Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Mengumpulkan Kekayaan Menjana Kejayaan

12/19/2013

0 Comments

 
Picture
Pertama kali kami menjalankan program rawatan jalur emas secara umum pada awal 2012 lalu bermula di Skudai, Johor.  Kebetulan kehadiran Encik Syukur Hashim yang digelar sebagai "Mahaguru Emas" di dalam Public Gold, jadi kami "link" energi beliau (baju merah di sebelah kanan sekali depan foto ini) kepada peserta jalur emas ketika itu.


Picture
Fenomena cuaca panas matahari terik tiba-tiba dilindungi awan ketika bermula sesi Upload Energy Aura 38 pada 1 Jun lalu (sempena hari keputeraan Agong) di Pagoh, Muar, Johor. Pada jam 5.30 petang itu juga kami "link" dengan sdra Noredie yang ketika itu berada di hadapan Kaabah di Mekah. Kemudian apabila matahari muncul di tengah awan seolah satu lampu suluh menyinari kami yang berbaris menghadap matahari untuk Upload Energy, ketika itu energi yang banyak menerpa dan seorang peserta wanita menjerit kesakitan dek terlepas energi yang kuat itu... panik juga... tapi dapat dikawal dengan baik.

Fenomena sebegini telah dilihat lagi ketika waktu berdoa sebelum ini di Masjid Jamek Muar, kemudian di Masjid Terapung Kuala Perlis, ketika di Masjid Besar Kuantan dan baru-baru ini ketika di Masjid Negeri Shah Alam.


,,,aslkum ckgu, u maklman ckgu jga bla sy bca blog rupanya ramai jga y jd pns bran ye lpas  prgrm 23.11.. dn sy jga cpt jer naik angn dn nk mrh je sjak trma kad emas 838 dn 636 sy tk gna myk pryte pun tp dpt kad emas. m mana nk bg cool smula ni.. kuat btl enrgy ni sy rasa, m mana nk bg cool smula dn 2 hari lps dpt kad tu mmg sy mmpi ada dlm majlis gathering ngan raja2 dn dpt slam ngan agong dn 2nd day ngan pembesar a. saudi dn nampk kaabah subhanallah... mdah2an petanda rzki u sy dn keluarga...

-----------------

Tq maklumbalas. Sememangnya upload energi kesultanan termasuk kad emas 838 dan 636 serta minyak pyrite 138SJ dan 83HRSJ pada 22 Nov 2013 di Masjid Jamek Muar. Begitu pula kad emas didoakan semasa musim haji jadi bayangan pembesar Arab Saudi dan Kaabah mungkin daripada frekuensi yang telah diserap oleh kad emas. Kedua-dua bahan emas dan pyrite adalah bahan yang baik untuk penerima frekuensi (Pyrite) manakala emas pula pengalir dan penyimpan.

Sebenarnya, secara jujur diakui bahawa untuk Upload energi itu dibiarkan "terbuka" dan tidak "tertutup" supaya kesan energi itu lebih menyerlah, namun tidak disangka pula ada individu yang merasainya terlalu kuat, melainkan individu itu sendiri hadir Upload, jika sekadar memiliki bahan kemungkinan besar energi tu terus menerus menerjah.. seeloknya memiliki bahan Upload DAN hadir Upload kedua-duanya sekali, tetapi cikgu beri peluang untuk yang tidak dapat hadir Upload untuk memiliki juga sedikit sebanyak energi tersebut.

Untuk "cool semula" energi tersebut, hanya sekadar menahan sabar dan alihkan energi itu untuk melakukan aktiviti seperti berniaga, membuat closing sale, berbincang dalam mesyuarat dsbnya.. anda akan nampak "pemimpin" perlu yang dihormati... seperti minum minuman bertenaga seperti Livita atau RedBull adalah aktif dan agresif... namun, boleh juga banyakkan bertenang dengan bernafas yang dalam perlahan-lahan tenang untuk beberapa minit serta meditasi kosongkan minda,

Di lain kali program Upload energi, akan diajar bagaimana untuk "membuka" energi dan "menutup" energi supaya digunakan sebaiknya tidaklah seperti sekarang energi tu terbuka macam singa nak menerkam sesiapa yang lalu di depannya. 


Picture

"cikgu Ady, terima kasih untuk program berdoa tempoh hari, sy ada mandi pakai minyak pyrite khas 96 setiap mlm jumaat 2x... dalam 2 minggu ini pendapatan saya rm8500 alhamdulillah... sy dijangka akan mndapat rm30K..."

kepada peserta konvensyen 29 Dis (serta yang berdaftar untuk berdoa jarak jauh), dicadangkan untuk mandi awal pagi 29 Dis itu dengan minyak pyrite anda, jika ada.. satu ikhtiar kita untuk berdoa pada hari yang baik.. mudah-mudahan...

Picture
Picture
Guna dulang emas dapat seketul emas!

Dulang emas - dibeli di IKEA
seketul emas tu contoh saja...

Picture

Salam cikgu. Saya nak bagi feedback utk minyak pyrite 83HRSJ. Hari sabtu haritu, kenduri sambut menantu di rumah saya di Kuantan. Tetamu VIP seperti  Panglima TLDM dan beberapa ADUN semua hadir memeriahkan majlis. .. banyak juga yang meng"offer" saya jadi menantu mereka.

------------------
Kalau macam tu saya pun nak jadi menantu jugak lah :). Tq maklumbalas. Mudah-mudahan ikhtiar energi baik membantu kita dalam menguruskan perihal kehidupan yang lebih baik... kalau nak power, calit minyak pyrite di kain kanopi, alas meja dll.. mudah-mudahan suasana energi yang baik.

Malangnya, minyak pyrite 83HRSJ ini dah habis stok, dan bila anda pakai sampai habis nanti, maka tiada lagi sepower 83HRSJ, kalau ada yang kod seumpamanya kena tunggu tahun 2022 nanti ye... setakat ini 83HRSJ yang banyak terima maklumbalas seperti bertemu VIP dan jadi agresif.. ye la kan energi Sultan!

Picture
Ingatkah anda projek "12-12-12" tahun 2012 lalu.. jika anda baru di sini sebenarnya itu adalah ikhtiar untuk program berdoa dan rawatan energi kasih sayang.

Kisah 1: Seorang wanita bujang dalam umur 40 tahun sudah berkawan dengan seorang lelaki 6 tahun masih belum ada bunga perkahwinan. Setelah ikhtiar 12-12-12, sebulan selepas itu mereka bertunang dan sebulan kemudian berkahwin! Macam ekspres pulak.


Kisah 2: Seorang lelaki bujang ada krisis dengan teman wanita yang tidak bertegur lagi dan pada yang sama ibu dan abang beliau tidak merestui hubungan mereka menyebabkan beliau dan keluarga seolah tersisih. Setelah ikthiar:
Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih atas nasihat dan saranan Cikgu semasa sesi berdoa kebahagian pada 12.12.12 tempoh hari. Alhamdulilah hubungan saya dgn keluarga ada perubahan kami adik beradik boleh duduk bersama menonton tv dan bergelak sakan terutama sekali abg saya dan ibu saya. Syukur pada Allah..  Teman saya pula sehari selepas saya menghantar bunga dan coklat kepadanya, kami ada berbalas msj. walaupun tidak berbincang tentang hubungan kami tapi ada juga perubahan. 

Apa jua masalah kita,  ikhtiarkan juga untuk berdoa serta berusaha menggunakan pendekatan berbeza untuk selesaikan masalah hingga dapat kejayaan... Dari perspektif metafizik, kadang kala energi dalaman kita mengandungi "toksik" yang terbina secara semulajadi ataupun buatan sama ada dari diri sendiri atau daripada orang lain, menyebabkan kita makin jauh dari kejayaan... kerana itulah ikhtiar dibuat secara metafizik iaitu pada hari dan waktu yang sesuai (iaitu pada waktu energi yang baik) serta kaedah rawatan metafizik yang biasanya secara energi "gelombang dan frekuensi".  

Namun, untuk mencari tarikh dan waktu yang baik yang begitu sempurna untuk pelbagai aspek adalah sukar, tetapi kita teruskan ikhtiar "mengutip" energi itu perlahan-lahan berterusan... berdoa juga berterusan tidak mengira hari dan waktu...

Antara ayat-ayat yang dicadangkan pada 12-12-12 lalu... boleh aje diamalkan bila-bila juga sekarang esok lusa berterusan... ikthiarkan..

Picture

Picture

Untuk berdoa kekayaan pada 29 Dis nanti:
1) Yang hadir ke Konvensyen - bawa bahan untuk didoakan - buku bank, borang bank, kertas kerja dsbnya. Ambil je borang-borang loan pelbagai bank walaupun anda bukan nak buat loan pun sekarang dan kita doakan supaya lain kali mudah buat loan... tinggal isi je lain kali sebab dah didoakan... kalau kertas kerja atau dokumen tender baru sehelai muka depan siap pun bawak juga untuk didoakan..

2) Yang jarak jauh kod MB dan MC sahaja - WhatsApps / SMS / Email foto ke 016 624 9666 atau eddyrosyadi@gmail.com.


Picture

Picture

Picture
December 29, Birthday
People born on December 29 are often in great demand because they are extremely confident, responsible and adaptable, and also because they relish opportunities to assist or enlighten others. They are not overly ambitious, but because they have a great sense of timing they will often find themselves in positions of responsibility… they are willing to work hard for what they want. They are also willing to work hard to help others get what they want… Their greatest strength is their facility for commanding or controlling people and situations without appearing domineering. Part of the reason they can do this so successfully is that they have excellent communication skills.

They can come across as serious or deadpan at times, but the more time people spend with them, the more they begin to appreciate their wonderful sense of irony and dry humor. Given the chance they can hypnotize audiences with their intelligent choice of words and wickedly perceptive observations, realizing that humor can get their message across strongly and effectively without others feeling offended or criticized.


… the key to their success is to stop living in the past and stop doubting themselves, because they are bursting with creativity and have all the talent they need to make pioneering innovations that can advance knowledge or prosperity in some way. In short, they have the potential; all they need to do is to step into their own shoes, shake off any pessimism and negativity, and become the great leader or pioneer they are destined to be.

At your best : Supportive, entertaining, commanding

The life path of people born on this day is to learn to trust themselves more. Once they have started to think more positively about their potential for success, their destiny is lead others toward advancement in human knowledge.

Power Thought : “My possibilities are endless”



Picture
Jualan dan tempahan baju $38$ dan $838$.

Sampel akan dipamerkan pada Konvensyen 29 Dis nanti... bolehlah tempah saiz..
Foto sebelah bukan sampel sebenar,,,, nanti tengok di hari Konvensyen...


Picture
Foto bersama isteri di Ellis Island, New York tahun 1994... ketika itu World Trade Center masih ada (dibelakang kami). Kami berdua dari Syracuse University, New York, cikgu Ady jurusan Biology manakala beliau jurusan Electrical Power.

Kini sudah genap 20 tahun perkahwinan... satu jangka masa lama tapi rasa macam pengantin baru... pelbagai dugaan telah diharungi bersama yang penting perjalanan diteruskan bersama.


Produk terbaru kami: cincin dengan sangkar / casing perak bertulis angka 3 dan 8 di kiri dan kanan (iaitu 83 atau 38). Produk yang di sini adalah cincin batu Zamrud, kepunyaan siapa lagi Cikgu Ady... biasanya batu zamrud (hijau) dipakai oleh para selebriti, VIP, orang kenamaan, ahli politik, usahawan dsbnya... lihat contoh dan boleh buat tempahan pada harga diskaun di Konvensyen 29 Dis nanti.

Nombor 3 dan 8 tersebut dibuat secara "HAND-MADE" bukan dengan mesin, jadi kualiti hand-made terserlah di situ umpama kereta mewah yang dipasang secara manual "hand-made".
Picture

... bila pakcik tu terlihat cincin sy yg cikgu energykan, dia dpt rasa yg power cincin tu kuat. Siap dia tanya sy ikhtiar dgn siapa, orang mana?...

--------------
Tidak kisah cincin wanita atau lelaki, boleh sahaja ikhtiar untuk transfer energi... berbeza dengan amalan lain,  ini bukannya masukkan apa-apa cuma transfer energi sahaja sebagai ikhtiar membantu si pemakai lebih positif dan berinspirasi untuk lebih ikhtiar untuk berubah kejayaan.

Picture
Kepada pemegang kad emas - semua jenis GD2796, Aura 83, 636, 838, 696 dll, sila bawa kad emas anda itu ke Konvensyen 29 Dis nanti untuk diskaun yuran serta untuk transfer energi percuma ke kad anda. Namun, jika anda tidak dapat hadir, hantarkan (WhatsApps)  gambar kad emas anda ke 016 624 9666 untuk proses transfer energi nanti.

Selepas transfer energi, simpan kad emas itu ditempat yang sesuai untuk ikhtiar kejayaan seperti dalam dompet, dalam tabung, celah buku akaun bank, diperap dengan dokumen tender dsbnya.. ikut kreativiti anda... juga boleh ikhtiar untuk transfer energi (seperti Teknik Sentuhan Jari) ke diri anda atau bahan-bahan anda.


29 Dis.. .tarikh yang "the very best" yang terakhir untuk 2013 sebelum kita melangkah ke tahun yang mencabar 2014 (tahun ujian) dan 2015 (tahun tekanan).. mudah-mudahan ikhtiar kita membantu untuk kita lebih berjaya untuk tahun 2014! Jangan lepaskan peluang ini!
Picture
Picture
Picture
Foto beberapa keping cek.. hampir RM400K milik seorang klien pernomboran yang berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah kali kedua pada akhir Dis 2013 ini. Kita akan "link" energi beliau yang berada di Mekah dengan kita yang berdoa pada 29 Dis nanti.

Klien ini dapat projek RM800K setelah bertemu cikgu Ady untuk betulkan masalah perniagaan, rupanya tarikh daftar dan arah salah.. setelah daftar tarikh yang betul 30.3.2011 serta beberapa pembetulan seperti kedudukan dalam kedai dsbnya, dalam 3 bulan dapat projek besar RM800K.. katanya untung bersih RM400K, kebetulan sedang dalam tempoh Virtuous Star tahun itu... lepas tu dapat pertama kali ke Umrah... selepas itu dapat beberapa projek hingga mampu beli kereta mewah Audi A6... 



Kini beliau akan berada di Mekah, jadi kita akan "link" dengan beliau nanti semasa kita berdoa 29 Dis... mudah-mudahan energi dari tempat berkat sebegitu dan energi kekayaan beliau memberikan kejayaan kepada kita yang berikhtiar di sini.

Oleh itu, IKHTIAR berdoa pada 29 Dis nanti adalah satu aktiviti ikhtiar yang sangat best kerana link energi sebegitu.


Picture
Pada 29 Dis nanti ada satu waktu masa yang ada 3 bintang kekayaan yang datang sekali iaitu;


Wealth Great Treasurer -  rezeki dari dunia perniagaan.
Wealth Great Martial Artist - rezeki dari dunia perbankan dan kewangan (untuk modal)
Wealth Great Financier - rezeki dari dunia kewangan (untuk dana)

Waktu tersebut akan digunakan untuk doa kekayaan! 29 Dis kita berdoa kekayaan! Yes!

Bukan senang nak cari 3 bintang ini berada di posisi bersama - selama ini kita berdoa kekayaan beberapa kali belum ketemu 3 bintang datang bersama sekali  3 kembar, adalah sesekali bintang-bintang ini datang bersama tapi bukan berkembar 3 macam ini... fenomena ini sangat-sangat unik... THIS IS IT! Inilah dia bintang-bintang kekayaan... datang sekali bersama pada satu waktu pada 29 Dis ini! Jom ikhtiar berdoa supaya 3 bintang ini sentiasa bersama kita... seolah dilahir semula dan hidup dengan bintang-bintang ini.

Supaya anda kaya dalam bisnes dengan dibantu oleh bank-bank serta dibantu oleh funder-funder... selama ini bank tak layan kita ye.. tak pe kita ikhtiar berdoa supaya lepas ini bank terkejar-kejar nak bagi bagi modal dan funder kepada kita...


Bawa emas anda, bawa dokumen tender anda, bawa borang permohonan pinjaman bank Maybank, CIMB, MBSB, Hong Leong Bank, Citibank dan segala jenis bank yang ada di dunia ni.... bawa duit siri cantik anda, bawalah apa sahaja jangan bawa peti besi sudah lah... kita doakan yang betul-betul power!


Picture
Penampilan Istimewa Penceramah Jemputan pada Konvensyen Metafizik 29 Dis 2013

Dato' Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin As-Saggoff - salah seorang guru cikgu Ady yang mana cikgu Ady pernah berkhidmat untuk Kelab Pidato beliau. 

Seorang pakar motivasi usahawan berpengalaman mengajar puluhan syarikat MLM, takaful dan usahawan. 
Jom datang konvensyen dengar tips untuk berjaya!

HARI INI ADALAH IMPIAN, ESOK ADALAH PENGHARAPAN DAN LUSA ADALAH KEMENANGAN!
- Dr Syed Ahmad Syed Samsuddin As-Sagoff.



Picture

Salam cikgu... klu sy pakai mnyk yg ckgu bg tu kan sy asyik nk mrh je.. mesti sy mngamuk hempuk brg klu sy pkai mnyk yg ckgu bg tu... klu boleh rasa nk hancurkn semua brg baru rasa puas hati...

Minyak itu merujuk kepada minyak wangi pyrite 138SJ (didoakan di Masjid Muar Johor dengan energi Kesultanan Johor)... memang power kesannya memang tujuannya sebegitu untuk bagi power, cuma kepada pemilik 138SJ perlu gunakan sebaiknya dan tahan emosi anda sebaliknya salurkannya untuk agresif dalam bisnes atau kerjaya, mahupun untuk bertanding bersukan. Sebenarnya memang perlu ada beberapa langkah seperti Upload Energy/ Cleansing Energy dsbnya dahulu sebelum menggunakan minyak sedemikian, jika ada peluang join program Upload Energy dsbnya supaya energi yang dipakai itu lebih serasi dengan energi diri... kurangkan/ jarangkan penggunaan minyak pyrite 138SJ atau 83HRSJ supaya energi dalaman anda dapat perlahan-lahan adaptasi kemasukan energi baru.


Picture
Kisah skandal isteri orang dengan suami orang (artis).

Seperti yang Cikgu Ady ada beritahu sebelum ini, bahawa wanita yang nombor akar (Root Number) 7 menghadapi masalah "ketagihan kasih sayang", perihal ini berlaku secara sensasi.

Bukanlah niat untuk mengaibkan wanita Root 7 tapi untuk beri peringatan.. sama ada anda wanita Root 7 mahupun anda ada anak perempuan Root 7... kadang tu bukan salah anda yang "menagih" kasih sayang kerana mungkin keturunan atau latarbelakang anda mahupun suasana anda yang menyebabkan anda jadi sedemikian. Yang penting, anda perlu kuatkan diri anda... dunia kini penuh dengan cabaran godaan maka elakkan diri anda jadi mangsa keadaan... jika anda ada sekarang ini/ bakal kesedihan disebabkan "kekurangan" kasih dari suami ataupun ibu bapa maka carilah cara yang berkesan sewajarnya yang lebih positif...

Jika anda suami atau ayah kepada pasangan atau anak perempuan Root 7, maka berilah perhatian yang lebih baik sewajarnya kepada mereka.

Cikgu Ady pernah lihat satu kes 3 anak perempuan yang ada Root 7 yang mana ibunya dah 4 kali berkahwin... ini dah memang confirm anak-anak perempuan ketagihan kasih seorang ayah juga seorang lelaki nanti dewasa... Jadi, walaupun anda seorang wanita ataupun lelaki yang BUKAN ROOT 7, tapi disebabkan oleh anda anak-anak merana menjadi "ketagih kasih sayang".

Wanita ini telah diceraikan.. pola-pola dirinya jelas menunjukkan 3 pola wanita yang sering jadi janda/ ibu tunggal... janganlah biarkan diri anda jadi mangsa seterusnya, ikhtiarkan positif... walaupun gabungan wanita ini dengan suaminya adalah gabunga yang sangat terbaik, tetapi ianya masih juga berkisar tentang dugaan perlakuan diri sendiri juga.

Picture
skandal itu.. apabila dibuat gabungan antara wanita dengan artis tersebut muncul angka 5 iaitu "halangan"... jadinya dah memang perjalanan untuk  musibah...


Assalamualaikum cikgu Ady, smlm transfer energi... bahu kiri sampai tangan kiri saya pun lenguh.. pagi ni pun terasa lagi...

As salam cikgu,.. bahu kanan sy sakit n lenguh2 smlm... mlm mimpi tulisan jawi dlm kain putih.. byk kain tu jatuh dr atas...

---------------------

Untuk perihal transfer energi pada 20 Dis lalu adalah menggunakan bahu kiri... jika terasa sakit atau lenguh, letakkan sedikit minyak urut atau minyak angin untuk melegakannya... ianya kesan transfer energi... sebab tu dibuat di bahagian bahu sebenarnya lebih elok ke bahagian jantung tapi risikonya tinggi.

Dari satu laman web.. mudah-mudahan transfer energi membawa rezeki yang baik...
Bermimpi memakai kain @ pakaian putih.Alamatnya: Akan mendapat kebaikan

Semasa membeli belah di Aeon Bukit Raja, Klang... tak perasan dari kedai yang mana satu dapat no siri ini.
Picture


Picture

Hari ini 20 Dis 2012 hari berdoa kekayaan sangat best aura kekayaan... Sebelah pagi sempat pergi ke Pusat Zakat Selangor untuk bayar zakat tahunan... no resit muncul 383... ini kali pertama bayar yang banyak.. rasa sebak bila pegawai zakat mendoakan penerimaan zakat tu... syukur kerana Yang Maha Kuasa berikan keupayaan dan keizinan Nya untuk mengumpulkan wang dan wang yang terkumpul tu tak berusik malah jumlahnya naik ke tahap sebelum pergi Umrah... semasa pergi Umrah bulan Mac lalu, terpaksa keluarkan RM20K dan kini Yang Maha Kuasa gantikan balik nilai tu, jadi memang haru sayu, seolah duit tak berusik, jadi berdoa kekayaan adalah ikhtiar untuk wang kita dapat terkumpul dan tidak berusik tidak hilang ... jadi dengan simpanan yang banyak tu dapat bayar zakat banyak..

Duit bayar zakat menggunakan duit siri cantik (semua siri yang ada no 9 di depan dan no 9 dibelakang - siri cara ini adalah cara orang kaya-kaya buat begitu)... buatlah cara macam ini jadi kita rasa best buat zakat... zakat bukannya ambil duit simpanan kita begitu sahaja sebenarnya mengajar kita menyimpan juga... serta menguruskannya secara berhemah... rasa puas hati dapat simpan duit untuk bayar zakat menggunakan duit siri cantik dan dapat gunakannya di tempat yang betul... mudah-mudahan lebih berkat lebih rahmat.

Selepas bayar zakat sempat singgah di BSN, apalagi hari ini hari Berdoa Kekayaan maka belilah satu sijil SSP... selalunya cikgu Ady minta "statement" untuk dicetak, kali ini format statement adalah bagus kerana kali ini statement menunjukkan amaun jumlah besar dibawahnya.. kalau dulu kena kira satu persatu.


Selepas itu pergi Solat Jumaat, kali ini hujan lebat di kawasan masjid sepanjang Solat Jumaat.. hujan rahmat pada hari dan waktu yang berkat,,, Ya Allah aku bersyukur dan aku berdoa mohon kekayaan untuk diriku dan diri peserta-peserta berdoa kekayaan hari ini... mudah-mudahan doa kita bersama dengan ikhtiar transfer energi dan jalur emas hari ini lebih power dari biasa!

Picture
Hadapi 2014 cara bijaksana
Era 2013 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi dan setiap peristiwa sepanjang tempoh 365 hari itu sama ada baik atau sebaliknya, bakal menjadi sejarah baru yang bakal diwarisi dan direnungi generasi lebih dinamis pada masa akan datang.

Ironinya, pelbagai peristiwa termasuk membabitkan kerakusan sesetengah pihak bagi menggapai matlamat walaupun langkah golongan itu dilihat ada cacat cela, selain boleh merunsingkan golongan bawahan yang masih memasang harapan kehidupan mereka mampu dibela dengan sebaik mungkin.

Malah, pelbagai congakan dijaja kononnya tahun 2014 dan tahun berikutnya tidak menjanjikan sesuatu yang indah, malah sinar kehidupan lebih nyaman diimpikan juga dirasakan semakin dikesampingkan secara perlahan walaupun ia berlandaskan kepada asas yang ada rasional.

Entri terkini http://www.justread-whatever.blogspot.com menampilkan tajuk Sudan Massacre. Saya agak keliru dengan laporan berkaitan 500 rakyat terbunuh di sebuah bandar di Juba di selatan Sudan. Ketika saya melawat kawasan itu menggunakan tag Perkhidmatan Sukarelawan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu empat tahun lalu, beberapa usaha sedang digerakkan bagi untuk membina semula rumah, sekolah dan klinik. Bagaimanapun berdasarkan keadaan terkini sejak kebelakangan ini, semuanya sudah musnah begitu saja. Ia sesuatu yang menyedihkan. Manakala entri terkini http://hakakuhakaku.blospot.com lebih menyorot kepada keluh kesah berdepan tahun 2014. Tidak lama lagi tahun 2014 akan tiba. Kadang-kadang rasa pelik, bila ada orang yang marah dan mengeluh dengan masa yang begitu cepat berlalu. Sedangkan kita tahu, masa tidak menunggu kita, tetapi kita sendiri sebagai makhluk kerdil di dunia ini yang tidak menghargai setiap detik yang berlalu.

Kita menyambut tahun 2014 dengan kenaikan harga barangan. Satu-satu harga dinaikkan. Percaya atau tidak, nilai hantaran kahwin juga sudah naik melambung tinggi. Kasihan pula dengan pengantin lelaki kita. Selepas ini, harga apa lagi yang naik?. Bagaikan satu keseronokan melihat kemarahan rakyat. Kalau diikutkan rasa marah, tidak puas hati, itu sudah pasti. Tetapi tiada guna mengikut cara ‘syaitan’ itu. Sifat sabar itu separuh daripada keimanan kita. Kita tahu, Allah SWT sentiasa berada di sisi orang yang sabar menghadapi apa juga ujian dan cabaran. Semoga Allah SWT membuka pintu hati dan memberi petunjuk kepada pemimpin-pemimpin kita untuk memahami dan merasai apa yang kita rasa.

Selain itu, rasa ralat dan sedih bila anak-anak muda kita yang masih sihat tubuh badan dan cukup sifatnya serta mampu untuk bekerja, masih ‘digula-gulakan’ dengan wang bantuan. Persoalannya sampai bila?. Kita bagaikan sudah lupa, tiada orang dengan mudah memberikan wang secara percuma. Nampak atau tidak, selepas ini kita pasti perlu membayarnya tanpa disedari. Setiap ‘sen’ yang sepatut disalurkan ke arah yang lebih bermanfaat atau diberikan kepada orang yang lebih memerlukan, bagaikan akan hilang begitu saja. Sebagai seorang Islam, pasti sudah tahu, golongan mana yang layak dan siapa yang tidak layak. Rasa sedih bila orang yang dianggap berkemampuan, tetapi masih sibuk berebut-rebut mengisi borang bantuan. Walaupun sekadar hanya untuk ‘cuba-cuba’, manusia boleh ditipu, tetapi Allah SWT melihat apa yang kita buat. Yang sedihnya, sudah pasti tempiasnya akan terkena kepada rakyat yang sangat memerlukan. Tahun 2013 akan menjadi satu sejarah. Tidak guna kita menyambut 2014 dengan gah dan penuh gilang-gemilang. Kita juga tahu kos yang dibelanjakan terlalu besar. Sudah pasti ia satu pembaziran. Kerana selepas ini rakyat juga yang perlu membayar kembali setiap sen pembaziran yang digunakan itu.

Hakikatnya, rentetan pelbagai peristiwa dan cerita pahit, manis dan apa juga rasanya pada 2013, menuntut kita melakukan ‘pemeriksaan teliti’ terhadap status atau kemampuan diri bagi mendepani kehidupan yang dijangka lebih mencabar. Persediaan awal penting dan amat diperlukan bagi kita menangani atau menyelesaikan pelbagai kemelut atau cabaran yang mendatang supaya ia dapat ditangani dengan bijak sana walaupun tidak dapat mengelak ada kelebihan dan kekurangannya.

Apa yang penting, perkemas dan muhasabah diri dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan berlandaskan al-Quran dan sunnah supaya kehidupan tahun berikutnya dapat dijalani dengan penuh rasa tanggungjawab dan berhemah.



Testimoni ujian latihan pola 38 - nampak foto tersembunyi di skrin komputer.

Salam ckgu. Sy dapat jwpn btul latihan pola 38 dlm blog tu. Petak D. Saya pick petak D...


Betul la cikgu, jawapan D... bila letak jari kat D kepala rasa berat. Yang lain2 tu rasa biasa je.

--------------

Ada orang lihat sahaja dah nampak jawapan.... ada orang kena sentuh skrin untuk ketahui jawapan... yang penting ujikaji ini menunjukkan bahawa minda dan kekuatan dalaman manusia yang Tuhan kurniakan... tiada unsur jin, mistik atau jampi.. hanyalah kekuatan minda dan kekuatan dalaman!


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.