Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Menuju Kejayaan Destinasi Kekayaan

9/14/2016

0 Comments

 
Picture
Potensi perubatan dan pendidikan... kadang kala dilihat pada PETAK PENDUA.. satu kaedah ciptaan Dato' Eddy bagi mengkaji potensi seseorang. Di sini satu bukti kajian tentang kaedah PETAK PENDUA.

Picture
Lagi angka 38 dalam filem Hollywood... John Wick.


Picture
Kata orang, simpan emas dalam dompet tarik aura rezeki.. ini sekeping emas 20g yang memang dalam dompet. Dapat juga dibawa ke Mekah untuk didoakan... Menariknya emas ini dapat free sebab menang cabutan pertama di satu majlis Avail pada 2014 lalu.

Menariknya, pada 1 November 2014 memang ada pola untuk kemenangan, jadi dah bersedia strategi untuk kemenangan... rujuk kepada kaedah Dato' Eddy yang pertama dan satu-satunya di dunia yang menggabungkan pernomboran dan graf hayat... DIARI METAFIZIK yang memaparkan hari untung dan rugi untuk kita.

Dalam versi Dato' Eddy, kiraan bukan sekadar petak tarikh lahir tetapi BULANAN, MINGGUAN dan HARIAN (jika mahu SETIAP JAM dapatkan Software Integrasi kerana tidak sesuai dicetak sebagai Diari nanti jadi tebal sangat). Sesuai digunakan oleh para sales, forex/ bursa saham trader dsbnya.

Ini testimoni sendiri, maknanya kaedah ini bukan sekadar diajar kosong... kita kan IKHTIAR MEMAHAMI turun naik kehidupan kita setiap hari menggunakan kaedah DIARI METAFIZIK.

Pola untuk Dato' Eddy pada 1 Nov 2014 sangat baik untuk rezeki... dahlah menang emas 20 gram, menang lagi cabutan bertuah TV Toshiba dan juga dapat naik pangkat sebagai SM (Silver Manager)... bagaimana dengan anda untuk harian 2017 nanti? Tahu hari apa yang bagus untuk sales? Hari apa bagus untuk cabutan bertuah dsbnya?

2017 sudah hampir tiba.. adakah anda sudah memiliki DIARI METAFIZIK 2017? Tempahan dibuka sekarang supaya kami tidak terkejar2 siapkan tempahan jadi lewat seperti tahun lalu. Juga, dapat diskaun RM50 bagi pemilik DIARI METAFIZIK untuk hadir KURSUS STRATEGI HADAPI TAHUN 2017.


Picture
Picture

Picture
Kehidupan kita untuk difahami dan seterusnya ditingkatkan berterusan.. menggunakan pernomboran satu cara untuk MEMAHAMI perjalanan hidup kita dan cari ikhtiar untuk perbaiki. Jika dah tahu ada konflik maka kita ikhtiar perbaiki.. dengan izin Nya. Malangnya, geng Anti-Metafizik yang membidas kami tidak lain hanya mahu orang lain terus hidup terseksa dengan perjalanan hidup mereka... cubalah bagi jalan ikhtiar selain sekadar kata "dah nasib".

Kenali potensi kesihatan, perkahwinan, rezeki, kerjaya dsbnya dari kaedah pernomboran.

Perkhidmatan kami:
- Kursus Asas Pernomboran - kenali pola potensi dan konfllik.
- Konsultansi Peribadi
- Audit Premis Kediaman.


Umum mengetahui peranan Darussyifa' dalam perubatan alternatif Islam... Dalam tarikh penubuhan ada pola 83... memang dari dulu lagi Dato' Eddy membangkitkan perihal pola 83 dalam perihal energi dan kini satu lagi bukti kajian. Tarikh penubuhan juga bagus iaitu 30 tahun dekad 7 (networking) membolehkan organisasi ini berkembang baik diterima masyarakat berterusan semenjak penubuhan.
Picture

Picture
Masih ingat lagi berceramah di Johor Bahru pada tahun 2007 lalu yang mana Dato Eddy menjangkakan tahun 2008 berlaku krisis kewangan... balik dari ceramah dapat SMS daripada seseorang yang tidak puas hati atas cadangan Dato Eddy untuk tidak menyimpan wang dalam bank untuk tahun 2008... mungkin peserta tersebut tidak jelas maksud Dato Eddy bahawa tidaklah sekadar menyimpan semata-mata tetapi digunakan untuk membuat perniagaan pada tahun 2008 supaya duit boleh berkembang dan juga sebagai dana kecemasan. Tahun berikutnya, 2008 memang krisis kewangan berlaku iaitu Credit Crunch, cuma negara kita tidaklah begitu kritikal dengan krisis tersebut kerana sistem perbankan kita berbeza, namun tempias kesan itu ada terkena kepada beberapa golongan kecil. Kini, 2017... tahun depan... adalah pattern yang sama untuk 2008... apakah kita kali ini masih boleh bertahan dengan apa jua cabaran krisis kewangan tahun hadapan 2017? Apakah strategi anda?

Perkhidmatan kami - whatsapp 017 769 7946
- Kursus Strategi Hadapi Tahun 2017
- Kursus Pola 6 Kekayaan dan Kewangan.
- Konsultansi Peribadi
- Konsultansi Perniagaan/ Organisasi.
- Ikhtiar Doa & Energi Kekayaan.


Picture
Kenali potensi diri anda... kaedah kami adalah berasaskan kajian.. contoh di atas... laman web Dato' Eddy di sini satu-satunya di dunia yang memaparkan kes kajian untuk kaedah pernomboran bagi membuktikan bahawa kaedah kami adalah kajian, sepertimana kaedah kajian yang lain.

Hubungi kami untuk sesi:
- kelas asas Kenali Potensi Diri Dinamik (secara kuliah atau Whatsapp juga ada)
- Sesi 2 jam Konsultansi Peribadi Kenali Potensi Diri Dinamik


Picture
Pemilihan tarikh nikah memang penting tetapi perihal apakah tempoh sesuai untuk berkahwin adalah satu perkara yang perlu diambil kira juga... memang benar semua orang berstatus bujang mahu berkahwin namun jika berkahwin pada tempoh tidak sesuai adalah berpotensi membebankan.... ditambah pula tarikh nikah kurang sesuai... Jadi, sebagai IKHTIAR kita cuba memahami tentang perihal tempoh jodoh dan seterusnya ikhtiar memilih tarikh yang sesuai.. tentunya dengan izin Nya jua tapi sekurangnya kita sudah berikhtiar dengan ilmu yang ada.

Dalam kaedah versi kami, jika tidak punyai tempoh jodoh tidak bermaksud tidak boleh berkahwin, Yang kita mahu buatkan adalah MEMAHAMI potensi dan konflik tempoh jodoh. Juga, tidak semestinya tarikh nikah yang kurang sesuai pasti jadi merana tetapi untuk MEMAHAMI bagaimana menguruskan sesuatu tarikh nikah itu sama ada tarikh itu baik ataupun kurang sesuai. Apa yang terjadi adalah bilamana kita tidak MEMAHAMI komponen fenomena tarikh itu menyebabkan kita terbeban pula dalam kehidupan.

Picture

Salam Dato. ...yg dulu Dato tgokkan Sykt sy .. Alhamdulillah sykt berjalan dgn baik dan insyaallah semakin berkembang..

--> Ikhtiar memeriksa nama syarikat mengikut keserasian secara kaedah pernomboran.

Testimoni peserta kursus Strategi Usahawan anjuran MARA Kota Setar pada 28-29 Ogos 2016:

Lps balik kursus tiap hari ada sales masuk tanpa diduga Syukur Rezeki Allah…Mingu ni dpt peluang dr MOSTI utk dana rm500k  pakaging rebrand

-------------------------
Lagi testimoni peserta kursus MARA bersama Dato' Eddy tempohari... peserta2 cuma bayar RM106 untuk kursus 2 hari 1 malam termasuk makan dan penginapan.. sangat murah dan memang tak balik modal untuk MARA tapi MARA tentunya mahu bantu usahawan bumiputera dan niat murni MARA dapat dilihat daripada beberapa testimoni peserta. Namun, semua disini maklum bahawa ada pihak yang membidas kami (grup pseudoscience "Mat Sharif Gelugor") dan mengugut MARA kerana menggunakan khidmat Dato' Eddy. Ini jelas menunjukkan bahawa bisnes orang Melayu sering terjejas kerana tidak puas hati oleh orang Melayu sendiri....tidak mahu belajar dengan sebetulnya tetapi menyalahkan orang melayu lain pula. Perkara sebegini tidak diajar dalam syllabus Business Admin di universiti tetapi inilah hakikat sebenarnya.

Peserta yang beri testimoni di atas adalah seorang pesakit kanser tahap 3 dan sejarah hidup beliau tiga orang anak telah meninggal dunia akibat penyakit kritikal. Namun, ketabahan untuk menjadi usahawan meneruskan kehidupan.. teruk betullah orang yang membidas kami tak kasihankan orang sakit yang cuba bangkit jadi usahawan cari nafkah sendiri... dalam kelas tempohari didapati beliau dan suami ada masalah "arah" dalam rumah dan setelah ditunjukkan arah lokasi yang betul, beliau buat perubahan... itu sahaja yang diperlukan! Bukannya kami suruh beliau sembah nombor ke bakar kemenyan ke apa.. itulah, orang sakit jiwa membidas kami - tak patut!

Testimoni peserta Grup Berdoa Bulanan / Ikhtiar Doa Cemerlang Akademik:

Askum dato.. psl anak sulong sy yg berumur 3 tahun+. Sy notice dia dah mula bnyk bercakap, pronunciation yg lebih jelas dan sgt2 suka nak baca dan menulis. Sebelum ni dia hanya boleh sebut hanya few words saja. My Paediatrician quite concerned n suggest sy bawa pd Speech Therapist . Sy pun risau juga sbb sy tgk anak2 org lain yg sebaya dia dah boleh bercakap mcm2. Ntah napa hari tu bila dato sebut psl bagi nama anak utk doa kecemerlangan akademik anak2, sy tergerak hati nk tanya pd dato. Sbb sy ingatkn tak perlu utk anak2 kecil. Sy rasa la kan, sejak berdoa tu, bnyk perubahan pd anak sy smpi hari ni. Seolah mcm ada suis baru di ON pd dia yg membolehkan dia berubah dgn drastik. Sy bersyukur sgt2. Dan rasa sebak sgt bila lihat perubahan dia. Alhamdulillah.. Tq dato for your DOA.

-------------------------------

Tentu sahaja selain usaha, kita perlu berdoa. Boleh sahaja minta ustaz atau tok imam doakan anak-anak.. untuk kami pula ada ikhtiar tambahan iaitu memilih hari dan waktu serta teks doa yang disusun khas tujuan untuk meningkatkan ikhtiar berdoa... apapun dengan izin Nya jua.

Perhatian:  Non-Muslim juga boleh join program ikhtiar berdoa - kekayaan/ cemerlang akademik/ kesihatan dll. 


AKIBAT pendapatan yang kecil dan dibebankan lagi kos hidup yang semakin meningkat, ramai yang mencadangkan agar kerajaan dapat menaikkan jumlah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam cadangan Bajet 2017 yang bakal dibentangkan pada 21 Oktober depan. Mereka berharap syarat pemberian BR1M dilonggarkan dengan jumlah pendapatan kasar isi rumah dinaikkan dari RM3,000 kepada RM5,000. Sementara tidak kurang pula yang mencadangkan kerajaan tidak perlu lagi menyalurkan wang ringgit, sebaliknya digantikan dengan barang-barang keperluan. Sesetengah berpendapat, sesebuah keluarga berpendapatan RM5,000 sebulan yang hidup di Kuala Lumpur sudah boleh dianggap sebagai keluarga miskin. Oleh itu, mereka harap kerajaan boleh menyalurkan BR1M sebanyak RM500 setiap bulan kepada setiap keluarga yang layak
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/bajet-2017-ramai-minta-tambah-duit-br1m-1.562325
Picture
Tahun ini 2016.. tidak banyak perubahan atau suasana ekonomi untuk individu rakyat Malaysia masih kurang baik (walaupun daripada aspek negara adalah baik tetapi yang kita lihat adalah pada individu).. dari kaedah pernomboran, petunjuk tentang kesulitan ekonomi 2016 memang jelas. Antaranya, kemerdekaan negara ke 59 (iaitu 5) dan Bajet 2016 dibentangkan pada tarikh Root 5 (halangan). Bukanlah ini bermaksud salah kemerdekaan tetapi ini adalah PETUNJUK UNTUK KITA MEMAHAMI PERJALANAN YANG DILALUI... bagi tahun 2017 pula, daripada perspektif pernomboran, suasana ekonomi untuk rakyat Malaysia dijangka lebih kritikal kerana tarikh itu menunjukkan perjalanan yang tiada angka 6 langsung (tiada duit atau duit banyak keluar).

Isu sekarang.. nak tukar tarikh bajet bukanlah bidang kuasa kita dan kerajaan memang tak akan ubah tarikh semata-mata kerana nombor metafizik. Jadi kitalah jua yang perlu bina strategi sendiri. Persolannya, apakah strategi kita untuk hadapi 2017 nanti? Kemerdekaan negara pada 2017 nanti adalah yang ke 60 (iaitu 6 rezeki) boleh bagi kita ruang dan peluang untuk rezeki yang baik namun itu pada tahap negara manakala pada tahap kita yang melalui bajet 2017 nanti perlulah kita bersedia juga. Geng anti-metafizik akan menyangkal kenyataan ini namun mereka tidak sediakan pelan untuk kita buat persediaan sebagaimana kita lalui kesulitan pada 2016 ini.

Picture

Picture
​Apakah strategi untuk berniaga pada tahun 2017 depan di kala kesulitan ekonomi yang sedang melanda? Bagaimana cara untuk berniaga pada tahun 2017 dengan lebih mudah dan berkesan? Contoh, memang benar strategi pengiklanan diperlukan dalam perniagaan namun apakah sekadar menghabiskan ribuan ringgit untuk menyediakan ribun flyers dan melayangkan beribu flyers ke seluruh bandar dan hanya dapat 2 atau 3 tempahan sahaja daripada strategi tersebut? (tips: perihal arah dan jenis pasaran). Ramai yang mengadu bahawa kursus2 usahawan yang dianjurkan tidak berkesan namun yang sebenarnya bukanlah kerana masalah kursus tetapi ramai individu yang mahu jadi usahawan bukanlah ditakdirkan sebagai usahawan pun... kan orang melayu selalu percaya "dah takdir" biasanya untuk jodoh yang tak jadi, tetapi untuk bisnes tak jadi pun begitu juga! Jadi, bagaimana caranya untuk jadikan SEMUA ORANG BOLEH JADI USAHAWAN? Kumpulan anti-metafizik tentu akan mengkritik kenyataan ini namun mereka itu tidak pula sediakan strategi membantu usahawan, selalunya geng anti-metafizik ini menawarkan pakej MLM mereka pula secara tersembunyi - ada agenda lain! Jom, kita berkongsi pengalaman dalam perniagaan dan menggunakan kaedah pernomboran sebagai satu strategi dan ikhtiar.

Picture
Di dalam perihal jodoh dan perkahwinan, antara pola angka yang kerap dikaitkan dengan masalah jodoh & perkahwinan adalah pola 72, 19 dan 18.. apakah maksud pola tersebut dan bagaimana untuk memahami dan seterusnya ikhtiar mengatasinya? Perlu diingatkan bahawa kaedah tarikh lahir adalah untuk MEMAHAMI perjalanan kehidupan dan seterusnya merangka strategi yang sesuai. Oleh itu, tidak semestinya individu yang ada pola 72, 19 atau 18 sukar berkahwin/ tidak bahagia dalam perkahwinan dsbnya... yang sering terjadi masalah adalah kerana alasan "dah tak ada jodoh, dah tak ada rezeki"... Yang penting adalah perlu MEMAHAMI apa maksud-maksud yang positif dan negatif untuk kita bina strategi yang sesuai. Jom pelajari kaedah pernomboran dalam jodoh dan perkahwinan bagi membina strategi alam perkahwinan yang positif.

Assalammualaikum dato... Nk sharing... .. Tgah mencari2 bbrp doa yg pernah dititip pd dato utk doakan sy sblum ni... Sy terjumpa 6 doa pd 8/3/16 lalu.. Alhamdulillah diantara doa tsebut dah dimakbulkan Allah.. Dan ada juga yg menghampiri makbulnya doa tsebut.. Alhamdulillah... Rs bersyukur sgt...  Terima kasih dato pernah membuka peluang berdoa percuma, peluang program bdoa dll peluang yg dato usahakan utk sy dan shbat lain... Alhamdulillah..

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku-buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU)

    ADA STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture
    Picture


    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    June 2025
    May 2025
    April 2025
    March 2025
    February 2025
    January 2025
    December 2024
    November 2024
    October 2024
    September 2024
    August 2024
    July 2024
    June 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    February 2024
    January 2024
    December 2023
    November 2023
    October 2023
    September 2023
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    May 2023
    April 2023
    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly