Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Momentum Kejayaan Momentum Kekayaan

10/15/2022

0 Comments

 
Picture
Untuk analisa PRU 14 adalah mudah dan kiraan memang menunjukkan siapa yang kalah teruk dan siapa yang menang besar berdasarkan kepada kaedah kiraan tarikh lahir versi Dato Eddy Rosyadie.
Picture
Untuk PRU15 adalah sukar untuk dibuat penentuan kerana kiraan seolah2 seimbang. Namun, BN berada dalam kitaran 8 tahun 2022 iaitu kitaran tekanan yang mana memang terjadi pun tekanan2 seperti beberapa tokoh digugurkan dari pencalonan menyebabkan ada yang bertanding atas tiket bebas/parti lain serta pergeseran MCA-MIC. Jadi, penentuan ini bergantung kepada bagaimana BN menguruskan tekanan yang ada sebelum 19 Nov 2022 ini.

​Dato Eddy Rosyadie tidak dapat tentukan siapa menang atau kalah PRU15 kerana ianya bergantung kepada situasi sedia ada sebelum 19.11.2022. Jika BN boleh mengatasi tekanannya sebelum 19.11.2022, ia boleh menang. Jika BN tidak dapat mengatasi tekanan, PH boleh menang.

Picture
Tarikh 7 Nov 2022 berpola 769 kekayaan maka kita ikhtiarkan untuk membuat amalan energi rezeki secara metafizikal. Boleh sepanjang 24 jam atau join program ini untuk dapatkan waktu rezeki yang sebenar dan dibuat energi rezeki bagi pihak anda oleh Dato Eddy Rosyadie. Mungkin anda kesibukan bekerja, berniaga atau belajar tidak sempat untuk membuat amalan energi rezeki pada hari tersebut.

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dan berstatus billionaire. Namun berada dalam tempoh 10 tahun Masalah Kewangan menyebabkan kekayaan jatuh.

Tidak semestinya apabila kekayaan maka akan kekal kekayaan. Jadi kita kena berusaha tambah/kekalkan kekayaan dengan berusaha bersungguh2. Sebaiknya sulami dengan ikhtiar energi rezeki supaya usaha kita itu positif dan tidak diganggu oleh energi atau parameter negatif seperti kes individu ini.

Maklumbalas peserta ikhtiar energi pakej 1 bulan. Apabila dibuat kaedah pernomboran didapati individu ini berada di tempat halangan. Agak sukar untuk individu ini berpindah tempat kerja dan tempat tinggal. Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk pindah begitu sahaja. Jadi diikhtiarkan dengan membuat meditasi sendiri dan disulami dengan ikhtiar energi versi Dato Eddy Rosyadie supaya halangan itu dapat diatasi/ diuruskan dengan baik dan tenang.
Picture

Picture
Apabila melalui tempoh 10 tahun tekanan. Penyanyi terkenal ini seorang yang berjaya dan masih bujang. Dan menghadapi masalah kesihatan mental pula. Tempoh sebegini mungkin menjejaskan prestasi sebagai seorang penyanyi.

Picture

Picture
Sains (psychology and behavour medicine) juga menganjurkan kaedah Grounding; satu kaedah metafizik yang sekian lama. Bukan untuk menggantikan perubatan moden sebaliknya komplementari.

Dato Eddy Rosyadie menganjurkan sesi Grounding dalam Program Energi 38;
1.  Di Pantai Mersing, Ulu Bendul atau Sg Pinang - secara langsung bersemuka.
2.  Ikhtiar energi - jarak jauh tidak bersemuka.

Kini, Dato Eddy Rosyadie menggunakan EO (Essential Oil) jenama Young Living jenis GROUNDING (lihat foto dibawah)

Picture
Picture
Program Energi 38 Chakra Crown UNGU dijadualkan sekali lagi pada 10 November 2022 bersempena Gerhana Bulan pada 8 Nov 2022 nanti. Sebelum ini, julung kali Program 38 dibuat di situ pada 27 Oktober 2022 lalu bersempena Gerhana Matahari 25 Oktober 2022. 

Jom, kita nikmati suasana sungai dan alam semulajadi dan menjana/menambah/ memulih energi metafizikal di situ.

Picture
Program ikhtiar energi untuk Nov 2022 ada satu tarikh untuk energi kasih sayang pada 16 Nov 2022. Memang agak sukar beberapa bulan ini dalam 2022 untuk dapatkan satu tarikh energi kasih sayang disebabkan energi kasih sayang bukannya untuk 1 hari berkasih sayang tetapi untuk masa yang berpanjangan. Maka tarikh energi kasih sayang dikira juga perjalanan untuk 20 tahun perjalanan. Berbanding dengan energi rezeki boleh saja rezeki itu 1 hari ataupun berpanjangan kerana sifat kewangan adalah sememangnya "masuk-keluar".
Picture
November 2022 adalah 2 bulan terakhir sebelum 2023 = 7 tahun kerugian (masalah kewangan). Sangat banyak berita2 kebelakangan ini tentang kerisauan para peniaga/ pakar ekonomi/ kewangan tentang masalah kewangan pada 2023 nanti. Maka kita berusaha bersungguh2 berterusan dan sulamilah dengan ikhtiar energi supaya usaha dan hasil adalah positif. Boleh saja boleh buat energi sendiri namun difahami kesibukan anda berniaga/ bekerja/ belajar. Sebaiknya sulamilah dengan ikhtiar energi Dato Eddy Rosyadie.

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) bekerja sebagai seorang atlet pun boleh menjana kekayaan. Apatah lagi jika berniaga mahupun bekerja. Yang penting adalah usaha bersungguh2 berterusan. Namun kita ikhtiarkan energi supaya bidang perniagaan mahupun bidang pekerjaan, sama ada yang full-time mahupun part-time adalah bidang yang membawa kekayaan sepertimana kerjaya golf ini.

Picture
Maklumbalas peserta ikhtiar energi. Sebenarnya energi metafizikal yang Dato Eddy Rosyadie janakan energi rezeki adalah energi ketenangan. Kerana apabila tenang kita berupaya bekerja/berniaga/belajar dengan lebih baik dan hasilnya lebih baik.

Picture
Gabungan tarikh lahir dan gabungan dengan tarikh nikah punyai potensi konflik. Sebenarnya di dalam alam perkahwinan memang wujud konflik secara logiknya kerana berbeza sifat lelaki dan wanita. Oleh itu, imbangilah perbezaan dengan aktiviti keceriaan, kemesraan, persefahaman, toleransi dsbnya.

Picture
Sejak 2006 sudah ribuan individu mempelajari kaedah pernomboran versi Dato Eddy Rosyadie untuk membetulkan/ meningkatkan kehidupan/ kerjaya/ bisnes mereka namun yang benar2 berjaya dalam kehidupan hanya segelintir. Salah satu sebabnya adalah kerana majoriti mereka itu SALAH ARAH dan bukan mudah untuk membetulkan arah kerana komitmen dan halangan dsbnya. Seperti kes ini hampir 5 tahun diambil untuk  betulkan arah.

Jadi, pelajarilah kaedah pernomboran terutamanya tentang MASALAH ARAH bersama Dato Eddy Rosyadie. Dan seterusnya berusaha dan berikhtiar untuk betulkan arah (berpindah).

Picture
Fenomena 7 November 2022:
...helps us to preserve and increase money and material possessions. Security, compatibility, holding on to family are essential to us. These days we are very focused on our family and our home. And enjoyment in all areas is paramount.

Picture
Punyai pola 769 kekayaan dalam Petak  tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) adalah satu potensi untuk kekayaan. Tentunya kena berusaha bersungguh2 dan potensi kekayaan itu menyerlah dengan adanya pola potensi tersebut. Ada pola potensi bekerja di stesyen minyak dan kemudiannya memaksimakan potensi dalam dunia kewangan. Ramai antara kita yang punyai pola 769 kekayaan sebegini namun kerana beberapa halangan/komitmen menyukarkan mereka bertukar bidang untuk lebih berjaya. Jadi, kita berikhtiar energi rezeki kerana usaha tak dapat dijalankan.

Picture
Bukan hanya metafizik pernomboran memberikan petunjuk 2023 = 7 tahun kerugian, tahun kehilangan namun pakar ekonomi/kewangan malah peniaga/ peruncit telah pun bersedia untuk hadapi tahun 2023 yang mencabar kewangan.

Usaha berterusan
Sulami dengan ikhtiar energi (buat sendiri dan/atau gunakan khidmat Dato Eddy Rosyadie)
Tambah ilmu kewangan
Bina strategi kewangan

    2023 = 7 tahun kerugian, tahun kehilangan

Klik untuk hantar


Picture
Maklumbalas peserta ikhtiar energi rezeki.

Majoriti kita dapat pendapatan tetap (gaji/perniagaan) namun ramai yang tidak berkembang kewangannya kerana dipengaruhi oleh energi2 negatif seperti Blocking Star (terhalang), Vacuum Star (duit disedut). Jadi sulamilah dengan amalan ikhtiar energi selain dari kita berusaha bersungguh2 setiap hari. Rezeki itu ada yang datang secara tetap dan ada yang datang secara tidak disangka2.

Picture
Picture
Prestasi Bulan November 2022 semakin menurun. tentu kos PRU-15 sahaja satu punca duit keluar. Dengan bulan Oktober 2022 pada mata 8 (stress) memang cakap2 politik semenjak pembubaran Parlimen 10 Oktober lalu makin lama maka stress.

Dan bulan November pula adalah bulan PILIHAN dan PERALIHAN. Kebetulan kita Malaysia ada PILIHANraya dan itu akan menyebabkan PERALIHAN kerajaan yang baharu. Maka, kita ikhtiarkan supaya apa pilihan yang anda buat untuk bisnes/ kerjaya/ studi anda dan peralihan/pertukaran kepada jabatan lain atau bisnes lain adalah pilihan / peralihan yang POSITIF. Kerana ada saja energi negatif menggangu pilihan / peralihan seperti Blocking Star, Terminating Star dsbnya. Jadi kita ikhtiarkan energi untuk November juga.

Picture

Picture
Sejak dulu metafizik ada perihal telepati dsbnya namun dikecam oleh netizen sebagai mengarut. Namun 2022 ini, sains pula mengkaji dan mendapati fenomena ini wujud. Jadi, siapa yang mengarut? Begitu juga dengan gerak hati, frekuensi jarak jauh dsbnya sudah ada kajian sains.

Dalam pengajian Kursus Pola 38, Dato Eddy Rosyadie ada menawarkan latihan2 untuk membolehkan keupayaan ini sepertimana;
1. Melihat tanpa penglihatan
2. Mendengar tanpa pendengaran
dan banyak lagi.

Sebenarnya Kursus Pola 38 telah mula dianjurkan oleh Dato Eddy Rosyadie sejak 2009 lagi. Namun, ketika itu siapalah yang nak mempercayai teknik2 sedemikian tanpa ada kajian sains. Kini, 2022 sudah ada kajian sains terhadap perihal2 tersebut.

Metafizik pencetus idea sains dan teknologi.
Picture

Picture
Ada pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) namun mengalami masalah kesihatan mental bila tiba tahun tekanan 2022.

Ini jelas menunjukkan bahawa kekayaan yang kita cari adalah bukan kekayaan fizikal semata2 (kaya duit) kerana kekayaan wang tidak semestinya sihat fizikal/mental. Kita perlukan juga kekayaan mental. kekayaan spiritual dan kekayaan metafizikal. Jelas juga disini menunjukkan pola 769 dalam Petak tarikh lahir Statik berpotensi membawa kepada kekayaan fizikal. Oleh yang demikian, imbangilah kekayaan fizikal dengan kekayaan mental, spiritual dan metafizikal dengan mengamalkan amalan2 energi diri dan ikhtiar energi.

Picture
Picture
Pada Khamis 27 Oktober 2022, berlangsung program Grounding & Uploading Energy di Sungai Pinang, Batang Kali, Selangor. Cuaca cerah membolehkan program berjalan lancar.

Semasa amalan Grounding, seorang peserta dapat bayangan ikan lumba2 (Dolphin) dan kemudiannya seekor rama2 berwarna kuning terbang berdekatan kami.

Dalam program Energi ini, seperti biasa, Dato Eddy Rosyadie menggunakan EO (Essential Oil) jenama Young Living label UNGU yang kebetulan untuk tujuan khusus;
- Grounding: untuk pembersihan energi diri.
- EN-R-GEE: untuk jana/tambah energi.
- Transformation: untuk transformasi diri.
Dan warna UNGU merupakan warna Chakra Crown.

Beberapa langkah dibuat untuk tujuan grounding, upload energi dan langkah transformasi.

Jika anda/kumpulan anda mahukan program ini dibuat, bolehlah hubungi Dato Eddy Rosyadie dan kita tetapkan tarikh, masa dan bayaran.  Perjalanan ke sini adalah 1 jam dari KL jadi boleh sahaja diatur bila2 masa.
Picture
Picture
Picture

Picture
Walaupun tarikh nikah punyai keserasian tetapi 10 tahun pertama adalah tempoh tekanan. Begitu juga individu yang dalam tempoh tekanan. Oleh yang demikian, pemilihan tarikh nikah memerlukan penelitian yang betul2 baik termasuk kiraan tarikh nikah itu sendiri,  tempoh pernikahan, gabungan dsbnya. Tidak lagi sekadar pilih sesuatu tarikh nikah semata2 seperti yang dibuat oleh orang tua dulu2.

Adat berniaga ada turun dan naik. Namun bilamana sentiasa menurun menjadikan keresahan. Maka selain berusaha bersungguh2 berniaga, kita ikhtiarkan energi rezeki supaya usaha kita adalah usaha yang positif. Bukan sekadar doa semata2 tetapi ada amalan2 energi yang dilaksanakan.
Picture

Picture
Program pertama ikthiar energi rezeki untuk November 2022. Sebagai BULAN PERALIHAN/ PILIHAN (seperti PILIHANraya), maka kita ikhtiarkan apajua peralihan mahupun pilihan kita adalah peralihan/pilihan yang positif yang membawa hasil yang baik untuk rezeki/ kewangan kita.

Ditambah dengan desas-desus krisis kewangan pada tahun 2023=7 oleh pakar ekonomi /ckewangan maka kita berusaha bersungguh2 untuk persiapan dan sulamilah dengan ikhtiar energi rezeki supaya persiapan kita itu adalah positif (aura kewangan/energi rezeki)​

Picture

Picture
Mengikut metafizik pernomboran, kitaran tahun 7 iaitu 2023 = 7 adalah tahun kerugian seperti krisis kewangan.

Kebetulan pula pakar ekonomi/kewangan menyatakan tahun 2023 adalah tahun krisis ekonomi.

Apakah pakar ekonomi/kewangan ikut metafizik pula? Tentunya mereka punyai data2 dan statistik2 kewangan.

Apapun, apakah anda telah bersedia untuk hadapi tahun 2023=7 tahun kerugian?
1. Apakah strategi anda? Seperti strategi kewangan secara pernomboran.
2. Apakah usaha anda? Seperti berusaha menonjolkan potensi pola Petak tarikh lahir anda?
3. Apakah ikhtiar anda? Seperti ikhtiar energi rezeki.

Picture
Melalui tempoh dekad 10 tahun halangan memberi kesan kepada kehidupan. Tentulah kita berusaha bersungguh2 atasi halangan namun apakan daya sebagai manusia ada saja halangan2 yang tak dapat kita usahakan dengan baik. Maka, kita ikhtiarkan dengan pelbagai cara dan energi untuk mengatasinya.

Picture
Picture
Picture
Orang Amerika menetapkan USD1 juta untuk bersara dengan selesa manakala di Malaysia pula EPF (KWSP) memberi cadangan untuk rakyat Malaysia punyai RM600K untuk bersara selesa. Apapun, tak kira apapun nilainya tetapi untuk bersara dengan selesa perlukan sekitar RM1 juta. Namun, lain pula pandangan pakar kewangan menyatakan rakyat Malaysia punyai simpanan kurang RM1K. Jadi, bagaimana nak capai RM1J nanti untuk bersara selesa?

a) Tentulah berusaha bersungguh2.
Namun, hasil dari usaha kita ada naik dan banyaknya menurun. Gaji/untung niaga dah banyak tapi duit keluar banyak pula susah nak menyimpan. Antaranya, kehadiran energi Vacuum Star (SEMUA ORANG ADA FENOMENA INI). Jadi, selain berusaha bersungguh2, kita ikhtiarkan energi metafizikal seperti energi rezeki. Boleh buat sendiri atau dapatkan khidmat Dato Eddy Rosyadie di sini.

b) Tentulah berterusan tambah ilmu kewangan.
Banyak sifu2 kewangan yang ada di media sosial yang menawarkan khidmat nasihat maka teruskan dapatkan ilmu2 dari mereka. Dato Eddy Rosyadie pula di sini menawarkan khidmat strategi kewangan secara pernomboran dan menggunakan tarikh lahir/ tarikh daftar syarikat sebagai komplementari dan alternatif.


Picture
Picture
Pakej program ikhtiar energi 1 bulan November 2022 telah dibuka. Boleh daftar dahulu sebelum atau pada 3 Okt 2022.

Dalam pemerhatian Dato Eddy Rosyadie sejak 2006, bulan November merupakan bulan pilihan. Kebetulan Oktober 2022, pembubaran Parlimen Malaysia untuk momentum kerajaan baharu pada 2023 dan juga kebetulan November 2022 adalah PILIHANraya maka seluruh rakyat Malaysia dalam mod memilih dalam November 2022 ini.

Setelah Oktober adalah bulan momentum tahun depan, diikuti pula bulan November sebagai bulan pilihan iaitu sama ada pilihan untuk meneruskan momentum yang dilakukan pada bulan Oktober ataupun membuat pembetulan/peningkatan kepada momentum yang dibuat pada Oktober.

Sebagaimana kita ikthiarkan energi supaya momentum Oktober adalah momentum yang positif, maka teruskanlah ikhtiar energi supaya pilihan kita yang kita buat adalah pillihan yang positif.

Picture
Memiliki pola 769 dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) tentunya menggunakan potensi dalam pemasaran/jualan secara livestreaming untuk meraih jualan yang besar. 

Namun, ada ramai individu yang berpola 769 sebegini tetapi tidak mahu/ belum buat lagi livestreaming untuk jualan produk/perkhidmatan mereka. Maka gunakanlah potensi sedemikian untuk meraih kejayaan besar.

Bagi mereka yang tiada pola 769 atau ada pola 769 tetapi belum meraih kejayaan, berusahalah bersungguh2 dan sulamilah usaha dengan ikhtiar energi rezeki. Mungkin energi2 negatif sedang menghalang anda untuk kejayaan seperti Blocking Star, Vacuum Star, tempoh dekad 10 tahun halangan dsbnya.

Apabila berada dalam tempoh dekad 10 tahun tekanan boleh menjejaskan prestasi diri, kehidupan malah kerjaya/bisnes. Malah, kesihatan fizikal mahupun mental boleh terjejas.

Jadi, apakah langkah2 yang perlu diambil untuk meredakan tekanan sebegini? Apakah perlu sepanjang masa bergantung dengan ubat2an? Ada kaedah2 energi secara alternatif yang boleh diikhtiarkan untuk pemulihan tempoh dekad tekanan.
Picture

Picture
Bilamana pandemik melanda negara pada 2020, bilangan B40 meningkat 100,000 orang. Maka usaha kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan seolah gagal lagi.

Usaha kerajaan adalah baik, murni dan semestinya  diteruskan namun usaha demi usaha dibuat tak sudah2 tak menemui kejayaan.  Ini menunjukkan bahawa usaha yang dibuat bersungguh2 sebaiknya diikuti dengan ikhtiar energi. Dalam tempoh usia negara Malaysia 65-74 tahun melalui fasa Vacuum Star (duit disedut) sebentuk energi negatif kewangan. Begitulah yang terjadi kepada kita individu; berusaha bersungguh2 berterusan namun tak jadi2 berjaya adalah kerana kita melalui banyak fasa energi negatif. Jadi, teruskan berusaha bersungguh2 dan sebaiknya disulami dengan ikthiar energi rezeki. Boleh sahaja buat sendiri tapi faham2 la kita sibuk berbisnes dan berkerjaya tak sempat nak jana energi maka bolehlah gunakan khidmat yang disediakan oleh Dato Eddy Rosyadie.

Picture
Apabila berada dalam tempoh dekad 10 tahun tekanan, pelbagai bentuk dugaan dihadapi yang menjejaskan prestasi diri. Maka, anda dapatkanlah graf dekad dari Dato Eddy Rosyadie untuk ketahui dekad yang anda lalui sekarang dan dekad2 akan datang untuk membuat persiapan dan persediaan awal. Juga untuk ikhtiar menguruskan atau mengatasi dekad2 yang musibah.

Ada tiga jenis carta dekad;
1. Carta Dekad (kiraan sahaja tanpa laporan)
2. Laporan Dekad Terkini dan 10 tahun akan datang.
3. Laporan Dekad Lengkap.

Picture
Tahun 2022=6 rezeki adalah tahun untuk kita buat simpanan kewangan kerana tahun 2023=7 tahun kerugian untuk kita gunakan simpanan tersebut. Namun, kerana financial mismanagement maka bahang 2023=7 tahun kerugian makin terasa. Berusaha bersungguh2 dan sulamilah dengan ikhtiar energi rezeki; buat sendiri atau boleh dapatkan khidmat Dato Eddy Rosyadie.
Picture

Picture
Ada pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie). Seorang selebriti dan pengacara di UK menggunakan bakat dan potensi semaksimanya untuk serlahkan kejayaan diri.

Picture
Kebetulan.

Metafizik pernomboran mengatakan 2023 = 7 tahun kerugian dan kehilangan.

Pakar ekonomi pula mengatakan 2023 adalah tahun kegawatan ekonomi dan kehilangan pekerjaan.

Adakah pakar ekonomi kini dah jadi pengikut metafizik ke? Atau memang betul metafizik? Maka metafizik bukan lagi adalah ramalan kosong semata2.

Metafizik pencetus idea sains dan teknologi juga pencetus kewangan dan sosioekonomi.

Picture
Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) individu ini ada pola 769 kekayaan. Seorang atlet ada pola potensi dalam petak tarikh lahir dan ada perniagaan minuman kena dengan pola potensi yang ada di petak tarikh lahir. Maksimakan potensi dan bakat untuk serlahkan potensi diri.

Picture
Program ikhtiar energi rezeki hari pilihan yang terakhir untuk bulan Oktober 2022. Seperti yang Dato Eddy Rosyadie sering beritahu bahawa bulan Oktober merupakan momentum untuk tahun depan. Kebetulan, Parlimen Malaysia dibubarkan pada Oktober 2022 dan momentum untuk pilihanraya seterusnya untuk momentum satu kerajaan baru. Maka, kita teruskan usaha bersungguh2 mencipta momentum untuk tahun depan. Sebaiknya usaha itu disulami dengan ikhtiar energi supaya usaha kita itu untuk momentum yang POSITIF. Ada je momentum yang negatif jadi kita ikhtiarkan energi supaya momentum kita itu adalah positif dengan energi2 positif seperti Virtuous Star (kekayaan), Wealth Great Financier (rezeki dari pembiaya) dsbnya.

Sesi Zoom bersama Dato Eddy Rosyadie pada malam 14.10.2022 lalu menyaksikan dalam 66 orang hadir (sesi percuma) untuk tajuk "Momentum Bulan Oktober". Dalam sesi Zoom itu, Dato Eddy Rosyadie menganjurkan satu sesi doa secara asas dan ringkas. Dan Dato Eddy Rosyadie terasa seperti kehadiran "energi kesedihan" dari peserta2 sesi. Rupanya ramai peserta sesi yang mengalami "energi kesedihan" tersebut atas diri masing2. Ini antaranya:
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

Picture
Memiliki pola 769 kekayaan dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) berpotensi mudah mendapat kekayaan. Kekayaan cara sebegini adalah dilarang untuk orang Islam. Sebagai orang Islam kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk kekayaan cara yang lain (yang halal) supaya kekayaan itu bukan sahaja hadir secara sengaja (gaji/ untung perniagaan) tetapi juga kekayaan yang dapat secara tak disangka2.

Picture
Picture
Tahun 2023= 7 tahun ujian mental. Tahun 2022 menunjukkan peningkatan masalah kesihatan mental dan tentunya persediaan dan persiapan perlu dilakukan sama ada pihak kerajaan dan juga kita. untuk hadapi tahun 2023=7.

"Saya tak sakit mental pun", kata anda. Namun, orang sekeliling anda yang sakit mental seperti pasangan, ahli keluarga, rakan sekerja, bos jiran tetangga malah rakan2. Dan ianya tempias juga kepada anda!

Pada 25 September 2022 lalu, Dato Eddy Rosyadie dijemput untuk menghadiri 1st batch Group Training untuk satu syarikat yang diusahakan oleh bekas peserta kursus Dato Eddy Rosyadie berlangsung di Setia Tropika, Johor.

Berminat untuk mengusahakan satu perniagaan berunsurkan produk minuman kesihatan untuk tahun 2023 ? Bolehlah klik di link ini (copy dan paste link ini letak di browser anda);
https://jbz2u.live/eddy7699
Picture
Picture
Picture
Picture

Picture
Memiliki pola 769 kekayaan di dalam Petak tarikh lahir Statik (ciptaan Dato Eddy Rosyadie) dan telahpun mendapat kekayaan namun habis begitu sahaja kerana cara perbelanjaan yang tidak dikawal oleh dirinya. Maka, sudah pasti apabila anda mendapat sebentuk kekayaan, kawallah cara belanja dan perkemaskan pengurusan kewangan dengan lebih baik lagi.

Picture
Perubatan alternatif menggunakan mata untuk diagnosis penyakit2 telah wujud sejak awal 1900an. Ianya adalah kategori metafizik kerana tiada mekanisma fizikal dan tidak masuk logik akal ketika itu. Tentunya ramai orang memberi kecaman sebagai benda yang mengarut.

Kini 2022, teknologi pula menggunakan kaedah yang sama dan tentunya tiada orang yang mengecamnya mengarut pula.

Metafizik pencetus idea sains dan teknologi.
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly