Tak sangka pula ada orang mampu rasa energi batu tersebut secara "jarak jauh"... tq maklumbalas.
Pengalaman Bekerja Nama Syarikat : Sendayu Tinggi Holding Sdn Bhd No. 3-02-02 Lorong Batu Nilam 10A Bandar Bukit Tinggi,41200 Klang, Selangor. Jawatan : Pengarah Urusan Tempoh berkhidmat : Sekarang. Nama syarikat : Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd No. 2, Tingkat 3,Plaza MPK 41300 Klang Selangor. Jawatan : Pengarah Urusan Tempoh Berkhidmat : 2002 Nama syarikat :Munira & Co. Tingkat 4, plaza MPK Klang Selangor. Jawatan : Pegawai promosi. Tempoh Berkhidmat : 1999 – 2001. Nama Syarikat : Street Times Publication Group Jawatan : Kerani Tempoh Berkhidmat : 1997 – 1999 Nama syarikat : Kumpulan Juru Nilai Sdn Bhd Jawatan : Kerani Tempoh Berkhidmat : 1996 – 1997 Nama syarikat : Holiday Inn Shah Alam Jawatan : Hostess Tempoh Berkhidmat : 1996 Nama Syarikat : Holiday Villa Subang jaya. Jawatan : Hostess Tempoh Berkerja : 1996. Nama syarikat:Quality West Digitall Sunwei Way Jawatan : Operator pengeluaran wanita. Tempoh Bekerja : 1995. Nama Syarikat : Quality Technology Sungei way Jawatan : Operator Pengeluaran wanita Tempoh Bekerja : 1995 | Apakah yang mendorong anda untuk terus mencipta kejayaan? Anak-anak menjadi iltizam untuk saya terus berjuang meningkatkan pencapaian pendapatan dan ekonomi. Saya pernah menjadi wanita yang hanya mengikut perintah melakukan pelbagai pekerjaan tetapi apabila saya bangun dan berjalan, saya tidak akan menoleh lagi. Saya berjanji kepada anak-anak untuk menjadi ibu yang baik kerana dahulu saya kurang limpahan kasih sayang. Namun, saya belajar daripada pengalaman. Kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan selama-lamanya. Apakah yang anda kongsi dengan masyarakat? Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba di samping menerapkan dalam diri mereka agar berusaha gigih dan tidak putus asa. Selain menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan, saya turut menyalur sumbangan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Walaupun wang ringgit tidak mampu menandingi nilai kasih sayang tetapi saya dapat menggembirakan mereka. Saya sayangkan masyarakat dan ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama saya kini mahu membantu mereka terutama ibu tunggal yang susah atau sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi untuk meningkatkan pendapatan. Apakah rahsia kejayaan yang anda raih? Ada racun dan ubat dalam diri sesiapa sahaja dan terpulang kepada kita memilihnya. Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan. Saya percaya hidup ini umpama roda yang ada kala di bawah dan kemudian berada di atas, lantas semasa di puncak saya minta kepada Tuhan agar tidak lupa diri. |
BERITA HARIAN
Penangan ilmu sihir mencetuskan rasa benci dalam diri pasangan
Azizah, 45, (bukan nama sebenar), dikenali seorang yang peramah, cantik, bijak dan memiliki kewanitaan yang didamba lelaki. Bidang tugasnya yang sering berhubung dengan orang ramai menjadikan dia disenangi, malah ramai lelaki yang tertawan dan ingin menyunting sebagai isteri.
Cintanya dengan Mazlan paling hangat. Mereka bertunang dan hampir berkahwin, tetapi akhirnya terputus atas sebab yang tidak pasti. Sejak itu bukan tidak ada lelaki yang hadir dalam hidupnya, tapi semuanya seakan tidak serasi dan ditolaknya.
Ada kalanya, Azizah suka dan amat merindui teman lelakinya, tapi akhirnya bertukar benci. Dalam usia sebegitu, sebenarnya wanita patutnya semakin resah sedang tidak juga berkahwin sedang usia beranjak dari setahun ke setahun. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, tapi dia sendiri pun tidak mengetahui mengapa dirinya dibelenggu perasaan begitu.
Malah, wanita tinggi kurus lampai ini selalu melawan gejolak jiwanya dan memberontak supaya hasrat untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki tidak wajar diteruskan.
Kata Azizah, fikirannya selalu runsing manakala badannya terasa lesu dan pernah beberapa kali meracau serta bertukar menjadi murung. Badannya juga sakit dan paling teruk, sering bermimpi bukan-bukan termasuk hamil dan mendukung bayi.
Katanya, selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam barulah dia mengetahui semua itu berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui makanan.
Kemudian baru menyedari ia angkara rakan karibnya yang juga menyimpan perasaan dendam padanya. Semua berpunca, kisah 12 tahun lalu apabila rakannya dalam diam cemburu pada Azizah yang sentiasa disenangi hampir semua rakan lelaki mereka.
Jiwa kacau
Apa yang terjadi kepada Azizah bukanlah perkara pelik, malah ia tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa saja. Pelalau adalah satu istilah dalam ilmu kebatinan Melayu yang membabitkan sihir.
Kesan daripada sihir itu akan menyebabkan terkunci nafsu atau tabiat orang yang terbabit mungkin akan berubah seperti menjadi pendiam, tidak aktif, murung, menyendiri dan ada yang bertindak di luar kebiasaan, akibat daripada tekanan jiwa ataupun akibat sihir pelalau, atau kerana kedua-duanya.
Selain daripada pelalau kunci nafsu kahwin, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan menyebabkan usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu tidak kesampaian. Inilah yang berlaku pada Azizah tanpa disedarinya.
Menurut ulama, perkataan sihir dari segi bahasa bererti terdapatnya sesuatu yang amat halus sedang bersembunyi dan kehadirannya tidak dapat dikesan dengan pancaindera.
Takrifan sebahagian ulama pula mendakwa sihir merujuk kepada azimat, pelbagai jampi mantera dan simpulan tali yang dapat memberikan kesan yang nyata kepada jiwa, akal dan badan seseorang.
Biarpun kemajuan teknologi semakin menghiasi muka bumi, kecanggihannya masih tidak dapat mengesan punca penyakit atau gerak laku individu terkena sihir.
Sebagai contoh, seseorang menderita kesakitan namun diagnosis doktor mendapati tiada masalah kerosakan atau kegagalan saraf pada diri pesakit. Begitu juga mungkin isteri tiba-tiba benci kepada suaminya tanpa sebarang perkelahian atau perselisihan pendapat antara mereka.
Begitu juga sihir boleh menyebabkan seseorang menderita sakit di bahagian tertentu badan atau seluruh badan atau menyebabkan anggota tertentu badannya menjadi lumpuh tanpa sebab yang jelas. Antara sihir yang kerap ditemui dalam masyarakat kita ialah sihir pelalau, santau dan pukau.
Liat jodoh
Sihir boleh menyebabkan seseorang tidak waras atau membuatkan fikirannya celaru, boleh menimbulkan rasa cinta berahi atau benci tanpa sebab yang jelas serta membuatkan badan sakit.
Pastinya, apabila bercerita mengenai sihir penyekat atau penghalang jodoh yang lebih dikenali pelalau dalam kalangan masyarakat bukan perkara luar biasa di telinga.
Menjelas lanjut mengenai sihir tatiluz zawaj, Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (Kiswah), Hayat Abdul Rahman, berkata kesan daripada masalah itu individu tidak menemui jodoh sehingga lanjut usia atau sampai ke hujung nyawa bergantung sama ada terkena gangguan atau tidak.
Soal jodoh sememangnya kuasa Allah. Kelewatan bertemu jodoh boleh juga disebabkan ga gangguan jin atau sihir yang dihantar baik menerusi bantuan makhluk halus atau sebaliknya secara santau.
Pembabitan sihir ini boleh dibahagi kepada sama ada membabitkan gangguan jin atau dihantar oleh orang yang membuat onar, jelasnya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Sihir penyekat jodoh
Hayat berkata, sihir penyekat jodoh boleh berlaku kerana munculnya hasad dengki dalam kalangan saudara, pasangan atau sesiapa saja apabila pujaan hati tidak dapat dimiliki atau juga menolak lamaran dikemukakan.
Sihir pelalau membuatkan seseorang berat hati untuk menerima cinta baru dan juga boleh menjadikan seseorang itu hilang perasaan terhadap jantina berlainan jika kisahnya teruk.
Allah menjadikan fitrah kita untuk menyukai jantina berlainan. Sihir ini juga mampu menutup hati wanita dan buka kepada sesama jenis berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Sihir penghalang jodoh ini juga membuatkan wanita untuk menolak lamaran sama ada kerana kehadiran jin Asyik yang menutup pintu hati untuk meneruskan perasaan cinta terhadap manusia atau pun jin yang dihantar oleh tukang sihir, katanya.
Rasa benci mula timbul
Kehadiran sihir mampu mengubah sikap dan keinginan seseorang hingga mereka tutup hati sepenuhnya terhadap persekitaran dan untuk menerima lelaki dalam hidupnya.
Hayat berkata, individu dikenakan sihir pelalau, lazimnya akan hilang rasa kasih mereka kepada pasangan malah melihat pasangan seakan sesuatu dibenci dan ada juga berubah nafsu hingga mereka memilih untuk berkongsi kasih dengan kaum sejenis.
"Berdasarkan pengalaman dikongsi pesakit, tanpa mereka sedar perasaan sayang yang dicurahkan kepada pasangan mereka merubah benci malahan melihat cinta hati seakan haiwan dan hodoh.
"Sihir itu juga menjadikan mereka cenderung melupakan perkara sunat iaitu berkahwin dan memilih untuk memberi fokus pada kerjaya dan kehidupan sendiri.
"Bahkan, ada mengalami gangguan ketika majlis akad nikah dan ada juga pula mengamuk pada detik itu hingga hubungan sedia ada putus.
Cara rawatan
Bahana yang dicetuskan sihir terlalu besar dan merugikan di akhirat nanti. Justeru, kita semua mesti menjauhi sihir yang membawa kepada syirik dan sentiasa bersandar dan meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah dalam merungkaikan apa saja masalah membelenggu diri.
Katanya, jika mula terasa wujudnya perasaan pelik dalam setiap perhubungan yang terputus biarpun puas cuba untuk menerima pasangan, individu disaran mengambil langkah mencari penyelesaian menggunakan perkhidmatan pakar perubatan Islam.
"Memang sukar untuk mengetahui sama ada kita terkena sihir atau sebaliknya. Tapi jika dengan berkat keizinan Allah dan usaha pesakit sendiri, Insya Allah sihir boleh disingkirkan dari tubuh.
"Antara tanda yang boleh diteliti adalah seperti mimpi melihat haiwan liar dan berbisa, melihat bayi dan api serta ketap gigi. Tanda itu juga boleh dirasai ketika sedar termasuk sakit tulang empat kerat, sakit pelikat, ketumbuhan, sawan dan gelisah mendengar ayat al Quran, sebaiknya cari penawarnya," katanya
---------------------------
Perihal sihir memang ada di dalam dunia Islam malah dikatakan bahawa Rasululah saw pernah disihir namun ada cara perubatan sesuai. Dalam kaedah pernomboran, sihir lebih kuat apabila seseorang itu berada dalam graf gaung (iaitu tenaga dalaman lemah), berada dalam tempoh Widowed Star / Ailing Star, kitaran 8 (tekanan) termasuk juga kitaran 5 halangan serta tiada pola 72 dalam tempoh motif hayat, Spouse_AF, banyak unsur api dalam diri/ rumah dan banyak lagi faktor.
Dapatkan pemulihan dan rawatan yang sesuai, tetapi gabungakan juga dengan kaedah pernomboran iaitu kurangkan unsur api dalam diri/ rumah, tingkatkan tenaga dalaman (seperti pola 38) terutama energi ketenangan, tidur/ berubat di lokasi tempat yang betul serta pada hari yang energi tinggi, juga "menutup" laluan mistik ke bilik menggunakan kaedah minyak pyrite, warna dsbnya.
Kursus berkaitan:
Pola 459 Potensi Kesihatan Fizikal, Mental & Spiritual
Alfatihah 7 (oleh Master Pak Lah) serta rawatan jalur emas.
Pola 38 Kaedah Tenaga Dalaman
Pakej Konsultansi Mistik & Paranormal (Pola 459 + Rawatan Jalur Emas).
Kursus Pola 38 pada 1 Jun.. temui batu amethyst ini akan cikgu Ady bawa ke sana...
Semoga dengan sumbangan anda serta doa kita bersama tempohari memberikan energi positif untuk kejayaan.
Inilah masanya untuk mereka yang keturunan kerabat tetapi dah lenyap "kuasa" untuk tingkatkan semula tahap diri anda. Bukanlah nak jadi raja ganti Agong tapi nak kembali "berkuasa" dalam kehidupan, bisnes, kerjaya, keluarga... iaitu lebih berjaya, lebih kaya dari sekarang...
Energi pola 38 selalunya berkaitan dengan raja dan 1 Jun adalah hari Keputeraan Agong serta Pagoh adalah tempat sejarah kerabat....kita akan Upload energi Pola 38 di situ... mungkin souvenier itu satu petanda untuk cikgu Ady teruskan perjuangan..
Cikgu Ady tak pasti macam mana perasaan sebegitu tapi itu adalah maklumbalas seorang individu yang memohon cikgu Ady rekomenkan kepada beliau surah atau zikir yang sesuai dengan beliau. Jadi, daripada tarikh lahir beliau dan melihat kepada beberapa faktor maka cikgu Ady pilih beberapa ayat yang berkaitan dengan "matahari" serta yang sesuai dengan pola angka yang diperlukan.
Di dalam kursus pola 38 akan dibimbing kaedah untuk memilih "saluran energi" yang sesuai dengan diri anda. Memang setiap zikir dan ayat itu bagus untuk kita cuma ada yang lebih rapat dengan diri kita.
Individu ini sedang mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal malah prestasi hidup, jodoh malah bisnes juga terjejas, dengan kata lain hidup tak keruan. Beliau telah habis puluhan ribu ringgit dan bertemu puluhan pakar motivasi dan perawat, namun masalah kekal berlaku... usia 36 tapi belum berkahwin...bisnes bertukar itu ini... macam-macam drama hidupnya... Jika anda tengok semula gambarajah di atas menunjukkan bahawa walau beliau berubat pakai bom atom sekalipun beliau masih dalam kitaran tekanan.
Oleh itu satu cara untuk kita hadapi sama ada kitaran bulan, tahun malah dekad yang bermasalah, kita perlu punyai kekuatan tenaga dalaman sendiri. Mendapatkan khidmat rawatan dan kaunseling ketika waktu bermasalah adalah betul dan elok diteruskan walaupun kecil atau sekejap - semua itu membantu secara sementara, namun tak kan nak berterusan 10 tahun berubat. Jadi, tingkatkan tenaga dalaman - jana sendiri dan pulihkan diri sendiri mental dan fizikal.
Kerana itu kaedah pola 38 diperkenalkan untuk membimbing kita menjana tenaga dalaman sendiri. Pola 38 seolah pencetus "starter" dan penjana "generator" serta "charger" tenaga dalaman - seolah sebuah set generator elektrik yang dihidupkan oleh peniaga pasar malam untuk menghidupkan lampu. Bayangkan diri anda sendiri adalah mesin terapi elektrostatik yang caj energi sendiri. Memang anda boleh beli mesin terapi elektrostatik atau mendapatkan rawatan terapi energi tetapi jika tubuh badan anda sendiri lemah, maka masuk energi apa pun tidak berkesan kerana tubuh penerima adalah lemah.
Cikgu Ady sangat-sangat percaya bahawa kita boleh jana dan caj tenaga dalaman kita sendiri - tidak terlalu bergantung kepada perawat atau mesin atau ubat. Memang kita perlukan perawat, mesin dan ubat tetapi bukanlah sangat bergantung dan bukanlah untuk jangka masa panjang.
Kursus Pola 38 (terutamanya 1 Jun 2013) meliputi program Upload energi untuk
1) Kesihatan fizikal dan mental
2) Ketenangan.
3) Kekayaan.
4) Kepimpinan dan kuasa.
Terdapat beberapa tahap/ tingkat pola 38..., apabila anda sampai di tahap lebih tinggi, apa jua masalah dapat diubati sendiri termasuk Vacuum Star, Blocking Star dan pelbagai fenomena.... jika anda seoang yang sihat, apabila terjadi luka di tangan maka tubuh badan anda secara otomatik menutup luka itu... namun jika anda tidak punyai kesihatan dalaman, luka sukar baik malah boleh merebak teruk... begitulah analogi tenaga dalaman.
You Can Create Your Own Inner Energy!
01X - 27283XX
Dalam versi cikgu Ady, kami tidak boleh kata orang itu serasi bahagia dengan orang itu atau tidak kerana sepanjang hidup kita manusia ini ada saja fenomena gangguan seperti kitaran tahun tekanan, widowed star dsbnya, jadi ianya menjejaskan keserasian.. tapi itu tidak bermakna tidak serasi tetapi terjejas keserasian.
Andalah yang menentukan untuk meneruskan hubungan atau bersetuju untuk jalankan program meningkatkan keserasian... kami memberi panduan... anda juga berdoalah, Tuhan jua yang mengizinkan.
SKRIP DRAMA "OMBAK SAYANG"
BABAK 1
Pelakon:
Suami - Aaron Kamil.
Isteri - Karisma Lofa.
Suami - buka pintu rumah
Isteri - sedang duduk di sofa ruang tamu sedang baca majalah dan menegur suami.
Isteri - "abang baru balik?" mimik muka tersengih
Suami -" memanglah baru balik.. tak nampak aku penat" sambil hempaskan beg ke meja.
Isteri -"apa ni abang marah-marah!"
Suami -"ah... engkau peduli apa!" - mimik muka bengis
Isteri - muka monyok dan terdiam seketika.
Isteri - "cuba abang periksa graf hayat abang hari ini!"
Suami -"oklah...kejap" dan keluarkan sekeping kertas dari beg.
Isteri - "apa yang tertulis di situ bang?"
Suami -" hari ini... 26 mei.. kejap tengah cari ni... oh hari ini kitaran tekanan dan ada widowed star"
Isteri - "ha... padanlah abang marahkan saya tu!"
Suami -" aha ye.. maafkan abang.. memang hari ini tertekan dengan karenah pekerja di pejabat tadi".
suami dapatkan isteri dan mencium dahi sambil isteri tersenyum.... dah tamat cerita...
Sebenarnya hidup kita ini penuh dengan "duri-duri" kehidupan.. kitaran halangan lah, tekanan lah, widowed star lah, blaming star lah.. setiap dekad, tahun, bulan, hari malah setiap jam minit ada je kisahnya... kenapa kita nak beria-ria panik ikut keadaan... kita ni ikut emosi... cepat je nak berperang macam drama.. sebab kita suka berdrama... tak payah nak berdrama.. hiduplah dengan baik.. kita cari kejayaan sepanjang masa, bukan mencipta kebencian buat penat.... lebih elok cari duit lebih boleh honyemoon banyak kali ... Biar cool je lah!
1. Baru-baru ini dapat satu maklumbalas menceritakan bahawa beliau mendengar ceramah seorang penceramah mengatakan kaedah tarikh lahir sebagai mengarut. Peliknya, individu itu pernah buat seminar tarikh lahir malah memegang status dalam bidang metafizik... tak pasti apa tujuannya... hati-hati dengan muslihat sedemikian!
2. Ada seorang yang minta cikgu Ady berikan pola-pola nombor yang menujukkan seseorang itu tidak baik dsbnya... maaf, kaedah kami lebih bertujuan untuk tingkatkan prestasi dan produktiviti jadi pola-pola dan penjelasan lebih kepada pembangunan positif. Jika nak tahu pola nombor sedemikian perlu masuk beberapa siri kelas supaya dapat penjelasan yang lebih baik.
3. Baru-baru ini seorang klien konsultansi bersama cikgu Ady membentangkan masalah hidup dan perniagaan. Setelah diperiksa rupanya kerana "salah guna nombor" iaitu nombor halangan digunakan dalam kehidupan. Beliau berkata seorang anak murid XXXXX (bukan grup cikgu Ady) memberitahu bahawa nombor itu bagus untuk beliau... tapi apabila belajar dengan cikgu Ady sebenarnya nombor itu halangan menyebabkan bisnes beliau seperti banyak halangan.
Oleh itu;
a. Tidak boleh guna nombor sesuka hati - kena ada kajian dan justifikasi untuk setiap nombor kerana setiap nombor ada positif dan negatif. Ianya juga perlu disesuaikan dengan fenomena seseorang. Jika tersalah "dos" boleh menyebabkan masalah.
b. Dapatkan penjelasan dari pakar / individu berpengalaman dalam bidang anda. Terdapat ribuan orang di luar sana yang telah pelajari kaedah tarikh lahir atau penomboran tetapi mereka itu belum sesuai dijadikan rujukan. Mereka boleh beri apa jua nombor tetapi mereka belum mahir dalam analisa kes menyebabkan nombor diberi itu bleh menjadi masalah untuk orang lain... senang cerita rujuk kepada cikgu Ady lah...
Apabila diperiksa rupanya ada fenomena "tekanan" dan "halangan" menyebabkan projek tak siap... beberapa strategi pembetulan dicadangkan.
Untuk itu, jika anda mahu bina/ ubahsuai rumah/ pejabat pun kena periksa pernomboran dulu!
Dengan adanya panduan sebegini memudahkan untuk kita buat perancangan untuk sesuatu acara seperti close sale ke, presentation ke dsbnya. Kalau dah tertulis kat situ tekanan atau halangan.. buatlah yang sewajarnya.. pada 27 Mei pula keluar ayat beli barang... memang beli barang pun iaitu "terbeli" motorsikal baru. Tentang ada rezeki tu, ya ada buat sale sikit dan rezeki ada masyuk lah...
Mudahnya hidup sebegini...memudahkan untuk berjaya! Sesuai juga untuk mereka yang sedang blocking star, vacuum star dsbnya malah yang star biasa juga sesuai,.... elak buat kesilapan dengan salah buat sesuatu bukan pada harinya!
Anda tanyalah Puan Khatijah (Bdr Pinggaran Subang: 010 3660496) yang baru-baru ini memaklumkan betapa mudahnya kerja buat sales dan MLM.. duduk kat rumah je.. menggunakan software integrasi untuk tentukan bila tiba hari, masa dan jam sesuai untuk call client, setakat ini menjadi close secara telefon... hantar sms pun boleh close... pada hari, masa dan jam sesuai... kalau begitu baguslah dapat duit sambil duduk rumah dapat juga jaga kebajikan anak-anak dan suami...pakai kain batik t shirt kat rumah pun boleh buat sale! walaupun beliau sekarang ini dalam tempoh Vacuum star pun boleh buat kejayaan...
Tempahan:
Software Integrasi (untuk kegunaan peribadi setiap hari sehingga 100 tahun)
atau kalau bajet ambil dulu cetakan laporan dari Software Integrasi (ikut bulan yang ditempah).
En Nizam 012 769 3807.
Mohon maaf kerana cikgu Ady menyiarkan sms mengaibkan ini bukan bertujuan untuk aibkan sesiapa tapi nak bercerita tentang perihal "kuasai" diri dan ini adalah contoh yang baik untuk dikongsi bersama. Individu ini sebelumnya mempunyai perniagaan yang biasa dan kehidupan rumahtangga yang biasa ada pasang surutnya. Jadi, beliau mahu ikhtiar tingkatkan kehidupan dan perniagaan maka join sesi konsultansi, kelas dan sesi berdoa jarak jauh termasuk rawatan jalur emas. Syukur, ikhtiar ada hasil dengan ada peningkatan perniagaan dan kekayaan yang lebih baik malah suami menjadi seorang yang lebih menerima dirinya. Mungkin kerana tempias "aura ketenangan" itu maka suami juga mengakui kesilapan dan mahu berubah, walaupun pengakuan itu agak pedih untuknya.
Tapi lihat secara positif bahawa masalah ini dibuka dengan baik dan dapat dibincang dengan baik dan walaupun ada kisah pahit tetapi yang penting adalah dapat peluang untuk bina masa depan yang lebih baik. Individu ini semasa sesi berdoa / rawatan jalur emas di Muar pada hari doa kekayaan 20 April lalu nampak bayangan kalimah ALLAH berwarna emas semasa menutup mata. Pak Lah agak tekejut kerana perkara ini sangatlah jarang berlaku kalau berlaku pun kepada individu yang berstatus energi tinggi tapi ini individu biasa.
Cikgu Ady ada berfikir perihal ini dan tadi baru perasan bahawa itulah petunjuk bahawa Dia itu wujud dan wujud kepada sesiapa. Walaupun individu itu bermasalah, tetapi Dia ada bersama individu itu - Maha Mendengar dan Maha Pemurah membantu, apabila memohon kepada Nya. Bagi menunjukkan bahawa Dia itu Maha Pengasih maka ditunjukkan satu bayangan atau petunjuk sebegitu - sangat menarik dalam warna emas pula tu- mungkin juga untuk menenangkan hati individu dengan aura emas itu walapun selama ini hidup bermasalah.
Jadi, pengajaran dari kisah ini adalah kita perlu lebih redha dengan kehidupan dan sentiasa berikhtiar untuk tingkatkan kehidupan serta sentiasa mengingati dan berdoa kepada Nya - zikir, solat Dhuha, amalan sunat, yang wajib tentulah dsbnya. Tak kira sama ada Muslim atau bukan Muslim (tapi semestinya untuk Muslim), bahawa Dia itu sentiasa Ada bersama kita dan kita perlu sentiasa mensyukuri-Nya. Walaupun anda tidaklah nampak bayangan emas itu tetapi bayangan itu muncul pada individu lain menunjukkan kekuasaan Dia.
Pada kursus Pola 38 1 & 2 Jun ini, kita akan "hubungkan" energi dari Pagoh ke Mekah (sdra Noredie ada di sana standby di depan Kaabah pada waktu yang sama) kerana itulah kursus ini sangatlah istimewa tidak seperti kelas Pola 38 teori yang biasa - ditambah aura hari Keputeraan Agong. Kita Upload Energy secara "one-to-one" / "face-to-face" secara langsung. Bagi mereka yang tidak dapat hadir, kami "link" secara jarak jauh (one-to-one di Pagoh nanti lebih power siap dengan teknik-teknik yang anda boleh gunakan sendri bila-bila selepas ini). Kaedah ini dibuka untuk sesiapa muslim atau bukan muslim.
Pada tahun 2013 ini Sdra Noredie adalah kitaran tahun 6 dengan tengah mata angin 6 iaitu "kekayaan" sebab tu dapat grup sales RM1.2 juta baru-baru ini. Jadi, kita akan "link" juga dengan aura kekayaan beliau semasa beliau berdoa di depan Kaabah semasa Upload 1 Jun nanti.
KURSUS POLA 38 Pada 1 & 2 Jun 2013
Di Lebuhraya PLUS, keluar susur 238 dan selepas tol - BELOK KIRI (ke Bandar Maharani). Melalui IKBN di sebelah kanan dan seterusnya stesen minyak CALTEX di sebelah kiri. Selepas stesen minyak adalah Nasuha di sebelah kiri (dalam 3 minit dari tol)
Sdra Noredie menceritakan beliau pernah bertemu Master Pak Lah pada tahun 2007 lalu sebelum datang kursus cikgu Ady pada 2008. Beliau pernah belajar Reiki Master dengan Prof. Dato Dr. Ibrahim Ahmad pada 2007. Sama ada prof atau Pak Lah atau Sdra Noredie, semua tu adalah klien cikgu Ady... macam ada link pulak.
Sdra Noredie berada dalam "graf gaung" dengan pelbagai masalah tekanan hidup dan perniagaan pada ketika itu (tapi dapat keluar dengan kejayaan besar). Dengan adanya pengajian energi metafizik seperti Reiki Master atau pola 38 dan ditambah dengan kaedah pernomboran seperti arah dan jenis pasaran... adalah ikhtiar untuk tingkatkan keupayaan diri yang lebih berkesan.
Kami akan mencuba format baru berdoa/ jalur emas pada 1 Jun nanti yang mana kita akan "berhubung" terus dengan sdra Noredie yang akan berada di depan Kaabah pada 1 Jun. Jadi, ini satu tambah nilai yang sangat baik untuk peserta pola 38 yang terus "link" ke Mekah. Manakala peserta rawatan jarak jauh akan juga "link" ke kami di situ.
Kaedah doa dan jalur emas jarak jauh adalah satu kaedah pemulihan aura bertujuan untuk memulihkan atau membersihkan atau meningkatkan keupayaan individu dalam kehidupan. Dengan energy atau aura diri yang baik memudahkan kita dalam ikhtiar dalam kekayaan dan kekayaan.
"Trademark" kami adalah Pyrite kerana dari segi sains dan metafizik... digunakan dalam minyak Pyrite serta dibuat batu cincin/ pendant... juga boleh beli seketul sebegini letak atas meja... satu fungsi Pyrite (dari Wikipedia) adalah penerima frekuensi radio dengan kata lain penerima gelombang..
Jadi dalam metafizik, gelombang yang baik mahupun kurang baik ikhtiar diserap atau diterima. Cuci selalu menggunakan air mengalir dan "jemur" bawah cahaya bulan mengambang atau gerhana (jika berlaku di Malaysia).
Tempahan/ pertanyaan: Pak Lah 017 5049786
Kursus Pola 38 pada 1 Jun akan menggunakan Pyrite sebagai satu cara "penerima" gelombang aura 38.
Pola arah pada 1 Jun 2013 nanti sama dengan pola arah Dato'... aura yang power pada 1 Jun.
Masa itu akak baru balik dari umrah dan di sana ada seseorang yang beritahu akak tentang pentingnya maksud pernafasan kita. ... akak cuba gabungkan semua ilmu yang didapati dan amalkan teknik pernafasan bersama zikir. Petunjuk datang seperti kilat - cara untuk mengatasi 2 vacuum star itu adalah dengan menguasai diri dan menguasai 2 star itu. .. 38 itu melambangkan keturunan yang hebat-hebat dan memang keturunan akak ada yang begitu.
Jadi akak pun berfikir, akak pun mesti hebat; jika tidak akak akan tertindas dengan kekuatan dan kekuasaan yang ada pada pola 38 sendiri. Kalau dari pandangan tak hebat pun kena berfikir dan terima hakikat yang akak ni hebat seperti nenek moyang akak dahulu. Akak dapat rasa yang perubahan pada akak berlaku dengan serta-merta.
Akak terus berfikir, bagaimana hendak menguasai vacuum star? Datang ilham dari Allah swt.. jika vacuum star itu sangat berkuasa menyedut segala yang saya ada, maka sedutlah segala kejahatan termasuk jin-jin dan penyakit yang ada pada pesakit-pesakitku. Mungkin Allah nak tunjuk kebenarannya, akak dihadapi dengan beberapa kes kronik dan acute ketika itu termasuk seorang patient jantung yang dah koma 2 hari.
Akak buat secara imajinasi dan "mind power' proses penyedutan itu dan syukur alhamdulillah, semua kes yang akak rawat mendapat izin Allah dan dapat diselesaikan. Pesakit koma tu sedar dan doktor yang merawatnya terkejut besar kerana dia sudah berpesan supaya panggil semua saudaranya untuk melihatnya kali terakhir. MasyAllah Cikgu, akak selalu berdoa supaya Allah beri petunjuk bagimana hendak dapat kekuatan untuk merawat denagn lebih baik lagi dan ini lah yang Allah beri pada akak. Vacuum star tu... ada kebaikannya, kerana Allah yang menciptakannya. Kita hanya kena cari ilmu dan ilmu Ckgulah yang membawa kebenarannya, wallahualam.
Pagi tadi, first time akak mandi dengan minyak 38 setelah mendedahkannya pada tenaga gerhana dan sebaik saja akak keluar dari mandian, dapat sms dari kawan akak yang anak akak diterimabekerja sebagai aperentis di anak syarikat PETRONAS
Ulasan:
Dengan teknik pola 38 mendapat ilham tentang kaedah baru mengatasi Vacuum Star (ilmu tanpa perlu dipelajari iaitu ilmu laduni). Individu pola 38 perlu BERFIKIR positif... terimalah hakikat bahawa anda dilahirkan dengan keupayaan yang baik maka gunakan sebaiknya. Yang tiada pola 38 juga diberikan ruang untuk jadi hebat cuma perlu gunakan teknik yang betul pada hari yang betul (1 Jun pola 38 hari keputeraan Agong).
Antara pengajian Pola 38 pada 1 Jun;
Teknik pernafasan & upload energi
Teknik "mindpower38"
Teknik "penyedutan" energi vacuum star dsbnya.
Mengikut dari Software Integrasi, untuk 22 Mei hari ni cikgu Ady berada di Kitaran Hari 8 (tekanan), ADA REZEKI dan ada RUGI. Yang tekanan tu sebab hari ini cikgu Ady banyak bergerak di jalan raya jadi hari ini banyak tempuhi jem sana sini dari pagi.. sampaikan cikgu Ady fed-up dan tengahari balik rumah sebab tak tahan jem.. yang rugi tu pasal kena bayar saman trafik.. alahai terbang RM150 pasal salah parking... yang ADA REZEKI tu ada sales baik hari ini duit masyuk. Lepas tu yang 9 tu bermaksud barang.. .memang ada shopping sikit hari ini tapi tidak merugikan...
Jadi, menggunakan software Integrasi ini memudahkan kita buat perancangan seharian.. nak dating ke, nak close sale, nak beli saham, nak jual saham, nak jumpa klien, nak pergi shopping dsbnya... sekurangnya kita tahu apa yang terkandung dalam hari tersebut untuk kita buat perancangan... dan berserah berdoa kepada Nya.
Harga - untuk kegunaan satu nama:
1) Untuk peserta kursus I2M Muar 200413 = RM900.
2) Untuk orang awam = RM2,000
Kami dapat maklumbalas pertama dari pembeli Software Integrasi yang menggunakan software ini untuk membuat sales MLM. Jadi, beliau tentukan hari dan jam berapa untuk bertemu klien untuk close sale dan pada waktu yang ditentukan itu dapat close sale dengan berjaya dan selepas tu beliau tentukan pula jam berapa untuk klien tu buat bank in. Menariknya, masa klien bank in ke akaun beliau adalah pada waktu UNTUNG BESAR beliau mengikut kata Software Integrasi... beliau kata beli software RM2,000 minggu lepas dah balik modal dengan satu close sale ini malah ianya sangat membantu dalam sales yang lain, katanya hujung bulan ini nak dapat untung RM90 ribu (walaupun beliau dalam Vacuum Star dan Kitaran Tahun 1)... kalau beliau tu dapat ulang prosedur yang sama berulang kali mahu tak untung lebih dari modal software tu.. kesian kami jual RM2,000 je orang boleh untung berpuluh ribu dari situ... tapi tak pe, inikan namanya perjuangan kami...ikhlas...
Kata beliau lagi, beliau dapat network yang ramai ini bermula selepas join berdoa Kekayaan 20 Mac lalu (semasa cikgu Ady berdoa di Mekah). Sebelum ini beliau cuma kontraktor biasa tapi tak sangka boleh buat networking... kebetulan juga beliau baru berpindah ke pejabat baru yang arah 6 iaitu arah kejayaan... bisnes kontraktor pun ok, bisnes networking pun ok! Memang tamak nak kaya lah ni :) ... tamak untuk kebaikan ok sebab beliau nak buat simpanan sebab beliau tahu pesan cikgu Ady yang tahun ini 2013 tahun rezeki kekayaan dan tahun depan 2014 tahun masalah kewangan maka ambil kesempatan berjaya tahun ini...
Kan mudah nak kaya! Now Everybody Can Be Rich and Wealthy!
Tempahan: Hubungi En Nizam 012 769 3807
TAWARAN ISTIMEWA - DISKAUN!
Untuk peserta kursus Pola 38 pada 1 Jun ini, Software Integrasi ini dijual pada harga RM1,830 (diskaun RM170). Boleh dapatkan bila-bila nanti selepas kursus pun boleh tiada had masa untuk tempah sebab anda dah jadi group Elit38.
Untuk peserta Elit769 11Mac12, Software Integrasi dijual pada harga RM1,769 (diskaun RM231). Boleh tempah bila-bila kerana anda dah jadi group Elit769.
Tempahan: Hubungi En Nizam 012 769 3807
Kali ini kita minta tolong beliau doakan emas Aura 38 di Mekah nanti... mudah-mudahan aura beliau dapat dikongsi bersama untuk kejayaan bersama.
Tempahan emas bercetak Aura 38: En Nizam 012 7693807 sblm 25 Mei ini.
Sdra Noredie adalah contoh individu yang dalam Graf gaung tetapi dapat keluar dengan berjaya.. setelah belajar potensi pada akhir tahun 2008 lalu.. kini beliau akan masuk tempoh usia jutawan iaitu Virtuous Star sepertimana mentor beliau Sdra Azman Bidin yang juga kini Virtuous Star berpendapatan RM200 ribu sebulan.... bilakah tempoh Virtuous Star anda? Dato' Siti pernah tempohi Virtuous Star (semasa zaman Jerat Percintaan hingga Biarlah Rahsia), kini Justin Bieber dalam Virtuous Star.. Lihat Graf Hayat anda...
Selepas program berdoa oleh cikgu Ady, kumpulan MMP yang terdiri dari Reiki Master membuat program senaman Cleansing Energi.
Semasa program cleansing tersebut ada individu yang hampir pengsan, mungkin cuaca panas atau dek aktiviti senaman yang berdiri (kami semua tak bersedia pun untuk buat program energi tu memang ad-hoc tu yang bersenam pakai baju kurung) atau mungkin energy sedang masuk ke dalam badan. Selepas program tersebut, kami semua ke café berdekatan untuk minum petang disediakan oleh pihak cikgu Ady dan selepas itu hujan lebat melanda KL dan Shah Alam.
Program tersebut cuma sekadar berdoa bersama dan buat sedikit cleansing. Program Pola 38 pada 1 & 2 Jun nanti akan menekankan perihal Upload berserta Cleansing serta berdoa dengan lebih menyeluruh dan mendalam (4 kali). Dengan pengalaman-pengalaman terdahulu meningkatkan lagi modul pengajian Pola 38.
Dalam kaedah metafizik energy, terdapat satu kaedah jam pusingan terbalik untuk tujuan pemulihan energy diri. Juga terdapat pelbagai model untuk jam tangan.
www.jampusinganterbalik.blogspot.com
Menariknya untuk model jam dinding ini diletakkan satu turutan angka 1976933619 berjumlah 9! Ditanya penjual berkata ia mewakili ayat "bismillah" ... tak pasti bagaimana tapi yang penting itu turutan angka yang power.. 769 (kekayaan)... 366 (pelaburan)... bagi power sikit... mudah-mudahan ikhtiar jadi hasil yang baik.
melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).
Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).
Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Kaedah Berdoa (juga Jalur emas) Jarak Jauh:
Hadis di atas menunjukkan kita boleh berdoa untuk seseorang yang jauh. Tentang perihal "tanpa pengetahuannya" pula walaupun program berdoa jarak jauh tamat pada hari dan waktu yang telah dipilih tetapi peserta berdoa masih didoakan tanpa pengetahuan peserta pada hari dan waktu lain. Contohnya, ketika cikgu Ady berada di Mekah lalu, kesemua nama individu yang join program berdoa (termasuk Elit769 11Mac12) disebut satu persatu tanpa pengetahuan mereka (termasuk peserta berdoa yang bukan Muslim). Ada juga hari tertentu yang lain yang mana semua peserta berdoa didoakan lagi tanpa pengetahuan mereka.... mudah-mudahan ikhtiar kita bawa hasil yang baik.
Satu fenomena yang dapat dikesan menggunakan kaedah Graf Hayat dikenali sebagai "bom 3 serangkai" satu nama yang cikgu Ady sengaja reka untuk mudah ingat. 3 Serangkai itu adalah fenomena "Vacuum Star" + "Blocking Star" + "Graf Gaung". Apabila seseorang masuk ke tempoh usia yang ada 3 serangkai ini, biasanya yang berlaku adalah perasaan kecewa, putus asa, putus harapan dan murung malah boleh bawa kepada sakit mental, cubaan bunuh diri dsbnya. ketika itulah berlaku kerugian, kegagalan, perceraian dsbnya... kerana ketiga-tiga fenomena ini terlalu sukar untuk ditempuhi bagi individu yang kurang kuat dan belum bersedia tenaga fizikal dan tenaga dalaman.
Setiap orang pasti melalui fenomena tersebut cuma pada usia berbeza dan ada segelintir yang menempuhi 3 serangkai pada usia yang kritikal yang sepatutnya menikmati kehidupan atau kekayaan sebaliknya dilanda kesukaran.
Dalam hal ini, melalui kaedah pernomboran dinamik, cikgu Ady menyediakan strategi-strategi untuk mengatasinya, namun untuk lebih berkesan ianya sebenarnya melibatkan kos yang tinggi bagi mereka yang sudah berada di dalam tempoh hidup sukar, cuma cikgu Ady sengaja tidak "mewajibkan" program pemulihan kerana sememangnya individu yang dalam fenomena kesukaran itu mempunyai masalah kewangan juga... tapi mereka perlu cari jalan juga untuk dapatkan program pemulihan.
Jika anda sedang dan akan melalui tempoh hidup kesukaran nanti, dapatkan program "pemulihan" tenaga yang sesuai supaya elakkan kos pemulihan yang tinggi semasa tempoh kesukaran.
Apabila bercakap tentang Graf Hayat dan metafizik seperti Feng Shui dsbnya, semua itu berbalik kepada satu konsep utama iaitu perihal TENAGA. Graf hayat mengukur tenaga hayat seseorang dalam sepanjang perjalanan hidupnya. Malah kaedah Feng Shui adalah untuk mendapatkan Chi atau Qi (tenaga) yang baik dalam kehidupan dengan susunan barang dan lokasi. Jika bertanya kepada pakar Feng Shui untuk tunjukkan bentuk Chi itu memang sukar dibuktikan. Dalam blog cikgu Ady di sini ada ujikaji menunjukkan bahawa tenaga dalam bentuk frekuensi dan gelombang secara metafizik itu wujud (iaitu ujikaji pola 38 seperti picit jari di skrin dan nampak petunjuk)
Kerana itu, kursus Pola 38 dianjurkan sebagai ikthiar untuk menyediakan tenaga yang baik kepada peserta. Memang yuran pada 1 Jun nanti adalah mahal disebabkan 4 kali upload secara langsung (berbanding jarak jauh) dengan nilai pola 38 yang ada pada hari tersebut (hari keputeraan Agong). Apabila tenaga diberikan tinggi seumpama bateri handphone yang telah caj penuh ianya untuk mempersiapkan kita menghadapi sebarang fenomena kesukaran hidup bila-bila akan datang nanti kerana kita punyai tenaga dalaman yang sudah tinggi. Jika nanti berlaku tempoh kesukaran baru nak masukkan energi adalah agak sukar perlu berterusan dengan kos yang lagi tinggi.
Ada segelintir bekas pengikut kaedah pernomboran menyatakan kaedah pernomboran (serta kaedah lain juga) tidak berkesan kerana mereka sudahpun dalam tempoh kesukaran jadi sekadar mengamalkan strategi kecil kurang bawa hasil besar, melainkan mereka perlu berterusan tambah ilmu, ikhtiar dan berdoa juga tambah energi. Kerana itu kita sentiasa perlu positif dan tambah ilmu, terus ikthiar dan berdoa serta amalan energy tak kira kita ini dalam tempoh kesukaran atau tempoh kesenangan (Virtuous Star).
Antara contoh individu yang dalam tempoh kesukaran dan dapat keluar darinya seperti sdra Noredie (Avail Johor) dan Master Pak Lah. Bagi Pak Lah yang sememangya pengamal energi alternatif juga melalui tempoh kesukaran sebelum ini. Setelah digabungkan dengan kaedah pernomboran versi cikgu Ady, dalam masa 3 bulan sudah mampu menunaikan umrah dan kini akan mengerjakan haji, walaupun beliau bukan bekerja makan gaji cuma jualan kecil-kecilan. Apabila energi sudah tinggi dan digunakan pada hari, arah dan waktu serta potensi yang baik maka ianya membantu kita dalam hal yang begitu unik.
Dalam sesi Kursus Pola 966: Jenis Pasaran dan Arah Kejayaan itu, hadir sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan produk kesihatan atas jenama sendiri dan mengusahakannya sendiri. Mereka menyatakan bisnes yang dijalankan agak berat tetapi kenapa orang lain buat mudah berjaya?
Dalam kursus tersebut, potensi dan jenis pasaran telah dibongkar dan mereka memang punyai potensi yang baik, namun terdapat masalah pada nama syarikat, jenama syarikat dan tarikh daftar syarikat. Dengan kata lain, jika potensi kita hebat sekalipun tetapi apa yang kita bawa (seperti syarikat) yang membebankan maka prestasi kita kurang hebat. Juga, beberapa isu perihal "pendekatan perniagaan" yang mereka berdua perlu lakukan dan semestinya beberapa tips dan strategi pemasaran dan penjualan yang lebih berkesan...
Bila lihat suami isteri terpaksa berhempas pulas untuk mencapai kejayaan dan menikmati kekayaan, kita berasa simpati kerana mereka terpaksa berhabisan tenaga dan kos. Dengan yuran pengajian yang rendah ini dengan pelbagai strategi yang dibentangkan mudah-mudahan dengan strategi dan pendekatan yang lebih berkesan memudahkan mereka dapat rezeki dan dapat menikmati rezeki dengan lebih tenang.
Hidup ini untuk dinikmati dan jadikan hidup kita ini umpama syurga dunia... maka ikhtiarkan cara untuk memudahkan kehidupan dan perniagaan kita.
Sebelum cawangan di Setia City Mall dibuka, pemilik butik ini telah mendapatkan sesi konsultansi... rasanya 3 kali siap bawa pelan Mall dsbnya... bila diperiksa kali pertama rupanya arah butik ini tidak sesuai dengan pemilik dan ianya pernah berlaku semasa cawangan di Berjaya Times Square yang terpaksa ditutup kerana masalah arah dan masalah tempoh masa... setakat ini butik ini dapat meneruskan perniagaan dengan baik walaupun arah butik ini adalah "tekanan" untuk pemliik, tetapi ada strategi ikhtiar mengatasinya.
Di sini sewa RM10 ribu sebulan dan butik ini satu-satunya butik pakaian melayu (baju kurung) serta baju moden bersaing dengan kedai jenama terkenal Zara, H&M dsbnya dan kawasan ini majoriti kaum Cina... jika tidak kena gaya strategi memang boleh tertekan!
[email protected]
“Do something that everybody else says cannot be done,” says Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Idris Jala is no stranger to Malaysians. Having worked in a few major organisations (such as Shell and Malaysia Airlines), he has completed many transformation and turnaround projects. Now known to many as the turnaround maestro, he shares with us five secrets to becoming a successful transformational leader:
1 Attempt the impossible
The first secret is what Idris describes as attempting the game of the impossible. “Do something that everybody else says cannot be done,” he challenges.
When Idris was entrusted to turn around ailing airline Malaysia Airlines, he gave a seemingly impossible task to his top managers; to make the Australian and New Zealand (ANZ) routes profitable in nine months. His top managers told him it was an impossible task because in 2005, seven out of 10 ANZ routes were losing money.
A year later, 83% of those routes were making profit. Transformational leaders make the “impossible” happen. William James, a renowned American psychologist and philosopher once said, “The greatest discovery of our present day generation is that human beings can alter their lives by changing their state of mind”.
2 Discipline plus action
Becoming a successful transformational leader requires discipline of action. According to Idris, both “discipline” and “action” are crucial ingredients. “If you do not have action, you will only keep thinking, but nothing gets done. Whereas if you act on something without discipline, you are merely acting sporadically,” he explains.
To create this environment of reflection, ideation and decision making, Idris has been known to run “labs” – a concept he also implemented in his previous organisations to tackle hard issues. A lab is formed by having 20 to 30 people handpicked and “locked” inside a room for a month to solve a problem, during which the lab members would brainstorm, research, debate and develop detailed action plans to address the problems at hand.
3 Be a chameleon
There are many leaders with many different leadership styles. Idris believes that a transformational leader should practise situational leadership. At the beginning of any transformational journey, a leader should be
highly-directive.
As followers become more competent, the leader should shift to a more empowering role. Only then, will the leader be able to increase the morale and commitment of the followers. When that happens, productivity and competence will keep improving.
4 Build a winning coalition
The phrase “no man is an island” best describes the next secret to becoming a transformational leader. In any transformational journey, a leader should always look for what Idris describes as a “winning coalition”.
Especially in business, a leader should always have the mentality of creating a winning coalition when it comes to understanding stakeholders’ requirements, investor relations and staff engagement.
Even when it comes to competitors, a leader should be open to opportunities to collaborate. In fact, Idris strongly believes that the winning combination is to have collaboration and competition at the same time, as long as both parties are well aware of the boundaries and limitations.
5 Divine intervention
The final wisdom Idris shares in his interview with The Leaderonomics Show is what he calls “divine intervention”. “Because more than 60% of what happens has got nothing to do with us [and is uncontrollable. In fact if you were to list down all the major things that happened in your life, I guarantee
you that most of it happened out of your control,” he exclaims. But how does one obtain divine intervention? Idris outlines three ways:
1 Be a good human being – The essence of a good leader is a good human being.
2 Practise the right ethics – Always operate from the “white” and not on the “grey” areas.
3 Practise self-renewal – Every leader should find time for solitude and reflection.
These five elements have contributed to Idris’ turnaround successes. Are you facing a situation that needs a transformation? It begins with daring to do the seemingly impossible.
To access the full interview of Datuk Seri Idris Jala and to access other videos of inspirational personalities, visit
www.leaderonomics.com/theleaderonomicsshow