Pernomboran Graf Dinamik & Energi: ER TRAINING & CONSULTANCY (201903053821)
Potensi | Strategi | Prestasi | Produktiviti
  • A-d's blog
  • TERKINI
  • BIODATA
  • Maklumat
  • Galeri
  • Tempahan
  • Soaljawab
  • MERSING 2022

Mengekalkan Kejayaan untuk Mengatasi Kejayaan

8/12/2012

0 Comments

 

Picture


PENGUMUMAN: TEKNIK TERBARU

Membina Kekuatan Diri dari Zikir Asmaul Husna mengikut Root Number (Nombor Akar)
Diilhamkan oleh cikgu A-D

Sinopsis: setiap daripada kita berbeza dalam pelbagai aspek seperti nama, tarikh lahir dsbnya. Daripada tarikh lahir, setiap daripada kita diletakkan dalam kumpulan tertentu menggunakan kaedah Nombor Akar iaitu dari angka 1 hingga 9. Mengenali diri iaitu konflik, potensi, kelakuan dsbnya menggunakan Nombor Akar. Sebagai berada di dalam kumpulan Nombor Akar tertentu, setiap kumpulan memiliki personaliti dan pendekatan yang berlainan dan cara peningkatan diri yang berlainan mengikut kumpulan. Pelbagai cara digunakan untuk membuat peningkatan diri mengikut jenis kumpulan. Setiap kumpulan ada warna, objek, bentuk malah bunyi tertentu yang digunakan bagi meningkatkan keupayaan diri. Di dalam pengajian pola 38, elemen tertentu dan cara "upload" dan "download" energi alam adalah berbeza mengikut kumpulan.

Kali ini, dijumpai satu lagi kaedah yang boleh digunakan, sebagai ikhtiar, untuk meningkatkan potensi diri, yang mana menggunakan kumpulan tertentu. Iaitu menggunakan zikir Asmaul Husna (mengikut susunan). Zikir adalah satu kaedah pemantapan diri dan jiwa - sama ada bagi Muslim atau Non-muslim, "repeatition" atau "auto suggestion" sebegini adalah satu kaedah untuk memprogram jiwa dan minda.

Apa kaitan nama Asmaul Husna dengan Nombor Akar? Nanti dalam kelas akan diceritakan kenapa individu Nombor Akar 1 perlukan "Ar-Rahman" dsbnya... ada penjelasannya.

Langkah 1: Apakah Nombor Akar anda?
Cara paling mudah ialah campurkan kesemua digit dalam tarikh lahir anda dan kemudian dicampurkan hingga mendapat 1 digit hasil. Contohnya, jika anda lahir pada 20 Ogos 1979 maka pengiraannya 2+0+8+1+9+7+9=36 iaitu 3+6 = 9.

Langkah 2: Daripada Nombor Akar anda itu, pilih nama-nama Asmaul Husna di bawah ini (sumber: http://pekanrabu.com.my/zubir/asmaulhusna.html). Dicadangkan untuk anda berzikir harian (minimum 100 kali, atau lebih terpulang kepada kemampuan anda tidak mengira masa dan tempat) menggunakan Asmaul Husna yang dipilih tentunya tambahan di samping zikir-zikir biasa yang lain. Mudah-mudahan ianya menguatkan potensi anda kerana lain individu lain cara "pembuatan" dan perkembangannya. Ini adalah satu ikhtiar dan hasilnya adalah dengan izin-Nya jua, tetapi kita berikhtiar. 


Berzikir dengan nama-nama Asmaul Husna yang sesuai dengan situasi atau keperluan juga boleh dilakukan. Contohnya, jika anda berada di dalam kesukaran hidup dalam kitaran tahun 8, maka zikirlah "Ya Mukmin"

Perhatian: kepada non-muslim gunakan nama-nama versi English.

Nombor Akar dan Nama Asmaul Husna:

 1. "Ya Rahman" ...  hati menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang.
The Most Merciful.

2. "Ya Rahim" ... mempunyai daya penarik  hingga  manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadapnya.

The Most Compassionate.

3. "Ya Malik"  ... segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai.

 4. "Ya Quddus!" ... terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

The Holy One.

 5. "Ya Salam" ... jasmani & rohani akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
The Tranquility.


 6. "Ya Mukmin" ... diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

The Faithful.

 7. "Ya Muhaimin" ...  fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
The Protector.

 8. "Ya 'Aziz" ..akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

The Mighty.

9."Ya Jabbar" ...semua musuh/ orang akan menjadi tunduk & patuh. 
The Compellor.

$elamat mencuba mudah-mudahan berjayalah sentiasa!


Picture

Perhatian: untuk program berdoa kekayaan pada 19 dan 20 Ogos ini bersempena sambutan hari raya Aidilfitri 1433H, namun jika tarikh hari raya bukan jatuh pada hari tersebut, program masih dijalankan kerana mengikut pengiraan pernomboran.

TERBARU! Program 20 Ogos dibuka untuk SEMUA ORANG! Lihat makluman di bawah...

Picture
Pengumuman: kepada individu yang telah berdaftar dengan cikgu A-D untuk program berdoa kekayaan + Jalur Emas Kekayaan (jarak jauh) pada pagi 19 Ogos 2012 ini (1 Syawal) terhad untuk 10 orang sahaja, dicadangkan untuk melakukan perkara-perkara berikut;

1.  Seperti biasa malam hari raya, jadi bertakbirlah dalam berjemaah sama ada di surau atau semasa jemaah bergerak rumah ke rumah. Kalau tak dapat keluar berjemaah, boleh sahaja pasang radio dan bertakbirlah bersama dengan radio tu di rumah sambil menganyam daun ketupat :) - bertujuan untuk jana "energi bersih" dalam diri anda bagi "menerima" kekayaan dengan berkesan nanti.

2. Waktu berdoa akan diberitahu nanti dan pada waktu berdoa tersebut dicadangkan untuk anda berdoa duduk mengadap arah kiblat (di Malaysia ini lebih kurang Barat Laut iaitu angka 9 Kejayaan; mudah-mudahan ada kejayaan untuk anda nanti). Jika anda boleh solat, lagilah baik dengan solat-solat sunat namun jika anda seorang wanita uzur maka sekadar duduk mengadap Barat Laut pun boleh untuk membaca doa dan berzikir sewajarnya. Elok untuk bersih dan berwangian (kalau boleh gunakan minyak wangi Pyrite). Jika memiliki cincin atau pendant Pyrite, sila gunakannya juga sepanjang waktu berdoa tersebut untuk proses "penerimaan" frekuensi / gelombang jalur emas.

3. Di dalam doa kekayaan versi anda sendiri (dalam bahasa Melayu dsbnya dan boleh ambil dari mana-mana buku doa), pastikan anda membaca sepotong ayat di atas - Surah Al-Maidah ayat 114.  Tentu sekali ayat tersebut ada menyebut tentang "hari raya" ('iddan). Bacalah berulang kali dengan penuh pengharapan dan nyatakan hajat kekayaan anda.

Kebetulan ayat yang akan anda digunakan itu jatuh Surah ke 5 sesuai dengan Root Number 5 untuk hari itu, manakala ayat 114 itu adalah 1+1+4=6 dengan kata lain baca Surah ke 5 untuk rezeki (Root 5 bawah 6). Angka 6 di tengah mata angin iaitu rezeki masuk dan 6 di bawah pula rezeki terkumpul, jadi sesuai sangat ayat 114 iaitu terjemahan ".. bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian".

Lain-lain ayat akan dibacakan oleh cikgu A-D (secara jarak jauh).

4.  Jika anda sudah menyediakan duit-duit raya dalam sampul raya, atau kalau belum pun duit raya masuk ke dalam sampul tapi adalah segenggam duit raya bersedia untuk dimasukkan ke dalam sampul-sampul tu, maka letakkan duit raya / sampul duit raya itu di hadapan anda semasa berdoa nanti... esoknya bolehlah disedekahkan kepada anak-anak jiran atau bapak budak pun boleh :) supaya ada energi kekayaan secara "boomerang" - what you give you get back! Pola 67 di atas tu dan pola 76 di bawah tu.

Memang pun hari tu penuh rezeki... duit raya berlegar-legar di muka bumi ini pada hari tersebut.. energi kekayaan!

Kepada individu yang belum mendaftar secara rasmi, sila daftar segera selewatnya pada Jumaat ini 17 Ogos untuk mengelakkan daripada talian jammed pada hari-hari seterusnya. Setakat ini masih ada  tempat kosong lagi, daftar selewatnya 17 Ogos ini ... maaf, tak dapat buat untuk ramai orang kerana pengisiannya/ jalurannya agak banyak dan berat kali ini- istimewa energi kekayaan hari raya.

Jika ada non-muslim, untuk perkara ke-2 di atas anda boleh mengadap ke arah Barat Laut yang tepat - gunakan kompas letak di tengah bilik (jika ada smartphone GPS Android atau IPhone gunakan apps Kompas) manakala untuk perkara ke-3 pula bacalah doa mengikut kepercayaan sendiri.

TERBARU! Program 20 Ogos dibuka untuk SEMUA ORANG! Lihat makluman di bawah... 

Program Berdoa & Jalur Emas Kekayaan 13 Ogos 2012


Asslmkm cikgu Eddy, pukul 6 tadi sy ready... duduk meditasi pejam mata. Dlm masa 5 min kmdian, sy nampak cahaya purple sepenuh2nya dlm mata sy...dtg ber arus. Sblm ni sy pernah nmpak chy purple.. tapi x pernah sebesar dan sehebat kali ini... alhamdulillah. 

Ulasan:  Apabila proses "penghantaran" dan "penerimaan" frekuensi atau gelombang dibuat pada hari dan waktu yang betul, dengan teknik yang betul serta dibuat oleh individu yang betul cara penghantarannya, maka proses berkenaan berjalan lancar. Tidak semua orang boleh terus merasainya dengan mata kasar atau secara jelas, kebanyakkan merasanya secara halus atau lembut, terpulang kepada pengamalan individu tersebut namun yang penting ialah proses itu dapat berjalan dengan baik apabila ada individu yang dapat menerimanya secara jelas.

Warna ungu (purple) adalah warna Crown Chakra yang berada di bahagian atas kepala. Ianya merujuk kepada pengamalan yang berkaitan dengan ketuhanan atau kerohanian (jika anda pelajar kelas pola 38 sebab itu warna ungu untuk wangian Auralife no 38). Dengan program berdoa kekayaan serta teknik jalur emas yang disulamkan dengan pengamalan ketuhanan, maka gelombang dan frekuensi aura adalah warna ungu. Ada individu yang merasai warna lain seperti warna emas atau putih, juga bergantung kepada pengamalan individu. Gelombang atau frekuensi datang "berarus" seperti pergerakan ombak di pantai kerana pergerakan energi dalam bentuk gelombang.


Jika anda ingin memahirkan atau meningkatkan keupayaan gelombang dan frekuensi diri, satu kelas perihal Teknik Gelombang dan Frekuensi Aura akan dianjurkan nanti oleh Master Kasyfullah (Pak Lah) di Seksyen 7, Shah Alam. Sesuai untuk semua individu yang pernah menghadiri kursus berkaitan aura, energi seumpamanya seperti Reiki, Kundalini dsbnya untuk mengasah lagi kekuatan aura energi anda. Kelas berbentuk "tuisyen" itu nanti untuk membantu anda lebih memahami dan mendalami apa yang anda telah pelajari sebelum ini dengan guru atau pakar terkenal. 

Master Kasyfullah sebelum ini mempelajari pelbagai teknik aura dan gelombang daripada guru-guru terkenal dan gabungan itu disulamkan dengan teknik pernomboran maka ianya menjadi lebih menarik. Master Kasyfullah mampu "menarik kekayaan" yang mana dalam masa 3 bulan setelah mengamalkan teknik tersebut yang diperkemaskan lagi bersama cikgu A-D mampu memiliki wang tunai untuk mengerjakan umrah walhal sebelum ini bekerja siang malam tidak kesampaian untuk ke Mekah. Kini, Master Kasyfullah masih menikmati "wang mengalir masuk" dengan bekerja sambil "lewa" punyai banyak masa bershopping dengan keluarga, beribadat ikut masa dsbnya berbanding dulu bekerja berhempas pulas dengan tekanan... Pelajarilah teknik energi yang diperkemaskan ini nanti diumumkan. 

Bonus ! Bonus raya ! Istimewa ! UNTUK SEMUA ORANG.. TIADA HAD!
Peluang terakhir untuk Energi Kekayaan dari Ramadan/ Syawal (tunggu tahun depan... kalau ada tahun depan atau kalau ada waktu kekayaan di tahun depan?)

Pola 7 dan 72 untuk ENERGI NETWORKING
20 Ogos hari raya kedua - orang beramai-ramai beraya beramah mesra, berkumpul... dan networking.. energi networking pada hari tersebut!

Picture
Kepada mereka yang mendaftar untuk program berdoa kekayaan + Jalur Emas Kekayaan pada 19 Ogos akan didoakan sekali lagi pada 20 Ogos untuk ENERGI NETWORKING secara PERCUMA ! Ya, percuma bonus raya ni!

Waktu berdoa - 2X! Sebelah pagi dan petang.

Kepada mereka yang tidak dapat mendaftar untuk 19 Ogos maka boleh join program berdoa jarak jauh pada 20 Ogos, ianya TERBUKA UNTUK RAMAI ORANG - tiada had. Yuran adalah RM72 sahaja (cuma berdoa jarak jauh oleh cikgu A-D tetapi TIADA JALUR EMAS dibuat untuk program kali ini).

Langkah-langkah mendaftar - SELEWATNYA JUMAAT INI 17 Ogos untuk elakkan talian jammed pada 1-2 hari selepas itu;
1. Bank in RM72 ke Maybank 512464228716 atau CIMB 12900006910522 (Eddy Rosyadie).
2. SMS ke 016 624 9666 taip maklumat berikut;
a. Maklumat bank in.
b. Nama penuh.
c. Nama ibu penuh.

Waktu berdoa akan diberitahu nanti. 

Untuk anda yang mendaftar untuk program 20 Ogos (dan 19 Ogos), ayat untuk dibaca berulang kali semasa tempoh berdoa kali ini adalah Surah ke 7 ayat ke 72 (pola 7 adalah networking) yang mana menyatakan tentang anda dan networking anda di situ iaitu "...selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya dengan rahmat kami.." mudah-mudahan anda mudah mendapat network yang besar untuk bisnes anda (MLM, runcit dsbnya) dan mudah-mudahan network atau pelanggan-pelanggan anda sentiasa setia bersama anda untuk anda kekal untung.

Semasa berdoa elok mengadap ke arah berikut - sila pilih salah satu atau kalau nak lebih boleh berdoa satu arah kemudian berdoa pula arah lain seterusnya;

a) Mengadap Timur (jika ada tingkap sebelah Timur, bukalah untuk angin masuk ikut arah tersebut - jika anda berurusan dengan pelanggan yang membayar tunai secara langsung (transaksi tunai) - ini biasanya untuk MLM atau perniagaan borong/ runcit.

b) Mengadap Barat Daya - jika anda berurusan dengan orang ramai dalam perihal peluang tender mahupun nak jadi calon PRU ke-13 nanti! Dengan kata lain, urusan bukan melibatkan tunai secara langsung tetapi lebih kepada kejayaan peluang atau kemenangan seumpamanya.

Elok jika anda dapat letakkan nama-nama "suspek" dan prospek serta pelanggan/ network sedia ada di hadapan anda semasa berdoa. Mungkin diari yang dipenuhi dengan contact number, juga handphone anda yang sering anda hubungi pelanggan atau kalau nak sangat tamak kaya, ambil dan letak sahaja buku direktori telefon Telekom Malaysia yang tebal tu! Memang penuh pun nama orang di situ. 

Juga jika anda berhajat untuk dapat sokongan seperti bos naikkan gaji atau pangkat atau diundi jadi Ketua Bahagian dsbnya, maka letakkan juga nama / nama-nama mereka. Pun boleh bentangkan peta kampung anda jika anda nak jadi ketua kampung :) contohnya lah... pandai-pandailah anda kreatif...

Jika anda memiliki kedai, kalau sempatlah, singgah di kedai anda untuk berdoa di dalamnya atau dihadapannya ketika waktu berdoa nanti.

Juga, periksa peta Google Map dari rumah anda. Periksa sama ada ada tak pelanggan/ prospek yang tinggal di sebelah TIMUR atau BARAT DAYA dari rumah anda. Jika ada, maka pada hari 20 ogos tersebut, hubungi mereka dahulu - saje call tanya khabar atau kalau nak lagi best singgah terus rumah mereka dulu... ambil energi kejayaan / kekayaan dari arah tersebut... ini kan namanya berdoa dan ikhtiar!

Program ini sangat sesuai untuk individu yang baru dalam dunia Networking seperti MLM, insuran, unit trust seumpamanya, individu yang tiada pola 7 dalam petak tarikh lahir, usahawan networking mahupun peniaga/ peruncit.

Picture

Picture
BERDOA ITU SATU USAHA

Satu tazkirah di masjid baru-baru ini menyatakan bahawa berdoa itu adalah satu usaha yang mana gabungan usaha dan tawakal, bukan satu perkara yang asing antara usaha atau tawakal. Dengan kata lain, berdoa itu bukan sekadar untuk "membuat pengaduan" sahaja, tetapi ianya satu usaha atau tindakan di dalam membina kejayaan. 



Oleh itu, kita perlu terus berdoa (seperti program doa kekayaan) dalam program-program pengajian atau kehidupan kita kerana ianya adalah satu usaha. 

Bulan Ramadan akan meninggalkan kita tidak lama lagi... rasa rugi kerana energi yang tinggi pada bulan Ramadan dengan program berpuasa, tarawih dsbnya... contohnya, satu tips untuk berdoa ialah membuat doa sebelum imam/ makmum membaca "Amin" kerana saat itulah semua jemaah mengaminkan (kalau diselit doa tapi secara ringkas kerana masa yang ada sangat pendek) dan jika bertuah, para malaikat juga mengaminkan kita pada masa tersebut. Dalam bulan Ramadan dengan program solat Tarawih yang banyak rakaat dan banyak kali berdoa membolehkan kita mendapat "Amin" yang banyak kali. Pada bulan biasa, kesempatan yang ada pada solat tertentu dan semasa imam/ makmum berdoa. 


Terima Kasih

Dari pihak cikgu A-D dan Master Kasyfullah (Pak Lah) atas kesudian beberapa individu yang memberi derma untuk kami serahkan ke sekolah tahfiz dan anak yatim. Jumlah yang terkumpul: RM12,200 adalah satu jumlah yang mengejutkan kami kerana sasaran awal kami RM3,000. Ini menunjukkan kesedaran tentang keperluan untuk membuat kebajikan, mudah-mudahan program ini membantu para penderma dengan lebih energi kekayaan.

Picture
Antara klien / pelajar kaedah pernomboran adalah individu usahawan yang kaya. Contohnya di sini dari group Avail iaitu Sdra Azman Bidin (SCM) dan tentunya Sdra Noredie (CM). Usahawan memiliki kesungguhan untuk berjaya dan perancangan untuk membina kejayaan yang lebih besar dan apabila ditambah dengan strategi pernomboran maka perancangan mereka itu dapat diperkemaskan menjadikan mereka usahawan yang lebih ke hadapan berbanding usahawan lain. Cikgu A-D berkesempatan untuk bertemu dengan pengasas / CEO Avail untuk membentangkan pernomboran beliau. Memang nombor bisnes berjaya kaya!

Bagaimana dengan perjalanan perniagaan anda?



Pengajian yang ditawarkan:
- Pola 696 Potensi Perniagaan Berkesan.
- Modul Menyelesaikan Masalah Perniagaan & Jualan.
- Pola 729 Potensi Juara Jualan.
- Klinik Usahawan - Arah dan Pasaran Perniagaan & Jualan


0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.


    Picture
    Picture
    Picture
    Picture
    Buku:

    (1) Cinta, Jodoh, Perkahwinan
    HABIS STOK

    (2) Kenali Potensi Diri
    (buku BIRU dan HIJAU)
    HABIS STOK

    (3) Kuasailah Diri Anda
    HABIS STOK

    (4) Strategi Menyusun Hidup (Graf Hayat)
    HABIS STOK

    Picture

    Picture
    Picture
    Picture

    Picture

    LAWATI SETIAP LAMAN
    (menu di bahagian paling atas)
    Laman Utama
    Maklumat
    Galeri
    Tempahan Bahan
    Soaljawab
    ... dan banyak lagi.
    Picture
    Program Dato' Eddy "Power Numerology" pernah diiklankan di Harian Metro dan ditawarkan untuk peserta kursus Millionaire Mindpower - satu usahama dengan pihak Millionaire Mindpower.
    Picture
    Picture
    Picture

    Saya nak ucapkan terima kasih atas nasihat dan panduan yang diberikan. Saranan Cik Eddy untuk melibatkan diri dengan bidang pendidikan dan kumpulan beruniform memang telah terbukti berjaya. Saya baru sahaja menyiapkan buku ... Maktab Tentera Diraja.... Saya juga telah mendapat panggilan pertanyaan dari sebuah sekolah ... untuk membuat majalah sekolah... Maknanya saya telah pun mendapat getaran pendidikan tetapi tidak tahu.
    Picture

    Gambar album duit mengandungi banyak not RM1, RM10 dan RM50 yang mempunyai nombor siri cantik. Album ini dibawa dalam majlis doa kekayaan. Pelajari teknik duit nombor siri cantik untuk kekayaan dan pembawa rezeki kepada anda!
    Picture

    Assalamualaikum cikgu eddie.. .. sy joint score A programme.. mmg btl, arah kejayaan msia.. arah tenggara KL (kulai, kota tinggi)...sambutn pd programme score A memang mcanak di ke-2 2 tmpt ini... terima kasih krn jumpakn sy dgn perniagaan potensi kekayaan sy (walaupun dlm vacuum star saat ini).

    Antara koleksi duit-duit dengan nombor siri cantik yang disimpan  menggunakan teknik nombor siri duit. Hampir RM8,000 dapat dikumpul dalam 2 tahun dalam pelbagai not RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100 termasuk not wang luar negara seperti Brunei, Singapura, China, US. Satu cara mendisplinkan diri anda untuk sayangkan duit dan duit akan sayangkan anda (MONEY LOVES ME) dan selari dengan konsep "cukaikan diri anda" (tax yourself).
    Picture

    Picture
    Cek RM201,982.28 pada tahun 2006 lalu. Main saham BSKL gunakan teknik pernomboran. Ilmu pernomboran memberi pengertian kepada mereka yang memahaminya.
    Picture

    Picture

    .. pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut kerana saya berpendapat semua perkara itu mustahil untuk terjadi tanpa izin Allah.. akan  tetapi pada keluaran mingguan wanita 3-9 sept 2010 topic: menyesal tak sudah. saya semakin tertarik akan kaedah pengiraan tersebut

    Picture

    Saya cuma nak berkongsi dengan cikgu sahaja apa yang telah berlaku kepada saya selepas berdoa 14  Disember 2010 ,  ...sepanjang tempoh tersebut hingga 7.01 minit maghrib , sy xputus-putus berdoa. Apa yang saya nak bagitau di sini , hari ni sy dapat call dari pegawai bank bahawa pinjaman bernilai RM120 000 lulus setelah 3 kali tidak lepas sebelum ini , Alhamdulillah. memang x disangka-sangka kerana sy memang merasakan sudah tidak ada jalan ...tapi jalan itu saya masih terbuka utk saya..........Terima kasih cikgu .

    Salam cikgu A-D, terima kasih..byk perkara dpt selesai slps konsultan kat tesco kulai aritu

    Picture

    Picture

    Assalam Eddy, ..my hubby and I jumpa u last month…our gold trading berjalan lancar. Alhamdulillah nak dpt kereta baru..
    Thks, eddy. Just to keep u updtes, biz runs gud…alhamdulillah
    En EDDY, thnx so much..today base in what u gave me I manage to make usd184 without any stress…Alhamdulillah syukur pd Allah kerana telah mengurniakan ilmu ini kepada en eddy

    Salam cikgu, lupa nak cerita, saya baru mula jual jamu..cust kalangan kawan ofis aje, tapi hari ni customer lain mula mencari saya. Order byk juga. Dan dua customer pertama today kerja di mindef n bukit aman. Seolah2 bayangan apa yg u bagi dulu.

    Assalamualaikum.... Cikgu.
    Masih Cikgu ingat pd saya yg membuat temujanji dgn Cikgu 11 Feb 2011 yg lepas di Petronas Lebuhraya Sg Besi? Dah sebulan lebih pertemuan saya dgn Cikgu.

    Alhamdulillah banyak perubahan berlaku pd saya dr sudut positif. Energy saban hari makin ok, sejak bln Mac ni setiap hari saya keluar rumah utk buat sale. Syukur hampir hari2 saya dpt close. Dahulu nak dpt close setiap minggu pun susah, nak close RM20K sebulan pun tak pernah mimpi.

    Setakat hari ini saya dah dapat close hampir RM50K. Mungkin bagi perunding unit trust yg lain RM50K tu terlalu sikit, tapi bagi saya yg berada di zon vacum star ia amat besar.

    Assalamualaikum En. AD apa khabar? ... berikut adalah pendapatan saya beberapa bulan sebelum keluar rumah mencari rezeki ikut arah mata angin yang betul.

    Income bulanan di pejabat Kota Tinggi sebelum ini adalah antara RM3500 hingga RM4700 sebulan kadang-kadang hanya RM2500 sebulan, malah adakalanya 17 haribulan baru dapat bayaran dari client  tapi sekarang Alhamdulillah semenjak saya jaga pejabat ni dan ikut nasihat En AD (cari rezeki ikut arah mata angin) income di pejabat Kota Tinggi telah berubah. Ini semua berkat doa saya waktu mengerjakan ibadah haji, waktu doa power yang En AD bagi selalu tu dan arah mata angin yang betul.  

    Berikut adalah income semenjak saya berada di pejabat Kota Tinggi sepenuh masa

    September RM6450
    Oktober       RM7200
    November  RM10300
    Disember setakat 27haribulan RM12700

    syukur ALHAMDULILLAH, ALLAH MENDENGAR SESIAPA YANG MEMUJINYA.SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH

    kepada En AD saya ucapkan ribuan terima kasih saya doakan rahmat Allah selalu di sisi En AD dan keluarga.



    "Tkasih kerana berkongsi maklumat waktu berdoa. Saya bgtau pd staf saya utk berdoa juga. Dia baru shj eksiden, kereta mak saudaranya. Asalnya mak saudara dia suruh ganti balik dlm rm 600. Tup-tup pagi tadi mak saudara dia beri rm 500 buat repair kereta. Syukur. Tkasih cikgu krn membantu ramai org dlm kesusahan."

    Picture

    Klik link ini:
    http://finance.yahoo.com/career-work/article/112341/how-to-make-1-million-before-you-graduate

    Picture



    Antara SMS maklumbalas yang diterima:

    "Saya sentiasa respect abg sebagai guru saya. Mudah2an kita dapat sama2 untuk membantu membuka mata anak bangsa kita ttg potensi diri mrk yg sebenar" – En. Azizan Osman
    (peserta kursus 2006 di Shah Alam)
     "Terima kasih Eddy utk doa, ucapan, ingatan dan perhatian. Saya amat menghargainya. Skrg spt Eddy jangka saya sgt-sgt sibuk sampai tiap-tiap minggu penuh
    – Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad

    Picture
    Bacalah buku ini; memang menarik sangat satu formula kejayaan bisnes:
    YOU + CUSTOMER = $$$
    Ingin tahu? Bacalah buku  ini atau tanyalah cikgu A-D untuk penjelasan mengenainya.

    Picture
    Foto bersama Prof Dato Dr. Ibrahim Ahmad (MMP), seorang client Cikgu A-D di Majlis Berdoa Kekayaan dan Kuasa Pola 38 anjuran Cikgu A-D di Taman Tasik Shah Alam pada Gerhana 4 Januari 2011 lalu.

    Picture

    Picture
    Foto di program TV1 Apa Kata Wanita pada 10 Julai 2011.

    Picture

    Keluaran

    January 2023
    December 2022
    November 2022
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    July 2022
    June 2022
    May 2022
    April 2022
    March 2022
    February 2022
    January 2022
    December 2021
    November 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    May 2021
    April 2021
    March 2021
    February 2021
    January 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    September 2020
    August 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    April 2019
    March 2019
    September 2018
    July 2018
    June 2018
    May 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    June 2017
    May 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    October 2016
    September 2016
    August 2016
    July 2016
    June 2016
    May 2016
    April 2016
    March 2016
    February 2016
    January 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015
    June 2015
    May 2015
    April 2015
    March 2015
    February 2015
    January 2015
    December 2014
    November 2014
    October 2014
    September 2014
    August 2014
    July 2014
    June 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    February 2014
    January 2014
    December 2013
    November 2013
    October 2013
    September 2013
    August 2013
    July 2013
    June 2013
    May 2013
    April 2013
    March 2013
    February 2013
    January 2013
    December 2012
    November 2012
    October 2012
    September 2012
    August 2012
    July 2012
    June 2012
    May 2012
    April 2012
    March 2012
    February 2012
    January 2012
    December 2011
    November 2011
    October 2011
    September 2011
    August 2011
    July 2011
    June 2011

    Picture
    Latihan Teknik Pola 38
    Ogos 2011

    Jawapan Soalan 1
    Jawapan B.
    Tajuk buku:
    Outrageous Business Growth

    Jawapan Soalan 2
    Tentang perhubungan berinteraksi dengan orang. Mukasurat 131.

    Principle #3: Develop lifetime relationships with people who are aligned with your business

    Kategori

    All
    Berjaya
    Bisnes
    Duit
    Jualan
    Juara Jualan
    Kejayaan
    Motivasi
    Pola 38
    Sales
    Selling

    Picture

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.