Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Strategi Kejayaan, Motivasi Kekayaan

6/4/2012

0 Comments

 

Picture

Picture

Picture
Seminar Tahun kali ini berbeza dengan seminar tahun sebelumnya kerana kali ini kita akan berikan penekanan kepada analisa bulanan dari kedua-dua aspek pernomboran dan graf hayat. Sebelum ini seminar tahun cuma analisa secara ringkas dari aspek pernomboran sahaja. Ini disebabkan kita mahu mabil peluang dari setiap 12 bulan untuk cipta kejayaan pada tahun 2013 sebagai tahun kekayaan.  Juga, kali ini seminar di buat di hotel.


Picture
Tahun 2013 adalah "Tahun Ular" mengikut kalendar Cina. Kebetulan ianya adalah turutan ke-6 dari 12 jenis haiwan dalam kalendar Cina (yang mana tahun 2013 adalah tahun "6").  Kepercayaan kaum Cina kuno menyatakan kehadiran ular sebagai satu petanda baik kerana menandakan kehidupan yang baik (kekayaan yang baik? sepertimana tahun 2013 tahun kekayaan?). Maka hadirlah Seminar Tahun 2013 untuk merangka strategi yang lebih berkesan untuk melalui tahun 2013 dengan baik.


Seperti yang cikgu A-D beritahu dari tahun lepas 2011 bahawa tahun 2012 tahun "jiwa kacau" memang ramai yang menghadapi pelbagai masalah perniagaan, keluarga, peribadi, pasangan dsbnya tahun ini... ramai yang kecundang... namun, individu yang mengetahui potensi dan konflik untuk tahun 2012 ini dapat melalui dengan tenang dan baik.

Ramai individu yang datang ke sesi konsultansi dengan cikgu A-D pada tahun 2012 ini dalam keadaan bermasalah pada tahun 2012 ini dan mereka itu bukan peserta Seminar Tahun 2012 lalu. Mereka datang konsultansi atau datang seminar dalam berada Vacuum Star dan pelbagai masalah untuk tahun 2012, padahal jika mereka tahu lebih awal (2011 lalu) maka tidaklah mereka terperangkap dengan pelbagai konflik tahun 2012 ini. Dengan kata lain, jika kita tidak pelajari apa konflik atau potensi kita untuk tahun 2013 nanti maka kita boleh kerugian besar kerana ketinggalan potensi yang baik atau kerana terperangkap dalam konflik yang berat. Eloklah pelajari dan buat strategi serta persiapan awal.

Daftar:
Puan Syuhada: 019 769 9946.


Salam Cikgu Eddy, berkat berdoa pada 3hb Jun di Muar, pembayaran yang tertangguh daripada 'business partner' telah saya terima pada 4hb Jun. Begitu cepat kesannya apabila kita berikhtiar dan berdoa dengan ikhlas ke hadrat Allah. Zikir Kekayaan dalam 'handouts' yang Cikgu Eddy beri itu pun sangat mujarab. ... Sekarang sedang praktikkan teknik yang Cikgu beri tempohari. Mudah2an ada perubahan yang positif, insyaAllah. Terima kasih di atas segala ilmu yang dikongsi. Semoga Allah rahmati Cikgu seisi keluarga.

Alkisahnya: Sembang-sembang di Muar 3 Jun 2012
Apabila dapat bertemu dengan bekas peserta kursus maka bolehlah dapat banyak maklumbalas. 

1.      Seorang peserta menyatakan bahawa beliau mengenali seorang kawan yang boleh berkomunikasi dengan seorang "puteri alam ghaib" yang menjaga seekor burung cenderawasih sakti di tanah seberang. Katanya, puteri tersebut biasanya pemalu dengan lelaki tetapi baru-baru ini katanya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cikgu A-D katanya mungkin ada kena mengena dengan juga susur galur dari sana. Alahai puteri alam ghaib pulak dah… tak pe yang penting kita happy!

2.      Seorang lagi peserta ada bertanya kepada rakannya yang pakar dalam dunia mistik tentang program 3 Jun lalu beberapa hari sebelumnya. Kata kawan tersebut,  mengikut pengiraannya untuk 3 Jun, laluan jalan di antara dewan anak yatim dengan masjid jamek mengandungi tenaga yang kuat lalu ditanya siapa yang merancang laluan tersebut. Maka tentulah program kami di situ! Mudah-mudahanlah ye apabila anda berjalan dari dewan anak yatim ke masjid jamek tempohari adalah melalui jalan tenaga yang baik.
 
3.      Masih ingat individu yang dapat tender pembekalan RM2 juta? Beliau datang berdoa lagi pada 3 Jun dan bercerita bagaimana rasa hairannya kerana tidak menyangka boleh menang tender tersebut. Ditambah pula apabila beliau mula menjalankan pembekalan kepada institusi yang dipilih ada yang bertanya kepadanya kenapa beliau tidak masuk tender sebelum ini kerana markah tender sangat sempurna dan mereka sangat berpuas hati dengan pembekalannya seolah-olah mereka menantikan pembekal yang sempurna selama ini.  Sebenarnya tender tersebut telah tertangguh 2 bulan dan beliau bawa dokumen tender tersebut untuk didoakan di majlis berdoa kekayaan pada 11 Mac lalu.

Nantikan majlis berdoa kekayaan pada 
8 Julai di Hotel Putra, KL
21 Julai di UPM, Serdang.

4.      Selepas majlis berdoa beramai-ramai, semua peserta bersurai dan yang tinggal beberapa peserta yang dipilih oleh Pak Lah untuk didoakan oleh Pak Habib. Rupanya satu daripada doa yang diulang-ulang adalah satu surah yang sama dipaparkan dalam slide tempoh hari – doa itu Cikgu A-D pilih dari sebuah buku sebelum itu. Kebetulan angka 114 sengaja dipilih kerana hasilnya 6 iaitu rezeki.

5.    Seorang konsultant unit trust (Public Mutual) memberitahu selepas berdoa pada Mei lalu, beliau mendapat cek RM75,000 dari seorang pelanggan untuk top-up pelaburannya. Beliau menyatakan menyimpan dokumen-dokumen di arah 6 dan 9 dalam bilik,

Seminar Bisnes Berjaya Kaya – Bahagian 1 Pengenalan

3 sesi akan dijalankan;
Sesi kuliah strategi pernomboran – mempelajari pola 669 dan 279 dan bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam kejayaan perniagaan. Bagaimana usahawan berjaya dan jutawan mampu meraih kejayaan dengan aplikasi pola 669 dan 279 di dalam perniagaan mereka. Pelbagai tips dan strategi akan diberikan.

Sesi program tenaga jalur emas – untuk tingkatkan energi aura kekayaan dalam perniagaan

Sesi ceramah – satu ceramah tentang pembiayaan geran kerajaan (tak perlu bayar balik) melalui agensi kerajaan supaya para peserta dapat mengetahui di mana sumber modal yang boleh didapati dengan berkesan.

Semua peserta Seminar 23 Jun tersebut mendapat diskaun RM100 untuk hadir ke Seminar Bisnes Berjaya Kaya Intensif pada 7 & 8 Julai di Kuala Lumpur. 

Hubungi Puan Indah 012 469 1786 untuk daftar Seminar 23 Jun.

Hubungi Puan Syuhada 019 769 9946 untuk daftar Seminar 7& 8 Julai dan beritahu anda adalah peserta Seminar 23 Jun untuk dapat tambahan diskaun RM100.


Picture
Tahukah anda? Ayat-ayat harian yang dibaca pada setiap hari ada dilakarkan di dinding Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar di ruang kolam wudu'. Belum dipastikan apa tujuan dan khasiatnya tapi boleh juga kita mengamalkannya seperti berikut;
Isnin - La haulawala.... 1000X
Selasa - Allahummasolli ala muhammad waala alihi wasoobbihi wasallam 1000X
Rabu - Astagfirullahal azim - 1000X
Khamis - Subhanallahil azim wa bihamdihi 1000X
Jumaat - Ya Allah - 1000X
Sabtu   - La ilaha illallah - 1000X
Ahad   - Ya Hayyum Ya Qayyum - 1000X


Peranan Admin Pernomboran dan Penganjur Kursus

Terdapat pertanyaan tentang beberapa "ejen" untuk cikgu A-D yang memerlukan penjelasan. Oleh kerana cikgu A-D sibuk tidak dapat menguruskan program kursus dengan bersendirian, maka beberapa individu tampil untuk membantu (senarai Jun 2012);

Penganjur & Penerbit:

1. Evos Best RQ (dilantik sebagai Admin Pernomboran) - diwakili oleh sdra Nizam (Kulai) adalah sebagai penganjur kursus di Johor dan menyusun program untuk Elit769 serta kelas asas pernomboran. Beberapa individu bergerak bersama grup ini.

2. KBM - diwakili oleh Puan Khatijah adalah pihak yang menganjurkan kursus di Subang Bistari berbentuk Pelaburan/ Perniagaan, juga menyediakan laporan untuk potensi diri asas serta lanjutan tinggi.

Penganjur kursus:

1. Puan Syuhada - penganjur kursus di Selangor / KL dan menyusun program Bisnes Berjaya Kaya.

2. Puan Indah Zalida - penganjur kursus di Pulau Pinang.

Penganjur-penganjur dari negeri / bandar lain dialu-alukan.

Perbezaan antara:
Diari 2013 - merupakan cetakan graf harian yang dibukukan dalam bentuk diari bagi memudahkan pengguna membuat rekod harian / perancangan harian. Sesuai untuk semua golongan. Untuk individu yang belum mahir membaca pola, arah dsbnya memerlukan sesi konsultansi / kelas asas.

Seminar 2013 - merupakan seminar pembelajaran tentang potensi dan konflik untuk kekayaan dalam tahun 2013. Juga, analisa bulanan secara mendalam dan akan termasuk teknik memilih hari-hari yang baik dalam tahun 2013. Sesuai untuk semua golongan.

Picture
Kebetulan? Jumlah kiraan nama BISNES BERJAYA KAYA adalah 6! Memanglah bertujuan untuk menjadi kaya!

Picture
Setiap peserta seminar bisnes berjaya kaya (intensif 7 & 8 Julai) akan mendapat satu "bunting" percuma seperti di atas - ianya akan "didoakan" pada majlis berdoa kekayaan pada seminar tersebut dan bolehlah diletakkan di premis perniagaan anda sebagai satu ikhtiar dan motivasi kekayaan. Juga menunjukk

Pihak kami sedang menyiapkan design untuk baju T berkolar dengan logo dan tagline bisnesberjayakaya.com.

Setiap peserta seminar tersebut juga akan ditawarkan 1 ruang iklan percuma di dalam
www.bisnesberjayakaya.com.

Picture
FGVH penuh kontroversi.. tetapi ada pengajarannya kepada kita semua.

Tahun 2012 adalah tahun perubahan maka pihak kerajaan mahu buat perubahan supaya Felda boleh jadi lebih kaya pada tahun 2013 tahun kekayaan. Tak kisahlah apa kontroversinya tapi apa tindakan anda untuk kaya tahun 2013?


Bagaimana dengan anda? Ada perancangan untuk ubah perniagaan anda menjadi lebih baik dan menguntungkan untuk tahun 2013 tahun kekayaan? Atau masih lagi kekal sebagai penjual goreng pisang biasa, kedai buku biasa, gerai makanan biasa, salun biasa dan sebagainya biasa? Kenapa tidak mengubah perniagaan anda menjadi lebih berkesan, kenapa tidak tingkatkan ke peringkat kebangsaan malah antarabangsa..

Ikhtiarlah, kalau FGVH cuba buat perubahan sebegitu rupa sebab niat untuk berubah, kalau betul-betul menjadilah perubahan untuk kekayaan tahun 2013 maka tidak hairanlah jika lebih banyak Toyota Alphard berada di Felda milik peneroka Felda berbanding motor kapcai je sekarang ini. Dulu pada tahun 2006, semasa cikgu A-D main bursa saham dapat RM200K rasanya main 10 lot sahaja... kalau orang Felda pandai pakat jadi 50 atau 100 lot.. bayangkan berapa kekayaan tu? Itu kisah Felda... yang kita nak muhasabah sekarang ini diri kita ni! Untuk Felda, ada juga orang nak beli sahamnya, tapi anda? Ada orang nak beli "saham" anda ke? Apa "saham" yang anda ada? Kalau tak ada "saham" maka kekallah anda sebagai orang biasa-biasa untuk 2013 nanti..

Jadi, tingkatkan prestasi anda! Ada cara untuk perkenalkan nilai tambah / "saham" anda - pola 336, pola 669 dan banyak lagi.

Seminar Menghadapi Tahun 2013 Tahun Kekayaan  - adalah satu seminar yang membimbing anda untuk melalui tahun kekayaan dan bersiap untuknya sepanjang tahun. Kali ini yuran agak tinggi kerana kita buat di hotel dan analisa secara bulanan  untuk kedua-dua graf hayat dan pernomboran dibuat berbanding seminar dulu-dulu hanya melihat prestasi bulan secara ringkas dan kita juga akan selitkan beberapa perihal kekayaan, kewangan, pelaburan perniagaan dan sebagainya.

Yang penting, tujuan cikgu A-D mahukan anda menjadi kaya berjaya tahun 2013 nanti, jadi kita formulasikan pembelajaran yang membolehkan anda menjadi cemerlang tahun depan.. tak kiralah apa pola anda, kita transformasikan!

Ramai individu yang datang berkonsultansi dengan cikgu A-D mendapati mereka boleh cemerlang tahun 2012 siap dengan Virtuous Star dan petak cermin tahun 2012  tapi malangnya kini dah masuk bulan 6 dah kira agak terlewat.. ada orang dah terlepas pun pada bulan-bulan sebelum ini... maka jangan lagi bagi ruang kegagalan anda untuk merancang tahun 2013 tahun kekayaan...

Picture

    Persiapan 2013 Tahun Kekayaan

Hantar

Picture
Seperti biasa, cikgu A-D penggemar majalah Personal Money, terbitan kali ini (Jun 2012) dapat berikan idea dan panduan untuk mendapatkan modal perniagaan di institusi bukan perbankan.


Picture
Dapatkan, baca / langgan majalah baru "Marketing" untuk memberikan anda banyak idea tentang pemasaran yang unik. Satu artikel mendedahkan teknik pemasaran / pengiklanan yang digunakan oleh Olay di Arab Saudi dan Coke Australia yang menarik lebih ramai pelanggan berlipat kali ganda.


Dapatkan buku baru "Serasi Sejiwa" keluaran Utusan Karya - sesuai untuk kita semua, lelaki dan wanita yang akan atau dalam alam perkahwinan atau yang mencari jodoh untuk mendalami perihal membina keserasian  yang lebih berkesan termasuk perihal melahirkan zuriat berkualiti.

Alang-alang tu dapatkanlah juga buku "Cinta, Jodoh & Perkahwinan" terbitan Buku Prima (di Karangkraf Mall Seksyen 15) setebal 383 mukasurat untuk memantapkan lagi pengetahuan anda di dalam alam perhubungan dan perkahwinan dikarang oleh cikgu A-D.

Picture
SASARAN KEKAYAAN! 2013!

Tahun 2013 adalah tahun kekayaan (2+0+1+3=6). Jadi, kita perlu buat persediaan awal dari sekarang untuk ambil kesempatan tersebut, jika tidak kita perlu tunggu pusingan seterusnya pada tahun 2021.







Kepada mereka yang telah berdoa di Muar atau secara jarak jauh pada 3 Jun lalu, seolah anda "dilahirkan" semula pada 3 Jun 2012 tersebut. Dengan terjadinya Gerhana Bulan pada petang 4 Jun iaitu gerhana bulan adalah simbolik "keluar", maka seolah anda sekarang adalah "orang baru". Mulai hari ini, anggaplah diri anda sebagai orang baru dilahirkan dan seperti kain putih yang boleh dicorakkan dengan corak dan pola kekayaan. Biarkanlah dan tinggalkanlah apa yang berlaku sebelum-sebelum ini, pandang ke depan, bergeraklah ke depan. Jangan lagi anggap anda sebagai orang yang lemah, jangan lagi merasakan anda sudah ketinggalan dsbnya. Anda sudah "lahir" semula maka bersemangatlah untuk capai sasaran 3 JUN 2013! Perasan tak semasa kita berkuliah pada 3 Jun di Muar tempohari kita semua berqasidah selawat, seolah suasana majlis bercukur rambut menyambut bayi baru - andalah bayi itu!!

Lihatlah 3 Jun 2013 banyak angka 6  dengan kitaran 6. Arah pula banyak yang bagus. Jika penduduk Brunei, Sabah, Sarawak maka arah anda lebih luas hingga ke Semenanjung. Manakala penduduk Semenanjung dan Singapura juga ada kelebihan arah yang baik juga. Jadi, mari kita bergerak ke tahun 2013 dengan semangat.

Individu yang tak sempat berdoa pada 3 Jun lalu tidak mengapa, masih banyak lagi ruang untuk anda "lahir" semula, cuma terlewat sikit tak mengapa masih ada ruang untuk dikejar. Kita berdoa lagi ye pada 21 Julai nanti di UPM Serdang.

Mulai sekarang mulakan persiapan untuk jadi berjaya kaya! Sasaran 3 Jun 2013! Pihak kami ada menyediakan platform ilmu persediaan untuk anda berjaya kaya. Inilah masanya untuk anda pula yang jadi berjaya jaya! Anda datanglah ke salah satu atau kalau boleh kesemuanya lagi bagus;

1. Seminar Bisnes Berjaya Kaya.
    Bertujuan untuk menyiapkan diri anda dengan pola-pola bisnes berjaya kaya seperti ramai
    usahawan yang berjaya kaya.

2. Seminar Menghadapi Tahun 2013 Tahun Kekayaan
    Bertujuan untuk anda buat strategi bagi melalui tahun 2013 tahun kekayaan dengan lebih
    produktif dan berkesan. Kali ini, seminar ini menumpukan kepada analisa bulan demi bulan
   dengan lebih mendalam berbanding seminar 2010, 2011 dan 2013.

3. Seminar INVEST2MILLIONAIRE.
    Bertujuan untuk anda ceburi dan libatkan diri anda dalam dunia perniagaan pelaburan. Kita
    mahu berjaya kaya pada 3 Jun 2013 nanti iaitu pola 336 pelaburan. Seminar intensif 
    gabungan kaedah pernomboran dan ilmu pelaburan dalam pelbagai instrumen pelaburan
    seperti CPO, Bursa dsbnya oleh cikgu A-D dan beberapa penceramah/ konsultan
    pelaburan.

  En Nizam (Johor): 012 769 3807.
  Puan Syuhada    : 019 769 9946. 


Foto Program Konvensyen / Majlis Berdoa 3 Jun 2012. Kelihatan semua peserta sedang membacakan satu doa dari satu kertas besar A3 dibimbing oleh Pak Habib dari Perlis.

Majlis berdoa 3 jun 2012

Berlangsung dengan baik di dewan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Muar dalam cuaca yang cerah. Kemudahan dewan sangat baik lain kali boleh buat di situ lagi. Program ini menyediakan 3 kali makan – pagi, tengahari dan petang untuk setiap peserta. Jadi, dapat ilmu dalam suasana yang kondusif. 

Sesi pertama dimulai oleh cikgu A-D untuk ulangkaji dan ilmu tambahan tentang kaedah graf hayat. Seterusnya sesi kedua adalah ceramah dan bacaan doa-doa oleh Pak Habib dari Perlis. Pak Habib menyampaikan banyak tips dan doa rezeki malah mengijazahkan satu doa sebesar kertas A3 kepada setiap peserta iaitu satu doa panjang untuk melindungi dari musuh seperti musuh perniagaan. Diingatkan kepada semua peserta majlis untuk TIDAK fotostat dan TIDAK edarkan doa tersebut atas pesan Pak Habib gunakan untuk kegunaan peribadi sahaja. Pak Habib juga memimpin semua peserta untuk bersama-sama berqasidah berselawat kepada junjungan nabi saw. Bergema alunan qasidah selawat dalam dewan anak yatim. Memang best di samping berdoa kekayaan juga buat amal ibadah. Sesekali buat program ini sangat baik kan kita ni sibuk bekerja kadang tu tak sempat berselawat dalam sesuatu majlis.

Seterusnya pada jam 12.30 tghari kami semua bergerak ke masjid untuk majlis berdoa. Dekat sahaja berjalan kaki sambil diperhatikan oleh beberapa anggota polis yang menjaga kawasan. Sebenarnya untuk makluman semua, kawasan  dan jalan berdekatan ditutup kerana kehadiran KDYMM Sultan Johor d Istana Hinggap berdepan dewan anak yatim tersebut. Jadi kita semua berkuliah, berdoa dan berselawat hampir dengan kerabat Diraja. Semasa cikgu A-D membacakan doa kekayaan di hampir mukasurat akhir, tiba-tiba terdengar bunyi sebuah helikopter. Sambil baca doa sambil sesekali tengok helikopter makin datang dekat. Kemudian helikopter berwarna biru dilihat mendarat di dalam Istana yang terletak selang satu bangunan jarak tempat kami berdoa. Oleh kerana bunyi helikopter terlalu kuat terpaksalah cikgu A-D percepatkan doa di mukasurat akhir dan melaungkan suara. Menarik, seolah-olah kami sedang berdoa kekayaan datang seolah "kekayaan dari langit" dari jauh turun mendarat di akhir bacaan doa macam dirancang pengakhiran (ending) doa dengan satu kejutan. Kebetulan, untuk berdoa kali ini ada satu doa tentang "rezeki dari langit" yang baru dimasukkan di dalam teks berdoa. Kata orang helikopter biru tersebut milik KDYMM Sultan tapi tak pasti siapa di dalamnya.

Cuma dalam kuliah tersebut suara cikgu A-D serak dan hilang dek sehari sebelumnya makan durian di Tangkak dan lepas tu pekena ais bandung soda di Muar. Panas bercampur sejuk memberi kesan, jadi lain kali kena beringat jaga kesihatan sehari sebelum kuliah.

Tahniah kekayaan kepada semua peserta majlis dan juga individu doa jarak jauh. Semoga doa kita di hari dan waktu yang baik, ditempat yang baik dan kehadiran aura individu-individu
yang  baik menguatkan hasil doa kita. Menariknya, pada kali ini individu yang melibatkan diri dalam sesi berdoa jarak jauh mencapai 60 orang - satu rekod peserta berdoa jarak jauh paling ramai kali ini, termasuk seorang rakan bukan Islam juga melibatkan diri (kaedah pernomboran boleh diaplikasikan oleh semua golongan, cuma biasanya dibuat dalam bentuk Islamik). Ini menunjukkan kesedaran orang yang lebih meluas tentang keperluan untuk berikhtiar secara berdoa.

Majlis berdoa kekayaan seterusnya;
1.  Pada 7 atau 8 Julai di Kuala Lumpur (untuk peserta Seminar Bisnes Berjaya Kaya - BBK).
2.  Pada 21 Julai di UPM, Serdang (terbuka untuk semua dan peserta Seminar BBK juga)

Selepas tamat program, cikgu A-D bersambung sesi di masjid pula. Kali ini adalah sesi konsultansi ringkas untuk 4 pasangan suami isteri. Menariknya sesi berlangsung sambil bersila di dalam sebuah pondok wakaf di kawasan parkir masjid. Seolah sesi orang kampung bertemu tok penghulu duduk bersila macam filem lama. Dalam masa yang ringkas, setiap pasangan diberi penyelesaian berikut;

1.   Pasangan pertama dari Kelantan memiliki sebuah kedai buku dan satu syarikat pembekalan. Syarikat mereka dikenali ramai orang di sana tapi bisnes tak boom. Sudah puas mereka mencari cara. Bila cikgu A-D periksa dari pelbagai sudut rupanya didapati tafsiran nama yang kurang baik memang tak boom walaupun potensi lain seperti arah adalah baik. Oleh itu nama syarikat memang perlu bawa tafsiran yang bagus seperti tafsiraan dan kiraan nama Air Asia dan Sendayu Tinggi.

2.   Lain pula kes pasangan kedua dari Melaka yang memiliki sebuah kedai makan d satu food court. Mereka dapati orang kurang singgah di kedainya berbanding kedai-kedai makan sebelah-sebelahnya. Apabila diperiksa dari pelbagai sudut, kes kali ini pula salah arah iaitu arah 3 persaingan jadi memanglah bersaing! Maka beberapa strategi dicadangkan untuk betulkan situasi.

3.  Pasangan ketiga pula dari Johor bercadang buka bisnes tak pasti daripada beberapa pilihan. Sebelum ni mereka pernah buat beberapa bisnes tapi gagal. Apabila diperiksa pelbagai sudut potensi semua adalah baik jadi bagaimana boleh gagal. Memang si isteri sedang Vacuum Star tapi itu bukan semestinya satu-satunya kegagalan bisnes. Apabila diperiksa rupa-rupanya mereka perlu pilih pekerja dengan lebih berkesan. Dulu cikgu A-D pernah berpesan bahawa prestasi bisnes kita terletak pada pekerja dan kakitangan juga.

Menariknya pasangan ini katanya pernah bertemu cikgu A-D pada tahun 2009 dulu (tapi cikgu tak ingat  ramai sangat dah). Mereka kata cikgu A-D ada menyatakan pada tahun 2009 bahawa syarikat tempat isterinya bekerja bakal “ditutup” tapi fikir tak logik kerana mana mungkin syarikat Sime Darby; sebuah syarikat besar tempatnya bekerja boleh terjejas. Tapi beberapa ketika kemudian apabila Sime Darby bergabung dengan Guthrie, maka nama Sime Darby ditukar kepada Guthrie. Walaupun syarikat itu bukannya ditutup, tapi secara  lahiriahnya nama syarikat ditutup ditukar nama lain.

Si isteri juga menghadapi masalah gangguan mistik d rumah. Bila diperiksa arah memang arah berkenaan‘pintu masuk’ dan tempat ‘lepak’ mengikut arah isteri itu.

Gunakanlah petua ciptaan cikgu A-D iaitu buat ‘penutup’ pintu masuk gangguan menggunakan kaedah wangian pyrite yang dileret 7 baris pada kertas dan ditampal di sudut arah 3 dan 8 (untuk tempahan minyak hubungi Pak Lah 017 504 9786).

4.   Pasangan keempat pula kes masalah kewangan keluarga yang berat. Bila diperiksa semuanya baik tak dapat cari petunjuk cuma si suami tiada arah 6. Mungkin semua usaha untuk kekayaan sebelum ni tidak dapat kembangkan duit dengan baik. Maka disiplin arah 6 adalah satu ikhtiar.

3 program baru telah dilancarkan;

1.  Seminar bisnes berjaya kaya.
2.  Seminar menghadapi tahun 2013 tahun kekayaan.
3.  Seminar Invest2Millionaire.

Sila buat deposit dan bayaran awal untuk dapatkan lebih diskaun.

Picture

Sila tempah tempat SEGERA - deposit RM100 atau boleh bayaran penuh awal.

Yuran penuh diperlukan sebelum 25 Jun 2012 - mohon maaf bayaran perlu dibuat awal kerana pihak hotel memerlukan bayaran penuh awal (maaf kesulitan kerana ini prosedur hotel kerana sebab itulah selalunya cikgu A-D buat kursus bukan di hotel untuk memudahkan peserta, tapi kali ini terpaksa mohon bayaran awal).

Bakal peserta yang membuat bayaran penuh sebelum 25 Jun 2012 diberikan diskaun tambahan RM100 sebagai penghargaan dan galakkan.

Hubungi:
Puan Syuhada 019 769 9946.

www.bisnesberjayakaya.com

Picture
Anda pernah hadiri kursus dan seminar beliau untuk dapatkan banyak tips-tips perniagaan dan pemasaran. Ingat lagi cikgu A-D beliau pernah bertanya cikgu A-D untuk join buat seminar di Johor ketika itu tahun 2006 selepas tamat kelas bersama cikgu A-D di De Palma Inn, Seksyen 19 Shah Alam, tapi pada masa itu cikgu A-D menolak kerana merasakan tak dapat ke Johor kerana masalah masa dan komitmen, ironinya kini cikgu A-D kerap ke Johor pula.

Jika anda perasan 4 digit terakhir nombor telefon dan talian hotline 1-300 beliau memang menjelaskan potensi beliau dalam dunia pendidikan dan kebetulan beliau kini dari umur 31 ke 40 tahun adalah berada dalam "petak cermin" (2-4/2-4) menyamai 4 digit terakhir talian hotline beliau... dengan status sebagai "cermin" sebegini memang padanlah beliau terkenal di negara (apabila diserlahkan potensi kepada khalayak ramai). Jadi, jika anda berada dalam "cermin" maka amat sesuai untuk anda berada di persada yang lebih meluas di kebangsaan atau antarabangsa. Walaupun anda lahir bukanlah sebagai "cermin" seperti Bill Gates, tapi Yang Maha Kuasa beri anda peluang untuk jadi "cermin" pada tahun atau bulan malah pada hari tertentu. Jika anda pelajari teknik pernomboran, maka anda boleh tahu dan rancang kejayaan anda sebagai "cermin" itu lebih awal.

Kini, mahukah anda pula menjejaki kejayaan beliau? Pastikan dulu potensi anda dan kenalpasti bagaimana untuk anda merealisasikan keupayaan potensi anda. Jadikan diri anda sebagai seorang daripada kalangan Bisnes Berjaya Kaya (BBK).

Seminar Bisnes Berjaya Kaya - Bahagian 1 Pengenalan - 23 Jun 2012 Butterworth.
Seminar Bisnes Beraya Kaya - Intensif 2 hari 1 malam - 7 dan 8 Julai, Hotel Putra, KL.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.