Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Perjalanan Kejayaan Ke Hadapan Untuk Kekayaan

5/28/2018

0 Comments

 
Picture

Picture
Perkhidmatan Ikhtiar Energi Rezeki kadang kala ada aktiviti2 yang tidak dirancang.. kadang tu satu keperluan kadang tu satu "ilham".. ianya sebagai bonus kepada peserta2, terutamanya yang join pakej bulan dikumpulkan dalam satu grup khas memudahkan untuk membuat urusan.

Sebagai satu bentuk perkhidmatan maka tanggungjawab sedaya mungkin untuk memastikan perkhidmatan dapat dilunaskan dengan baik dan lancar dan tentunya mahukan peserta2 dapat energi yang sebaiknya.
Picture

Picture
Pokok bunga Melur (jasmine) yang ditanam di rumah Dato Eddy... menjadi amalan untuk dimakan bunga/ putik terus... juga amalan meminum teh herba jasmine... merupakan satu ikhtiar bagi membina energi dalaman diri untuk energi kesihatan dan energi ketenangan... untuk diri dan juga transfer kepada peserta2 ikhtiar energi.

Wangian jasmine terkenal dan banyak dijual di Makkah/ Madinah hinggakan ada sabun mandi dan syampu rambut haruman jasmine.

Pernah seorang individu bercerita sedang beliau berada di kawasan Raudah dalam Masjidil Nabawi Madinah terbau haruman yang sangat kuat dan nampak bayangan seolah2 banyak bunga2 di situ lalu beliau pun tergapai gapai cuba sentuh bunga2 dan bauan tersebut... setelah dicari di kedai rupanya wangian jasmine.. tak kisah lah apa pun cerita tetapi memanglah Raudah tu katanya taman syurga. Setakat ini berulang kali ke Raudah belum pernah terbau apa2 jadi nak cubalah ikhtiar ini mudah2an Dia mengizinkan dapat mencium bauan wangi di Raudah. Jika di Masjidil Haram terbau haruman gaharu yang kuat itu memang disemburan oleh pekerja2 ke karpet masjid menggunakan alat semburan yang di Malaysia alat sembur racun di kebun tu.

Mat bunga... dalam hati ada taman :)... yang penting energi ketenangan... pernah terjumpa bunga senduduk putih pun ditelan juga :P

Picture
Picture
Mengambil ijazah sebentuk amalan yang dibawakan oleh seorang tuan haji seorang guru silat dan perawat di Klang, Selangor... amalan tersebut punyai guru utama di Johor. Individu inilah yang Dato Eddy sepak dan tumbuk bersilat bilamana beliau "membuka" energi diri dalaman menyebabkan terbuka buah persilatan terpendam yang membongkar kisah keturunan Dato Eddy berkaitan persilatan dan kerohanian... jadi benarlah apa yang ibu cerita sebelum ini tapi tak tahu untuk disahihkan. Semasa ambil amalan tersebut guru arahkan untuk Dato Eddy dimandikan limau, tak dipastikan apa sebabnya sebab beliau tak bercerita, namun ianya pelik memandang puluhan individu lain yang ambil amalan tidaklah perlu dimandikan. Selepas itu guru minta Dato Eddy membaca Al-Fatihah 44x selama 7 hari. Wallahualam apa sebabnya tetapi sedikit hint yang diberitahu oleh orang kanan guru bahawa Dato Eddy ada "keistimewaan"... lagilah tak faham... tak pelah... cuma berkesempatan ambil amalan yang asas kerana tidak berkesempatan masa meneruskan lebih mendalam.

Uniknya guru dan kumpulan ini mampu megenalpasti dan membuang entiti seperti jin daripada pesakit. Guru pernah bagi Dato Eddy satu peluang untuk melihat sendiri bentuk entiti, tetapi dalam bentuk  bayangan... dapatlah merasa "terbuka hijab".. memang nampak seorang pesakit yang bersebelahan seekor buaya manakala seorang pesakit lagi ada bayangan wanita.. malah nampak bayangan pedang dan keris pada badan beberapa ahli kumpulan guru itu... agaknya di situ mereka sorokkan senjata secara batin kot... apapun guru pesan bahawa ilmu yang asas ini diamalkan bagi "mencuci" diri supaya lebih jelas mengenali diri dan sebagai pendinding kepada gangguan jin2.... oleh itu, memang Dato Eddy tak gunakan sebarang jin dalam ikhtiar energi, minyak wangi dan apa2 perkhidmatan atau ilmu kami.
Picture
Semasa "membuka diri", guru beritahu bahawa pergerakan Dato Eddy berasaskan dua bilah keris... tak tahu pula detailnya... bila dicari2 dalam Google dan dikaitkan dengan keturunan, dapat satu hint tentang dua keris ini iaitu bendera Kerajaan Mataram di Pulau Jawa. Menurut cerita ibu, moyang kami adik beradik lari ke Tanah Melayu akibat peperangan jadi timeline ia agak padan... kemungkinan  dari Kerajaan Mataram.

Picture
Jika anda perhatikan 3-4 petak di situ ada satu pola yang muncul sama... apakah pola tersebut? Pola itu ada diceritakan secara ekslusif dan mendalam oleh Dato Eddy di sini dalam setahun lepas. Dapatkah anda melihat pola tersebut?

A. Pola 59
B. Pola 42
C. Pola 18
D. Pola 45

​Lihat jawapan di bawah gambar motivasi:

Juga, beberapa perihal tentang masalah bisnes terutamanya yang melibatkan perihal kewangan. Apakah anda benar2 berpotensi menjadi usahawan menguntungkan atau usahawan yang membebankan diri sendiri? Apakah syarikat anda membolehkan anda jadi kaya atau jadi bermasalah? Kaedah Pernomboran adalah satu kaedah strategi yang mana pengetahuan2nya diambil daripada kajian2 fenomena sebenar dan dijadikan panduan bagi merangka perjalanan perniagaan yang bermakna.


Picture
Picture

JAWAPAN KEPADA SOALAN DI ATAS: POLA 18.

TEMPAHAN DIBUKA UNTUK GRAF TAHUN 2019. Tempah awal bagi membuat perancangan awal. Tempahan lewat di hujung tahun 2018/ awal 2019 mungkin menunggu giliran agak panjang.
Picture
Tempahan Graf Prestasi Bulanan versi SI (gabungan kaedah pernomboran dan Graf Hayat). Versi biasa iaitu Graf Prestasi Bulanan Versi Biasa cuma memaparkan graf tanpa ada maklumat fenomena graf hayat manakala versi SI ini ada maklumat fenomena Graf Hayat seperti Vacuum Star dsbnya untuk setiap bulan. Halaman ini terdapat dalam Diari Metafizik atau Software Integrasi jadi untuk mendapatkannya maka perlu dapatkan sama ada Diari Metafizik atau Software. Kini, halaman Graf Prestasi Bulanan Versi SI  ini boleh ditempah secara berasingan tanpa perlu mendapatkan keseluruhan buku Diari Metafizik atau seunit Software Integrasi.

Tujuan kegunaan sama ada Graf Prestasi Bulanan versi Biasa atau Versi SI adalah bagi; 
1. Mengenalpasti turun naik prestasi bulanan dan seterusnya membuat strategi sewajarnya.
2. Memilih bulan yang baik atau kurang baik bagi sesuatu tujuan seperti bercuti, buat sales dsbnya.
3. Graf Prestasi Bulanan versi SI mengandungi maklumat terperinci iaitu Vacuum atau Virtuous Star bagi membolehkan membuat perancangan lebih teliti (rujuk di bawah: pembentangan kes kajian Malaysia Mei 2018 Graf Rendah + Fenomena 3 Bom Serangkai Vacuum + Terminating + Blocking).

Langkah 1: Bank in
Langkah 2: Berikan kod sama ada Kod GPBSIA atau GPBSIB, maklumat nama penuh, tarikh lahir, waktu jam dilahirkan, negeri kelahiran dan hantarkan ke 017 769 7946 (Dato Eddy)
Bahan akan dihantar dalam 3-4 hari secara Whatsapp (atau secara email jika perlu).

Kod GPBSIA - iaitu halaman sekeping seperti contoh di atas (jumlah 1 keping) - RM40 sekeping. Ianya adalah ringkasan (summary) kepada kiraan2 bulanan2 diletakkan dalam satu halaman bagi memudahkan pembacaan.

Kod GPBSIB - iaitu halaman sekeping seperti contoh di atas dan 4 lagi helaian halaman untuk pola dan arah bagi setiap bulan (jumlah 5 keping) - RM40 x 5 keping = RM160 (diskaun). Contoh halaman yang terperinci untuk pola dan arah bagi setiap bulan seperti berikut:
Picture

Picture
Dalam kursus Pola 6 Potensi Kewangan selama ini, negara Malaysia dijadikan contoh untuk tahap kewangan ke-12 iaitu tahap paling bawah dan merbahaya... walaupun pedih nak cerita tapi itu hakikat sebagai satu kesedaran... Namun selama ini belum ada cerita kukuh sekadar bercerita tentang kisah hutang negara. Hari ini, slide kursus Pola 6 itu dapat slide baru iaitu yang di atas ini iaitu bukan Dato Eddy yang sengaja labelkan negara Malaysia tahap merbahaya tetapi penyataan pakar2 sendiri.

Sebelum ini Dato Eddy pernah beritahu bahawa Ringgit Malaysia masuk ke tempoh 10 tahun bermasalah iaitu dari 2017 hingga 2026... uniknya, tempoh 10 tahun bermasalah ini pernah berlaku dari 1997 hingga 2006 yang mana ketika itu 1997-1998 negara mengalami krisis kewangan dan Tun M memperkenalkan kaedah2 seperti tambatan ringgit dsbnya dan kini beliau kembali lagi untuk tempoh halangan 2017 hingga 2026 pula. Harapan kita semoga pemimpin2 negara dan kita semua dapat bekerjasama mengukuhkan situasi dan energi kewangan negara.

Asalnya, tarikh lahir negara kita tiada angka 6 langsung...iaitu sama dengan negara Zimbabwe, iaitu tiada angka 6 langsung yang mana nak beli telur ayam 3 ketul berharga 100 bilion kerana matawang sangat teruk... kita berpotensi sedemikian tetapi banyak strategi2 dilakukan oleh semua Perdana Menteri selama ini bagi mengukuhkan ekonomi, cuma kita ni rakyat Malaysia asyik terkesan dan tak tahan menanggung perit turun naik potensi dan banyak strategi2 tersebut terganggu kerana konflik potensi kewangan tahap 12 sebegitu mencari asbab... 

Apapun, kita dah tiba di tahap tabung derma diedarkan... tak mengapalah itu hakikat kita untuk melalui tahun kewangan halangan 2017 hingga 2026.. sama2 salah dan sama2 berkorban untuk negara sayangi negara...

Terdapat banyak kes muflis dan bankrap kerana petak tarikh lahir, tarikh nikah atau tarikh daftar syarikat tiada langsung angka 6.
APAKAH KIRAAN TARIKH ANDA TIADA LANGSUNG ANGKA 6?  Apa strategi anda?

Picture
Picture
Foto program Energi Lailatul Qadar pada 10 hari terakhir Ramadan 19 Julai 2014 lalu bertempat di JA Villa Warisan, Johor Bahru. Satu tempat penginapan yang sangat cantik dengan motif dan ukiran2 kayu umpama menginap dalam sebuah istana lama. Program berbuka puasa, bertarawih dan seterusnya bermalam, qiamulail dan bersahur di situ. Kehadiran dalam 10 orang peserta dari Johor dan ada yang dari Negeri Sembilan.

Satu maklumbalas yang diterima daripada peserta program:
Salam Cikgu, sebelum ni, saya mimpi, hantu kerap dtg ajak berlawan, saya pun tak tahu kenapa, tapi selepas hadir program doa energy lailatul qadar, esokknya saya mimpi ramai hantu nak minta pertolongan saya pula, saya pun tak paham situasi ini sebenarnya... selain tu alhamduilllah banyak projek dan rezeki mendatang selepas raya ni yang cfrm, Alhamdulillah, terima kasih Cikgu Eddy
​tapi saya x knal mereka, semasa ajak berlawan tunjuk muka yg huduh, dan bila minta pertolongan smua muka cantik.

Picture
Program Energi Doa Kekayaan (nama lama kaedah Ikhtiar Energi Rezeki) yang berlangsung di Dewan Maharani Masjid Sultan Ibrahim, Muar, Johor pada bulan Ramadan 20 Julai 2013 lalu. Kebetulan tarikh tersebut ulangtahun kelahiran sdra Nor Edie (SCM Avail), jadi apabila dijemput hadir beliau dan rakan2 leader/ downline dalam 20 orang turut sama hadir meramaikan lagi majlis. Tahun seterusnya, sales bulanan beliau mencapai tertinggi RM1.2 juta.
Picture
Picture

Picture
Picture
Bagi mereka yang baru tiba di sini mencari2 bidang bisnes/ kerjaya dan prospek pilihan mahu menggunakan kaedah kiraan petak tarikh lahir, bolehlah dapatkan mini-laporan 1 halaman seperti contoh di sini. Kepada pelajar/ client yang lama pun boleh juga dapatkannya.

Kaedah ini dinamakan "Back to Basic" iaitu memfokuskan dahulu ke bahagian petak kanan tarikh lahir memandangkan petak ini kekal setiap tahun biarpun kiraan tahunan berubah.


Utamakanlah dahulu potensi asas dan kekal anda (basic) dan seterusnya tambah dengan potensi2 lain. Apa yang terjadi adalah ramai orang tercari2 potensi yang dirasakan mudah yang biasanya berada di bahagian potensi tambahan. Ini menyebabkan kerjaya/ bisnes turun naik kerana bilamana tahun berubah maka potensi tambahan berubah.

Picture

Picture
Picture
Rentetan daripada kisah maklumbalas seorang peserta program Ikhtiar Energi Rezeki 24 Mei 2018 lalu.. jika anda skrol ke bawah tentang kisah seorang individu yang mengalami kesan energi sehinggakan terpaksa makan ubat yang mana mengalami sakit misteri semenjak 2013.

Dato Eddy menjangkakan sakit misteri itu ada kaitan dengan keturunan kesultanan disebabkan tarikh lahir individu tersebut ada pola berkaitan kesultanan. Pada mulanya mereka tidak mengetahui namun setelah diselidiki lagi didapati ianya benar iaitu ada perihal keturunan kesultanan.

Daripada pengalaman Dato Eddy, segelintir individu yang sakit misteri/ mistik dikaitkan dengan perihal keturunan kesultanan, terutamanya jika memiliki pola keturunan kesultanan dalam petak kiraan tarikh lahir. Daripada kata beberapa guru menyatakan individu yang berketurunan kesultanan yang hidup sebagai orang biasa biasanya melalui tempoh dugaan/ ujian hidup yang besar.. mungkin untuk mendapat kebaikan yang lebih besar... tapi ini bukan bermaksud mereka itu perlu menjadi sultan atau raja sebaliknya menjalani kehidupan yang lebih baik sesuai dengan energi keturunan.

Ada yang bertanya bagaimana pula keturunan kesultanan ada kaitan sakit misteri/ mistik pula? Untuk menjelaskan hal ini agak rumit di sini dan lain orang lain kes dan penyelesaiannya.. sekadar menunjukkan bahawa wujudnya segelintir individu yang punyai fenomena unik sedemikian dan dengan izinNya ada ikhtiar yang boleh dilakukan.

Tips: bagi individu yang mengalami sakit misteri/ mistik dan mendapati diri mereka itu ada keturunan kesultanan, dapatkan rawatan alternatif daripada perawat dari keturunan kesultanan juga... "sama tahap".

Bagi kes di atas.. yang menguruskan adalah ibu saudara kepada individu tersebut dan memperolehi rezeki dari cara berlainan pula... memang misteri keluarga ini.
Picture
Picture
.


Dato Eddy ada beberapa kali berpesan kepada orang awam untuk mengelakkan diri daripada menjadi pengamal metafizik seperti trainer/ konsultan metafizik seumpamanya... bukannya Dato Eddy kedekut tak bagi orang lain buat apa yang sama dengan Dato Eddy tapi Dato Eddy melihat ramai yang sangkut.. termasuklah seorang penceramah terkenal (anak murid juga dulunya) kantoi di media menyebabkan metafizik dipandang serong.

Daripada Dato Eddy rekrut orang jadi trainer untuk bimbing orang lain lebih baik Dato Eddy bimbing orang itu jadi usahawan berjaya kaya... menjadi pengamal metafizik seperti tahap Dato Eddy ada risiko kerana bermain dengan energi.. biarlah Dato Eddy yang uruskan hal tersebut manakala anda teruskan usaha dan ikhtiar dengan ilmu2 yang dibentangkan tidaklah begitu mendalam dalam perihal energi metafizik; ambil yang perlu sahaja... pengalaman Dato Eddy melihat beberapa guru/ pengamal ilmu kebatinan/ metafizik mengalami masalah kesihatan diri, keluarga dan anak2 ada yang jadi kurang upaya... jadi usahlah ambil risiko bermain terlalu mendalam dengan energi sebaliknya gunakan pengetahuan2 strategi metafizik untuk diaplikasikan untuk mencapai kejayaan dan kekayaan dalam kerjaya, bisnes, perkahwinan dan potensi anda.
Picture

Picture
PERHATIAN! KEPADA MEREKA YANG LAHIR 22.10.1980, SILA HUBUNGI DATO EDDY SEGERA. Anda punyai potensi hebat untuk kekayaan dan ianya boleh berlaku dari tahun 2020 - 2029. Usah lepaskan peluang anda ini memandangkan anda sekarang dalam tempoh tekanan 2010 - 2019 dan itu akan bertukar pada tahun 2020 nanti.

Seseorang baru menghubungi Dato Eddy tadi dan daripada sembang2 di Whatsapp didapati beliau ini ada potensi untuk mencipta kejayaan memandangkan punyai pola potensi yang baik untuk kekayaan dan energi keturunan yang baik... cuma menunggu masa.. tahun 2020 perubahan untuk anda!

Picture
Picture
Daripada Graf Hayat Malaysia untuk Bulan 2018 terdapatnya fenomena 3 bom serangkai iaitu Vacuum Star + Terminating Star + Blocking Star... perihal ini dibuktikan dengan terjadinya kes2 projek dibatalkan, penjualan keluar saham, pemberhentian kontrak dsbnya yang berlaku dalam bulan Mei 2018 ini.

Malaysia bakal lalui fenomena 3 bom serangkai sepanjang 2018 pula iaitu satu tempoh setahun berbanding bulan 2018 sebulan. Sebelum ini, kita Malaysia pernah lalui fenomena 3 bom serangkai ini sepanjang tahun 2015 lalu.

Jika anda memiliki Diari Metafizik atau Software Integrasi maka beginilah cara bacaan dan beginilah bentuk kejadian fenomena yang tertera di dalam diari atau software anda itu. Bagi pelajar kursus Graf Hayat, beginilah aplikasi dan contoh kes kajian bagi bacaan bulanan yang anda pelajari dalam kelas.

Latihan: Pemilik Diari Metafizik dan Software Integrasi - Cari di mana tahun, bulan dan harian mahupun jam (bagi pemilik Software Integrasi sahaja yang mempunyai kiraan jam) yang mana terdapatnya fenomena 3 serangkai ini - Vacuum + Terminating + Blocking. Dah jumpa, tandakan dan tentunya bina strategi bagi melalui tempoh sedemikian.

Beginilah cara kajian Dato Eddy menggunakan kaedah pernomboran tarikh lahir dan waktu lahir dan seterusnya dipadankan dengan fenomena2 sebenar kehidupan.. untuk dijadikan panduan bagi kita melalui fenomena yang sama akan datang.

​Fenomena --> data objektif --> analisis --> strategi

Picture

Picture

Picture
Saranan berkali-kali Dato Eddy supaya masyarakat dapat mengekalkan atau meningkatkan situasi dan energi yang positif bulan Mei mendapat sambutan dengan beberapa individu yang memberi maklumbalas bahawa mereka mereka merasa gembira atau dalam keadaan yang baik dalam bulan Mei ini.

Pengalaman Dato Eddy sepanjang 13 tahun melihat bulan Mei sebagai satu bulan yang utama bagi petunjuk untuk tahun hadapannya, juga bagi bulan-bulan seterusnya. Seolahnya, jika anda mahu buat azam tahun baru bukanlah pada Januari tahun depan sebaliknya pada Mei tahun semasa sebelumnya.

Pendedahan Dato Eddy tentang fenomena perit untuk bulan Mei 2018 bagi negara Malaysia, bukan sahaja berada dalam kitaran tahun 5 (halangan) tetapi bulan Mei 2018 adalah graf rendah (mata 1) dan diselubungi fenomena 3 bom serangkai Vacuum Star + Terminating Star + Blocking Star... jadi kepada mereka yang mengalami kejatuhan/ kekalahan/ kemerosotan teruk dalam bulan Mei 2018 adalah kerana fenomena 3 bom serangkai itu ditambah dengan parameter2 yang teruk mengganggu anda... kita rakyat Malaysia bakal melalui fenomena sedemikian untuk sepanjang tahun 2019 pula, jadi hanya ada 6 bulan untuk persiapan. Bagi mereka yang mengalami kemenangan atau kebaikan dalam bulan Mei 2018 ini dikala ramai yang perit, tahniah buat anda kerana anda kuat berusaha dan teruskan berusaha serta ikhtiar.

Kini, bulan Jun pula yang kita tekankan perihal berada dalam situasi dan energi yang baik sekali lagi, terutamanya bagi mereka yang terlepas untuk berusaha atau berikhtiar untuk bulan Mei. Walaupun progress perjalanan kehidupan untuk tahun depan telah bermula, ianya masih belum terlambat sangat untuk membina situasi dan energi positif dalam bulan Jun.

Picture
Foto tahun 2001/2002.. Dikelilingi pekerja2 wanita Indonesia... time tu ada lebih kurang 35 - 40 orang pekerja wanita di bawah jagaan Dato Eddy (bidang Quality Control)... masa tu manalah tau diri sendiri ada "pola wanita", bila dah belajar pernomboran baru perasaan maksudnya itu. Bila mencuba untuk penampilan dalam majalah Mingguan Wanita, dapat pula jadi kolumnis (ruangan Serasikah Kita) untuk 11 tahun.. memang begitu pola wanita! Tapi isteri masih 1 :)... jadi sudah biasa mengendali kes-kes wanita dalam perihal potensi kerjaya, bisnes, jodoh, perkahwinan, kesihatan dan sebagainya.

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly