Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Perjalanan Kejayaan Menuju Kekayaan

11/26/2015

 
Picture
PENEMUAN BARU - TAFSIRAN BARU
oleh Dato Jaksa Eddy Rosyadie - 2 Dis 2015

Hasil daripada pemerhatian dan penyelidikan maklumbalas orang ramai, kami mendapati individu yang bernombor 5 pada ROOT NUMBER / NOMBOR AKAR / NOMBOR DIRI (lihat kedudukan nombor 5 itu) pun boleh dikira cara lain iaitu teknik campurkan setiap satu tarikh lahir contoh lahir 1 Mac 1999 maka 1+3+1+9+9+9=5... seringkali didapati berada dalam situasi "sukar berjaya dalam hidup kerana ada saja halangan yang menyebabkan kejayaan tak tercapai atau terhenti/ terhalang atau kerja separuh jalan".

Oleh yang demikian, ada beberapa ikhtiar untuk atasi perihal sebegini seperti berdoa, strategi pola 39 dsbya.... satu penemuan baru adalah individu yang Nombor Akar 5 dinasihatkan untuk TIDAK MEMULAKAN SESUATU sebaliknya "MENGAMBILALIH" atau membantu di dalam satu tugasan. Contohnya, individu Root 5 bukanlah individu yang merancang dan membuka satu perniagaan, sebaliknya orang lain (mungkin pasangan, ahli keluarga, rakan dsbnya) yang mulakan dan sedang jalankan perniagaan maka barulah si individu Root 5 ini masuk (seolah mengambilalih atau membantu operasi). Contoh, untuk membuka restoran, individu Root 5 cari dan bincang dengan seorang rakan dan rakan itu mengambil amanah daripada individu Root 5 untuk buka restoran termasuk cari pekerja, cara bahan mentah, cari peralatan.. sesekali individu Root 5 dibawa berbincang... setelah restoran sudah beroperasi untuk 1-2 bulan, maka barulah restoran itu "diserahkan" kepada individu Root 5 "ambilalih" operasi. 

Dengan kata lain, individu Root 5 sangat sesuai untuk berbuat sesuatu YANG SUDAH ADA atau yang sudah beroperasi... dan bukannya sebagai pemula atau pembina.

Ini satu ikhtiar untuk membantu individu Root 5 yang sering didapati berada dalam situasi sukar berjaya/ banyak kegagalan dalam perniagaan. Tapi tak perlu sampaikan nak kahwin suruh orang lain kawin tunang dia dulu dan lepas tu dia "ambilalih" tunang yang dah jadi bini orang.. itu bukan maksud di sini... yang diceritakan di sini adalah STRATEGI BISNES atau KERJAYA seolah "mengambilalih", "mencelah", "datang membantu".

Bagaimana pula jika individu Root 5 baru saja mulakan sesuatu atau individu Root 5 nak juga mulakan sesuatu tanpa perlu orang lain mulakan? Ada strategi ikhtiarnya...dapatkan sesi konsultansi/ coaching sebab lain orang lain strategi ikhtiar mengikut situasi sebenar masing-masing.

-----------------
 
Penemuan ini hasil dari pemerhatian dan maklumbalas sebenar orang ramai untuk beberapa bulan.. ini penyelidikan... bukannya daripada bisikan jin atau dakwaan pihak anti-numerologi yang menuduh kami syirik kerana tipu helah kami obses sangat dengan angka.


Dato, adik .... yg lari dari rumah Nov 14, dah balik semalam lepas setahun… terima kasih Dato. Ayah ckp dia bakal dpt payment projek .....  yg rm1juta tu... 

------------------

Syukur kepada Nya, setelah ikhtiar berdoa selama hampir setahun serta ikhtiar strategi, dapat juga kegembiraan kembali ke pangkuan keluarga ini. Pada awal tahun 2015, seorang wanita mencari ikhtiar untuk 3 masalah beliau;
1) menyelesaikan status ibu tunggal beliau serta masalah kerjaya.
2) masalah adik bongsu perempuan yang berselisih faham dengan ibu ayah dan lari dari rumah merajuk tak nak balik rumah malah berkasar dengan ibu ayah.
3) si ayah ditipu rakan menyebabkan tawar hati untuk teruskan bisnes kontraktor.

Menggunakan kaedah pernomboran dan graf hayat didapati si ayah dalam tahun 2015 berada dalam tahun Vacuum, Blocking dan Terminating, kebetulan negara Malaysia juga berada dalam tempoh Vacuum, Blocking dan Terminating. Jadi, bergandalah tekanan kepada si ayah... yang kakak sulung masih janda, yang bongsu lari rumah, bisnes pula ditipu... si ayah sanggup habiskan RM40 ribu untuk dapatkan semula adik bongsu kembali ke keluarga... memang suasana tidak baik.

Jadi, mereka cuba ikhtiar gunakan khidmat Dato Eddy pula seperti join program energy bulanan (untuk bina energi positif) juga bawa Dato Eddy ke rumah mereka di Terengganu (sempat shopping Pasar Payang di Kuala Terengganu jap) untuk audit premis kediaman. Selesai audit premis kediaman, Dato Eddy mencadangkan untuk bersihkan dan cat baru bilik adik bongsu serta beberapa kaedah ikhtiar supaya "memanggil" adik balik semula ke rumah....

Syukur kepada Nya, satu persatu masalah diizinkan oleh Nya untuk selesai... si kakak dapat lamaran berkahwin dan kemudian dapat tawaran bekerja yang lebih lumayan, kemudian si ayah ditawarkan pula projek besar dan kini adik bongsu yang lari rumah sudah kembali ke rumah.


Inilah yang dinamakan ikhtiar.. kita guna strategi dengan memahami dahulu pola kehidupan secara pernomboran dan perbintangan dan juga berdoa kepada Nya... tapi malangnya ada pihak menuduh kami ni pengamal numerologi yang syirik pula, takkan nak redha je biar nasib susah... biarlah anak menjanda dah nasib itu ketentuan, biarlah anak lari dah takdir, biarlah berhenti jadi kontraktor beralih jual sayur pula dah nasib tak ada rezeki dah..., tak boleh ke kita ikhtiar dengan izin Nya? untuk kita bina semula kehidupan yang lebih baik?

Picture
PERHATIAN:

DATO EDDY AKAN BERADA DI MEKAH/ MADINAH DARI 9 DIS - 19 DIS.  Sebarang urusan sila rujuk ke Admin Dato Nizam 012 769 3807.

Jika ada kelapangan, insyallah Dato Eddy akan jawab mesej dari sana.

Keutamaan akan diberikan kepada peserta Grup Energi Disember dan peserta program berdoa/ waqaf Al-Quran... jom, kita live berdoa bersama (jarak jauh) dari Madinah dan Mekah pada 13 Dis dan 17 Dis... yang belum join sila daftar segera.

Grup Energi Disember 2015
Program berdoa/ waqaf Al Quran di Madinah 13 Dis
Program berdoa/ waqaf Al Quran di Mekah 17 Dis.


Video program kesenian di Gunung Ledang pada 24 Oktober 2015 lalu. Yang ini Dato Eddy ditugaskan untuk baca sajak... tetamu YAM Tunku Abdul Samad dan Dato Tuah Laksamana Sheikh Abullah Sani... dahlah sajak tu 4 pagi sebelum tu baru nak karang ambil masa dalam 10 minit, rehearsal pun pagi tu juga baru buat... ini pertama kali deklamasikan sajak tak berapa mahir lagi. Mana tau ada program kesenian lagi nanti...

Sedikit video program kami berdoa di Gunung Jerai pada Jumaat 20 Nov 2015 lalu. Maaf video amatur. Cuma nak tunjukkan seronoknya berdoa di tempat lapang dinaungi awan.. inilah alam milik dan ciptaan Nya. Berdoa di masjid memang selalu tetapi sesekali dapat berdoa di tempat sebegini, bolehlah berdoa  santai, siap dengan qasidah dsbnya, nak buat kat Masjid Muar macam ini memang tak dapatlah. Dapat tengok awan bergerak, terasa angin sejuk dsbnya satu riadah menenangkan... yang suara budak-budak dalam video ini memang budak betul ye bukan budak bunian. Lepas berdoa dapat pula bersedekah kepada budak-budak memang satu ibadah yang disukai Nabi saw. 

Seperti biasa, doa melihat kalimah Allah di awan juga dibuat dan 2 peserta yang ikut sama beri maklumbalas nampak awan berbentuk kalimah semasa berdoa tersebut namun tak pula dirakamkan. Insyallah, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Teks doa yang sama dibacakan di Mekah dan Madinah dan di masjid-masjid dsbnya.

Picture

Picture
Tuduhan berat!

Buku ini membicarakan perihal kaedah tarikh lahir yang dikatakan membawa kepada syirik. Seperti biasa, kesemua para hukama' (para bijaksana) menggunakan hadis nabi saw dan ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa orang Islam dilarang berjumpa "tukang tenung untuk meramal nasib". 

Jadinya, para hukama secara terus menyatakan bahawa kaedah metafizik seperti petak taikh lahir dan zodiak itulah yang dilarang, padahal mereka tidak mengkaji apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan sebagai kaedah yang dilarang itu secara mendalam. Baca semula dengan teliti hadis nabi saw yang kisah Aisyah ra bertanya kepada nabi saw tentang tenung nasib yang mana nabi saw menjawab berkaitan "bisikan jin/ syaitan".






Pada zaman Nabi saw, kaedah meramal nasib adalah menggunakan kaedah pelik seperti melihat ke dalam air dan yang seupamanya, malah ada satu pendapat menyatakan kaedah menggunakan bola kristal untuk melihat masa depan (seperti kaum gipsi).  Kaedah-kaedah sebegitu memang terdedah kepada "bisikan jin/ syaitan kerana kita bukannya nampak informasi secara jelas dengan zahir dan objektif, contohnya data-data analisis.

Kaedah ramalan kaji cuaca dulunya melihat gumpalan awan juga terdedah kepada bisikan jin/ syaitan tapi kini bidang meterologi (kaji cuaca) menggunakan data-data arah angin, taburan hujan, kelembapan dsbnya serta menggunakan komputer untuk analisis, jadi ianya sesuatu yang menggunkan data dan analisis bukannya daripada gerak hati, tilikan dalam air dsbnya.

Kaedah pernomboran tarikh lahir adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan. Lihat dalam blog ini yang sengaja memaparkan banyak penemuan kes atau fenomena dikaitkan dengan angka. Tujuan didedahkan adalah untuk menunjukkan bahawa kaedah ini berdasarkan kajian. Dah banyak kajian mendapati angka 8 berkaitan dengan tekanan...Maka, ianya sesuatu yang zahir dan objektif dan bukan dari bisikan jin/ syaitan. Contohnya, dengan jelas tahun 2015 adalah tahun tekanan kerana 2+0+1+5=8, maka kita gunakan sebagai panduan, yang mana kita kaitkan dengan banyak tekanan tahun 2015 seperti GST, jerebu berpanjangan, Vape diharamkan di Johor dan sebagainya.

Tetapi, tajuk buku ini "menyingkap tipu helah pengamal numerologi yang membawa kepada syirik" adalah satu tuduhan yang berat seolah memang tugas pengamal numerologi mensyirikkan orang. Memang benar terdapat beberapa pengamal numerologi yang boleh membahayakan tetapi bukan semua... terus terang, majoriti pengamal numerologi bukan ada latarbelakang sains seperti astronomi, biologi dan sebagainya, yang gunakan kaedah tarikh lahir seperti pawang, bomoh mana belajar astronomi di universiti... maka ramai yang tukang tafsir pernomboran hanyalah ikutan baca dari buku yang tidak tahu apa kaitan Vacuum Star dengan astronomi dan itu yang boleh mengundang bahaya iaitu berbicara dengan individu yang bukan ada pengetahuan latarbelakang dalam bidang tersebut.

Kerana itu, untuk membawa bidang metafizik ini, perlulah seseorang itu ada latarbelakang sains. Tanya dulu dengan ahli numerologi tersebut tentang latarbelakang beliau. Nak tahu latarbelakang Dato Eddy boleh sahaja.

Apakah pernomboran membawa kepada syirik di sini? Apakah kami sebagai orang Islam bertuhankan nombor? Dalam buku ini berhujah bahawa orang menyalahkan tarikh yang tidak bagus sebagai punca masalah perniagaan padahal hujah beliau sepatutnya orang itu redha dengan ketentuan Allah jika dia rugi dalam bisnes.

Pada kami mengakui Allah swt telah menentukan setiap sesuatu tetapi KAMI MAHU DAN CUBA MEMAHAMI APA YANG DITENTUKAN OLEH ALLAH ITU DAN CUBA IKHTIAR DAN ADA PANDUAN, itupun dengan ikhitar dan seterusnya kami juga buat doa (sudah 3 kali program berdoa di Mekah dan ratusan program munajat dsbnya kerana bukankah doa itu boleh membantu?). Jadi, jika orang yang rugi bisnes itu dah berpuluh bisnes rugi disebabkan kajian mendapati orang itu sering daftar perniagaan pada pola angka tertentu yang membawa kerugian, maka cubalah ikthiar daftar di tarikh  yang pola berlainan pula, selepas itu berdoa mudahan-mudahan Allah izinkan berjaya dengan cara sebegitu.

Penulis buku ini tidak mengkaji dengan mendalam tentang perihal pernomboran/ perbintangan;
1.  Tarikh kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 1957 dipilih oleh seorang Ulama terkenal dan ada sebab tarikh itu dipilih.
2.  Buku "The Art of Astrology" yang ditulis oleh cendikiawan Islam Abu Rayyhan Al Biruni yang mana ada satu bab tentang zodiak dan ada sedikit perihal karakter disitu.

Dan banyak lagi perihal metafizik yang mana ulama / cendiakawan Islam menggunakannya. 

Oleh itu, tidak perlulah menuduh pengamal numerologi membawa kepada syirik.  Kupaskan dalam buku tersebut bagaimana mengelakkan tarikh lahir atau apa jua kaedah malah kaedah perubatan moden boleh jadi syirik. Banyak lagi kaedah boleh jadi syirik termasuk perubatan Islam yang meramal seseorang itu ada saka berdasarkan gerak hati, lihat air dalam bekas dll yang mana memang bisikan jin/ syaitan. Malah tengok nombor tahap kolesterol dalam laporan kesihatan juga boleh jadi syirik jika tidak difahami penggunaannya, kata orang bila kolesterol tinggi maka orang itu berpotensi mati cepat... tak semestinya bukan? Ramai pengamal perubatan alternatif berkata jika sering ternampak lintasan maka itu gangguan jin tapi tak semestinya, mungkin orang itu ada sesuatu masalah dalam mata/ masalah barah otak yang mengelirukan seolah nampak lintasan. Jadi, cara sebegitu juga boleh mengundang syirik.


Biacaralah dan berhujuahlah dengan kajian yang menyeluruh... kajian sains.. zodiak adalah astronomi maka berbicaralah, membentangkan pandangan orang sains iaitu pakar astronomi... jika bertanya kepada orang yang tak pernah tahu astronomi tentang ilmu zodiak (perbintangan/ falak) untuk dibuat rujukan memanglah jawapan yang diberikan jawapan yang salah tentang zodiak. 


Picture
Lokasi: Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu.

Kali pertama umrah pada Mac 2013... dataran Kaabah belum ada mataf 2 tingkat.. kali kedua pada April 2014... sudah ada mataf 2 tingkat tetapi hanya lapis atas sahaja digunakan untuk pengguna kerusi roda.. kali ketiga Mac 2015.. renovation di dalam masjidil haram.. ada kelainan dalam laluan ke dataran dan ke saie.

Picture

Picture
Daripada tarikh lahir Kate Middleton tiada pola VIP langsung, jadi bagaimanakah boleh jadi orang kenamaan? Ada dua penjelasan
1) dalam Petak Pendua (iaitu potensi tambahan kita) ada pola VIP
2) dalam tempoh usia dekad (10 tahun) semasa berdating dengan putera raja, ada pola VIP.
Ini menunjukkan bahawa potensi kita ini adalah DINAMIK, bukan statik. Jadi, potensi kita mampu dimaksimakan dengan memahami DINAMIK, kerana itulah kaedah kami bersifat DINAMIK.

Seperkara lagi, petak tarikh lahir biasanya menceritakan perihal keturunan, di sini satu contoh kajian yang mana ibu bapa Kate Middleton dalam "dunia besi/ logam" (penerbangan).

Juga, pola angka 1111 serta pola "besi" yang lain  juga didapati berkait dengan perihal "istana".


Picture

Picture


Comments are closed.

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.