Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Menghadapi Kejayaan Mengatasi Kekayaan

6/23/2013

0 Comments

 
Picture

Picture
Di dalam kursus Pola 636 tahap 1 nanti, satu aspek tentang potensi yang baik atau tidak baik akan dijelaskan berdasarkan kepada susunan pola potensi. Konsep pelaburan yang baik tentunya "636" berbanding dengan 336 atau 663 atau 363.

Jika anda ada pola sebegitu, maka kenapa ianya menyebabkan anda sukar berjaya dan bagaimana untuk mengatasinya.


Picture
Bersama ikhtiar berdoa kekayaan (pelaburan) di dalam kelas Pola 636 pada 30 Jun nanti di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.






Merencanakan masa depan
Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR

LANGIT dan bumi diciptakan bukan dalam masa yang singkat. Akan tetapi menerusi beberapa tahap tertentu yang disebut al-Quran sebagai 'enam hari'.

Allah berfirman: Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, lalu beristiwa di atas 'Arsy, dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. (al-A'raf: 54)

Menurut Ibnu Jarir al-Tabari, enam hari yang disebutkan itu bukan seperti hari-hari kita, iaitu 24 jam sehari. Akan tetapi satu hari pada saat itu menyamai ribuan tahun dalam kiraan semasa.

Mengapa diperlukan masa yang sangat panjang untuk menciptakan alam semesta? Sebagai mukmin kita yakin kekuasaan Allah tidak terbatas.

Jika Allah SWT berkehendak, alam semesta boleh tercipta dalam sekelip mata. Apabila Allah berkata kepada sesuatu: "Jadi (kun)", maka ia pasti menjadi.

Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan: "Sebab Allah hendak mengajarkan semua hamba-Nya kepentingan proses, ketelitian dalam bekerja dan menjelaskan bahawa segala sesuatu ada tempohnya tertentu."

Hukum alam

Proses dan tempoh ialah hukum alam yang telah ada sebelum dunia ini diciptakan. Segala sesuatu telah ditetapkan masa-masanya dengan tepat. Ini menunjukkan aspek perancangan yang sangat sempurna daripada pencipta alam semesta. Sekali gus mengajarkan kita untuk selalu merancang dan mempersiapkan sesuatu dengan cermat dan teliti.

Sebagai hamba Allah, kita mesti meniru sifat Allah ini. Rancanglah suatu aktiviti sebelum melaksanakannya. Jangan pernah melakukan sesuatu tugasan sekadar ikut selera tanpa perancangan dan strategi yang rapi. Kegagalan dalam merancang sama dengan merancang untuk gagal.

Seorang Muslim dituntut merancang kehidupannya dengan baik. Mereka mesti mensasarkan perkara-perkara tertentu yang mesti diraih dalam hidupnya. Ini telah merancang apa yang mesti berlaku pada dirinya esok hari, tahun hadapan, satu dekad kemudian, hingga masa-masa persaraan, bahkan ke akhir hayatnya.

Berkata Ziyad bin Abihi: "Orang yang cerdik bukanlah sesiapa yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan baik. Akan tetapi, orang yang cerdik ialah orang yang mampu mengantisipasi masalah agar tidak berlaku."

Selain itu, manusia mesti merancang untuk anak-anaknya. Seorang ibu bapa mesti dapat membayangkan pelbagai cabaran yang akan dihadapi anak-anak mereka di masa hadapan, lalu mengajarkan kemahiran yang relevan untuk mengatasinya dari sekarang.

Oleh itu, dalam Islam kita tidak boleh mendidik anak-anak kita seperti mana ibu bapa kita mendidik kita. Seorang ulama berkata: "Janganlah kamu mendidik anak-anakmu seperti mana orang tuamu mendidikmu. Sebab mereka diciptakan untuk zaman yang berbeza dengan zamanmu."

© Utusan Melayu (M) Bhd 

-------------------------------------
Kursus berkaitan;
Kursus / Laporan Graf Hayat.
Kursus Petak Motif Hayat
Kursus WhoAmI/ Asas Pernomboran
Kursus Prestasi Graf Bulanan, Harian dan Jam.

Picture
Pola bisnes sudah ada... industri makanan sudah betul tetapi dek kerana fenomena "tempoh masa" yang mengganggu prestasi.


Tidak semestinya disebabkan kedai disihir dsbnya tetapi fenomena sebegitu, jadi apa jua perkara membolehkan fenomena itu berlaku. 


Gunakan pula strategi baru secara kaedah pernomboran untuk ikhtiar mengatasinya.

Kursus berkaitan:
- Pola 966 Potensi Bisnes Menguntungkan Tahap 1, 2 dan 3.
- Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan dan Pelaburan Tahap 1 dan 2.
- Program Berdoa Kekayaan / Rawatan Jalur Emas.
- Kursus Arah dan Jenis Pasaran Tahap 1 dan 2.


PERHATIAN: 
SESI KONSULTANSI (6 JULAI 2013) & KONVENSYEN (7 JULAI 2013) berpindah tempat ke: 

SURIA CITY HOTEL
10 Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Johor
Sebelah Grand BlueWave Hotel.


Daftar: En Nizam 012 769 3807 - sila beri maklumat nama, tarikh lahir dan JAM MASA DILAHIRKAN.
Picture
Picture
Picture

Picture
Salah tarikh... dan salah arah...

Walaupun ANA Holdings tu ada pola 636 tetapi perlu juga tengok arah.

Kursus berkaitan:
- Pola 636 Potensi Pelaburan & Investomillionaires.




Picture

Picture
Tahniah kemenangan... dah memang ada pola dunia makanan pun!

Bagaimana dengan potensi anda? Sudah kenal potensi anda? Dunia makanan? Dunia kesihatan? Dunia pelaburan?

Kursus berkaitan:
- WhoAmI / Kursus Asas Pernomboran
- Pola 966 Potensi Bisnes Menguntungkan
- Kursus Potensi Kerjaya dan Bisnes
- Modul Arah & Jenis Pasaran.


Picture
Dari artikel Berita Harian... menarik tajuknya dan tentu isinya.... realitinya begitu bukan? apakah anda punyai masalah kerana syarikat anda bermasalah? Syarikat anda "bumiputera" dan sememangnya orang Melayu (dan beberapa kaum lain termasuk di Sabah & Sarawak - tidak mengira agama masih sebagai "bumiputera" juga) adalah "bumiputera" yang mana dari perspektif metafizik nama tersebut menunjukkan selalu bermasalah dalam kewangan... dengan kata lain, "bumiputera" kurang mahir dalam urus kewangan syarikat.. banyak hutang, sukar nak pusing modal dan sebagainya... walaupun banyak agensi seperti AIM, MARA, TEKUN dsbnya diwujudkan kekayaan sukar dicipta sendiri terpaksa berpuluh kali minta duit dengan kerajaan...  namun syarikat/ orang "bumiputera" masih bermasalah kewangan... 

Oleh itu, janganlah anda sebagai "bumiputera" membiarkan diri anda terperangkap dengan suasana nasib sebegini.... UBAHLAH! SEKARANG! SEDARLAH ! Ikhtiarkanlah dengan ilmu strategi... dan berdoa.... berusaha... dengan yakin dan tabah...

Syukur, semenjak perjuangan cikgu Ady dalam pernomboran sejak dari tahun 2006, sudah ramai pelajar pernomboran "bumiputera" yang mampu bangkit dari masalah kewangan dan kini berada dalam kategori berjaya... namun, masih perlu terus PANTAU prestasi juga tau.

Rasa puashati dapat transformasikan masyarakat dengan kaedah unik, ini adalah satu perjuangan ekonomi negara!

Kursus berkaitan:
Seminar Strategi Menghadapi Tahun 2014
Pola 966 Potensi Bisnes Menguntungkan

Pola 636 Potensi Pelaburan Berkesan + Investomillionaires.
Pola 666 Potensi Kekayaan dan Kewangan
Kaedah Pantau Prestasi Graf Bulanan. Harian / Software Integrasi.


Kitaran tahun 9... dengan pola 636... kebetulan 38!
Picture
Mahukah syarikat anda "dilanggan" berlebihan - pola 636... barulah syarikat anda berdaya maju dan pelaburan anda itu berbaloi... Jika anda belum pelajari perihal pola 636 pelaburan (atau peserta yang pernah hadir dan mahu ulangkaji) maka elok ketahui potensi 636 anda.

Picture
Sangat jelas masalah tarikh daftar syarikat!

Bila dah tukar kan dah jadi ok!!

Jika anda buat bisnes yang tak maju-maju asyik bermasalah maka periksa tarikh daftar syarikat anda!

Maka apakah anda tidak mahu ambil peluang yang terbaik yang kini berada di depan mata anda ! Rebut peluang ini, jadilah berjaya kaya!

Picture

Picture
Kursus berlangsung di Hotel UiTM, Dungun pada 22 Jun 2013 lalu.

Mempelajari perihal arah, jenis pasaran dan pendekatan perniagaan. 

Selepas program tersebut, cikgu Ady bertolak ke Kota Bharu untuk sesi kelas tertutup di sana. Mempelajari perihal arah, jenis pasaran dan pendekatan perniagaan. 


Menariknya, seorang peserta yang menjalankan perniagaan mengadu bisnes kurang maju dan beliau sudah nak berputus asa. Namun, apabila diperiksa rupanya arah salah, nama yang kurang maju, tarikh daftar yang kurang baik dsbnya, jadi memanglah susah nak maju... oleh itu adalah amat penting kita betulkan yang asas dulu tentang diri kita seperti arah, pasaran dsbnya. Persoalan untuk usahawan yang kepenatan adalah bukannya mencari bisnes yang lebih sesuai semata-mata sebaliknya mencari ikhtiar untuk tingkatka keupayaan bisnes yang sedia ada.



Picture
Program Berdoa + Rawatan Jalur Emas

Program ini dicipta oleh cikgu Ady pada tahun 2012 lalu pada mulanya untuk tambah nilai program berdoa supaya doa kita lebih baik dengan energi dalaman diri yang "bersih". Kedua-dua ini adalah ikhtiar kita dalam mencipta kejayaan.

Kini program ini dibuat sama ada dalam program kursus ataupun secara jarak jauh (atau kedua-duanya).

Foto menunjukkan sdra Noredie yang sedang menjalani rawatan jalur emas semasa kursus Pola 966 di dalam waktu berdoa kekayaan (di pejabat beliau Parit Raja, Batu Pahat awal tahun 2013).


Picture

Picture
Seorang peserta pernomboran kini membuka RESTORAN MAKANAN STEAMBOAT.

90% teknik pernomboran EDDYROSYADI.net digunakan dalam pembukaan kedai tersebut..

Anda yang tinggal berhampiran mahupun dari jauh bolehlah singgah / bersama-sama untuk hadir.

Team ADMIN PRO dan rakan-rakan metafizik ada bersama untuk makan disitu.. mari sokong team METAFIZIK PERNOMBORAN.....

Ada DISKAUN KHAS untuk pemegang KAD EMAS dan peserta PERNOMBORAN EDDYROSYADI.net.. jangan tak datang... melepas nanti.. apa-apa pun untuk diskaun hubungi Nizam 012-769 3807..


skrg hnya tukar arah saja, dah nampak hasil memberansangkan. terima kasih byk2 cikgu.

Ambil peluang untuk kenali potensi pelaburan anda... apakah anda sehebat "3 Dragons 636" atau sekadar semut api 636 yang tak seberapa untung asyik rugi dalam pelaburan... bagaimanakah untuk merealisasikan tahap gaban 3 Dragon anda itu dan bagaimana untuk tukarkan tahap kuasa semut api kepada 3 Dragons 636!
1) Kenali potensi pelaburan anda dari kod Graf Hayat.  Jika anda ada kod Great Strategist_PF memang boleh sangat buat Forex... kalau tak ada macam mana? Ada caranya... tapi kena tahu lah dulu status diri anda..
Picture
2) Pola 636 boleh digunakan dalam BSKL! Setakat ini cikgu Ady adalah satu-satunya penceramah tarikh lahir yang menggunakan kaedah tarikh lahir dalam BSKL - bukan sekadar cakap kosong tapi sudah diuji diri sendiri.
Picture
3) Pola 636 meliputi jualan hartanah sama ada untuk jualan atau pelaburan... anda mampu close sale sebegini besar!
Picture

Temui kami untuk sesi pengajian asas (bagi yang belum berkesempatan untuk hadir mana-mana kursus mahupun yang mahu ulangkaji pengajian) termasuk sesi rawatan alternatif metafizik energi. Ada satu sesi perihal teknik pelaburan emas bersama pakar jualan emas.

Gastrik

Soalan:
ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji Lokman. Saya menghadapi masalah gastrik kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 10 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah Haji Lokman memberi ayat-ayat Al-Quran untuk menyembuhkan atau membantu meringankan penyakit saya ini?

Haji Iskandar, Kulai.

Jawapan:
Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus disiasat supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut.

Punca gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Simptom gastrik

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Rawatan moden

Sebelum rawatan gastrik dapat dimulakan, siasatan dan diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu.

Ujian darah lengkap dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit kehilangan darah yang banyak atau anaemik.

Najis turut diperiksa untuk mengesan jika mempunyai sebarang kesan darah. Dalam sesetengah kes, kamera kecil perlu dimasukkan ke perut (endoscopy) untuk diagnosis yang tepat.

Malah, ujian kultur bakteria di dinding perut dilakukan untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan keradangan dinding perut.

Rawatan moden gastrik memerlukan pesakit untuk mengelak daripada punca-punca sakit gastrik.

Sebagai contoh, jika penyakit gastrik berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, maka pesakit harus berhenti mengambil ubat tersebut.

Kemudian, ubat anti-asid seperti Omeprazole dan Famotidine akan diberi kepada pesakit untuk bertindak terhadap kandungan asid yang berlebihan.

Jika didapati bahawa kuman H.pylori adalah punca utama gastrik, rawatan akan melibatkan pemberian ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

Komplikasi

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.

Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.

Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.

Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.

Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Rawatan Al-quran

Daripada pengalaman saya, ramai pesakit gastrik yang berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif ketara selepas mempraktikkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Amalan pembacaan al-Quran secara konsisten setiap hari memberi banyak manfaat dan ketenteraman hati kepada pesakit.

Ramai pesakit Al-Hidayah berjaya membentuk banyak sifat terpuji seperti sabar, tekun dan sangka baik setelah membaca al-Quran setiap hari.

Rasulullah saw ada menyentuh tentang pembentukan sifat sabar dalam diri manusia. Rasulullah saw bersabda: "…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" (HR. Bukhari).

Setiap pesakit gastrik yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jika ada sebarang gangguan makhluk halus.

Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan mengeluarkan gangguan jika ada dan seterusnya memberikan ayat berikut untuk diamalkan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

l Surah al-Buruuj ayat 1 hingga 22

l Surah Ghafir ayat 41 hingga 55

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Buruuj tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ghafir tiga kali pada waktu siang.

Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.

Pesakit harus ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanya dengan izin Allah. Oleh itu, kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Seperti di dalam surah al-Mukminun ayat 111, Allah swt berfirman; “Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.“

Penutup

Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya.

Jika merasa anda mempunyai simptom gastrik saya nasihatkan agar tuan atau puan cepat berjumpa pegawai perubatan atau perawat Al-Hidayah untuk pemeriksaan lanjut.

Jangan tunggu hingga gastrik menjadi kronik dan pendarahan dalaman berlaku.

Jika anda adalah pesakit gastrik, tidak kira sama ada tahap awal atau kronik, jangan berputus asa berikhtiar dan berdoa sepenuh hati untuk penyembuhan penyakit gastrik.

Sesungguhnya, setiap penyakit merupakan satu ujian Allah dan turunnya sesuatu penyakit atau musibah bukannya bermakna Allah kejam atau membenci kita.

Musibah merupakan ujian untuk hamba-hambaNya yang beriman. Jangan ingat bahawa kita sudah cukup beriman selagi kita belum diuji Allah dengan musibah atau ujian yang pasti mencabar iman dan kesabaran kita sebagai hambaNya yang hina.

Allah berfirman di dalam surah al-Furqan ayat 75 yang bermaksud; “Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 



Picture
Individu ini mengalami masalah gastrik dan sinusitis...daripada kod dan pola angka tarikh lahir.

Tahukah anda masalah kesihatan juga boleh dilihat dari digit nombor telefon anda juga?... ini satu taktik dalam jualan MLM produk kesihatan!

Kursus berkaitan;
Pola 459 Potensi Kesihatan

0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    March 2023
    February 2023
    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly