Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Merancang Kejayaan Dengan Pasti

2/5/2012

0 Comments

 

Picture
UTHM terletak di Parit Raja, Batu Pahat, Johor tidak jauh dari pejabat sdra Noredie (Avail). Bila dikaji sejarahnya, rupanya tarikh permulaannya sangat bagus ada pola 426, 573, banyak 7, ada 729 dan tentunya 669 serta 6 status kewangan serta yang menariknya ada pola 769! Inilah tarikh daftar yang sangat-sangat menarik... padanlah UTHM meningkat naik begitu cepat dalam tempoh yang singkat.


Nanti kita akan berdoa kekayaan Pola 769 pada 11 Mac nanti dan peserta kursus Pola 769 pada sebelah pagi tentunya akan diberikan "kekuatan" lebih mendalam sebelum beramai-ramai berdoa di sebelah petang. Pola 769 adalah satu pola kekayaan dan kejayaan !


Picture
Foto tahun 1995: Cikgu A-D selepas majlis graduasi di Syracuse University, New York, USA, di hadapan Hall of Languages, tamat jurusan Biology di sana. Selepas graduasi cikgu A-D sempat bekerja sebagai sukarelawan di Crouse-Irving Memorial Hospital, Syracuse sambil melanjutkan pengajian di Onondaga Medical Career School, Syracuse lebih kurang 3 bulan sebelum pulang ke Malaysia.


Picture
Foto cikgu A-D bersama isteri di Pittsburgh, USA  ketika melawat rakan-rakan di sana, di seberang sungai adalah Three Rivers Stadium yang kemudiannya  telah dirobohkan pada tahun 2001.


Testimoni teknik TENAGA JALUR EMAS:

"Pg ni sy dpt panggilan dr staf mgatakan kedai ramai hari ni dan sy dpt panggilan mgatakan sy dpt tender tetiba je tu yg sy nak tahu adakah kesan positif dr jalur emas.."

Mudah-mudahan dapatlah membantu. Individu di atas sekarang ini dalam graf gaung dan Vacuum Star, jadi ilmu pernomboran dan tentunya ikhtiar, tabah serta doa dan sokongan diperlukan untuk tingkatkan kejayaan. Menariknya, "penghantar" tenaga jalur emas melaporkan kepada cikgu A-D bahawa pada kali ini tenaga tersebut meningkat 3 kali ganda, bermakna sesiapa yang melalui teknik tersebut dalam 1-2 hari ini sebenarnya mendapat 3 kali penghantaran tenaga tapi membayar cuma sekali sahaja, jadi bersyukurlah beruntung. Insyallah pada Majlis Berdoa Kekayaan pada 11 Mac 2012 nanti tenaga jalur emas akan diberikan secara asas manakala untuk peserta kursus Pola 769 pada pagi tersebut akan mendapat tenaga jalur emas advanced. Mudah-mudahan.

BUKAN BEGITU!

Sekali lagi cikgu A-D mendapat pertanyaan secara email dari laman blog tetapi tidak diberikan maklumat alamat email untuk cikgu A-D menjawab (mungkin mereka terus taip di ruangan comment dan tidak sertakan alamat email)

Soalan: salam cikgu AD... saya mengenali cikgu melalui majalah wanita dan saya terdorong untuk meminta bantuan dari cikgu.. untuk pengetahuan saya lahir 08 april 1987 dan sy mempunyai masalah iaitu takut drving kereta... tetapi masalah ini menjadi beban yang sangat besar kepada saya, apatah lagi apabila kawan2 (mereka tahu serba sedikit potensi tarikh lahir) mengatakan saya mempunyai elemen besi yang berpotensi untuk mendapat kemalangan...secara tidak langsung ia menyumbang ketakutan kepada saya untuk driving... maka, saya ingin meminta bantuan dari cikgu agar saya dapat membuang perasaan tersebut sekiranya melalui kaedah tarikh lahir dapat membantu saya menyelesaikannya.... tq....

Jawapan: Ya betul saudari elemen besi namun bukan semua elemen besi PASTI kemalangan kerana ramai orang lain yang bukan elemen besi juga kemalangan. Maksud sebenar potensi pola besi ialah tarikan kepada elemen besi seperti lebih cenderung kepada kejuruteraan, automotif dsbnya berbanding orang yang dari elemen lain. Menjadi kemalangan adalah kerana pelbagai faktor seperti orang elemen besi banyak menyimpan bahan besi dalam hidupnya seperti mempunyai perabot besi yang banyak, berada dalam status harian graf rendah menyebabkan hilang kecekapan memandu dengan baik dsbnya. Perasaan takut adalah normal kerana itulah sifat majoriti manusia yang takut apabila melalui perkara baru, satu sebabnya ialah hormon adrenalin dalam badan mungkin bertindak lebih tinggi menyebabkan perasaan ingin lari dari sesuatu perkara baru itu lebih kuat (dalam situasi "fight-or-flight"). Perasaan ini hanya saudari sahaja yang boleh buangkan dengan berfikir positif. Oleh yang demikian, teruskan BELAJAR memandu dengan berkesan dan tidak panik dalam pelbagai karenah pemanduan di jalan raya sebenar. Latihan berterusan akan menjadikan kita lebih yakin dan bersedia. Jadi, teruskan BELAJAR dan berlatih dan berlatih untuk tingkatkan kemahiran memandu.

Nota 1: kawan2 anda itu kurang mahir membantu anda untuk berjaya, sepatutnya ceritalah bagaimana pola besi boleh elakkan kemalangan, mereka mungkin kurang memahami bagaimana menggunakan kaedah pernomboran secara positif. Oleh itu minta kawan2 mendalami kaedah pernomboran lebih mendalam bukan sekadar daripada bacaan semata-mata.

Nota 2: Cikgu A-D ingin berpesan sekali lagi bahawa semua peserta kursus elakkanlah diri anda menjadi "konsultan tak bertauliah" - anda masuk kelas belajar untuk kejayaan diri anda sendiri dan belum layak untuk membantu orang lain sehingga anda habis kesemua silibus pengajian pernomboran dan beberapa siri latihan. Anda belajarlah untuk kegunaan diri anda dan jika ada rakan atau saudara mara yang memerlukan kaedah pernomboran maka mintalah mereka rujuk ke sini. Baru-baru ini cikgu A-D mendapat aduan bahawa seorang peserta kursus pernomboran cikgu A-D menjadi "tenaga pengajar" (tidak bertauliah) dan mengajar pola yang negatif dan secara salah pemahaman menyebabkan individu itu keliru bagaimana nak melangkah kepada kejayaan. Oleh itu, memang nampak mudah je cikgu A-D mengajar dan ramai orang berkejar-kejar nak mengajar juga tapi jika ilmu belum cukup ianya menjadi sesuatu berbeza pula - faham lain, cakap lain. Jadi, tambahkanlah ilmu lebih mendalam dan belajarlah dengan cikgu A-D atau rakan yang ditauliahkan.  

SEPERTI YANG DIPAPARKAN DI DALAM MINGGUAN WANITA MUKASURAT 77 ISU 1473

Picture
Foto cikgu A-D di belakang Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar, Johor pada hari Majlis Berdoa Kekayaan pada 27 Nov 2011 iaitu 1 Muharram 1433 lalu dihadiri 80 orang.

Majlis Berdoa Kekayaan 11 Mac 2012
Jam 2.30 petang - 4.30 petang
RM238 seorang walk in
RM183 seorang (bank in awal)
RM138 seorang datang berdua (RM276)
RM83 ibu tunggal (bank in awal)

Daftar: SMS taip MM (nama) (tarikh lahir) hantar ke 012 769 3807
bayaran sblm 6 Mac ke: CIMB 0109-0000086-105 RQ Best Evos

Kali ini berdoa pada 11 Mac ada kelainan - pertama, ianya pertama kali kita akan masukkan elemen "769" di dalam doa dan kedua, doa kali ini lebih panjang! Juga ada beberapa teknik terbaru serta tambahan individu-individu kaya yang dijemput akan kita sama-sama lakukan untuk program berdoa tersebut. Sila berkumpul di dalam Dewan Maharani jam 2.30 petang untuk program bermula. Jumpa anda di sana!

Untuk peserta kursus Pola 769 pada hari yang sama di Hotel Traders, Muar pada jam 9 pagi akan bersambung dengan program berdoa tersebut pada jam 2.30 petang.


Picture
Maklumat lanjut tentang kisah jutawan muda sebelum usia 30 tahun: http://www.cnbc.com/id/39778909?__source=yahoo|millions|&par=yahoo

Jika anda berumur bawah 30 tahun, sila periksa graf hayat anda. Mungkin anda sedang melalui usia Virtuous Star (bintang kekayaan) sekarang ini. Justin Bieber dan Dato Siti Nurhaliza menjadi kaya pada usia muda kerana Virtuous Star mereka muncul di usia muda.

Cikgu A-D juga pernah merasa Virtuous Star pada usia sebelum 30 tahun (tapi masa tu manalah tahu pasal kaedah pernomboran memang dapat cek RM200K atas nama sendiri tapi sekejap je dah habis dek kerana Vaccum Star pada usia yang sama) dan Virtuous Star cikgu A-D seterusnya nanti pada umur 55 tahun, hmm lambat lagi dah terlepas tapi kita ikhtiarlah supaya dapat juga mempercepatkan Virtuous Star tu.

Adakah anda sekarang ini Virtuous Star dan mahu menjadi jutawan ? Mari periksa di sini dan bincangkan strategi sesuai dengan potensi anda. Kena periksa betul-betul sebab ada orang walaupun telah ada Virtuous Star tapi ada pulak star-star pengacau yang lain menanti untuk memusnahkan Virtuous Star tu.

Tapi tak semestinya kena tunggu Virtuous Star baru jadi jutawan.. kita boleh ikhtiar berusaha dan berdoa tapi ikut potensi & arah kita dari tarikh lahir. Dapat 10% dari jutawan pun dah lebih baik daripada kita tak buat apa-apa usaha atau biarkan diri kita terus terperangkap dalam masalah. Contoh terbaik ialah sdra Noredie (CDM Avail) yang kini masih dalam graf gaung dan belum Virtuous Star, tapi semenjak belajar kaedah pernomboran 2008 dan hadir di 2 majlis berdoa kekayaan dan kini 2012 telah menjana pendapatan 5 angka sebulan.. tu belum lagi Virtuous Star beliau akan datang dalam 2-3 tahun lagi mungkin lebih kaya dan sedang memasang beberapa strategi untuk menyambut Virtuous Star tidak lama lagi tu... persoalan, apakah strategi anda untuk menyambut Virtuous Star anda? Apakah strategi untuk cepatkan Virtuous Star anda?

Retirement Savings: Will $4 Million Be Enough?
By Walter Updegrave | Money

I hope to have $4 million saved by the time I retire in 30 years. That sounds like a lot of money, but how much would that be in today's dollars? -- Brian

It would seem as if $4 million should be enough to fund a comfy retirement 30 years from now. But you're right not to assume it will be sufficient.

One key issue is the purchasing power of future dollars versus today's dollars. Most people are not accustomed to thinking of money in real, or inflation-adjusted, terms. They use a calculator, plug in the amount they plan to invest for the next 10, 20 or 30 years, throw in a rate of return (often too high) and come away with a big six- or seven-figure projected nest egg that they think shows they'll have it made in the shade in retirement.

But psychologists and behavioral economists are familiar with our tendency to overestimate the value of future dollars. They even have a name for this phenomenon: money illusion.

Four million bucks does sound like a lot of money -- and it still will be even 30 years from now. But it won't be worth anything close to $4 million today.

Unless we go through a sustained period of deflation, inflation will erode the future purchasing power of that sum until, to quote that great economic thinker Yogi Berra, "a nickel ain't worth a dime anymore."

Even if inflation were a relatively modest 2% a year, $4 million in 30 years would have the purchasing power of about $2.2 million today. And if inflation heats up to a 4% annual pace, $4 million in 30 years would be the equivalent to about $1.2 million today. Hardly chicken feed, but a long way from $4 million.

If you'd like to see what any sum in the future is worth today at different rates of inflation, check out this present value calculator.


Another key issue is our propensity to view the goal of retirement planning as accumulating a single large sum. The best example of this way of looking at retirement is the too-often-heard phrase, "What's Your Number?"

It's better to focus on the
annual income you'll need in retirement rather than some big lump sum. Yes, both are estimates, but income is something that's more easily translated to a lifestyle. Besides, a big number can give you a false impression of how well off you are, as it may not generate nearly as much annual income throughout retirement as you think.

For example, using the 4% rule, a common metric for turning assets into income with a high probability of it lasting at least 30 years, a $4 million nest egg would generate about $160,000 in annual retirement income.

That's in 2042 dollars, however. In terms of purchasing power, $160,000 would be the equivalent of about $88,000 today, assuming 2% inflation over the next 30 years, or roughly $49,000, at 4% inflation. Still meaningful sums, but they don't conjure up that feeling of having hit the jackpot that $4 million does.

One more issue that goes to the heart of retirement planning -- how do you know whether you're saving enough to give yourself a realistic shot at a secure retirement?

You hope to have $4 million socked away by the time you retire in 30 years. But what does that figure represent? Is it the amount you project having based on how much you save and what you expect your investments to earn? Is it the amount you think you'll need to maintain your pre-retirement lifestyle?

It's hard to get an accurate fix on how much you'll need to save for a retirement that won't begin for several decades. There are a lot of unknowns -- how much you'll earn in the future, what sort of lifestyle you'll lead over the next 30 years, how long you'll live.

You may not be able to save as much as you envision due to layoffs or higher-than-expected living expenses. Your investments might not earn what you expect. You could be forced into retirement earlier than you wish by health problems or a "rightsizing" at work. No one can foresee how things will shake out over the next 10 years, let alone the next 30. By going to a tool like our Retirement Planner or T. Rowe Price's Retirement Income Calculator, you can make some reasonable assumptions about how much you'll need for retirement, how much you should save and how you should invest. From that, you can get a sense of your chances of achieving a secure retirement.

Your assumptions aren't going to be spot on. Life and the financial markets are too unpredictable. But updating your information and assumptions in light of actual experience and re-doing this exercise every couple of years will help monitor your progress. You can make adjustments in the amount you save, how you invest or your planned retirement date. By making a number of small course corrections over the years, you'll reduce the chances of having to make dramatic changes on the eve of retirement.

Instead of wondering what $4 million will be worth in 30 years, I recommend that you focus on getting a realistic idea of how much you should be saving and how you should be investing to retire in comfort -- however many years from now that may be and however large a nest egg you'll eventually need.


Picture
Foto Frame Gambar Duit Nombor Siri Cantik

Setiap peserta kursus Pola 769 pada 11 Mac nanti bakal mendapat satu frame yang mengandungi sekeping RM50 dan RM10 (berjumlah RM60) yang mana setiap satu adalah dari koleksi album duit nombor siri cantik cikgu A-D sendiri. Cikgu A-D dah simpan banyak sangat dan ini adalah peluang untuk cikgu A-D kongsikannya kepada anda. Duit-duit ini disimpan di arah kekayaan cikgu A-D dalam peti besi dah terperap hampir setahun, mudah-mudahan dapat "menyerap"  tenaga kekayaan.





Walaupun duit baru akan keluar nanti, duit lama ini masih ada nilai serta nilai "kekayaan". Mudah-mudahan menjadi inspirasi anda untuk menjana kejayaan
.


WAKTU BERDOA DAPATKAN / TAMBAH KEKAYAAN
RABU, 22 FEBUARI 2012
Semenanjung Malaysia dan Singapura: antara 9.30 pagi - 11.30 pagi
Sabah, Sarawak & Brunei: 9.00 pagi - 11.00 pagi.

Juga adalah tarikh dan waktu sesuai untuk daftar syarikat baru.

SYARAT: apabila anda mendapat untung besar masuk ke dalam akaun utama anda, sila cepat-cepat keluarkan keuntungan itu dan simpan di akaun anda yang lain / tumpang dalam akaun orang lain / beli sesuatu yang positif seperti emas, sijil premium, tambah pelaburan amanah saham dll.

Sesuai digunakan untuk semua golongan dan umur serta tidak mengira bangsa atau agama mengikut kepercayaan masing-masing.

Anda berdoalah sendiri atau bersama rakan / ahli keluarga anda. Jika anda memerlukan khidmat berdoa bersama cikgu A-D secara on-line, sila beritahu di [email protected] (ada yuran dikenakan). Mudah-mudahan, cikgu A-D doakan anda berjaya sentiasa!

Pastikan anda hadir untuk Majlis Berdoa kekayaan pada 11 Mac 2012 di Muar nanti untuk suasana berdoa yang lebih mendalam.

RAWATAN PEMULIHAN TENAGA JALUR EMAS (ASAS) JARAK JAUH

Anda telah mengetahui bahawa kaedah pernomboran kini menawarkan perkhidmatan tambahan iaitu tenaga pemulihan alternatif, tetapi hanya untuk tenaga kekayaan sahaja. Untuk kes saka, gangguan mistik dsbnya sila dapatkan pakar yang lain kerana kami lebih berminat untuk tenaga kekayaan.

Tenaga "dihantar" di sebelah malam. Boleh dilakukan untuk kanak-kanak. Adalah disarankan untuk melakukan aktiviti ini secara kerap beberapa kali supaya "cahaya" tenaga kekayaan tersebut lebih besar dan mendalam dalam diri anda.

Cikgu A-D pernah buat sekali dan dua hari kemudian, ada seorang peserta kursus yang bank-in RM2000 untuk deposit yuran kursus. Selama 8 tahun ini, tak pernah ada orang yang bank in sebanyak tu.. mudah-mudahan kaedah ikhtiar ini boleh membantu anda juga.

Picture
Foto koleksi batu Pyrite dalam bentuk pendant 769 atau blok 6969 untuk versi pernomboran cikgu A-D. Jika berminat untuk dapatkan bahan ini, bolehlah email ke [email protected]. Awas "tiruan" yang akan keluar nanti menyerupai versi ini dijual di pasaran tetapi untuk versi kami adalah batu asli dan diberikan doa-doa oleh individu tahfiz. 

Picture
Prof Dato Dr Ibrahim Ahmad (MMP) adalah salah seorang klien cikgu A-D, pernah mengatakan bahawa orang kaya  gila untuk kaya, dengan kata lain orang yang mahu kekayaan akan berusaha "gila" untuk mencapai kekayaan. Satu cara ialah visual kekayaan.

Di sini adalah koleksi bahan visual kekayaan cikgu A-D, tapi foto itu yang di atas almari meja (gambar atas meja tak dapat ditunjukkan segan sebab banyak sangat buku-buku dan lain-lain). Semua bahan kekayaan dan tentunya berwarna emas. Siap frame gambar duit berwarna emas, kotak-kotak emas, malah jam dinding juga emas! Memang tamak untuk kaya ni, tapi berbaloi juga. Ada orang kata tak elok tamak untuk kaya, tapi jika kita ada duit banyak maka banyak juga kita boleh berzakat, cuma tamak untuk kaya tu tamak secara positif lah ye.


Picture
Kaedah Graf Prestasi Harian
Ciptaan Cikgu A-D

Baru-baru seorang peserta kursus menyatakan kedai beliau dipecah masuk dan duit dirompak pada 4 Feb lalu. Bila kita periksa tahap dan pola beliau untuk 4 Feb itu, rupanya dahlah mata 1 dan petak tiada angka 6 langsung! Menunjukkan duit keluar dan habis! Kebetulan?



Pengajaran - jika pada sesuatu hari itu mata jatuh 1 atau 2 dan kemudian petak tiada angka 6 lansung, hati-hatilah dengan duit anda ! Juga sebaliknya mata naik 8 atau 9 dan petak banyak 6, besar kemungkinan duit banyak masyuk! Gunakanlah kaedah Graf Prestasi Harian untuk merangka strategi seharian anda, sekurangnya ada panduan dalam hidup daripada main hentam je esok lusa untung batu timbul untung sabut tenggelam!

Kaedah ini ciptaan dan kajian Cikgu A-D sendiri dan digunakan oleh ramai individu yang terlibat dalam jualan seperti MLM, insurans malah gerai jualan makanan serta individu dalam Forex untuk membuat perancangan seharian.

Dapatkan perisian Graf Prestasi Harian: RM150 seunit dalam bentuk MS-Excel. Bank in Maybank 512464228716 dan selepas itu beritahu maklumat bank in emailkan ke
[email protected].

Perhatian: Peserta kursus Pola 769 pada 11 Mac akan mendapat semua perisian bernilai hampir RM950 percuma.


Picture
Tahniah kepada Sdra Faeez.

Semalam beliau telefon cikgu A-D dengan penuh girang, apa taknya syarikat dah luluskan untuk berikan kereta baru LEXUS - plat nombor JNK 769.

Syukur, ada lagi kejayaan demi kejayaan kepada peserta kursus pernomboran. Jika dulu sdra Faeez datang dari Kluang ke KL pada tahun 2007 terpaksa naik bas dan kemudian teksi dan nyaris kena tahan polis kerana kebetulan pakai baju kuning cair disebabkan perhimpunan baju kuning semasa itu dan malam tu tidur di Masjid Shah Alam semata-mata untuk hadir kursus, kini ianya berbaloi. DUIT - Doa, Usaha, Iltizam / Ilmu dan Tabah/ Tawakal.

Tiap kali beliau telefon cikgu A-D beliau akan berulang kali menyatakan beliau sering teringat pesanan cikgu A-D pada tahun 2007 lalu yang mana cikgu A-D pesan bahawa beliau boleh berjaya pada umur 30 tahun, kini dah berlaku kejayaan tersebut!

Mari belajar kaedah pernomboran dari cikgu A-D, seterusnya bersama berjemaah dalam majlis berdoa kekayaan pada 11 Mac depan. Mudah-mudahan ikhtiar sebegini dapat membantu anda beroleh kejayaan berterusan.


Picture
Kursus di Kulim 4 Feb 2012

Syukur dapat juga sampai di Kulim! Jangan marah cikgu A-D lagi ye kalau cikgu A-D asyik ke Johor je. Cuma nak ke Kuala Terengganu, Kota Bahru, Sabah, Sarawak, Brunei tak kesampaian lagi tahun ni.




Kali terakhir cikgu A-D ke Kulim dalam 10 tahun lalu ketika itu di Kulim terkenal dengan satu skim pelaburan. Cikgu A-D sempat ke tempat tersebut yang sesak dengan orang sambutan begitu hangat, tapi sayangnya dua bulan kemudian kena rush Bank Negara dan habislah pelaburan... kebetulan masa tu Cikgu A-D sedang Vacuum Star, padanlah, habis pelaburan di situ dan beberapa lagi masalah Vaccum Star hinggalah kena CTOS... bila kenang balik kenapalah kaedah pernomboran ni tak ada 20 tahun yang lalu.. kan mudahkan kehidupan cikgu A-D dan kita semua... Pengajarannya, kalau nak melabur tengok dulu sama ada anda sedang Vacuum Star atau tidak sebelum buat keputusan.

Berbalik ke kursus di Kulim (berdepan Kulim Mall berdekatan Kulim Hi-Tech), memang sengaja tak panggil ramai orang sebab bilik kuliah kecil. Tak pe lain kali kalau ada permintaan yang besar kita buat di dewan lebih besar... sarapan dulu char kue teow kat market dan makan tengahari kat Restoran Sila O Sila.

Jika diizinkan Nya, mudah-mudahan dalam bulan Mei 2012 kita cuba buat kursus lagi di Kulim.



0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly