2024 = 8 iaitu tekanan (stress). Energi negatif stress ganggu kita. Petani, pesawah dan pengguna tak berusaha bersungguh2 ke? Mereka sudah berusaha bersungguh2 secara fizikal tapi energi metafizikal yang negatif menjadikan usaha mereka itu negatif atau sia2. Sebab itu kita ikhtiarkan energi metafizikal positif untuknya. |
Perihal persaraan masih dibincang2 lagi. Kisah pencen lah, kisah KWSP lah masih dikata2 tetapi kita ini tunggu apa lagi ya? Kita dah berusaha bersungguh2 pun tapi persaraan kita bagaimana ya? Dah kejar jadi jutawan untuk persaraan selesa? Jadi jutawan bukan untuk bermewahan tetapi untuk persaraan selesa. Memang duit tak boleh dibawa mati tapi takkan hidup sebelum tunggu mati tu tak ada duit pulak macam mana? Mengharap semata2 pencen? KWSP? Apakah amalan kewangan positif kita selain daripada itu? Kita ikhtiarkan juga energi rezeki metafizikal secara positif supaya persaraan kita adalah positif. |
Antara titah YDP Agong 17 adalah perihal ekonomi. Walaupun baginda sudah berstatus ekonomi tinggi tetapi rakyat dan negara hendaklah juga berstatus ekonomi tinggi. Banyak saja sifu2 kewangan dan pakar2 ekonomi, pakar2 bisnes, pakar2 pemasaran dsbnya. Dato Eddy Rosyadie menawarkan pula kaedah alternatif dan komplementari kepada mereka iaitu strategi kewangan secara pernomboran dan ikthiar energi rezeki secara metafizikal. |
KDYMM SPB YDP AGONG KE 17 MALAYSIA
"The ULTIMATE Dragons of Wealth"
Tuanku adalah kategori 6 Dragons of Wealth dalam kedua2 tarikh lahir dan juga dekad 60an.
Fenomena 6 Dragons of Wealth ini ada pada tarikh lahir Ajay Banga iaitu World Bank President dan Dekad semasa waktu Tengku Datuk Seri Utama Zafrul menjadi Menteri Kewangan sebelum ini.
Ini pertama kali dijumpai fenomena sebegini sejak 2006 kajian Dato Eddy Rosyadie.
Dengan potensi Tuanku sebegini semoga melimpah ruah rezeki kekayaan Tuanku
dan kepada rakyat Malaysia serta ekonomi negara Malaysia.
Zaman teknologi moden ini dah tak payah nak doa2 buat je pembenihan awan kan senang. Zaman dulu tak ada teknologi pembenihan awan maka doalah dan kadang tu usahakan bomoh hujan. Tapi, itu usaha kita dengan teknologi secara fizikal. Dalam dunia ini, kita sebenarnya perlu mohon izin Tuhan jua supaya usaha fizikal kita itu menjadi kenyataan iaitu positif. Teknologi adalah energi fizikal dan kita perlukan jua energi Spiritual dan energi Metafizikal supaya teknologi yang kita gunakan itu adalah usaha yang POSITIF. Rugi je jutaan dollar buat pembenihan awan tapi tak menjadi disebabkan energi negatif ganggu. Perlu minta izin Tuhan DAN juga berusaha secara teknologi fizikal. |
WhatsApp Dato Eddy Rosyadie 017 769 7946 untuk khidmat kiraan tarikh daftar syarikat.
Dari dulu lagi Dato Eddy Rosyadie menganjurkan buat 6 akaun/ tabung kerana angka 6 bermaksud rezeki. Ini pula pakar kewangan pun suruh buat 6 akaun / tabung. Contoh, 6 akaun/ tabung untuk anda pratikkkan asingkan pendapatan/ keuntungan anda; 1. Perbelanjaan harian. 2. Simpanan kekal untuk waktu kritikal 3. Simpanan percutian/ umrah/ haji 4. Simpanan 6 bulan kos perbelanjaan 5. Simpanan maintainance (road tax, cukai pintu) 6. Simpanan persaraan. |
2024 = 8 iaitu tahun tekanan digelar tahun recovery (pemulihan). Untuk pemulihan tentunya ada proses2 pemulihan seperti rawatan, healing, terapi dsbnya. Selain dari pemulihan secara fizikal dan mental, kita ikhtiarkan pemulihan secara metafizikal iaitu energi positif rezeki. Setelah energi kewangan negatif dan rezeki jatuh/ terhalang pada tahun 2023 = 7 iaitu tahun kehilangan dengan Status Kewangan 3 Duit Keluar, maka kita bangkit semula iaitu pulihkan diri dalam tahun 2024 = 8 dengan Status Kewangan 6 Duit Terkumpul. |
Masalah kesihatan mental ada kaitan dengan perihal kewangan. Maka, kesihatan mental juga perlu diambilberat. Biasalah perjalanan kehidupan kita selalu diancam energi negatif. Bukan semata2 energi kewangan negatif tetapi juga energi mental negatif seperti Imaginative Star, Crying Star, Blocking Star dll yang menggangu kesihatan mental kita. Maka selain daripada kita usahakan energi positif fizikal dan energi spiritual serta energi mental, kita juga ikhtiarkan energi positif secara metafizikal. |
Perihal kewangan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk generasi yang diwarisi iaitu anak kita. Legasi kewangan kita akan berterusan positif bilamana kita dapat generasi yang menjaga perihal kewangan dengan baik. Maka, bermulalah untuk bina simpanan untuk anak2. Seperti tabungan di Tabung Haji, ASN, Simpanan SSPN dsbnya. |
Dosa adalah umpama energi negatif. Tapi energi negatif kewangan bukannya kita buat secara sengaja sebaliknya energi negatif kewangan datang kepada kita tanpa diundang. Energi kewangan negatif seperti Vacuum Star, Graf Gaung dsbnya selalu mengancam kita tanpa kita mahu pun. Nak berusaha fizikal dan mental macam mana lagi bilamana fenomena sebegini telah terjadi. Melainkan kita ikthiar energi rezeki positif secara metafizikal. |
Gunakan panduan sebegini daripada pengalaman orang yang sebenar untuk anda kenali bisnes/ kerjaya anda.
Petak Statik Dekad Dua Dorongan
Ciptaan oleh Dato Eddy Rosyadie
.
Kali ini Petak Dekad telah ditambahbaik dengan memasukkan pendua atau petak kedua kepada petak sedia ada. Ini menambahkan lagi detail kepada petak sedia ada. Kaedah terbaru ini Dato Eddy Rosyadie menggelarkannya Petak Statik Dekad Dua Dorongan.
.
Jom kita tengok perjalanan Dato Eddy Rosyadie sendiri.
.
Slide 1 - usia 20an 1992-2001
Ada pola makanan - saya bekerja di Malaysia Milk pada 1995 balik dari USA.
Ada pola perubatan - kemudian 1996 saya bekerja di Antah Sri Radin sales alat2 perubatan. Keluar masuk beberapa hospital buat sales.
Kemudian 1997 - saya bekerja kilang sarung tangan perubatan.
Dekad 8 tekanan - 2000 bermula masalah kewangan teruk. Kebetulan tempoh Vacuum Star.
.
Slide 2 - usia 30an 2002-2011
Ada pola perubatan - saya kerja pula kilang sarung tangan perubatan Top Glove.
Ada pola ketua - jadi Asst Manager kemudian Manager.
Ada pola 769 kekayaan - masa ini Top Glove baru disenarai Bursa Malaysia jadi staff2 dapat pink form. Apa lagi jual beli saham lah tahun 2006 kaya sebab jual saham2 beberapa kali 70k, 80k, 90k. Kerana kekayaan langgan Astro HD DUA pakej satu TV di tingkat bawah, satu lagi TV di tingkat atas.
Ada pola pendidikan - dapat tawaran mengajar part time di beberapa tempat.
.
Slide 3 - usia 40an 2012 - 2021
Dah tak ada pola perubatan - saya bersara dari kilang gloves pada 2013
Ada pola pendidikan - masih teruskan mengajar numerologi.
Ada pola 769 kekayaan - sekitar 2017-Mei 2018 terlibat dengan projek pembangunan berskala besar dengan keuntungan RM11 trilion. Sudah dapat surat sokongan kewangan RM50 bilion namun Mei 2018 berlaku perubahan kerajaan maka projek tersebut dibatalkan. Juga terlibat dengan beberapa funder ratusan juta/ berpuluh bilion namun tidak kesampaian.
Status Duit Keluar - banyak duit habis kerana perbelanjaan 3 orang anak masuk universiti.
Ada pola 83 mistik/kesultanan - dari 2015 berjinak2 dengan mistik dan kemudian terserlah keturunan kesultanan (Raden Jawa - mungkin kesultanan Demak)
Dapatlah Dato Eddy Rosyadie memperincikan perjalanan kisah hidup dengan lebih detail.
Pola tersebut mendedahkan seseorang dalam pelbagai fenomena unik berkahwin seperti poligami, bercerai, curang dsbnya adalah kerana ibu bapa pernah bercerai, poligami, curang dsbnya.
Tidak semestinya mesti perlu bercerai atau curang bilamana ada pola tersebut. Fenomena ini biasa dijumpai oleh Dato Eddy Rosyadie sejak 2006. Ini cuma menjelaskan bahawa pola tersebut mendatangkan kesan kepada anak2 bilamana ibu bapa berpoligami, bercerai, curang dsbnya.
Sama ada anda dibelenggu kemiskinan, anda di dalam komuniti kemiskinan. Begitu juga bilamana ada dibelenggu kekayaan, maka anda di dalam komuniti kekayaan. Namun, untuk berada dalam komuniti kemiskinan adalah sangat mudah kerana energi kewangan negatif mahu sahaja kita berada dan kekal berada di dalam komuniti kemiskinan. Jadi, tentulah kita perlu berusaha bersungguh2 berterusan. Dan amalkan sistem kewangan yang positif seperti buat simpanan dan pelaburan. Juga, sebaiknya ikhtiarkan energi rezeki yang positif sebagai tambahan usaha untuk keluar dari komuniti kemiskinan. |
Apapun, tentang kekayaan kita boleh usahakan dan ikthiarkan. Juga perihal perkahwinan, selain berusaha bersungguh2, sebaiknya ikthiarkan juga energi kasih sayang kerana kadang kala bukannya diri kita yang mahukan pasangan berkahwin lain tetapi dek kerana pola poligami ada dalam petak tarikh lahir maka ianya terjadi begitu sahaja.
Perihal konflik dalam tahun 2024 iaitu Blaming Star adalah menggunakan kaedah Graf Hayat. Dapatkan laporan Graf Hayat untuk ketahui fenomena konflik dan potensi perjalanan hidup anda. Perihal tahun 8 iaitu tekanan adalah menggunakan pengiraan pernomboran. Ini jelas menunjukkan bahawa tahun 8 adalah tahun stress. Bilamana kita tahu fenomena perjalanan hidup kita maka kita lebih redha dengan cabaran dan ambil tindakan sewajarnya. |
Tahun 2024=8 iaitu tahun tekanan tentunya memberikan tekanan kepada perihal kewangan. Tekanan secara negatif menjejaskan kewangan maka kita ikhtiarkan energi rezeki positif untuknya. Dalam perihal ini, ketiga2 syarikat bukannya operasinya kerugian dsbnya tetapi tidak tahu kenapa saham2 mereka merundum. Inilah fenomena energi negatif kewangan. |
Tips: kepada mana2 wanita berstatus isteri yang ada pola sedemikian, jagalah suamilah anda sekuat2nya.
Bukannya mereka tidak berusaha bersungguh. Tetapi usaha mereka diganggu elemen alam yang menjejaskan usaha dan tentunya kewangan mereka. Ini adalah fenomena alam yang negatif kerana 2024 = 8 iaitu tahun tekanan secara negatif. Sabar, redha, tabah dsbnya memang senang nak cakap tapi ianya tak dapat berbuat apa2 pun kepada usaha dan kewangan. Dari perspektif metafizik, ikhtiarkan energi rezeki positif daripada membiarkan diri terus tertekan dengan energi tekanan negatif. |
Dari perspektif metafizik, perniagaan perlu dirancang terlebih dahulu dengan tarikh daftar syarikat dsbnya seterusnya dipantau prestasinya secara berkala mungkin 2 kali setahun. Cara ini dapat melanjutkan usia perniagaan lebih lama kerana pemantauan prestasi untuk membetulkan perjalanan syarikat. Jika tiada pemantauan berterusan, apa syarikat pun makin lama makin hilang daya perniagaan. Banyak syarikat berubah atau menambah kepelbagaian perniagaannya mahupun mengecilkan syarikat mengikut permintaan semasa. |
Boleh saja generasi sebelum ini buat tabungan kenapa pula generasi muda sekarang sukar menabung pula? Kata orang, rumah semakin mahal berbanding dengan pendapatan mereka sekarang tetapi generasi2 sebelum ini pun sama juga. Apapun, ini adalah fenomena energi negatif kewangan. Energi negatif kewangan mungkin tak dapat ganggu generasi sebelum ini maka diganggu generasi muda sekarang. Yang penting, kita kena berjuang setiap hari berusaha kepada kewangan dalam setiap generasi dan membuat amalan kewangan positif. Dan, ikhtiar energi metafizikal positif berterusan dari generasi ke generasi seterusnya. |
Bilamana berkahwin saja, maka SETIAP orang peganglah risiko berkahwin iaitu; 1. Jaga perangai suami/ isteri 2. Risiko bercerai. 3. Risiko entah bahagia entah merana. Kiraan tarikh perjalanan hidup kita ini ada kalanya mendedahkan kita untuk bercerai. Maka kita teguhlah kekuatan kita untuk kekal berkahwin. Memang SETIAP perkahwinan ada rumitnya, konfliknya dan sebagainya. Terpulang kepada diri sendiri untuk MENENTUKAN perjalanan sama ada ikut sahaja takdir atau mengatasinya. |
Secara teori, pilih sahaja apa2 jalan kerjaya/ bisnes yang selesa atau sesuai dengan diri dan menjadilah kekayaan kerana sudah tertulis dalam kehidupan untuk jadi kekayaan kerana ada pola 769 kekayaan. Boleh juga pilih kerjaya/ bisnes berdasarkan pola atau elemen diri.
Kini, nak bersara kena jadi jutawan baru selesa bersara. Sama ada anda kerja makan gaji mahupun berniaga sekalipun, apabila usia persaraan anda tiada pilihan kecuali jadi jutawan. Jadi jutawan bukan untuk bermewah2 sebaliknya untuk bersara. Jadi jutawan adalah satu KEPERLUAN PENTING untuk bersara. Banyak je sifu2 kewangan di luar sana memperincikan cara2 persediaan kepada jutawan. Bagi Dato Eddy Rosyadie menawarkan khidmat secara alternatif iaitu strategi2 kewangan secara pola pernomboran dan ikthiar energi rezeki. Jadi tak salah Dato Eddy Rosyadie mewarwarkan perihal kewangan dan kekayaan untuk persiapan bersara. |
Kenalpasti pola2 perniagaan dan juga pola2 yang mengganggu perniagaan supaya anda dapat berniaga dengan baik dan keuntungan berterusan.
Dapatkan sesi konsultansi bersama Dato Eddy Rosyadie (017 769 7946).
Sejak dulu lagi, metafizik adalah perihal brain wave (gelombang) dan frekuensi sehinggakan netizen kecam kaedah metafizik ini pseudoscience iaitu mengarut. Tapi artikel ini menunjukkan sains mengkaji perihal gelombang dan frekuensi. Apakah sains kini mula mengiktiraf metafizik? Sekarang sains ada termanya sendiri iaitu Quantum iaitu secara langsung bermaksud metafizik. Nama je lain tapi maksud sama. |
Kemudian pada 30an, 10 tahun tekanan seterusnya masih lagi berterusan masalah kewangan tetapi pada tahun 2002 dapat tawaran mengajar di beberapa tempat secara part time. Sedikit sebanyak masalah kewangan makin berkurangan. Kebetulan dalam tempoh 10 tahun pola pendidikan. Dan pada 2004, belajar kaedah numerologi dan seterusnya meneruskan mengajar sehinggalah kini.
Kerana pengalaman pahit inilah Dato Eddy Rosyadie memperkenalkan strategi2 kewangan secara pola pernomboran dan ikthiar energi rezeki. Dari pengalaman SENDIRI untuk membantu masyarakat yang bermasalah pula. Jadi, ini pengalaman sebenar Dato Eddy Rosyadie bukan suka2 nak buat pernomboran dan ikthiar energi. Peduli apalah orang kata tentang kaedah metafizik kerana selama ini metafizik yang banyak menyelamat keadaan bukannya pertolongan sesiapa pun. Yang penting, usaha dan ikhtiar kita dibantu oleh Tuhan memberikan pengalaman tentang masalah kewangan.
Energi Metafizikal boleh je buat sendiri namun kekangan masa anda bekerja/ berniaga memang tiada masa nak buat sendiri maka dapatkanlah khidmat Dato Eddy Rosyadie. Energi Metafizikal ini sepertimana energi fizikal (makan, minum, tidur) yang sepatutnya dibuat setiap hari tetapi kerana komitmen kerja kita setiap hari, kita buat pada hari terpilih sahaja.
Bilamana ada pola 769 kekayaan ini bermaksud kekayaan sudah ada pada anda. Apa yang perlu anda buat adalah mengaktifkan sama ada aktifkan sendiri atau oleh orang lain. Dalam kes ini adalah ayahnya. Bagaimana dengan anda? Apakah anda telah aktifkan/ jana pola 769 kekayaan tersebut? Ataupun anda tunggu ayah/ ibu/ adik beradik buatkan (wariskan) kepada anda? Tentulah kita ini kenalah aktifkan/ jana pola 769 kekayaan sendiri.
Usah mencari kaya (rich) sebaliknya usahakan dan ikthiarkan kepada kekayaan (wealth). Maksud kekayaan adalah kewangan yang berada dalam situasi positif; pelaburan, simpanan, menjana pendapatan dsbnya. Kaya (rich) iaitu berduit hanya bersifat sementara sahaja. Kerana itu, Dato Eddy Rosyadie mewarwarkan kekayaan (wealth) seperti pola 769 iaitu kekayaan dan sebagainya. Kekayaan yang kita kejar/ cari bukanlah semata2 untuk kemewahan sebaliknya untuk bersara dengan selesa pada usia tua. |
Terjemahan "resilience" adalah tabah. 2024 = 8 iaitu tahun tekanan iaitu menguji KETABAHAN kita. Sebagai usahawan, semestinya perlu TABAH menanggung bebanan perniagaan berterusan. Tak boleh "hati tisu" mudah koyak dengan turun naik berbisnes. Namun, TABAH itu tidaklah boleh melulu begitu sahaja kenalah ada sistem, strategi, perancangan, pemantauan, usaha yang betul/ positif dan ikhtiar positif. |
Netizen: Metafizik ni mengarut, tak betul, tak logik. Nama pun pseudoscience, metafizik ni mengarut. Sains: pokok2 bercakap sesama mereka. Definisi metafizik: sesuatu yang tidak logik akal dan tiada mekanisma fizikal. Jadi, pokok2 bercakap tu ada mulut ke? Logik akal tak? Nampak ke mekanisma fizikal mereka bercakap? |
Jadi, bilamana ada pola 769 kekayaan adalah berpotensi kaya tetapi ada pola2 lain yang perlu diambilkira.
Awal tahun 2024=8, DBKL dan agensi2 penguatkuasa lain menjalankan banyak operasi penguatkuasaan. Kenapa tiba2 tahun ini nampaknya terlalu aktif penguatkuasaan? Memang itulah fenomena 2024 = 8. Ada sebabnya dan cara untuk mendapatkan keuntungan daripadanya. Akan dijelaskan lebih mendalam dalam Seminar Menghadapi Tahun 2024=8 secara Zoom ini. |
Bilamana tarikh nikah ada potensi tekanan. Pelik bukan, elok saja dating2 bercinta tak ada konflik besar2 begini. Bila nikah saja mulalah banyak masalah pula. Jadi, beza antara bercinta dan berkahwin adalah TARIKH NIKAH. Maka tarikh nikah merupakan satu lagi perjalanan kehidupan kita selain dari perjalanan tarikh lahir kita. |
Tak semestinya kekayaan itu dibelanjakan untuk kemewahan. Sasaran kita menjadi kekayaan (jutawan) kerana kos persaraan di Malaysia ini sudahpun pada RM1 juta pada tahun 2023. Nak tak nak kena usahakan dan ikhtiarkan jadi kekayaan.