Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Permulaan Kejayaan Destinasi Kekayaan

10/22/2013

0 Comments

 

Picture
Picture
Setakat ini nama sebuah syarikat: Papparich, memenuhi ketiga-tiga kriteria untuk nama yang power dari segi metafizik. Bukan mudah nak dapatkan pengiraan sebegini... maka apakah syarikat anda punyai nama yang power?

Maka binalah parameter bisnes yang berkesan! Nama mesti power!

Many have asked Rich Tan what has inspired him to name his restaurant PappaRich. Everyone loves the word Papa, someone whom you can easily relate to and remember whilst being close to your heart. As for the word Rich, "Doesn't everyone want to be Rich especially a Rich Pappa" Rich Tan quips! He also believes that the element of success is also highly dependent on the brand name whereby it can serve as a good form of advertising where the PappaRich brand has also brought lots of luck and success to him.

Bonus: Software Percuma Kiraan Nama dan Software Tafsiran Nama.
Kursus Pola 969 Potensi Usahawan dan Perniagaan Berkesan. Pelajari teknik 3 kriteria nama tersebut.

Mohon tidak sms, whatsapp atau email kepada cikgu Ady minta nama perniagaan begitu sahaja kerana nak kira nama perniagaan yang boleh penuhi 3 kriteria boleh ambil masa sejam dan begitu rumit! Cikgu Ady perlukan masa dan masa itu ada kosnya. Kalau sekadar nama periksa nama secara umum (bukan 3 kriteria) tu bolehlah.

”Jika halangan membuatkan anda jatuh, maka biarlah kesungguhan membuatkan anda naik ! – Shilpa Lad


Picture
Pola 933 sering ditemui pada usahawan gagal, tapi pola itu juga ada pada usahawan jutawan.. jadi, jika usahawan menggunakan pendekatan pola 933 dengan baik maka ada peluang untuk jadi jutawan, tapi jika tidak ikut pendekatan pola 933 maka ada ruang untuk jadi gagal. Apakah anda usahawan pola 933? Apa itu pendekatan pola 933? Bagaimana saya boleh jadi usahawan cemerlang dengan pola 933?

Kursus Pola 969 Potensi Usahawan dan Perniagaan Berkesan.
Picture

Picture
Doa dari Majalah Al-Ustaz Isu no 19.

Setakat ini telah terjumpa dua kisah teknik penyembuhan oleh Rasulullah saw menggunakan tangan - satu contoh di atas. Ini menunjukkan teknik sentuhan adalah satu teknik yang digunakan secara berkesan.

Malah, peristiwa Rasulullah saw mendapat wahyu adalah apabila di Gua Hira' yang mana malaikat Jibrail as memeluk Nabi saw, juga satu peristiwa Jibrail as datang dalam bentuk manusia dan duduk berdepan Nabi saw dengan lutut mereka bersentuhan manakala Jibrail as memegang paha Nabi saw bertanyakan perihal Rukum Iman sambil disaksikan oleh para sahabat ra. Ini menunjukkan perihal teknik sentuhan dalam pembelajaran.


Sentuhan ajaib Vipret

Di Fribourg, Switzerland, seorang lelaki dikenali sebagai Denis Vipret bergerak mengelilingi 20 orang yang duduk membentuk bulatan. Mereka menanti sentuhan penyembuhan di bahagian bahu dengan teknik ketukan secara perlahan menggunakan tangan kanan Vipret bagi memindahkan tenaga kepada pesakit. 

Vipret sangat popular dalam kalangan pengamal perubatan yang semakin meningkat bilangannya di Switzerland. Ketika lawatannya ke Geneva, dia menjangkakan dapat merawat kira-kira 300 pesakit yang tidak sabar-sabar merasai sendiri sentuhan ‘ajaib’ tangannya itu. 

“Menggunakan tangan kiri saya dapat mengenal pasti masalah pesakit dan tangan kanan pula bertindak sebagai penyembuh,” kata Vipret, lelaki memiliki tubuh berisi yang mengenakan kemeja bercorak kotak, celana denim dan terompah.

Walaupun Switzerland terkenal dengan syarikat farmaseutikal terbesar di dunia, ia turut membuktikan tanah subur itu turut menjadi tumpuan pengamal perubatan tradisional seperti Vipret ...
 orang ramai sanggup datang dari jauh semata-mata mahu mendapatkan rawatan daripada Vipret yang mengenakan caj kira-kira RM161.80 untuk setiap kunjungan. 


Setiap hari 60 orang bankrap Malaysia - Menteri
PUTRAJAYA 31 Okt. - Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.


------------------------------

Saban hari kita berdoa... berdoa untuk dimurahkan atau diperbanyakkan rezeki.. tapi kita juga berdoa supaya kita dilindungi dari menjadi mangsa bebanan kewangan... walaupun kita berdoa untuk jadi jutawan tapi tak jadi jutawan pun tapi sekurangnya Dia melindungi kita dari menjadi mangsa bebanan kewangan... nantilah, adalah tu giliran anda jadi jutawan (kalau ikutkan teori pernomboran kena tunggu Virtuous Star/ Kitaran Tahun 6 atau 9)...yang penting kita sering berdoa.. walaupun bukannya duit jatuh berdebuk diposkan dari Tuhan tetapi kita bersyukur kerana tidak menjadi seorang mangsa... Jika ikut kata statistik jika anda berumur 35 - 44 tahun, maka risiko adalah besar jadi elok sangatlah sentiasa berdoa kekayaan (serta perlindungan kekayaan) supaya bukan kita yang menjadi salah satu statistik tu,

Picture
Apakah cikgu Ady berupaya menghalau jin dan makhluk halus? Apakah cikgu Ady berupaya mengharmonikan sesuatu yang tidak tenteram? Ianya bukan dari cikgu Ady, ianya dari anda sendiri...anda usaha dan berdoa dengan izin Yang Maha Kuasa.... menggunakan strategi dan ikhtiar... anda sendiri yang buat perubahan apabila berada di dalam tempoh "halangan". Apabila kita dalam tempoh "halangan" atau "tekanan" ada saja alasan atau sebab untuk membenamkan anda sampaikan jin pun nak join sama.. tetapi apabila anda jadikan diri anda dan rumah anda positif (tapi susunkan ikut arah yang betul, warna yang betul dsbnya), perkara yang negatif tak sudi lepak dengan anda... yang datang bergolek kepada anda ialah individu bernama kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan... anda yang menjemput mereka datang... apabila berlaku halangan, cabaran, tentangan, dugaan maka buat PERUBAHAN / TRANSFORMASI!

November 3 brings a dramatic solar eclipse in Scorpio, when you'll need to let go of the old to make way for the new!

A solar eclipse is a natural phenomenon. It occurs when the moon passes between the sun and the earth, blocking the rays of the sun from reaching the earth for some time, partially (annular eclipse) or completely (total eclipse).

  • The eclipse time brings up negative destiny energies and this can be used as a beneficial opportunity. 

  • This is a negative energy discharge time and a great spiritual-material progress opportunity as well!

Action of the Eclipse on us:

  • Under normal circumstances our bodies ground negative energies into the earth. At the time of an eclipse the negative energies from the bodily organs rises upward instead through the chakras and aura to negatively influence our karmic pattern that descend from the higher chakras.
Untuk orang Islam, sangat-sangat digalakkan untuk buat Solat Sunat Gerhana. Apabila anda sujud (paling ideal ialah dekat dengan tanah tapi kat Malaysia ini mana ada tempat untuk sujud terus atas tanah, tapi bolehlah bentang sejadah di laman), energi negatif yang bergerak ke chakra atas (iaitu Crown Chakra di kepala) akan "gounded" atau keluar dari situ ke tanah. Untuk non-muslim, anda ada cara anda sendiri. Elok untuk sama ada muslim atau non-muslim untuk mandi menggunakan sabun tanah liat (paling senang cari kedai Cosway atau Cosway Farmasi - kalau tak ada membership, gunakan nombor isteri cikgu Ady iaitu 000833) atau mana-mana kedai runcit pun ada... lepas tu bilas satu kali dengan minyak pyrite.. boleh juga mandian garam... kesemua ini adalah ikhtiar untuk "melepaskan" energi tidak baik... mudah-mudahan.

"May Good Energy Be With You!"

Ikhtiar Pola 72: Untuk 3 Nov dan 7 Nov, kepada anda yang masih bujang belum ada jodoh, boleh juga berdoa untuk dipermudahkan jodoh. Jadi, 3 Nov tu bolehlah tuliskan "perkara yang saya mahu dalam jodoh saya" seperti mahu suami yang baik / isteri yang penyayang dsbnya... kepada mereka yang dah berumahtangga boleh juga doa / tulis perkara yang "saya mahu dalam perkahwinan saya" seperti mahu hubungan lebih mesra dsbnya.
Picture

November 4  is the 308th day of the year
  • 1429 – Joan of Arc liberates Saint-Pierre-le-Moûtier.
  • 1924 – Nellie Tayloe Ross of Wyoming is elected the first female governor in the United States.
  • 2008 – Barack Obama becomes the first African-American to be elected President of the United States.

Career and Finances
November 4 people are intelligent and perceptive. They look for career choices that showcase their ability with words and outgoing personality. ... November 4 individuals seem to have a sixth sense about money. They are capable of turning a moderate income into a considerable fortune.

Dreams and Goals
November 4 men and women do believe that whatever is ahead is better than what came before. So they are enthusiastic about setting goals and are energetic about achieving them. They have realistic ideas about what they can do, but that doesn't keep them from dreaming the "impossible dream."

Picture

Picture

Individu ini tiada pola 72 namun bila sudah tiba tempoh usia yang ada pola 72, adalah lebih mudah jodoh.  Kerana itu ikhtiar jodoh dengan pola 72.

Kebetulan pula dalam tempoh 10 tahun beliau tu pola 6666 pola kekayaan... individu yang terima bayaran tinggi serta jodoh dengan jutawan...
Picture

Picture
Oleh kerana kita tinggal di Malaysia, maka boleh juga kita gabungkan tarikh lahir kita dan tarikh kemerdekaan 31.8.1957... bagaimana dengan pola gabungan anda?

Ianya memainkan peranan juga terhadap potensi kita.

Contoh di sini pola gabungan untuk beberapa individu yang kita kenali.


Picture
Kaedah Metafizik Pernomboran Garis Masa Dinamik

Kenali POTENSI,
Bina STRATEGI,
Pantau PRESTASI,
Tingkatkan PRODUKTIVITI.

Motivasi Kekayaan Inspirasi Kejayaan.


Arah, Garis Masa, Gabungan, Potensi Statik/ Dinamik dan Energi.


Aslmkm cikgu..sy dah buat mcm cikgu suruh.. pakai minyak pyrite 183 tiap hr... mandi garam, tukar bilik, cat pintu biru, tukar no rumah.. no bilik, daftar niaga.. alhamdulillah anak2 pun dah tak gaduh2 mcm selalu. nampak harmoni. suami pun baik sgt dgn sy. bisnes pun ada sale utk killer produk..syukur kpd Allah, tkasih cikgu, pak habib, pak lah dan insan2 yg menolong sy..

-------------------
 
Kaedah pernomboran adalah satu kaedah ikhtiar.. yang penting adalah tiap kali ada masalah, teruslah cari cara untuk membuat perubahan... cara yang macam mana? Terpulang kepada kemampuan dan bajet.. ada banyak kaedah di pasaran.. yang penting BERTINDAK untuk buat perubahan usah dok melangut termenung murung berkurung dalam bilik.. jalan keluar pasti ada... cuma kadang kala jalan keluar tu pelik sikit seperti alihkan kedudukan katil, cat semula rumah dsbnya... maksudnya tiap kali ada masalah cabaran atau halangan, bertindaklah UBAH apa yang boleh... tapi kalau boleh ubah ikut cara yang lebih berkesan, satu caranya gunakan kaedah pernomboran...

Kursus berkaitan:
- Konsultansi Peribadi
- Konsultansi Perniagaan.
- Kursus Asas Pernomboran - WhoAmI, Pengenalan Asas, Pengenalan Advanced.
- Kursus Pola 969 Potensi Perniagaan dan Usahawan Berkesan.


Picture
Yang ini milik cikgu Ady.. tadi dapat tapi tak pasti dari mana. Satu kombinasi yang baik.

Picture
Minyak wangi Pyrite dibuat mandian.
Sama ada anda cungkil roller untuk menitiskan minyak terus ke dalam air mandian (jika boleh titiskan minyak di luar bilik air/tandas atau boleh juga titis dalam bilik air tetapi botol minyak terus letak luar pintu bilik air selepas titis) atau calit minyak wangi di kulit atau di kepala terus selepas mandi. Berdoa dan berniat sebaiknya.

"cikgu Ady, terima kasih untuk program berdoa tempoh hari, sy ada mandi pakai minyak pyrite khas 96 setiap mlm jumaat 2x... dalam 2 minggu ini pendapatan saya rm8500 alhamdulillah... sy dijangka akan mndapat rm30K..."


Picture
Foto seorang usahawan di pameran perniagaan di PWTC, KL baru-baru ini.

Usahawan ini dari Johor Bahru. Sebelum ini beliau dapatkan khidmat konsultansi kami di Melaka (sanggup memandu sehingga Melaka pada hari tu)... seperti biasa mengadu masalah perniagaan dan rumahtangga.. kedengaran banyak perkara yang negatif diluahkan... setelah dikaji rupanya beliau terkena "tempoh halangan" sebanyak 3 lapis! Kalau 1 lapis pun merana inikan pula 3 lapis.

Setelah proses strategi serta rawatan jalur emas dan selepas itu berkesempatan pula untuk singgah di premis perniagaan beliau di Johor Bahru untuk betulkan "aura" premis perniagaan... sesekali beliau ada hubungi cikgu Ady bertanya khabar yang menariknya semua kata-katanya kini positif dan ceria... perniagaan pun ok malah rumahtangga pun ok suami boleh berubah baik... memang unik dan pelik kes ini tetapi inilah namanya ikhtiar... itupun beliau ada amalkan zikir dan doa yang banyak... jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan tabah dalam tempoh halangan tentunya Yang Maha Kuasa memberi petunjuk strategi dan bantuan sewajarnya.

Program berkaitan - hubungi kami:
- Pakej konsultansi Perniagaan + Premis Perniagaan
- Kursus Pola 969 Potensi Perniagaan dan Usahawan Berjaya.


Sejak balik dari kelas di Melaka.. byk tawaran hartanah saya terima.. paling baru, saya ditawarkan untuk uruskan hartanah bernilai RM1 juta.

Picture
Program "Pemulihan Diri" Awal November 2013

Minggu depan 2 Nov kita bercuti lagi! Hari Cahaya Deepavali kedatangan "cahaya" menerangi kehidupan... 
Best cuti 4 hari dari Sabtu ke Selasa 5 Nov Maal Hijrah... tapi sebenarnya ada program-program metafizik yang anda boleh lakukan untuk awal November ini... bagi tujuan "pemulihan diri" sesuai dengan HIJRAH pada 5 Nov depan.


3 November - Gerhana Matahari: Untuk KL: 6 petang - 11 malam (klimaks 8.50 malam)
Kalau 19 Oktober lalu semasa Gerhana Bulan anda tulis "tak nak" dan koyak buang senarai tu, kali ini Gerhan Matahari adalah "apa yang anda nak" - nak kaya, nak bahagia, nak sihat, nak untung dsbnya. Tulis sambil berdoa dan lepas tu frame atau simpan baik-baik kertas senarai tu... sebagai inspirasi dan doa.

4 November - Berdoa Upload Energy 838 (atau daftar/ renewal/ tambah skop syarikat). KALAU BOLEH BERPUASA SUNAT pada 4 November sebab ianya hari Isnin dan untuk Upload energy nanti adalah baik berpuasa dahulu.

5 November - Maal Hijrah - untuk saudara Muslim, jangan lupa doa awal tahun dan akhir tahun pada sebelum dan selepas Maghrib 4 November... untuk non-muslim pun boleh juga join gunakan doa sendiri.... maknanya 4 Nov adalah satu hari energy yang baik untuk Upload Energi, berpuasa serta untuk buat "perubahan" - kan angka 5 iaitu 5 Nov tu adalah "perubahan". Juga, ambil semua senarai NAK yang anda buat semasa Gerhana Matahari 3 Nov tu untuk didoakan sekali lagi ketika doa awal tahun pada maghrib 4 Nov nanti untuk tambahkan energi mudah-mudahan apa yang anda senaraikan NAK tu menjadi kenyataan... buat juga solat hajat mohon senarai jadi kenyataan.

7 November - Berdoa Kekayaan / buka akaun bank/ beli sijil Premium.

Jadi, awal minggu November ini penuh dengan energy yang baik bermula 3 November - 7 November. Jangan lepaskan peluang tambah energy yang baik... ini peluangnya! Mana nak cari kebetulan yang macam ni Gerhana Bulan - Upload Energy - HIJRAH - berdoa kekayaan... seolah-olah satu proses membuat perubahan untuk masuk tahun 2014 "tahun kerohanian/ penyucian jiwa".


Tapi kebetulan pulak Pilihanraya Sg Limau 4 Nov.. 


Picture
Kitaran 7 - masalah kewangan.

Dari penyelidikan cikgu Ady mendapati pada tahun dunia kitaran 7 iaitu pada tahun 1996 dan 2005, negara Malaysia mengalami krisis bekalan elektrik terputus... sesuai dengan peranan kitaran tahun 7... walaupun untuk segelintir kita tak kisah sangat pasal elektrik terputus seperti pelajar dan guru sekolah tapi bagi usahawan adalah sangat penting. Contohnya, usahawan frozen food sangat bergantung kepada bekalan elektrik. Oleh kerana ini satu trend kitaran tahun 7, maka semua usahawan diminta bersedia untuk bekalan elektrik. Antara persediaan;

1.  Jika bekalan elektrik terputus untuk 2-3 hari maka anda perlu ada simpanan dana kecemasan untuk tampung kos operasi tersebut bagi 2-3 hari tersebut. Ini adalah ikhtiar untuk elak usahawan buat pinjaman bilamana ada krisis kewangan baru nak meminjam sebab tak buat simpanan awal. Bila kitaran 7, selalunya pinjaman tersebut menjadi melarat satu penyakit sukar diubati, jadi pencegahan adalah lebih baik. Dengan kata lain, kitaran 7 adalah asbab untuk ramai usahawan jadi gagal.

2.   Bersedia dengan kemudahan pembekalan yang lebih besar, maksudnya katakan anda buat frozen food dan elektrk terputus, maka anda alihkan dan tumpangkan bahan jualan anda di syarikat yang ada kemudahan sewa peti sejuk komersial.

3.   Jika perlu, pasang set generator back-up, paling biasa seperti set generator peniaga pasar malam atau pastikan set generator yang anda ada sekarang berfungsi baik. Ada juga syarikat yang boleh anda sewa set generator.

4.  Keperluan "power bank" untuk telefon bimbit. Nampak remeh je, tapi kalau handphone usahawan tak mati dah macam kedai ditutup macam mana nak hubungi pelanggan/ pembekal dsbnya. Terdapat juga alat pencetak (printer) yang caj bateri (seperti yang cikgu Ady pakai Cannon model 100). Mana tau nak print invoice atau apa-apa dokumen penting...

Dan banyak lagi persediaan.... tapi yang paling penting ialah sedia wang back-up untuk tampung kos untuk elak buat pinjaman bank. Tentunya, untuk pihak TNB mohon diperiksa tentang perihal grid nasional, kabel dsbnya... 


KUALA LUMPUR (Oct 27, 2013): Business operators in Brickfields' Little India are feeling the effect of the Budget 2014 announcement, claiming that business is not picking up although Deepavali is less than a week away. They said the removal of sugar subsidy and the announcement of the goods and services tax (GST) are reasons why shoppers are cautious with their spending. "It is a cause for worry among us here with only five days to go before Deepavali. Usually we can feel the 'heat' of Deepavali two weeks before the festival, but this year it is totally different...  A jewellery and clothing merchant, who wanted to be known only as Ashok, said he was worried about investing in new stock. "Even the old stock I bought on Oct 10 is still not cleared. It's worrying." Rama Krishnan, a 25-year-old house decorations and prayer paraphernalia trader said business is moving at a very slow pace this year.

------------------------

Tahun 2014 depan bakal menjadi cabaran untuk dunia perniagaan serta kewangan secara keseluruhan. Berita di atas menunjukkan penurunan prestasi kewangan, seperti yang cikgu Ady beritahu sebelum ini bahawa bermula Oktober mula terasa bahangnya untuk masalah kewangan 2014. Sebelum ini ada dipaparkan prestasi perniagaan yang perlahan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu, tapi masa itu mungkin berpendapat bahawa ianya kes raya sahaja, tetapi jika Raya Deepavali juga perlahan, bermakna prestasi perniagaan memang perlahan. Ramai juga individu yang merujuk kepada cikgu Ady tentang masalah perniagaan mereka sejak akhir-akhir ini, adalah kerana ianya adalah kitaran semulajadi negara kita (kitaran 1) dan dunia (kitaran 7) dan kita merasai bahangnya.

Walau bagaimanapun, kita semua masih ada masa lagi untuk buat pembetulan sebelum benar-benar masuk tahun 2014 depan.

PERCUMA (bonus tambahan): Graf Bulanan 2014 dan Graf Prestasi Harian 2014 untuk peserta kursus Pola 969 Kota Kinabalu 10 Nov... bagi membantu untuk membina bisnes yang lebih baik dan meningkatkan/ memantau prestasi bisnes yang kukuh dalam hadapi cabaran 2014 depan.

Picture
Foto cikgu Ady sedang menunjukkan petak potensi Public Gold kepada Datuk Louis Ng, pengasas Public Gold di malam Gala Dinner 7 September 2013 lalu - bersama pelajar pernomboran iaitu sdra Faeez (uncangemas.net)  Master Dealer Public Gold hebat Johor... Perasan tak di foto tu...ada link transfer energy di situ iaitu sentuhan tangan Datuk Louis di bahu kiri cikgu Ady manakala sebelah tangan Datuk ke sdra Faeez...itu yang power! Transfer energi itulah juga dipindahkan ke minyak wangi Pyrite Edisi 96 serta program berdoa jarak jauh/ transfer energi pada 7 September lalu.

Sjk saya pakai myak pyrite edisi khas ari tu... ya allah rezeki dtg dr berbagai sudut. .. mcm2 hgga tk terkejar... alhamdulillah... mlm ni je forex untung 15K

Picture
Bersama kereta Royce Rolls RM1.6 juta milik pengasas Public Gold.


Cikgu Ady bukan perawat tetapi aktiviti ini adalah ikhtiar transfer energi... untuk para Elit38 (batch 1jun13) dibuat percuma tetapi untuk orang lain Cikgu Ady tak buat melainkan kes khas sahaja kerana risiko serap energi tidak baik.

Jika anda perasan sejak akhir-akhir ini adalah kempen "sentuhan" transfer energi sehinggakan teknik pola 38 iaitu "Menyentuh tanpa Sentuhan" iaitu Teknik Sentuhan Tahap 1, 2 dan 3 akan dibuat di Muar, Johor pada 22 Nov nanti... apa yang cuba diperjuangkan cikgu Ady adalah ANDA SEMUA berupaya untuk transfer energi SENDIRI (tapi untuk orang tertentu seperti anak dan pasangan sahaja dulu untuk elak risiko serap energi tak baik dari orang yang asing dari energi keluarga anda). Yalah di kala si isteri atau si suami atau si anak dalam tekanan hidup, maka untuk menceriakan mereka dan anda juga jadi anda sentuhlah mereka dan transfer energi yang baik kepada mereka... anda mampu lakukan, ianya untuk kebaikan anda juga, anda juga perlu jana dan "lepaskan" atau pindahkan energi yang baik kepada anak / pasangan.. barulah anda mampu hidup tenang dan pasangan/ anak juga hidup tenang... ini bukan program pemulihan rawatan tetapi transfer energi.


Picture
Teknologi sentuhan sangat maju. Kini telefon adalah "touchscreen" dan yang teknologi terkini adalah "air touch" iaitu mengerakkan aplikasi tanpa sentuhan fizikal.






HADITH KETIGA PULUH LAPAN (petikan Hadis 40 Imam Nawawi)
Terjemah hadith:
Dari Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhya Allah ta’ala berfirman : Siapa yang memusuhi waliku maka Aku telah mengumumkan perang dengannya.….. maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku nescaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku nescaya akan Aku lindungi “ (Hadis Riwayat Bukhari)

Memanglah teknologi itu advanced tetapi ianya datang dari Nya jua... di zaman dulu memang orang kata ilmu hebat boleh berkomunikasi dengan orang yang jauh dengan angin, memang zaman dulu wujudnya ilmu sedemikian... tapi sekarang ini semua orang mampu buat begitu, bercakap dengan kotak besi malah boleh sentuh-sentuh lagi.. jadi "ilmu" sentuhan ini adalah sesuatu yang bukan tidak logik tetapi "teknologi" (kalau dalam dulu memang tak logik boleh bercakap dengan jam, tapi kini boleh!)... dalam kaedah metafizik tahap tinggi "teknologi" sebegitu adalah secara metafizik iaitu di luar logik yang nyata.,, sentuhan tanpa menyentuh memang wujud... transfer energi... sepertimana kita "transfer" komunikasi kita dengan orang lain menggunakan telefon bimbit.. tetapi kali ini secara metafizik untuk pelbagai kegunaan dari transfer tersebut bukan sekadar untuk berkomunikasi.


Picture
Foto untuk transfer energi: BAHU KIRI

Mulai hari ini, semua foto untuk dibuat transfer energi secara jarak jauh adalah paparan BAHU KIRI - tidak memerlukan gambar penuh (melainkan kes tertentu) - contoh foto seperti di sebelah. Untuk wanita dan juga lelaki, pastikan bahu itu ditutup (pakaian tidak dedahkan kulit/ aurat). Tujuan bahu kiri adalah untuk transfer energi berdekatan dengan jantung. Juga foto sebegini memberikan privasi kepada peserta berdoa yang segan gambar penuh - namun, jika masih menghantar gambar penuh pun tidak mengapa.


Picture
Assalamualaikum cikgu ady dan team, semalam masa berdoa upload energy, terasa gelombang tenaga bergerak dari arah tgn kiri ke arah sebelah kanan. Tgn kiri sy genggam rantai leher emas kepunyaan isteri.

Assalamualaikum wbt Cikgu smlm waktu brdoa sy mengantuk dn mak teruskn zikir. Mak pun mengantuk. Mak sy mengalami mimpi emas prhiasan. Terima kasih banyak-banyak utk program brdoa
.


Picture
..bln 5 hari tu total point value mencecah 2000 personal sehingga sy dpt no 2 pengedar msia... sy pernah join berdoa jrk jauh untuk leader mlm.. sedikit sebanyak membantu sy..

Picture
Slm cikgu.. selepas ulangtahun 14.07.2013 hari tu banyak perubahan yg berlaku... dah tak kelahi mcm. dulu... hubby pun banyak diam... alhamdulillah, sekarang pregnant selepas ulangtahun perkahwinan kami. Terima kasih cikgu.

Ikhtiar berdoa kasih sayang... untuk pasangan ini yang telah bernikah pada tarikh nikah "panas dalaman" sehinggakan asyik berkelahi.. nak buat anak pun tak selera... tak kan nak daftar nikah semula... kita ikhtiar mudah-mudahan... kali ini semoga hidup berpasangan (serta jodoh) yang lebih baik dan kaya juga pada masa yang sama... bahagia dan rezeki baik...


Cabaran Bank Mandiri ke Malaysia

JAKARTA 22 Okt. - Perancangan bank terbesar Indonesia, Bank Mandiri untuk meluaskan operasi di Malaysia berhadapan dengan kesulitan berikutan syarat yang diletakkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dikatakan terlalu ketat... Selain jumlah modal berbayar itu, perkara lain yang turut menjadi halangan bagi Bank Mandiri untuk merealisasikan peluang beroperasi di Malaysia ialah batasan jumlah cawangan serta mesin ATM bagi bank asing seperti yang ditetapkan BNM.

Sebelum ini, bank keempat terbesar Indonesia, BNI juga berhasrat untuk membuka cawangan di Malaysia, namun sehingga kini pengurusan bank berkenaan tidak menerima sebarang berita daripada pihak berkuasa negara itu, kata Setiausaha BNI, Adi Setianto.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131023/ek_04/Cabaran-Bank-Mandiri-ke-Malaysia#ixzz2ihXteQTE 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Picture
Susah juga ye nak buat bisnes jika selalu ada kesulitan, ada halangan, ada batasan dan lain-lain yang mencabar.... daripada nama organisasi itu berjumlah 5 bermaksud "halangan". Bagaimana dengan syarikat atau kedai runcit anda? Selalu ke terhalang? Terbatas dsbnya? Kenapa kurang pelanggan berbanding kedai runcit di seberang jalan tu? Kenapa susah nak dapat tender atau kontrak kerajaan... cuba check balik nama tu..

Kursus berkaitan:
- Pola 969 Potensi Bisnes Menguntungkan - Tahap 1, 2, 3 dan Advanced.
- Konsultansi Perniagaan/ Korporat

Tahukah anda rahsia nama syarikat BATAVIA AIR yang muflis? Nama syarikat GENNEVA yang bermasalah? Apakah anda mahu bisnes anda juga bermasalah... tukar nama!

BERSEDIA HADAPI KITARAN TAHUN 7 UNTUK TAHUN 2014

Sejak akhir-akhir ini pemerhatian cikgu Ady mendapati terdapat banyak kes yang bakal menyumbang kepada perihal "Kitaran Tahun 7". Pola tahun 2014 iaitu 7 yang mana (2+0+1+4=7) adalah sama dengan tahun 2005 lalu dan jika disingkap sejarah semula pada akhir tahun 2004 berlakunya tsunami dasyhat dan penderitaan/ trauma daripada situ berpanjangan ke tahun 2005. Baru-baru ini berlaku "tsunami" kecil di atas bukit (Cameron Highlands), kebetulan.... Kitaran tahun 7 adalah tahun "ujian mental" yang mana banyak cabaran menyebabkan ramai orang berada dalam stres - kehilangan orang tersayang, kerugian bisnes dan macam-macam lagi. Kini sudah hampir akhir tahun 2013 maka beberapa siri "ujian mental" kitaran 7 sudah mula berlaku, termasuklah kes penutupan kerajaan AS awal Oktober lalu... beberapa individu yang kita kenal sudah mula sakit masuk hospital, beberapa bisnes dah mula merosot... walaupun belum mencecah tahun 2014, tapi bahang kitaran 7 untuk 2014 sudah mula terasa...

Antara cara untuk hadapi kitaran tahun 7 ialah "kembali kepada Tuhan" iaitu memperbanyakkan amalan kerohanian dan keagamaan. Janganlah pula kita anggap bila dah banyak solat sunat tu maka kita sepatutunya boleh terus kaya kerana kitaran tahun 7 adalah untuk mengajar kita supaya lebih kuat hadapi tekanan hidup... pengajaran dari kitaran 7 tiada kena mengena dengan kekayaan, jadi dengan amalan yang ditambah itu adalah untuk menguatkan jiwa dan semangat anda... tapi sudah tentunya jika kita kuat jiwa dan semangat kita boleh dapat capai kekayaan/ kejayaan.. memperbanyakkan amalan adalah satu cara untuk tingkatkan "energi dalaman", iaitu apabila dalaman kita kuat maka kita kuat untuk hadapi cabaran... kerana itulah beberapa siri Upload Energi diperkenalkan di sini sebagai satu ikhtiar untuk kita tingkatkan tenaga dalaman untuk meneruskan kehidupan dengan lebih berjaya.

Picture
Foto emas 3 kilo milik pembekal kad emas kita... tumpang aura emas jap... tak muat beg tu...

Picture
Kepada rakyat Malaysia, bagaimana hidup anda dalam bulan Oktober 2013 ini? Tertekan kan? Cikgu Ady sendiri kena sakit gigi dan 3 orang rakan masuk hospital kerana masalah yang sama - paru-paru berair. Yang kena tempias tertekan juga... macam-macam masalah.

Memang tertekan bulan ini sebab kitaran bulan Oktober untuk Malaysia ini adalah 8 "tekanan" manakala tengah mata angin 3 iaitu "keresahan" - dahlah tertekan, resah pula tu.... rasa nak tumpang negara jiran seketika!

Lihat semula petak Oktober di atas dan tiada angka 5. Apakah maksudnya tiada angka 5? Seperti berikut;

Tiada nombor 5
§  Kurang mengambil perhatian dengan tubuh badan dan kesihatan diri.
§  Mahu berkerja tanpa henti.
§  Kaku dan bersifat celaru iaitu tidak pandai relaks.
§ Maka, berilah perhatian kepada kesihatan diri. Elakkan terlalu bekerja lebih daripada kemampuan. Belajar relaks, banyakkan rehat dan cari masa untuk berseronok.


Memang masalah kesihatan pun! Memang resah dan celaru! Jom, relakslah kak jangan tension-tension ye... senyum selalu senyum itu sedekah...

Juga, tengok petak tu banyak pula angka 1.

Berlebihan Nombor 1:
§  Mudah sakit kepala dan murung; boleh menyebabkan sakit mental, maka luahkan dengan cara positif seperti bersukan.
§  Dikelilingi bahan besi dan terkena impak dengan besi secara dipotong (kemalangan atau pembedahan).

Cikgu Ady sakit gigi kena "bedah" (Root Canal), begitu juga seorang kawan juga kena Root Canal dalam 2 minggu lepas dan seorang kawan baru tadi kata esok masuk hospital untuk operation... memang laku klinik dan hospital bulan ini ye..

Kursus berkaitan:
- Teknik Graf Prestasi Bulanan / Seminar Tahun
- Kursus Asas Tahap Advanced.


Picture

Picture
Foto program Elit769 yang diadakan pada 11 Mac 2012 lalu bertempat di mana lagi kalau bukan di Masjid Jamek Muar, Johor. Sesi petang adalah sesi berdoa dan upload energi beramai-ramai di perkarangan masjid. Yang berbaju putih berjalur kuning adalah peserta Elit769. Antara yang hadir ialah Sdr Noredie, Sdra Faeez Mazlan (uncangemas.net) dan ramai lagi. Ada di antara mereka yang beri maklumbalas dapat tender RM2 juta dan beberapa kejayaan yang lain seperti dapat pergi Umrah, peningkatan perniagaan dsbnya.

Pada 22 Nov 2013 depan bersempena pula Hari Keputeraan Sultan Johor, jadi kita nak upload energi dan juga pelajari kaedah "Sentuhan" Tahap 1, 2 dan 3 sekaligus... ianya juga hari Jumaat. Jadi, memang hari yang aura dan energi yang sangat bagus.

Kepada peserta yang bakal hadir nanti, bawa semua alat kekayaan anda - kad emas, business card, bunting, koleksi duit siri nombor cantik, minyak pyrite, barang kemas dsbnya. Pakaian serba / separuh putih.
Foto 1: Pelancaran bunting baru untuk Sdra Noredie semasa Program Elit769 pada 11 Mac 2012... selepas itu awal tahun 2013 dapat sales tertinggi RM1.2 juta... jadi ambil kesempatan pada 22 Nov ini untuk melancarkan produk atau bunting syarikat anda pula... mudah-mudahan ada kejayaan.

Foto 2: Program Konvensyen di Muar juga tapi pada 3 Jun 2012 bertempat di dewan sebuah sekolah anak yatim berdepan Istana Tuanku. Kebetulan pada hari tersebut, Sultan berada di istana menyebabkan beberapa jalan untuk ke dewan itu ditutup dan gunakan laluan lain.

Foto 3: Pemandangan dari Hotel Traders, Muar... nampak menara biru Masjid dan sebelum itu ada satu jeti itulah kawasan Istana Sultan Johor... jadi pada 22 Nov 2013 program kita di Masjid memang sebelah dekat dengan Istana.. "aura kesultanan". 

Antara fakta Kesultanan Johor - dari Wikipedia:
Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528...

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau Lingga pada bulan November 1822, lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja Empayar Johor.

He also declares Muar, the town which lies in the northwesternmost border of Johor as the new royal capital of Johor on 5 February 2012, conciding with the Maulidur Rasul celebrations... Sultan Ibrahim became the first Johor Ruler to celebrate his birthday celebration in Muar on 22 November 2012 as it is his beloved town. He picks the town because it is "rich in history and tradition besides being peaceful, beautiful and progressive"

Muar adalah bandar di-Raja di selatan Johor. Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali dalam masa yang singkat (1855 – 1877), apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar) telah diserahkan kepada Dato' Temenggong Daeng Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali.


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.