Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Perubahan Kejayaan Aliran Kekayaan

5/10/2018

0 Comments

 
Picture
PERHATIAN! ISU BESAR!
OH IBU MERTUAKU...


Seperti filem klasik Tan Sri P. Ramlee... Ibu Mertuaku...

Hampir setahun membantu klien ini dalam masalah rumahtangganya yang kejap baik kejap gaduh. Bila diperhatikan betul2 dalam setahun barulah faham cerita sebenar... sebab itulah sesi personal consult untuk perihal perkahwinan/ pernikahan elok berjumpa berbincang kerana berbincang secara Whatsapp kurang jelas isu latarbelakang.

Pada mulanya ingatkan suami klien ini ada masalah diri, jadi strategi dan ikhtiar sebelum ini banyak kepada membantu diri suami, walapun sebelumnya dikira keserasian suami isteri adalah baik, tetapi kini apabila dikaji tarikh lahir ibu suami (ibu mertua) didapati ibu itu sendiri dalam tempoh tekanan dan gabungan2 keserasian mereka ada masalah. Rupanya masalah berlaku kerana "arahan" ibu mertua yang menekan suami seterusnya membabit isteri.. ye lah... syurga di tapak kaki ibu kan tak nak jadi anak derhaka Si Tanggang... isteri boleh tukar2 lain...

Pengajaran yang kita boleh belajar daripada kes ini .. untuk berkahwin, periksa juga tarikh lahir ibu mertua anda (dan/ atau bapa mertua anda sekali) walaupun tajuk di sini adalah ibu mertua saja gempak publisiti tetapi melibatkan juga bapa mertua dsbnya... apakah anda serasi dengan mertua, apakah suami/ isteri anda itu ada masalah dengan ibu/bapa sendiri.

Sebab anda berkahwin bukan dengan seorang tetapi berkumpulan! Anda serasi dengan suami/isteri tetapi suami/isteri pula tak serasi dengan ibu sendiri (ibu mertua anda).. sudahnya kehidupan anda berantakkan bilamana pasangan anda bermasalah dengan ibu/bapanya, anda pula yang terlibat sama.

Sudahkah anda memeriksa keserasian tarikh lahir ibu mertua anda? Apakah strategi dan ikhtiar  jika mendapati keserasian anda dengan ibu mertua bermasalah? Bagaimana strategi dan ikhtiar untuk betulkan dan tingkatkan keserasian dengan suami/ isteri, mertua dan ahli2 keluarga mertua dsbnya?

    Ibu Mertuaku

Klik Utk Hantar

Picture

Picture
Picture
Picture
Alhamdulillah, pada 15 Mei 2018 lalu, bersempena hari program Ikhtiar Energi Rezeki, dapat berkesempatan membuat amalan, doa dan energi di Pulau Besar, Melaka... satu tempat yang dikenali ramai punyai sejarah tersendiri iaitu tempat pengajian Islam yang terkenal pada 1400an lalu antara penuntutnya adalah ahli Wali Songo... sesekali merantau bermusafir dan membuat aktiviti outdoor bagi menikmati alam dan energi ciptaan Nya.

Pengalaman kali ini menikmati bauan kasturi yang kuat di dalam surau di situ sepanjang amalan. Kali terakhir menikmati bauan kasturi sebegitu di Pulau Besar Melaka pada tahun 2014 lalu ketika itu mengikuti satu kumpulan perubatan alternatif yang membuat rawatan dalam air laut tepi pantai. Dari jarak lebih kurang 50 meter dari pantai pada tengah malam, terbau bau kasturi yang kuat... pada masa itu belum kenal bau kasturi, ingatkan bau bedak lelaki dari peserta lelaki tapi jika semua dah berendam dalam air laut mana dah bau bedak lagipun sape pulak nak berbedak malam2 untuk berendam laut. Selepas selesai program tersebut semasa melalui kawasan perkuburan Sultanul Ariffin, sekali lagi bau kasturi yang sama padahal kami bertiga saja dan sememangnya kami tidak memakai bauan kasturi. Jadi, dah kenal bauan tersebut.

Jadi, bila datang lagi bauan kasturi itu kali ini, rasa sebak dapat menikmati energi sebegitu rupa. Dahlah lupa nak bawa haruman kasturi jadi tak dapat calit haruman kasturi namun bauan tersebut hadir. Dalam surau ketika itu ada 2 orang lain itupun duduk berjauhan di sudut2 dan seorang itu sebelumnya solat zohor sebelah Dato Eddy tak ada bau kasturi. Jadi, bauan kasturi tersebut hadir secara "semulajadi". Selepas solat Zohor, duduk di luar tetapi cuaca sangat panas terik dan bila membaca doa2, lama kelamaan2 suasana jadi agak mendung bila didongak awan meliputi matahari. Sesekali angin berlalu dan ada kalanya umpama sejuk aircond jadi tidaklah berpeluh2 duduk di luar.

Tujuan dikongsi pengalaman sebegini adalah untuk menyatakan bahawa energi alam ciptaanNya dapat dinikmati, Biasanya energi ikhtiar dibuat di masjid di bandar tak dapatlah pengalaman sebegini sebab sememangnya masjid dalam aircond dan berbumbung serta pintu bertutup.. tak terdedah dengan alam semulajadi secara langsung... bila dapat buat program energi secara outdoor ini merasai energi alam ciptaanNya memberi ketenangan. Begitu juga di program energi pada 6 Mei 2018 lalu di Air Terjun di Gombak yang mendapat pengalaman dikerumuni banyak rama2 kuning, hijau, ungu dsbnya menjadikan kita rasa tenang dengan energi alam ciptaanNya.

Picture
Bahang Vacuum Star + Terminating Star 2019 untuk Malaysia dah terasa di Mei 2018 ini... kan Dato Eddy dah pesan banyak kali bahawa bulan Mei adalah bulan yang penting dan menunjukkan apa yang berlaku tahun hadapan... di sini memberi bayangan bahawa tahun depan berpotensi banyak kejadian perihal kekurangan duit dan pemberhentian kerja... seperti mana fungsi Vacuum Star dan Terminating Star... "harapan" kita supaya pemerintah baru perkenalkan strategi bagi mengatasi Vacuum dan Terminating Star untuk 2019 nanti dan supaya doa2 kita kepadaNya melindungi kita daripada terkena berulang Vacuum Star+ Terminating Star 2015 lalu.

Picture
Picture
Bulan Mei 2018 merupakan satu bulan yang "down" bagi ramai rakyat Malaysia.. kebetulan Graf Prestasi Bulanan untuk negara Malaysia bagi Mei 2018 adalah rendah (graf ini ciptaan Dato Eddy sendiri, satu2nya dan pertama di dunia). Dalam bulan Mei ini, Dato Eddy terima banyak mesej mengatakan bisnes slow, ada yang mengalami kemurungan, ada yang jatuh sakit dan macam2 musibah lain.. berbanding bulan2 lain... ada yang kalah teruk bulan Mei ini :)

Tapi, bulan Mei sangat penting kerana ianya asas untuk perjalanan tahun hadapan, seolah bulan Mei ini satu permulaan tahun dan petunjuk untuk tahun hadapan... kalau nak buat azam tahun baru untuk tahun depan, elok buat bulan Mei ini. Kalau Januari tu dah agak terlewat.

Kerana itu, amat penting kita berusaha dan berikhtiar untuk sentiasa positif dan berenergi tinggi sepanjang bulan Mei. Mudah2an Ramadan kali ini dalam bulan Mei 2018 ini memberikan latihan untuk membina kekuatan yang lebih baik bagi menghadapi perjalanan kehidupan yang mencabar. Program Ikhtiar Energi yang diperkenalkan dalam bulan Mei adalah satu ikhtiar tambahan bagi membantu usaha kita untuk kekal positif dan tenang.

Picture
Daripada tarikh nikah untuk tempoh 10 tahun berada dalam tempoh halangan (menggunakan kaedah Graf Dekad/ Motif Hayat yang dicipta oleh Dato Eddy sendiri), jadi ini menjelaskan secara objektif terdapat halangan untuk mendapatkan zuriat. Begitulah kaedah pernomboran mencari jawapan secara objektif menggunakan angka untuk dibuat data analisis. Maka, daripada pengalaman orang lain sebegini, kita gunakan sebagai panduan iaitu bilamana mahu memilih tarikh nikah, seeloknya bukan sahaja tarikh nikah yang baik tetapi juga baik untuk 10, 20, 30 tahun.

Sudahkah anda memeriksa perjalanan alam perkahwinan anda untuk 10, 20, 30 tahun? Anda sudah dapatkan Graf Dekad untuk tarikh nikah anda? Boleh tempahan terus dengan Dato Eddy.

Perkhidmatan Dato Eddy
- Sesi Konsultansi Peribadi (Jodoh / Perkahwinan)
- Kursus Pola 27 Potensi Jodoh, Perkahwinan dan Perceraian - Tahap 1, Tahap 2
- Ikhtiar Energi Dikasih Sayang
- Graf Dekad 10 Tahun
​- Graf Hayat (Perkahwinan)
- Laporan Keserasian / Laporan Keserasian dan Perkahwinan.

Picture

Picture

Picture

Picture
Semasa Dato Eddy menyiapkan slide presentation untuk kursus Strategi 2019 pada 11 Mei lepas, tersenyum bila tengok slide ini... apa taknya, cer tengok ayat tu... padanlah parti tu menang :) ... kebetulan? Kandungan slide ini memang ada dalam simpanan sejak 9  tahun lalu, cuma ditukar tahun semasa, jadi Dato Eddy bukan saja2 reka atau letak ayat2 di atas tu.

Begitulah kaedah metafizik... mencari petunjuk2 (clue) daripada pelbagai pihak untuk memahami perjalanan sesuatu tahun.. lebih banyak clue lebih banyak kita memahami perjalanan kehidupan... menggunakan clue2 tersebut untuk dijadikan strategi dalam kehidupan, perniagaan dsbnya.

Rupanya tahun 2018 adalah tentang tahun "berjiwa rakyat"... jadi mereka yang menggunakan petunjuk tersebut mendapat manafaat kejayaan dan jika perkara negatif tidak diambil perhatian seperti "sukar untuk adaptasi kepada perubahan" maka terkesanlah juga potensi. 

Tips: untuk tahun 2018 ini, jika anda membuat sales/ marketing, gunakan pendekatan dan petunjuk seperti "berjiwa rakyat", "perubahan" seumpamanya.. tak semestinya ayat yang sama.. lain ayat pun boleh tetapi ayat atau penceritaan yang sedemikian rupa.

Bagaimana pula clue untuk tahun 2019, 2020 dan seterusnya? Kursus Strategi Tahunan menyediakan perihal2 sedemikian (sesi kelas peribadi atau kelas tertutup juga boleh diatur).

Picture
Satu lagi slide kursus Strategi Tahun 2019 yang membuatkan tersenyum adalah slide ini... tersenyum kerana mengenangkan clue yang  benar2 berlaku... sekali lagi, ayat tu muncul lagi.. kebetulan ke? Ini bukan Dato Eddy yang reka2.. dah ada dalam kajian buku tahun 1965 lagi dah!

Sekali lagi, ayat tentang "kebaikan rakyat" memberikan clue tentang strategi untuk tahun 2018 ini. Gunakan ayat atau pendekatan sedemikian bagi perniagaan/ sales/ marketing anda tahun 2018 ini.




Picture
Tahniah diucapkan kerana melakar satu sejarah yang baru dan unik negara.

Seperti yang Dato Eddy beritahu daripada tahun lepas bahawa tahun ini 2018 adalah "tahun wanita" jadi potensi dan peluang untuk para wanita menjana kejayaan adalah baik. Tahukah anda tahun 2018 adalah tahun warna biru? Jadi, secara metafiziknya, tahun 2018 adalah tahun "wanita + biru" tentu anda tahu kombinasi ini merujuk kepada parti PKR yang memenangi kerusi Parlimen yang banyak dalam PRU 2018 yang mana presiden adalah seorang wanita. Tun M menumpang "aura" sebegitu. Walaupun parti pemerintah biru juga tetapi bukan diterajui oleh wanita. 

Jadi, secara metafiziknya, kemenangan berpihak kepada pihak beliau. Dalam metafizik, kami tidak meletakkan sentimen, isu dsbnya dalam analisis, tetapi fenomena dianalisis secara objektif dan pandai2lah klien ambil keputusan.

Begitulah cara kaedah metafizik pernomboran.. di dalam kehidupan kita mencari ikhtiar2... kita belajar dari pengalaman orang dan fenomena kejadian sebenar yang terkini untuk kita jadikan panduan merangka strategi kehidupan, perniagaan dsbnya.

Picture
Alhamdulillah, berlangsung Kursus Strategi Hadapi Tahun 2019 Vacuum Star pada 13 Mei 2018 lalu. Antara peserta yang hadir adalah seorang klien tahun 2009  yang pernah mendapat anugerah usahawan negeri kerana sales tahunan RM4 juta... kali ini, perbincangan untuk memantau halatuju perniagaan kerana bakal memasuki tempoh Vacuum Star untuk 10 tahun.

Dalam bilangan peserta yang kecil ini didapati ramai yang bakal melalui tahun yang kurang bagus untuk 2019 nanti... jadi, ini memberi bayangan bahawa tahun 2019 adalah mencabar bagi rakyat Malaysia untuk melalui tahun Vacuum Star 2019.

Semoga perkongsian ilmu di dalam kelas dapat memberi panduan untuk membina strategi yang baik bagi menghadapi 2019 nanti.



Kaedah Pernomboran adalah kajian tentang kitaran (cycle) dan pola (pattern). Jika dalam kaedah Statistical Contol dalam bidang Quality Contorl (QC), juga perihal cycle and pattern. Terdapat kitaran 10 tahun dan kitaran 60 tahun serta kajian2 kitaran lain yang kecil.

Kita semua tahu 2018 ini kita sudah bertukar Perdana Menteri, tahukah anda 2009 iaitu kitaran 10 tahun lalu, Perdana Menteri Malaysia bertukar?

Tahukah anda TS Muhyiddin Yasin memenangi sokongan menang jawatan pada 2009 dan kini 10 tahun sekali lagi dapat sokongan?  Tahukah anda 2 buah tol dimansuhkan pada 2009 dan pada 2018 ini kita menikmati tol yang dimansuhkan juga. Tahukah anda parti PAS memenangi pilihanraya2 2009 lalu dan 2018 lagi sekali menang? Tahun 2009 lalu krisis DUN Perak dan apakah kita akan alami kitaran ini sekali lagi?

Apa lagi fenomena yang berulang untuk 2018 ini? Tips: rujuk ke Wikipedia 2009 in Malaysia.

Cuba imbau balik apa yang anda lalui 2009 lalu?


Picture
Bagaimana prestasi kehidupan anda untuk bulan Mei 2018 ini? Seperti yang Dato Eddy sentiasa pesan bahawa bulan Mei adalah penting sebagai petunjuk kepada perjalanan tahun hadapan, maka bulan Mei seeloknya dalam status dan energi yang baik berterusan.

Seperti yang kita alami pada 9 Mei 2018 lepas, ada yang memperoleh kejayaan tetapi sebenarnya ramai yang kecundang... walau setinggi taraf menteri kecundang jua dan tentunya individu2 yang mengikuti mereka juga kehilangan kerja dsbnya. Jadi, ini satu petunjuk bahawa 2019 nanti tahun Vacuum Star bakal berpotensi berlaku "termination" / pemberhentian. Selain Vacuum Star terdapatnya Terminating Star, jadi bersedia untuk berlaku fenomena diberhentikan kerja/ditamatkan kontrak tahun depan. 

Bagi yang menang dan masuk kerajaan tak risau tahun depan 2019 kerana kerajaan ada RM100 Bil simpanan untuk 7 bulan kegunaan kecemasan... jika Vacuum Star pun masih boleh ada makanan terhidang.. Tapi yang kita ni rakyat/ kerja swasta apakah sudah ada simpanan sendiri untuk 3-4 bulan melalui Vacuum Star tahun hadapan? Agaknya itu hikmahnya kita berpuasa bulan Mei ini supaya bila kita terkena VAcuum Star tahun depan hilang kerja hilang pendapatan kita dapat berpuasa melalui tempoh Vacuum Star itu.

Masih ada separuh bulan Mei lagi untuk anda tingkatkan status, situasi, energi anda sebelum berakhir bulan Mei ini. Bulan Jun juga sama penting untuk ketetapan perjalanan tahun depan, cuma pergerakan dah bergerak mungkin terlewat sikit, maka ambil peluang bulan Mei ini.


Picture
Bukanlah tujuan ikhtiar wangian untuk buat pemakai jadi pening dsbnya tetapi tujuan asal untuk energi ketenangan bagi aura tenang, tarikan rezeki, kasih sayang seumpamanya. Ada individu yang melalui proses "penyucian" seperti pening dsbnya pada peringkat awal biasanya disebabkan penyesuaian energi. Jarakkan penggunaannya dahulu untuk permulaan dan selepas 1-2 minggu barulah guna seperti biasa harian. Biasanya wangian tersebut dihantar dalam bekas plastik yang mana boleh direndam botol wangian dalam air (contoh: air mineral atau air zam-zam) sebagai ikthiar kurangkan "dos" energi mungkin terlalu tinggi untuk diri... lain individu lain tahap energi jadi langkah2 sebegini boleh membantu memberi energi yang lebih stabil dengan diri.
Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly