Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Pusingan Kekayaan Pusingan Kejayaan

2/3/2015

0 Comments

 
Picture
Picture

Picture
Picture

Picture
Salah satu pola (pattern) kemenangan cabutan sijil SSP BSN adalah apabila berada di dalam kitaran tahun 8. Setakat ini sudah 3 orang yang didapati memenangi cabutan ketika dalam kitaran tahun 8.. mungkin ada faktor-faktor lain juga, seperti arah yang betul dsbnya... namun secara panduan awal, kitaran tahun 8 juga ada keuntungannya... maka, bukan salah pun, sape2 yang berada dalam kitaran tahun 8, eloklah beli sijil SSP BSN, mungkin ada peluang kemenangan sebagai ikhtiar, kalau tak menang pun, boleh tebus balik. Ikhtiarkanlah.

Daripada tarikh lahir individu di atas, apakah pola "Kementerian Pertahanan"? Jika anda tidak tahu, jom belajar pola pernomboran. Pola yang sama ada pada Datuk Seri Zahid Hamidi (bekas Menteri Pertahanan).

Picture

Picture
Program berdoa dan solat hajat di pejabat KBM Asset Berhad, Bandar Pinggiran Subang pada 11 Feb 2015. Walaupun berlangsung pada hari dan waktu bekerja, kehadiran dalam 20 orang cukup bermakna.. peserta yang hadir sempat menyampaikan karangan  doa/ bisnes kad/ kad emas untuk cikgu Ady bawa ke Mekah untuk didoakan di sana nanti.... mudah-mudahan ikhtiar.


Assalam cikgu...saya nak tanya..ptg tadi mula waktu berdoa saya baca surah al waqiah...lps saya habis baca surah waqiah..saya rasa pening...pastu saya tulis doa2 kat kertas...tiba2 bau wangi mcm bau bunga...saya tanya suami saya dia pakai minyak wangi ka?dia kata tak pakai...suami saya pun bau jugak wangi tu..sekeliling saya shj...pelik jugak..sebelum ni tak pernah jadi mcm ni waktu berdoa.

-------------

Tq maklumbalas. Ini pertama kali maklumbalas tentang wangian harum daripada membaca Surah Al-Quran. Sebelum ini ada maklumbalas tentang wangi harum semasa solat Dhuha dalam waktu berdoa... apalagi peserta tu ketakutan lari keluar dari surau pejabatnya (tak ada orang dalam surau/ pejabat)... tidak dapat dipastikan apa itu wangian tersebut. Dari perspektif metafizik, bau yang wangi adalah kerana ada "energi" daripada ayat-ayat tersebut yang "hidup" apabila dibacakan dengan baik. Atau ada "kehadiran" energi yang baik yang "datang" menjenguk pembacanya. Walau apapun, teruskan sahaja amalan. Kalau boleh, lain kali jika ada kehadiran bau wangi, buatlah solat hajat mohon kepada Nya supaya amalan dan doa anda diterima olehNya serta baca surah Al-Qadar 1x.

Semasa kami pergi ke Pulau Besar, Melaka pada 1 Muharram lalu, kami diberikan sekeping kertas mengandungi doa di bawah oleh seorang ustaz. Beliau berpesan untuk sampaikan kepada orang lain. Tidak dipastikan doa ini, tetapi dicop di situ logo PERKID (Pertubuhan Kebajikan Darul Islam Malaysia) apabila Google, didapati beralamat di Sungai Besar, Selangor. Tq kepada ustaz dan mohon kebenaran daripada pihak PERKID untuk kami menggunakan doa ini. Seeloknya baca doa ini setelah bermunajat (berzikir, berselawat) di kawasan terbuka mengadap alam (awan, pokok, laut dsbnya) dengan ikhlas, bersungguh dan merayu kepada Nya... sebab tu kami bermunajat di muka Gua Yunus Pulau Besar dan dengan jiwa/ hati yang bersih dan izin Nya, akan terbentuk awan bertulis kalimah ALLAH.. Jika tak ada maknanya anda masih jauh lagi perjalanan untuk bersihkan jiwa/ hati anda, tapi sebenarnya ada awan tu atau tidak, teruskan amalan yang positif sambil ambil berkat daripada bait-bait ayat doa orang soleh.

Elok dimulakan doa dengan bacaan Al-Fatihah (1x utk Nabi Muhammad SAW) (1x utk para ambia & wali2 Allah) (1x utk kedua ibubapa & diri sendiri)


 A`uzubillahissami `ila`lim.. A`uzubillahiminassyaitonirrojim Bismillah hirrohmanirrohim Ya wali, Ya Karim, Ya Jabbar, Ya Akhir, Ya Wadhu`, Ya Allah Ya Hua Kun Fayakun, Bismillahi tawakkal Lahawla Wala Quwwata illa Billahil A`liyul a`zim. Ya Allah, Segala puji bagimu yang Maha Tinggi & Terpuji. Demi-MU Ya Allah yang menjadikan 7 petala langit & 7 petala bumi, Demi KeAgunganMu & Ke RahimanMu. Ya Allah, Demi segala saksi langit & Bumi, jadikanlah keseluruhan pandanganku yang melihat duniawi yang berada di kedua belah tapak tanganku & jadikanlah sinar akhirat, Hakikat keyakinan, Hakikat Kefahaman, Hakikat ketaatan, Hakikat Kesabaran, Hakikat Istiqomah & Hakikat Akhirat dalam hatiku. Jadikanlah akhlak diriku dengan akhlak yang terpuji sebagaimana akhlak Rasullullah S.A.W. 

 Ya Allah, Redhalah solat kami, redhalah doa kami, redhalah dzikrullah kami, redhalah kehidupan kami & redhakanlah akhir kami. Ya Allah, Sinarilah hatiku dengan keimanan & ketaqwaan yang benar untuk mentauhidkanMu, mendengarkanMu, Sinarilah hatiku dengan hakikat kecintaan kepada KeAgunganMu yang Maha Suci & Terpuji. Ya Allah, Jadikanlah pandanganku yang melihat kalimah2 AgungMu yang berada di langit daripada awan-awan yang terbentuk kalimah SuciMu & kalimah AgungMu yang berada di langit. Demi keseluruhan namaMu Asma` Al Husna. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu di dunia yang fana ini daripada godaan syaitan jantan/betina. Aku berlindung kepadaMu Ya Allah di dunia ini daripada godaan jin jantan/betina, Berikanlah hambaMu ketaatan & kesabaran yang murni & suci. 

Ya Allah, Sinarilah hatiku dengan sebenar-benar Nur daripada hidayahMu & sebenar-benar daripada petunjukMu. Ya Allah, Jadikanlah akhlakku di dunia, hubungan antara hamba dengan muslimin & muslimat, mukminin & mukminat dengan akhlak yang terpuji dengan akhlak kenabian Rasullullah S.A.W. Ya Allah pimpinlah kami dengan akhlak yang murni seperti mana Rasullullah S.A.W, jadikanlah akhlakku sebagaimana akhlak Sheikh Sultan Arifin wali Allah (r.a), jadikanlah akhlakku sebagaimana akhlak Saidina Ali (r.a). Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada dosa2 besar & kecil, kepadaMu Ya Allah, Ya Rabbul A`lamin, aku berlindung kepadaMu daripada Dajjal & daripada segala fitnah kubur & aku berlindung kepadaMu daripada segala fitnah duniawi. Ya Allah, Jadikanlah 2 belah buku catatan amalku yang di sebelah kanan & kiriku dengan amalan2 yang soleh, tukarkanlah segala amalanku yang buruk menjadi amalan yang Engkau redha di dunia & akhirat, berikan hamba kekuatan berpegang teguh dengan AlQuran kitab Allah & berikan hamba berpegang teguh dengan tali Allah & tali Muhammad Rasullullah SAW & berikanlah hamba istiqomah dengan sunnah Rasullullah SAW. DemiMu & para malaikatMu yang berselawat ke atas Sayyidina Rasullullah SAW, Ya Ummi , Ya Habibullah, Ya Kalamullah, Ya Nur Muhammad SAW. 

Ya Allah hamba ucapkan setinggi sejahtera & setinggi penghormatan yang tinggi & terpuji dan hamba ucapkan setinggi sejahtera kepada Sayyidina Rasullullah SAW & ahli keluarganya, para suruh, para sahabatnya, para suruh para nabi , para syuhada` & para solihin. Berikanlah maqam yang terpuji kepada Rasullullah SAW. Ya Allah, Jadikanlah maqamku maqam yang terpuji, di segani, dihormati, jadikanlah maqamku sebagaimana maqam Wali Allah Sheikh Adul Kadir Jalani (r.a), demi langit & bumi sebagai saksi dalam doaku, aku mohon kemuliaan kepadaMu daripadanya Ya Allah. Ya Allah daripada surah Al Fatihah yang terkandung daripada ayat “ Iyyakana`budu, wa iyyakanasta’in” (Ya Allah hanya Engkau aku bersujud & hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan), seandainya Engkau redha hajatku, Engkau redha kehidupanku, Engkau redha akhirku, Jadikanlah nama hamba tersebut daripada setiap manusia daripada hidupku sampai akhir agamaku. Seandainya Engkau redha dalam doaku, ampunilah dosa ibuku, dosa ayahku, kasihanilah ibuku, sebagaimana ibuku mengasihi & membelaiku daripada kecil. 

Ya Allah jadikanlah kubur ibuku daripada taman syurgaMu, luaskanlah kuburnya, seluas mata memandang, Jadikanlah maqam ibuku di antara maqam wanita solehah. Ya Allah, ampunilah dosa ayahku, segala kesilapannya di dunia, Ya Allah jadikanlah buku catatan ibu ayahku dengan seluruh catatan amalnya yang soleh dan solehah. Jadikan kubur ayahku daripada taman syurgaMu dan jauhilah kubur keduanya daripada lubang api nerakaMu. 

 Ya Allah seandainya Engkau qabulkan doaku Engkau pancarkanlah awan yang berada di sebelah kananku, kiriku, depanku & belakangku. Pancarkan kalimah AgungMu & kalimah SuciMu yang berada di langit dengan kalimah Alif Lam Ha (Allah) dengan atas izinMu, Kun fayakun. Ya Allah, Demi kemuliyaan Sayyidina Rasullullah SAW, sumberkan hidayahMu kepada muslimin & muslimat mukminin & mukminat. Robbana atina fiddunia hassanalwafil akhiroti hassanah wakina azabannarr. Wassollahu a`laiwassalam walhamdulillahirobbil a`laminn. 

Alhmdulillah sejak join energy doa....tiap2 hari de closing...berkat keikhlasan doa dr Ckgu n semua serta sahabat d Mekah....alhmdulillah

Assamualaikum cikgu Syukur alhamdulillah sgt² lepas wktu berdoa tadi saya dpt cll dn di maklumkan akn dptt shre payment...  cuma ribuan jer tp bersyukur sgt² dan gandaan bersedekah mmg bnr d janjikan allah, allahuakbar bersedekah tdklah seberapa tp gandaan allah bagi sgt menakjubkan airmata gembira ni,terima kasih sgt² cikgu dn team sejak join prgram cikgu mmg bnyk rezeki yg luar jangkaan pada saya moga allah limpahkan segala nikmat rezeki yg tk putus2 dn di permudahkan segala urusan cikgu sekeluarga serta org2 yg sentiasa mendoakan kita semua amin.


Foto di Mekah pada 2013 (kali pertama) - di atas bukit Marwah.

Picture
Picture



3+5= 8... tekanan!

Picture


DS Anwar didapati bersalah.... dahlah tahun ni tahun kitaran 8 tekanan untuk beliau, arah beliau datang ke KL ini pun sebenarnya 8 tekanan. Hari 10 Feb 2015 adalah hari halangan untuk beliau malah untuk dekad 2007 - 2016 adalah tahun tekanan beliau.. jadi memang banyak data yang menunjukkan beliau dalam masalah.

Begitulah kehidupan yang ditafsirkan dalam bentuk pernomboran. Ini menjadi panduan kepada anda yang lain - pastikan nak buat sesuatu tu (kerjaya, bisnes, berpolitik) ikut arah dan timing yang betul, termasuk pilih tarikh yang betul.

Jika anda lihat arah DS Anwar, jika beliau ke Permatang Pauh (iaitu arah Barat Laut dari KL) adalah arah kejayaan sebab itu beliau berjaya di sana tetapi bukan di KL (iaitu arah Tenggara dari Permatang Pauh).

Nak komen sikit... yang kita semua ni gaduh2 selisih faham antara kaum dan bangsa - PKR/PAS/UMNO/DAP dll kerana individu ini memang dalam tekanan pun, jadi usahlah kita gaduh selisih faham antara kaum dan bangsa atas masalah. Jika anda prihatin dengan DS, maka bantu cara lain yang lebih harmoni, dalam tempoh tekanan beliau tu berilah ruang ketenangan untuk beliau bergerak dengan tenang bukannya lebih menekan beliau keluar masuk penjara berpuluh kali malukan dia dan kita semua bergaduh kat Dataran Merdeka... bukannya juga kita bergaduh sesama kita di media, fitnah dsbnya... itulah, kita ini yang tiada ilmu bertindak ikut emosi menyebabkan negara kita juga yang jatuh nanti... cuba tengok semula perihal beliau dalam tekanan itu berdasarkan kaedah pernomboran... nampak tak yang kita ini pun terperangkap tertekan juga.

Oleh kerana beliau dalam tekanan, maka beri ruang untuk orang yang tidak dalam tekanan... bagi laluan... (sape tu?). Bagi ruang kepada orang lain, DS rehat dulu lah ye, lain tahun lain tempat tak ada tekanan bolehlah untuk berjaya, nak berkeras masuk Putrajaya juga ada cara strateginya... Tapi DS Najib juga dalam tempoh tak bagus dalam tempoh 10 tahun ni.. macam mana tu? 

Ada strategi mengatasi, menyelesaikan dan mencegah! Kaedah Pernomboran...

Gunakanlah strategi pernomboran, mari sini cikgu Ady selesaikan... ada seorang ahli politik menang majoriti besar PRU13 lalu dengan ikhtiar gunakan pernomboran dan energi, walaupun dari data tarikh lahir menunjukkan ada kelemahan... tapi setiap kelemahan ada ikhtiar untuk kita usahakan.

Peristiwa falak - Detik kemerdekaan Malaysia
Oleh Nor Azam bin Mat Noor

SEBELUM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.

Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).

Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: ``am khir atana'' (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.

Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.

Rajah 2 menunjukkan bahawa pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.

Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.

Apa yang lebih menarik lagi ialah Buruj Libra (Dacing) dan Buruj Kapal Layar yang kelihatan dengan jelas di angkasa. Tidak diketahui sama ada pemilihan dua tarikh tersebut oleh Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaitan rapat dengan politik Malaysia pada waktu itu atau di masa kini di mana Buruj Dacing tampak sangat sinonim dengan lambang Barisan Nasional manakala Buruj Kapal Layar berbetulan pula dengan lambang Parti Perikatan yang menang majoriti dalam pilihan raya 1955 bagi mencapai hasrat kemerdekaan dalam tempoh empat tahun (1959), namun kemerdekaan telah berjaya dicapai lebih awal lagi iaitu dalam masa dua tahun sahaja.

... Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkait dengan sejarah negara, ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukannya suatu kuasa kosmik yang luar biasa. Maksud di sini ialah peristiwa falak menjadi titik-tolak bagi meraikan hari yang bersejarah secara kesederhanaan di mana kita boleh jadikannya sebagai satu iktibar bahawa perjalanan alam ini telah diatur sedemikian rupa oleh Allah Ta'ala dan mempunyai erti yang amat besar bagi orang-orang yang mahu merenunginya. Dalam disiplin ukur tanah, sesuatu ukuran lot sempadan tanah adalah diukur dan diikat dengan posisi kedudukan matahari bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat bahkan juga arah kiblat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa peristiwa falak tidak sahaja `mengikat' sesuatu hari yang diraikan itu, bahkan ia turut sama mengikat kedudukan kita di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain ialah ``darinya juga kita akan dikembalikan''. Kita tidak dapat lari ke mana-mana di alam ini kerana kita sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang. Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu.

- Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Picture
Umum mengetahui kemenangan cabutan sijil SSP BSN kali kedua untuk cikgu Ady (lihat dibawah). Tarikh cabutan adalah 27 Disember 2014, berdasarkan kepada Diari Metafizik / Software Integrasi didapati hari 27 Disember tersebut ada ruang yang baik untuk kemenenangan seperti arah yang bagus, status yang baik dsbnya... cuma pada hari tersebut cikgu Ady berada di luar KL tak dapat hadir sesi cabutan, tapi "wakil" yang mendapatkan keuntungannya.

Inilah salah satu kegunaan Diari Metafizik / Software Integrasi untuk mencari arah/ ruang yang baik untuk membuat keuntungan (forex, sales, bisnes, meeting dsbnya).

Program berkaitan - satu-satunya yang pertama dan seumpamanya di dunia:
- Diari Metafizik (hard copy binding)
- Software Integrasi (merupakan Diari Metafizik dan ada kiraan setiap JAM).

Abu Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda pada Haji Wada' di Mekah; Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah swt. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberi ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham" 
(Al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)


PENEMUAN TERBARU oleh Cikgu Ady: MENGENALI CARA REZEKI ANDA

Hasil daripada kajian cikgu Ady mendapati bahawa setiap kita ini mempunyai cara atau jalan untuk rezeki masuk yang berbeza mengikut pengalaman seseorang itu. Perkara ini mudah diteliti bagi mereka yang pernah makan gaji (atau sedang makan gaji dan buat part time) dan berhenti kerja dan membuat perniagaan sendiri. Apa yang cikgu Ady perhatikan, apa yang berlaku adalah, cara rezeki masuk dalam perniagaan mereka itu adalah mengikut cara rezeki masuk ketika mana mereka bekerja makan gaji sebelumnya.

Contoh, seorang pemandu lori yang bekerja di sebuah syarikat logistik telah berhenti kerja kerana mahu menjalankan perniagaan menjual burger lalu membina sebuah gerai jualan burger, namun, perniagaannya kurang memberi keuntungan. Lalu, dicubanya pula perniagaan menjual bahan mentah kering di pasar-pasar malam menggunakan lori untuk bergerak ke sana sini. Kali ini perniagaannya adalah baik. Daripada contoh ini, asal pemuda ini mendapat rezeki adalah menggunakan lori, maka sudah "tertulis" baginya untuk mendapatkan rezeki lain juga menggunakan lori.

Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat kumpulan kategori individu yang sama tetapi jika pengalaman berbeza maka cara rezeki adalah berbeza dalam perspektif kategori kumpulan yang sama. Satu contoh, katakan ada 3 orang individu yang daripada tarikh lahirnya adalah Root Number atau Nombor Akar atau Nombor Diri atau Nombor Utama adalah 4 iaitu perihal perubatan, tetapi seorang itu sebagai doktor, seorang lagi sebagai pembekal ubat dan seorang lagi sebagai admin hospital, walaupun berbeza cara rezeki tetapi masih dalam katetori yang sama.

Kajian ini sangat membantu para usahawan (terutamanya yang pernah atau sedang berkerja makan gaji) untuk membetulkan cara rezeki masuk dengan menggunakan komponen atau elemen rezeki masuk yang sama.

Ada kebenaran kata orang bahawa jika buat bisnes buatlah bisnes daripada sesuatu yang kita mahir/ ada pengalaman sebelumnya, maka pengalaman bekerja itu adalah penting.

Bukannya tidak boleh buat bisnes cara lain tetapi ianya melambatkan kerana seolah anda perlu "programkan semula" cara rezeki anda. Kerana itulah ramai para MLM gagal dalam perniagaan kerana ramai mereka ini asalnya bukan buat jualan/ networking semasa bekerja makan gaji lalu. Namun, ini bukan bermaksud tidak boleh mencuba atau tidak boleh dibangunkan potensi baru, cuma jika dapat digabung yang lama dengan yang baru mungkin lebih memudahkan perniagaan/ jualan.

Untuk mengetahui potensi lebih lanjut, program berkaitan:
- Konsultansi Peribadi / Perniagaan / Organisasi.
- Audit Premis Perniagaan/ Rumah.

Tony Fernandes Akui Pesawat D7172 Ada Masalah Teknikal
Pesawat AirAsia X D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana masalah teknikal....Pada Disember lepas, sebuah pesawat AirAsia Indonesia terhempas ke Laut Jawa membunuh kesemua 162 penumpang yang berada di dalamnya ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Pesawat berkenaan QZ8501 dipercayai terhempas kerana menghadapi cuaca buruk ketika penerbangan.


-----------------------

7172 = 7 + 1+ 7 + 2 = 8 iaitu 8 tekanan... tekanan masalah tapi selamat mendarat dengan strategi.
8501 = 8+5+0+1 = 5 iaitu halangan... halangan usaha mencari.
, 
Seperti yang cikgu Ady beritahu sebelum ini, daripada tarikh lahir TS Tony Fernandez sudah masuk "tempoh bermasalah" jadi satu persatu masalah berkaitan Air Asia (termasuk Air Asia X) berada di media massa sekarang. Begitulah lumrah kehidupan seorang usahawan ada tempoh baik/ kurang baik namun usahawan yang berjaya adalah usahawan yang kental dan tabah lalui cabaran dalam sepanjang perjalanan hidupnya. 

Ketahuilah perihal prestasi dan strategi perniagaan yang produktif... usah tahu sekadar potensi semata-mata itu tidak mencukupi seperti yang diamalkan oleh orang ramai sekarang ini sekadar lihat Root Number semata-mata padahal perihal prestasi tidak diambilkira.

Dapatkan strategi perniagaan; program berkaitan;
- Konsultansi Perniagaan
- Audit Premis Perniagaan.
- Kursus Pola 966 Potensi Usahawan Berjaya -Tahap 1, 2 dan 3.
- Seminar Bisnes Berjaya Kaya
- Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan, Pelaburan & Jualan
- Kursus "Apakah Aku berada dalam tempoh yang betul?"
- Klinik Usahawan - Jenis Pasaran dan Arah Pasaran - Tahap 1 dan 2.


Picture
Program Berdoa Kekayaan Jumaat 6 Febuari 2015 di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, M UAR. Foto semasa berdoa para peserta duduk di tembok sungai berlatarbelakangkan Sungai Muar dan Masjid Sultan Ismail. Pertama kali pengalaman angin menderu laju dan sejuk serta cuaca yang agak mendungsemenjak subuh hingga ke awal petang dalam program berdoa kali ini. Juga, terperasan terdapat ramai orang di Istana Hinggap Sultan Johor yang bersebelahan masjid tersebut, dengar khabar Sultan Johor berada di Muar pada pagi tersebut... Mudah-mudahan ikhtiar berdoa bersama (langsung/ jarak jauh) secara begini membawa kejayaan yang lebih baik sesekali daripada berdoa sendirian di rumah.

Sekali lagi cikgu Ady menang cabutan  Sijil Simpanan Premuim (SSP) BSN, kali ini RM100... pada tahun 2013 lalu menang RM150.

Apabila diperiksa nombor SSP yang menang adalah yang dibeli pada 30 Julai 2012.  Pada tarikh tersebut ada pola 769, Akar 6, Tengah Mata Angin juga 6.. iaitu rezeki yang baik.

Walaupun tak menang besar, ini adalah bonus... cikgu  Ady sudah "menang" dalam menyimpan, seumur hidup tak pernah ada simpanan yang banyak.. tambah-tambah lagi SSP yang dibeli 30 Julai 2012 adalah satu jumlah yang banyak, tidak berusik hingga sekarang, SSP makin bertambah malah boleh beranakkan lagi cabutan. Cukup haul untuk zakat perlu keluarkan zakat yang banyak... tak mengapa itulah tujuannya... kita doa supaya kita boleh bagi zakat lebih banyak dengan kata lain banyak untung/ simpanan.
Picture
Picture

Jom, ikhtiar berdoa lagi... dan beli sijil SSP pada 11 Feb 2015... ada pola 769, Akar 6 dan TMA 6 untuk tahun 2015 - 2024 jika gunakan tarikh 11 Feb 2015... mudah-mudahan ada kemenangan, kejayaan dan kekayaan untuk 10 tahun! Dan juga 20 tahun akan datang... jadi sesuai juga untuk daftar syarikat... serta lain-lain aktiviti termasuk launch/ update website/ produk dan pelbagai lagi aktiviti.
Picture
Untuk tarikh 11 Feb 2015 adalah bukan sahaja pola hari yang baik tetapi juga pola 30 tahun yang baik... Sama kan yang pola 10 tahun (2015-2024) dengan tarikh yang di atas 30 Julai 2012 yang cikgu Ady menangi cabutan SSP daripadanya... jom ikhtiar.

Picture

Tersebar di laman sosial tentang biodata pembunuh kejam arwah Nursyuhada yang dikelar di Bukit Gantang Kedah. Tidak dapat dipastikan, cuma bila ada tarikh lahir tu nak juga mengkaji. Daripada tarikh lahir itu ada pola angka 111 iaitu biasa dikaitkan dengan masalah mental/ sakit jiwa. Tapi bukan bermakna semua yang ada pola 111 tu mental! Tetapi POTENSI mental... biasanya menunjukkan seseorang dalam keturunan ada masalah mental... jika anda rasa mental dan ada pola 111, eloklah dapatkan rawatan pemulihan segera ye! Pola-pola ini seumpama satu diagnosis awal dan memerlukan kajian mendalam untuk kenalpasti prognosis.. biasalah suasana keluarga, rakan-rakan adalah antara faktor terutama jika seseorang itu berada dalam posisi "lemah" terdedah kepada anasir negatif... sebab itulah secara logiknya, kita sentiasa positif, aktif dan produktif tak mengira apa pola nombor pun.

Cikgu Ady adalah salah seorang penceramah jemputan untuk seminar Psychology Tool anjuran UPM pada tahun 2011 lalu yang dihadiri kaunselor/ kaunseling daripada pelbagai jabatan kerajaan.
Picture

Assalamualaikum cikgu, Alhamdullilah sejak join berdoa energi MAKkah ni sy x putus2 dpt sales, org bayar hutang, customer lama repeat order..syukur sgt Alhamdullilah..

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.