Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Semua Orang Ada Memiliki Kejayaan

10/28/2012

0 Comments

 

Baru-baru ini ada seorang wanita yang berurusan dengan cikgu A-D dan apabila diperiksa sangat mengejutkan... 4 petak motif hayat beliau iaitu dengan kata lain 40 tahun hidup beliau itu, adalah melalui tempoh usia MASALAH KEWANGAN, macam mana nak maju macam ni... dengan hidupnya yang berpola 189.. memang perit hidup... mungkin tidak tertahan lagi menanggung tekanan maka penjelasan dan penyelesaian dicari... adalah usaha dan ikhtiar yang baik... daripada kita duduk termenung biarkan hidup kita membelasah diri kita ini... kuasailah diri anda! Jadikanlah, transformasikanlah diri anda supaya menjadi yang lebih baik... anda boleh melakukan... kerana sepanjang 9 tahun ini cikgu A-D dah lihat beberapa individu yang boleh berubah.. 189 ke, graf gaung ke, itu hanya ujian sementara sahaja tapi kini hidup lebih cemerlang dan mewah.

Picture

Picture
Picture
Picture
Adakah ini jalan cerita hidup anda? Kenapa membiarkan sahaja hidup anda ditolak, diterajang, dihina, dicaci, dimiskinkan, dipandu oleh kehendak ORANG LAIN? Padahal anda ada potensi terbaik? Kenapa anda tidak bertindak untuk kuasai hidup anda! Bertindak! Anda mahukan yang terbaik untuk diri anda! Jangan penjarakan diri anda dengan skrip cerita turun temurun tetapi buat perubahan, buat TRANSFORMASI untuk menjadi individu yang lebih cemerlang! Anda boleh kaya dan cemerlang dengan ikhtiar menukar skrip cerita hidup anda daripada kisah sedih kepada kisah bahagia.

BISNES KAYA RAYA!
Cikgu A-D baru dapat panggilan telefon dari seorang peserta berdoa kekayaan Wukuf Arafah yang mana beliau mendapat satu projek kejuruteraan yang ditawarkan dengan keuntungan RM800 ribu sehari untuk beberapa tahun, kini sedang dalam perbincangan akhir. Sebelum ini beliau telahpun laburkan hampir RM500 ribu untuk projek tersebut selama 2-3 tahun lepas tapi tak berapa nampak hasilnya, setelah 2 hari berdoa dapat panggilan macam ini pula. Mudah-mudahan ikhtiar berdoa itu dapat membantu beliau berjaya kaya, memang berdoa pada hari tu ada 2 keistimewaan iaitu "bintang jutawan" dan "jutawan segera"... menariknya pada malam berdoa kekayaan tersebut, beliau bermimpi seekor naga menghamburkan api ke mukanya menyebabkan beliau terkejut dari tidur, mungkin tu naga sakti kot... tapi kalau dapat RM800 ribu SEHARI (bukan sebulan, kalau 30 hari dah berapa tu) duit banyak tu nak buat apa ye? Makan sehari baru RM30 ringgit, baki RM799970 lagi setiap hari tu mungkin boleh buka empayar bisnes yang lebih berkesan! Kita doakan beliau berjaya!


Untuk yang telah berdoa tetapi belum dapat apa-apa.. tentu ada perancangan lain yang diatur oleh Nya untuk anda dengan cara Nya yang tersendiri... lain orang lainlah caranya  ada cepat ada lambat... yang penting teruskan berdoa kekayaan bila-bila masa pun... dan nantikan juga hari dan waktu berdoa seterusnya... ada pada 4 Nov dan 22 Nov serta 2 Disember depan.

Picture
Picture

Istimewa untuk peserta Seminar SERI MAHARANI 4 November 2012
Pengalaman kami dalam mendoakan/ jalur emas untuk Doa Kekayaan, Pagar Kekayaan, Doa Kekayaan Wukuf Arafah dsbnya, kali ini dibawakan di dalam seminar ini untuk para peserta wanita dekat dengan kejayaan kejayaan... kebetulan ada waktu berdoa pada hari tersebut, jadi bonus untuk para peserta... mudah-mudahan.
Picture

Picture
Salam. trbaru dapat duit rm1 brnombr 9999699... Duit yg sya dapat dari pelanggan pd hri ahad 28/10/12 malam.duit yg brnombr 9066969 sya dpt 3 mnit selepas sya dapat yg brnmbor 9999699.sejak brdoa pagar emas kkayaan yg lpas saya slalu brdoa dlm hti supaya dapat memiliki duit yg brnmbor sama spt hri brdoa pagar kekayaan iaitu 9966969.mlm tadi sya dapat juga no siri yg begitu mirip hri pagar emas.alhamdulilllah pd tuhan dan jutaan tmakasih pd ckgu eddy n sdr kasyafullah yg banyak mmbantu. - maklumbalas peserta berdoa 25 Oktober "Wukuf Arafah" . No tel: 0XXX6999766 


Assalamualaikum... Cikgu AD,
Saya adalah salah seorang peserta doa wukuf arafah...Pada hari tersebut, selepas solat zohor rasa mengantuk sangat-sangat. Kemudian, balik rumah terus tidur sebab tak boleh tahan dah. Selepas pukul 6 ptg, badan dah ok dan rasa bertenaga semula. Malam tu, saya solat berjemaah di Masjid .. . Air tgh pasang. Saya terus berada di perkarangan masjid di atas tembok yang mengadap ke laut. Kebetulan ada satu bucu yang mana posisinya betul-betul mengadap kaabah. Baru aja saya berada di situ, air laut tiba2 beralun lebih kuat daripada biasa dan ianya terjadi lebih kurang 3 kali...Kejadian tersebut juga disedari oleh kawan saya yg menemani saya malam tu..Dalam pukul 11.30 mlm, saya mendongak ke langit dan kelihatan beberapa kelompok burung putih sedang terbang. Memang betul-betul menghairankan kerana saya selalu lepak di situ sblm ni belum pernah ternampak fenomena seperti itu. Subhanallah...Pada hari raya kedua, selepas solat Isyak di masjid tersebut, saya mendapat suatu peluang bisnes takaful dan ditawarkan berkoloborasi dengan pihak koperasi masjid dan diminta menyediakan proposal...Alhamdulillah...semoga semuanya berhasil. Terima kasih banyak2 untuk Cikgu AD...semoga segala inisiatif Cikgu AD akan mendapat ganjaran-Nya...



Picture
Setia City Mall (Setia Alam) adalah dalam 10 minit dari rumah cikgu A-D. Seorang klien cikgu A-D adalah pengusaha butik D'Rias yang berada di situ yang juga ada dua lagi cawangan, salah satunya di SACC Mall, Shah Alam.

Sebelum ini beliau pernah buka butik di Berjaya Times Square tetapi tidak berjaya bertahan di situ - dari sesi konsultansi bila diperiksa adalah faktor arah dan faktor "timing" - memang ada faktor-faktor logik yang lain tetapi kaedah pernomboran juga dapat menjelaskan situasi supaya ianya menjadi panduan untuk perancangan masa depan. Kali ini untuk buka cawangan di Setia City Mall juga diteliti faktor arah dan faktor "timing" yang agak mencabar.

Sebagai usahawan wanita, perlu ada ilmu pengetahuan yang sewajarnya dalam strategi bukan sekadar dalam perniagaan, tetapi juga sebagai ibu dan isteri dalam kehidupan.


Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

Picture
Program Berdoa Kekayaan "Wukuf Arafah" 25 Oktober 2012. Program berdoa kekayaan "Wukuf Arafah" seterusnya pada tahun 2036 nanti. Jadi, bolehlah bersedia dari sekarang.

Program 25 Oktober dapat dijalankan dengan lancar. Bermula dari jam 3.30 pagi iaitu waktu berdoa kekayaan yang pertama, cikgu A-D beri'tikaf, solat hajat, berdoa dsbnya di Masjid As-Syarif, Meru. Pada masa yang sama Pak Lah membuat program Jalur Emas dari tempat beliau. Kesemua nama 90 orang peserta telah dapat didoakan/ jalur emas pada pusingan pertama ini. Dalam jam 5 pagi, cikgu A-D balik ke rumah untuk bersahur untuk berpuasa sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah).




Seterusnya, waktu berdoa kekayaan kedua pada jam 7.30 pagi, kali ini cikgu A-D lakukan di perkarangan luar masjid di bawah sinar matahari (berdoa supaya kekayaan peserta terang seperti cahaya matahari tak pernah padam). Sekali lagi nama-nama peserta didoakan untuk pusingan kedua. Hinggalah jam 9.30 pagi iaitu waktu berdoa kekayaan ketiga, kali ini adalah waktu berdoa "Bintang Jutawan" dan nama-nama peserta didoakan untuk pusingan ketiga. Sepanjang beberapa jam di masjid adalah penuh dengan ibadah, zikir, doa dan sebagainya. Oleh kerana sebelah petang tiada waktu berdoa, maka cikgu A-D balik ke rumah untuk selesaikan beberapa urusan. Pada sebelah malam, waktu berdoa keempat bermula 7.30 malam. Seterusnya waktu berdoa kekayaan yang kelima yang ditunggu-tunggu iaitu waktu berdoa kekayaan "Jutawan Segera". Beberapa minit sebelum 9.30 malam, tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat dengan kilauan kilat serta guruh berdentam-dentum... macam suspens je nak berdoa sebegitu... tapi orang kata hujan malam jumaat tu tanda rezeki besar, memang kebetulan nak berdoa kekayaan, jadi pusingan seterusnya berdoa dan pada masa yang sama Pak Lah buat program Jalur Emas (tapi di Butterworth tak hujan), tak sempat nak tadah air hujan malam jumaat yang berkat tu.. habis je berdoa hujan dah berhenti dan cuma renyai-renyai.

Syukur dan tahniah serta terima kasih kepada para peserta yang menyertai program berdoa kekayaan ini sebagai satu ikhtiar tambahan dalam usaha kita mendapatkankekayaan. Semoga anda sebagai peserta mendapat kejayaan kekayaan yang diperlukan.

Satu sejarah tercipta pada hari tersebut, yang mana Pak Lah, seorang pakar Terapi Alternatif menggunakan gelombang aura membuat rawatan untuk 90 orang... setakat ini beliau tidak pernah buat rawatan untuk seramai itu dan pihak kami belum pernah dengar lagi ada pengamal perubatan alternatif gelombang aura yang dapat buat sebanyak tu dalam satu hari... malah Pak Lah mengatakan beliau tidak letih langsung membuatnya. Kalau dulu sebelum menggabungkan kaedah terapi alternatif dengan pernomboran, untuk rawatan 10-15 orang dah keletihan, tapi kali ini bila digabungkan dengan kaedah pernomboran, "energi" yang dapat sangat damai, lancar dan banyak berterusan. Namun, semasa membuat proses jalur emas tersebut, Pak Lah telah "tercedera" sedikit  kesan torehan luka kecil di ibu jari kanan beliau mengeluarkan darah luka. Katanya, itu terjadi apabila terdapat energi yang tidak baik yang pada beberapa peserta berdoa melantun kembali terkena kepadanya (setengah orang kata itu adalah saka atau mungkin sekadar "energi toksik" iaitu energi yang tidak baik). Untuk makluman, terapi Jalur Emas ini niatnya untuk memasukkan energi kekayaan kepada peserta dan pihak kami bukan bertujuan untuk merawat dan kami tidak mahu campur urusan peserta - yang penting dapat dihantar energi kekayaan kepada peserta, tapi mungkin ada kesan sampingan kepada kami pula.

Seorang peserta memaklumkan beliau pengsan pada sebelah petang dan seorang peserta pula memaklumkan beliau terasa pening-pening sepanjang hari. Untuk makluman, ini adalah kesan dari gabungan dua energy yang "dihantar" kepada peserta. Namun, bukan semua orang perlu merasai apa-apa, ianya bergantung kepada tahap sensitiviti, kekuatan badan dan sebagainya. Yang penting, ada orang yang menerima kesan menunjukkan program ini wujud. Dikatakan individu yang mengalami pengsan atau pening adalah kerana proses "penolakan" energi yang baik untuk menggantikan energi yang tidak baik, jadi seseorang boleh terasa jika tidak kuat badan atau semangatnya, tetapi baik kerana energi baru telah dimasukkan.


Jika anda tidak merasa apa-apa, kira ok lah tu sebab energy tu dah sampai dengan baik, sama ada anda sudah ada energi yang baik cuma ditingkatkan atau anda tiada energi apa-apa baru nak bermula... kalau ada rezeki, buatlah berulang kali untuk "charging" energi... kalau dah belajar tekniknya boleh buat sendiri (Kursus Al-Fatihah 7, Pola 38 dsbnya). 

Dalam kelancaran program tersebut, terjadi sedikit kelam kabut di pihak cikgu A-D apabila menerima banyak SMS di saat akhir dan pada masa yang sama perlu jawab memberitahu waktu berdoa dsbnya menyebabkan beberapa peserta lewat menerima maklumat. Untuk membaiki proses ini pada masa akan datang, Cikgu A-D akan menambahbaik proses pendaftaran - beberapa langkah akan diperkenalkan namun yang pentingnya mohon kerjasama juga peserta dapat daftar awal supaya perkhidmatan dapat diberikan kepada semua dengan baik.

Semoga ikhtiar berdoa ini akan membawa kejayaan kepada kekayaan yang dicari dan diminta... teruskan berdoa kekayaan sebagai ikthiar kepada usaha kita.



(1) Cikgu A-D bersama anak-anak - kami solat raya di Masjid Bukit Rangin, Permatang Badak, Kuantan. Tak sempat sampai ke rumah sebab bertolak dari KL jam 4 pagi.
(2) Sembelihan seekor lembu yang ditempah oleh cikgu A-D, dilakukan di Masjid Semambu Baru, Kuantan. Ini pertama kali dapat seekor lembu, kalau dulu sekadar 1-2 bahagian sahaja. Tentunya diniatkan supaya peserta-peserta berdoa kekayaan 25 Oktober dapat berkat juga.
(3) Sebelah malam, majlis jamuan makan malam selepas Isya' di masjid yang mana jemaah bergotong royong masak kari daging (dari lembu yang disembelih tu) dan sayur campur.

Kuala Lumpur: Lebih 50,000 orang muda berusia bawah 34 tahun diisytiharkan muflis di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu. Kebanyakan mereka bankrap disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan.  

Melahirkan generasi bebas hutang suatu perjuangan
Amidi Abdul Manan

Cabaran yang dihadapi oleh lepasan pendidikan tertiari semakin mencabar hari ini. Mereka memerlukan pelbagai kemahiran bagi mendepani kerencaman keperluan pasaran pekerjaan. Tidak cukup dengan segulung ijazah atau diploma mereka perlu terus belajar bagi memastikan diri sentiasa kompeten dengan cabaran semasa.

Isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dibangkitkan tidak lama dulu masih segar di ingatan kita. Selain sikap yang liat untuk membayar semula pinjaman, kekangan kewangan yang dirasai semakin mencekik dan menyesakkan dada juga harus diakui. Peningkatan kos hidup terutama di bandar merupakan realiti yang benar-benar berlaku. 

Rungutan mengenai harga rumah yang semakin tinggi merupakan petanda bahawa lepasan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) kita semakin hilang keupayaan membeli. Harga rumah yang mencecah jutaan ringgit hari ini seolah-olah memberi makna mereka hanya layak untuk tinggal di pinggir bandar atau dengan kata lain mereka kini ‘dihalau’ keluar dari bandar dengan cara terhormat. 

Jika mereka ingin juga tinggal di bandar maka mereka hanya layak untuk tinggal di rumah yang sempit dengan kemudahan yang amat minimum sekali.

Kini trend berhutang untuk berkahwin sudah menjadi lumrah kehidupan generasi muda hari ini. Trend ini sudah semestinya terkait rapat dengan peningkatan kos majlis perkahwinan ditambah dengan hantaran yang semakin tinggi.

Ancaman integriti
Situasi sebegini jika dibiarkan menular semahunya akan menjadi barah yang mampu membunuh pembentukan generasi yang beridealisme tinggi. Dengan tekanan hidup yang sebegini maka lahirlah generasi muda yang penakut kerana hidup mereka dikuasai oleh hutang. 

Kita telah didedahkan dengan peningkatan peratusan kelompok eksekutif muda yang tergolong dalam golongan muflis kerana terjerat dengan kemudahan kad kredit dan pinjaman peribadi. Ini merupakan ancaman kepada integriti golongan muda yang akan mewarisi kepimpinan negara ini.

Inilah juga antara punca berleluasanya gejala rasuah. Apabila kehidupan semakin terhimpit dan terdesak maka pertimbangan kita akan menjadi semakin serabut dan bercelaru. 

Situasi ini juga menjadi ancaman kepada keutuhan rumah tangga. Rutin ibu bapa yang semakin sibuk mencari wang untuk menampung kos sara hidup menyebabkan anak-anak semakin terbiar dan berlakulah gejala sosial yang semakin menakutkan.

Masyarakat bebas hutang

Bilakah ‘putaran maut’ ini dapat kita putuskan? Melahirkan masyarakat bebas hutang adalah satu perjuangan memerdekakan kemanusiaan itu sendiri. Rasulullah SAW juga menganjurkan satu doa yang masyhur yang meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada bebanan hutang dan ‘wa qahri rijal’ yang bermaksud dari dikuasai oleh lelaki atau orang lain, yang dalam konteks ini adalah orang yang memberi hutang. Inilah maksud pembebasan atau kemerdekaan diri yang mesti dinikmati oleh semua manusia.

Jika dilihat dari sudut sebuah negara, kemerdekaan dan kedaulatan kerajaan boleh diragut dan dirampas kerana hutang yang tidak mampu dilunaskan. Inilah perkara yang amat kita bimbangkan.

Langkah sebuah syarikat pengeluar kereta yang membenarkan pelajar tahun akhir IPT untuk memiliki kereta adalah amat dikesalkan. Ia umpama menambahkan lagi satu jerat atau meningkatkan lagi jerutan di leher bakal graduan. Kita yakin langkah ini semata-mata didorong oleh saingan untuk menguasai pasaran kereta domestik menerusi pembukaan segmen baru pelanggan. Pelajar perlu mencari wang bagi membayar hutang kereta sedangkan mereka masih lagi belum mempunyai pekerjaan.

Kita tidak mahu persaingan perniagaan membunuh dan melemahkan generasi terpelajar kita ke kancah hutang yang memeritkan. Cuba bayangkan jika syarikat kereta lain juga turut sama bersaing mendapatkan pelanggan baru dengan memberi tawaran yang kompetitif bagi menakluki poket mahasiswa yang masih kosong dan akhirnya semakin bertambahlah golongan ‘eksekutif muflis’ di negara kita. 

Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia

Picture
Samsung Galaxy Note II

Satu penambahbaikian dalam teknik berdoa adalah dua paparan skrin untuk video dan teks dalam telefon pintar ini. Dengan kata lain, semasa membaca teks berdoa dipaparkan juga visual kekayaan dsbnya. Jadi, membaca doa lebih mantap dengan penghayatan yang mendalam. Sebelum ini, sekadar membaca doa dari cetakan kertas atau cuma paparan teks sahaja di telefon... mudah-mudahan cara sebegini lebih membawa berkat dalam membaca doa.

Tips: Jika anda tiada sistem sebegini, anda boleh juga pasangkan CD atau MP3 player di radio / telefon untuk ayat suci Al-Quran atau kata-kata motivasi mahupun memasang video di TV / telefon memaparkan visual kekayaan dsbnya semasa anda membaca doa supaya dapat membaca doa dengan lebih pengertian.


Picture
Dapatkan majalah terbaru memaparkan 100 syarikat terbesar Malaysia 2011/2012.

Dua syarikat tersenarai berada di pekan Meru dan kawasan sebelahnya.

Baru-baru ini seorang usahawan dari KL (bukan pelajar pernomboran) dalam dunia kontraktor datang untuk sesi konsultansi. Katanya tahun lepas beliau dapat job hampir RM4 juta dari keseluruhan projek berterusan yang bernilai dekat RM1 bilion. Jadi, tahun lepas kewangan syarikat beliau berada dalam RM1.2 juta. Namun, tahun ini, cuma tinggal dalam RM15 ribu je... dah pening nak bayar itu ini dan job lebih besar dah nak masuk... maka beliau minta cikgu A-D periksa apakah beliau buat bisnes ini betul, apakah gabungan rakan bisnes ok ke tidak dsbnya... beliau risau apakah bisnes yang ada sekarang ini tidak baik dsbnya kerana beliau nak buat bisnes lain pula.

Setelah diperiksa dari segala sudut pernomboran dan graf hayat dsbnya, rupanya ada satu petunjuk (clue) tentang pengurusan kewangan dirinya. Dengan kata lain, data-data menunjukkan beliau perlu buat cara yang berbeza dalam menguruskan kewangan syarikat. Memanglah kitaran tahun dsbnya ada pengaruhi tetapi kata kunci untuknya adalah tidak kira bisnes apa pun, ianya berbalik kepada clue yang sama. Beberapa teknik dan strategi diberikan kepada beliau. Oleh yang demikian, seseorang usahawan atau pelabur yang mengalami masalah perniagaan/ pelaburan elok mengkaji semua faktor terlebih dahulu sebelum risau tidak keruan atau buat keputusan terburu-buru... kadang kala penyelesaiannya sangat mudah..

Pengajian:
- Pola 696 Potensi Usahawan - tahap 1, 2 dan 3 & Intensif
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya.
- Konsultansi Potensi Usahawan
- Laporan Potensi dan Prestasi Usahawan
- Kursus Menyelesaikan Masalah Jualan, Perniagaan dan Pelaburan.
- Kursus Usahawan: Arah & Jenis Pasaran.


Picture

Picture
Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly