikgu berikan dalam laporan prestasi dan potensi perniagaan 2013. Isteri saya berjaya mengaut keuntungan yg banyak melalui pnguatkuasaan undang-undang (hal berkaitan imigresen) dengan berjaya. Hari ini beliau adalah seorang Agen Pekerja Asing yang disegani dalam pasaran.

Kenali Potensi Anda bersama kami! Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Picture
Kaedah transfer energi untuk bahan-bahan, satu-satunya dan yang pertama seumpamanya ... sebenarnya anda juga boleh lakukannya sendiri kepada barang anda (tapi belajar teknik yang betul adalah lebih mantap). 

Contoh handphone mahal jika tak ada energi (tak dapat dihidupkan) maka ianya tak bernilai tapi dengan energilah bahan yang statik jadi berharga... begitu juga dengan setiap bahan di dunia ini... perlukan energi. 


Cincin DWIANGKA
Hubungi Pak Lah 017 504 9786
Sistem cincin DWIANGKA... kaedah pertama seumpamanya dan satu-satunya di dunia.... idea kami di sini...

Seperti angka 38 (iaitu 3/8 atau 8/3).

Kalau nak buat angka lain seperti 69 / 96 atau 36 atau 63 juga boleh. 

Dengan sistem dwiangka ini, boleh tukar-tukar mengikut keperluan, macam Superman boleh bertukar Batman pulak dan bertukar Superman semula. Contoh; 38 iaitu angka 8 di sebelah kanan adalah apabila bertemu dengan orang berpangkat, jadi angka 8 mengadap kita bagi energi tanggungjawab dan apabila untuk transfer energi maka jadi 83 (iaitu angka 3 di sebelah kanan pula) cuma cabut dan pusingkan cincin itu untuk tukar nombor. Macam suis, boleh bertukar kedudukan nombor ... ini ikhtiar namanya... semacam mind programming juga mengikut nombor yang dipaparkan... macam kita tengok TV tukar siaran TV1 jadi TV3 dsbnya...

Jika untuk 69, apabila bertemu pelanggan untuk dapatkan duit, pusingkan cincin supaya angka 6 di sebelah kanan mengadap kita supaya energi rezeki. Jika buat presentation pula, pusingkan cincin supaya angka 9 di sebelah kanan iaitu energi kejayaan dan peluang.

Cuma, angka 76 yang baik boleh dipusingkan 7 atau 6 tapi masalahnya ia boleh jadi angka 67 pula (tak sesuai untuk bisnes - hanya orang tertentu boleh dwiangka 76), jadi boleh 38 atau 69. Nak 78 atau 79 juga boleh.

Belajar Jadi Pengguna Bijak, Lebihkan Nilai Wang Bagi Berdepan Kenaikan Kos - Pakar
Oleh P.ARUNA

PETALING JAYA: Untuk berdepan dengan kenaikan kos, apa yang boleh dilakukan ialah membuat sedikit tugasan dan kajian sebelum membuat pembelian serta sentiasa mencari tawaran terbaik, demikian nasihat pakar.

"Anggap ia sebagai perubahan positif. Mengajar keluarga kita supaya lebih berjimat dalam berbelanja dan mendisiplinkan diri bukanlah satu perkara yang tidak baik," kata perunding kewangan yang diiktiraf dan pengasas Abacus Advisory Sdn Bhd, Carol Yip.

Beliau berkata keluarga perlu berbincang tentang cara-cara yang membolehkan mereka mengurangkan kos.

"Sekarang adalah masa terbaik untuk menukar tabiat kita dan menghentikan pembaziran. Kita perlu lebih sedar tentang bagaimana kita menggunakan air, elektrik dan penghawa dingin," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata individu perlu terlebih dahulu merangka bajet harian tentang berapa banyak yang mereka belanjakan.

"Kaji perbelanjaan anda dan lihat di mana anda boleh mengurangkannya. Jika anda makan di luar setiap hari, lihat jika ada cara untuk makan di rumah lebih kerap," tambahnya.

Pengguna, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana telah menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan tarif elektrik dan kadar taksiran dan juga kenaikan harga perkhidmatan dan barangan.

Setiausaha Agung Fomca Datuk Paul Selvaraj berkata rakyat Malaysia mesti belajar menjadi "pengguna lebih bijak" dengan mencari nilai terbaik untuk wang mereka.

"Sama ada barangan harian kecil atau dalam mendapatkan pinjaman kereta atau perumahan terbaik, pengguna perlu melakukan kajian mereka untuk mencari tawaran terbaik," kata beliau ketika dihubungi.

"Keutamaan penjual dan pembeli tidak mungkin sama. Walaupun pembeli mahu mengurangkan kos, penjual akan mencari jalan untuk mendapatkan keuntungan yang paling tinggi atau komisen," katanya.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Fomca mendapati 47 peratus daripada 1,000 eksekutif muda di kawasan bandar berkata mereka berbelanja di luar kemampuan mereka.

"Ini adalah masa yang sukar dan perkara hanya akan menjadi lebih sukar, jadi kita perlu memperoleh kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi pengguna yang lebih bijak.

"Sama ada mengurangkan penggunaan tenaga, mencari jalan untuk berkongsi kereta atau menggunakan lebih banyak pengangkutan awam, perubahan perlu dibuat sama ada kita suka atau tidak," katanya.



Picture
Pada 30 Dis lalu, cikgu Ady ke Port Dickson ada urusan dan sudah tentunya singgah di Masjid Lukut untuk Solat Zohor.

Dibina pada tahun 1872 wakaf oleh Raja Lukut pertama, jadi masjid kecil ini punyai sejarah yang unik. Di tahun 1870an lalu, Lukut kawasan yang kaya. Kini cuma bandar biasa tapi membangun. Tetapi Kubu Kota Lukut masih ada di atas bukit.

Masjid ini bersebelahan balai polis Lukut berdepan stesyen Caltex. Di tepi stesyen Caltex terdapatnya Makam Diraja Selangor.

Sebotol minyak wangi pyrite telah ditinggalkan di dalam masjid tersebut.... sebagai ikhtiar hubungan energy dari masjid tersebut kepada pemilik minyak wangi pyrite... mudah-mudahan energi kesultanan dan kekayaan...


Picture
Dari satu peraduan di sebuah akhbar, pemenang pertama dapat RM10K dan pemenenag kedua RM5K.. kedua-duanya kitaran tahun 6 tahun ini.. dapat duit, serta ada pola 769 tahun ini.




Promosi untuk Januari 2014.
Harga pengenalan: RM69 + pos.

Baju yang kami gunakan semasa Konvensyen 29 Dis tempoh hari. Ada "jalur emas" dibelakang... sesuai ketika buat rawatan atau pun digunakan pada bila-bila masa. Perkataan "Life @ Numbers" ada maksud yang baik manakala jenama YOR juga ada nama yang baik, jadi ada aura yang baik memakai T-shirt ini! Jom, dapatkan satu hari ini.

PERCUMA: sehelai baju T-shirt $838$ untuk setiap peserta Kursus Asas Advanced 18 dan 19 Jan (Kota Kinabalu) - sila beritahu En Nizam 012 769 3807 semasa daftar untuk beritahu saiz baju anda (daftar dan beritahu sebelum 9 Jan untuk kami siapkan baju tersebut). Kami akan bawa T-shirt tersebut ke KK nanti supaya pada majlis berdoa pada 19 Jan setiap peserta kursus memakai baju ini untuk rawatan jalur emas dan transfer energi percuma dan memakai baju ini!
Picture

Angka 5...

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya ...

Bapa mangsa berusia 41 tahun .
.. menghantar lima anak mereka,... dikatakan berada di sekolah itu sehingga jam 5 petang...

Antara ikhtiar untuk mengubah hidup ... yang paling berkesan ialah ubah genetik anda, tapi ianya sesuatu yang agak mustahil (tetapi ada caranya). Satu cara mudah ialah "bermeditasi"... ditambah dengan ikhtar rawatan "gelombang" (transfer energi/ jalur emas), berdoa pada hari dan waktu yang baik adalah ikhtiar untuk membuat pembetulan kepada diri kita (iaitu genetik kita yang merupakan enjin dan jentera perjalanan hidup kita berdasarkan situasi genetik kita).

-------
Although meditation has been around for eons, it’s not well-established in Western cultures. Early Western scientific studies on meditation showed how it could be a treatment for physical issues like migraine headaches and even diabetes. These studies started to see another positive outcome to meditation—focused meditation was reducing negative emotions. Everyone has a “set point” for their emotions, from which we move up or down to experience positive or negative feelings. This starting line can be changed with long-term meditative practice, starting after only two months of meditation. Meditation also makes people kinder and improves immune system responses.

Meditation might not be an instant fix, but it’s one of the most effective long term ways to become a happier person. It doesn’t just make it easier to be happy, it can actually alter your genetic expression. Researchers studied two groups of people to observe the effects of meditation on a molecular level. One group was instructed to spend a day being calm and relaxed, while the second group was comprised of skilled meditators who were instructed to spend a day engaged in mindful meditation.

What the researchers discovered was nothing short of remarkable. Before the study began, there were no differences between the groups in the genes that were being tested, but the experienced meditators showed molecular-level changes. One of these changes was a reduction in inflammatory gene expression. Meditation can not only make you happier and healthier, but it can make changes on a genetic level.



Picture
Seorang isteri mengadu perkahwinan yang merana... tarikh nikah di sini mengandungi banyak elemen tekanan, jadi perlu tukar tarikh nikah....tapi macam mana nak tukar tarikh nikah?




Ada beberapa strategi ikhtiar yang  boleh dilakukan... kebetulan untuk tahun 2014 ini banyak tarikh yang sesuai, jadi kita akan buat program "pemulihan energi perkahwinan" nanti. Berminat untuk pulihkan energi perkahwinan? Tunggu pengumuman.


Picture
Program Transfer Energi Siti Khadijah ra, sejenis cara transfer energi alternatif bagi wanita yang belum ada jodoh dan ibu tunggal (rujuk kepada kisah Siti Khadijah ra) kepada peserta Konvensyen 29 Dis lalu. 

Untuk tahun 2014, disebabkan ada pola 729 sepanjang tahun, maka transfer energi Siti Khadjiah lebih kerap boleh dilakukan. Kaedah sebegini adalah yang pertama kali dan satu-satunya di dunia... mudah-mudahan ikhtiar berhasil..

Tapi, selepas Transfer Energi Siti Khadijah untuk para wanita bujang, ada pula permintaan dari lelaki bujang nak juga energi untuk jodoh... sesuailah tu kalau kami padankan matching kumpulan wanita ini dengan para lelaki bujang tu...


Picture
Buat cerita pasal Sabah dan Agong dibawah, lepas tu pergi kedai dan dapat duit baki nombor siri sebegini... dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu... tentu energi yang baik menanti di sana!


Sabah Eyeing 3.4 Million Tourists In Visit Malaysia Year 2014

KOTA KINABALU, Dec 31 (Bernama) -- Sabah is targeting 3.4 million tourists with a projected revenue of RM6.3 billion during the 2014 Visit Malaysia Year (VMY 2014).

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman said this was in line with the country's VMY 2014 target of 28 million tourist arrivals and tourism revenue of RM76 billion.

"To achieve these objective, it is important for all parties, especially those who are front liners such as taxi drivers, hotel employees, tourist guides and so on, to give their best service," he said.

Buat julung kalinya pertama kali program berdoa dan transfer energi kini di Sabah (Kota Kinabalu)... mudah-mudahan bumi dan rakyat Sabah (serta peserta yang mengikuti program berdoa ini nanti) menjadi makmur dan kaya berpengaruh umpama aura dan energi Tuanku yang 2 kali menjadi Agong Malaysia (usia yang panjang yang sihat dan berpengaruh kekuasaan). 

Ye la asyik2 berdoa di Muar je kan... tapi kenapa tidak berdoa di Kedah? Sebab kami berada di Sabah! Bagi peluang untuk penduduk Sabah pula lah untuk mengikuti program berdoa secara langsung kerana mana mungkin Sabah ada wakil jadi Agong, jadi bagilah peluang kepada penduduk Sabah ye, transfer energi serta jalur emas pada hari dan waktu yang baik.

Percuma berdoa dan transfer energi serta Jalur Emas kepada setiap peserta kursus Asas Advanced (bernilai RM259).

Picture

Picture

Picture
POLA 72: POTENSI POLIGAMI, BERMADU ATAU DIMADUKAN

Akhirnya, setelah 9 tahun menjalankan kajian, apabila cikgu Ady membaca mesej di atas, barulah tersedar ada hikmah kenapa lelaki (Islam) dibenarkan kahwin 4 orang wanita... banyak sebab-sebab lain seperti supaya menghasilkan lebih ramai umat Islam dsbnya itu dah biasa... dari segi metafizik pernomboran pula, sebabnya adalah kerana ADA WANITA YANG PERLU BERKAHWIN DENGAN SUAMI ORANG.


Ramai wanita mengadu berat jodoh biasanya mereka itu ada pola 72 atau 27 yang mana potensi mereka adalah berkahwin dengan suami orang. Kenapa jadi begitu? Ada beberapa sebab, antaranya sebab keturunan... salah satunya jika ibu atau bapa wanita itu juga pernah berpoligami/ kahwin cerai kahwin / jadi madu, maka anak perempuan (atau anak lelaki) mewarisi pola 72 tersebut... sebab-sebab lain akan diberitahu dalam kursus tertutup sahaja.

Oleh kerana wanita mewarisi pola 72, maka mereka lebih cenderung dengan suami orang. Untuk wanita yang ada pola 72 dan berjaya berkahwin awal dengan lelaki teruna pula, potensi mereka adalah dimadukan - iaitu suami berkahwin lain - sama ada disebabkan oleh masalah rumahtangga (contoh: selalu bergaduh) ataupun disebabkan tiada masalah rumahtangga (contoh: ada wanita yang mencari suami itu).

Oleh itu, kepada para wanita;
1) jika anda ada pola 72 dan sudah berkahwin dengan suami yang teruna (mahupun jadi isteri ke 2 atau 3) biasanya secara tidak sedar anda terlibat dengan suami orang lain (hubungan sulit) kerana walaupun anda sudah berkahwin pun, potensi pola 72 anda masih "mencari" suami orang lain lagi.
ATAU
Anda yang ada pola 72 masih boleh "pertahankan" diri anda daripada hubungan sulit tetapi anda perlu juga pantau suami anda yang "dicari" oleh wanita bujang yang berpola 72 mencari suami anda (sama ada suami ada pola 72 atau tidak kerana dia ada status "suami orang" yang dicari oleh wanita pola 72).

2) jika anda ada pola 72 dan BUJANG - biasanya anda mudah berkawan dengan suami orang dan biasanya juga terlibat dalam pelbagai masalah percintaan (dituduh perampas tunang/ suami orang dsbnya).


Semua ini adalah skrip semulajadi namun ada ruang untuk ikhtiar memperbaikinya... masih terdapat wanita yang ada pola 72 kekal bersama suami teruna seorang tidak dimadukan... jadi maksudnya ada cara ikhtiar... tetapi jika wanita pola 72 mahu keberkatan akhirat yang lebih besar untuk berpoligami itu terpulang kepada wanita itu.

Picture
Lelaki yang memiliki pola 72 berpotensi untuk berkahwin lebih dari sekali/ poligami kerana itu adalah "keupayaan" mereka - mereka pola 72 ada upaya untuk "menerima" wanita-wanita yang berpola 72 yang memerlukan suami orang... Sama ada disebabkan oleh masalah rumahtangga atau bukan kerana masalah rumahtangga.

Untuk lelaki yang TIADA pola 72 selalunya tiada potensi sebegitu NAMUN jangan rasa happy lagi kerana jika isteri kepada lelaki yang tiada pola 72 itu memiliki pola 72 (maksudnya suami tiada pola 72 tetapi isteri ada 72), maka si lelaki/ suami masih berpotensi berkahwin lain kerana si wanita / isteri memiliki pola 72 itu berpotensi BERMADU (dengan kata lain, energi si isteri pola 72 menyebabkan suami berkahwin lagi walaupun suami tiada pola 72) - sama ada disebabkan oleh masalah rumahtangga (selalunya begitu) ataupun bukan masalah perkahwinan.


Secara umumnya, apabila seseorang lelaki bujang berkahwin dan menjadi suami (terutamanya yang pola 72, namun boleh juga tempias kepada lelaki yang bertaraf suami yang tiada pola 72), "saham"nya tidak jatuh, tetapi otomatik "naik" dicari oleh wanita pola 72 yang memerlukan seorang suami orang.

Namun, perkara sebegini bukanlah muktamad.. ianya masih boleh dibaiki. Tidak semestinya lelaki ada pola 72 mesti kahwin lebih dari sekali dan tidak semestinya wanita yang ada pola 72 perlu cari suami orang atau perlu dimadukan... ini semua ada skrip semulajadi alam dan ianya boleh ikhtiar diperbaiki.... semua ini terletak kepada kekuatan dalaman diri masing-masing... serta kesedaran dan keimanan... semua individu yang ada pola 72 boleh mempertahankan diri mereka atau membantu pasangan mereka di dalam membina perkahwinan yang berkesan... yang penting usahakanlah membina perkahwinan yang bahagia, sama ada beristeri seorang mahupun berpoligami...

Picture
Melalui tempoh sukar untuk satu tempoh yang panjang (20 tahun dan ke atas) memang memeritkan seseorang.. maka strategi dan ikhtiar diperlukan untuk membetulkan situasi.

Picture
Walapun ada potensi kejayaan tidak bermakna boleh terus berjaya kerana seseorang itu perlu melalui satu tempoh... dan jika tempoh itu tempoh sukar yang panjang - contoh di sini untuk 30 tahun, maka apa buat pun tak jadi, maka ada strategi dan ikhtiar yang boleh digunakan...





Kaedah pernomboran versi cikgu Ady adalah satu-satunya yang memerlukan usahawan untuk memeriksa "tempoh masa" dan kaedah Graf Motif Hayat (ciptaan Cikgu Ady) ada satu cara untuk memeriksa tempoh masa dan seterusnya membuat strataegi yang sesuai.

Picture
Dari nombor telefon pun jelas sangat nampak masalah wanita ini.. walaupun potensi bisnes ada tapi nombor telefon tak sesuai... Pola "ibu tunggal", pola "usahawan penat", pola halangan... semua di situ! Ditambah pula dengan tempoh masa yang sukar!


Strategi dan ikhtiar diperlukan.



Bagaimana dengan potensi dan prestasi anda? Tahukah apa potensi dan konflik dalam hidup anda? Jangan biarkan kehidupan ini mengarahkan hidup anda sebaliknya anda kuasai hidup anda kepada yang lebih baik....berdasarkan data-data cara sebegini, jadikan konflik yang sepatutnya terjadi menjadi sesuatu yang anda boleh hadapi dengan baik...Hadir kursus atau untuk lebih personal dan mendalam, tempah sesi konsultansi peribadi atau program Audit Premis.


Picture
Tahun 2014 adalah "tahun 7" iaitu sesuai untuk buat networking dan untuk dapat ramai pelanggan/ penyokong. Kebetulan 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia maka mari kita sama-sama jayakan dan menyumbang kepada projek ini seperti membuat promosi negara dan tentunya produk kita, menjaga kebersihan, ketenteraman dsbnya untuk kebaikan membina networking kita juga.


Tahukah anda tahun 2007 lalu adalah Tahun Melawat Malaysia juga iaitu tahun "279" membina network.


Picture

Picture
Kerajaan akan mengamalkan langkah penjimatan namun ianya beri kesan kepada rakyat juga... kerajaan kurangkan belanja buat jamuan, buat kain pemidang dsbnya yang kesan kepada usahawan secara keseluruhan... jadi, dah tiba masanya para usahawan menghadapi krisis bisnes... kini tidak relevan lagi berbicara tentang potensi usahawan semata-mata tetapi bagaimana usahawan melalui tempoh krisis. 


Kaedah pernomboran menawarkan kaedah prestasi dan produktiviti secara komplimentari dan alternatif bagi membantu usahawan melalui tempoh krisis Pihak kami berpengalaman dalam membantu usahawan dalam tempoh krisis malah beberapa usahawan yang dahulunya dalam krisis kini boleh dapat projek jutaan ringgit...


Picture
Selamat Tahun Baru 2014... bermulalah tahun masalah kewangan dan ujian-ujian.. selamat lalui dengan baik.

Yang sudah bersedia dengan wang simpanan, doa, energi dsbnya adalah lebih kuat berbanding mereka yang baru terhantuk dan baru nak cari jalan keluar... terima kasih dan tahniah kepada klien dan peserta kursus yang prihatin untuk buat perubahan dan persediaan menggunakan kaedah kami.


Artikel di bawah ini dikatakan mengundang kontroversi dan tidak puas hati... tak mengapa, baca dan fahami.... kita dengar dari pelbagai pendapat.

-------------------

Prof Muhaya: Solusi keluar dari bebanan hidup

SHAH ALAM – Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu.

Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan.

Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.

Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif,  hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.

“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?

“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.

Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.

“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?

“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.

Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.

“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.

“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan pesanan buat orang ramai.

“Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan rezeki, kita jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin hingga terlupa tanggungjawab kita. Saya perhatikan, banyak orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit tak cukup, kereta rosak dan sebagainya.

“Jaga ALLAH, ALLAH urusan dunia kita. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau bersyukur, aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang membuatkan kita tertekan,” katanya.
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.