Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Mengumpulkan Kejayaan Menghimpunkan Kekayaan

6/30/2013

0 Comments

 
Testimoni 2 Julai 2013

Alhamdulillah sudah daftar nama syarikat baru... (JM0660269) jam 10.51 am dgn..... (JM0660266) jam 10.49 am.

Lebih kurang 3 minggu sebelum ini, klien ini mengadu bisnes sukar maju dan apabila dilihat dari tarikh daftar syarikat yang sebelum ini memang bermasalah, jadi satu penyelesaiannya adalah daftar syarikat baru dengan nama yang lebih power dan tentunya pada tarikh yang lebih baik...

Pengunjung Komtar, Perangin Mall panik bangunan bergegar
2013/07/02 - 18:39:00 PM

GEORGETOWN: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 dikesan di Banda Aceh kira-kira jam 3.37 petang tadi menyebabkan berlaku gegaran di beberapa kawasan di bandaraya ini sehingga ke Kawasan Perindustrian Bayan Lepas di sini.  Keadaan itu menimbulkan suasana panik apabila orang ramai terutama mereka yang berada di Komtar dan Perangin Mall di sini, bergegas keluar sejurus merasai kesan gegaran di bangunan berkenaan.  Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan melaporkan pusat gempa berada pada kira-kira 385 kilometer barat daya Balik Pulau.

In a fission nuclear reactor, uranium-238 can be used to breed 239Pu, which itself can be used in a nuclear weapon or as a nuclear-reactor fuel supply

Picture
Tahniah kepada mereka yang telah berjaya daftar syarikat pada pagi 2 Julai 2013... anda boleh berbangga dengan potensi besar kekayaan syarikat anda untuk 20 tahun... 

Ini foto rombongan meminang makcik kiah... bukanlah, ini delegasi grup pelajar metafizik diketuai Admin Johor sdra Nizam & Saiful "menyerang" pejabat SSM untuk daftar syarikat.... baru gempak... barulah best sebab siap ada guide/ mentor ikut sekali ke SSM, kalau-kalau ada masalah.


Pada 29 Julai 2013 nanti ada satu lagi tarikh daftar bagus (tapi lebih untuk networking / sales). Jika berminat untuk program Delegasi SSM di sebelah Johor, sila hubungi En Nizam 012 769 3807. Pakej termasuk memeriksa nama syarikat secara metafizik dan SSM  dsbnya.

Picture
Kepada mereka yang tidak daftar syarikat, sebaliknya buka akaun atau sekadar berdoa kekayaan adalah satu ikhtiar yang baik.

Foto di Masjid As-Syarif, Meru, Klang. Kertas-kertas tulisan para Elit38 yang berdoa untuk 6 perkara kekayaan pada 1 Jun lalu telah didoakan setiap satu bagi pihak peserta Elit38.

Juga, mereka yang telah join berdoa jarak jauh (pakej PA) serta jalur emas (Pakej PJ).

Kelihatan di situ 3 keping kad emas GD2796, Aura 38 dan Aura 696... serta slip SSP BSN... sempat ke BSN jap beli SSP bernilai RM3,000 melayakkan untuk cabutan RM1 Juta nanti... mudah-mudahan di doakan.

Picture
Setelah buat berdoa, keluar masjid dan singgah gerai nasi ayam sebelah masjid.. dah kelaparan...

Foto duit baki.. tengok nombor siri...  satu petunjuk baik...


Picture
Tak dapat daftar syarikat atau buka akaun tapi dapat beli sijil SSP pada 2 Julai jam 9.57 pagi dalam waktu berdoa pun jadilah.

Sekurangnya ada sesuatu inspirasi untuk 2 Julai dan ianya dijadikan landasan untuk aktiviti kekayaan selepas ini.


Testimoni 2 Julai 2013:

Selamat sejahtera cikgu Ady, spjg tempoh bdoa pagi tadi, sya sempat ke bank utk open account. Dpt2 nombo akaun total 6.. syukur sbb ada ptunjuk dan energy... sya cek akaun2 bank yg lain sblm ni xde yg 6.. ni first time. Mgkin titk tolak ke arah kekayaan. Thanks Cikgu Ady.

Picture
Konvensyen 7 Julai 2013

Jika anda bercadang untuk bermalam di Suria City Hotel, anda boleh tempah bilik dengan pihak hote dan beritahu mereka bahawa anda adalah peserta kursus 7 Julai dibawah RQ BEST untuk dapatkan corporate rate istimewa.

Jumpa di sana!


Picture
Dijemput semua bekas peserta kursus dan klien konsultansi untuk dapatkan update terbaru (kaedah / teknik / penemuan terbaru) dalam pernomboran, serta kaedah strategi hadapi tahun 2014. Individu yang belum pernah hadir kursus atau konsultansi jika mahu hadir juga boleh untuk melihat kaedah pernomboran dengan lebih dekat cuma kami risau kalau-kalau tak faham dalam kelas pula sebab ini adalah update bukan kelas pengajian (boleh bertanya selepas kelas nanti).
Picture
Picture

Antara kepingan emas yang didoakan oleh cikgu Ady di Mekah pada 20 Mac dan Sdra Noredie di Mekah pada 1 Jun lalu... kad emas dalam 3 versi: GD2796, Aura 38 dan Aura 696.. masih ada baki stok. Pemegang kad emas biasanya ditawarkan diskaun/ promosi/ upload percuma dll untuk program terpilih. Gunakan dalam sesi program berdoa atau program upload dsbnya... ikhtiar kita untuk kekayaan...
Tempahan: En Nizam 012 769 3807.

Picture
Cikgu Ady berada di dalam premis perniagaan haruman SECRET ESSENCE di Ayer Keroh, Melaka merupakan klien konsultansi dan peserta kursus/ berdoa. Malah susun atur, warna dalam premis perniagaan mengikut kaedah pernomboran.

Lawati www.perfumesecretessence.com untuk maklumat bahan dan peluang stokis/ ejen.


Picture

Foto sesi konsultansi di Melaka - persendirian atau keluarga ataupun korporat/ syarikat, sama ada konsultansi asas ataupun advanced.

Cuba teka - tapi tiada hadiah lah - berapa jumlah wang yang dipaparkan di bawah ini?
a.  RM107
b. RM204
d. RM220

Picture
Picture
Picture

Picture
... peserta elit38... utk makluman cikgu alhamdulillah biz sy semakin meningkat naik, alhamdulillah order yg sy terima semakin hari semakin bertambah2. Syukur alhamduillah. Sebenarnye sejak majlis brdoa 20 mac yg lepas byk perkara yg baik2 dtg pd sy... terima kasih atas ilmu yg ckgu ajar pd sy.


Asslmkm... alhamdulillah rezeki  pertama tak dijangka boss petrol esso cal direct berminat utk langgan kueh frozen dan biskut.

Testimoni dari klien konsultansi di Melaka. Baru konsultan malam dan esok paginya sudah terima berita baik... selepas sesi konsultansi beliau dirawat jalur emas oleh Pak Lah. Klien ini adalah pengusaha industri makanan dah bertahun buat bisnes tapi sukarnya nak maju dan bermasalah rumahtangga... bila diperiksa rupanya beliau berada dalam fenomena halangan sebanyak 4 lapis! Kalau 1 lapis dah buat orang panik inikan pulak 4 lapis! Katanya memang dah teringin nak bunuh diri dek tekanan dan bebanan. Setelah beberapa penjelasan diberikan dan beberapa strategi dibincangkan baru nampak beliau positif semula... barulah jadi usahawan yang betul-betul usahawan menguntungkan!

Picture
Promosi!

Kotak mandian bunga cuma RM60 (biasa RM83). 

Dijual di hari Konvensen 7 Julai ini di JB.  Kami jual pada harga istimewa sebagai promosi bersempena konvensyen.

Bahan mandian yang sama digunakan untuk kursus Pola 38 di Pagoh 1 Julai lalu dan dibuat dari sebuah ladang di Batu Pahat (poskod 83000).


Tempah satu atau beberapa kotak hari ini sebelum 7 Julai untuk kami masukkan energi tambahan iaitu berdoa kekayaan networking pada 7 Julai yang akan dibuat di JB secara percuma untuk pek ini. Boleh ambil bawa balik terus selepas kursus atau kami poskan.

Tempahan: Nizam 012 769 3807


Picture
Terjumpa dalam satu website.... menarik sekali... kita - diri kita atau perniagaan kita - seeloknya ada peta strategi sebegini. Bina satu rajah strategi untuk anda dan perniagaan anda... barulah prestasi syarikat / diri anda mampu ditingkatkan lebih berkesan.

Picture
Kursus Pola 636 Tahap 1 dan Smart Mapping 769 di Hotel Seri Malaysia, Melaka.

Modul 636 Tahap 1 adalah untuk kenalpasti status dan tahap pola 636 - ada peserta yang capai 100% dan ada yang capai cuma 50% sahaja... tidak mengapa tentang markah potensi, yang penting untuk tahap 1 ini kita dapat kenalpasti kekurangan energi potensi kita bagi meningkatkan lagi prestasi kejayaan... kita juga boleh buat keputusan untuk terus melabur atas keupayaan diri atau boleh juga bergabung dengan orang lain.


Tarikh 2 Julai 2013 adalah satu tarikh yang sangat dinantikan dan ditunggu... apa taknya, tarikh itu sendiri sahaja banyak "khasiatnya" seperti pola 769, 279, 696, 636 dsbnya.. namun yang paling paling menarik tentang tarikh tersebut, mengikut kiraan dari Petak Motif Hayat (mengira potensi dekad atau setiap 10 tahun), satu kaedah ciptaan cikgu Ady mendapati bahawa bermula dari 2013 hinggalah 2023 iaitu 20 tahun dalam kitaran rezeki yang baik... dengan kata lain, kaya sepanjang 20 tahun!  Kira macam untung sentiasalah makan tak habis!

Antara contoh 10 tahun kitaran 6 ialah syarikat bas Sani Ekspress... kita pun hairan macam mana syarikat bas pun boleh beli bangunan terminal, ada hotel dsbnya... strategi bisnes sama dengan yang lain tapi yang membezakan ialah kitaran 6 (rezeki) untuk 10 tahun.

Oleh sebah itu, inilah peluang untuk ikhtiar tingkatkan potensi diri dan perniagaan. Kalau boleh daftar syarikat, kalau tak buatlah apa saja untuk dapat "berkat" tarikh itu... buka akaun bank ke, daftar akaun forex ke, beli emas ke, beli Sijil SSP BSN ke, daftar syarikat lama ke... dan yang penting sekurang-kurangnya berdoa untuk kekayaan. Kalau boleh beranakkan orang, lahirkan dia 2 julai macam tu penting sekali! Begitu penting!

Lebih berkesan jika aktiviti dibuat ketika pada waktu yang tepat - untuk ketahui waktu yang tepat, sila daftar seperti dibawah. Anda akan diberikan waktu untuk anda daftar dan berdoa manakala pihak kami akan mendoakan / jalur emas anda, jadi ini adalah satu ikhtiar kita bersama untuk kejayaan dan tentunya kekayaan.

Kalau terlepas tarikh ini, tak tahu bila lagi lah nak dapat tarikh yang sebegitu kaya sebegini... sepanjang 9 tahun, ini kali pertama cikgu Ady temui tarikh yang baik dan 20 tahunnya yang baik! Mana nak cari macam ni!

Kenapa nak buat bisnes yang penat-penat? Baru-baru ini dalam satu sesi konsultansi seorang pengusaha industri makanan mengeluh bisnes yang penat, rupa-rupanya kitaran 10 tahun bisnes adalah halangan! 

Jadi, inilah masanya transformasi kekayaan anda!
Picture
Picture
Picture

Foto program Aura 38 pada 1 Julai lalu... pengisian kerohanian secara Islamik.. solat hajat, bacaan Yasin dan solat tahajud di surau. Juga sesi rawatan aura ketenangan untuk setiap peserta yang dibuat dalam jam 5 pagi. Kursus kami berbeza kerana menekankan aspek pembinaan energi dalaman untuk motivasi diri dan seterusnya kejayaan... Aura 38 pada 1 Julai - energi kekayaan, energi kesihatan, energi ketenangan dan energi kepimpinan.

Kursus Pola 38 seterusnya sedang dirancang di Kuala Perlis, Putrajaya dan Muar.
Picture

RENCANA - BERITA HARIAN

Kalau boleh jangan bela hantu raya

Dah lama Kunta Kinte tak dengar orang guna perkataan tambi. Selasa lepas, masa makan di sebuah kedai India, Kunta Kinte dengar seorang pelayan teriak tambi kepada seorang pelayan lain.

Betullah, bila Kunta Kinte toleh, Kunta Kinte dapati yang teriak tambi itu lebih tua daripada tambi yang dikeloinya. Tambi, dalam bahasa Tamil, ertinya adik. 

Dulu kita memang guna panggilan tu. Bila kita pergi kedai India atau di kalangan orang yang cakap Tamil, kita panggil orang yang lebih muda daripada kita tambi. Kalau orang itu kecil atau muda, kita panggil chinna tambi yang ertinya adik kecil. 

Kunta Kinte bagi tahu salah seorang blogger Melayu yang belajar di England dan tulis dalam bahasa Inggeris bahawa persamaan kepada Dracula atau ‘vampire’ dalam budaya rakyat Malaysia adalah hantu raya. Yang berbeza hanya pemakanan. Dracula minum darah, hantu raya makan telur.


Tapi hari ini tak berapa berani sebab ada orang yang anggap menghina atau rendahkan martabat orang India. Paria langsunglah tak boleh, sedangkan paria dalam bahasa Tamil ertinya pemalu gendang. Cuma dalam kasta Hindu di Selatan India, ‘paraiyan’ atau pemalu gendang adalah orang kasta rendah.

Tak faham asal usul

Inilah masalah bila kita tak belajar dan tak faham asal usul sesuatu perkara. Benda yang betul dan sopan pun ada yang kata menghina dan tak sopan. Dulu, bukan tambi saja kita guna, banyak lagi istilah harian Tamil dan Cina kita pakai. Tak ada siapa pun sensitif.

Tapi itu bahasa asing. Bahasa peribumi pun banyak yang dah tak berapa tahu. Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa persekolahan, makin banyak warganegara yang kurang fasih atau tak faham langsung bahasa Melayu. 


Baru-baru ini, banyak blogger guna ungkapan Inggeris to appoint Dracula to take care of blood bank yang kalau Kunta Kinte terjemah terus ke bahasa Melayu bunyinya lebih kurang “lantik Dracula jaga bank darah”.

Dalam budaya rakyat Eropah, Dracula adalah seorang pembesar dulu kala di wilayah Transylvania, Romania, yang bertukar jadi ‘vampire’ waktu malam dan tidur dalam keranda waktu siang. Dia tak boleh kena cahaya matahari. Kalau kena, hancur berkecai.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka terjemahkan ‘vampire’ sebagai puntianak. Macam puntianak dalam budaya rakyat kita, Dracula hidup dengan menghisap darah manusia.

Kunta Kinte bagi tahu salah seorang blogger Melayu yang belajar di England dan tulis dalam bahasa Inggeris bahawa persamaan kepada Dracula atau ‘vampire’ dalam budaya rakyat Malaysia adalah hantu raya. Yang berbeza hanya pemakanan. Dracula minum darah, hantu raya makan telur.

Jadi, kalau ikut budaya rakyat kita, ungkapan yang boleh ganti Dracula jaga bank darah adalah hantu raya jaga reban ayam. Silap-silap habis telur dibahamnya. 

Ikut cerita dulu-dulu, orang yang bela hantu raya kena beri hantu rayanya telur. Kalau tak bagi atau bagi tapi tak cukup, hantu raya akan mengamuk, mengacau orang kampung dan merasuk orang yang lemah semangat. Silap-silap tuannya sendiri pun digasak.

Tapi hari ini, dalam zaman makanan sampah dan restoran KFC serta McDonald ada di mana-mana, Kunta Kinte rasa kalau ada orang yang cari hantu raya untuk dibela, dia bukan saja kena bagi makan telur saja. Silap-silap hantu raya minta ayam KFC dan Chicken McNugget bila ada tugas berat. Maklumlah kalau manusia pun banyak yang tamak dan haloba, hantu raya pun boleh jadi terikut-ikut.

Oleh itu, Kunta Kinte kata, sebelum sesiapa bercadang nak bela hantu raya untuk tujuan sihir dan puja, fikir dalam-dalam, muhasabah diri, lapangkan dada dan ingatlah sihir dan sekutukan Allah dosa besar. 

Tapi kalau nak bela juga dan sanggup hadapi balasan Tuhan, Kunta Kinte kata, jangan bagi hantu raya jaga telur apatah lagi jaga reban ayam. Bukan apa, takut bukan telur saja ia makan, ayam pun ia baham juga. Kalau hantu raya itu jenis korporat, reban ayam pun ia jual kepada peniaga besi buruk.

Satu lagi, kepada yang bela hantu raya, jangan sembunyi-sembunyi. Kena bagi tahu orang yang mereka percayai bahawa mereka bela hantu raya pasal tak ada hantu raya yang lebih berbahaya daripada hantu yang kematian tuan.

Berdosa besar

Jadi eloklah awal-awal lagi wasiatkan hantu raya tuan-tuan dan puan-puan itu kepada orang yang tuan-tuan dan puan-puan percayai. Itu pun kalau ada yang mahu warisi hantu raya. Kalau nak buat wasiat cara Islam pun boleh pasal sekarang sudah ada syarikat macam itu yang ditauliahkan oleh kerajaan.

Cuma Kunta Kinte tak tahu sama ada undang-undang benarkan hantu raya diwasiatkan. Duit, rumah, tanah bendang dan saham boleh. 

Tapi kalau boleh atau ada jalan lain untuk jadi kuat dan berkuasa, Kunta Kinte nasihat sekali lagi, janganlah bela hantu raya atau apa-apa pun jenis hantu. Berdosa dan bawa bala. Yang bela pelesit, nak bertentang mata dengan orang pun tak boleh. Kan susah? Wallahualam.


-----------------------

Semalam di kursus Pola 636 Tahap 1 di Melaka berlaku satu kejadian pelik apabila alat projektor cikgu Ady tiba-tiba meragam mungkin sudah tiba masanya untuk servis tapi itu alat baru, juga aircond jadi panas hinggakan cikgu Ady berpeluh yang sebelum itu biasa saja... ada "pemerhati" yang nampak kelibat "beberapa ekor" lembaga hitam di dalam dewan dan ianya dilihat mengikut salah seorang peserta kursus mungkin pendampingnya atau saja nak ikut entahlah... mungkin energi tersebut menggangu sistem elektrik... pihak kami dapat "mengusirnya" dengan senyap dan baik biar "mereka" lepak kat luar lah... suasana kelam kabut selepas itu menjadi tenang... bila mengenangkan semula cerita ini nampak pelik sebab peserta kursus tu nampak baik dan sihat, ceria sahaja... mungkin dia tak perasan... tak mengapalah, yang penting kita semua perlulah memiliki "frekuensi tenaga dalaman" dalam badan yang tinggi untuk mengelakkan dari diikut atau menyerap energi toksik tanpa disedari... satu amalan Rasulullah saw ialah menjamah sedikit garam sebelum makan... dalam kaedah metafizik energi, garam dikatakan meninggikan frekuensi dalam badan dan ada nilai kesihatan... namun berbanding dengan cara masakan orang Asia boleh sebabkan tekanan darah tinggi pula...

Picture
Bahan garam bukit yang telah dienergikan dan didoakan  oleh seorang Habib... ikhtiar untuk rawatan alternatif bagi penyakit mistik atau paranormal, juga boleh digunakan untuk kesihatan fizikal / mandian, ikhtiar "pendinding" rumah/ premis perniagaan dsbnya.

Hubungi Pak Lah; 017 504 9786

Picture
Tentunya "signature product" kami adalah minyak pyrite, juga didoakan dan dienergikan... bahan ini tidak dijual di pasaran kerana untuk sukar sediakan bahan ini penyedia perlu bangun jam 3 pagi dan buat dalam suasana tenang waktu sepertiga malam... kerana itu adalah ikhtiar "energi ketenangan" dimasukkan ke setiap botol.

Pernah berlaku kes minyak bertukar jadi hitam gelap, botol pecah terbelah dua padahal letak atas meja dan botol berasap apabila seseorang yang punyai masalah mistik memegangnya... kami jual minyak yang jernih/ sedikit kekuningan sahaja dan apa yang berlaku mungkin disebabkan oleh energi toksik.

Hubungi: Pak Lah 07 504 9786. 


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly