Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Permulaan Di Kekayaan Pengakhiran Di Kejayaan

4/26/2018

0 Comments

 
Picture
​Nak tahu sejauh mana berkesan kaedah pernomboran adalah main nombor ekor! Agak kasar pendedahan ini tetapi ini adalah realiti...  Klien ini baru pertama kali mendapatkan khidmat kami dan terus mencuba dan menang pulak tu....

Namun, adalah sangat2 tidak digalakkan untuk menggunakan kaedah pernomboran dalam permainan ini memandangkan potensi kalah dan rugi itu lebih banyak dan daripada buang masa dalam sedemikian baik buat sales, beli unit saham dsbnya.

Secara praktikal, sesuatu kemenangan bukan terletak pada tuah angka tetapi pada tuah badan (masa yang betul, arah yang betul), bila ada tuah badan apa nombor pun jadi... tetapi permainan sebegini tidak produktif kerana untuk perihal tuah ini kita perlu bersaing dengan jutaan orang lain yang bermain perkara yang sama. Oleh yang demikian, daripada buang masa, wang dan tenaga bersaing dengan jutaan orang, baik kita bina tuah dan potensi diri dalam perihal sales dan bisnes untuk membolehkan dapat rezeki yang mengalir pasif mahupun aktif berbanding cara permainan sebegitu.

Klien ini pernah mendapatkan khidmat konsultansi perniagaan kerana bercadang untuk membuka satu kedai. Di dalam sesi konsultansi itu didapati beliau kurang sesuai untuk membuka kedai dalam tempoh ini, namun disebabkan kerana telahpun bayar deposit sewa lot kedai, maka diteruskan juga perniagaan tersebut. Tetapi akhirnya telah ditutup jua dalam masa yang singkat.

Menjalankan perniagaan adalah suatu perkara yang berat dan besar dan risiko rugi sudah termaktub tetap ada menunggu bila2. Oleh yang demikian, dicadangkan untuk individu2 yang bercadang untuk memulakan perniagaan, untuk mendapatkan dulu perkhidmatan konsultansi perniagaan/ kursus Pernomboran Pola 96 Potensi Usahawan, bagi membuat perancangan yang sewajarnya... tentang tempoh masa, tentang arah sesuai, tentang keserasian model dan jenis perniagaan dan pasaran dsbnya.

Picture

Menggunakan kaedah Pernomboran sebagai panduan, dapatlah membantu seorang pesakit untuk mencari pemulihan diri ... selama beberapa tahun menanggung kesakitan tanpa difahami... rupanya antara cara yang dapat membantu adalah berada di luar rumah! Ini adalah kerana daripada kiraan tarikh lahir didapati pesakit ini tidak sesuai berkurung saja sepanjang hari dalam rumah terutama dari tahun 2009 hingga 2018. Ada strategi2 pemulihan lain seperti ikhtiar pemulihan energi dsbnya.

Yang penting, daripada kaedah pernomboran kita dapat menjelaskan sesuatu fenomena itu dengan lebih objektif dan seterusnya mencari penyelesaian objektif yang sesuai dengannya.

Picture

Picture
Bagi umat Islam, bangun tidur di sepertiga malam sekitar 3 pagi untuk mengerjakan amalan sunat merupakan satu amalan yang diberatkan walapun tidak wajib kerana itu dikatakan waktu energi yang baik... rupanya non-muslim Barat juga berpandangan yang lebih kurang sama... iaitu waktu tersebut ada fadilat yang baik... energi yang baik tentang ketuhanan juga.

Jadi, perihal energi tiada kaitan dengan agama kerana sama2 menyedari hakikatnya walaupun masing2 ada cara sendiri tetapi yang penting perkara yang sama iaitu perihal energi alam.

Picture
Bagi umat Islam, adalah diwajibkan untuk mandi (mandi wajib) selepas mengadakan hubungan intim bagi tujuan kebersihan... rupanya non-muslim Barat juga mencadangkan untuk membuat "cleansing" selepas hubungan intim.. antara cara cleansing adalah mandi, bermeditasi dsbnya... untuk membuang energi atau aura yang tidak baik yang dipindahkan kepada diri semasa hubungan intim... menurut artikel ini, jika seseorang berhubung intim dengan seseorang yang kurang baik aura/ energinya maka ianya dipindahkan kepada individu itu menyebabkan kehidupannya menjadi bermasalah... apa pun lepas "projek" mandi ya!

Perkara sebegini sains teknologi belum lagi mengkajinya jadi ianya dalam pengajian metafizik energi, walaupun sedemikian, mandi selepas hubungan intim menjadi wajib tak kisahlah saintifik atau metafizik pun.


Picture
Ada insan yang perlu lalui tempoh perjalanan kehidupan yang sukar bagi satu tempoh yang lama... 30 tahun, 40 tahun.. dan ada kes 60 tahun... jadi, bagaimanakah untuk dapat lalui tempoh perjalanan hidup yang lebih baik.. melompat masa, seperti siri TV Quantum Leap? Belum ada teknologi atau rawatan sebegitu lagi... namun, masih ada ruang untuk berikthiar bagi peningkatan atau pembetulan... memahami diri.. memahami seseorang itu... adalah penting sebagai langkah pertama untuk membuat strategi kehidupan yang seterusnya.

Kaedah Pernomboran adalah satu cara bagi mengenalpasti perjalanan kehidupan untuk memahami jalan cerita dan kemudian membincangkan strategi bagi pembaikian... umpama seorang jurutera yang ditugaskan untuk membina lebuhraya di hutan Pahang perlu kaji cerun, gaung, puncak bukit dsbnya untuk dibuat pelan laluan lebuhraya..

Kaedah Pernomboran Dinamik Versi Dato Eddy... dinamik bermaksud "perjalanan tempoh masa" iaitu;
- Graf Dekad (Graf Motif Hayat Dekad), ciptaan Dato Eddy sendiri untuk analisis tiap 10 tahun.
- Graf Hayat - untuk analisis secara seluruh hidup, tiap 10 tahun, tiap tahun, tiap bulan, tiap hari malah tiap jam! Kalau perlu!
- Graf Kitaran Tahunan.
- Graf Kitaran Mingguan, Harian dan Jam - ciptaan dan kajian daripada Dato Eddy.


Picture
Kehidupan manusia ini berjalan di atas laluan daripada "pintu" yang tertentu... ada pintu yang membuka laluan yang mudah saja sepanjang laluan manakala ada pintu yang membuka kepada laluan yang sukar sepanjang laluan... ada pintu yang tak dapat nak pilih.. iaitu pintu kita masuk dilahirkan ke dunia ini pada tarikh tertentu.. dan ada pintu yang boleh kita ikhtiarkan pilih... iaitu pintu kita masuk ke satu alam seperti alam perkahwinan... jika kedua2 atau kesemua pintu kita terbuka untuk laluan yang sukar maka berselirat laluan menyukarkan dan mengambil masa untuk mengurangkan kesesakan laluan... begitulah realiti kehidupan... jadi, dah sedar perkara ini maka bagaimanakah strategi dan ikhtiar untuk kita keluar ke susur untuk satu laluan yang lebih baik? Strategi arah... boleh diubah arah tapi bergantung juga keupayaan.. strategi ubah tempoh masa.. setakat ini belum ada teknologi atau rawatan untuk melompat masa... strategi tukar tarikh? bukan mudah untuk suka-suka tukar tarikh... jadi ikthiar secara alternatif.. pelbagai faktor diambil kira bagi tujuan peningkatan kehidupan.

Picture
Picture

Picture

Picture
30 April 2018...
​program Ikhtiar Energi Rezeki
Punyai pola2 rezeki yang baik. Kebetulan pula malamnya Malam Nisfu Syaaban dan sebagai hari Isnin, elok berpuasa... semua ini ikhtiar bagi membina energi yang baik yang berterusan.
Picture

Anak bongsu bermain piano untuk persembahan sekolah.

Picture
Kaedah Metafizik Pernomboran adalah mengkaji fenomena kehidupan dengan menggunakan angka atau nombor sebagai satu cara objektif dan visual di dalam membuat tafsiran berdasarkan kepada pengalaman2 orang2 atau kejadian2 alam yang berlaku secara pola/ pattern. Ianya dijadikan panduan bagi kita bagi membuat strategi yang sesuai untuk sesuatu tindakan dengan merujuk pola/ pattern yang sama.

Bagi pengarah filem ini dan ratu skuasy negara yang dianugerahkan pangkat oleh pihak pasukan beruniform... apa cerita pulak tiada kena mengena dengan kerjaya sebenar mereka tapi rupanya ada pattern bila dibuat petak tarikh lahir (petak ini ciptaan Dato Eddy sendiri; yang pertama dan satu2nya di dunia)... jadi perihal ini berlaku bukan kerana tersengaja, suka-suka atau kebetulan tetapi ada fenomena yang punyai pattern. Setakat ini semenjak tahun 2004 hampir 900 pola ditemui oleh Dato Eddy dan ramai pengamal metafizik di pasaran telah mengambil dan menggunakan pola2 Dato Eddy untuk digunakan di dalam ceramah2 dan buku2 mereka... Boleh saja rujuk kepada laman ini sebagai bukti kajian tetapi usahlah ambil senyap2 untuk dikomersilkan sendiri2 tanpa merujuk kepada pengkaji asal disini (cetak rompak).

Di atas ini adalah menunjukkan bagaimana kaedah pernomboran dibuat kajian. Berbeza dengan kaedah tarikh lahir lain seperti Primbon Jawa, Tajul Muluk dsbnya, kajian orang tua dulu2 tidak didokumentasi sebegini maka kini zaman teknologi ini kita upgrade cara kajian bagi menunjukkan bahawa kaedah pernomboran merupakan pemerhatian kepada fenomena kehidupan... mendapatkan penjelasan secara objektif dan dari situ mencari penyelesaian secara objektif. 

Memang memerlukan sampling population yang besar bagi melayakkan kajian ini sebagai scientific statistic tetapi  kekangan masa, tenaga dan kos tak dapatlah nak buat secara global... sekadar sebegini sikit2 kita kumpul2 data sebagai panduan awal.. ada ribuan lagi pattern yang belum ditemui tafsirannya! begitulah luasnya ilmu Nya yang Maha Mengetahui.

Picture
Seringkali di ruangan ini membentangkan perihal tempoh masa kesukaran bagi orang dewasa yang berbisnes/ bekeluarga... namun, ada juga kes individu pelajar2 yang melalui tempoh masa kesukaran semasa zaman persekolahan. Mereka2 ini dikategori sebagai pelajar bermasalah dan sukar pihak sekolah mahupun ibu bapa untuk membantu mereka ini dalam pembelajaran. Daripada pandangan metafizik, mereka2 ini melalui tempoh kesukaran yang mana fenomena menekan perasaan/ emosi menyukarkan mereka untuk fokus kepada persekolahan. Bagi pelajar ini, tempoh tekanan selama 10 tahun itu berakhir pada umur 20 tahun dan situasi lebih baik selepas itu, jadi masih ada peluang pendidikan secara dewasa nanti, namun tempoh PT3-SPM merupakan asas penting bagi pembinaan masa depan. Bukanlah bermaksud masa depan itu bergantung kepada sijil2 tetapi maksudnya eloklah semua pelajar menamatkan persekolahan secara formal bagi memudahkan pihak berwajib membantu pelajar2 dalam pengajian2 seterusnya yang bersesuaian dengan keperluan mereka. 

Bagi kes pelajar ini, memerlukan strategi dan ikhtiar bagi membantu beliau dalam pelbagai aspek, terutamanya perihal beberapa isu "jiwa kacau" berdasarkan daripada pola2 tertentu yang terdapat dalam petak beliau itu... pola 1111, pola 38, pola 235, pola 19 dan sebagainya.

Perkhidmatan Dato Eddy:
- Sesi Konsultansi Peribadi Ibubapa-Pelajar
- Audit Premis Kediaman (termasuk Taska/ Tadika)
- Kursus Bijak Bestari secara kaedah Pernomboran.
- Ikhtiar Energi Cemerlang Akademik.

Picture
Jalan2 ke Niagara Falls, sebelah Kanada.. awal 1994... masih menuntut di Syracuse University, New York ketika itu.. isteri ikut sama ke sini, beliau jurusan Electrical Engineering di universiti yang sama, Syracuse University juga.

Pada mulanya, dalam senarai nama universiti yang diberi, yang pertama adalah University of Virginia, satu university yang elite, tetapi dapat pula pilihan kedua Syracuse University... ada hikmah rupanya.. bertemu isteri di sini :) dan dapat anak kelahiran New York.


Picture

Picture

Picture
Negara Malaysia pernah melalui tahun Vacuum Star pada 2015 lalu... sehingga kini, ekonomi masih terasa perit lagi terutama bagi mereka yang juga kebetulan dalam Vacuum Star pada 2015 lalu... selepas ini Vacuum Star tahun 2019 pula tahun hadapan... apakah anda sudah bersedia? Adakah anda masih dalam Vacuum Star 10 tahun bertembung dengan Vacuum Star 2019 itu?

Vacuum Star untuk 10 Tahun seterusnya bagi negara Malaysia adalah dari 65 - 74 tahun, iaitu dijangka bermula dari 2022 hingga 2031 nanti.

Malaysia pernah melalui Vacuum Star 10 tahun dari 1982 hingga 1991... mungkin pada tahun2 tersebut kita tak terasa sangat perit ekonomi kerana masih bersekolah, masih bekerja makan gaji, airport subang pun kecil, bisnes2 pun yang tradisional, sayur2 masih boleh dipetik di kebun2 kampung... namun kini zaman milienia teknologi, keadaan adalah berbeza yang memerlukan banyak persediaan.

Apabila tiba masa untuk melalui tempoh kesukaran, ditambah lagi dengan pelbagai bentuk halangan seperti salah arah dsbnya, maka adalah asbab untuk menjadikan kehidupan kita menjadi tertekan.

Bagi kes ini, apabila baru masuk tempoh Vacuum Star untuk 10 tahun, sudah merasai kesannya. Namun, untuk membantu individu ini agak sukar kerana beliau berada di arah yang salah. Untuk membetulkan kehidupan, memang mustahil untuk melompat masa 10 tahun untuk keluar dari tempoh Vacuum Star, jadi bagi mengurangi kesan tempoh masa ini adalah membetulkan arah yang salah... namun, seperti yang selalu Dato Eddy beritahu, untuk berpindah betulkan arah bukanlah satu perkara yang mudah bagi majoriti individu yang berada dalam kesukaran... nak cari rumah baru, nak cari kerja baru dsbnya.

Setakat ini belum ditemui ubat, doa atau ayat mujarab mutlak yang boleh menghilangkan fenomena sebegini..terutamanya penyakit "Vacuum Star" ini ... hanya berterusan bergantung harap kepadaNya dengan berdoa, beribadah, tabah, sabar, tenang, bermotivasi, dapatkan sokongan moral daripada keluarga atau rakan2, juga ikhtiar2 untuk menguruskan perihal sebegini dengan bermakna.

Jika ada ustaz2, perawat2, doktor2 yang ada ubat mujarab, mohon hubungi kami ada ribuan kes untuk dibantu... dah 13 tahun mencari ubat sebegitu belum ditemui, sama ada alam nyata, alam mistik, alam ketuhanan, alam sains teknologi.... yang ada setakat ini adalah kaedah metafizik pernomboran dan metafizik energi yang menggunakan tarikh lahir/ tarikh sebagai satu panduan untuk menjelaskan fenomena dan  mencari strategi ikhtiar penyelesaian yang sesuai dengan keadaan individu bermasalah.

Dato Eddy  pernah melalui tempoh Vacuum Star 10 tahun pada umur 22 - 31 tahun lalu membeli rumah tetapi projek tersebut, yang di bawah kelulusan kerajaan Selangor, gagal disiapkan kini terbengkalai sudah 20 tahun dan belum ada penyelesaian menyebabkan nama tersangkut CCRIS dan pelbagai masalah kewangan dan kehidupan semasa itu... masa tu belum belajar metafizik dan sebab terkena fenomena itulah cari metafizik untuk penjelasan/ ikhtiar penyelesaian .. baru tau itulah penangan Vacuum Star... sudah 20 tahun berdoa sana sini naik gunung ganang, berurusan dengan pelbagai pihak situ sini tetapi projek masih beku sebegitu.. ada tak ustaz2, perawat2, doktor2 yang ada ubat mujarab untuk hapuskan kesan Vacuum Star itu? Hubungi kami segera.

(dah tahu pun jawapan.. tiada individu yang sanggup hubungi kami sebab tiada siapa ada ubat mujarab untuk Vacuum Star... kecuali izinNya jua)


Picture

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly