Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Motivasi Kejayaan Inspirasi Kecemerlangan

10/15/2012

0 Comments

 

Picture
Apa yang dimaksudkan dengan program berdoa + jalur emas jarak jauh?

Selain dari kita berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menambahkan ilmu dan bekerja untuk mendapatkannya, kita juga perlu berikhtiar dengan pelbagai cara lain seperti motivasi diri, mendapat sokongan pasangan/ ahli keluarga dan berdoa. 



Teknik berdoa + jalur emas diilhamkan oleh cikgu A-D yang mana sebelum ini terdapat program berdoa sahaja. Syukur ada beberapa maklumbalas yang baik dari program berdoa namun pihak kami mahu meningkatkan lagi keberkesanan program berdoa dengan memasukkan program jalur emas iaitu sejenis teknik terapi alternatif yang sebenarnya memang telah wujud di nusantara sejak beratus tahun lalu. Cuma, teknik jalur emas diperkemaskan dengan amalan-amalan yang berkaitan dengan agama (rujuk kepada kursus Al-Fatihah 7 oleh Master Kasyfullah/ Pak Lah) dan diperkemaskan dengan kaedah pernomboran. Kaedah seumpama ini sememangnya ada dibuat oleh ramai para pengamal terapi alternatif atau para ustaz/ ustazah mengubati orang, cuma tidaklah digelar sedemikian. Perbezaan kaedah kami ialah konsep pernomboran dan beberapa elemen lain yang digunakan. 

Kedua-dua program berdoa dan jalur emas adalah satu ikhtiar metafizik untuk "menghantar dan membekalkan" tenaga dalaman kepada seseorang individu supaya di samping individu itu berusaha untuk meningkatkan tenaga dalamannya sendiri, pada masa yang sama kami ikhtiar dari pihak kami, mudah-mudahan ikhtiar yang lebih besar ini membantu tingkatkan tenaga dalaman yang seterusnya meningkatkan kejayaan seseorang.

Kesan dari kaedah berdoa + jalur emas ini adalah sesuatu perasaan yang berlainan dari biasa seperti tiba-tiba rasa mengantuk, terasa pening-pening, terasa panas badan, nampak bayangan jalur emas dsbnya. Ia adalah kesan biasa kerana "gelombang" masuk ke badan seseorang itu. Namun, tidak semestinya anda perlu ada perasaan tersebut untuk mendapatkan gelombang itu yang mana ada orang merasainya dan ada orang tidak merasainya kerana pelbagai faktor. Yang penting, kaedah ini ada dirasai seseorang iaitu ada kesan penghantarannya.

Dari aspek sains moden memang tidak dapat membuktikan kewujudan kaedah ini, maka inilah digelar ikhtiar metafizik (sains metafizik). Ketepatan, kemujaraban dan keberkesanan kaedah ini berbeza untuk setiap orang. Ada orang dapat hasil yang cepat tetapi ada yang lambat. Yang penting ialah kita berterusan tingkatkan tenaga dalaman. Ada orang memerlukan 1-2 kali namun ada orang yang perlu lebih banyak kali bergantung kepada kekuatan motivasi diri seseorang juga.  Setiap dari kita perlu tingkatkan tenaga dalaman secara berterusan, kalau boleh setiap hari (seperti menonton siaran motivasi di TV, amalan kerohanian, senaman dsbnya), sama ada secara sendirian atau sesekali dapatkan bantuan orang lain untuk tingkatkan tenaga dalamannya.


Secara teori metafizik, apabila tenaga dalaman seseorang itu tinggi maka kehidupannya cepat berjaya berbanding individu yang lemah tenaga dalamannya menyebabkannya mudah kecewa, putus asa dsbnya dalam menghadapi pelbagai ujian hidup. Dalam kaedah pernomboran dinamik, terdapat kaedah untuk "mengukur" tahap tenaga dalaman seseorang seperti kaedah Graf Hayat, Graf Prestasi Bulanan/ Harian/ Jam. Sebenarnya, walau macam mana bentuk graf pun, kita mesti selalu berusaha tingkatkan tenaga dalaman kita dalam menghadapi kehidupan yang sememangnya penuh dengan cabaran.



Picture
Tragedi Pola 189

Lagenda sukan ini sekali lagi ditimpa kesulitan hidup yang mana telah diharamkan bersukan di USA dan mungkin di tempat-tempat lain juga (masih tunggu perbicaraan). Sebelum ini pernah menghadapi penyakit kanser tahap 3 tetapi dapat sembuh dengan baik.

Begitulah hidup perlu bersusah payah... bagi individu pola 189.


Picture
Picture
Picture

Picture
Salam, cikgu eddy, saya baru bersalin 15-10-2012... mencari nama yang sesuai..

Ulasan: wanita ini adalah seorang pelajar pernomboran lama yang mana beberapa kali hadir kelas dan melibatkan diri dalam program berdoa seperti 1 Ramadan lalu di UPM dan beberapa program berdoa jarak jauh... memang bersemangat beliau untuk berusaha mencari pendapatan tambahan dan tentunya bercita-cita tinggi untuk jadi kaya dan jutawan... namun sehingga kini dapatlah ruang buat part-time dapat rezeki lebih merasai nikmat berduit berbanding sebelum ini... tetapi masih tidak cukup.

Namun, memang betul kata orang tuah atau rezeki anak, kali ini beliau melahirkan seorang anak yang dilahirkan pada tarikh yang angka 6 tengah mata angin iaitu berpotensi seperti ramai jutawan dan orang kaya yang lain seperti Bill Gates, Warren Buffet dsbnya.... kita selalunya nak berdoa kekayaan punyalah cari hari yang ada tengah mata angin 6, tapi kalau macam ini hari-hari pun ada....apa yang dimaksudkan di sini ialah, walaupun kita berusaha dan berdoa tapi belum juga kaya mengharapkan durian runtuh datang bergolek, tetapi rezeki itu datang dalam pelbagai cara yang lain, kadang tu bukan terus kepada kita tetapi kepada anak baru kita dsbnya... untuk kes ini, si anak kecil ini tak perlu nak doa kaya lebih-lebih sangat sebab dirinya semulajadi dah ada potensi kaya, kita-kita ini yang tak dilahirkan 6 tengah mata angin kenalah berusaha lebih sikit.... berkat usaha ibunya dan ibunya perlu didik si anak ini sebaiknya yang mana apabila sudah dewasa dan kaya nanti bolehlah kongsikan kekayaan dengan ibunya... yang pernah berdoa dan berikhtiar untuk kaya.... rupanya dah ada depan mata yang mana ianya kekal selama hidupnya itu.. begitu indahnya rezeki itu datang, walaupun kita tak nampak datang bergolek terus turun kepada kita tetapi kadang tu memang digolekkan dalam bentuk lain dan dapat pula selama hidupnya...


Picture
KAJIAN TERBARU: Graf Hayat Pernomboran oleh Cikgu A-D

Seperti yang ramai maklum bahawa di dalam kaedah pernomboran versi cikgu A-D membawakan juga kaedah Graf Hayat namun untuk makluman kaedah Graf Hayat adalah milik orang lain dan ianya bukan kaedah pernomboran tetapi lebih kepada perbintangan tetapi penggunaan Graf Hayat sangat banyak membantu dalam kaedah pernomboran. Oleh yang demikian, cikgu A-D berusaha mengkaji untuk mencari pengganti atau alternatif kepada kaedah Graf Hayat. Kini, kajian terbaru dijalankan untuk format kaedah pernomboran terbaru yang dikenali sebaga Graf Hayat Pernomboran (seperti rajah di atas). Mudah-mudahan kajian ini dapat menemui hasil yang berkesan dan berguna untuk kita semua nanti. 

Picture
Picture
Picture

Arab Saudi isytihar cuti Aidiladha 16 hari

Riyadh: Arab Saudi akan memberi cuti selama 16 hari kakitangan kerajaan sempena sambutan Aidiladha, yang dijangka disambut lewat bulan ini, lapor akhbar kelmarin. Cuti akan bermula 18 Oktober dan berakhir 3 November ini, memetik kenyataan Kementerian Perkhidmatan Sivil Arab Saudi.

Picture
Insyallah pada tahun ini cikgu A-D akan membuat ibadah korban kali ini di kampung sendiri. Pada sebelah malam (Jumaat 26 Okt slps Isya' - malam Sabtu) ada jamuan kecil diadakan di Masjid Semambu (RRM Semambu Baru), Kuantan anjuran cikgu A-D. Dijemput pelajar/ klien yang tinggal berhampiran seperti Indera Mahkota dsbnya untuk hadir ke jamuan. Insyallah, kita akan doa bersama-sama dengan pihak masjid.




Individu yang mendaftar program Berdoa Wukuf Arafah 20 Okt akan didoakan sekali lagi pada pagi raya dan pada sebelah malam di masjid tersebut. Mudah-mudahan ikhtiar berterusan kita mendapat kebaikan.


Picture
Picture
Picture

Picture
Picture

Sejuta rakyat Malaysia tunggu giliran tunai haji

MEKAH - Tabung Haji akan tetap memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia yang berusia 70 tahun ke atas untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci walaupun jumlah mereka yang menunggu giliran kini sudah mencecah satu juta orang.

... jika anda belum daftar dengan Tabung Haji, elok daftar segera... pergi ke Pejabat Tabung Haji bawa RM1,400 dan dapatkan tahun giliran anda untuk naik haji.. jika anda daftar sekarang mungkin giliran anda dalam 20 tahun lagi... jadi, elok kalau anak-anak kecil didaftarkan sekarang supaya dalam umur 30-40 tahun dapat naik haji... walaupun terdapatnya ejen swasta tetapi yang menunggu di ejen swasta juga ramai... tak pe daftar dulu...ada rezeki buat umrah dulu kerana umrah pertama adalah wajib dan umrah seterusnya adalah sunat.

PROJEK DESTINASI UMRAH 2013... pihak cikgu A-D telah dapat satu pakej "Rakan Umrah" yang akan diumumkan nanti. 


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly