Kepada bekas peserta kursus Pola 696 Potensi Pelaburan dan beberapa kursus-kursus lain tentu anda tahu pola yang mana satu. Kepada mereka yang belum pelajari perihal Pola 696, terutamanya usahawan baru, elok sangat tambah pengajian anda di sini. Disamping anda belajar dengan pelbagai seminar atau kursus perniagaan anjuran organisasi tertentu, sambung pula dengan kaedah pernomboran dinamik. Kebanyakkan seminar perniagaan membimbing usahawan dalam membuka perniagaan tetapi kurangnya seminar yang membimbing usahawan untuk memantau perniagaan. PEMANTAUAN prestasi perniagaan adalah penting... bukan sekadar kenali POTENSI semata-mata.
Pengajian berkaitan:
- Konsultansi Potensi dan Prestasi Perniagaan.
- Laporan Potensi dan Prestasi Perniagaan.
- Kursus Pola 696 Potensi Usahawan Cemerlang - Tahap 1, 2, 3 & Intensif.
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya.
- Kursus Usahawan - Arah & Pasaran.
- Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan, Jualan & Pelaburan.
Kali ini, kita bukan sahaja mahu melibatkan diri dalam BSKL semata-mata, disebabkan kita ni tamak untuk kaya (tapi cara yang positif lah), tetapi mahu dalam pelbagai instrumen pelaburan lain seperti CPO, hartanah dsbnya, maka program INVESTOMILLIONAIRE diwujudkan supaya kita memiliki ilmu pelaburan yang meluas. Program INVESTOMILLIONAIRE bukannya menyuruh anda jadi pemain saham, tetapi untuk menjadikan kita sebagai PELABUR YANG BIJAK. Kita ni kan sibuk tak sempat nak main-main saham duduk menatap papan saham sepanjang hari, tetapi kita sebagai PELABUR yang bijak tahu di lubuk mana kekayaan itu boleh diraih dan kita letakkan wang kita di tempat yang sewajarnya. Kita mahu supaya wang kita diganda-gandakan dengan cara pelaburan dari PELBAGAI jenis instrumen.
Program INVESTOMILLIONAIRE adalah pengajian pola 336+696 yang advanced (tahap 3) yang mana kita akan ajarkan bagaimana memilih kaunter yang sesuai dengan potensi angka, kitarannya dsbnya. Kepada bekas peserta kursus Pola 336 & 696 anda dijemput hadir sekali lagi bagi menambah pengetahuan anda (ada diskaun untuk anda). Pengajian seterusnya adalah 4 orang penceramah jemputan yang pakar dalam instrumen pelaburan mereka. Penceramah ini akan mendedahkan bagaimana kita orang biasa-biasa pun boleh jadi luarbiasa dengan metodologi kejayaan mereka. Yang penting, peserta INVESTOMILLIONAIRE menjadi individu bertaraf PELABUR yang berpengetahuan yang lebih baik dalam dunia pelaburan.
DAPATKAN PENGAJIAN POLA 336 YANG ORIGINAL DI SINI YANG SEMEMANGNYA BERASAL DARI SINI... Awas! terdapat beberapa organisasi lain yang menawarkan ala-ala pola 336 tetapi bukan yang original malah mereka tidak terlibat dalam pelaburan sekalipun.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata keadaan itu jelas menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur. Beliau berkata siasatan awal BNM mendapati syarikat itu memang menjalankan urus niaga penjualan emas untuk menarik minat pelabur, tetapi bertukar kepada hanya mengambil deposit dan urusan pemberian jongkong emas kepada pelanggan tergendala serta lambat. “Genneva sudah ada unsur pengambilan deposit dan jumlah yang dilabur oleh rakyat dengan aset yang ada pada syarikat begitu kecil, jadi ada jarak yang amat besar antara aset dan liabiliti. “Jadi bagaimana dia (Genneva) nak bayar bila liabiliti berbilion ringgit dan aset pula hanya dalam lingkungan jutaan (ringgit),” kata beliau ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat pada Selasa.
|V| kaedah pernomboran dinamik versi cikgu A-D menawarkan pengajian Pola 336 (Pelaburan) atau Pola 696 (Perniagaan) supaya seorang usahawan & pelabur mempunyai pengetahuan yang baik dalam perniagaan atau pelaburan mereka. Pihak kami membantu usahawan atau pelabur untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan keuntungan. Jika anda mahu mulakan sesuatu perniagaan atau pelaburan, pelajarilah bidang tersebut dan seterusnya tambah pengajian kaedah pernomboran dinamik atau boleh dapatkan konsultansi dengan cikgu A-D. Pastikan anda memiliki data atau fakta yang banyak sebelum buat sesuatu keputusan.