Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Puncak Kejayaan Tonggak Kekayaan

9/29/2023

0 Comments

 
Picture
Sudah sedekad perjalanan perkahwinan individu2 ini. Pada mulanya ada kontroversi namun dapat diatasi dengan baik dan kini harmoni berpanjangan. Dalam perkahwinan setiap pasangan ada impikan zuriat namun dilihat daripada tarikh nikah ada potensi halangan.

Ada saja program terapi pasir di luar negara. Dato Eddy Rosyadie menggunakan konsep yang sama tetapi kita buat di Pantai Mersing kerana semua maklum, Mersing berada di jaluran emas Semenanjung. Takkan nak buat di Gunung Ledang pula nak tanam kat mana. Lagipun, Pantai Mersing adalah tempat pelancongan dan santai serta banyak elemen alam semulajadi.
Picture
Picture

Picture
Apabila dapat merealisasikan pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan menubukan Yayasan sendiri membantu kanak2. Juga membuat beberapa perniagaan yang kena mengena dengan potensi dirinya.

Dalam metafizik, kita tak letakkan berapa income yang anda dapat tetapi BERAPA SIMPANAN mampu dibuat dan BERAPA KERAP PERBELANJAAN tak disangka2 dibuat. Ada saja kes individu bergaji puluhan ribu sebulan namun di akhir bulan tinggal sedikit untuk dirinya. Ada juga kes individu yang bergaji kecil namun simpanannya banyak.

Gaji RM2K di kampung dan di bandar adalah lain walaupun sama kuantiti tetapi nilai perbelanjaan berbeza.

Teruskan berusaha bersungguh2 untuk income anda seterusnya dapat menyimpan dan dapat kurangkan belanja keluar. Namun, energi kewangan negatif sentiasa ancam usaha sungguh2 kita dengan kehadiran Vacuum Star (duit disedut), Status Kewangan 3 (duit keluar) dan sebagainya. Oleh itu, kita ikthiarkanlah energi rezeki positif untuk itu.
Picture

Picture
Mempunyai pola 83 kesultanan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Individu ini adalah mentor kepada bekas Menteri Perdagangan Tan Sri Rafidah Aziz. Sebagai usahawan seterusnya menjadi mengasaskan perbankan.

Picture
Ini bukan lagi permintaan bakal mak mertua kepada yang nak meminang anak perempuannya tetapi adalah nasihat pakar ekonomi. Bila masa pula ada syarat Nikah yang menetapkan gaji?

Begitulah hakikat realiti kehidupan sebenar. Nak kata si bujang lelaki berusaha memang berusaha bersungguh2 rajin kumpul duit RM30,000 namun tahap gaji dibawah RM1,500 pula pun tak jalan. Usaha adalah negatif maka hasilnya adalah negatif.

Kerana itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan energi rezeki positif supaya kita ikhtiarkan rezeki kita dalam situasi positif yang mana usaha dan hasil adalah positifi.

Picture
Merealisasikan pola potensi dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) hingga mencapai pola 769 kekayaan dan seterusnya banyak memberi sumbangan kepada badan2 amal.

Picture
Carta Year Element Strategy 2023 dilakarkan oleh Dato Eddy Rosyadie pada tahun lalu 2022. Bulan Oktober- Disember 2023 adalah fasa CAUTION untuk elemen KAYU satunya pertanian.

Berita2 Oktober ini menunjukkan fenomena tersebut.

Harga sayur jatuh bagus untuk pengguna namun harganya jatuh separuh dari kos pengeluaran menyebabkan petani kerugian.
Picture
Picture

Picture
Ramai yang mencari leluhur (keturunan) adalah perkara yang bagus. Tambahlah pula dengan pengetahuan sebegini untuk mengenalpasti apa AMANAH dan TUGASAN yang PATUT anda lakukan berdasarkan kepada leluhur anda itu?

Picture
Seorang influencer yang membantu followers dengan motor, kereta, peti sejuk dan wang tunai dsbnya memang pola potensinya adalah sebegitu dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Compatibility (keserasian) satu hal dan perjalanan kehidupan pasangan pula satu hal lain. Kadang tu memang dah serasi pun namun dekad perjalanan kehidupan pula belum kena dengan perihal perhubungan.
Picture

Picture
Perjalanan kehidupan mengikut pola potensi dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Kadang kala kita tidak sedar mengapa kita pilih dan buat perjalanan sebegitu. Dah memang tertulis sebegitu kehidupannya sama ada kita sedar atau tidak. Dalam kaedah Pernomboran adalah untuk kita SEDAR perjalanan kehidupan dengan MEMAHAMI potensi kehidupan.

Picture
Picture
2023 = 7 iaitu tahun kerugian. Banyak negara mengalami fenomena energi kewangan negatif sebegini. Tentunya ini akan menyebabkan implikasi berat tahun depan 2024 = 8 iaitu tahun tekanan.
Picture
Picture

Picture
Barulah kita faham mengapa kehidupannya jadi berantakkan. Bermula dengan melalui tempoh dekad 10 tahun tekanan seterusnya ada hubungan sulit, bertumbuk, bercerai adalah kerana melalui tempoh dekad tekanan. Akhirnya, jadilah realiti hidup dalam tekanan.
​
Oleh itu,
1. Para suami sentiasa berwaspada dan ambil perhatian situasi kesihatan mental anda. Tidak menjadi satu kelemahan ego lelaki bilamana para suami dapatkan bantuan profesional.
2.  Para isteri sentiasa berwaspada dan ambil perhatian situasi kesihatan mental suami anda. Dapatkanlah bantuan profesional untuk uruskan suami sebegini.

Picture
Seorang klien mengadu masuk bulan Oktober 2023 saja, perjalanan kehidupannya terjejas. Halangan, musibah, tersekat dsbnya tidak seperti bulan September 2023 yang lancar. Memang pun Oktober 2023, graf prestasi (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) adalah menjunam jatuh.

Maka, isu di sini adalah bukannya tak berusaha bersungguh2 pun. Dah berusaha bersungguh2 tapi ada halangan, sekatan dll. Ini adalah penangan energi negatif. Kerana itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program ikhtiar energi positif.

Picture
Tarikh nikah ada potensi konflik. Dan jika diikutkan pola dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) punyai pola berkahwin lebih dari sekali. Ini perkahwinan kedua.

Jika dah tahu pola tersebut usahlah kita ikutkan perasaan untuk kahwin berkali2 pula. Bukan pola yang Dato Eddy Rosyadie mahu tekankan di sini. Tetapi bagaimana kita uruskan perihal rumahtangga yang kompleks dan rumit. Adat berkahwin sebegitu dan itu adalah risiko SEMUA perkahwinan. Apapun, terpulanglah kepada empunya diri itu pilihan jalam kehidupannya dan ini adalah kajian yang dilakukan sebagai panduan kepada orang lain sahaja.

Picture

Picture
Gabungan2 tarikh lahir pasangan ini berpotensi konflik dan 10 tahun pertama perkahwinan ada potensi konflik. Dan memang pernah berlaku pun konflik tetapi pasangan ini sama2 telah membuat penyelesaian secara baik dan masih lagi berterusan 24 tahun bersama.

Tidak semestinya pasangan yang mempunyai kiraan konflik perlu mesti bercerai. Konflik adalah adat dalam perkahwinan. Yang penting adalah BAGAIMANA MENGURUSKAN KONFLIK. Tidak perlu berdrama, ego, merajuk keterlaluan, jampi bagai pun boleh je hidup berpasangan dengan aman harmoni. 

Namun, bukan semua pasangan sebegini kuat. Bilamana ada konflik sahaja terus bertindak untuk berpisah. Itu adalah risiko perkahwinan. Kerana itu Dato Eddy Rosyadie menawarkan khidmat ikhtiar energi Dikasih Sayang bagi membantu pasangan bermasalah rumahtangga.

Program Energi Dikasih Sayang ini bukannya boleh buat selalu memandangkan ianya perlu dipilih hari yang mempunyai 20 tahun pola 72 kasih sayang. Bukan seperti rezeki boleh dibuat secara jangka pendek untuk kegunaan jangka pendek tetapi kasih sayang adalah sesuatu yang berpanjangan dan sebaiknya perlu "lekat" secara berpanjangan. Namun, alam hubungan sentiasa ada energi negatif seperti Widowed Star menyaksikan pasangan berantakkan dengan drama2 menyedihkan berulang-ulang tiada hentinya. Ini adalah kerana energi negatif kasih sayang sentiasa ancam kita di luar kawalan kita. Maka, kita ikhtiarkanlah energi kasih sayang positif untuknya.

Bukan sahaja untuk pasangan suami isteri tetapi juga untuk;
1. Perihal jodoh dan jodoh lekat.
2. Keakraban ahli keluarga.
3. Dikasihi rakan2 sepejabat/ bos2.
4. Disukai pelanggan baru dan pelanggan tetap.

​Program ikhtiar energi rezeki hari terpilih yang pertama untuk Oktober 2023. Program sebegini sentiasa dibuat berterusan kerana energi negatif kewangan selalu mengancam kita di luar kawalan kita. Contohnya, 2023 = 7 iaitu tahun kerugian adalah parameter untuk energi negatif kewangan. Tak mampu kita elak energi kewangan negatif saban hari namun kita boleh ikhtiar untuk energi rezeki positif.

Picture
Penyanyi yang sangat berjaya merealisasikan pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (2021 ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Individu ini berterusan dan banyak kali membuat amal derma kepada pelbagai organisasi memang ada pola potensi sedemikian.

Picture
Picture
2023 = 7 iaitu tahun kerugian. Berita Oktober 2023 ini menunjukkan fenomena energi negatif kewangan tersebut. Bukannya kita tak berusaha bersungguh2 pun. Kerana itulah Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program ikhtiar energi positif.

Melihatkan graf untuk 2023 adalah trend menurun. 

Untuk makluman, yang menjunam jatuh pada 2020 adalah kerana 31+8+2020 = 7 iaitu Malaysia pada Kitaran Tahun 7 iaitu tahun kerugian.

Tidak dapat join program Riadah 2 hari tersebut tapi masih boleh join secara jarak jauh mahupun datang untuk program 1 hari pada 11 Nov 2023 sahaja. Jika ada peluang dan ruang, tentunya join program Riadah 2 hari.

Picture
Walaupun bukan seorang pegawai pertahanan secara rasmi tetapi BERLAKON filem2 berkaitan dengan tentera, polis malah berkahwin pun dengan anggota polis memang sudah ada dalam pola potensi Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Jadikan kajian ini sebagai panduan untuk potensi bisnes mahupun kerjaya.

Picture
Picture
September 2023 adalah Graf Prestasi Malaysia (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) jatuh rendah berbanding Ogos 2023. Begitu ramai yang mengadu masalah2 dalam bulan September 2023. Memang pun dah agak tengok Graf Prestasi.

Kerana itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan program ikhtiar energi dalam bulan September 2023 untuk kita ikhtiarkan tidak jatuh lebih mendalam dalam energi negatif.
​

Picture
Adakah anda ada pola 83 dan/atau pola 459 dan/ atau pola 573? Mahu ketahui lebih detail secara Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan? (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie). Juga, dari graf hayat adakah anda ada Main Structure kod SUN? Sesi M1 akan menunjukkan pola2 tersebut kepada anda.

Maka, apakah yang sepatutnya di buat oleh individu yang berpola 83+573+459 itu? Dalam sesi M2 akan dijelaskan lebih mendalam. Contohnya, aktress India Kareen Kapoor ada pola sedemikian dan beliau adalah aktivis UNICEF. Bagaimana pula anda? Apakah sepatutnya yang anda buat?

Picture
Perihal halangan dalam perkahwinan ini tiada kaitan dengan agama. Disebabkan oleh gabungan tarikh lahir suami isteri ada potensi halangan. Walau bagaimanapun, halangan itu boleh diusahakan dan diikhtiarkan. Jalan mudah adalah berpisah. Namun, ada je pasangan berstatus halangan boleh hidup dengan harmoni.

Dato Eddy Rosyadie mencadangkan strategi dan ikhtiar untuk atasi halangan untuk terus bersama. Tidaklah Dato Eddy Rosyadie dituduh bersekongkol dengan jin pemisah pulak  (:P

Picture
Apabila melalui tempoh dekad 10 tahun tekanan dan halangan menjejaskan perkahwinan. 

Terpulang kepada anda untuk meneruskan ataupun meninggalkan perkahwinan. Apa yang penting adalah menjaga diri dan kesihatan mental anda daripada terus tekanan/ halangan yang keterlaluan dalam kehidupan.

Picture
Sesi pertemuan dengan seorang klien. Selama ini klien ini berbisnes banyak jatuh dari naik. Baru2 ini bisnes sudah menguntungkan tetapi jatuh lagi kerana disabotaj rakan baik. Rupanya dari Graf Hayat didapati graf hayatnya turun dari usia 13 tahun hingga 42 tahun. Kini, klien tersebut berusia 43 tahun iaitu baru sahaja graf hayatnya naik. Maka, klien ini perlu bangkit semula dan bangunkan kemahiran bisnes selama ini. Beberapa strategi dicadangkan Dato Eddy Rosyadie kepada klien untuk meneruskan kejayaan. 

Kadang tu kita perlu periksa TEMPOH MASA untuk buat perniagaan dan graf hayat ini bagi tempoh masa. Juga, spesifikasi tentang kewangan serta kerjaya ada di dalam laporan graf hayat.
Picture

Picture
Dari Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) tiada pola 769 kekayaan disebabkan ini merupakan perniagaan ayahnya. Tapi dalam petak warisan ada pola 769 kekayaan. 

Kadang tu kekayaan itu terhasil dari warisan generasi terdahulu. Jika anda ada pola 769 kekayaan dalam Petak Warisan/ Pembayang menunjukkan seseorang dalam keturunan anda mempunyai kekayaan. Namun mengapa anda tidak kaya pula walhal keturunan pernah kaya? Mungkin terputus "energi" kekayaan sedemikian. Kerana itu Dato Eddy Rosyadie menganjurkan Ikhtiar Energi Rezeki 769 sebagai ikhtiar energi rezeki kekayaan daripada keturunan.

Picture
Pada 29.9.2023 lalu, fenomena Full Moon (bulan mengambang) dan Supermoon (kedudukan bulan lebih dekat dengan bumi), Dato Eddy Rosyadie dan rakan2 menziarahi dan bermalam di Gua Kota Gelanggi.

Seorang rakan Dato Eddy Rosyadie dapat ilham untuk dapat jongkong emas namun patah balik kerana ada perasaan takut.

Namun, tujuan utama Dato Eddy Rosyadie ke situ bukanlah untuk dapatkan harta. Bukan mudah untuk "tarik" barang kepunyaan orang apatah lagi dapat percuma sebegitu. Dato Eddy Rosyadie buat amalan energi rezeki pada malam tersebut. Fenomena pemberian emas percuma ini menunjukkan energi rezeki yang Dato Eddy Rosyadie buat amalan ada hasilnya.

Picture
Individu ini pernah menganjurkan 20 syarikat tetapi gagal. Namun akhirnya berjaya juga mengikut pola potensi dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (2021 ciptaan Dato Eddy Rosyadie).

Picture
Setiap manusia ada masa kejatuhan dan tentunya kita yang bernasib baik perlu menolong. Tetapi sebenarnya individu yang sedang jatuh itu diuji maka kita sebaiknya usah ganggu perjalanan hidup seseorang itu dengan cara membantu keterlaluan. Biarlah individu itu melalui zaman kejatuhan dengan kekuatan sendiri yang mana perlu berusaha bersungguh2, membuat amalan kewangan yang positif dan ikhtiar energi yang positif.  Kita tolong yang mana perlu sahaja.

Picture
Membuat pelbagai bidang perniagaan pada satu masa kerana ada pola sedemikian dalam Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie). Begitulah satu cara untuk maksimakan potensi diri.

Picture
Picture
Sejak 2014, program Riadah Outdoor di Mersing anjuran Dato Eddy Rosyadie mempunyai aktiviti Terapi Pasir pada hari kedua. Aktiviti sedemikian ada khasiat tersendiri dijalankan di beberapa negara luar seperti Indonesia, Jepun, Maghribi dan sebagainya.

Picture
Memfokuskan potensi dalam bidang ekonomi dan perbankan seterusnya membuat syarikat pelaburan adalah potensi individu ini daripada Petak tarikh lahir Statik Dua Dorongan (ciptaan 2021 Dato Eddy Rosyadie).

Picture
Kemerosotan keuntungan pada 2023 = 7 iaitu tahun kerugian. Rata-rata perniagaan mengalami isu LOWER DEMAND (kurang permintaan menyebabkan kurang sales) dan HIGH OPERATING EXPENSES (peningkatan kos operasi).

Maka, kita terimalah hakikat bahawa cabaran perniagaan pada tahun 2023=7 ini menyebabkan bisnes slow, sales kurang, profit sedikit dan kenaikan kos. Ini adalah sebentuk energi kewangan negatif. Kita teruskan berusaha bersungguh2, amalan kewangan positif dan ikhtiar energi rezeki positif.

Picture
Apabila perlu menempuhi 20 tahun tempoh halangan belum ada jodoh. Pada usia sedemikian, pilihan adalah pasangan yang muda tak pun duda (bercerai/ kematian isteri) jika tidak mahu suami orang. 

Picture
Apabila kedua2 pasangan ini sama2 berada dalam tempoh 10 tahun tekanan/ stress. 

Ada strategi dan ikthiar untuk mereka bersama2 ini uruskan dan atasi perihal sebegini.
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    December 2025
    November 2025
    October 2025
    September 2025
    August 2025
    July 2025
    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly