Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Strategi Kekayaan Yang Berkesan

10/7/2012

0 Comments

 

Picture
Pola 336 & 696 tentu sekali ada pada institusi ini... gunakan potensi 336 atau 696 atau 336 & 696 anda itu untuk meraih kejayaan yang sebesar insitusi ini!


Institusi ini juga pada pola 189! Fenomena "hidup perit" pernah berlaku di institusi ini dalam 1990an... dan organisasi ini memikul tanggungjawab besar dalam perihal kewangan negara... juga membina simpanan negara 


Seperti pesan cikgu A-D sebelum ini, sangat2 lah penting untuk individu yang ada pola 189 untuk membina simpanan sendiri seumpama organisasi ini.


Picture
Cikgu A-D baru diberitahu ejen bahawa tidak dapat ke Mekah pada tahun ini kerana masalah kelewatan kelulusan visa dengan jadual yang telah ditetapkan 14 Oktober.

Memang cikgu A-D ada Blocking Star pada tahun 2012 ini dan sememangnya sedang mengalami Blocking Star untuk beberapa tahun ini. Namun, walaupun tidak dapat pergi menunaikan haji pada tahun ini, pengalaman membuat persediaan sememangnya sangat manis. 


Tahun ini cikgu A-D adalah kitaran 7, yang mana kitaran 7 adalah sesuai untuk kita "kembali kepada Tuhan". Pengalaman terbaik ialah dapat kumpul wang persediaan haji untuk diri sendiri dan ibu dalam masa yang pendek, padahal sebelum ini pun walaupun rezeki banyak tapi tak pernah lekat sebegitu. Dengan kata lain, ikhtiar berdoa dan disiplin yang bersungguh dalam perihal kewangan membantu kita berjaya, lebih-lebih lagi jika tujuan kita mendekati-Nya maka Dia makin dekat dengan kita... tentunya destinasi umrah 2013 akan diteruskan... satu teknik yang mempercepatkan mengumpul duit ialah teknik kumpul nombor siri duit cantik!


Banyak juga perkara baru dipelajari dan diamalkan dan ianya memberikan satu kekuatan baru yang berbeza. Kitaran tahun 7 menguji mental kita dengan pelbagai dugaan berat dan besar, terutamanya menguji apa yang kita sangat sayang atau sangat takut... dan rupanya proses persediaan untuk haji merupakan satu proses untuk membina kekuatan mental... ianya satu pengalaman yang menarik... yang penting kita dah berusaha...


Kepada mereka yang bakal masuk kitaran 7 pada tahun depan, elok juga mulai sekarang sudah mula rapat kepada ketuhanan dan anda akan merasai satu kekuatan baru yang lebih menarik di akhir tahun nanti. Seolah anda dilahirkan semula...


Jika belum daftar haji (RM1,300) elok daftar segera, sama ada ada dah cukup duit atau tidak kerana giliran anda pasti dalam 20 tahun lebih lagi! Zaman sekarang nak naik haji bukan lagi senang macam dulu-dulu boleh pergi begitu sahaja... kini, walaupun dah mampu tak semestinya boleh pergi kerana perihal kuota... orang yang menunggu dalam 900 ribu orang, melainkan anda jadi orang kenamaan atau anda berada dalam organisasi yang ada peruntukan maka ianya memudahkan... jika anda sebagai orang biasa-biasa adalah satu kesukaran, maka lakukan persediaan dari sekarang dan setiap tahun ikhtiar rayuan, mudah-mudahan terpilih... 


Ada beberapa individu pelajar pernomboran yang telah dan akan berangkat ke Mekah, doakan kami di sini juga dan semoga perjalanan pergi dan balik adalah mudah dan mendapat haji mabrur.


Picture

HIDUP PERIT: POLA 189

Seperti yang cikgu A-D dah umumkan sebelum ini, kajian cikgu A-D mendapati ramai orang pola 189 melalui kehidupan yang perit, majoritinya wanita. Jadi, tersangat penting anda punyai strategi kejayaan yang lebih berkesan dalam hidup... dengan mendalami kaedah pernomboran - kena tahu arahnya mana, kitarannya dsbnya. Jadilah seorang  insan yang lebih tabah dan berinformasi.

Tips: Jika anda seorang wanita berpola 189, tersangat penting anda ada sekurangnya RM50K tidak berusik atas nama anda sendiri - jangan bagi sesiapa pun walau ibu bapa anda sendiri. Bukannya nak suruh anda kedekut tapi siapa akan tolong anda jika anda jadi 189 nanti? Anda perlu teruskan kehidupan... Kalau ada lebihan dari RM50K tu barulah boleh tolong orang lain. Yang penting, jangan usik langsung RM50K, itu adalah lifeline anda (untuk kecemasan, pusingan modal, dsbnya). RM50K tu adalah anggaran, jika anda ada bisnes maka perlu lebih lagi simpanan.
Picture
Ini pula satu tarikh lahir seorang individu yang ada pola 189. Sebelum ini, pada tahun 2008, beliau seorang berpelajaran tinggi jurutera dan ada bisnes tetapi terkena hidup perit 189 hampir merempat. Akhirnya beliau berazam buat perubahan dan datang ke kursus cikgu A-D walaupun terpaksa pinjam duit kawan. Kini 2012, beliau ada 2 kereta mewah Toyota dan Honda, bebas dari hutang dan memiliki Wisma. Maknanya pola 189 dah jadi lain pula... yang positif... anda mampu tingkatkan kehidupan anda!

Oleh yang demikian, jangan biarkan diri anda terperangkap dengan pola 189 sama ada esok atau akan datang. Buat persiapan dan bina strategi yang berkesan untuk anda KUASAI DIRI ANDA.
Picture
Picture
AWAS !!! Tahun depan ada pola 189 !!! Jika anda seorang yang memang ada pola 189, maka secara teorinya apabila sesuatu tahun itu ada pola 189 juga, maka anda terkena double (2 kali). PASTIKAN ANDA TIDAK TERPERANGKAP HIDUP PERIT 189 pada tahun 2013! Sudahkah anda bersedia dengan strategi bulanan? Arah?.. bina strategi dengan dapatkan ilmu, teruskan ikhtiar berdoa dan hadapilah kehidupan dengan tabah!

Satu lagi fenomena unik alam iaitu pada 25 Oktober 2012 ini. Lebih unik untuk penduduk yang berada di Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei). Pada hari tersebut 25 Oktober arah ke Mekah adalah 7 (Networking), iaitu bersamaan 9 Zulhijjah arah ke Mekah adalah 6 (Kekayaan). Jadi, ini adalah satu kesempatan baik untuk kita buat alignment energy/ gelombang/ frekuensi  dan ikhtiar berdoa. Hari wukuf di Arafah merupakan satu hari yang dimakbulkan berdoa, Walaupun kita tidak berada di Arafah tetapi kita ikhtiar untuk alignmentkan energy kita ke sana. Tambahan pula, pada malam 25 Oktober iaitu "Malam Jumaat" adalah satu malam yang sangat baik dan ketika itu juga ada satu waktu berdoa/alignment yang sangat baik. Jadi, jom kita ikhtiar kaedah ini pula disamping usaha kita setiap hari mencari rezeki doakan rezeki kita terpelihara, mampu berganda dan mampu tersimpan serta mampu untuk dibuat ibadah berterusan.
Picture
Picture
Picture
Picture

Picture

KATA ORANG LAIN: KENAPA SIBUK MENGIRA TAPI TAK KAYA-KAYA...

Membuat pengiraan (kaedah pernomboran) adalah satu ikhtiar untuk kekayaan, tetapi objektif kaedah pernomboran dalam erti kekayaan bukan sekadar kaya duit berlambak-lambak tetapi kekayaan ketenangan, kekayaan kebebasan (masa dan duit), kekayaan iman dan kekayaan ilmu. Jadi, walaupun anda buat pengiraan itu ini tetapi belum kaya-kaya sebenarnya kaya duit itu belum tiba lagi tetapi anda sudahpun kaya dari kesedaran, ilmu dsbnya.

Membuat pengiraan untuk kekayaan bukan sekadar mengira untuk terus jadi kaya, memang terdapat beberapa kes yang mengira boleh terus kaya tapi itu bergantung kepada pelbagai faktor seperti gabungan dll. Banyak kes pengiraan dilakukan adalah untuk mengelakkan kerugian dan apabila kerugian dapat diatasi atau dikurangkan, maka status kewangan kita masih stabil tidak jatuh lebih teruk. Contohnya, cikgu A-D pada tahun 2012 ini adalah tahun kitaran 7, jadi memang dah tahu duit banyak keluar tahun ini dan berhati-hati dalam bisnes. Walaupun bisnes kurang naik dalam tahun ini tetapi tidak mengalami kerugian besar seperti orang lain yang dalam kitaran 7. Nyaris juga cikgu A-D kerugian hampir RM30K tahun ini tapi disebabkan kita dah tahu awal, maka walaupun tiada bisnes besar tahun ini tetapi status kewangan syukur stabil. Dengan kata lain, walau untung kecil tapi tak rugi besar. Hidup masih tenang dan cukup masa untuk beribadat, bersama keluarga dsbnya.

Oleh yang demikian, apa kata orang lain mengatakan kaedah pernomboran itu ini, yang penting kita menggunakan kaedah pernomboran sebagai satu cara untuk displinkan diri kita dan menjadikan hidup kita ini sentiasa sedar dan bersistematik di dalam membuat keputusan. Walau satu pengiraan yang anda buat sebenarnya anda telah berada di hadapan orang lain yang tidak mengira apa-apa... tak mengapa kita belum lagi kaya duit, tetapi kita sudahpun kaya iman, kaya ilmu, kaya dengan ketenangan jiwa...

Sebuah syarikat pelaburan yang bermasalah rupanya dalam "getaran nama" ada penyataan tentang masalah kewangan! Oleh kerana itu, untuk anda membuat pelaburan ataupun perniagaan, pelbagai aspek perlu dilihat dari aspek nama, arah, kitaran, potensi, prestasi dsbnya.
Picture

PERTUKARAN TAJUK KURSUS DI KOTA KINABALU:
Atas permintaan ramai, Kursus Pola 729 akan dijalankan di Kota Kinabalu pada 9 Disember menggantikan kursus 8 & 9 yang dijadualkan sebelumnya. Kursus ini lebih relevan kerana ramai orang Sabah yang terlibat dalam bidang jualan dan mereka mahu meningkatkan kejayaan mereka, oleh yang demikian, kursus ini boleh dapat membantu lebih ramai usahawan / jualan untuk mencapai kejayaan yang lebih berkesan.

Picture

Picture
Pertandingan Nombor Siri Duit "Pagar Emas Kekayaan"

Jika anda ada memiliki nombor siri duit kertas (sama ada RM1 atau RM50) yang tepat susunan seperti nombor siri "Pagar Duit" 9 Okt iaitu 9966969, sila ambil gambar, berikan nama bank/ nombor akaun bank  dan emailkan ke qmas304@streamyx.com. Hadiah wang tunai RM100 diberikan. 

Jika anda memiliki nombor siri yang ala-ala ada lebih kurang menyerupai siri angka tersebut, boleh juga hantar gambar dan nombor akaun untuk hadiah saguhati.

Tarikh 9 Oktober 2012 adalah satu-satunya tarikh yang punyai susunan siri angka begitu baik dan agak sukar nak mencarinya lagi, jadi inilah satu-satu tarikh untuk ikhtiar "memagar" kekayaan anda daripada anasir luar (ditipu, dianiayai dll). Satu cara kita adalah berdoa pada waktu tertentu supaya rezeki kita dipelihara. Antara amalan lain adalah "mengunci" wang anda dalam peti besi dsbnya sebagai simbolik memagar kekayaan anda.

Picture
Belek-belek album kekayaan rupanya cikgu A-D ada nombor siri duit "pagar kekayaan" 969 tapi tak tepat susunan bolehlah menang saguhati lah ye...

Picture
Tidak dinafikan syarikat ini ada pola 336 dan 696 iaitu pelaburan, tetapi anda sebagai pelabur perlu tahu turun naik PRESTASI pelaburan, bukan sekadar untuk  jangka masa pendek malah untuk jangka masa panjang. 

Kursus Pola 336 & 696 membimbing anda bukan sahaja mengenalpasti potensi pelaburan, pasaran pelaburan, arah pelaburan dsbnya, tetapi pada masa yang sama PRESTASI pelaburan. Anda perlu tahu EXIT STRATEGY di samping ENTRY STRATEGY dsbnya. Banyak perkara yang anda perlu perkemaskan pengetahuan tentang pelaburan atau perniagaan anda dan gunakanlah pola 336 & 696 sebagai satu cara untuk memastikan anda sentiasa dalam prestasi yang berkesan sepanjang masa.


PEMILIHAN TARIKH YANG SALAH - memang betul tarikh tersebut ada pola 336 dan 696 berpotensi dalam pelaburan tetapi, sama seperti tarikh IPO Facebook, ada satu angka tersembunyi yang menjelaskan kenapa syarikat ini mengalami masalah. Maka, pilihlah tarikh daftar/ pelancaran yang lebih berkesan.

Strategi Kekayaan & Jutawan: Dari pola 336 & 696.
Kaedah Pola 336 & 696 ciptaan cikgu A-D di sini (satu-satunya di dunia) telah dapat membantu 2 orang pelajar mendapat projek melebihi RM1 juta ringgit pada tahun 2012 ini. .. kini giliran anda pula untuk menempah projek atau peluang kekayaan pada tahun 2013. Di sini adalah contoh orang pola 336 & 696, mari kami bantu anda menjadikan anda lebih kaya dan berjaya.
Picture
Picture
Kepada mereka yang belum menghadiri kursus pola 336 & 696 selama ini, dijemput hadirlah kursus pada 25 Nov ini dan seterusnya masuk ke kursus 1&2 Disember dengan diskaun RM360 (peserta kursus 9 September lalu juga dapat diskaun RM360). 
Picture
Kepada peserta kursus Pola 336 atau Pola 336 & 696 semenjak tahun 2009 lagi, anda sudah ada asas dan kali ini anda dijemput untuk hadir ke kursus Invest2Millionaire (I2M) untuk dapatkan maklumat advanced tentang pola 336 & 696 ditambah dengan pengajian perihal platfom pelaburan yang lebih berkesan bukan sekadar melabur ASB atau emas secara biasa semata-mata tetapi kelainan dari tips-tips beberapa penceramah jemputan yang berjaya dalam pelaburan mereka. Juga, majlis berdoa kekayaan pada 2 Disember untuk membantu menjayakan pelaburan / perniagaan anda.

Kepada peserta kursus 9 September dan 25 Nov dapatkan diskaun RM360.
Picture
Tahun 2013 adalah peluang kekayaan... Destinasinya adalah Malaysia dijangka peluang pelaburan dan suasana perniagaan yang lebih baik... ambil kesempatan ini untuk anda juga jadi kaya dan berhasil dalam pelaburan & pelaburan perniagaan anda.
Picture

Kajian Pilihanraya... kali pertama team cikgu A-D mengkaji perihal pilihanraya semasa satu perhimpunan parti politik tidak lama dulu dan kami dapat melihat pattern yang menang dan yang kalah. Seterusnya, kajian untuk pilihanraya di Kuala Terengganu beberapa tahun sebelum ini yang mana kami dah jangka pihak PAS menang berbanding UMNO beberapa hari sebelum pilihanraya. Di sini ada pattern yang baru dan apabila dibuat unjuran untuk PRU 13, nampaknya persaingan sangat sengit.
Picture
Picture

Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.