Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Mula Kekayaan Akhir Kejayaan

11/3/2013

0 Comments

 
Picture
Foto dari bilik hotel Imperial Boutec di Kota Kinabalu.


Picture
Sebuah gua di India yang banyak emas di dindingnya.


Picture
Harga menu makanan dalam Air Asia - angka 6!

Picture
Foto seorang peserta kursus Bisnes Berjaya Kaya 2012 / klien pernomboran menang cabutan hadiah kereta sempena Hari Anugerah Avail di Putrajaya pada 2 Nov lalu. Semenjak cikgu Ady betulkan tarikh daftar syarikat pasangan ini dan membetulkan arah kejayaan ke Putrajaya, mereka banyak terima projek (3 bulan pertama dapat projek RM800 ribu dan baru-baru ini dengarnya projek RM700 ribu) malah menang cabutan hadiah... strategi arah sangat penting kerana kajian cikgu Ady hampir 80% masalah perniagaan (dan kehidupan) adalah kerana masalah arah.


Cikgu doakan la sya menjadi jutawan, mcm kwn suami sya yg join prgm berdoa wukuf arafah tahun lps sekrg ni dh jadi Dato' & jutawan... lps berdoa tu dia mimpi tgk org accidnt n bnyk drh...

Alamak! ngeri pulak mimpi darah tapi janji jadi jutawan bolehlah... kita ikhtiarkan usaha dan berdoa untuk buat perubahan dalam hidup dan perniagaan... ini maklumbalas orang Sabah, sebenarnya beberapa orang Sabah dah ramai berubah lebih berjaya kaya lebih cepat berbanding orang Semenanjung, tak pasti kenapa, mungkin orang Semenanjung masih tertunggu atau sebagainya?.. bermakna mereka ini ada potensi kaya berjaya tapi setakat ini belum ada "penggilap"nya... mudah-mudahan dengan ikhtiar berdoa serta kursus mahupun konsultansi di Sabah ini dapat membantu lebih ramai lagi orang Sabah yang boleh berjaya... Jumpa di sana ye!

Picture
Perkara ini cikgu Ady pernah timbulkan sebelum ini... kali ini ditimbulkan lagi kerana kerap sangat dah cikgu jumpa... kisahnya ialah seseorang yang ada angka 5 di bahagian Root Number atau di Tengah Mata Angin... dalam kes ini adalah kes rumahtangga bermasalah serta kehidupan yang tak menentu.. kedua-dua suami isteri adalah pola 5 yang sama dan tarikh nikah juga ada pola 5... jadi hidup dan perkahwinan sentiasa ada saja masalah tak tenang..

Buat masa ini tiada ubat yang boleh diminum dan hilanglah masalah angka 5 tu.. yang ada adalah berdoa, solat hajat dan kesedaran dengan ketabahan jiwa kita yang sebaiknya elak dari berputus asa... cubalah.. namun kita sebagai manusia adalah makhluk yang lemah emosinya... cubalah....buat yang terbaik untuk mengatasinya... jika tidak mampu tak mengapa sekurangnya anda dah buat yang terbaik... selain daripada itu elakkan dari menggunakan angka 5, termasuk tidur di sudut arah 5 dsbnya.

Picture

Picture
Ikhtiar berdoa: Cetak ayat di atas ini dan tampal di dinding di bilik atau pejabat... bagi motivasi dan inspirasi serta peringatan... juga boleh amalkan membacanya dalam doa selepas solat dsbnya...mudah-mudahan rezeki lebih lancar dan baik. Boleh juga dibacakan di fliers atau produk atau premis perniagaan... untuk dapatkan rezeki yang banyak di muka bumi ini...

Picture
Semburan wangian 1 million... ada gaya jutawan dan aura emas...

Haruman Paco Rabanne untuk lelaki... cuba cari di kedai perfume. Bentuk jongkong emas... seolah sedang sembur wangian dari jongkong emas.

Ada bentuk yang lebih kecil dan haruman untuk wanita "Lady Million"

Tengok di Google Image taip Paco Rabanne 1 million
.

1 Million by Paco Rabanne is a fresh and sensual blend of notes, with glittery shine of gold. A fresh and sensual blend of notes that include grapefruit, blood mandarin, mint, rose, cinnamon, leather and amber. In all civilizations and religions gold has always managed to seduce people. The bottle of this edition for men is created in golden nuances. It represents power, wealth, luxury, durability. It is recommended for evening wear.

Kalau ada duit lebih atau terlajak kaya tu belilah yang special edition seperti berikut;

Paco Rabanne 1 Million 18 Carats – LUXE Edition Perfume ($57.000) per bottle. The case of the perfume is bag shaped with a 18-carat gold in addition to the bottle itself that is made of gold and a diamond topper. .. The bottle is 100ml and costs $57,000. 


Picture
4 botol minyak pyrite milik seorang individu... botol paling kiri adalah botol pertama, selepas beli terus jadi hitam, selepas itu botol kedua juga hitam, ketiga keruh sedikit dan yang keempat  keruh biasa... entah macam mana minyak pyrite boleh jadi macam ni sebab yang ada dalam simpanan cikgu Ady dah dekat setahun masih lagi jernih.... dan yang uniknya berlaku kepada satu individu... satu penjelasan adalah menyerap energi yang tidak baik dari diri atau sekeliling seseorang itu... memang di kala ini individu ini ada masalah dalaman... tetapi sedang berusaha untuk pulihkan dan transformasikan diri.

Ada juga kes botol minyak pyrite pecah terbelah dua walau letak atas meja padahal kaca botol ini keras sukar nak pecah, juga dari satu kes masalah gangguan di premis perniagaan... inilah ikhtiar kita untuk membina energi yang lebih baik dalam hidup/ perniagaan kita... fungsi asal minyak pyrite adalah untuk membantu tingkatkan aura ketenangan kepada pemilik.. juga banyak penggunaan lain... yang penting ianya sebagai "rakan energi anda".


Picture

Picture
... masa prog doa transfer energi yg 4hb mula2 sentuh skrin jari telunjuk kanan bhgn atas sendi rasa sakit... lps tu sy muntah2 keluar angin... ptg sy p buka kedai sy mengantuk...

Untuk program transfer energi (termasuk berdoa atau rawatan jalur emas), segelintir individu akan rasai kesan "kemasukan energi baru" menolak "energi lama", jika individu itu ada masalah energi dalaman... elok selepas program minum segelas / sebotol air... lagi best jika air tersebut air "tenaga" seperti ECPI, Anugerah mahupun air zam-zam dsbnya... air mineral biasa pun boleh juga.


Picture
Picture

Picture
Picture
Tahniah kepada sdra Noredie kerana  Group Selatan dibawah bimbingan beliau menang kali ke-3 Group Usahawan Terbaik Avail Malaysia. Syabas.

Beliau adalah pelajar/klien cikgu Ady dari 2008 dan sering jadi rujukan kerana kes beliau unik iaitu walaupun dalam tempoh graf rendah (gaung) serta dalam kitaran dekad 5 tetapi masih boleh berjaya dan telah mengerjakan umrah 3 kali.

Sdra Zahir dan Azman Bidin (di atas) adalah mentor ke sdra Noredie. Mereka juga klien cikgu Ady.

Dapatkan perkongsian ilmu usahawan dari mereka.

Foto sdra Noredie dalam program Berdoa Kekayaan di Masjid Muar (beliau antara individu yang paling banyak kali join program berdoa) dan foto sedang menjalani rawatan jalur emas oleh Pak Lah.

Picture

Picture
Jika dilihat sekali lalu, calon BN punyai potensi baik untuk menang berbanding calon PAS, namun dipercayai faktor arah memainkan peranan (perlu maklumat tambahan) yang mana arah untuk calon BN mungkin kurang sesuai. Faktor kitaran tahun juga selalunya dilihat sebagai salah satu faktor utama.

Picture
Tahniah Pasukan Bolasepak Pahang Juara Piala Malaysia 2013... mencelah jap sebab cikgu Ady orang Pahang.. dilahirkan di Hospital Mentakab, Temerloh, Pahang dan keluarga kini berada di Kuantan, Pahang.. pernah menetap di Mengkarak, Bandar Muadzam Shah dan Bandar Tun Razak Felda Keratong 1... paling suka dulu mandi di Sungai Pahang...cikgu Ady sorang je orang Pahang, anak isteri orang Selangor! Cuma anak sulung je tak ada negeri nak disokong sebab dia lahir di Amerika Syarikat...


Picture
Kenapa perlu "Energy Kesultanan"?
Program 22 Nov 2013 di Muar - Pola 838.

Kajian cikgu Ady mendapati pola 38 selalu dikaitkan dengan perihal kesultanan... ramai individu yang dilahirkan dengan pola 38 melalui pengalaman hidup yang unik dalam perihal "energi" ... ada  jadi kaya, ada yang merana dek energi bertukar jadi "saka" dsbnya... oleh itu, energi kesultanan (pola 838) adalah satu kaedah ikhtiar untuk betulkan energi supaya ianya dalam keadaan stabil, tenang dan tinggi.., membantu kita untuk lebih berjaya dalam kehidupan. 



Program Upload Enegy 38 pada 1 Jun lalu juga menggunakan energi kesultanan (SUN) iaitu energi Yang Dipertuan Agong (1 Jun adalah Hari Keputeraan Agong) yang berlangsung di Pagoh, Muar, Johor. Waktu berdoa/ upload energi ketika itu jam 5.30 petang dan kebetulan link secara langsung dengan sdra Noredie yang berada di depan Kaabah ketika itu jam 12.30 tengahari (waktu zohor) di sana.. semasa program Upload, cuaca panas terik tiba-tiba menjadi mendung dan kelihatan matahari terlindung tapi muncul seolah "satu mata" memancarkan energi secara fokus... beberapa pakar energi merasai energy yang sangat kuat datang... dan seorang peserta kursus sesak nafas sakit dada dek tempias energi terlebih itu (sebulan selepas itu beliau terima satu projek dapat cek RM82K).

Jom, kali ini energi kesultanan Johor pula... 22 Nov di Muar.

Picture
Semasa cikgu Ady kecil sekitar umur sekolah rendah suka bermain "raja-raja"... depan rumah cikgu Ady di kampung ada satu kawasan semak hutan dijadikan negeri jajahan... cikgu Ady bergaya dengan tongkat duduk bersemayam depan kawan-kawan serta ada "istana" di atas pokok... itu kisah lama... bila kini tengok graf hayat padanlah, Main Structure ada kod SUN. 

Daripada kajian cikgu Ady mendapati individu yang ada kod SUN biasanya ada kaitan dengan keturunan raja atau bangsawan besar - cuba lihat graf hayat anda di zon MAIN STRUCTURE atau PROFESSION atau  TRAVEL atau WEALTH... ada tak kod SUN di salah satu zon tersebut?... individu kod SUN perlu memainkan peranan sebagai "raja".

Dari keturunan cikgu Ady ada kena mengena dengan kesultanan, namun dari kajian mendalam. cikgu Ady lebih kepada "penasihat raja" (seolah Bendahara) berbanding jadi "raja yang berjuang" (seperti contoh Sultan Mahmud Syah kerajaan Melaka) ... cuba lihat di graf tersebut... MAIN STRUCTURE SUN dengan GREAT ASSISTANT iaitu meng"assist"kan (membantu) raja-raja... malah ada pula kod GREAT FINANCIER iaitu perihal kewangan dan kekayaan (Finance)... jadi memang cikgu Ady memberi nasihat / strategi untuk jadi kaya/ perihal kekayaan/ kewangan, terutamanya untuk "raja" atau pemimpin termasuk para VIP, CEO, MD, dsbnya... jadi sapa-sapa nak jadi kaya seolah "raja", mai sini cikgu Ady tolong "assist"kan.

Graf Hayat adalah satu kaedah mengukur tenaga (Energy Level), jadi secara teori, sesiapa yang ada kod SUN di dalam salah satu zon tersebut memerlukan tenaga SUN iaitu "energy kesultanan"... sama ada mereka perlu Upload dan Download tenaga kesultanan.. yang penting energi tersebut mengalir dalam tubuh mereka... jadi anda memerlukan "energi kesultanan".... bukan selalu ada tarikh Upload Energi Kesultanan.. jom, 22 Nov ini...

Bagaimana jika anda tiada kod SUN di salah satu zon tersebut?... tapi anda mahu juga ada "energi kesultanan" untuk digunakan dalam bisnes atau kehidupan... maka dari segi teori, graf hayat adalah satu kaedah "kelahiran" tenaga, jadi anda yang tak ada kod SUN juga boleh join program berkaitan Upload Energi Kesultanan bagi ikhtiar "mencipta" tenaga tersebut (jom, program 22 Nov).

Tahukah anda Presiden Amerika Barack Obama adalah kod SUN? Begitu juga dengan Bill Gates juga kod SUN.,,, jadi mahukah anda energi SUN (atau dengan kata lain "energi kesultanan") supaya anda ada "kuasa"/ berkuasa dalam kehidupan? ... daripada tiada apa-apa "kuasa" dalam hidup?

Tapi apakah semua sultan atau raja atau kerabat ada kod SUN tersebut? Tak... kalau mereka dah jadi kerabat tapi tak ada kod SUN bukan bermaksud mereka bukan kerabat... yang dimaksudkan di sini adalah individu (sama ada yang rakyat biasa atau kerabat) yang ada SUN perlu memainkan peranan besar dalam masyarakat atau peringkat dunia lebih daripada "raja biasa".,, Individu kod SUN seperti Barack Obama, Bill Gates memainkan peranan di dalam kepimpinan negara/ syarikat...


Picture
Queen Elizabeth II is descended from the Prophet Muhammad.

According to Burke’s Peerage, the genealogical guide to royalty, Queen Elizabeth II is descended from Muhammad, prophet of Islam. 




Apparently, the British royal family is descended from Muhammad through the Arab kings of Seville, who once ruled Spain. Through marriage, their blood passed through the European kings of Portugal and Castille, until it reached King Edward IV in the 15th century, where it has descended since.



Picture
Kajian cikgu Ady mendapati graf hayat boleh digunakan dalam panduan untuk mengenalpasti tempoh jodoh. Bagi contoh individu di sini sudah berumur 30 tahun tapi masih belum berkahwin lagilah belum berpunya.. sepatutnya dari teori jodoh beliau adalah pada umur paling cepat 46 tahun.

Pernah ada satu kes seorang wanita yang sudah berumur 50 tahun tapi masih belum berkahwin dan daripada graf hayat memang menunjukkan beliau telah terlepas jodoh yang sepatutnya di usia muda dulu tapi ditolak. Juga, satu kes seorang wanita yang jodohnya sepatutnya datang pada usia sekitar 60 tahun.

Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa jodoh adalah salah satu perkara yang telah ditetapkan dalam kehidupan.. sama ada anda ambil kesempatan bila tiba masanya atau melepaskannya dan tunggu seterusnya (kalau ada), atau tunggu sehingga waktu itu datang, itupun jika di usia awal.

Jika di pasaran banyak buku motivasi dan panduan jodoh yang boleh kita gunakan, tapi satu perkara yang tidak dijelaskan ialah, bila jodoh anda itu tiba... tiada siapa yang tahu, tapi kajian graf hayat (serta pernomboran) boleh beri panduan menjelaskan jodoh itu cepat atau lambat. Jadi, bagaimana kaedah untuk percepatkan tempoh jodoh itu? Ada banyak kaedah... satu caranya ialah tentunya berdoa... dari kaedah pernomboran versi cikgu Ady, ada hari dan waktunya...  

Sebenarnya agak sukar untuk "pulih"kan seseorang yang punyai graf hayat jodoh lambat. Graf Hayat adalah satu kaedah untuk mengukur prestasi tenaga manusia (cuba lihat perkataan "Energy Level" dalam graf hayat). Untuk jodoh itu sampai, energy perlu berada di tahap paling rendah, jadi jika seseorang itu berada di tahap energi paling tinggi, macam mana nak buat jadi paling rendah dalam masa singkat? Kalau dari energy rendah bolehlah kita ikhtiarkan jadi energi tinggi (contoh sdra Noredie yang sebelum ini hidup dalam graf paling rendah tapi boleh berjaya dalam masa beberapa bulan)... tapi untuk tukarkan polariti tenaga dari tinggi kepada rendah adalah sukar dan berisiko tinggi.

Jika "mandi bunga" bergelen-gelen sekalipun tapi jodoh masih belum sampai adalah kerana "mandi bunga" bukannya satu proses untuk rendahkan energi supaya jodoh datang.. secara teori "mandi bunga" adalah untuk tingkatkan energi, jadi ianya bertentangan dengan perihal energi jodoh... cuma "mandi bunga" memberikan "kesegaran", "wangian", dan "seri aura" supaya individu nampak "berseri" ada tarikan dari orang lain, tapi tak semestinya tarikan itu menjadi jodoh...

Oleh itu, kini ada satu cabang energi iaitu "energi rendah" bagi membolehkan seseorang itu mendapat jodoh... namun perkara ini setakat ini di dunia belum ada satu kaedah yang membolehkan seseorang itu direndahkan energinya... tapi kita ikhtiarkan juga dengan beberapa cara seperti program berdoa kasih sayang iaitu pada satu hari dan satu waktu yang mana energi rendah, individu "menghirup" energi rendah itu untuk beri satu ruang masa (portal) bagi membolehkan wujudnya jodoh... mudah-mudahan.


Picture
Bonus: Minyak Pyrite 83HR didoakan bersama emas 838 dan 636 (edisi Haji) pada 4 Nov semasa doa akhir tahun dan awal tahun 1 Muharram di Masjid As-Syarif, Meru... maknanya ada tambahan energi emas untuk Minyak pyrite 83HR tu.

Kepada individu yang telah menempah kad emas 838 / 636 Edisi Haji 1434H, emas akan diposkan mulai minggu hadapan... Atau jika anda boleh menunggu sikit lagi, kami cadang untuk doakan semua emas itu semasa 22 Nov depan di Muar (Energi Kesultanan)... ada bonus... Tapi jika anda perlukan kad emas itu segera, SMS cikgu Ady.


Picture
PERUBAHAN KEPADA PROGRAM 22 NOV.

Oleh kerana dewan masjid tidak dapat digunakan pada 22 Nov atas sebab teknikal, maka program 22 Nov ditukar dari program satu hari kepada program pagi setengah hari. Yuran juga telah diubah untuk separuh hari. Pada 22 Nov nanti, adalah program Upload energi menggunakan energi kesultanan - cleansing, transfer energi, jalur emas dsbnya - secara langsung. Masjid Muar adalah lokasi yang paling sesuai untuk program Upload energi sebegini (Muar adalah Bandar Diraja dan hari tersebut adalah hari keputeraan Tuanku Sultan dan masjid terletak sangat dekat dengan Istana). 

Maaf, kursus Teknik Sentuhan Tahap 1, 2, 3 tidak dapat dijalankan pada 22 Nov seperti yang dirancangkan sebelumnya. 

Program bermula jam 8.30 pagi yang mana semua peserta diminta datang ke satu homestay berdekatan di bandar Muar untuk program "mandi bunga 38" - bilik mandi/ persalinan berasingan untuk lelaki dan wanita. Seterusnya sama-sama bergerak ke Masjid Jamek untuk program Upload Energy, Jalur Emas, berdoa kekayaan dsbnya. Program tamat jam 12 pm dengan jamuan tengahari (sarapan dan minum pagi disediakan). Mana tau semasa Solat Jumaat tu nanti dapat bersolat dan mungkin bersalam dengan Tuanku Sultan (mungkin tuanku bersolat Jumaat di sana) - tambah power lah ye... 

Bawa bahan-bahan untuk dienergikan seperti bunting, business card, tender, kad bank ATM memang bawak, kad emas, produk, fliers, dokumen tender dsbnya... ini energi sultan... Tempohari program Upload Energy 38 pada 1 Jun 2013 di Pagoh adalah energi kesultanan juga iaitu YDP Agong / Sultan Kedah.

Picture
... the hybrid eclipse of Nov. 3 will be a special case: here the eclipse starts out as annular, then after only 15-seconds it will transition to a total eclipse, and then it remains total up to the very end of the eclipse path. The last time this happened was on Nov. 20, 1854 and the next such case after 2013 will occur on Oct. 17, 2172.

Kebetulan program berdoa Gerhana berlangsung ketika hujan lebat... jadi energy yang sangat baik... 


Dengan program "transformasi" iaitu berdoa Gerhana 3 Nov kemudian Upload Energy 38 pada siang 4 Nov dan malamnya (masih 4 Nov) berdoa awal tahun/ akhir tahun hijrah, mudah-mudahan "transformasi energi" menjadi satu kekuatan baru untuk kita sekelian.


Picture

Picture
Foto kenangan program Berdoa Kekayaan pada 27 Nov 2011 bersamaan 1 Muharram 1433 berlangsung di perkarangan Masjid Jamek Muar... lebih kurang 80 orang hadir.

salam cikgu eddy..saya bermula join biz pd 1.12.2011 bermula slpas majlis berdoa yg pertama di muar hr tu.. dan hingga sekarang, alhamdulillah rezeki x putus.. kalau dulu harap pd makan gaji jer.. now dpat xtra income dlm 2k sebulan.. tmbh2 bla dah pelajari metafizik.. 

Picture
Jika anda perasan selalunya dalam akhir kelas ada slide gambar ini adalah foto yang diambil pada 27 Nov 2011 tu (1 Muharram 2011). Program berdoa 1 Muharram itu begitu bermakna kerana banyak perubahan besar berlaku kepada cikgu Ady selepas itu... memang transformasi dari sesuatu yang "tak ada" kepada sesuatu yang "ada" dan "baru"... cthnya dapat tunaikan umrah bersama ibu, isteri dan ibu mertua, bertukar kereta baru dsbnya... syukur satu Hijrah yang power... padahal sebelum itu rasa macam mustahil je nak dapatkan suasana sebegitu.

Picture
Jika dilihat kepada kedua-dua gambar sini dan di atas perasan tak cuaca macam mendung dan matahari berada di tengah-tengah celah awan... itu pertama kali kami perasan... fenomena itu berlaku sekali lagi semasa program berdoa kekayaan di Masjjd Terapung Kuala Perlis dan program berdoa kekayaan di Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan serta semasa Program Berdoa Kekayaan 1 Jun (Aura38) di Pagoh.. satu fenomena yang begitu unik padahal sebelumnya panas terik.

Picture
Pada sebelah pagi 27 Nov itu diadakan kelas ringkas di dalam dewan masjid... dewan masjid ini memang best digunakan sebab luas banyak meja boleh letak ramai dan air-cond yang selesa.


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.