Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Prestasi Kejayaan Potensi Kekayaan

5/24/2016

0 Comments

 
Picture
KIRAAN TARIKH LAHIR YANG SALAH?

Di dalam kaedah pernomboran (numerologi), kiraan tarikh lahir berdasarkan tarikh kelahiran yang diketahui. Namun, terdapat 2 isu tentang tarikh lahir:

1.  Kes berlaku kepada kelahiran tahun 50an - 70an yang mana ketika itu tarikh lahir ditulis mengikut apa yang dicakapkan oleh pelapor. Ada banyak kes tarikh lahir sebenar berbeza dengan tarikh lahir yang ditulis pada sijil kelahiran.  Sistem moden sekarang ini terutama di hospital terus merekod maklumat tarikh dan waktu lahir untuk catatan pihak pendaftar.

2.  Namun, jika anda lahir selepas 6 pagi bermula 1 Januari 1982, kemungkinan besar anda lahir pada tarikh yang sebelumnya kerana waktu Semenanjung Malaysia telah dipercepatkan 30 minit. Jadi, jika anda lahir pada 11 Oktober 1993 jam 9.15 pagi sebenarnya anda lahir 11 Oktober 1993 jam 8.45 pagi. Kiraan petak tarikh lahir masih sama cuma kiraan graf hayat berbeza (kerana mengambil kira masa kelahiran).

Namun, jika anda lahir di Semenanjung Malaysia katakan 11 Mei 1986 jam 12.15 malam bermakna tarikh lahir anda yang sebenar adalah 10 Mei 1986, waktu adalah 11.45 malam. Oleh itu, kiraan petak anda bukanlah 11 Mei 1986 tetapi 10 Mei 1986.

Di dalam perihal ini, fahaman pengamal numerologi berbeza-beza. Ada yang menyatakan kiraan adalah berdasarkan kepada apa yang tercatat di sijil kelahiran, ada yang berpendapat kiraan adalah apa yang sebenar jika berbeza dengan tarikh yang direkodkan. Untuk mengetahui yang mana satu betul memerlukan data dan masa kajian yang banyak melibatkan kos tinggi.

Buat masa ini, pihak kami berpendapat tarikh lahir adalah mengikut tarikh lahir yang direkodkan pada sijil kelahiran (untuk kiraan petak, tetapi untuk kiraan  graf hayat perlu tarikh dan masa lahir yang sebenar sama ada direkodkan atau diingat) namun jika lahir di Semenanjung Malaysia selepas 6 pagi 1 Januari 1982, maka ada kemungkinan tarikh yang sebenar adalah tarikh sebelumnya jika lahir antara 12 tengah malam - 12.29 tengah malam.

​Oleh yang demikan, jika anda mahu mengira petak tarikh lahir anda untuk membuat analisis potensi, pastikan tarikh lahir anda yang sebenarnya (jika lahir selepas 1 Januari 1982 di Semenanjung Malaysia antara 12.00 - 12.29 tengah malam adalah tarikh SEBELUMNYA).
​

Picture

Picture
Mencari nama yang baik untuk sesebuah syarikat/ organisasi adalah rumit kerana memerlukan kiraan gabungan dengan pemilik-pemilik syarikat malah untuk mengambil pekerja/ kakitangan juga memerlukan kiraan sebegini.  

Lagi filem Hollywood yang memaparkan/ menyebut angka 38 atau 83... Die Hard With A Vengence, Mad Max 2 dan Danny Collins.

Picture
Syukur Alhamdulillah, anak kedua Dato' Eddy berjaya menamatkan sesi asasi sains fizikal di UM dan mendapat kecemerlangan dengan GPA dan CGPA 4.

Sebagai bapa tentunya kita cuba ikhtiar untuk berikan fasiliti yang baik untuk anak-anak dengan buku, yuran tuisyen dsbnya termasuk ikhtiar berdoa untuk anak-anak pada setiap selepas solat fardhu dan ikhtiar tambahan pada hari dan waktu yang "dikira" untuk kecemerlangan akademik. Inikan ikhtiar yang cuba kita lakukan untuk anak-anak cemerlang.

Picture
Sedang kemaskini profile, terlihat surat ini dan terkenangkan pengalaman berada di Syracuse, New York, USA semasa menyambung pengajian di Syracuse University. Di hospital berkenaan bertugas sebagai sukarelawan (tanpa gaji) untuk mendapatkan pengalaman di dalam dunia hospital dan di hospital itu juga anak sulung dilahirkan.

Bila tengok alamat tu (no 509) padanlah banyak cabaran yang dilalui semasa tinggal di situ.


Berita terkini nk share ngan dato.. Sy kini hamil 6mgu.. Alhamdulillah.. Usaha dr nasihat dato.. Dan sedikit testimoni dr program berdoa mekah.. Sales sy meningkat 1/2 ganda.. 

Alhmdulillah sejak join energy doa....tiap2 hari de closing...berkat keikhlasan doa dr Ckgu n semua serta sahabat d Mekah....alhmdulillah



Picture
Al-Quran waqaf boleh terus letak di dalam rak di dalam Masjdil Haram. Foto Dato Eddy pada Dis 2015 lalu (umrah ke-4) di satu bangunan tambahan untuk Masjidil Haram.

Beberapa client/ pelajar Dato Eddy akan berangkat ke Makkah pada bulan Jun ini untuk menunaikan ibadah Umrah pada bulan Ramadhan. Di kesempatan tersebut, kita minta mereka belikan Al-Quran dan waqafkan ke Masjdil Haram nanti. Serta mendoakan kita dari sana, bersama-sama kita berdoa juga... sebagai satu ikhtiar untuk energi yang baik2 di bulan Ramadhan. Al-Quran versi Madinah adalah RM50 berbanding versi luar yang murah RM30 namun lebih baik ambil versi Madinah lebih "diperakui" kerana dari kilang percetakan Al-Quran di Madinah itu sendiri.


Salam cikgu…nk share sikit... Berkat cikgu trnsfr energy pd brochure kolej dan pakej doa yg sya join. Terima kasih cikgu. Income lbh kurang RM1.2M. Bos hepi staff pn hepi dpt naik gaji..tqvm ckgu

Alhamdullilah & Terima Kasih cikgu untuk doa bulan Mac ni. Apa yg didoakan dr 4mac dah setiap kali sessi berdoa ada benda baik yg dpt dan dimakbul kan Allah. Alhamdullilah pagi ni dah dpt apa yg didoakan Semoga semua ahli dalam grup ni memperolehi kekayaan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.



Picture

TERBARU: Mulai 1 Jun 2016, buku ketiga dalam pembelajaran kaedah Pernomboran Dinamik iaitu "Kenali Potensi Melalui Kaedah Quantum Metafizik Pernomboran & Energi" (warna hijau) merupakan sambungan, pengajian baru dan kemaskini kepada buku Kenali Potensi Diri (warna biru). Seeloknya anda punyai buku biru dahulu (Kenali Potensi Diri) namun jika mahu mulakan atau sekadar punyai buku baru (hijau) pun boleh.

Antara pengisian - kiraan dan penjelasan petak statik, kiraan dan penjelasan petak pendua, kiraan dan penjelasan petak pembayang (petak pendua da pembayang adalah ciptaan Dato Eddy), kiraan dan penjelasan kitaran tahun, kiraan dan penjelasan status kewangan, cara membaca pola 3 serangkai serta beberapa contoh... dan banyak lagi yang dapat dipelajari.

Buku ini bukan untuk pasaran awam dan tidak dijual di kedai. Ianya sebagai nota untuk kelas asas dan boleh digunakan untuk rujukan/ latihan pelajar pernomboran ataupun yang baru mahu kenali kaedah ini. Istimewa buku ni ada baucer RM10 dan RM50 untuk buku yang "Ori" sahaja.

Tempahan dibuka dan tawaran diskaun sehingga 30 Jun (beri masa 1 minggu untuk tujuan pos).

Picture
Picture
Picture
Picture

Picture
Picture
Seorang client Dato' Eddy dari tahun 2014 sekarang berumur 59 tahun dapat gunakan potensi yang baik untuk menjana pendapatan dan perniagaan yang baik. Daripada seorang biasa kini punyai status dan perniagaan. Menggunakan IKHTIAR arah pasaran yang baik dan lokasi tempat meja pejabat yang baik serta strategi perniagaan darpada kaedah pernomboran dan energi.

Perkhidmatan Dato' Eddy:
- Konsultansi Perniagaan
- Audit Premis Perniagaan
- Seminar Pola 966 Potensi Bisnes Menguntungkan.

Picture
'Antara panduan memilih nama untuk nama syarikat / jenama... tidak menggunakan maksud nama yang ada maksud "sensitive and sentimental / depressed".  Selain membuat kiraan nama, kiraan maksud nama juga perlu dan sebenarnya banyak langkah dan kiraan yang diperlukan sebagai IKHTIAR untuk jenama/ syarikat yang bagus.

Perkhidmatan Dato' Eddy:
- Konsultansul Perniagaan
- Seminar Pola 966 Potensi Bisnes Menguntungkan - Tahap 1, 2, 3, Intensif.
Picture

Picture
Pemilihan tarikh perlu bukan sahaja tarikh yang baik untuk satu hari tersebut tetapi juga hari untuk dekad-dekad yang mendatang. Bagi kes 1MDB perlu lalui 10 tahun halangan, nnti selepas tahun 2018 ok dah tu.. manakala CEO memang tertekan dah terhalang selagi tarikh perlantikan sebegitu.

Inilah namanya kajian.. daripada fenomena yang sebenar... jadi, daripada kajian sebeginilah kita buat panduan untuk kerjaya/ bisnes/ perkahwinan kita. Namun, hakikat mutlak terletak pada kuasa Nya juga tapi kan Tuhan bagi kita peluang untuk kaji dan baiki sendiri.  Dalam hal 1MDB ini, bagi kami mudah sahaja nak settle, tukar tarikh!

Ha, apalagi pengkritik sekelian... apa yang berlaku dah takdir biarlah kan, itu jer yang mereka mampu cakap...

Satu mesej yang viral baru-baru ini.  

Perhatian: setiap pola angka ada maksud yang positif. Walaupun pola angka yang bawa maksud "pandai muslihat" sebenarnya adalah positif bagi kegunaan individu yang terlibat dalam dunia peguambela/ pendakwaraya. 

Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly