Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Perubahan Kejayaan Perubahan Kekayaan

11/10/2013

0 Comments

 
Askm cgu, td pg sya letak jari telunjuk kanan kt gmbr no duit dn bt spt yg ckgu saran kn, lps bt sy dh rs lain mcm, sya trmuntah2 smpla skrg ni, ape yg d mkn semua keluar blik, dh x larat dah ni..

Maklumbalas tentang program transfer energi jodoh (di bawah). Tak sangka pula transfer energi untuk jodoh boleh buat muntah-muntah. Biasanya jika terjadi sedemikian adalah kerana energi yang tidak bagus dalam badan dikeluarkan.. jika betul energi tidak bagus dikeluarkan, mudah-mudahan diganti dengan energi yang baik dan berhasil ikhtiar untuk tujuan jodoh tu... mungkin selama ini jodoh "berat" kerana badan mengandungi energi tidak bagus, sebab tu wajah tak berseri, tiada tarikan, rasa takut/ tak yakin dsbnya.

Sebenarnya untuk transfer energi jodoh itu, cikgu Ady menggunakan minyak wangi pyrite versi 138SJ (yang akan didoakan di Muar 22 Nov depan), versi ini sangat berlainan energinya.. belum pun didoakan pada 22 Nov tetapi telahpun didoakan energi kesultanan johor sebelum ini.


Picture
Satu itu siri nombor yang best... ada kisah menarik disebaliknya... no 27 boleh dikaitkan dalam perihal kasih dan sayang... ini kisah tentang wanita.


Sebelum dapat duit tersebut, cikgu Ady bertemu dengan seorang klien wanita untuk satu sesi konsultansi dan salah satu perkara yang dibincangkan ialah strategi tentang jodoh beliau yang agak lewat... mudah-mudahan strategi yang diberikan dapat membantu... sekali lagi, masalah yang berlaku kepada diri klien itu adalah kerana SALAH ARAH! Memang arah memainkan peranan penting dalam kehidupan dan perniagaan! termasuklah perihal jodoh...

Jadi, selepas sesi konsultansi, cikgu Ady buat transfer energi untuk kad emas dan minyak pyrite yang dibawa klien tersebut.. salah satunya energi untuk jodoh.... mudah-mudahan ikhtiar membantu... selepas itu dalam perjalanan pulang, dalam kereta cikgu Ady pasang lagu2 balada "jiwang"... singgah di stesen minyak dan cashier wanita di situ bagi duit baki salah satunya duit RM10 dengan siri nombor baik tu... balik rumah seperti biasa isteri sudah tidur, entah macam mana isteri terjaga dan lepas tu ada projek XXX (malam jumaat pulak tu) padahal sebelum ini mana pernah isteri terjaga jika cikgu Ady balik rumah...

Teringat duit siri tu, power juga ye... kuasa minda dan transfer energy berkaitan kasih sayang dan nombor yang muncul adalah berkaitan kasih sayang.

Baiklah, bersempena dengan energy kasih sayang yang ditunjukkan oleh nombor siri di atas dan juga Sabtu 16 Nov ada pola 27, KEPADA WANITA YANG BELUM ADA JODOH (belum berpunya atau dah ada pasangan tapi belum berkahwin) sahaja, jom kita buat transfer energy percuma untuk anda;

Lakukan langkah di bawah ini pada Sabtu, 16 Nov pada bila-bila masa yang sesuai.

1.  Duduk dalam keadaan dan situasi tenang. Sila picit jari telunjuk kanan anda di foto  nombor siri di atas. Jika risau komputer atau smartphone anda rosak kalau-kalau terlebih energy nanti semasa letak jari atas skrin, maka tenung nombor siri tersebut dan pegang di tepi komputer / smartphone.  Jika anda ada minyak pyrite, calitkan di kedua-dua tapak tangan dan selepas itu pegang botol di tangan kiri.

2, Untuk 2 minit, bernafas dengan tenang dan berfikiran tenang. Apabila tarik nafas, tarik nafas dengan perlahan dan mendalam seolah-olah sedang sedut udara yang banyak (sebenarnya untuk "tarik" energi masuk ke diri anda). 
3.  Selepas itu, letak botol minyak pyrite atas meja dan tadahlah kedua-dua tangan  berdoalah supaya anda mendapat perhatian lelaki dan dipermudahkan jodoh.  Usap muka anda dengan kedua-dua tangan selepas berdoa itu (untuk muslimah bacalah selawat nabi 1x dan buatlah solat hajat)....lepas tu bolehlah tersenyum sorang-sorang ye.... mana tau ada jodoh menyapa...mudah-mudahan ikhtiar... 

... yang menariknya, selepas saja cikgu Ady buat transfer energi di duit nombor siri di atas, tetiba isteri cikgu Ady buka pintu bilik masuk bilik dah balik kerja sambil beliau tersenyum... wow power juga ni, macam memanggil-manggil je jodoh!


Picture
Hadir 16 Nov ini di Bandar Pinggiran Subang untuk kita ikhtiar berdoa kekayaan networking dan bisnes bersama-sama dan selepas itu pelajari kaedah membuat jualan menggunakan jenis pasaran dan arah... dapatkan diari pernomboran iaitu pola petak dan arah untuk 30 hari bagi memudahkan anda membuat sales/ networking dengan lebih yakin dan lebih berjaya kali ini berbanding buat sales/ networking sebelum ini yang tidak ada sistem main jual sembarangan dapat penat semata-mata... kali ini "PERGI DENGAN KEYAKINAN. PULANG DENGAN KEKAYAAN"! barulah si suami/ si isteri tersenyum terkedu terbeliak terkebil kebil mata merelakan anda buat sales yang hebat-hebat!
Picture
Cikgu, sy dh guna teknik cikgu utk tolong adik ipar buat marketing ikut arah. Alhamdulillah, dlm masa tdekat dpt close sale 24K.

cikgu bole energy picture kerongsang sy... masa kat muar 20 julai 2013, cikgu energy kerongsang sy.. alhamdulillah sampai skrg sy rasa vibration energy cikgu.. mcm sikit gelombang elektrik setiap kali sy pegang sampai skrg.. cikgu, alhamdllah sgt2 hari2 ada org order keronsang dan repeat sales...customer ramai puji alhamdllah cukup memberangsangkan..

Seronok betu kjh sbb byk dpt ilmu guna software ni dan group kjh guna diari biasa tu pun hari hari dpt sales.. tk sgt cikgu ady

Dan telah hampir 3 bulan saya di prudential saya rasa di sinilah kerjaya yg betul betul menepati citarasa saya. Saya telah hampir ke target sale 5K! Yg mendtgkan komiseyn dlm rm1K… diaorang agen2 lama kt sini ckp saya buat laju

Assalam Cikgu… ucapkan t.kasih bnyk2 kt Cikgu sbb sbulan sale maria 10K.

Alhamdulillah, kewangan semakin stabil dan lebih mengejutkan menuju penghujung tahun ini, sales sy dalm unit trust agak menjadi-jadi. 

Pda 29 mac tempoh hari saya ada minta doakan untuk kekayaan jarak jauh ... alhamdulillah doa tu dimakbulkan. barang yg sudah kehabisan stok selama sebulan dn dijangka pertengahan april baru ada..31hb mac syrkt dh maklumkn pada saya barang dh ada..alhamdulillah sejak itu rezeki saya ada saja,hari2 ada orang order barang dan dimana selama ni saya tak pernah terfikir yang saya dapat melancong keluar negara. Insyaallah 2hb mei ini saya akn pergi ke hong kong dan Krabi pada tahun depan. Padahal syrikt bg tempoh januari sehgga december 2012 untuk  capai insentif yg ditetapkan.Padahal sekarang baru april tp nama saya dah layak dapat ke Krabi. itu yg saya rasa mcm mimpi aje. Setahu saya kalau nk dapatkan insentif pelancongan ni perlu sale tinggi dan tempoh lama baru dapat.ini saya baru aje buat sale 3 bulan dh dapat ke hong kong bulan mei ni,dan belum lg berlepas ke hong kong dan kejutan pulak dapat ke Krabi..Ini betul2 diluar impian saya..


Picture
Tahniah kepada anak bongsu cikgu Ady serta rakan-rakan beliau di Sek Keb Sg Binjai Meru, Klang yang mendapat keputusan 5A untuk UPSR 2013.

Manakala anak kedua di tingkatan 4 baru-baru ini keputusan peperiksaan akhir tahun dapat tempat 1/51 dan 1/908 iaitu tempat pertama dalam kelas (51 orang) dan tempat pertama dalam tingkatan (908 orang).. SMK Meru merupakan sekolah yang paling ramai pelajar di Malaysia.


Assalamualaikum cikgu, syukur alhamdulillah, berkat usaha dan tawakal serta ikhtiar berdoa pd 4 September aura kecemerlangan akademik lalu telah membuahkan hasil. Anak sulung kami berjaya peroleh 5A dlm UPSR yg diumum hari ini. Terima kasih cikgu!


Picture
Peserta kursus Pola 6 Potensi Kewangan dan Kekayaan tahu tentang 6 faktor kenapa individu ini bermasalah kewangan.

MULAI HARI INI, JIKA TARIKH LAHIR ANDA ADALAH STATUS KEWANGAN ANGKA "3" SEPERTI YANG DITUNJUKKAN DI SINI, anda diminta elakkan dari buat pinjaman kerana anda berpotensi bermasalah kewangan. Carilah jalan lain seperti kumpul duit dulu (ada cara kumpul duit yang berkesan untuk individu Status Kewangan 3) dsbnya. Jika nak buat pinjaman juga (yalah, takkan nak beli rumah cash kan), anda perlu sangat-sangat pastikan kedudukan kewangan anda dalam situasi yang baik (seperti di luar tempoh Vacuum Star, Wealth_AF dsbnya - hadir kursus atau dapatkan sesi konsultansi untuk ketahui lebih mendalam tentang perancangan untuk kewangan).

Kursus berkaitan;
- Pola 6 Potensi Kewangan dan Kekayaan
- Konsultansi Peribadi / Korporat.

Picture
Di dalam kaedah pernomboran versi cikgu Ady, terdapat satu kaedah memantau prestasi secara mingguan dikenali sebagai Graf Prestasi Mingguan (ciptaan cikgu Ady).





Memang jarang digunakan... ianya digunakan sebagai panduan atau persediaan atau mencari penyelesaian untuk sesuatu minggu yang dikaji. Contoh di atas menunjukkan individu ini bermasalah dalam beberapa hari dan beberapa strategi ikhtiar dapat dilakukan daripada membiarkan seminggu atau lebih berlalu dengan perit..


Artist Moves Water With Her Mind
New York-based artist Lisa Park uses her brainwaves, which are collected via EEG sensor, to manipulate water. This performance is called ‘Eunoia’, which derives from the Greek words “ey” and “nous” and means “beautiful thinking.”.The EEG sensor measures the frequencies of her brain activity (Alpha, Beta, Delta, Gamma, Theta) relating to her state of consciousness while she wears the headset. Park’s thoughts are translated in real-time to modulate vibrations of sound using software programs. The brain activity data is sent to Processing, which is linked with Max/MSP to receive data and generate sound from Reaktor. Her thoughts are then visualized using five pans of water sitting on top of five speakers arranged in a circle around Park, each associated with a different emotion. These reverberate to manipulate the motion of water.  
Satu teknik pola 38 adalah "menyentuh tanpa sentuhan"... manusia punyai kuasa minda dan tenaga dalaman yang baik untuk dijanakan dan digunakan sebaiknya dalam kehidupan... video ini jelas menunjukkan bahawa kita ini punyai keupayaan unik yang boleh diikhtiarkan.

Upload tenaga pola 38!

Picture

Picture
Jika minggu awal November 2013 lalu adalah minggu "transformasi hijrah" dengan Fenomena Gerhana Matahari 3 Nov, kemudian 4 Nov Upload Energi dan Doa Awal Muharram dan seterusnya 7 Nov doa kekayaan dan kasih sayang, kini minggu seterusnya 21 dan 22 November pula adalah minggu "energi dan kekayaan". Belilah Sijil Premium di Bank Simpanan Nasional BSN pada 21 November (cabutan di Sg Petani pada 30 November mana tau boleh menang, kalau tak menang pun ada simpanan) atau beli emas ke mahupun buka buku akaun dsbnya... ini masanya anda gunakan duit nombor siri cantik yang dah terkumpul banyak tu buatkan sikit untuk beli sesuatu yang bernilai... selepas itu pada 22 Nov pula energikan serta doa kekayaan.

Picture
Ini senarai  lama Sijil Premium BSN milik cikgu Ady, bermula dari tahun 2009, sijil biasanya dibeli pada tarikh doa kekayaan... tak disangka dapat kumpul banyak... bermula dengan simpan duit siri cantik RM1 memang tak nampak tapi bila dah banyak boleh beli Sijil Premium pula... kesemua sijil dibeli menggunakan duit siri nombor cantik atau separa cantik atau ala-ala cantik... janji nak simpan...  kumpul duit beli Sijil dan ditebus pula sikit untuk pergi ke Umrah pada Mac 2013 lalu siap boleh sponsor ibu dan bawa isteri dan ibu mertua... dari sijil-sjil itu jugalah ditebus sikit untuk deposit kereta baru ... 




Memang perlu banyak simpanan untuk masa depan seperti perbelanjaan anak-anak di universiti nanti dsbnya ... kenangan manis menang cabutan bertuah Sijil Premium baru-baru ini, walaupun nilai sikit tapi semua ini adalah satu usaha berbaloi dalam perihal kekayaan.

Walaupun Sijil yang dibeli pada tarikh doa kekayaan tak menang cabutan kereta BMW pun (belum lagi), tetapi majoriti sijil-sijil tu tak ditebus balik seolah mampu tersimpan di situ dengan selamat...dengan kata lain kekayaan dapat disimpan... itulah tujuan utama doa kekayaan bukan sekadar dapat duit banyak tapi DUIT TERKUMPUL BANYAK atau duit yang sedia ada tidak luak tidak terpakai.

Dari sinilah mampu bayar zakat yang lebih dan selalu berangan nak ke umrah banyak kali serta nak naik haji sebab dah terlebih mampu... kan bagus sistem pernomboran sebegini... menjadikan anda lebih positif tentang perihal rezeki dan kekayaan...


Picture
Picture
Perhatian: sila berkumpul di Masjid Jamek Muar pada jam 7.45 pagi 22 Nov  sebelum kita sama-sama bergerak ke Homestay untuk program seterusnya.
Picture
Perhatian:
Program Upload Energi Kesultanan pada 22 Nov 2013 tiada kaitan dengan Institusi Diraja Johor dan tiada kena mengena dengan Sultan Johor atau sebarang majlis istiadat berkaitan. Upload energi kesultanan adalah untuk energi "kesultanan" yang umum (Kesultanan Johor, Kesultanan Pahang, Kesultanan Kelantan. Kesultanan Kedah, Kesultanan Brunei dsbnya) bukan khusus untuk seseorang Sultan/Raja dan upload boleh dilakukan untuk sebarang Sultan/Raja cuma kali ini dibuat di Johor kebetulan tarikh yang bagus yang mana bersamaan Hari Keputeraan. Semestinya, pihak kami ada memasukkan doa  kesejahteraan untuk Tuanku Sultan dan kesemua rakyat Johor.

As salam cikgu eddy. Sy rasa penangan minyak pyrite dah. Sy dgn pasangan mmg slalu bergaduh. Ada-ada saja isu yg timbul. Ada sekali sy jumpa dia, sy pakai minyak tu. Dia tego sy, perfume apa ni sedap bau. Selepas tu, kalau ada isu pun, boleh bawa berbincang. Dan yg menariknya, dia melayan sy dgn baik. Takde lagi marah2. Kalau dulu, merajuk camana pun, takkan dipujuk tp kali ni, mmg lain. Alhamdulillah, Seronok sangat. Terima kasih cikgu.

Picture

Picture
Baru saja seorang wanita mengadu dari Johor menghadapi masalah kesihatan yang kronik dan beberap masalah lain... rupanya beliau dalam tempoh 10 tahun kitaran 5 untuk luar dan dalam... ini satu perkara serius kerana perlu bersabar hingga 2016.

Kebetulan rumah beliau adalah bernombor 23 iaitu 5!

Buat masa ini sehingga kini belum ada ubat mutlak yang mujarab yang dapat menghilangkan "tempoh halangan" sekadar ikhtiar kita seperti berdoa, Upload Energi, tukar arah, minyak pyrite, strategi atasi 5 dan sebagainya. Ada permintaan untuk kursus "Atasi Angka 5 Halangan" sebegini tetapi cikgu Ady masih mencari "ubat mutlak" yang benar-benar berkesan... atau kita boleh dulu ikhtiarkan beberapa strategi sementara semasa dalam tempoh halangan.


Picture

Picture
Tempohari pergi ke Kota Kinabalu dapat rasa naik kereta BMW 7 Series milik seorang peserta kursus pernomboran / berdoa. Tidak disangka dalam 1 tahun banyak perubahan ketara secara material berlaku. Kawan suami beliau bukan peserta kursus tetapi pernah join berdoa Wukuf Arafah 2012 lalu juga berubah jadi Dato' dan dikatakan kini memiliki lebih 20 buah kereta seperti Bentley dsbnya... tapi tak sempat bertemu Dato'.

Selepas kursus dapat naik pula Alphard Vellfire, tengok je plet nombor memang sah peserta kursus. Kali ini pemergian ke Kota Kinabalu rasa kelainan yang baik kerana dapat lihat perkembangan bisnes yang lebih kencang berbanding semasa lawatan tahun 2008 dan 2012 lalu... peluang kekayaan dan kejayaan memang ada di Sabah dan sudah mula meningkat baik... baik digali potensi kejayaan dengan segera!


Ketika di Kota Kinabalu, sempat "melawat" dua buah premis perniagaan milik peserta kursus. Ini memang salah satu perkhidmatan kami iaitu "audit premis perniagaan".

1) Sebuah premis makananan yang bermasalah dengan pekerja di bahagian dapur. Rupanya dapur itu berada di arah yang kurang baik dari perspektif tarikh lahir pemilik. Beberapa strategi dikemukakan untuk diambil tindakan membetulkannya.
2) Sebuah premis kedai yang hadapi masalah kekurangan pelanggan. Rupanya juga masalah arah yang ada kena mengena dengan fenomena mistik disebabkan kedudukan kedai, warna kedai. Beberapa strategi dikemukakan untuk diambil tindakan pembetulan. Juga, apabila rawatan Jalur Emas dilakukan kepada pemilik kedai, banyak pula "titik merah" yang muncul, tetapi dapat diatasi dengan baik.


Program audit sebegini lebih praktikal kerana kita dapat terus sesuaikan potensi diri dengan premis, serta dapat tinjau potensi energi perniagaan. Juga, pemilik bisnes yang sibuk tidak dapat hadir ke kursus.

Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly